CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: dexa

Adakah Hukuman Yang Dikenakan Pada Pelajar Bermasalah Terlalu Keras

[Copy link]
Post time 22-7-2007 10:01 PM | Show all posts
Mana budak2 melampaui batas tuh, kita tembak pakai TAZER jer....kompem tak buat dah........
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-7-2007 10:31 PM | Show all posts
Originally posted by tangopapa at 22-7-2007 10:01 PM
Mana budak2 melampaui batas tuh, kita tembak pakai TAZER jer....kompem tak buat dah........



Iyor ler tu.....tangopapa

Tetiba anak miker yg kena tembak dek TAZER Guru Disiplin.
Surely esok..........kat muker sulat kabar perdana n TB3, muker miker anak beranak dgn sehelai report polis.

Time teman dulu dulu......
Basuh jamban, pam tangki najis...........adalah HUKUMAN yg BIASA.

Lagipun, basuh tandas nie ada BANYAK KEBAIKKAN nya.
1. mengajar pelajar akan ERTI KEBERSIHAN.
2. mengajar DISIPLIN aka PERATURAN

Kemungkinan besar, pelajar yg buang tuala wanita tu kat dalam tandas kerana mak bapak dier mengajor berbuat sedemikian.
Mak dier mungkin buang tuala wanita nya kat dalam tandas di ghumah.
So........kalau mak dah borek, surely anak pung rintik.



Mungkin pelajar2 ini mcm oghang oghang di dalam Al Quran.
Yakni di mana deme ini TIDAK DI AJAR olih mak deme cara cara utk melupuskan tuala wanita !!!

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2007 10:35 PM | Show all posts

Reply #22 niceghost2005's post

pssttt NG... ada org tunggu kat HG...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-7-2007 11:24 PM | Show all posts


let's look at what this parents did when
their child was swearing at the teacher -
the parents lodged a police report! -

and few great views by parents and teachers as well
regarding misbehave students!! --

what's your take?


-----------------------------------------------------------------------------------------

Spare the rod and spoil the (bad) child?

Parents now tend to over-react when their children are disciplined in school. Experts tell CHOK SUAT LING this could raise a generation of irresponsible adults.



Lim Nien Nie and her father, Lim Kim Chung, with a copy of the police
report against her teacher and a picture of her swollen cheek.


LIM Nien Nie threw an unprintable expletive at her teacher recently.

That indecorous word has no place in anyone抯 vocabulary, and coming from a young seemingly uncorrupted girl made it all the more shocking.

The 13-year-old Nien Nie抯 teacher retaliated against this extreme provocation, as many would, but too harshly. Punishment against him was swift. And that should be the end of it.

But far from feeling any semblance of shame, guilt or remorse over the crass boldness of their child, Nien Nie抯 parents lodged a police report and on top of that, held a press conference.

This is not the only case of overprotective parents. Earlier this year, parents of 12 students of a secondary school in Muar lodged police reports alleging that a physical education teacher had caned their children.

Just this month, the parents of 15 Form Five students expelled from a Mara Junior Science College in Johor for bullying their juniors pleaded for their children to be re-instated.

The Entrepreneur and Co-operative Development Minister has, however, shut the door tight on them.

Parents, understandably, want what is most advantageous for their children, but many now do not realise, or care, that their actions are actually counter-productive to their child抯 education and well being in the long run.

Parent Wan Esuriyanti Wan Ahmad says she would feel chastened personally should her daughter be punished in school.

"I would not question the teacher抯 action unless it is really extreme," said Wan Esuriyanti. "But many parents now jump at the slightest thing."

She recalls a parent who confronted a teacher at a Selangor school with a parang for punishing a child. "That is really taking it too far."

Another parent, Florence Chin, believes that it is the teachers who sometimes take things too far. She disagrees with the way students are being punished for indiscipline. Some schools cane students or force them to clean toilets as a punishment, she notes.

