CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 9103|Reply: 42

Malaysia tak pernah dijajah...

[Copy link]
Post time 31-8-2007 12:08 PM | Show all posts |Read mode
Kenapa kita nak sambut hari kemerdekaan yang ke-50? Benarkah Malaysia pernah dijajah.. Bukankah Malaysia hanya dilahirkan (ditubuhkan) pada 16 september 1963.. Malaysia belum ada pada 31 Ogos 1957, jadi nak sambut apa?..

31 Ogos ialah hari dimana Tanah Melayu menyambut kemerdekaannya, tetapi bukan Malaysia..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-8-2007 12:48 PM | Show all posts

Reply #1 tora bora's post

malaysia dan tanah melayu hanya nama. negara tetap sama, orang tetap sama. macam ko ngan nick tora bora, nama lain2 tapi orangnye sama. lebih kurang camtu le kot
Reply

Use magic Report

Post time 31-8-2007 01:09 PM | Show all posts
apa kata lepas ni kau buat thread pasal lagu negaraku tu lagu terang bulan , mamula moon.. bendera malaysia tu bendera amerika ubahsuai.. sabah serawak tak leh sambut merdeka hari ni.. pasal derang join malaysia lambat .. chin peng pon pejuang kemerdekaan, kenapa goreng pisang dan bukannya pisang goreng.. dan bermacham macham lagi isu yang nampak macam  intelek kalo kita mengupasnya.. peace bro
Reply

Use magic Report

Post time 31-8-2007 01:16 PM | Show all posts
Originally posted by tora bora at 31-8-2007 12:08
Kenapa kita nak sambut hari kemerdekaan yang ke-50? Benarkah Malaysiapernah dijajah.. Bukankah Malaysia hanya dilahirkan (ditubuhkan) pada16 september 1963.. Malaysia belum ada pada 31 Ogos 195 ...


Aku tau....ko nak buat lawak merdeka kan?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-8-2007 09:32 PM | Show all posts
Fakta sejarah tak boleh diubah.

31 Ogos 57 : Kemerdekaan Tanah Melayu.

16 Sept. 1963 : Malaysia ditubuhkan bersama sama dgn tanah melayu, singapura, Sabah, Sarawak dan Brunei..

Tapi Singapura dan Brunei akhirnya tarik diri..

Tiada istilah Sabah masuk Malaysia/..

Tapi menubuhkan bersama-sama..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-8-2007 09:33 PM | Show all posts
British tak pernah menjajah Malaysia..
Yang dijajahnya cuma Tanah Melayu, borneo utara dan Selatan..

Malaysia belum wujud lagi.. macam mana nak jajah..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 31-8-2007 09:46 PM | Show all posts
Macam Negeri Johor Cuma Negeri Naungan British
Reply

Use magic Report

dempol This user has been deleted
Post time 1-9-2007 10:35 AM | Show all posts
berkenaan Malaysia @ Persekutuan Tanah Melayu(9 negeri2 Melayu yg mempunyai Raja) pernah dijajah oleh British atau tidak sebenarnya telah terjawab ketika Titah Tuanku Sultan Pahang pada bulan lepas...Tuanku bertitah dimana Tanah Melayu tidak pernah dijajah oleh British..cuma dinaungi sahaja..yg dijajah adalah Pulau Pinang..Melaka dan Singapura(Negeri2 Selat)..dan dalam akhbar utusan Malaysia keluaran 26 Ogos 2007 di bahagian "Hari ini 50 tahun dulu" ade mengambil petikan Tun Sa'don Jubir(bekas menteri penerangan..kalau tak silapla )..di mana Tun Sa'don berkata"Kita tidak akan mengadakan upacara penurunan bendera Union Jack secara rasmi sempena kemerdekaan Malaya..ini kerana kita tidak pernah dijajah oleh British..kita hanya dinaungi sahaja'..Tun Sa'don berkata demikian kerana..menjawab resolusi tuntutan oleh Pemuda UMNO Kedah yg mana mereka mahu upacara rasmi penurunan Bendera Union Jack..yg dijajah adalah Negeri2 Selat(NNS)..ini kerana mereka mempunyai Gabenor yg berpusat di Goa(India)...

