CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: angel01

~ ♥ ~ B e r i t a__P u l a u__M u t i a r a ~ ♥ ~

[Copy link]
Post time 10-12-2008 01:09 PM | Show all posts


          Berita Harian Online   Nasional

MPPP arah henti projek Feringgi Heights

Link to original article


GEORGETOWN: Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) semalam mengarahkan pemaju banglo Feringgi Heights di lereng bukit Batu Feringgi memberhentikan projek itu.

Yang Dipertuanya, Datuk Zainal Rahim Seman, berkata MPPP dan panel bebas pakar kejuruteraan yang ditubuhkan untuk mengkaji pembangunan lereng bukit di pulau itu mendapati projek berkenaan berbahaya jika diteruskan.

Beliau berkata, sistem saliran di projek itu tidak menepati piawaian ditetapkan kerajaan dan kebenaran kerja hanya diberi selepas sistem saliran dibaik pulih sepenuhnya.

"Pemaju hanya dibenar meneruskan projek itu sebaik saja kita berpuas hati dengan keadaan sistem saliran di kawasan berkenaan," katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Panel khas itu ditubuhkan 24 jam selepas tanah runtuh di Bukit Antarabangsa, Selangor yang meranapkan 14 banglo dan mengorbankan empat mangsa.

Sebelum ini, media melaporkan Pulau Pinang membuat keputusan bertentangan dengan Kerajaan Pusat apabila membenarkan projek pembangunan di kawasan berisiko tinggi.



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-12-2008 03:35 PM | Show all posts
Originally posted by oobi at 10-12-2008 01:09 PM


          Berita Harian Online   Nasional
MPPP arah henti projek Feringgi Heights

Link to original article

GEORGETOWN: Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) semalam mengarahkan pema ...



elok lah diberhentikan..kang jadi mcm bukit antarabnagsa..dulu kat paya terubung pun
dah pernah jadi..
Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2008 11:26 AM | Show all posts


          Berita Harian Online   Nasional
[table=98%,rgb(255, 250, 205)][tr][td]

Sistem laluan songsang dihenti

Link to original article


BUTTERWORTH: Sistem laluan songsang atau 'tidal gate flow' di Jambatan Pulau Pinang dari Seberang Prai yang diperkenalkan kelmarin dihentikan serta-merta semalam kerana menyebabkan kesesakan lebih teruk.

Ketua Pengarah Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM), Datuk Mohd Razali Othman, berkata sistem itu menyebabkan kesesakan melampau di laluan masuk ke plaza tol dan menuju ke jambatan.

揔ita tidak akan meneruskan sistem ini kerana ia didapati tidak lancar seperti yang kita jangka. Ia menyebabkan kesesakan dari jam 7.30 pagi sehingga 1.30 petang.

揓ika tidak melaksanakan sistem ini, aliran lalu lintas atas jambatan lebih lega sekitar jam 9.30 pagi,
Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2008 11:29 AM | Show all posts


          Berita Harian Online   Nasional

Jemaah dari Utara selamat pulang

Oleh Norakmah Mat Youb
norakmah@bharian.com.my


Link to original article






SEBAHAGIAN jemaah haji tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Bayan Lepas, semalam.



Terkandas hampir enam jam di Jeddah

GEORGETOWN: Selepas terkandas hampir enam jam di Lapangan Terbang Raja Abdul Aziz, Jeddah, Arab Saudi, kumpulan pertama 347 jemaah haji Malaysia dari wilayah Utara, selamat tiba di sini, semalam.

Difahamkan, kelewatan penerbangan berikutan kesesakan di kaunter pendaftaran berlepas apabila semua jemaah haji dari seluruh dunia mulai pulang ke tanah air masing-masing.

Mereka dijadual tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Bayan Lepas (LTABL) jam 5.30 pagi semalam, tetapi disebabkan kesesakan itu, penerbangan ditunda dan mereka tiba jam 12.10 tengah hari.

Timbalan Pengarah Lembaga Tabung Haji (LTH) Pulau Pinang, Akmal Abdul Rahim, berkata jemaah haji kumpulan pertama memberi kerjasama baik dan memahami arahan.