"What about reverse psychology and counselling? Unpleasant situations can be averted if teachers just gave parents a note or letter in cases of misbehaviour."

Malaysian Association for the Protection of Children vice-president Dr Farah Nini Dusuki says the Education Ministry only allows the principal, assistant principal and disciplinary teachers to cane students.

"But the fact is that teachers themselves are punishing students, even for the smallest mistakes, such as not bringing their books or not standing up straight at school assemblies."

Dr Farah Nini says there are other ways to discipline children than physical punishment, which could lead to child abuse.

But teachers disagree. They say cases of indiscipline today are no longer the naughty pranks of yesteryears. Students now go as far as killing, raping, maiming, assaulting and committing arson, among other things.

Harsh methods are needed to keep indiscipline in check. As long as it does not go beyond acceptable boundaries, neither should parents.

National Union of the Teaching Profession secretary-general Lok Yim Phang is incensed that teachers are threatened with police reports and legal action over minor matters when before, students punished by teachers would be reprimanded further by parents when the incident was reported to them.

"In the Nien Nie case, the teacher was wrong for punching her, but why has action not been taken against the student for uttering the expletive?" she asks.

"If parents interfere and get their children off the hook even when they have misbehaved, what is the message we are sending?

"We are not helping the student at all. She will grow up thinking it is all right to misbehave as her parents will always bail her out."

Lok says while the teacher over-reacted, she can understand how he must have felt then.

"Teachers are overworked, stressed out, the class is big and students now can be really naughty.

"So when something like this happens and a teacher gets suspended with his career in tatters, other teachers get de-motivated.

"I have heard some say 態iar aje
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2007 05:41 AM | Show all posts
Just to share my experience.  Few yrs ago my son (in primary one) selalu balik rumah telling me cikgu ketuk kepala dia dan kata dia bodoh and being just in std 1, dia sampai takut nak ke sekolah.  I met up with the teacher I told him it is OK to punish, say rotan kat kaki, tangan, berdiri atas bangku so long tak ada scar but dont call him bodoh or knock his head cos i think it's not right.  The teacher promised not to punish in that manner again and we closed the issue without being brought up to principal.  However, semua ini saya lakukan tanpa pengetahuan my son cos saya takut nanti dia naik kepala and never respect his teachers anymore.
At the same time, I always remind my son to behave himself in class.

Saya x pasti if that was the best method but at least it solved the problem

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2007 06:00 AM | Show all posts
Hari ini dalam utusan keluar lagi kisah guru dan pelajar.. Kali ini guru didakwa meroton pelajar kerana menyelerakkan asrama..

Entah mengapa dalam minggu ini pelbagai kisah hukaman murid didera guru berkumandang di media masa.. Seperti ia sesuatu yang amat serius dan berleluasa di semua sekolah..

Noh Omar pula selepas sahaja dipindahkan kepada Kementerian Pelajaran dari Jabatan Perdana Menteri sering mengeluarkan ucapan dan kata-kata yang mengugut guru dan bukannya membela.. Ibarat menjadi hero dikalangan masyarakat sekaligus ibarat meraih sokongan luar.. Tak pernah lagi sebelum ini seorang menteri atau timbalan menteri Pelajaran yang dalam ucapannya tidak pernah lari dari mengeluarkan ucapan yang menhentam golongan pendidik..

Pernah dia berkata... jika pelajar buat salah jangan hukum secara fizikal.. tp kalui boleh suruhla diorg buat kerja rumah banyak2.. tp terfikirkah Noh Omar.. camne nak suruh pelajar-pelajar bermasalah ini membuat kerja rumah.. setakat memujuk je?.. Cuba la ...

Kes tandas tersumbat.. ada orang kata setakat buang tuala wanita.. ala kes kecil je.. dulu-dulu banyak kes kat sekolah aku murid2 membuang pelbagai benda dalam mangkuk tandas.. ada pernah terjumpa cawan walaupun tong sampah ada disediakan dalam tandas..

