View: 15187|Reply: 1
|
AKPK : Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit Bank Negara
[Copy link]
|
|
Perkhidmatan kami Jenis perkhidmatan
Kami menyediakan perkhidmatan seperti berikut:
- Kaunseling dan nasihat mengenai pengurusan kewangan
Memberi anda kaunseling dan nasihat berhubung belanjawan kewangan,pengurusan wang dan isu-isu kredit termasuk membantu anda membuatbelanjawan untuk mengurus perbelanjaan anda. - Program pengurusan kredit
Membantu anda dalam menyediakan pelan pembayaran semula pinjamanmelalui rundingan dengan penyedia perkhidmatan kewangan anda. Pelantersebut akan membantu anda untuk membayar balik pinjaman dan mengawalsemula kewangan anda. - Pendidikan kewangan
Menyediakan program dan bahan pendidikan, terutamanya mengenaipenggunaan kredit pengguna secara betul dan kemahiran asas pengurusanwang serta tip untuk menggunakan kredit secara bertanggungjawab. Kriteria yang layak :
- Perkhidmatan kaunseling dan pendidikan kewangan
Perkhidmatan ini disediakan kepada semua individu. - Program pengurusan kredit
Anda boleh menghubungi kami untuk bantuan dalam mengurus pinjaman andasekiranya anda mempunyai pinjaman seperti pinjaman perumahan, sewabeli, kad kredit, kad caj atau pinjaman persendirian atau pembiayaanlain dengan lebih daripada sebuah penyedia perkhidmatan kewangan yangdikawalselia oleh Bank Negara Malaysia. Penyedia perkhidmatan kewanganterdiri daripada:- Semua bank perdagangan
- Semua bank Islam
- Semua syarikat insurans
- Semua pengendali takaful
- Institusi kewangan pembangunan
- Pengeluar kad kredit/caj
Hanya institusi atau produk yang dikawal selia oleh Bank Negara Malaysia
Kriteria Asas bagi Program Pengurusan Kredit : - Tidak diistiharkan muflis
- Individu yang tidak berkemampuan untuk menguruskan hutang mereka
- Mesti mempunyai sumber pendapatan positif
- Bukan dibawah tindakan undang-undang yang telah lanjut
- Tiada pinjaman yang diperolehi oleh institusi kewangan yang tidak dikawal selia oleh BNM
- Pendedahan pinjaman kurang daripada RM2 juta
|
|
|
|
|
|
|
|
Soalan Lazim - Apakah AKPK?
AKPK adalah anak syarikat milik penuh Bank Negara Malaysia merupakan sebuah agensi yang ditubuhkan khas bagi menyediakan:- perkhidmatan pengurusan kewangan;
- kaunseling kredit; dan
- pendidikan kewangan dan pengstrukturan semula pinjaman kepada para individu
Perkhidmatan yang diberikan oleh AKPK adalah secara percuma
- Apakah perkhidmatan yang disediakan oleh AKPK?
- Kaunseling dan Nasihat mengenai Pengurusan Kewangan
- Kaunseling dan nasihat secara bersemuka yang merangkumi bajet kewangan, pengurusan wang dan isu-isu kredit.
- Bantuanakan disediakan kepada pengguna dalam menganalisis keadaan kewangan danmengenal pasti semua pilihan yang ada untuk membantu mereka kembalikepada keadaan sediakala.
- Program Pengurusan Kredit
- Programpembayaran balik hutang yang khusus dirangka untuk memberi peminjamyang layak penyelesaian terhadap keadaan kewangan mereka.
- Programini termasuk kajian semula keadaan kewangan semasa dan pewujudanpenyelesaian kewangan yang khusus secara bersama oleh peminjam daninstitusi kewangan.
- Pendidikan Kewangan
- Programpendidikan disasarkan pada kumpulan atau individu tertentu berhubungdengan penggunaan kredit pengguna yang wajar dan kemahiran asaspengurusan wang seperti simpanan dan membuat belanjawan serta tip untukmenggunakan kredit secara yang bertanggungjawab dan pengurusan hutang.
