CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 18752|Reply: 86

"Beli nombor ekor tak kena, Tok Guru ubah nasib saya"

[Copy link]
Post time 27-6-2007 10:23 AM | Show all posts |Read mode


Azamin Amin & M Khaleel Kas
Wed | Jun 27, 07 | 06:47:42 AM

KUALA LUMPUR, 27 Jun (Hrkh) - Awas! Bagi umat Islam di negara ini, dakyah untuk menyesatkan sudah sampai di rumah anda melalui peti surat anda.

Berhati-hatilah, apabila membuka mel atau peti surat anda setiap hati. Bukan bom yang menanti! Bukan senjata larangan yang dihantarkan. Tetapi jauh lebih hebat dari itu, dakyah risalah sesat yang begitu halus dipergunakan oleh pihak tertentu untuk umat Islam di negara ini.

ImageTidak cukup dengan pelbagai gejala yang melanda, kini musuh-musuh Islam dilihat cuba menggunakan pendekatan tertentu yang lebih halus untuk meracuni umat Islam di negara ini.

Petikan tajuk di atas adalah antara ayat yang dipergunakan dalam sebuah risalah yang disampaikan kepada meja petugas Harakahdaily semalam. Dengan kata-kata yang meyakinkan, melalui ayat penarik daripada kata-kata seorang lelaki berbangsa Melayu tentang betapa kagumnya dengan kehebatan Tok Guru yang telah berjaya mengubah nasibnya yang malang selama ini khususnya kegagalan memenangi keputusan nombor ekor.

Tok Guru yang dimaksudkan oleh lelaki yang dikenali sebagai Mohd Ismail ialah seorang Sami Buddha di Arau, Perlis daripada Kuil Pakkathalung!

Demikian antara petikan dan iklan sehelai risalah yang memancing sesiapa sahaja untuk menggunakan khidmat tok guru sami ini khususnya untuk mendapat keputusan nombor ekor yang tepat...kononnya!

Mendukacitakan risalah ini menggunakan dua testimoni 'kejayaan' pelanggan berbangsa Melayu (pastinya Islam) yang telah menggunakan nasihat dan kaedah yang diperturunkan.

Tidak ada perasaan malu bahawa sikap mereka ini mengaibkan keperibadian dan akhlak sebagai seorang Islam malah boleh berbangga dengan tindakan mereka biarpun secara terang-terangan melanggari batas agama seiring memuatkan wajah sebagai bukti yang mereka ini boleh dipercayai.

Dipercayai risalah-risalah ini disebarkan secara meluas melalui peti surat rumah kediaman dan risalah tidak beradab ini ditemui oleh seorang penduduk prihatin daripada Jasin, Melaka dan menyampaikan kepada Harakahdaily.net untuk diketengah sebagai satu isu yang semakin membarah dan jika tidak dicantas, wabak penyakit merosak pemikiran umat Islam ini akan bebas tanpa sebarang sekatan dan tindakan.

Selain di Jasin, beberapa penduduk sekitar Selangor dan juga Kuala Lumpur juga mengakui wujud fenomena risalah-risalah yang dikirimkan secara berkala di peti-peti surat kediaman para penduduk.

Saranan orang ramai khususnya yang beragama Islam agar satu mekanisme dibentuk bagi membendung perbuatan tidak bertanggunjawab ini termasuk mencegah supaya ianya tidak mempengaruhi dan menggalakkan orang ramai menceburi bidang perjudian secara tidak langsung di samping menggunakan pula khidmat tok guru untuk tujuan 'maksiat' yang dianggap bertentangan dengan akidah umat Islam.

Selain itu, sudah sampai masanya, pihak berkuasa menguatkuasakan larangan melalui Pos Malaysia dalam menangani isu sebegini. Seandainya, wujud peraturan pengiriman barangan dan bahan-bahan tertentu melalui mel sebagaimana yang dilakukan kini, sudah pihak berkuasa dengan kepakaran yang ada mampu untuk mengesan bahan yang menyesatkan daripada sampai ke tangan pengguna. - mks.


Rasa2nya dah ada artikel ni kat sini tapi x dapat cari pulak, kalau sesiapa yg rajin boleh la cari THREAD yg sedia ada

Jadi sesiapa nak cepat kaya silalah hubungi talian ini

017-585 2985 atau 019-5196038


cepat sementara Tok Guru ni belum mampus

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-6-2007 10:27 AM | Show all posts
wehhhhhhhhhh!!!lampualam pun pernah dapat benda alah ni....terkejut macamana dapat alamat lampualam...pas tu terpikir dari buku telepon agaknya...skarang kalau dapat terus je buang...buang karan tol...
Reply

Use magic Report

Post time 27-6-2007 10:28 AM | Show all posts
tok guru hadhari ni..konpom!
sebab tiap kali pilihanraya depa dah tau depa menang..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-6-2007 10:30 AM | Show all posts
Originally posted by orangdalam at 27-6-2007 10:28 AM
tok guru hadhari ni..konpom!
sebab tiap kali pilihanraya depa dah tau depa menang..


o, maknanya salah seorang wakil Islam Hadhari le ni?
Reply

Use magic Report

Post time 27-6-2007 10:31 AM | Show all posts
yup..kan Barisan Najis nak lantik wakil hadhari di kalangan MIC dan MCA..
Reply

Use magic Report

Post time 27-6-2007 10:33 AM | Show all posts
utk pengetahuan Detecconan, sebenarnya tak ada Kuil Pakkathalung kat arau perlis n tok guru tu juga bukan asal dari malaysia. kalu  Decconan tak percaya, Decconan bule try kontak no yg tertera, nnti sure ada suara cina yg menjawab. pernah kita org cuba siasat dgn call no yg tertera n yang menjawab ialah cina. mereka sebenarnya ialah penipu yang nak menipu duit org dng pelbagai dakyah. mereka menjalankan pelbagai urusniaga penipuan dan juga pelacuran. dgn bertemakan  sesuatu spt itu, ia dapat memancing sesetengah orang, khususnya mereka yang tamak..

