CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: sha_n

28 Sebab Mengapa Lelaki Masih Membujang

[Copy link]
Post time 14-9-2007 12:24 AM | Show all posts
bf aku elok bc nih
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-9-2007 12:13 PM | Show all posts
38) sbb sggup tgu ex-gf w'pun ada gf skrg ni
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2007 02:24 PM | Show all posts
."Duit dah tak ada" Padahal duit disimpan untuk membeli pakaian yang berjenama.

kalau pakai baju cap ayam... nyonya sayur pun tak pandang....!!

2."Nak beli kereta mewah dulu baru nak kahwin" Padahal kerja bertahun dan penat lelah tetapi masih tak cukup nak beli kereta mewah.

kalau setakat naik basikal ngan beca, pompuan kabaret pun tak pandang..!

3."Susahla nak cari yang berkenan dihati" Padahal memilih sangat, xnak yang gemuk, kurus sangat pun tak suka.

kita yang pilih hidup yang sederhana, salah ke sederhana dalam idup?

4."Tak datang seru lagi kot" Padahal awek keliling pinggang.

berkawan biar seribu,
tak penah dengar peribahasa tu ke? atau fail paper Bahasa melayu?

5."Banyak sangat halangan" Padahal diri belum bersedia.

tak bersedia sebab ada halangan la tu...!

6."Belum bersedia la" Padahal cukup segala syarat2nya.

setakat cukup syarat nak penuhi matlamat 70 juta penduduk  , ada yang sudi ke?

7."Ilmu tak cukup la" Padahal dah ada master atau PHD.

..tolong citer sapa yang ada master & PHD dalam senam rimau, mandi embun, minyak lintah, minyak belacak dll

8."Kahwin nanti tentu susah nak kena tanggung keluarga lagi.Kalau dapat isteri yang 2x5 je.Kena bimbing pulak lepas tu nak kena tanggung semua dosa isteri,dosa sendiri tak tertanggung nie pulak nak tanggung dosa steri" Padahal tak pernah usaha untuk tingkatkkan diri sendiri dan mencari ilmu secukupnya dan xpernah mencuba pun.Padahal Allah dah berfirman yg bermaksud Lelaki yg baik untuk perempuan yang baik dan bergitulah sebaliknya.

..lum jumpa pompuan yang baik tu...

9."Dah mencubalah tapi telah dikecewakan" Padahal tak reti pon nak bercinta.

...cinta agung tak semestinya bersatu....

10."Banyak perkara nak kena fikirkan terlebih dahulu la" Padahal tak buat kerja apa pon.

..nak kosentrate fikir, memang la tak buat keja...!

11."Busy la,banyak keje nie" Padahal pentingkan kerja daripada menunaikan sunnah nabi.

..mencari rezeki yang halal tu bukan sunnah ke kak oiii....!

12."Jodoh tak sampai lagi kot" Padahal jodoh dah ditentukan Allah cuma perlulah berusaha.

...dah usaha, tapi pompuan tak nak...! Takkan nak tangkap culik pastu bawa lari kawin kat siam kot..!

13."erempuan nie peliklah kalau dia suka kat kita tapi tak abih2 nak merajuk dan marah macam kita nie suka sangat" Padahal memang dah lumrah alam sebab marah tandanya sayang.

...kalau pompuan tu sayangkan kita, dia takkan wat perkara yang sakitkan hati kita....!

14."Yelah memang la marah tu tanda sayang tapi saya xsuka la, lepas tu dia heret kita kehulu kehilir" Padahal suka bagi muka kepada orang tu
dan tak terangkan dengan jelas apa yang kita suka dan tidak suka.

...pompuan jer suka pikir yang bukan2

15. "Dah bagitau dah,ni kita suka dan ni kita tak suka,tapi masih dia buat juga yang kita tak suka" Padahal tak pernah ambil tau tentang apa yang disukai oleh org yang kita sukai.Sedangkan kita selalu buat perkara yang org lain tak suka.

..perangai pompuan selalu berubah... ikut mood period dia...!

16."Saya takut la nak bercinta nanti terluka susah la" Padahal banyak baca buku2 novel yg berunsurkan sedemikian.

... novel tu dalam alam khayalan! Tak menyentuh realiti..!

