CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 6152|Reply: 37

Sepi hati yang rindu...dedikasi untuk dia...

 Close [Copy link]
Post time 26-6-2007 11:47 AM | Show all posts |Read mode
Puisi dari seorang teman

Hari, hari Nazurah diburu kenangan silam
Hari, hari Nazurah diburu mimpi
Hari, hari Nazurah menyatakan padaku betapa dia
Ingin sekali berteman lagi dengan si dia
Ingin sekali lagi ketawa gembira berdua...
Tapi Nazurah tahu semua itu TIDAK AKAN TERJADI

Hari, hari aku dengar petah bibirnya berbicara
Perihal kenangan lampaunya bersama si dia
Tiap hari Nazurah, tidak pernah lupa menyebut nama si dia
Kerna...
Lelaki itu sahabat baiknya
Lelaki itu teman bicaranya

Aku tahu Nazurah rindu
Aku tahu Nazurah terkilan
Seorang lelaki milik jasadnya
Seorang lagi lelaki memenuhi jiwanya

Aku juga tahu Nazurah mahu si dia bahagia
Aku juga tahu Nazurah bukan ingin merampas kasihnya semula
Aku tahu apa mahunya sahabatku ini
Dia cuma rindukan si dia yang pernah menjadi sahabatnya

Harapanku sebagai sahabat
Aku ingin memberi kebahagiaan pada hatinya yang cekal
Ingin aku tarik si dia agar dapat bertentang mata
Ingin aku tanya si dia, kenapa dibiarkan sahabatku merana?
Senyum Nazurah, ketawa Nazurah
Bukan bermakna dia sedang gembira
Dia sedang menyembunyikan hatinya yang lara

Nazurah, bahagia ada di depan matamu...
Nazurah, cinta itu ada dalam genggammu...
Dia sudah lama menjadi milik orang lain
Dia sudah lama meninggalkan daerah dalam hatimu
Percayalah sayangku Nazurah...


Puisi ini dari seorang teman rapatku, orang yang paling dekat sekali dengan aku. Dia tahu betapa sepi hatiku sejak si dia pergi. Maka, coretan kali ini aku tujukan khas untuk si dia.. ingin aku luahkan rasa rindu yang terbungkam sejak sekian lama...

Tiga tahun sudah lama berakhir, kini tahun yang baru bakal menjelang saat November tiba lagi nanti. Ulangtahun perpisahan yang tidak pernah sekali aku raikan, namun detik itu sentiasa menjelma di tabir ingatan. Sukar untuk aku lupakan dia, kerana dia sebahagian daripada hidupku.

Bertahun lamanya aku dan dia bersahabat, kami kongsi cerita-cerita tentang kehidupan...kami kongsi kebahagiaan biarpun dia jauh nun di sana dan aku terpencil di sini. Hari-hari dia buat aku ketawa dan tersenyum. Hari-hari dia buat aku gembira....

Bila tiba masanya dia melamar aku... Ya Allah, betapa gembiranya hati. Cinta yang kami pendam selama ini, cinta yang tidak pernah kami lafazkan... aku jadi takut bercampur gembira. Bahagiakah aku nanti jika temanku ini bergelar kekasihku?

Demi Tuhan yang maha adil... setiap detik aku bersamanya, itulah saat terindah dalam hidupku. Sukar untuk aku cari lelaki sepertinya, tutur bicaranya penuh makna, penuh isi... humornya sangat2 menceriakan...

to be continued....

[ Last edited by  nazurah at 26-6-2007 09:36 PM ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-6-2007 11:56 AM | Show all posts
syahdu lak juliet baca...

juliet tngu smbnganye naz...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-6-2007 03:57 PM | Show all posts
aku tgh bengong... aku x bleh nak menulis selain dari meluahkan...
server pun bengong... aku x bleh masuk sini...sik kene tendang aje...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-6-2007 10:18 PM | Show all posts

Suatu petang di sebuah hotel di Subang Jaya...

Aku protes dgn papa. Pemergianku ke KL kali ini dengan hati yang bercelaru. Aku menginap di HV...tempat yang sama aku berkursus... konflik aku dengan papa sedikit reda ketika aku menjejakkan kaki di KLIA petang itu, kerana... ada seseorang yang sedia menanti aku..

Beg aku seret sehingga ke Front Desk. Kemudian aku diberi kunci bilik dan terus menerpa masuk. Aku mandi dan bermalas-malas di bilik mandi yang luas...