"Semua jemaah haji mematuhi arahan, sekali gus melicinkan proses pulang walaupun berlaku sedikit kesesakan di kaunter pendaftaran di Jeddah yang tidak dapat dielakkan," katanya selepas menyambut ketibaan jemaah haji di LTABL di sini, semalam.

Sementara itu, Adam Abdullah, 50, berkata dia bersyukur kerana dapat menyempurnakan ibadat haji dengan sempurna hasil bantuan wakil Tabung Haji yang terlatih di sana.

"Perjalanan di Makkah semua berjalan lancar dan kecekapan Tabung Haji harus dipuji kerana mereka memastikan setiap hari berjalan dengan baik," katanya.

Dia yang ditemani isteri, Norhashidah Din, 40, berkata cuaca panas di Makkah menyebabkan ada jemaah haji Malaysia mengalami batuk.

"Walaupun terpaksa meninggalkan anak bongsu (Mohd Azriel) yang berusia tiga tahun, pengorbanan kami berbaloi," katanya adik kepada bekas Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang, Datuk Seri Abdul Rashid Abdullah.

Suri rumah, Rahmah Sulaiman, 74, bersyukur kerana selamat tiba di tanah air dan dapat bertemu dengan keluarga yang menantinya sejak awal pagi.

"Alhamdulillah, kami selamat sampai ke tanah air selepas terkandas hampir enam jam di sana kerana terlalu ramai jemaah yang mahu pulang," katanya.



Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2008 02:05 PM | Show all posts


          The Star Online   North
[table=98%,rgb(255, 250, 205)][tr][td]

An uplifting feeling

By TAN SIN CHOW
Monday December 22, 2008


Link to original article


THE Penang Hill funicular railway train service, which resumed on Friday, has certainly brought back smiles to the faces of both local and foreign tourists.

Among those spotted on the hilltop station was first-timer Krystian Podbielski, 26, who described Penang Hill as 揼orgeous
Reply

Use magic Report

Post time 24-12-2008 11:03 AM | Show all posts


          NST Online   Frontpage

CAP call to ban plastic tumblers

By : Audrey Dermawan

Link to original article






CAP president Datuk S.M. Mohamed Idris




GEORGE TOWN: The Consumers Association of Penang (CAP) is calling for an immediate ban on the use of plastic water bottles made from polycarbonate in schools.

CAP claims polycarbonate bottles could have detrimental effects on the health of children as it leaches out bisphenol A (BPA).

BPA has been linked with health problems such as impairment of reproductive organs and tumour formation.

BPA is also an "environmental hormone" which disrupts the endocrine system of humans and animals.

Its president, S.M. Mohamed Idris, said here yesterday: "With the coming of the new school year, parents will buy water bottles for their schoolgoing children.

"However, they should avoid getting water bottles made from polycarbonate. We will write to the Education Ministry and other authorities to alert them about this."

Idris said BPA could leach into the content of the bottles through normal wear and tear, as well as exposure to heat and cleaning agents.

He said a study conducted by the University of Missouri in the United States and published in the Journal of Environmental Health Perspectives revealed that BPA could even leach into liquids at room temperature.

He added that another study, conducted by researchers in California and published in the journal Cancer Research, had found that many genes in non-cancerous breast cells exposed to trace amounts of BPA began acting in a way that resembled the gene activities in aggressive breast tumour cells.

The study results were designated as a "priority report", published by the American Association of Cancer Research, a leading organisation devoted to study cancer.

"The Canadian Health Ministry is calling BPA a dangerous substance, making it the first regulatory body to take the initial step towards implementing measures to control exposure to the chemical.

"In view of the dangers associated with BPA, CAP calls on the Education Ministry and other authorities to impose a ban on the use of polycarbonate bottles in schools."

Polycarbonate water bottles with the letters PC next to it.



Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 29-12-2008 11:27 AM | Show all posts

PG2009 ROCK THE FORT - Countdown

Tarikh     : 31st Dec 2008
Masa       : 6pm onwards
Tempat   : Esplanade
Website  : www.9-creativision.com



Come feel the noise! see u at the PG2009 - ROCK THE FORT the Year End Countdown Celebration for Penang State, from 7:00pm on Dec 31, 2009 @Esplanade.

Log on to www.9-creativision.com for more info.

[ Last edited by  dicknt at 30-12-2008 12:24 AM ]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 29-12-2008 11:48 AM | Show all posts
thanks for info
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-12-2008 02:14 AM | Show all posts

30/12 dan 31/12 jumpa Bosco Wong dari Hong Kong

30/12 malam - LEBUH MACALLUM
31/12 petang 5:00pm dan malam di Queensbay mall bersama-sama dengan artist lain.
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2008 01:05 PM | Show all posts
Originally posted by dicknt at 29-12-2008 11:27 AM
Tarikh     : 31st Dec 2008
Masa       : 6pm onwards
Tempat   : Esplanade
Website  : www.9-creativision.com



Come feel t ...

MAY dgn ELLA? uwaa!! ruginyer tak dapek join!
Reply

Use magic Report

Post time 1-1-2009 12:36 PM | Show all posts


1st firework for 2009








nasib baik dekat nak 0000 dah tak hujan dah,masa awal malas nak keluar kan camera
Reply

Use magic Report

Post time 1-1-2009 01:16 PM | Show all posts

Reply #271 Lacoste's post


nice capture. especially photo yang pertama tu.
Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2009 10:27 AM | Show all posts
cantik..pandai lacoste ambil angle
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2009 07:44 PM | Show all posts
[size=100%]
Bengkel Asas Jahitan Manik & Labuci ( Penang & SP)

Tarikh: 24 Januari 2009 (Sabtu)
Masa: 1.30pm - 6.30pm
Tempat: Kismes Sg Petani
Yuran: RM150 (deposit RM50)
Belajar 20 paten/teknik jahitan
Kit bahan-bahan jahitan & nota, makanan dan sijil disediakan

Tarikh: 25 Januari 2009 (Ahad)
[size=100%]
Masa: 10am - 3pm
Tempat: Taman Nusantara, Jalan Makloom, Pulau Pinang.
Yuran: RM150 (deposit RM50)
Belajar 20 paten/teknik jahitan
Kit bahan-bahan jahitan & nota, makanan dan sijil disediakan

**Sila bawa pakaian atau kain jika ada, untuk saya berikan cadangan paten dan warna manik yang diperlukan.

http://syafazalizacollection.blogspot.com/




[ Last edited by  putryiee at 10-1-2009 07:47 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2009 07:15 AM | Show all posts


          Berita Harian Online   Wilayah

Utara: Pembangunan Enklaf Muslim

Oleh Fazli Abdullah
fazliabdullah@bharian.com.my


Link to original article


[table=85%,black]




LAKARAN projek pembangunan semula kawasan Enklaf Muslim di Georgetown.





Penjenamaan semula di kawasan sekitar tiga masjid tertua di Pulau Pinang

GEORGETOWN: Majlis Agama Islam Pulau Pinang (Maipp) bekerjasama dengan UDA Land North Sdn Bhd, anak syarikat UDA Holdings Bhd untuk menjenamakan semula Enklaf Melayu di bandar ini bagi mengembalikan kegemilangan aktiviti perniagaan dan keagamaan.

Menerusi kerjasama itu, Enklaf Melayu yang merangkumi pembangunan semula kawasan perniagaan dalam lingkungan tiga masjid tertua dan bersejarah di negeri ini - Masjid Kapitan ******, Masjid Alimsah Waley dan Masjid Melayu Lebuh Acheh - kini dikenali sebagai Enklaf Muslim.

Usaha sama itu merangkumi pengurusan premis wakaf di kawasan Enklaf Muslim, mempromosi kawasan berkenaan, menentukan konsep perniagaan yang bersesuaian serta menaik taraf bangunan yang dimiliki Maipp di kawasan itu.