17."puan nie suka pasang ramai org sangat" Padahal ramai artis2 ppuan yang dipujanya dan bila jumpa ppuan cantik mula nak terhegeh-hegeh.

....kita menghargai kecantikan yang Tuhan jadikan..!

18."puan memang banyak helahlah kejap suka kejap tidak" Padahal pentingkan diri sendiri.

..kalau pentingkan diri sendiri, kita tak ngorat pompuan...

19."Nak carik yang solehahlah" Padahal diri tak pernah solat dan quran tak pernah nak baca.Kuliah agama selalu uzur je.

....dah jumpa yang solehah.. tapi orang punya....!!

20."Suka yang pakai tudung labuh je" Padahal masih pakai seluar pendek,mandi masih ikut style koboi.

...awak skodeng kita mandi eks.....

21."Nak dapat yang berkekalan sehingga keakhir hayat" Padahal suka cemburu, suka boros, suka pada yang cantik saja, suka pada yang kaya saja.

....cemburu tanda sayang, boros pada yang berhak, cantik di mata kita, kaya budi bahasa..................

22."Masalah la" Padahal dah tahu WORLD IS STAGE OF PROBLEM.

..ya la... pompuan pandai wat masalah kecik menjadi masalah dunia...!

23."Nak sambung belajarlah awek saya tu ader master atau phd malu la" Padahal belajar2 tak pernah nak lulus. Asyik mengabaikan pelajaran sebab dating selalu. Memang dah dungu dah.... (kueng kueng kueng....))

...takat spm je, mana ada awek master n phd tu nak....!..eh..sapa yang ajak kita dating ni....!

24."Saya suka sangat kat dia,tapi dia tak suka kat saya" Padahal bunga bukan seekor, kumbang bukan sekuntum.

... kalau takat bunga,  satu kedai bunga pun boleh beli, yang masalahnya nak beli amoi kedai bunga...!

25."Tak mau la bercinta,dok seorang lagi seronok,tak lah dikongkong, tak akan terluka,jimat duit sikit". Padahal mengeluh bila kesunyian, dan mula nak feeling gila-gila.Cemburu tengok org kahwin. Pantang tengok perempuan atau lelaki cantik.

......tengok lelaki cantik..............!! eeeii......seramnya...!ingat kita gay ke?  awak sihat ke masa tulis ni.......!

26."ayah la nak jaga hati masing-masing" Padahal makan hati banyak sangat, sensitive sangat,lepas tu banyak makan sarang tebuan, lepas tu suka sangat main hujan,main api,main mata, main2.dan sebagainya.

...ha'ah la....... jolok seploh sarang tebuan lebih senang dari nak jaga hati pompuan...!

27."Dah usaha dah, dah mandi bunga dah, dah cukup semua syarat2,tapi satu pon tak lekat.Memang dah tak ader jodoh kot" Padahal tak ada keyakinan diri, tak ada kepercayaan pada org lain.Suka dengar cerita daripada org lain, suka buat orang yang kita sukai meluat, perangai macam setan, suka berjudi.

....kita memperjudikan idup kita nak ngorat orang tu tapi tak berjaya nak wat camno  !!


28."Ramai sangat la yang suka mana satu nak pilih nie susah lah" Padahal tau boleh kawin sampai 4 ikut sunnah

...tu la pasal. Tengah kumpul duit nak kawin 4 sekaligus....!!!
Reply

Use magic Report

grugals This user has been deleted
Post time 15-9-2007 06:55 PM | Show all posts
Originally posted by sha_n at 12-9-2007 05:45 PM
  tul ke ni???

**********************************************************

1."Duit dah tak ada" Padahal duit disimpan untuk membeli pakaian yang berjenama.

