|
Salam
Berdasarkan pengalaman mengajar baru2 ni... rupa2nyer ramai yg tak berapa faham akan maksud sebenar estetik/ estetika ini.
So di sini I cerita serba sedikit akan aper yg I faham ttg estetik.
Sesiapa yg berminat boleh la bertanya
Sesiapa yg ada ilmu boleh la tambah
[ Last edited by fleurzsa at 17-6-2007 08:46 PM ] |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Memahami seni berasaskan estetik
Estetik adalah tanggapan dan kefahaman kita terhadap menilai seni.
Estetik ini merangkumi penglibatan deria dalam konteks penghasilan & penghargaan objek seni.
Estetik adalah proses memahami bagaimana sesuatu itu membuat pertimbangan tentang objek-objek seni (2D & 3D) |
|
|
|
|
|
|
|
Dari sudut estimologi estetika membawa erti bidang falsafah yang mengkaji atau menyelidik tentang keindahan. |
|
|
|
|
|
|
|
Estetika bergantung kepada 2 faktor iaitu bahasa dan objek seni. |
|
|
|
|
|
|
|
Jgn fikir estetika mengarah kpd menilai keindahan shj
Ia adalah penilaian dan perkaitan dengan perkembangan semasa.
Menilai seni |
|
|
|
|
|
|
|
5 prinsip estetika kesenian Melayu-
tradisi,
bentuk,
isi,
prinsip guna
& bersatu. |
|
|
|
|
|
|
|
Menurut Alexander Baumgarten (1714-1762),
estetik iaitu dari perkataan Yunani aesthenesai membawa maksud menanggapi. |
|
|
|
|
|
|
|
Terdapat pendapat bahawa estetik berasal dari perkataan Yunani-Latin, aistheticos membawa maksud terlatih dalam penanggapan. |
|
|
|
|
|
|
|
John Dewey menjelaskan
estetika sebagai system pengkajian seni yang dianggap sebahagian dari satu ekspresi yang mencakupi makna, di peringkat luar atau dalaman. |
|
|
|
|
|
|
|
Croce B. (1978) menjelaskan
estetika merupakan satu institusi pemahaman terhadap sesuatu yang real.
Estetika adalah dari pengalaman rasa yang total dan sempurna. |
|
|
|
|
|
|
|
Henri Bergson (1977) menyentuh
intuiti dalam estetika sebagai tindakan dan penyertaan dalam pengalaman langsung seseorang. |
|
|
|
|
|
|
|
Karya Volker - Antara imej sosial dan estetika arca
Oleh Azman Ismail
揝ENI adalah ungkapan perasaan.拻 Ia merupakan kenyataan umum yang sering dilontarkan oleh penggiat dan khalayak dalam menikmati sesebuah karya seni.
Apa alasan yang mendasari kenyataan tersebut? Ungkapan yang paling mudah dan umumnya ialah sesebuah karya seni lahir daripada pengalaman-pengalaman batin dan luahan emosi yang paling dalam seseorang seniman.
Pengalaman itu kemudian dituangkan melalui berbagai medium seni, yang akhirnya kita nikmati sebagai sebuah karya. Dalam dunia seni tampak misalnya, medium ini terungkap menjadi lukisan, seni pahatan, instalasi dan juga arca.
Pengalaman batin tersebut seterusnya mewujudkan daya imaginasi. Akhirnya dengan daya indah yang ada pada seorang seniman, keindahan itu diintepretasikan melalui medium seni yang dipilihnya.
Karya-karya tersebutlah yang mengungkapkan pandangan, renungan dan bahkan penentangan terhadap sesuatu isu dalam sistem sosial, ekonomi dan politik atau sebarang gejala yang timbul.
Oleh itu sesebuah karya seni akhirnya mewakili unsur-unsur budaya dan pemikiran sesuatu masyarakat yang menaungi seseorang seniman. Selanjutnya dengan menggunakan berbagai ungkapan yang dipilih, lahirlah sebuah potret tentang kebudayaan.
Namun, persoalan yang biasa dipertanyakan ialah apakah yang ditampilkan oleh seseorang seniman, pelukis atau pengarca dalam mengungkapkan gelora budaya yang terjadi di sekitarnya.
Perbahasan yang sangat menarik oleh ahli analisis kejiwaan, Erich Fromm, dalam bukunya The Creative Attitude mengungkapkan bahawa kreativiti merupakan suatu kemampuan untuk melihat dan bertindakbalas terhadap sesuatu keadaan.
Pameran solo arca kayu oleh pengarca Jerman, Volker W. Hamann di Galeri The Art Commune, Kuala Lumpur hingga 15 November ini, mengungkapkan pemikiran, falsafah dan makna sesebuah karya seni seperti mana pendapat Fromm itu.