Benda-benda kecil ini menyebabkan tandas tersumbat dan sekaligus tidak dapat digunakan.. Kesian murid2 lain yang tidak dpt menggunakan tandas kerana rosak.. Pihak sekolah terpaksa mengeluarkan belanja yang besar untuk membaiki tandas-tandas ini.. yang lebih tensen.. kekadang tandas yang baru dibaiki rosak balik.. Belanja untuk baiki tandas bukan kecil..


Bukan untuk membela atau menafikan kejadian tersebut berlaku.. Tapi jika dilihat dalam situasi sekolah pada masa kini.. semakin ramai pelajar yang kurang ajar.. terlibat dengan pelbagai perkara negatif..

Kalu tidak percaya tanyalah mana2 guru displin sekolah terutama guru displin sekolah menengah sampaikan ada yang tidak berani untuk membawa kenderaan sendiri ke skeolah kerana takut dicalarkan oleh pelajar..

Itu baru sedikit.. tp ada pelajar yang lebih bertindak berani dengan mengugut guru dan mencabar guru untuk bergaduh.. Ada yang sampai mengeluarkan kata-kata kesat kepada guru tapi bila guru menampar mereka... guru bersalah manakala pelajar yang mengeluarkan kata-kata kesat tersebut dijadikan hero..

Aku salute dengan guru displin yang masih sanggup mengambil risiko dalam mendidik anak-anak bangsa kita...

Aku tak dapat bayangkan Malaysia pada masa hadapan jika pelajar-pelajar bermasalah masih terus diangkat menjadi hero dan guru-guru yang mendenda murid dihukum gantung kerja..

Sebab orang kata untuk melihat pemimpin pada masa depan.. lihatlah murid-murid di sekolah pada masa sekarang.. tak berani aku nak bayangkan..

CUba kita duduk dalam situasi guru.. tengah mengajar. sorang pelajar dengan selamba bercakap kuat dengan tujuan menggangu proses pembelajaran.. lepas tu dia pergi kacau kawan dia... Guru pula hanya dapat menasihati sahaja.. takleh tengking atau marah nanti kena dakwa menagnggu emosi..

Lepas tu kalu dia tak dengar juga nak buat macam mana... nak marah tak boleh .. nak denda tak boleh.. last-last biarkan je.. Ada yang berkata kenapa tak adukan kepada badan displin sekolah.. tp diorg tak tahu camne prosedur dia.. terlalu banyak karenah untuk menghadapkan pelajar ke badan displin..

Adakah kita mahu guru-guru berbuat demikian.. Tapi aku percaya guru-guru sanggup ambik risiko dan masih sayangkan pelajar-pelajar mereka...

Tapi aku tak nafikan da sesetengah guru yang agak melampau menghukum pelajar.. Sebagai seorang pendidik ingatlah bahawa kita hukum untuk mendidik dan bukannya untuk mencederakan..

Orang-orang diJabatan Pelajaran pula jangan la mengeluarkan kenyataa-kenyataan yang terus menghukum guru jika perkara camni terpapar dalam media masa semata-mata kerana survival politik atau tekanan dari atas..

Media masa juga perlulah mendapatkan pandangan dari kedua pihak.. Jangan setakat menyiarkan padangan sebelah pihak sahaja..

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-7-2007 07:44 AM | Show all posts
macamana nak dapatkan pandangan kedua puhak... orang mintak komen... no komen... gurubesar takde... cuti,,,.. mc.... kursus
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2007 08:44 AM | Show all posts
Hukum pelajar biar berpada

BERITA mengenai kejadian 200 pelajar perempuan di sebuah sekolah menengah di Sarawak dihukum berendam dalam kolam ikan yang kotor selama sejam kerana seorang daripada mereka membuang tuala wanita terpakai ke mangkuk tandas asrama Rabu lalu, agak mengejutkan. Seorang warden asrama SMK Bawang Assan dekat Sibu itu, dikatakan mengarahkan pelajar berkenaan berendam dalam kolam sehingga ke paras leher sebagai denda kerana kesalahan seorang daripada mereka yang enggan mengakui kesalahan itu.


