CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 40958|Reply: 609

Sisters In Islam -

[Copy link]
Post time 29-11-2006 01:05 PM | Show all posts |Read mode
Sisters In Islam kesal dilempar pelbagai tuduhan

KAMI ingin merujuk kepada beberapa kenyataan yang telah dibuat berkenaan Sisters In Islam sepanjang Perhimpunan Agung UMNO baru-baru ini. Kami kesal kerana beberapa ahli UMNO sanggup menyebarkan fitnah dengan membuat pelbagai tuduhan tidak berasas dan hanya bersandarkan pada maklumat yang diputarbelitkan.

Tuduhan-tuduhan palsu seperti ini sebenarnya bukan perkara baru. Agak menghairankan apabila usaha untuk membincangkan isu keadilan dalam Islam dituduh sebagai ?encabar Islam?.

Walhal Presiden UMNO, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi telah memberikan komitmen dalam gagasan ke-10 ucapan dasarnya pada persidangan tersebut.

Betapa kerajaan prihatin terhadap keadaan wanita di negara ini dan bertekad untuk menyemak semula dan menyelaraskan undang-undang syariah keluarga bagi memastikan berlakunya keadilan.

Justeru, amat malang apabila ?emimpin-pemimpin? ini tanpa segan silu sanggup cuba membisukan kaum wanita dan pihak-pihak agama dan kaum lain semata-mata untuk meraih sokongan umum.

Pada masa Perdana Menteri giat menggalakkan setiap warga Malaysia supaya menilai sikap sendiri dan juga menyeru agar kita aktif dalam menegakkan nilai murni seperti sikap toleransi dan mengelakkan sikap ekstremis agama dan kaum, kenyataan daripada akar umbi partinya sendiri pula sama sekali tidak mencerminkan sikap toleransi mahupun kesederhanaan. Sebaliknya kenyataan yang dikeluarkan agak banyak yang bernada keras.

Setiap hari SIS tidak putus-putus menerima panggilan daripada kaum wanita dari segenap lapisan masyarakat, yang terpaksa mengharungi pelbagai dugaan hidup. Atas dasar hakikat inilah SIS telah berusaha dengan gigih dan tabah untuk membantu wanita yang meminta bantuan, dan berusaha keras agar pindaan perundangan dibuat demi menegakkan hak wanita.

Antara lain, SIS dengan jayanya telah berjuang supaya wanita Islam juga diberi hak untuk menandatangani borang persekolahan, permohonan pasport dan borang rawatan perubatan anak mereka. Sebelum itu, wanita Islam tidak mengecapi hak tersebut kerana hak itu hanya diberi kepada bapa untuk memberi kebenaran.

SIS juga telah berganding bahu dengan persatuan wanita yang lain untuk memastikan undang-undang melindungi wanita digubal dan dilaksanakan. Contohnya dengan memastikan setiap orang di Malaysia dilindungi di bawah Akta Keganasan Rumahtangga, termasuk wanita Islam. Sebelum itu, hampir-hampir wanita Islam tidak tergolong dalam senarai warga yang dilindungi daripada keganasan rumahtangga.

Berkat usaha SIS dan persatuan wanita yang lain jugalah Perlembagaan Persekutuan Malaysia dalam Artikel 8(2) kini menegah diskriminasi terhadap wanita. Dalam pelbagai memorandum kepada kerajaan Malaysia, SIS telah mencadangkan langkah-langkah yang boleh diambil untuk memastikan Mahkamah Syariah memberikan keadilan yang sewajarnya kepada kaum wanita.

Apabila kami membantah terhadap pindaan-pindaan yang mendiskriminasi wanita dalam Pindaan Undang-undang Keluarga Islam 2005, kesemua senator wanita termasuk senator wanita dari Pas telah menyokong kempen kami kerana sedar masalah yang dihadapi oleh wanita Islam akan bertambah runcing.

Jadi, bagaimanakah SIS dikatakan mencabar dan menghina undang-undang Syariah? Hanya kerana sekadar menuntut keadilan?

Kami amat terkilan bahawa ada kalangan ?emimpin? di Perhimpunan Agung UMNO 2006 yang sengaja mengapi-apikan sentimen dengan niat buruk, yakni untuk memperlekehkan usaha murni pelbagai persatuan di negara ini yang berusaha menegakkan nilai keamanan, toleransi dan keadilan.

Kami menjemput sesiapa sahaja yang prihatin terhadap hakikat sosial sebenar di Malaysia agar turun bersama menyalurkan semangat mereka untuk membantu kumpulan dan persatuan masyarakat madani dalam menghadapi cabaran masa kini di Malaysia.

? NORHAYATI KAPRAWI,

Pengurus Program,

Sisters in Islam.

[ Last edited by  dexa at 1-6-2007 08:54 AM ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 29-11-2006 01:09 PM | Show all posts
sister in islam jangan nak minta perempuan jadi imam dah ler...
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2006 01:49 PM | Show all posts
SIS memperjuangkan hak wanita dalam Islam. Di dalam Islam hak wanita dah dijuangkan, cuma kat Malaysia ni je ntah hapa2 jadinya.

Kalau diorg bercanggah, pihak mufti bleh menegur bukan? Jangan la plak, kalau org tu silap skit terus korang cap kafir laknatullah
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2006 01:51 PM | Show all posts
Originally posted by epuel_slay at 29-11-2006 01:09 PM
sister in islam jangan nak minta perempuan jadi imam dah ler...