Hamann bertitik tolak pada pemahaman bahawa persekitaran dan alam semulajadi memberi makna yang besar pemikiran seseorang. Dengan demikian karya-karya yang bermula dari proses kreatif adalah juga hasil dari interaksi seseorang dengan alamlingkungannya.
Oleh itu, Hamann menggunakan kayu yang merupakan simbol kepada alam, kehidupan, pemikiran, keperibadian manusia dan kelangsungan dunia.
Arca-arcanya ditampilkan dengan pahatan dan sentuhan yang harmoni tetapi tetap memperlihatkan unsur-unsur eksperimental yang ketara.
Dalam ertikata lain, unsur-unsur eksperimental itu merupakan simbol bahawa kelasungan hidup seseorang tidak dapat dipisahkan daripada teknologi dan anjakan akibat pembangunan.
Begitu juga dalam proses berkarya. Keterampilan yang dimiliki oleh Hamann sebagai pengarca dalam aspek pembuatan dan penguasaan bahan akhirnya tetap 慸ibantu |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Pada kesimpulannya estetika itu adalah nilai-nilai indah yang perlu ada dalam setiap penghasilan karya-karya seni. Bagaimana untuk menghayati nilai-nilai indah tersebut maka cikgu yang baik hati diatas ni telahpun menerangkannya.
Nilai indah adalah sesuatu yang subjektif dan bergantung atas budaya kepercayaan seseorang tu.
Sesuatu yang indah diatas kacamata Barat tak semestinya indah atas kacamata Islam. Seorang seniman Barat pernah mengatakan bahawa jika anda ingin melihat keindahan maka lihatlah dibawah tapak kasut ku. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
thanks fleu!!
i like this article... i need to study something about asthetics (philosophy terms)
|
|
|
|
|
|
|
|
betul la tu
seni itu musti ada nilai-nilai estetika
keindahan dari persepsi view mata manusia
sbg cth kita memakai pakaian untuk menutup aurat dan sebagainya
fungsinye jelas melindungi tubuhbadan kita
cuma kita tak terus membeli pakaian begitu sahaja..
kita juge membelek-belek memilih yang sesuai dgn selera mata dan `duit' kita |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
nasi tambah
Digunakan pertama kali oleh ahli falsafah Jerman iaitu Alexander Baumgarten pada tahun 1744.
Estetika berasal dari perkataan Greek iaitu aisthetikos yang merujuk kepada perkara yang berkaitan dengan persepsi deria.
Estetik ialah ilmu yang berkaitan dengan sifat seni dan nilai yang terdapat dalam karya seni.
Bates (2000)- estetik ialah kajian falsafah berkaitan dengan kecantikan.
Sidi Gazalba (1978) – estetik berkaitan dengan nilai kecantikan dan kebaikan. |
|
|
|
|
|
|
|
Lanford (1992) – estetik sebagai konsep dan kaedah untuk menerangkan dan memahami pengalaman estetik.
Ragans (2000) - menilai karya seni bukan sahaja dilihat pada kecantikan karya semata-mata tetapi dari aspek kejayaan sesuatu karya dalam menyampaikan mesej serta gaya yang digunakan.
Dalam seni visual, istilah pendidikan estetik yang digunakan merangkumi pelbagai bidang penghasilan arca iaitu lukisan, catan, cetakan, arca, kraf dan sebagainya. |
|
|
|
|
|
|
|
PERKEMBANGAN ESTETIKA DAN TEORI KECANTIKAN
Ahli falsafah masih lagi membincangkan isu kecantikan dan estetika hingga ke hari ini.
Terdapat dua cara untuk melihat sifat kecantikan iaitu konsep relativist dan konsep objektivist. |
|
|
|
|
|
|
|
Konsep Relativist
Terdapat banyak faktor yang mempengaruhi perbezaan pendapat mengenai kecantikan.
Faktor utama adalah persekitaran individu, nilai, budaya serta cara hidup.
Pandangan golongan relativist terhadap kecantikan adalah subjektif dan abstrak.
Golongan ini percaya bahawa kepelbagaian budaya dan perubahan cita rasa mempengaruhi persepsi seseorang terhadap kecantikan. |
|
|
|
|
|
|
|
Konsep Objektivist
Sangat bertentangan dengan konsep relativist.
Konsep ini percaya kecantikan sememangnya telah sedia ada bersama karya seni dan bukan terletak pada persepsi seseorang.
Teori yang diguna pakai dari zaman Greek klasik ini menjelaskan bahawa kecantikan dapat dibahagikan kepada kriteria tertentu seperti yang terdapat dalam elemen dan prinsip-prinsip dalam seni. |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|