Selepas disiasat, tiada pelajar mengaku membuang tuala wanita itu, menyebabkan warden terbabit mengarahkan semua pelajar berkenaan berendam walaupun ketika itu dikatakan hujan dan kilat. Menurut laporan akhbar, kejadian denda itu disaksikan oleh Pengerusi Persatuan Ibu Bapa Guru (PIBG) sekolah itu, Jimmy Kiu yang kemudian mengambil beberapa gambar. Kita berpendapat menghukum pelajar berendam dalam kolam ikan yang kotor seperti itu bukan saja tidak setimpal dengan kesalahan pelajar, malah tidak ada dalam peraturan disiplin sekolah berasrama.

Walaupun usaha mendisiplinkan pelajar adalah baik, pendekatan warden terbabit bertentangan dengan garis panduan berkaitan disiplin pelajar yang dikeluarkan oleh Kementerian Pelajaran. Tindakan warden itu agak keterlaluan dan berbahaya apatah lagi membabitkan pelajar perempuan. Ia sekolah biasa, bukan sekolah latihan untuk anggota tentera apatah lagi jika ia membabitkan anak perempuan yang sudah pasti mengundang rasa tidak puas hati di kalangan ibu bapa.

Bagi berlaku adil kepada kedua-dua pihak, siasatan terperinci perlu dijalankan dengan segera memandangkan isu ini sudah dihebahkan secara meluas di media tempatan. Buat permulaan, pelajar terbabit boleh membuat aduan sama ada kepada Pejabat Pelajaran Daerah atau polis. Walaupun selepas kejadian, ramai pelajar mengalami gatal-gatal dan demam, mereka tidak berani bersuara kerana takut selain diberi amaran supaya tidak menghebahkannya bagi mengelak dikenakan hukuman lebih berat.

Jika perkara ini tidak dihebahkan, sudah pasti segala kepincangan tidak diketahui oleh pihak kementerian atau masyarakat sekitar. Kita tahu lokasi sekolah itu agak terpencil dan hanya boleh dilalui menggunakan bot. Pelajar sekitar kawasan dari Sungai Pasin, Batang Lassa, Nanga Singat, Sungai Lengang, Sungai Belangan dan Tanjung Bekakap, terpaksa menggunakan perahu atau bot ekspres beberapa jam untuk sampai ke sekolah asrama berkenaan. Persoalannya sekarang, apakah tindakan keras seperti itu masih diamalkan di sekolah sekarang dan jika mengambil kira kenyataan Menteri Pelajaran, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, era guru bermaharajalela dengan bertindak sewenang-wenangnya termasuk mendera pelajar sudah lama berlalu.

Guru atau warden perlu bijak menangani masalah disiplin dan tidak seharusnya berkompromi, tetapi tindakan melampau pula tidak boleh diterima pelajar dan masyarakat umum termasuk beberapa kes lain seperti guru memukul, menampar murid atau murid memukul guru. Guru menerima tanggungjawab mendidik, mengajar, mengasuh dan membentuk manusia yang akan menjadi warga berprinsipkan Rukun Negara.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-7-2007 09:45 AM | Show all posts
aku vote no 2. kdg2.. bila baca paper psl budak2 ni kena denda.. kena rotan.. smp report polis, masuk tv.. aku terfikir.. kalau la zaman aku dlu kitorg buat benda yg sama pd cikgu2 kitorg (report poilis, bgtau media..), ntah bape ramai cikgu kena buang. zaman aku dlu, stakat kena lempang... kena rotan smp bengkak2 tapak tangan.. kena cubit smp terkoyak kulit.. itu perkara biasa. xpernah skali pun nak anggap cikgu2 tu sumer melampau.. tp sebaliknya, bila dh kena pukul g2, dtg satu perasaan menyesal.. insaf.. sbb... apa yg difikirkan ms tu... cikgu pukul sbb kita sendiri wat silap. kalau kita baik, dengar kata.. cikgu xkan pukul kita...