Majlis memeterai memorandum persefahaman di antara Maipp dan UDA Land North, kelmarin disaksikan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Noh Omar.

Enklaf itu beroperasi sejak tiga tahun lalu selepas selesai projek pemuliharaan dan pembangunan semula dengan peruntukan dalam Rancangan Malaysia Kelapan sebanyak RM40 juta.

Ia membabitkan pembangunan satu blok pangsapuri 56 unit, naik taraf empat unit kedai dua tingkat dan Masjid Alimsah Waley serta pemuliharaan dan pembangunan Wakaf Masjid Melayu Lebuh Acheh dengan mewujudkan 14 premis ruang niaga, enam rumah kedai dan 16 premis kediaman.

Selain itu, projek berkenaan turut membabitkan pembangunan 90 unit komersial, 82 unit kediaman dan satu blok Pusat Rawatan Islam di Wakaf Masjid Kapitan ******.

Yang Dipertua Maipp, Shabudin Yahaya, berkata UDA Land North akan membantu Maipp mempromosi dan menguruskan kawasan itu dengan pengurusan ruang niaga, premis komersial dan kediaman.

揟iga masjid tertua di Enklaf Muslim menjadi fokus pihaknya untuk mewujudkan konsep berkenaan dengan sasaran menghidup dan menyuburkan kembali nostalgia kegemilangan era perdagangan Islam satu ketika dulu,

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2009 11:38 AM | Show all posts


          The Star Online   North
[table=98%,rgb(255, 250, 205)][tr][td]

CAT links job for 441

Friday March 20, 2009


Link to original article


OUT of the 2,623 job vacancies available through the Penang抯 Career Assistance and Training (CAT) scheme, 441 applicants have already been linked to potential employers.

InvestPenang executive committee chairman Datuk Lee Kah Choon said as of Tuesday, a total of 732 people had already been registered with the centre.

He said among the positions linked to the potential employers were for engineers, technicians, production workers, training instructors, waiters, waitresses, and researchers.

揟he largest group of applicants that the centre has linked is production workers (113) followed by administration, clerical, front office and receptionist (85) and engineers (57).

揑t is difficult for the centre to follow up on how many of the applicants that were linked to the potential employers had been hired but in the long-run, we will try to keep a database on this,拻 he told a press conference at the centre in Komtar yesterday.

The centre is managed by InvestPenang, with support from the Penang Development Corporation (PDC), Penang Municipal Council, Seberang Prai Municipal Council and the Penang Water Supply Corporation.

Lee, who is also the PDC director, said 98% of the applicants had work experience.

He also said that out of 732 people registered with the centre, 445 were males and the rest females.

He said the age group of the applicants ranged from 18 to 65 years old.

揃esides that, JobStreet (an online registration portal) will also organise a free career clinic tomorrow at Auditorium C, Level Five in Komtar from 9am to noon.

揂nd for those interested to apply for production worker posts, there will be a walk-in interview by Select Appointments (a job agency) on the same day and place from 10am to 1pm,拻 he added.

Select Appointments business development consultant Marjo-lein Van Breugel, who was also present at the press conference, said there were 1,600 positions available at an electronics company on the mainland.

Lee said although the centre could match the jobs for them, he urged people to venture into new jobs especially during the economic slowdown.

Those who wish to attend the clinic need to register either by calling S.H. Teoh at 04-2502170/ 018-4656410, email to pgcat@investpenang.gov.my or visit the centre located above the Komtar post office at 1B 11-02-05 and 1B 11-02-3, Komtar.

For the walk-in interview, please contact Michelle Teoh at 04-6381050.

The 5th session of InvestPenang抯 慣he CEO speaks
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-3-2009 07:51 AM | Show all posts


          Utusan Malaysia Online   Utara

Ribut terbangkan bumbung

Link to original article


TASEK GELUGOR 21 Mac - Hujan lebat awal pagi ini di beberapa kawasan sekitar Seberang Perai Utara (SPU) diikuti angin kencang menyebabkan bumbung rumah seorang bekas pesara tentera di Kampung Pekan Darat di sini terbang ditiup angin.

