CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2813|Reply: 2

Small Boy Missing - Haikal

 Close [Copy link]
Post time 26-6-2007 02:14 PM | Show all posts |Read mode
sorry ya...gua dapat email ni...so gua tolong paste kat sini kot-kot warge forumer boleh nolong....

Assalammualaikum,

Saya baru kehilangan anak saudara lelaki yang berumur 7 tahun, singkatan
nama "Haikal". Kepada sesiapa yang terjumpa atau terlihat wajahnya
dimana2,
tolonglah hubungi keluarga atau mana2 balai polis yang berdekatan.
Haikal
kali terakhir dilihat dirumahnya di Taman Permata Kuala Lumpur pada
petang
Hari Jumaat 22 June 2007. Semoga dapatlah hendaknya semua mendoakan agar
Haikal pulang dengan selamat ke pangkuan keluarganya. Amin.

No phone:
017 299 2566 / 017 299 5366 / 016 590 0061 / 03 6187 5381

[ Last edited by  cantthinkofany at 26-6-2007 02:47 PM ]

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-6-2007 03:04 PM | Show all posts

Reply #1 cantthinkofany's post



Budak hilang 6 hari pergi rumah datuk
Oleh Nurhayati Abllah


KUALA LUMPUR: Muhammad Haiqal Shadiqin Mohd Nor Hisham, 7, yang didakwa hilang sejak Jumaat lalu, ditemui selamat di rumah datuknya di Lorong Ceria, Wangsa Melawati di sini, hanya kira-kira satu kilometer dari rumah ibu bapanya.

Walaupun ibu bapanya membuat laporan polis Sabtu lalu mendakwa anak mereka hilang, Muhammad Haiqal sebenarnya hanya pergi dan tinggal di rumah datuknya seperti yang sering dilakukannya sebelum ini.

Hakikat bahawa ibu bapa Muhammad Haiqal membuat laporan polis, mengedar poster dan iklan di laman web untuk menjejaki kanak-kanak itu tetapi tidak menghubungi atau mencarinya di rumah ibu bapa sendiri sedangkan ia terletak berhampiran, menimbulkan tanda tanya.

Muhammad Haiqal ditemui sepasukan anggota dari Balai Polis Melawati di rumah datuknya dalam keadaan selamat, kira-kira jam 10 pagi semalam, selepas menerima maklumat orang ramai yang mendakwa melihat kanak-kanak berkenaan di situ.

Datuk kanak-kanak itu, Kamarudin Osman, 52, ketika ditemui di Ibu Pejabat Daerah (IPD) Polis Ampang sejam kemudian berkata, cucunya ditemui orang ramai merayau-rayau di sebuah hentian bas di Wangsa Melawati, kira-kira jam 6 petang Jumaat lalu.

揙rang yang menemui Haiqal kemudian menghantarnya ke rumah saya mengikut arah yang ditunjuk cucu saya. Sepanjang enam hari lalu, saya yang menjaganya tetapi tidak tahu dia dilaporkan hilang hinggalah bila polis datang pagi ini (semalam).

揝aya juga tidak sangka Haiqal keluar rumah tanpa pengetahuan ibu bapanya kerana sebelum ini pun dia memang biasa ke rumah saya seorang diri. Lagipun, jarak rumah saya dan keluarganya tidak jauh iaitu kira-kira satu kilometer.

揂nak perempuan dan menantu juga tidak menelefon saya bertanyakan Haiqal. Saya pun sebenarnya tak tahu dia hilang sehingga dimaklumkan polis,

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 29-6-2007 02:24 PM | Show all posts
Lain kali, mak bapak kena jaga anak depa baik2.

[ Last edited by  ninjamerah at 11-7-2007 08:42 AM ]
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-12-2024 03:35 PM GMT+8 , Processed in 0.052621 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list