CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2840|Reply: 18

Album 'Dayang 2007' dapat pelbagai reaksi

[Copy link]
Post time 21-9-2007 10:20 AM | Show all posts |Read mode
Album 'Dayang 2007' dapat pelbagai reaksi
21-09-2007 09:56:22 AM
Oleh SITI AZIRA ABD AZIZ
Satu berita baik buat penyanyi wanita yang memperjuangkan lagu berkonsep pop, R&B dan hip hop ini apabila album terbarunya, 'Dayang 2007' mendapat sambutan yang memberangsangkan daripada peminat-peminat muzik tempatan.

Dayang Nurfaizah Awang Dowty akui sambutan pasaran albumnya yang keenam ini lebih drastik berbanding jualan albumnya sebelum ini, 'Kasih'.
Dayang menyanyikan lagu 'Hilang' semasa majlis berbuka puasa dengan artis NSR (Foto The Star oleh Ricky Lai)
"Jualan album 'Dayang 2007' lagi cepat diterima peminat berbanding album 'Kasih'. Mungkin sebab banyak lagu rancak dan kebanyakan durasi lagu adalah pendek iaitu dalam tiga minit lebih.

"Lagipun lagu-lagu dalam album tu mudah diingati kerana liriknya yang mudah dan boleh dikatakan Dayang berpuas hati dengan sambutan album setakat ini," kata gadis kelahiran Kuching, Sarawak ini sambil tersenyum semasa majlis berbuka puasa bersama artis New Southern Records Sdn. Bhd. (NSR).

Menurut Dayang, beliau masih meneruskan promosi album yang dilancarkan pada Julai lalu di Shah Alam dan Bukit Bintang.

Album yang memuatkan lagu hits 'Inginku Miliki', 'Hilang' serta lapan buah lagu lain yang berentak balada dan pop ini bagaimanapun mendapat kritikan positif mahupun negatif daripada pendengar melalui emel.

"Peminat ada hantar emel kepada Dayang dan memberi respon mengenai lagu-lagu dalam album ni.

"Ada yang komen dari satu lagu ke satu lagu. Kebanyakan daripada mereka memberi komen yang positif.

"Namun, ada juga yang memberi komen negatif. Biasalah, ada orang yang suka kalau lagu tu macam ni, ada yang suka lagu rancak dan ada yang suka lagu 'slow'. Bergantung kepada seseorang tu," kata Dayang di mana enam buah lagu daripada 10 buah lagu berirama rancak.

Naqiu (Boboy) menghiburkan tetamu melalui lagu 'Dendang Perantau'
manakala OG (Aboi) dengan lagu 'Raya Dulu-dulu'
(Foto The Star)

Selain itu, Dayang dapati kebanyakan daripada mereka yang mendengar albumnya terhibur dan tidak bersedih dengan lagu-lagu yang menyentuh perasaan seperti yang pernah dimuatkan dalam album sebelum ini.

"Lirik-lirik lagu kali ini lebih memberi kesan yang positif kerana ia bukanlah lirik yang membawa kepada kisah orang putus harapan dan kecewa. Contohnya lagu 'Hilang' memanglah kedengaran sedih tapi akhirnya lirik tu "Kau rela" yang membawa maksud positif," ujar Dayang yang bakal menganjurkan sebuah konsert tidak lama lagi.


Artis NSR beramai-ramai menyampaikan lagu 'Selamat Hari Raya'
nyanyian Arwah Saloma
(Foto The Star)

Artis yang bernaung di bawah syarikat rakaman NSR ini akan mengadakan sebuah konsert di No Black Tie, Bukit Bintang pada 2 dan 3 November ini.

Memandangkan sekarang adalah bulan puasa maka aktiviti seni Dayang pun hanya tertumpu kepada menghadiri persembahan sempena majlis berbuka puasa selain meneruskan promosi album.

"Dayang tak pernah hadkan aktiviti cuma menanti kalau ada rezeki," ulas Dayang yang akan pulang ke Sarawak bermula 8 Oktober ini bagi menyambut hari raya selama dua minggu di sana.

Majlis yang bertempat di Hotel Dynasty, Kuala Lumpur itu turut dihadiri oleh Ketua Bahagian Lagu Melayu NSR Anthony Gan serta artis-artis NSR seperti Andy (Flop Poppy), Naqiu (Boboy) dan OG (Aboi).