Kejadian berlaku pada kira-kira pukul 4.30 pagi ini ketika Osman Mydin, 54, bersama isteri, Norijan Din dan lima orang anaknya sedang tidur.

Menurut Osman, mereka sekeluarga terjaga apabila terdengar satu bunyi dentuman yang kuat dari arah dapur rumah setingkat itu.

"Peliknya ketika kejadian, hujan tidaklah selebat mana cuma renyai-renyai sahaja tetapi angin kencang yang bertiup seakan-akan ribut telah menerbangkan bumbung rumah kami," katanya.

Beliau berkata, peristiwa itu amat memeranjatkan mereka sekeluarga kerana tidak pernah menduga kejadian seumpama itu akan terjadi ke atas rumah pesaka itu.

"Ini adalah kejadian kali pertama berlaku sejak kami tinggal di sini lebih 24 tahun.

"Kejadian pula berlaku dalam sekelip mata dan saya memang tidak mampu berbuat apa-apa kecuali melihat sahaja bahagian atap rumah yang sudah berlipat," katanya.

Beliau bagaimanapun bersyukur kerana mereka sekeluarga tidak mengalami sebarang kecederaan.

Katanya, bumbung rumah itu baru sahaja ditukar kira-kira tiga bulan lalu dan kini beliau mengalami kerugian sekitar RM10,000.

Osman berkata, ekoran bumbung rumahnya rosak dan bekalan elektrik terputus, sebahagian besar peralatan elektrik dan dapur di rumahnya turut mengalami kerosakan akibat terkena hujan.



Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2009 08:01 AM | Show all posts


          Utusan Malaysia Online   Utara

Banjir kilat 16 tahun

Oleh HASNURUL MOHAMED
utusanpenang@utusan.com.my


Link to original article


BUKIT MERTAJAM 21 Mac - Sepuluh keluarga di sekitar kawasan Kampung Guar Perahu di sini terpaksa 'tinggal' di dalam air ekoran rumah mereka sering dimasuki air setiap kali hujan lebat.

Hujan lebat selama lebih dua jam bermula pukul 4 pagi tadi menyebabkan air melimpah masuk dengan pantas ke dalam rumah penduduk.

Walaupun paras air setakat paras buku lali orang dewasa, namun ia tetap menimbulkan masalah kepada penduduk terutamanya warga emas yang terpaksa membersihkan semula rumah mereka.

Seorang mangsa, Aishah Ahmad, 61, berkata, masalah tersebut membelenggu dirinya dan jiran-jiran yang tinggal sederet dengan rumahnya sejak 16 tahun lalu.

"Penat dibuatnya kami sekeluarga menceduk air dengan gayung dan dibuang ke luar. Air macam ni tidak tahulah bila akan surut tetapi masalah kami tidak diendahkan oleh ADUN (Ahli Dewan Undangan Negeri) kawasan ini," katanya kesal.

Tinjauan Mingguan Malaysia di Kampung Guar Perahu di sini hari ini mendapati air bertakung di sekeliling kawasan dan longkang di hadapan rumah pula yang tidak mengalir turut memburukkan keadaan.

Seorang lagi penduduk kampung, Ibrahim Jamaludin, 65, berkata, apabila hujan lebat, kawasan tempat tinggalnya sekeluarga akan kelihatan seperti 'tasik'.

Beliau berharap, pegawai atau pun ahli Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) meninjau keadaan penduduk serta berbuat sesuatu seperti mengorek sungai untuk membolehkan air mengalir.

Misha Man, 74, berkata, beliau terpaksa bersabar dengan keadaan banjir kilat yang berlaku hari ini dan berharap ia dapat diatasi.

Siti Aminah Abdul Hamid, 60, pula merayu supaya Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) dapat mengawal air yang dilepaskan ke sawah padi.

Katanya, kedudukan rumahnya yang amat hampir dengan saliran air menyebabkan rumahnya sering dinaiki air, tidak kira sama ada waktu hujan lebat atau tidak.