[ Last edited by  dempol at 1-9-2007 12:42 PM ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


dempol This user has been deleted
Post time 1-9-2007 10:36 AM | Show all posts
Originally posted by HangPC2 at 31-8-2007 21:46
Macam Negeri Johor Cuma Negeri Naungan British



Bukan Johor sahaja..8 negeri2 beraja lain..Negeri Melayu Bersekutu dan Negeri Melayu Tidak Bersekutu..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-9-2007 04:55 PM | Show all posts
Terimakasih diatas maklum balas ilmiah seperti ini..
Reply

Use magic Report

Post time 1-9-2007 05:44 PM | Show all posts
Apa maksud di'naungi' pada masa tu..'kena cucuk idung'@kena ikutapasaja order dari british.....mungkin tak dalam istilah 'dijajah' tapipemerintah negeri-negeri berkenaan tak merdeka sepenuhnya keranatakboleh perintah negeri-negeri mereka 100% ngikut plan diorang,apasaja  mesti dimaklumkan dan kena ikut plan pihak British

[ Last edited by  cyborq at 1-9-2007 08:17 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 1-9-2007 07:32 PM | Show all posts
Originally posted by dempol at 1-9-2007 10:36 AM



Bukan Johor sahaja..8 negeri2 beraja lain..Negeri Melayu Bersekutu dan Negeri Melayu Tidak Bersekutu..


Ye ke? kalau camtuh bole explain camner baginda Queen leh anggap Maharaja Abu Bakar sebagai setara dengan beliau sedangkan sultan2 negeri lain sebagai subordinate ruler yang dinaungi British?

Terangkan kenapa Johor boleh menubuhkan Dewan Negeri sendiri lebih lama sebelum merdeka?

Terangkan kenapa British takleh masuk campur ketika UMNO dan PAS ditubuhkan di Johor Bahru hingga meletusnye kemerdekaan, sedangkan Kesatuan Melayu Muda diharamkan penubuhannye di Selangor?

Ini hanya sebilangan dari banyak lagi aspek2 yang membuktikan Johor tidak dijajah Inggeris tetapi dianggap setara dengan Inggeris hingga gelaran "Maharaja' diberikan kepada pemerintah Johor pada masa tuh Maharaja Abu Bakar.

Bukan nak kerek...tapi kami orang Johor memang tak pernah dijajah Inggeris tetapi dianggap sebagai sekutu yang sama taraf.
Reply

Use magic Report

Post time 1-9-2007 08:57 PM | Show all posts
Negeri Melayu Bersekutu = Negeri Naungan British

Negeri Melayu Tidak Bersekutu = Negeri Naungan Thai
Reply

Use magic Report

Post time 1-9-2007 10:55 PM | Show all posts

Reply #12 rurouni_khairul's post

mungkin sebab orang johor jadi pak angguk british kot, biasele kalo kite kerje pon nak naik pangkat cepat kan kene kipas kuat-kuat,  baru bos sejuk ati dan badan. , kami dari negeri2 lain berjuang menentang british. bukan mengampu british. jgn marah ye orang johor. kalo dulu tak dijajah british pun. lani johor lagi teruk dijajah british, tengokleh kat JB penuh british malays... hehehe lain kali jgn tulis sesuatu yg menyentuh puak..
Reply

Use magic Report

Post time 1-9-2007 11:22 PM | Show all posts
daripada kita duk merungkai mengenai sama ada sebuah negeri itu pernah dijajah ataupun tidak, lebih baik kita fikir camner nak membangunkan malaysia agar lebih dihormati..kerna merdeka sama ada untuk tanah melayu ataupun malaysia adalah tidak berbeza..
apesal pula kita nak membangkitkan isu ini..
contohnya sekarang semua kolej universiti dah tukar nama kepada universiti..
abih tue yg dah grade tue nak guna nama u ape..
adakah mereka tidak akan diiktiraf kerana semasa mereka grade guna nama kolej universiti..
jangan hanya kerana sebuah nama, kita nak mempertikaikan kemerdekaan ini..
kita kan tetap waris kepada pejuang2 merdeka tanah melayu..
nama malaysia dibentuk untuk menyatukan semua kaum..jika untuk kebaikan xsalah kan tukar nama..
Reply

