CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3360|Reply: 4

Perempuan simpanan menang kes berebut hartanah

[Copy link]
Post time 15-6-2007 11:20 AM | Show all posts |Read mode
Perempuan simpanan menang kes berebut hartanah
14-06-2007 10:33:55 PM
PUTRAJAYA:  Seorang bekas perempuan simpanan kepada ahli perniagaan rakyat Singapura selama 20 tahun hari ini menang dalam kes mahkamah mengenai pemilikan hartanah setelah Mahkamah Rayuan di sini memutuskan bahawa perempuan itu mempunyai hak dalam ekuiti tersebut.

Hakim Datuk Gopal Sri Ram yang mengetuai panel tiga orang mengarahkan Goh Koon Suan, 72, menyerahkan hak milik hartanah sebuah rumah setingkat berkembar di Taman Sri Skudai, Johor Baru kepada Heng Gek Kiau, 56.

Sri Ram yang bersidang bersama Hakim Datuk Zaleha Zahari dan Datuk Hassan Lah membenarkan rayuan Heng dan mengarahkan kaveat persendirian yang dibuat Goh terhadap hartanah itu digugurkan.

Dalam penghakiman lisan beliau, Sri Ram memutuskan bahawa Mahkamah Tinggi menerima pendekatan salah apabila memberikan keputusan terhadap hartanah itu yang dibeli Goh pada 1980-an yang diletakkan di bawah amanah nama Heng.

"Ini adalah kes di mana perayu (Heng) selama 20 tahun tinggal dengan responden (Goh) dan mempunyai seorang anak laki-laki dengannya dan beliau beli sebuah rumah atas namanya yang mana kini beliau mendakwa bahawa rumah itu milik beliau dan tidak pernah berhasrat untuk memberikannya sebagai satu hadiah.

"Sejauh mana beliau menjalin hubungan dengannya termasuk berkahwin tanpa prosedur yang sah," kata beliau.

Sri Ram berkata bercakap secara objektifnya, Goh tidak berhasrat untuk memberikan hartanah itu kepada Heng sebagai hadiah.
Beliau berkata peguam Goh berhujah bahawa sebagai seorang perempuan simpanan, Heng tidak ada hak terhadap hartanah itu kerana tidak ada andaian awal mengenai pendahuluan bagi pihaknya.

Bagaimanapun, Sri Ram berkata adalah tidak wajar untuk menganggap sebagai harta yang boleh dipindahkan seperti satu kes di England pada 1858 di mana wanita tidak ada hak untuk memiliki hartanah atau hak dalam masyarakat dan mahkamah itu memutuskan bahawa tidak ada andaian awal mengenai pendahuluan untuk seorang perempuan simpanan.

Katanya ia akan menjadi satu langkah kebelakang jika mahkamah membabitkan prinsip relevan terhadap masyarakat yang menganggap wanita sebagai harta yang boleh dipindahkan, di mana seseorang lelaki membeli hartanah atau menyerahkan hartanah kepada perempuan simpanan, hendaklah ada andaian awal mengenai pendahuluan operasi bagi pihaknya.

Sri Ram berkata konsep dalam ekuiti tidak tertera dan sebagai seorang perempuan simpanan, boleh bertukar mengikut keadaan masyarakat pada masa itu.

Beliau berkata Heng menghabiskan masanya selama 20 tahun dengan Goh dan beliau memerahnya seperti sebiji limau dan mencampakkannya seperti kasut lama yang tidak boleh digunakan dan seseorang itu tidak boleh mempergunakan seorang wanita dan memberitahunya bahawa beliau tidak boleh memperoleh apa-apa.

Goh Koon Suan menfailkan saman terhadap Heng yang memohon pengisytiharan bahawa rumah itu diletakkan atas nama Heng, beliau memiliki hartanah itu sebagai amanah untuk beliau bagi pelaburan dan meminta satu perintah mahkamah memohon memindahkan hartanah tersebut kepadanya.