Tp itu kira bole tahan kut..Jgn HAK WANITA UNTUK MENCERAIKAN SUAMI dah la, Nanti ramai plak para suami menduda plak.
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2006 01:53 PM | Show all posts
Originally posted by tyrande_81 at 29-11-2006 01:49 PM
SIS memperjuangkan hak wanita dalam Islam. Di dalam Islam hak wanita dah dijuangkan, cuma kat Malaysia ni je ntah hapa2 jadinya.

Kalau diorg bercanggah, pihak mufti bleh menegur bukan? Jangan la ...


Itulah para muslim di Malaysia ni, macam mana minda nak berkembang jika cakap sket jer dah di tuduh rosak akidah la, apa pegangan kamu la. adehhh!!
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2006 01:54 PM | Show all posts
Originally posted by NTvirus at 29-11-2006 01:51 PM

Tp itu kira bole tahan kut..Jgn HAK WANITA UNTUK MENCERAIKAN SUAMI dah la, Nanti ramai plak para suami menduda plak.


DUDA MISAI TEBAL PUN ARTIS PUN BLEH GILA GAK. LAKI DUDA LE LAKU... LEBIH2 LAGI KALAU ADA BYK DUIT.. AHAKS
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 29-11-2006 01:58 PM | Show all posts
Originally posted by NTvirus at 29-11-2006 01:51 PM


Tp itu kira bole tahan kut..Jgn HAK WANITA UNTUK MENCERAIKAN SUAMI dah la, Nanti ramai plak para suami menduda plak.

kalo perempuan ada hak utk CERAI bertambah ramai lah kat malaysia jadi DUDA..sbb permepuan kan cepat beremosi...
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2006 01:58 PM | Show all posts
betul...ada yang baik dia buat tapi kenapa kena campur yang tak baik...macam IFC tu? Artikel 11 pasal agama tu...padahal 13 NGO lain semua bukan Islam, kenapa nak jadi satu-satunya NGO Islam yang sokong?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-11-2006 01:59 PM | Show all posts
Originally posted by NTvirus at 29-11-2006 01:51 PM


Tp itu kira bole tahan kut..Jgn HAK WANITA UNTUK MENCERAIKAN SUAMI dah la, Nanti ramai plak para suami menduda plak.

kan ke dah termaktub dlm hukum tuhan, kuasa utk jatuhkn cerai adalah lelaki.. klau yg tu diorg mintk gak.. abis lah....
mmg ramai la lelaki duda misai tebal kt mesia nih...
:genie:kenal duda tk de misai...heheh:
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2006 02:00 PM | Show all posts

Reply #8 copacobana's post

pasal artikel 11 aku mmg tk setuju...
nanti makin byk lah kes2 seangkatan Lina Joy
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2006 02:07 PM | Show all posts
SIS ni kengkadang lebih berani dari lelaki.

Girls' power !

pedulikan UMNO tu....

:pompom:
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-11-2006 02:11 PM | Show all posts
Originally posted by copacobana at 29-11-2006 01:58 PM
betul...ada yang baik dia buat tapi kenapa kena campur yang tak baik...macam IFC tu? Artikel 11 pasal agama tu...padahal 13 NGO lain semua bukan Islam, kenapa nak jadi satu-satunya NGO Islam yang s ...

kalo benda yang baik mmg lah kerajaan sokong..kalo dah yang tak betul mmg lah kena tentang..
kalo selepas umur 18 tahun baru boleh pilih AGAMA  tu pun SIS  SOKONG...APERKEBENDENYER.....
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2006 02:21 PM | Show all posts
Originally posted by Normala17 at 29-11-2006 02:07 PM
SIS ni kengkadang lebih berani dari lelaki.

Girls' power !

pedulikan UMNO tu....

:pompom:


Hidup SIS !! Tanpa SIS, siapa nak bela kaum wanita?
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2006 02:25 PM | Show all posts
lagi satu kalo tak silap aku, lelaki islam tak boleh jadikan isteri mereka (atau sesapa) beneficiary untuk insurance... sian pempuan islam, laki mati tak dapat duit......
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2006 02:29 PM | Show all posts
Tak faham la..apa yg dilekehkan tu?.
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2006 02:43 PM | Show all posts
yayyyyyy!!
u go girl!!!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-11-2006 02:54 PM | Show all posts

Reply #14 letitbe's post

betul ke ko ni.. aku punya insurance aku letak nama bini, mak & anak2 mengikut kadar yg aku tentukan... tak de hal pun.. takde pun ejen kata tak bley..
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2006 02:57 PM | Show all posts
nk tompang sekaki. SIS rulezzz.GO GO GO...:pompom:
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2006 03:06 PM | Show all posts
Sisters in #e nih mmg dr dulu perjuangkan keadilan..keadilan dlm memilih agama seperti yg diperjuang IFC..harkkk ptuiii:puke:

[ Last edited by  kecimpret at 29-11-2006 03:07 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2006 03:13 PM | Show all posts
Originally posted by Anak_Nogori at 29-11-2006 02:29 PM
Tak faham la..apa yg dilekehkan tu?.


aku pun x phm la AN..setau aku perwakilan UMNO kondem Sisters in Shiit nih sbb dorang sokong IFC..x penah dgr lak perwakilan kondem Sisters in Shiit ni pasal dorang tuntut hak wanita ke aper..yg dorang tetiba wat konar baring maut cite pasal hak wanita utk sign borang kesihatan anak ape hal..dtg period ke haper??:nerd:
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

6-5-2024 05:58 AM GMT+8 , Processed in 0.174906 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list