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-9-2007 10:37 AM | Show all posts
Originally posted by Syd at 21-9-2007 10:20 AM
Album 'Dayang 2007' dapat pelbagai reaksi
21-09-2007 09:56:22 AM
Oleh SITI AZIRA ABD AZIZ Satu berita baik buat penyanyi wanita yang memperjuangkan lagu berkonsep pop, R&B dan hip hop ini apab ...
.
.
.
"Peminat ada hantar emel kepada Dayang dan memberi respon mengenai lagu-lagu dalam album ni.

"Ada yang komen dari satu lagu ke satu lagu. Kebanyakan daripada mereka memberi komen yang positif.

"Namun, ada juga yang memberi komen negatif. Biasalah, ada orang yangsuka kalau lagu tu macam ni, ada yang suka lagu rancak dan ada yangsuka lagu 'slow'. Bergantung kepada seseorang tu," kata Dayang di mana enam buah lagu daripada 10 buah lagu berirama rancak


kita la tu.. hehe...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-9-2007 11:17 AM | Show all posts

Reply #2 mr-judd's post

tahniah lah.

email awak dah disebut kat paper.

Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2007 12:08 PM | Show all posts
dayang nak buat concert?
Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2007 02:21 PM | Show all posts

Reply #4 syafali's post

the concert she meant is showcase @ No Black Tie
Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2007 02:57 PM | Show all posts

Reply #5 mr-judd's post

Oooo yg tu.Ingtkan konsert besar.Tapi nak sngt tgk dayang buat concert besar mcm tu.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 22-9-2007 11:30 PM | Show all posts
kasih tu kan cover version
so lmbt la sikit..eheheheh
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2007 12:49 AM | Show all posts

Reply #7 puteri-jelmaan's post

ha'ah..x menonjol sngt kan album tu.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-9-2007 12:23 PM | Show all posts
"Namun, ada juga yang memberi komen negatif. Biasalah, ada orang yang suka kalau lagu tu macam ni, ada yang suka lagu rancak dan ada yang suka lagu 'slow'. Bergantung kepada seseorang tu," kata Dayang di mana enam buah lagu daripada 10 buah lagu berirama rancak.


Dayang maksudkan aku ke ni ?
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2007 03:28 PM | Show all posts
Originally posted by houdini at 23-9-2007 12:23 PM


Dayang maksudkan aku ke ni ?


sapa makan cili dialah yg rasa pedasnya
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2007 09:27 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2007 11:16 PM | Show all posts
mcm la dyg tau nama memasing2
hahahahaha
Reply

Use magic Report

Post time 24-9-2007 12:39 AM | Show all posts

Reply #12 puteri-jelmaan's post

nama kau mesti dia tau kan??
Reply

Use magic Report

Post time 24-9-2007 08:24 AM | Show all posts

Reply #1 Syd's post

"Dayang tak pernah hadkan aktiviti cuma menanti kalau ada rezeki," ulas Dayang yang akan pulang ke Sarawak bermula 8 Oktober ini bagi menyambut hari raya selama dua minggu di sana.


amboi... lamanyer raya kt s'wak, nak itut.....
Reply

Use magic Report

Post time 24-9-2007 05:21 PM | Show all posts

Reply #14 pilahdelpia's post

dia mmg blk lama kalau beraya pilah.Sebab time tu je la dia dpt berehat sepuas2nya kat kampung halaman.
Reply

Use magic Report

Post time 24-9-2007 05:23 PM | Show all posts
Originally posted by syafali at 24-9-2007 05:21 PM
dia mmg blk lama kalau beraya pilah.Sebab time tu je la dia dpt berehat sepuas2nya kat kampung halaman.


bukan setakat dyg saje cuti lama..org2 swak lain pun balik bercuti lama kat kpg..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-9-2007 10:36 PM | Show all posts
Originally posted by syafali at 24-9-2007 12:39 AM
nama kau mesti dia tau kan??


mana dia tahu
dia tk tahu la
Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2007 05:32 AM | Show all posts

Reply #17 puteri-jelmaan's post

nnt aku tolong bg tau kt dia.
Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2023 09:12 PM | Show all posts
From engine components and suspension parts to stylish wheels and performance-enhancing accessories, we have you covered. Visit our website to browse our catalog, check availability, and place an order. Trust Starlight Automotive for premium parts and accessories that meet the highest standards of quality and reliability. https://starlightautomotive.com/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 08:52 PM GMT+8 , Processed in 0.646248 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list