ms skolah dlu.. ade budak kelas aku tu.. mmg nakal giler... dia slalu kena rotan sbb xbuat keje skolah... buat bising... tp.. tiap kali kena pukul.. dia xpernah lawan cikgu aku tu.. dia xpernah lari... xpernah ngadu kat mak bapak dia.. alasan dia... "sebab aku mmg nakal.. sbb tu cikgu pukul.. kalau bgtau mak ayah aku pun.. diorg akan kata padan muka je kat aku..." huh.. smp cmtu skali... itu zaman dlu...

zaman skrg lain plak..! bg aku, mak bapak kalau nak manjakan anak skalipun.. xperlu la smp tahap nk report polis.. nk bgtau media. secara psikologinya... bila jd cmtu.. anak2 rasa.. mak bapak ni terlalu cover diorg.. kena pukul skit, report polis.. tp, kita mungkin xsedar.. mungkin anak kita yg buat silap. apa yg aku nampak.. pendidikan zaman dlu dgn skrg amat jauh berbeza.. kdg2 aku rs kesian pd cikgu2.. sbb anak2 zaman skrg semakin hari semakin advance... smp tahap budak sekolah rendah pn bleh lawan cikgu.. xhairan la kalau ade cikgu2 yg sakit jiwa disebabkan mslh2 mcm ni...! anak murid nakal, nak tegur.. nak marah.. semua xboleh.. apatah lg nak pukul dgn niat nk mengajar.. esoknya mesti masuk tv.. abis cmner lagi..??? aku harap, semua org bleh pk dgn matang benda2 cmni.. aku rasa.. kalau la cikgu aku xgarang, xmarah2.. xpukul2 aku dlu... blum tentu aku berjaya mengengam segulung ijazah dan dpt keje yg OK mcm skrg nih... alhamdulillah...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2007 01:11 PM | Show all posts
aku tak rasa hukuman yang dikenakan itu terlalu keras.  sebaliknya, aku rasakan hukuman itu tak sesuai.  perangai budak-budak bermasalah ni memang patut ditangani tapi biarlah dengan cara yang betul.  berkubang dalam air yang kotor boleh membawa implikasi kesihatan yang negatif...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2007 01:13 PM | Show all posts
kenapa aku rasakan berita-berita yang timbul ni lebih bersifat 'office politics' disebabkan kenaikan no. 1 baru di kementerian?
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2007 01:18 PM | Show all posts
Sekolah ada tempat kita utk mendidik anak2 bangsa..bukan tempat menghukum.

Kalau seorang yg buat salah..takkan semua murid dalam kelas tu dihukum.

Cuba tanya pihak sekolah..berapa kali dalam sebulan diadakan kelas motivisi contohnya..kelas suai kenal contohnya..kelas pendidikan menjaga keselamatan, jaga kebersihan contohnya...rasanya kalau diajukan persoalan ini..sekali sebulan pun tak ada kot..sibuk memanjang.
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2007 01:33 PM | Show all posts
biasanya kalau hidup di asrama dedulu, group responsibility ditekankan.  everyone looks out for each other.  kalau ada yang buat salah, kawan kena tegur/halang.  salah satu cara ianya diterapkan dalam diri masing-masing ialah melalui group punishment.
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2007 03:05 PM | Show all posts
mak bapak yg over protective, bley la buat home schooling,.,

tak payah antar anak ke skolah,,
jimat duit kerajaan...lagi.
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2007 03:12 PM | Show all posts

Reply #1 dexa's post

Cikgu dulu2 pun tampar jugak anak murid, rotan jugak bila banyak salah buat kira-kira congak tapi takde la sampai senget muka, birat-birat bengkak lebam betis seminggu tak hilang.

Tapi ada jugak budak kena jentik dengan cikgu, kena rotan sikit sikit, tapi mak bapak datang attack cikgu kat sekolah mengalahkan amuk Hang Jebat. Siap nak ICUIC bagai.