Use magic Report

Post time 2-9-2007 05:42 AM | Show all posts
Originally posted by abangbikerz at 1-9-2007 10:55 PM
mungkin sebab orang johor jadi pak angguk british kot, biasele kalo kite kerje pon nak naik pangkat cepat kan kene kipas kuat-kuat,  baru bos sejuk ati dan badan. , kami dari neg ...


Aku nak minta maaf awal kalau ade sesaper terase...takde niat aku nak sentuh bab puak2 nie...tapi benda yang aku cakap adalah fakta yang takleh disangkal...terpulang pada sesape yang nak terima atau tidak...tapi hakikatnya British memang takleh campurtangan dalam hal ehwal pentadbiran Johor berbanding penglibatan mereka di negeri2 melayu lain. Johor boleh menentukan dasar dan hala tuju pentadbiran negeri dengan penubuhan Dewan Johor di Bukit Timbalan...sebuah dewan menyamai fungsi ADUN pada masa kini....UMNO ditubuhkan di Istana Besar Johor disusuli dengan PAS dan British tak mampu buat apa2.....Lihat ape yang terjadi pada Kesatuan Melayu Muda (KMM) antara parti politik melayu terawal yang ditubuhkan di Selangor? Belum sempat memulakan perjuangan, ia telah diwarta sebagai pertubuhan haram oleh British! Adakah itu satu keadaan di sebuah negeri yang bebas dan merdeka? Tak bebas untuk menentukan hala tuju negeri sendiri? Fikirkan yer sedare.

Tentang bab ampu penjajah tuh saya kurang setuju...itu dipanggil 'pemikiran strategik'. Meh aku citer balik tentang 'teori' encik pasal 'mengipas dan mengampu' penjajah. Pernah sedare terpikir nape Thailand menjadi satu-satunya negeri di Asia Tenggara yang tak pernah dijajah? Ini kerana Raja Chulalongkorn (betul ke aku eja nie?) telah merancang hubungan diplomatik secara tersusun dan sistematik kepada semua kuasa2 besar yang ada pada masa tuh termasuk Jepun dan menganggap kuasa2 besar barat dan Jepun sebagai sekutu, bukan musuh. Tindakan ini telah menyebabkan kuasa2 besar tak ade alasan untuk campur tangan dalam urusan hal ehwal pentadbiran Thailand. Tindakan yang sama juga dilakukan oleh Maharaja Meiji beberapa dekad lebih awal dari Chulalongkorn dengan mengadakan hubungan diplomatik. Pemikiran strategik sebegini yang digunapakai oleh Maharaja Abu Bakar untuk mengelakkan campur tangan British di negeri2 jajahan Johor-Riau sehingga banginda dianggap setaraf dengan Queen. Kalau Queen dah anggap beliau setaraf, siape laa pegawai2 Inggeris nak menidakkan beliau? Delegasi Maharaja Abu Bakar juga telah dihantar ke seantero dunia hingga Jepun dan baginda dihadiah Imperial Katana oleh Maharaja Jepun pada masa tuh sebagai tanda pengiktirafan Jepun keatas Empayar Johor-Riau.

Kalau maksud ko mengadakan hubungan diplomatik dengan kuasa2 asing sebagai 'mengampu penjajah', maka Malaysia kini bole dianggap sebagai pengampu besar juga kerana Malaysia mengadakan hubungan diplomatik dengan semua negara2 yang ada di muka bumi nie (kecuali Israel)....atau adakah encik akan berfikir 2 kali apa yang saya cerita di sini...

