CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: tora bora

Malaysia tak pernah dijajah...

[Copy link]
Post time 2-9-2007 07:04 PM | Show all posts
Originally posted by abangbikerz at 2-9-2007 01:31 PM
ingat ape ko tu tuhan ke nak balun2 orang.


Ish!...sabar..bawak istigfhar banyak2...bukan camtu maksud aku...aku cuma nak nyatakan ajer ape yang pada pendapat aku fakta yang dah memang tertulis...Sedare Cyborq, terima kasih atas maklumat sedare tuh tapi bukan baru hari nie saya tau perkara-perkara tuh...kadang2 dalam mempertahankan sesuatu yang lebih besar, kita harus berkorban....itulah ape yang serba sedikit terpaksa dibuat oleh Empayar Johor-Riau dan Thailand...banyak wilayah kedua-dua negeri tersebut terpaksa dilepaskan utk memastikan tidak dijajah sepenuhnya.

Abgbikerz, Soal ramai orang lain tak suke orang Johor...aku tak tau lak ko ade ke bancian dari seluruh rakyat Malaysia yang menyatakan camtuh? Tak tau laa kalau sedare 'syok sendiri' dalam buat kesimpulan.

Kuala Lumpur penah banjir besar suatu masa dulu....bukan di Johor saje...hanya sebab banjir besar Johor berlaku mase nie tak bermakna ape teori ko tentang maksiat tuh benar belaka....kalau camtuh setiap negeri yang penah kena banjir sepanjang musim tengkujuh pun bole kite secara 'serkap jarang' mengatakan negeri2 tersebut banyak maksiat kan? Tak sedap laa kalau kita jatuhkan kesimpulan secara serkap jarang nie.

Lagi sekali abgbikerz, bukan niat aku nak carik gado...kalau ko takleh terima ape yang aku cakap sebelum nie terpulang...masing2 ade pendapat....tapi kondem warga Johor bukan satu cara nak berbincang dengan bijak, ko penah tanye aku nie tuhan ke nak kondem orang negeri lain...tapi nampaknye abgbikerz sendiri dah lebih sudu dari kuah!....Aku lebih suke cara sedare Cyborq kemukakan pendapat....lebih matang dari hanya menghentam secara membuta.

Tentang org Johor sombong...susah nak cakap sebab takde lak kajian secare menyeluruh dibuat....rasenya selagi seseorang tuh namanya manusia, die takleh nak lari dari perasaan sombong dan megah (harapnye aku tak jadi camtu)...tak kire beliau dtg dari negeri atau bangsa mana! penah gak aku jumpe orang negeri lain yang kerek tapi takde laa sampai aku nak hentam seluruh warga negeri orang tuh sebagai kerek...siape la aku nak cakap camtuh kan?

P.S: Rasenya lebih elok balik semula pada perbincangan asal laa...tak sedap lak nanti tuan rumah kecik ati...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-9-2007 10:38 PM | Show all posts

Reply #21 rurouni_khairul's post

mmg kadang2 kite terbawa ngan hawa nafsu. ok back to the topics kang marah tuanrumah.....
Reply

Use magic Report

Post time 3-9-2007 02:23 AM | Show all posts
kpd rurouni_khairul dan abangbikerz:-

takkan la psl hal yg kecik ni pun korg nk berdebat??? Pastu berdebat smpai pihak2 lain yg xder kena mengena pun terkena bahangnya????

andai kata kalo teori / pndpt rurouni_khairul ttg Johor tak pernah dijajah British tu betul sekalipun, apa bezanya pd Malaysia skrg nih? Adakah ia mengubah apa2 pd Malaysia? Adakah ia membawa perbezaan pd Malaysia skrg ni sedangkan hakikatnya, Johor merdeka "sepenuhnya" dan merdeka bersama dgn negeri2 lain pd 31 Ogos 1957 lalu membentuk Malaysia...

Kpd abangbikerz, hanya kerana sebilangan warga sesuatu masyarakat/kumpulan tu (samada kecil atau besar) berperangai buruk/negatif, kita x leh cop seluruh masyarakat tu sama saje. Tak kira la org negeri mana & seteruk mana mereka sekalipun, dorg ttp Melayu dan sebangsa dgn abangbikerz. Selagi namanya manusia, selagi tu ada kelemahan. Tak ada manusia yg sempurna.... Kata2 abangbikerz ni bahaya sebenrnya kerana ia boleh memecah-belahkan org Melayu kpd berpuak2 dan bersuku2...