- Bilakah saya memerlukan bantuan dari AKPK?
- Sekiranya anda tidak dapat menguruskan wang anda dengan baik.
- Mempunyai masalah dengan pembayaran hutang piutang.
- Hanya mampu membuat bayaran minima 5% daripada jumlah hutang kad kredit
- Jika anda membuat pengeluaran tunai dari kad kredit untuk menampung perbelanjaan atau membuat bayaran kad kredit lain.
- Tidak mempunyai simpanan atau insurans untuk menampung keperluan kecemasan.
- Jika anda sering mendapat panggilan daripada pemiutang
- Jika anda telah diberi notis untuk tindakan undang-undang.
- Bagaimana saya akan mengetahui saya perlukan bantuan dari AKPK?
- Individu-individu yang mermerlukan nasihat mengenai cara mengurus wang secara berhemah boleh menghubungi AKPK.
- Bagi Program Pengurusan Hutang, bantuan diberikan kepada kategori kategori individu deperti yang tersebut:
- Tidak diistiharkan muflis.
- Individu yang tidak berkemampuan untuk menguruskan hutang mereka.
- Mesti mempunyai sumber pendapatan positif
- Bukan dibawah tindakan undang-undang yang telah lanjut
- Tiada pinjaman yang diperolehi oleh institusi kewangan yang tidak dikawal selia oleh BNM
- Pendedahan pinjaman < RM2 juta
- Sekiranya saya memerlukan perkhidmatan pengurusan kredit, apakah yang perlu saya lakukan?
Anda boleh mengunjungi dimana-mana cawangan pejabat AKPK di KualaLumpur, Pulau Pinang, Kuala Terengganu, Johor Bahru, Kota Kinabalu danKuching ATAU talipon kami di talian bebas tol kami di 1 800 88 2575. - Bolehkah saya mendapatkan perkhidmatan kaunseling daripadaAKPK sekiranya saya bukan seorang pelanggan penyedia perkhidmatankewangan yang dikawal selia oleh BNM?
Ya. Anda tidak perlu menjadi pelanggan penyedia perkhidmatan kewanganyang dikawal selia oleh BNM untuk menikmati perkhidmatan kaunselingyang ditawarkan oleh AKPK. - Bolehkah saya mendapatkan bantuan kewangan daripada AKPK?
Tidak. AKPK tidak menyediakan bantuan kewangan. - Bolehkah saya meminta bantuan AKPK sekiranya saya mempunyaimasalah pinjaman dengan hanya sebuah penyedia perkhidmatan kewanganyang dikawal selia oleh BNM?
Sekiranya anda mempunyaimasalah pinjaman dengan sebuah penyedia perkhidmatan kewangan, andaperlu terlebih dahulu berbincang terus dengan penyedia perkhidmatankewangan anda. Namun demikian, sekiranya anda gagal mencapaipenyelesaian dengan penyedia perkhidmatan kewangan anda, anda bolehmerujuk kes anda ke AKPK untuk bantuan. - Bolehkah AKPK membantu saya sekiranya kes saya telah dibawa ke mahkamah oleh penyedia perkhidmatan kewangan?
Tidak. AKPK tidak akan memberi pertimbangan terhadap kes anda sekiranya ia telah dibawa atau dirujuk ke mahkamah. - Sekiranya saya memerlukan perkhidmatan pengurusan kredit, apakah dokumen yang perlu saya kemukakan?
Bagi membolehkan AKPK menyemak kes anda, anda perlu melengkapkan borangpermohonan. Borang tersebut memerlukan maklumat berhubung dengankedudukan kewangan anda seperti pendapatan dan perbelanjaan anda, asetdan liabiliti serta salinan penyata cukai pendapatan anda.
|
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|