Dalam hal pentadbiran sesebuah negara, kita tak boleh 'syok sendiri' dengan menganggap kita sajalah yang terkuat dan terhebat tanpa mempedulikan kekuatan orang lain. Dalam hidup bermasyarakat juga kita kena akui kelebihan orang lain dan menghormati kewujudan mereka....lain laa kalau sedare sendiri tak hidup bermasyarakat... maka saya tak bole salahkan sedare kalau sedare tak paham ape yang saya cuba nak tekankan di sini. Lihat ape yang terjadi pada Raja Abdullah hingga termeterainya Perjanjian Pangkor yang membawa campur tangan Inggeris ke Tanah Melayu nie....oleh sebab beliau tidak mengamalkan pemikiran strategik dalam pemerintahan (tak bole salahkan die jugak...die buta huruf...) maka Inggeris memperolehi ruangan untuk campurtangan dalam urusan pentadbiran negeri Perak dan akhirnya semua negeri2 melayu (kecuali Johor yer..)...lagi sekali saya nak mintak maaf kalau encik terase (mane laa tau encik nie orang Perak..) dan pada semua rakyat Perak...bukanlah niat saya nak menghina atau menjatuhkan maruah pemerintah negeri Perak yang agung tuh....saya hormati kerabat diraja Perak yang kini dianggap sebagai The most learned ruler in Malaysia (pemerintah terpelajar) tapi sejarah tak bole dan tak mampu untuk berbohong dan apa yang saya cakap nie semua berdasarkan fakta sejarah, bukan didorong oleh perasaan nak menangkan puak Johor...saya tak dapat duit berjuta-juta pun dengan menaip berjela-jela nie....semuanya atas dasar KEBENARAN semata-mata.

Saya nak mintak maaf jugak pada MOD dan tuan rumah thread sebab terbawa-bawa dengan isu nie....tapi saya cuma nak menerangkan keadaan sebenar dan tak gemar dengan orang menginjak-injak negeri saya dengan mengatakan Johor pro penjajah atau anjing penjajah! Johor merupakan negeri Melayu terawal yang berwawasan dan pragmatik...saya cuma nak betulkan apa yang telah diputarbelitkan. Bukan niat nak berbangga atau nak bermegah (walaupun sebagai Anak Jati Johor saya wajar berbangga dengan negeri saya...) tapi saya cuma nak sangkal sikit apa yang sedare abangbikerz tulis sebelum nie...Abgbikerz...kalau isu pasal Melayu British (British Malays) tuh rasenya semua negeri2 melayu ada sindrom tuh... bukan kat Johor jer...saya sebagai Melayu tetap bangga dengan identiti saya!!

P.S: kalau lepas nie sedare abgbikerz nak bangkitkan bab maksiat di Johor pulak...tolonglah simpan utk diri sendiri yer...masalah maksiat bukan di Johor saja tapi seluruh dunia ada masalah yang sama...adakah orang Melayu negeri lain maksum dan tak buat dosa?

P.P.S: Takde niat nak bermusuh...peace!

Sila teruskan diskusi yer!

Sekian.
Anak Johor.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-9-2007 10:34 AM | Show all posts
Originally posted by rurouni_khairul at 2-9-2007 05:42
Akunakmintamaaf awal kalau ade sesaper terase...takde niat aku naksentuhbabpuak2nie...tapi benda yang aku cakap adalahfaktayangtaklehdisangkal...terpulang pada sesape yang nak terimaatautidak...



Pemimpin Johor pernah juga kena 'main' dgn pihak British
Singapura dari Johor ke pihak British

Pada 1818, Sir Stamford Raffles dilantik menjadi gabenor di Bengkulu, Sumatera. Dia percaya bahawa British perlu menubuhkan sebuah penempatan yang baru di Asia Tenggara sekiranya mereka ingin bersaing dengan Belanda. Walaupun banyak bantahan diterima dalam Syarikat Hindia Timur Inggeris tetapi Gabenor British di India menyebelahinya. Dengan persetujuan gabenor, beliau memulakan ekspedisi mencari penempatan baru.
Raffles tiba di Singapura pada 29 Januari 1819. Dia menjumpai sebuah perkampungan Melayu kecil di muara Sungai Singapurayang diketuai oleh seorang Temenggung Johor.
Pulau itu ditadbir oleh Kesultanan Johor tetapi keadaan politiknya tidak stabil. Waris SultanJohor,
Tengku Abdul Rahman dikuasai oleh Belanda dan Bugis.
Raffles kemudiannya mengetahui bahawa Tengku Abdul Rahman menjadi sultan hanya kerana abang sulungnya,
Tengku Husseintidakada semasa ayahnya meninggal dunia.
Mengikut adat Melayu, bakal sultan perlu berada disisi sultan sekiranya ingin dilantik menjadisultan.