Nak mengajar anak, jangan sampai anak besar kepala dan naik lemak!

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2007 03:48 PM | Show all posts
Originally posted by rambutan at 23-7-2007 07:44 AM
macamana nak dapatkan pandangan kedua puhak... orang mintak komen... no komen... gurubesar takde... cuti,,,.. mc.... kursus


Sebenarnya semua kakitangan sekolah dilarang sama sekali memberikan sebarnag komen kepada media masa tanpa kebenaran dari pihak atasan iaitu Jabatan Pelajaran/Kementerian Pelajaran...

Jika berani memberikan kenyataan walaupun berada dipihak yang benar.. bersedialah untuk ditukarkan dimana-mana.. satu peraturan yang menyebabkan tiada seorang berani memberikan komen kecuali pengarah pelajaran sahaja..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-7-2007 03:55 PM | Show all posts
i vote no.2
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2007 04:05 PM | Show all posts

Reply #32 Anak_Nogori's post

tapi kan AN..bab2 macam keselamatan, kebersihan ni semua selalu cikgu bagitau waktu perhimpunan...pehimpunan setiap minggu ok..setiap minggu pot pet pot pet benda yang sama..tapi tetap ada makhluk otak pendek buang pad dlm jamban etc...

Kalau dah umur 13-17..tatau jaga kebersihan..apa lagi cikgu boleh buat...nak kaunseling berapa banyak lagi kalau otak dah bebal...biar kasik hukum je...jangan dimanjakan sangat...
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2007 04:13 PM | Show all posts

Reply #38 ~boolean's post

Kalau dah dibuat sampai gitu sekali..then...baru la dihukum...tapi jangan la dihukum yg tidak berkenaan tu.

Cuma budak2 sekarang..pot pet pot pet pun macam tak jalan..buat la aktiviti sikit..contohnya kebersihan tu cuba la buat gotong royong dikalangan cikgu2 dan murid2..dapat gak mengajar cara itu..kadang2 impaknya lebih sikit dari pot pet pot pet ni..bebudak jadi boring.
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2007 04:32 PM | Show all posts
pendapat saya hukuman perlu  munasabah. merendam dan melempang pelajar bukanlah hukuman keras (selagi tindakan itu tidak mendatangkan kemudaratan atau kesan dari segi kesihatan),  dulu2 kegiatan menampar pelajar biasa sahaja. Malah atas sebab cikgu suka melempanglah ada pelajar yang  excellent dalam maths. Pada masa tu, mana ada mak bapak nak lodge a police report, 100% serah pada cikgu. Hukuman itu cuma tidak munasabah. dan zaman sekarang mungkin dianggap kejam. Zaman sekarang mana boleh buat macam tu dah. Cikgu tak boleh sentuh pelajar...kalau tak nanti kena aduan sexual harassment...jangankan sentuh, jeling pun tak boleh...

Zaman sekarang pun parents serah 100% bab education pada guru (mak pak kerja 24 jam sehari 7 hari seminggu) tapi mereka nak reward beyond what teachers can offer. Kalau semua cikgu x betul, cuba lah bagi parents tu mengajar budak-budak sekolah selama sebulan, boleh tak mereka tangani pelajar sekarang yang totally different. Saya percaya, cikgu yang kurang baik ni memang ada cuma jumlahnya tidak banyak tetapi akhbar terlalu perbesarkannya dan sesungguhnya guru yang sebegitu memang patut dihukum jika benar melampaui batas. Dahlah akhbar mensensasikan berita sedemikian terutama akhbar tabloid, ada menteri pulak selalu ancam guru, lagilah imej guru terletak di bawah tapak kaki. Kalau dah guru (termasuk pengetua n staff) tidak dihormati, kita sebenarnya telah meletakkkan satu imej dan standard buruk pada profesion keguruan sejak mula.Oleh itu, selamanya kita tak boleh terima sesuatu yang berkaitan dengan persekolahan secara positif. Namun, saya tetap berpendirian sebarang hukuman yang tidak munasabah tidak patut dilaksanakan. Tambahan pula hukuman yang  dikenakan ke atas pelajar hendaklah mengikut garis panduan yang telah ditetapkan.