Satu yg aku x suker psl bangsa aku sendiri ialah sikap kenegerian yg masih menebal di kalangan org2 Melayu. Aku rasa sikap kenegerian ni mmg perlu tp biar betul atau kena pd tmpt & caranya. Lahir la di negeri mana sekalipun, kita semua ttp rakyat Malaysia....

Ijad setuju dgn pndgan saudara/i Saie yg sblum ni mengatakan "daripada kita duk merungkai mengenai sama ada sebuah negeri itu pernah dijajah ataupun tidak, lebih baik kita fikir camner nak membangunkan malaysia agar lebih dihormati..". Mmg betul ckp beliau.. apa yg berlaku pd zaman dulu sudah berlalu dan hanya tinggal dlm lipatan sejarah. Apa yg penting skrg ialah kita blaja dari sejarah silam agar kesilapan yg sama x berulang lg.. tu jerk!!!

p/s: sekadar berdiri atas pagar...

[ Last edited by  ijad_adiputera at 3-9-2007 02:36 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 3-9-2007 02:56 AM | Show all posts
Originally posted by tora bora at 31-8-2007 12:08 PM
Kenapa kita nak sambut hari kemerdekaan yang ke-50? Benarkah Malaysia pernah dijajah.. Bukankah Malaysia hanya dilahirkan (ditubuhkan) pada16 september 1963.. Malaysia belum ada pada 31 Ogos 1957, jadi nak sambut apa?..

31 Ogos ialah hari dimana Tanah Melayu menyambut kemerdekaannya, tetapi bukan Malaysia..


Kita jgn lupa bahawa kemerdekaan Semenanjung Tanah Melayu adalah asas kpd kewujudan Malaysia. Malaysia tak akan wujud tanpa Semenanjung. Malahan, kemerdekaan awal Semenanjung jugalah yg membawa kpd penubuhan negara Malaysia skrg nih. Katakan kalau Semenanjung tidak diberikan kemerdekaan lebih awal oleh pihak British, jgn haraplah negeri Sabah, Sarawak, Brunei & Singapura nk tuntut kemerdekaan dari British. Pasti tak dapat punya...

British pd asalnya enggan memberikan kemerdekaan pd Semenanjung. Salah 1 alasan mereka, selagi ketiga2 kaum utama di Semenanjung iaitu Melayu, Cina dan India tak dpt membuktikan bahawa mereka boleh hidup bersatu-padu sebagai rakyat Persekutuan Tanah Melayu, selagi tu la British x kan berikan kemerdekaan.

Oleh itu, dgn penduduk negeri Sabah, Sarawak dan Brunei yg berbilang kaum dan agama tu, tmbh pula dgn penduduk Cina di Singapura yg lebih ramai dari kaum Bumiputera (Melayu), boleh ke British kasi kemerdekaan pd mereka????

Sbb tu la kita smbut kemerdekaan Malaysia pd 31 ogos 1957 dan bukannya 16 september 1963.. kerana kemerdekaan awal Semenanjung adalah asas kpd kewujudan Malaysia skrg nih...

[ Last edited by  ijad_adiputera at 3-9-2007 03:03 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 3-9-2007 11:19 AM | Show all posts
Originally posted by ijad_adiputera at 3-9-2007 02:56 AM
Kita jgn lupa bahawa kemerdekaan Semenanjung Tanah Melayu adalah asaskpd kewujudan Malaysia. Malaysia tak akan wujud tanpa Semenanjung.Malahan, kemerdekaan awal Semenanjung jugalah yg membawa kpd penubuhannegara Malaysia skrg nih. Katakan kalau Semenanjung tidak diberikankemerdekaan lebih awal oleh pihak British, jgn haraplah negeri Sabah,Sarawak, Brunei & Singapura nk tuntut kemerdekaan dari British.Pasti tak dapat punya...