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 27-6-2007 10:33 AM | Show all posts
Originally posted by orangdalam at 27-6-2007 10:31 AM
yup..kan Barisan Najis nak lantik wakil hadhari di kalangan MIC dan MCA..


hah, bangga la diaorg dapat pemimpin yg boleh meramal nasib

bukan calang2 pemimpin ni
Reply

Use magic Report

Post time 27-6-2007 10:35 AM | Show all posts
dekat lestari perdana depa lagi kurang ajar....lepas solat jumaat di edarkan pada jemaah!!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 27-6-2007 10:35 AM | Show all posts
Originally posted by bubpallo at 27-6-2007 10:33 AM
nnti sure ada suara cina yg menjawab. pernah kita org cuba siasat dgn call no yg tertera n yang menjawab ialah cina. mereka sebenarnya ialah penipu yang nak menipu duit org dng pelbagai dakyah. mereka menjalankan pelbagai urusniaga penipuan dan juga pelacuran. dgn bertemakan  sesuatu spt itu, ia dapat memancing sesetengah orang, khususnya mereka yang tamak.


orang Cina rupanya
dah tahu dah siapa yg akan kena tipu " Melayu Lembu "
Reply

Use magic Report

Post time 27-6-2007 10:36 AM | Show all posts
Orang2 PAS ni cepat sangat ke nak percaya bende2 macam ni?..taruk pengakuan, taruk gambar..terus picaya ka?..
Reply

Use magic Report

Post time 27-6-2007 10:38 AM | Show all posts
what the *^%^? takde akta or bentuk kawalan untuk menghalang gejela xsihat ni...???? hish....:@ :@ :@
Reply

Use magic Report

Post time 27-6-2007 11:02 AM | Show all posts
Originally posted by jauha at 27-6-2007 10:38 AM
what the *^%^? takde akta or bentuk kawalan untuk menghalang gejela xsihat ni...???? hish....:@ :@ :@


syarikat telekomunikasi tak akan ambil peduli tentang pelanggannya, samaada dia penipu, penyangak atau apa2 sj kerana nak untung, KERAjaan pulak nak kene orang jolok dulu baru nak celik mata.... patut2 puak2 penipu mcm nie ptt di haramkan drpd menggunakan segala jenis teknologi andai mereka menggunakan utk tujuan kerosakan.........
Reply

Use magic Report

silvermuse This user has been deleted
Post time 27-6-2007 11:11 AM | Show all posts
actually, semuanya brgantung kepada kita.sapa srh percaya bnda2 cmni
Reply

Use magic Report

Post time 27-6-2007 11:14 AM | Show all posts
ofis aku pun ada terima surat ni
aku bg la ktr bos aku
dia cina
skali dia terus koyak buang dalam tong sampah
katanya ni smua tipu org saja
Reply

Use magic Report

katak_gemok This user has been deleted
Post time 27-6-2007 11:18 AM | Show all posts
----double posting-----

[ Last edited by  katak_gemok at 27-6-2007 11:24 AM ]
Reply

Use magic Report

katak_gemok This user has been deleted
Post time 27-6-2007 11:20 AM | Show all posts
Perhaps the high esteemed mufti who wailed and screamed that Malay Muslims spend RM4 billion on gambling every year get his statistical records from this tok guru.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-6-2007 11:20 AM | Show all posts
Originally posted by bubpallo at 27-6-2007 11:02 AM


syarikat telekomunikasi tak akan ambil peduli tentang pelanggannya, samaada dia penipu, penyangak atau apa2 sj kerana nak untung, KERAjaan pulak nak kene orang jolok dulu baru nak celik mata ...


Elek..baru gomen nak registerkan customer phone prepaid...pasal ada yg salah guna....dah kecoh seentero malaya..nak haramkan pasal yg ni plak?..mahu kecoh sedunia..mahu pecah tongkang dibuatnya..
Reply

Use magic Report

Post time 27-6-2007 11:33 AM | Show all posts

Reply #11 jauha's post

hal nih dah melibatkan 2 perkara , judi dan syirik ...... kalau nak pikirkan pasal kawalan, ianya akan berbalik pada batang idung sendiri dimana judi halal sememamgnya dibenarkan dibumi bertuah kita ini manakala penggunaan fon pula adalah spt parang yg mana boleh digunakan utk menebas rumput dan boleh juga digunakan tujuan jenayah...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 27-6-2007 12:31 PM | Show all posts
Bila baca title, aku ingatkan cerita pasal org Melayu yg kalah main judi, pastu insaf selepas bertemu Tok Guru Nik Aziz...
Reply

Use magic Report

katak_gemok This user has been deleted
Post time 27-6-2007 12:36 PM | Show all posts
Tok guru Siam berjaya ubah nasib Muslim yg ditimpa malang utk jadi lebih baik. Alangkah terpujinya sikap tok guru Siam itu. Sanggup menabur bakti pada saudara yg bukan seagamanya.Besar sungguh sumbangannya

Tok guru bersarban tinggi boleh beri sumbangan apa pada kaffir???
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-1-2026 04:04 PM GMT+8 , Processed in 0.094093 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list