Ketika sedang solat, ada SMS masuk... sebaik selesai solat, tanpa aku tanggalkan telekung aku terus mengambil handphone ku di atas katil.

"sunshine... i dah sampai"

yahh... itulah orangnya yang menunggu aku, itulah orang yang aku tunggu. ketika aku di senai lagi kami sudah saling berkirim SMS, rindunya aku pada dia. Lama sudah kami tidak bertemu, bersua muka... hanya telefon dan email sahaja tempat kami meluahkan rasa rindu.

ketika aku sampai di lobby lounge, aku lihat tubuhnya yang sedikit berisi... tali lehernya sudah diatas bahu, butang bajunya juga sudah dibuka sedikit... tapi dia tetap cute.

"amoi...mau pigi mana?" tanya si dia padaku. Keatas dan kebawah matanya memandangku. Seluar khakis paras lutut dan sweatshirt warna putih yang aku pakai, si dia kata aku seperti amoi cina.
"makan lorrr...."

"kurusnya u..." katanya pada aku.
"Merana...." jawabku
"Sabarlah...semua masalah ada jalan keluarnya kan?" katanya bernas.

"u puasa lagi?"
"puasa..." jawabku
"lily... sudah2lah puasa...nnt u sakit perut...i risau..." katanya pula.
"selagi tak selesai...selagi itu i akan berpuasa..." jawabku. si dia geleng kepala.

"sabarlah... lama2 protes pun tak baik... berdosa tau..." pujuknya.
"i tahu..."

ketika aku di dalam perjalanan menuju ke pantai dalam, papa telefon. papa marah2 kerana dia tahu aku keluar dengan si dia. sampai bila ntah papa akan faham dengan kehendak aku. papa tak pernah mengerti. aku sungguh kecewa. mujur si dia ada untuk memujuk hati yang sedang lara.
"lily, kalau kita percaya dengan diri kita...insya allah tuhan akan permudahkan jalan..."

itulah dia, lelaki yang penuh dengan kata-kata nasihat, sentiasa menasihati dan mengingatkan aku pada tanggungjawab pada diri sendiri dan juga orang lain...

sambung lagi...
Reply

Use magic Report

Post time 27-6-2007 08:48 AM | Show all posts
huhuhuu..
alah naz oiiiii, ko jgn wat citer sedih lg naz... nanti bb aku nie kuar, asik blues jea dia... sebab mak dia asik blues masa peknen kt dia.

ko sabau ye naz. dono wat really bothering u. but, betollah apa dia cakap, Allah will show u the way. take care of ur heart. dont spoil it too much. in the end, u'll find the desire is far from the truth. trust me.
Reply

Use magic Report

Post time 27-6-2007 12:28 PM | Show all posts
hahahahaaa... ingatkan nukilan ala2 sajak gitu

ropa2 nyer citer baru...

erk... iye ke, Naz.... ?

ko nie... xpress sungguh

:pompom::pompom::pompom:
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 27-6-2007 12:55 PM | Show all posts

Reply #5 shah_jehan's post

nsib baik juliet blm nk mngandung lg . ...
Reply

Use magic Report

Post time 27-6-2007 01:38 PM | Show all posts
naz ni citer baru ker atau luahan ko jer..sedihnya .err naz RHS bila mau sambung...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 27-6-2007 02:10 PM | Show all posts

Reply #8 bulat81's post

ni bukan citer daaaaaa

aku tgh bengong ni bulat... tgk RHS tu jek aku jadi sedig gaban mcm si sofia plak...

skang aku nk meluahkan dulu.... br smbg RHS... harap2 rindu aku ilang sehari dua ni...
Reply

Use magic Report

Post time 27-6-2007 02:19 PM | Show all posts
ko rindu najah eh naz..???
Reply

Use magic Report

Post time 27-6-2007 02:40 PM | Show all posts

Reply #9 nazurah's post

alahai jgn la sedih sangat nanti aku pun nangis sama..ko rindu kat najah ek.x per la kalau mcm tu ko hilang kan lah rindu ko puas2.take care tau.
Reply

Use magic Report

Post time 27-6-2007 03:20 PM | Show all posts
najah..?  ermmm.. knp la juliet ni tba2 mcm nk   je ni...


luah naz.. luahkn smuanye... biar lega sikit hati dan pikiran 2.. wlwpn kdng2 ianye  bkn nye ktenangan slamanye yg  kta p'olehi ...
Reply

Use magic Report

Post time 27-6-2007 04:26 PM | Show all posts
smbung lagik yer naz.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-6-2007 08:20 PM | Show all posts

Suatu pagi di bangsar...cheras...