Bro sarawak lebih awal mempunyai lagu kebangsaan dan bendera sendiri berbanding tanah melayu. dan satu lagi british tak menjajah sabah mereka cuma menaungi dan berniaga di Sabah. penubuhan malaysia hanya disebabkan oleh desakan dunia untuk menghapuskan fahaman komunis..satu cara pantas adalah denggan menggabungkan borneo utara, sarawak dan tanah melayu. asas pembentukan malaysia bukanya kemerdekaan tanah melayu tetapi tuntutan 20 perkara oleh sabah dan sarawak. sekiranya tuntutan 20 perkara tidak dipenuhi sabah dan sarawak tak nak masuk malaysia. mereka boleh kekal dibawah naungan british..kat sabah siapa kisah. paling menyedihkan 20 perkara tidak pernah dibincangkan secara umum di malaysia kerana tanah melayu tidak pernah menuruti tuntutan sabah sarawak:@. dasar penipu.
Reply

Use magic Report

Post time 3-9-2007 11:56 AM | Show all posts
kesian betul..lepas dah merdeka baru tau tanah melayu tak pernah dijajah..sebenarnya british cuma campur tangan dan tolong memerintah---------itu bukan dikira penjajahan ker?...raja2 kita kena merujuk pada diorg dulu kecuali hal2 org melayu dan agama islam----------itu bukan kira penjajahan ker?....pada aku tanah melayu mmg dijajah oleh british....pada sabah dan sarawak plak....kutipan suara dah dibuat....pilihan dah dibuat....aku tak rasa tindakan masuk malaysia satu keputusan yg silap...kita pandang ke depan bukan pandang belakang...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 3-9-2007 12:22 PM | Show all posts

Reply #1 tora bora's post

rasanya jepun datang pun menjajah malaya/sabah/sarawak

sebelum Malaysia tertubuh tapi sempadan yg membentuk Malaysia pernah dijajah

semangat kemerdekaan lari dari naungan British pun sebab pengalaman buruk dari penjajahan Jepun..

org putih cakap FREEDOM

[ Last edited by  weta_studio at 3-9-2007 12:24 PM ]
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-9-2007 06:01 AM | Show all posts
Oleh kerana Malaysia tidak pernah dimerdekakan pada 31 ogos 1957, maka lebih sesuai jangan disebut hari kemerdekaan,

tapi antara 31 ogos hingga 16 sept, disebut bulan kemerdekaan.

Memerdekakan Malaysia adalah mustahil, sebab bagai mana nak merdekakan sesuatu yang tak wujud? Malaysia hanya wujud dan ada pada 16 sept. 1963.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-9-2007 09:36 AM | Show all posts

Reply #28 tora bora's post

isu ni pun ada terutama di Sabah/Sarawak masuk dalam suratkhabar samada Malaysia merdeka 50 tahun or 44 tahun.Masih ada yg keliru lagi

tapi bagi akula.Malaya memula bebas dari mana2 pentadbiran asing selepas tu Sabah/Sarawak ikut serta membentuk gagasan Malaysia.

jadi Sarawak/Sabah menghormati Malaya menyambut kemerdekaan(hari pembebasan dari pentadbiran british)  pada 31 Ogos setiap tahun and berlarutan sampai 16 sept untuk sabah/sarawak
Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2007 02:35 PM | Show all posts
Kehkeh..ala, sultan-sultan nak cover aa tuh sbb malaysia dijajah pon disbbkan kesalahan nenek-moyang diorang dlu..
Reply

Use magic Report

dempol This user has been deleted
Post time 6-9-2007 01:26 PM | Show all posts
Originally posted by dCrook at 5-9-2007 14:35
Kehkeh..ala, sultan-sultan nak cover aa tuh sbb malaysia dijajah pon disbbkan kesalahan nenek-moyang diorang dlu..



tak baik cakap cam tu...itu yg tersirat je..
Reply

Use magic Report

Post time 6-9-2007 05:19 PM | Show all posts

Reply #1 tora bora's post

idea ko nih...agak2 radikal gaks.

skali imbas ader kebenaran nyer...but setelah mendalami,
   bagi aku pendapat ko nih salah.
malaysia.
  the 1st four letter of this country is malay.
itu menunjukkan melayu ler.
   lagipun british nyer syarat kalo nk merdeka tk leh pakai name tanah melayu ler.
Reply

Use magic Report

Post time 10-9-2007 10:41 AM | Show all posts
Originally posted by carrim7 at 6-9-2007 05:19 PM
idea ko nih...agak2 radikal gaks.

skali imbas ader kebenaran nyer...but setelah mendalami,
   bagi aku pendapat ko nih salah.
malaysia.
  the 1st four letter of this country is malay.
itu  ...

sila baca 20 perkara yg dituntut oleh sabah/sarawak  dalam perlembagaan malaysia baru cakap lebih.
Reply

Use magic Report

Post time 10-9-2007 11:07 AM | Show all posts

Reply #31 dempol's post

SOKONG...British memang nak sangat orang-orang Melayu benci pada raja-raja mereka dan kemudian buang raja-raja supaya  mereka senang nak jajah Tanah Melayu.