2."Nak beli keret ...
byk songeh
Reply

Use magic Report

Post time 16-9-2007 12:48 AM | Show all posts
amboi abg hang oiii jwb 1 1 tu yg xthn tue....jwb jgn x jwb ek....hahahha!
Reply

Use magic Report

Post time 16-9-2007 07:10 AM | Show all posts

Reply #1 sha_n's post

tambahan...jadik no 29

pompuan ramai dari lelaki laa ni...tak gheti mana satu nak pilih??
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-9-2007 01:15 PM | Show all posts
namapun alasan... sampai 100 pun still alasan..
Reply

Use magic Report

Post time 16-9-2007 01:47 PM | Show all posts
asal la banyak alasan nak membujang....bes ke?kawen je....setiap perkahwinan ade rezeki yang Allah tentukan....renung2 kan lah....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


MatTroublemaker This user has been deleted
Post time 17-9-2007 06:11 AM | Show all posts

Reply #28 iza_yuss's post

i carik yang nakal mcam u....
Reply

Use magic Report

MatTroublemaker This user has been deleted
Post time 17-9-2007 06:13 AM | Show all posts

Reply #27 LostSoul's post

10 things i hate bout u
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2007 11:00 AM | Show all posts
39. ada banyak perkara lain yang lebih bermanfaat dilakukan selain kawin.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-9-2007 10:39 AM | Show all posts
no 28 da edit..
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2007 11:38 AM | Show all posts
tergelak baca sume alasan nie..
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2010 03:41 PM | Show all posts
ajal, maut , jodoh and pertemuan semuanya terletak di dlm lohul mahfuz Alllah...semua tue dah di rencanakan sebelum bumi nie tercipta, persoalan pokok kt sini, knaper ada certain kita still lg belum berkahwin even duit dah cukup, dah ada pasangan, tp still lum mau berkahwin...jwpnnya, rencana tuhan utk menjodohkan dua org tue belum smpi masanya...ada istilah org kita  kata "belum smpi seru"...tuhan ada sebab dan reason tertentu utk makhlukNya..biar mcm mana pun sekali pun keadaan nya, jika xder keizinan tuhan, semua tue takkan berlaku..kpd tuan tuan and cik2, sama samalah kita berdoa dan berusaha sama2...mgkin ada di kalangan tuan2 and cik2 dlm posisi tunangan org, belum bertunang tp dlm perancangan, sedang dlm awal alam bercinta, sedang mencari2 yg terbaik dan dlm keadaan lainnya,..mtk pd tuhan, supaya perjalanan menuju alam rumah tangga tue di permudahkan...terutama ujung2 tarikh nk nikah, semoga di berikan seru yg selekas2nya utk menuju ke alam pertunangan dan perkahwinan, semoga dipercepatkan berjumpa perasaan manis org bercinta...dan semoga semuanya berada di landasan syariat...waallhualam..
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2010 03:48 PM | Show all posts
tul ke ni???  

**********************************************************

1."Dui ...
sha_n Post at 12-9-2007 17:45



    errr betul ke nih??? yg jejaka ATM sila jawab.. suma telah terjawab .. lelaki xmampu~~
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2010 04:25 PM | Show all posts
kekkeke...t'gelak aku baca ...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-9-2010 05:13 PM | Show all posts
Reply 10# fahmein

he he he... betol betol betol... awat tak masuk dalam list erk
Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2010 09:15 AM | Show all posts
Lamar lelaki langkah terpuji
Oleh Mohd Fadly Samsudin
2010/09/30
         
ADA si teruna yang lambat menyatakan hasrat menyunting pilihan hati lalu jatuh ke pihak lain. Begitu juga halnya de ngan seorang wanita yang tertarik dengan lelaki yang dirasakan calon sesuai untuk dijadikan suami namun disebabkan dia hanya menunggu akhirnya turut terlepas peluang.


BERSATU...pasangan hidup adalah teman yang akan bergandingan dalam melaksanakan ibadat sebagai hamba Allah di muka bumi ini. - Gambar hiasan

IKAT PERTUNANGAN...tiada larangan dalam Islam jika wanita membuat lamaran terhadap lelaki yang layak menjadi pasangan hidupnya. Apa yang berlaku itu berkait rapat dengan soal lambat menzahirkan lamaran.
Perigi mencari timba pula merujuk kepada wanita yang berusaha mencari lelaki untuk dijadikan teman hidup.

Namun dalam masyarakat kita perkara berkenaan dianggap lari daripada adat dan budaya.

Mungkin ‘tugas’ itu sukar dan mustahil kerana ia tidak pernah dilakukan dalam masyarakat kita.

Lihat saja sejarah Siti Khadijah yang bertindak ‘berani’ melamar Nabi Muhammad s.a.w. Beliau tidak berasa rendah diri walaupun jarak usianya dengan Rasulullah agak jauh.