Pagi-pagi lagi si dia sudah mengetuk pintu bilik hotelku, mengajak aku untuk bersarapan. Dia dengan seluar pendek paras lutut dan t-shirt, dikakinya tersarung sandal hitam.

"nak makan kat mana?"
"ntahlah... u suka kat mana, i bawak jek..." katanya sambil tersenyum.
"mana u berhenti...kat situ kita breakfast, okay?"

pusing dan pusing dan pusing... akhirnya kereta itu berhenti di BSC. Arghh...ada apa disini??
dia memimpin tanganku menuju ke sebuah kafe, lalu kami duduk di bahagian luar kafe berdekatan dengan sebuah fountain.
"i tahulah u half matsaleh... pepagi lagi nak breakfast kat sini" sindirku. lelaki jawa ini telah menghabiskan sebahagian usia remajanya di negara pakcik sam.
"tak standardlah kalau i bawak my sunshine makan kat warung mamak..." guraunya.
"i tak kira... lunch i nak makan nasi..." balasku. si dia tersenyum.

"okay sayang...lunch nanti kita makan nasi ya... tp sekarang i nak minum kopi dulu"
aku layan dia minum kopi dan aku pula cukup sekadar sebotol air mineral. sesudah minum di kafe itu, aku dan si dia mengelilingi BSC itu dan singgah di sebuah farmasi untuk membeli pewarna rambut dan ubat gastrik.

si dia memilih pewarna nectarine dari garnier utk aku. selepas itu dia mengajak aku ke cheras untuk meninjau kondonya yang baru sahaja siap. hatiku melonjak gembira...
"next time...u tak payah duduk hotel lagi... tinggal aje kat situ...i pun bukan selalu ada" katanya pada aku.

"lily...nanti u boleh jogging kat tasik depan sana tu... kat situlah erra dan yusri bersanding dulu..."
"i tahulah..."
"nanti... bila i pergi kerja... you boleh pergi gym kat bawah situ... or swimming kat kolam depan tu..."
"jauhnya u berangan...." aku mengingatkan si dia.tiba-tiba hati ku sedih... tercapaikah impian kami untuk bersama?

"lily... nanti bilik depan ni i nak pecahkan... kita buat bilik AV...pasang home theathre...pasang big screen, so kita tak payah tengok wayang lagi..."
aku dengarkan sahaja angan-angannya... jauhnya dia merancang.
"dapur nanti pun i nak tutup semua... so that orang lain tak boleh mengendap u and u pun tak boleh notty2 dgn orang lain..."
aku tersenyum.

bila perut mula minta diisi, aku mengajak dia keluar dari situ. dia membawa aku ke jalan bellamy dan kami makan ikan bakar dan nasi campur sepuasnya. rindunya aku tengok nasi! kalau ada si dia, aku akan dipaksa makan nasi... kalau ada si dia, aku dilarang dari makan junk food, no coleslaw, no pineapple juice, no lime juice...
"itu semua buat u sakit perut..." katanya. aku akur. aku tahu dia tak mahu aku sakit.
Reply

Use magic Report

Post time 28-6-2007 02:14 PM | Show all posts
wuwuwuwuwu...sedey nyeh..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-6-2007 04:05 PM | Show all posts
Pagi-pagi lagi telefonku sudah berbunyi. Melihat nombor si dia yang tertera di skrin telefon buat hati jadi riang bukan kepalang. Begitulah rutin pagi kami, dia akan menelefonku sebaik sahaja dia keluar dari rumah dan kami akan berbual sehingga dia sampai di pejabat. Dari Cheras ke Cyberjaya...aku menemani si dia memandu.

"Lily...i nak berhenti kejap beli epok-epok" beritahu si dia padaku.
"Okay..."

"Makcik...epok-epok dua ringgit..." aku dengar suaranya membeli epok-epok.
"Banyaknya beli... u sorang aje ke makan?" tanyaku. Aku dengar dia ketawa.
"Untuk I, untuk kakak cleaner...untuk kakak buat kopi..." jawabnya bersulam tawa.
"Terima kasih makcik..." ucapnya pada si penjual kuih.

"Bila nak balik Johor?" tanyaku pada si dia.
"Next week... kenapa sayang?"
"Takde apa... balik lama sikit boleh?" tanyaku lagi.
"Nanti I tgk schedule dulu... kenapa dear?"
"Nolah... i just wanna spend my Monday with you..."
"Ohhh yaaa... your monday is my birthday...." soraknya dengan gembira.