British memang pakar cocok jarum....
Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2007 11:45 AM | Show all posts
sebenarnya bnyk fakta sejarah yang kurang tepat. kena baca banyak & buat penilaian. memang bagus untuk dibincangkan bila setiap org ada point2 kukuh dan rujukannya sendiri. saya pun suka bincang2 pasal sejarah ni, tapi jangan sampai bergaduh...
Reply

Use magic Report

dempol This user has been deleted
Post time 11-9-2007 07:47 PM | Show all posts
Originally posted by tongkatali at 10-9-2007 11:07
SOKONG...British memang nak sangat orang-orang Melayu benci pada raja-raja mereka dan kemudian buang raja-raja supaya  mereka senang nak jajah Tanah Melayu.

British memang pakar cocok jarum... ...


British memang pakar propaganda..banyak sejarah negara yg diubah mengenai kemerdekaan..seolah menunjukkan British tu elok dan orang Melayu tu jahat dan suke melawan...sebagai contoh British menggelarkan Rejimen ke-10 PKM sebagai pengganas..kerana apa..kerana melawan British..tapi yg sebenarnya dalam Rejimen ke-10 tu terdiri dari Ostat2..Guru2 agama..dan orang2 pandai yg terpaksa menggunakan platform PKM utk melawan British..sebab apa...sebab mereka tiada platform yg kukuh dari segi senjata..dana dan bantuan...mereka membuat penjanjian dengan Chin Peng..iaitu mereka bernaung di bawah sayap lain..tapi tujuan yg sama..berjuang utk kemerdekaan...tapi malangnya mereka telah dicop sebagai pengganas dan pengkhianat oleh British kerana mereka melawan Bitish melalui pensenjataan sahaja...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


idiot_malay This user has been deleted
Post time 12-9-2007 02:22 PM | Show all posts
I agree that British and other western countries did not and/or never colonize our Tanah Melayu牋because our Raja-Raja Melayu never treated them as enemy... but they treated them as equal trade partners and also as investors when their ships came to Malaka in 1511....

Please note that we established Malaysia in 1957 after UMNO bought all British's shares through "commercial transaction" after British changed their business focus to Europe in line with declining their power in the end of WW II... Not through revolution or war as Indonesia and Vietnam did...牋

As a result of above deal, we then treat all chinese and Indians in this country as second or third class citizen because they are only employee (not as shareholders) in our Malay Incorporation....
Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2007 03:53 PM | Show all posts

Reply #30 dCrook's post

Aku sokong, diorg yg jual negeri2 tanah melayu kat org British...
Penat2 pahlawan2 org melayu menentang British, diorg dgn sng nyer myokong dan bsekrongkol dgn British.

Pastu dgn xmalu nyer dorg dok kat tahta lg...mmg xtau malu, da la bukan kturunan sultan2 melayu sebenarnyer pon slepas Ke Jatuhan Melaka dan Johor Lama.

Pastu xpasal2 kite kena blanje diorg, anak bini diorg, cucu diorg mghabiskan duit adala...

[ Last edited by  yaminz at 13-9-2007 04:03 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2007 10:39 PM | Show all posts

Reply #6 tora bora's post

Salam..

Tanah Melayu tak pernah dijajah kepada British..tiada dokumen rasmi penyerahan negeri2 Melayu kepada British sebagaimana wilayah2 di India yang dijajah British..

bacalah buku 'Kemerdekaan yang Silap' yg ditulis oleh Tn Hj Ahmad ismail..pengkaji dan penulis sejarah/ekonomi kontroversi pada awal 80 an..

baru-baru ini Prof Khoo kay Kim menyatakn hal yg sama iaitu setelah hampir 30 tahun buku kontroversi itu ditulis..
Reply

Use magic Report

dempol This user has been deleted
Post time 14-9-2007 12:47 PM | Show all posts
Originally posted by highlander07 at 13-9-2007 22:39
Salam..

Tanah Melayu tak pernah dijajah kepada British..tiada dokumen rasmi penyerahan negeri2 Melayu kepada British sebagaimana wilayah2 di India yang dijajah British..

bacalah buku 'Kemer ...


dan juga kita tidak ada acara sambutan rasmi penurunan bendera union jack pada malam kemerdekaan di seluruh Malaya..yg di Dataran Merdeka itu hanya simbolik sahaja......
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-5-2024 10:51 PM GMT+8 , Processed in 0.062351 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list