Bagaimana dengan wanita moden yang mahu mencontohi tindakan Siti Khadijah? Kita semua tahu, Siti Khadijah berketurunan bangsawan yang kaya-raya.

Bukan saja mempunyai perniagaan besar, tetapi beliau juga disegani kerana mempunyai kebijaksanaan dan sopan-santun tinggi.

Bagaimana jika wanita datang menyunting lelaki pilihannya dengan menggunakan orang perantaraan bagi menyampaikan hasratnya?



Mungkin kaum wanita mengang gap usaha mereka itu sebagai ‘terhegeh-hegeh’ dan sebab itulah ia gagal dilaksanakan.

Diharap selepas ini kaum wanita terbuka hatinya untuk merubah budaya.
Wanita meminang lelaki adalah sesuatu yang lumrah. Selain Siti Khadijah meminang Rasulullah dan Saidina Umar juga pernah meminang Saidina Abu Bakar untuk puterinya Siti Habsah.

Jika mereka bertemu dengan lelaki yang layak menjadi pasa ngan maka ambillah peluang untuk memulakan lamaran. Jangan takut untuk mencuba dan berasa malu kerana jika ditolak sekalipun Allah pasti menjanjikan insan yang lebih baik untuk mereka.

Pernah pinangan Umar ditolak Saidina Abu Bakar, tetapi penolakan itu dilakukan dengan cara paling terhormat. Namun selepas itu Umar mendapat calon yang lebih baik apabila Rasulullah memperisterikan Siti Habsah.

Jelas Allah tidak akan mengecewakan hamba yang bersungguh melaksanakan syariat-Nya. Sayang sekali, malu kita tidak merujuk kepada syariat.

Sebuah hadis yang diriwayatkan Anas berkata: “Ada seorang wanita yang datang menawarkan diri kepada Rasulullah dan berkata: “Ya Rasulullah! Apakah kau memerlukan aku?” Puteri Anas yang hadir ketika mendengar perkataan wanita itu mencelanya dengan mengatakan dia tidak punya harga diri dan rasa malu. “Sungguh memalukan dan betapa buruknya...!” Anas berkata kepada puterinya itu: “Dia lebih baik daripadamu! Wanita itu senang kepada Nabi dan menawarkan dirinya!” (Riwayat Bukhari)

Pendakwah dan Pengarah Penyelidikan dan Modul Fitrah Perkasa Sdn Bhd, Pahrol Mohamad Juoi, berkata malu dalam Islam mesti diukur atas dasar iman.

“Tidak seharusnya seorang wanita berasa malu untuk memulakan langkah untuk melamar lelaki yang dirasakan layak untuknya.

“Malah, tiada tentangan dari sudut akidah, syariah dan akhlak Islamiah terhadap perkara berkenaan,” katanya.

Beliau berkata pendekatan yang digunakan perlu selaras dengan prinsip dan matlamat yang bertepatan dengan nilai agama.

“Umpamanya, wanita perlu menggunakan orang tengah iaitu keluarga, sahabat dan orang yang boleh dipercayainya untuk tujuan melamar.

“Jika diterima, alhamdulillah dan jika ditolak sekalipun tidak mengapa. Allah tetap menilai percubaan itu sebagai amal soleh kerana mereka sudah melakukan sesuatu yang halal dan harus di sisi Islam,” katanya.

Pahrol berkata tidak timbul soal perigi mencari timba kerana dalam sejarah Islam ada pihak wanita yang meminang lelaki dan begitulah sebaliknya.

“Kedua-dua cara berkenaan boleh dilaksanakan. Apabila ada wanita melamar lelaki yang dirasakan baik untuk dijadikan pasangan hidup ia adalah usaha yang sangat terpuji.

“Berjaya atau tidak, bukan soalnya kerana Allah menilai usaha berkenaan. Jangan sesekali berasa diri direndahkan.

Mereka perlu berasa malu jika terbabit dengan pergaulan bebas, pendedahan aurat dan tindakan haram lain untuk mendapatkan pasangan hidup,” katanya.

Beliau berkata pasangan hidup adalah teman yang akan bersama-sama membentuk keluarga dalam menjalani ibadat sebagai hamba Allah di atas muka bumi ini.