Aku rindu nak jumpa dia lagi. Berkasih sayang dan berjauhan sangat menguji kesabaran. Telefon tempat kami menghilang rindu. Tapi kesibukannya yang terbatas menjadikan kami jarang sekali bertemu. Bila aku ke KL, kadang dia kena oustation.

"How's u n yr pa?"
"Macam tu la... i tak mahu cakap pasal papa..."
"Sorry... but please remember this lily... apapun i nak u cuba berbaik dengan papa u... cuba okay..." pesannya pada aku.

"I sayang u..." beritahunya padaku.
"I pun sayang u jugak..."
"Lily u kena kuat semangat... I sentiasa ada untuk beri u semangat..."
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-6-2007 02:07 PM | Show all posts
Originally posted by <i>pakupayung21</i> at 28-6-2007 02:14 PM<br />
wuwuwuwuwu...sedey nyeh..<img src="images/smilies/cry.gif" smilieid="83" border="0" alt="" />
<br />


sdihh.. mmng sdihh... lbh2 lg klu knangan t'ndah yg cba nk diingati blik 2 adalh satu knangan t'indah yg x bpnjangan...
huuhhhuhu..  :cry:  :cry:  t'emo kjp juliet ni ngn knangan lma ...


naz...ko luahkn smua yg tbuku...    nant blh smbng blik RHS 2...

[ Last edited by  juliet80 at 29-6-2007 02:09 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 2-7-2007 01:08 PM | Show all posts
   sedihnyer... lpas dah ok kang naz smbung lg yer RHS..
Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2007 02:46 PM | Show all posts
naz...
luahan hati ko ek....
eeerrrmmmm
sekurg2 ko ada kawan yg leh dgr luahan hati ko...
aku dah xthu nak luah kat sape dah...
bila aku citer sume org xcaya kat aku..
mentang2 aku ni nmpk cam sosial n duk putrajaya, ex aku 2 plak duk kg jer...
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2007 12:10 PM | Show all posts

Reply #19 thah's post

sbar la thah.. dugaan di dunia yg x blh kta hindari dan kna hadapi jg..stiap org blainan ape yg diduga olh Nya... smoga ko dpt melewatinye utk kbahgiaan ko slamanya dlm hayat ni...

kan skrg ni ko bnyk hadiri kursus ... juliet syorkan ko tambahkn kenalan dan munkin dr situ ko blh lupakn masalah ko 2 uat seketika thah.. . all the best for your life thah !!

naz... mnyepi je.. dh ilng ke smua kbengongan yg naz rsa 2...
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Muzakarah teliti hukum solat pakai telekung biasa
ultra78Muzakarah teliti hukum solat pakai telek
Views : 33002 Replies : 36
Makin banyak tanda suka, 'live' Fattah cetus fenomena
maklukpenggodaMakin banyak tanda suka, 'live'
Views : 47514 Replies : 117
Carta Official Muzik Muzik 39 (2024)
fadz84Carta Official Muzik Muzik 39 (2024)
Views : 71886 Replies : 752
Kereta tak bayar dah 8 bulan hendak ditarik.Pemilik mengamuk jahanamkan kereta
YgBenarKereta tak bayar dah 8 bulan hendak dita
Views : 27080 Replies : 42
Jangan Herdik, Saya Sudah Jalani Hukuman”...Bunuh kerat lapan, Abah Hayat menyesal, bertaubat
YgBenarJangan Herdik, Saya Sudah Jalani Hukuman
Views : 8872 Replies : 65
Bekas isteri Hafidz Roshdi diperintah hadir ke makamah Januari depan
maklukpenggodaBekas isteri Hafidz Roshdi diperintah ha
Views : 92501 Replies : 3592
Mari Tepek Gif Picture V.7
tariMari Tepek Gif Picture V.7
Views : 109855 Replies : 6949
“Kena Kecam Baru Tukar, Tak Fikir Perasaan Keluarga Mangsa” – Buat Akaun TikTok & Tulis Ayat ‘Kerat 8’ Netizen Minta Abah Hayat Diam
Abahmung“Kena Kecam Baru Tukar, Tak Fikir Peras
Views : 46570 Replies : 104
madu gula tok matahari
aaanf14madu gula tok matahari
Views : 73632 Replies : 688
DAILY WISDOM TO YOU - YOU CAN
adila39DAILY WISDOM TO YOU - YOU CAN
Views : 216225 Replies : 612

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-10-2024 12:33 PM GMT+8 , Processed in 0.059624 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list