Heng, dalam tuntutan balasnya untuk hak milik bagi diberikan kepadanya dan memohon satu perintah mahkamah untuk memindahkan kaveat persendirian yang dibuat Goh terhadap hartanah itu.

Pada 23 Jun, 1997, Mahkamah Tinggi Johor Baru memutuskan bahawa rumah itu milik Goh dan memerintahkan Heng memindahkan hartanah itu kepada beliau.

Goh yang memiliki sebuah syarikat pembinaan, syarikat hartanah, kedai alat-alat yang diperbuat daripada logam, sebuah kilang dan kedai emas di Singapura berkata beliau bertemu Heng pada 1968 di Singapura apabila beliau seorang pendatang haram dari Indonesia dan mendakwa bahawa Heng dengan sengaja menyimpan rumah itu dalam amanah untuk beliau yang dibelinya dengan harga RM61,100 untuk mereka bertemu secara intim.

Katanya beliau membayar penuh harga hartanah itu dan menyimpan hak miliknya.

Heng mendakwa bahawa hubungannnya dengan Goh bermula pada 1969 apabila beliau bekerja sebagai pengasuh bayi dan akan bertemu Goh di taman kanak-kanak Toa Payoh.

Beliau mendakwa semasa bertemu dengan Goh buat pertama kali, beliau memberitahunya bahawa Goh masih bujang tetapi pada 1970, Heng mendapati bahawa beliau sudah berkahwin.

Dalam keterangannya, Heng, yang pada ketika itu seorang pendatang haram dari Indonesia di Singapura, dibawa ke Kuala Lumpur pada 1975 untuk mendapatkan kad pengenalan dan pasport setelah Goh memberitahunya bahawa beliau tidak boleh tinggal permastautin di Singapura.

Beliau mendakwa bahawa dia diberitahu bahawa dokumen itu boleh diperoleh dengan sah.

Bagaimanapun, beliau kemudian mendapati bahawa kad pengenalan itu dan pasport diperoleh secara salah apabila beliau memohon bagi pasport terhad di Pejabat Imigresen Johor Baru dan ditahan oleh Jabatan Imigresen kerana memiliki pasport antarabangsa palsu dan dipenjara antara tiga hingga empat bulan di Penjara Pudu, Kuala Lumpur.

Selepas ditahan, Heng dihantar pulang ke Indonesia pada 1975 di mana Goh menghantarnya wang untuk memohon pasport untuk datang ke Singapura.

Heng berkata beliau dibenarkan memasuki dan tinggal di Singapura sebulan.

Selepas itu, beliau mendakwa beliau menerima cadangan Goh untuk berkahwin dengan seorang rakyat Malaysia bagi membolehkannnya tinggal di negara ini. Perkahwinannya dengan lelaki itu hanyalah didaftarkan sahaja dan tidak ada perkahwinan secara lazimnya. BERNAMA

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-6-2007 11:00 AM | Show all posts
ini lah cantiknya Islam, bab bab munakahat dah complete...tak perlu ada pompuan simpanan...cina pasal tak leh kawin dari satu, tu yang simpan mistress, x boss aku dlu cina pun ada mistress...tapi bukan mistress hermanas la....mistress ah soo ma...
Reply

Use magic Report

Post time 18-6-2007 02:59 PM | Show all posts
ni leh jadi precedent ni....
sapa2 yg tengah jd mistress tu cepat2 la declare...
Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2007 06:34 PM | Show all posts
  wahhhhh... mesti ramai mistress yg nk kena dump atau dh kena dump yg tak sabar2 nak tuntut harta sepencarian lepas ni...
Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2007 03:15 AM | Show all posts
kat england dah lama mistress bole claim harta sepencarian, sejak tahun 1970'an lagi...kiranya tepatla approach mahkamah rayuan nih...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-12-2024 02:28 PM GMT+8 , Processed in 0.304327 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list