“Ini misi besar dan berat. Bermula dari keluarga barulah terbentuknya sebuah masyarakat, negara dan ummah. Untuk membentuk keluarga ini perlu kepada lelaki kepada wanita.

“Wanita tidak seharusnya rasa ‘terhegeh-hegeh’ atau tidak laku. Wanita yang dikatakan tidak laku dan terhegeh-hegeh ialah mereka yang mendedah aurat, berkelakuan tidak senonoh dan bergaul bebas sehingga ke tahap hilang rasa malu, menggadai iman serta akhlak Islamiah.

“Bagaimana umpan begitulah ikan yang akan kita dapat. Jangan terkejut jika wanita yang mendedah aurat (seksi) akan mendapat lelaki hidung belang sebagai pasangannya,” katanya.

Berdasarkan sejarah yang masy hur, Pahrol berkata Siti Khadijah tertarik dengan keperibadian Nabi Muhammad yang mempunyai sifat jujur dan bijak ketika menjalankan perniagaan.

“Semua maklumat itu diperoleh daripada hambanya, Maisarah yang ditugaskan membantu serta mengiringi Rasulullah ketika berniaga.

“Sepanjang bermusafir Maisarah melihat, merasai dan meyakini bahawa Nabi Muhammad memang seorang yang baik kemudian menyampaikan laporan kepada tuannya Siti Khadijah.

“Khadijah mempunyai ketajaman menilai sumber maklumat. Apabila maklumat yang diterima diyakini benar, Siti Khadijah bertindak memanggil bapa saudaranya dan saudaranya yang lain untuk menyatakan hasrat melamar Nabi Muhammad.

“Allah mengkabulkan hajatnya dan lamarannya diterima,” katanya.

Beliau menasihatkan perkara utama untuk mencari pasa ngan ialah menjaga akhlak dan keperibadian selain memastikan maklumat pasangan itu benar.

“Carilah saudara, rakan, ustaz atau sesiapa yang terdekat de ngan lelaki pilihan kita. Setelah ada maklumat yang benar, dirikan solat istikharah untuk meminta Allah perteguhkan keputusan yang sudah ada atau meminta petunjuk membuat keputusan yang belum ada.

“Orang yang bersolat istikharah tidak akan kecewa kerana solatnya bukan saja mencari petunjuk Allah dalam membuat keputusan yang belum pasti, tetapi turut juga meminta diperteguhkan hati melaksanakan keputusan yang pasti.

“Selepas menetapkan keputusan, teguhkan azam dan terus bertawakal. Kemudian segerakan urusan lamaran dengan memilih wakil yang baik bagi urusan meminang dan seterusnya segerakan perkahwinan,” katanya.

Pahrol berkata bagi mereka yang sudah berusaha mencari pasangan, tetapi masih belum berjaya perlu bersangka baik kepada Allah.

“Penangguhan itu satu ujian yang pasti ada hikmahnya. Mung kin Allah hendak selamat kan mereka daripada mendapat suami yang jahat, pendera dan tidak bertanggungjawab.

“Jadi, berusahalah sambil menunggu ketentuan daripada Allah. Jangan membuat keputusan untuk tidak berkahwin sampai akhir hayat kerana ia bertentangan dengan syariat dan fitrah.

“Golongan yang menentang peraturan Allah akan menderita jiwanya dan hidup dalam kesepian. Dalam apa saja keadaan, beribadatlah sehingga kita berasa letih untuk melakukan maksiat,” katanya.

Beliau berkata gelaran seperti ‘andartu’ dan ‘andalusia’ tidak sewajarnya dilemparkan kerana hakikatnya mereka sedang diuji Allah.

“Orang yang diuji sepatutnya dibantu, dikasihi dan didoakan. Masyarakat Islam sepatutnya memikirkan bagaimana kaedah untuk mencarikan jodoh buat mereka,” katanya.



saja je post kat sini...renung2 kan, kalo tak silap aku (aku tak tau la masih di amalkan ke tidak skrg ni) , org2 minang di Indonesia dulu2 la..mmg pompuan yg lamar lelaki
Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2010 04:22 PM | Show all posts
no komen le....
Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2010 04:38 PM | Show all posts
no 40...pompuan nk pndang pon takot....cmne pompuan nk suka....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 11:35 PM GMT+8 , Processed in 0.148157 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list