Abu Bakar Nayan, 60, mencadangkan supaya JPS membina pam untuk mengawal air di saliran daripada melimpah masuk ke dalam rumah penduduk.

Beliau menambah, masalah mereka harus dititikberatkan oleh kerajaan negeri dan ADUN kawasan itu kerana sejak setahun lalu, tiada sebarang tindakan diambil.



Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2009 08:10 AM | Show all posts


          The Star Online   North

Sg Pinang will be cleaned up in 5 years and cost RM150mil

Published: Saturday March 21, 2009 MYT 7:38:00 PM
By TAN SIN CHOW


Link to original article


GEORGE TOWN: Sungai Pinang, one of the seven most polluted rivers in Malaysia, will be clean enough to swim in about five years and the cleanup will cost RM150mil.

But before that, 300 families living by the river would have to be relocated, said State Drainage and Irrigation Department (DID) director Hanapi Mohamad Noor and this is expected to take two years.

“Once that is done, we will start the rehabilitation works which will take three years to complete.

“The entire project will cost RM150mil,” he told reporters after a 2km tour along the river by boats on Saturday.

Also present were state executive councillors Phee Boon Poh and Law Choo Kiang, Datuk Keramat assemblyman Jagdeep Singh and Sungai Pinang assemblyman Koid Teng Guan.

Hanapi said Sungai Pinang was one of the seven most polluted rivers in Malaysia and had was so polluted that it was once deemed Class V with no marine life before the first phase of its rehabilitation, costing RM20mil, was completed in 2007.

Now the river had improved to being between Class III and IV.

On the relocation of the families, Hanapi said 129 buildings comprising 118 houses, six shops, three stores and two temples and would be affected.

“The state government is working out on the compensation plan for the relocation process,” he said.

Hanapi said the second phase of the river rehabilitation would include building of retention ponds and interceptor drains and installation of gross pollutant traps to increase the river water quality to Class II, increase the river’s biodiversity and turn it into a water source and tourism product and beautification work.

He said a study on the cause of pollution showed the wastes and rubbish found in the river were ‘man-made’.

Law said there was certainly ‘a lot of’ room for improvement after the visit.

“I have told the relevant authorities not to hesitate to take action against those who flouted the rules and regulation by throwing rubbish into the river.

“They can just act according to the law,” he said.

Law said he was shocked to learn that more than 120 metric tonne of rubbish and wastes were scooped out from the river annually.

He urged those with information on river polluters to come forward so that action can be taken against the culprit.




Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2009 08:15 AM | Show all posts


          Bernama Online   Berita Utara

Jambatan Kedua Pulau Pinang Siap Ikut Jadual - Kontraktor

Link to original article


PULAU PINANG, 21 Mac (Bernama) -- Pembinaan di bahagian laut Jambatan Kedua Pulau Pinang sepanjang 6.37 kilometer dijangka siap mengikut jadual, kata kontraktornya China Harbour Engineering Company (CHEC) Ltd hari ini.

Presiden CHEC, Sun Ziyu berkata sebanyak 10 peratus kerja pembinaan yang menghubungkan Batu Maung di sebelah pulau dan Batu Kawan di tanah besar, telah siap.

Jambatan kedua itu sepanjang 24 kilometer.

"Selepas mengumpul semua data ujian, kami kini sedang melakukan kerja menanam cerucuk. Kerja menanam cerucuk berjalan dengan lancar," katanya kepada pemberita semasa lawatan ke tapak projek di Batu Maung hari ini.

CHEC yang diberi surat tawaran projek pada 20 Okt tahun lepas, untuk melaksanakan pakej pertama daripada tiga pakej projek jambatan itu, memulakan kerja pada November tahun lepas dan dijangka menyiapkan pakej tersebut menjelang Mei 2012.

Pakej pertama itu bernilai RM2.2 bilion.

Pembinaan jambatan kedua itu dilaksanakan secara usahasama antara CHEC dan UEM Builders Bhd.

-- BERNAMA



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 05:15 AM GMT+8 , Processed in 0.074452 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list