Sekolah kita juga terlalu exam oriented. So cikgu sibuk nak kejar silibus tak sempat nak terap nilai2 murni sedangkan kat luar dunia dah kepupusan nilai murni. Sebilangan student ambil sampai berbelas paper, apa yang mereka ingin buktikan? kepandaian? kecemerlangan? adakah student yang dapat berpuluh A tu hebat? macamana dengan kecerdasan eq? softskill? inter n intrapersonal?. semua itu sukar (bukan tak boleh) untuk diberi pengukuran melalui kertas peperiksaan. Sekolah dan cikgu yang baik diukur oleh berapa ramai pelajarnya yang dapat 'A'...itu yang masyarakat mahu..betul tak? Sekolah juga patut memikirkan aspek multiple intellegences (Howard Gardner). Beri peluang kepada pelajar memilih bidang apa yang mereka minati. Di sini, masa nak isi borang UPU pun masih tercari2 nak pilih bidang apa. kadang-kadang tu pilih bukan sebab minat tetapi terpaksa disesuaikan dengan result peperiksaan.

Kekadang terlintas di fikiran saya, mengapa pelajar yang cerdik pandai sahaja dimasukkan ke sekolah asrama penuh seperti maktab rendah sains mara. Pelajar yang cerdik atau gifted sebenarnya tidak perlukan bantuan maksimum dalam pembelajaran mereka. Mereka boleh bergerak sendiri dengan bantuan guru yang minimum. Sebaliknya, pelajar yang lemah dan bermasalahlah yang memerlukan jagaan intensif seperti hanya pesakit kritikal sahaja perlu dimasukkan ke wad ICU, mengapa tidak dianalogikan ke bidang pendidikan. Pelajar yang kritikal dimasukkan ke pusat pemulihan seperti sekolah asrama penuh. Asuh dan didik mereka secara intensif dan lihat hasilnya. Jika hasilnya baik, maka barulah boleh dikatakan guru itu dan sekolah terbabit cemerlang. jika pelajar dah memang tip top, masuk pulak sekolah asrama penuh, memang sahlah mereka cemerlang, nak buat apa. MRSM sepatutnya membantu pelajar melayu yang lemah (dulu) tapi kini bertukar menjadi membantu pelajar melayu yang hebat. tak ke pelik tu? apabila seseorang pelajar itu hebat, letaklah dia di mana-mana mereka tetap hebat. Jadi, adilkah juga kita mengukur bahawa guru2 di MRSM lebih hebat berbanding guru sekolah harian biasa kerana guru sekolah MRSM hasilkan ramai pelajar dapat 'A'. Selain itu, mungkin dengan cara ini, kita dapat membantu pelajar bermasalah sekali gus mengurangkan masalah disiplin di sekolah.

Bagi guru-guru pula, perlulah kawal emosi. Jangan campuradukkan masalah rumahtangga atau peribadi dengan masalah di sekolah dan sebaliknya. Janganlah kemaharan di rumah dilepaskan di sekolah. Ia memang sukar tetapi wajib dilakukan....kalau tak nanti, habis kepala pelajar ada cap tumit kasut tinggi....tak fasal2 pelajar kena guna helmet ke sekolah

Sebenarnya, masalah disiplin pelajar berlaku di semua sekolah di seluruh dunia. Apapun guru, ibubapa, kerajaan dan masyarakat perlulah bekerjasama dan bertolak ansur dalam menguruskan masalah ini.


Catatan;
Ibnu Khaldun berkata "jika anak-anak tidak dididik, mereka akan dididik oleh zamannya"

tebbi.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

9-5-2024 01:58 PM GMT+8 , Processed in 0.353116 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list