Sedar bahawa dia boleh memanipulasikan keadaan ini,Rafflestelah menyokongTengku Hussein untuk menjadi Sultan sekiranyaTengkuHussein sanggup membenarkan British membuka pelabuhan diSingapura dansebagai balasanBritish akan membayar wang tahunan kepadaTengku Hussein.
Perjanjian ini menjadi sah pada 6 Februari 1819.

Dengan bantuan Temenggung, Raffles berjaya menyeludup Tengku Hussein yang ketika itu tinggal di Riau kembali ke Johor.
Belanda berasa amat tidak puas hati dengan keadaan ini tetapi dengan termeterainya Perjanjian Inggeris-Belanda 1824, Belanda mengakui Singapura menjadi milik British.
Perjanjian ini menyebabkan Kesultanan Johor terbahagi kepada dua iaitu Johor moden dan Kesultanan Riau yang baru.
Di dalam Johor yang baru, walaupun Tengku Hussein ialah sultan tetapi Temenggung yang menguasai Johor. Bugis pula menguasai Riau.


Originally posted by rurouni_khairul at 2-9-2007 05:42
Akunakmintamaaf awal kalau ade sesaper terase...takde niat aku naksentuhbabpuak2nie...tapi benda yang aku cakap adalahfaktayangtaklehdisangkal...terpulang pada sesape yang nakterimaatautidak...tapihakikatnya British memang takleh campurtangandalamhalehwalpentadbiran Johor berbanding penglibatan mereka dinegeri2melayulain.



Campurtangan British dalam pentadbiran Johor..takder ker??
Sultan Sir Ibrahim Sultan Abu Bakar (17 September 1873 - 8 Mei 1959)
Sultan Ibrahim meneruskan usaha ayahandanya dan mengekalkan kebebasan dan kedaulatan Johor. Oleh sebab baginda tidak mahu dijajah oleh pihak British, baginda melakukan pelbagai perubahan dan pindaan terhadap perlembagaannya pada tahun 1895. Kerumitan pentadbiran kewangan negeri Johor dan kebarangkalian meletusnya perang besar di Eropah (Perang Dunia Pertama) menimbulkan kerisauan dan perasaan gelisah di kalangan pentadbir British.
Mereka mendesak Sultan Sir Ibrahim untuk menerima
Penasihat Inggeris untuk membantu mentadbir negeri Johor. Sultan Sir Ibrahim pada hakikatnya kehilangan kebebasan mentadbir negeri Johor.
Sebagai balasan, Pentadbiran Negeri-Negeri Selat (British) bersetuju kepada penubuhan satu pasukan Askar Timbalan Setia yang berikrar taat setia kepada Sultan Johor. Askar Timbalan Setia boleh dilihat sebagai tentera peribadi Sultan Johor.
Melalui pindaan pada tahun 1914,SultanIbrahimtelah membenarkan orang asing bukan rakyat Johor,termasukrakyatBritish,menjadi ahli dalam Majlis Mesyuarat Negeri.
Seterusnyapadatahun itu juga, Sultan Ibrahim menerima seorangPenasihat AmBritish.
Tugasnya adalah menasihati baginda dalam bidang pentadbiran dan pemerintahan negeri Johor. Walau bagaimanapun, Penasihat Am tidak mempunyai kuasa seperti kuasa Residen di negeri-negeri Melayuyang lain, dan nasihatnya tidaklah semestinya dituruti oleh baginda.
Pindaan ini telah menambahkan penguasaan British ke atas Johor secaratidak langsung.


Originally posted by rurouni_khairul at 2-9-2007 05:42
Tentangbabampupenjajah tuh saya kurang setuju...itudipanggil'pemikiranstrategik'. Mehaku citer balik tentang 'teori'encik pasal'mengipasdan mengampu'penjajah. Pernah sedare terpikir napeThailandmenjadisatu-satunya negeridi Asia Tenggara yang tak pernahdijajah?Ini keranaRaja Chulalongkorn(betul ke aku eja nie?) telahmerancanghubungandiplomatik secaratersusun dan sistematik kepada semuakuasa2besar yangada pada masa tuhtermasuk Jepun dan menganggap kuasa2besarbarat danJepun sebagai sekutu,bukan musuh

Raja Chulalongkorn-Petualang??

Pada tahun 1909, sebagai satu langkah strategi untuk melindungikemerdekaan Siam daripada kuasa-kuasa asing yang terbesar (British danPerancis), RajaChulalongkornmemeteraiPerjanjian Inggeris-Siam yangmemindahkan hakpertuanan Siamterhadapnegeri-negeri Melayu di utara,iaitu Perlis, Kedah, Kelantan, dan Terengganu kepada Britain.Inidilaksanakantanpasebarang persetujuan daripada sultan-sultanMelayu.Perbuatan inimelukaihati Sultan Hamid, dan baginda dikatakanbertitah:"Betabolehmengampunkan Pembeli tetapi Beta tidak bolehmengampunkanPenjual"

[ Last edited by  cyborq at 2-9-2007 10:45 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 2-9-2007 12:56 PM | Show all posts
Originally posted by Brader_Jon at 31-8-2007 01:09 PM
kata lepas ni kau buat thread pasal lagu negaraku tu lagu terang bulan, mamula moon.. bendera malaysia tu bendera amerika ubahsuai.. sabahserawak tak leh sambut merdeka hari ni.. pasal derang join malaysialambat .. chin peng pon pejuang kemerdekaan, kenapa goreng pisang danbukannya pisang goreng.. dan bermacham macham lagi isu yang nampakmacam  intelek kalo kita mengupasnya.. peace bro.


tolong sikit ...bila masa sabah dan sarawak join malaysia ????:@ sabah,sarawak dan tanah melayu bergabung membentuk malaysia ....ada faham ????
Reply

Use magic Report

Post time 2-9-2007 01:31 PM | Show all posts

Reply #16 rurouni_khairul's post

panjangnye penjelasan teori ko ye... hakikatnye ko sendiri pon xidop time benda tu berlaku. ko pasti betul ke teori ko tu. sejarah boleh diubah dan diputarbelit. kite mane tau benda yg berlaku dibelakang tabir. setakat tertulis dalam sejarah memang cantik belaka, isinye belum tau lagi. so nasihat saya, tak perlulah berbangga sangat ngan negeri awak tu. kami dari negeri2 lain semua ade penentang inggeris yg bertaraf legenda. cuba sebut pendekar johor ade ke???? kekadang kami pelik ngan orang johor, suka berbangga ngan negeri sendiri. pengalamn saya mmg ramai yg xberapa suka ngan orang johor, susah nak bekerjasama dan hidung tinggi. baikle orang kelantan lagi. samele ngan orang no 1 negeri ko tu. pasal die le raja melayu jadi kurang power, ingat ape ko tu tuhan ke nak balun2 orang. negeri lain pon ade raja jugak la, tapi tak le beria cam sane tu. aku pun takkan start flame war ni kalo ko yg tak start dulu.

pasal maksiat kat JB pulak, mmg kat lain pun ade, tapi tang JB le yg paling teruk, kalo ko pernah duduk luar dari johor mesti ko boleh perasan perbezaannye. agak2nye tu yang banjir sampai dua kali tu kot   takpe2 mungkin bencana alam kot cam tsunami kat aceh.

[ Last edited by  abangbikerz at 2-9-2007 01:33 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 2-9-2007 04:34 PM | Show all posts
ko terimalah kenyataan.. xder semangat patriotik lgsg la mamat ni :@:@:@
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-5-2024 10:13 PM GMT+8 , Processed in 0.112997 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list