CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4563|Reply: 4

Isu kekeluargaan dari segi perundangan Islam

[Copy link]
Post time 22-5-2007 09:27 AM | Show all posts |Read mode
Halang keganasan suami
Oleh NORAZLITA MOHD. SIES (WARTAWAN UTUSAN)

MESKIPUN hubungan seks dalam institusi perkahwinan suatu yang sah lagi halal namun ada kalanya pasangan tersasar jauh hingga meninggalkan nilai kasih sayang yang sebenar.

Dalam usia perkahwinan yang agak lama, tidak dapat dinafikan ada kalanya kasih sayang pasangan semakin pudar dan terhakis mungkin disebabkan gangguan beberapa faktor dalaman mahupun luaran.

Walhal kasih sayang, kelembutan, belaian antara suami isteri sepatutnya berterusan dan perlu sentiasa digilap demi menjamin kelangsungan dalam sebuah perhubungan.

Masalah kerenggangan hubungan suami isteri, tanpa disedari akan memberikan impak yang mendalam termasuklah mengganggu hubungan seksual yang harmoni dan seterusnya bakal menjejaskan kewujudan sebuah keluarga yang bahagia.

Apa yang terpancar setelah melayari kehidupan berumah tangga bersama, situasi telah pun berubah. Perasaan cinta dan sayang antara mereka semakin terhakis sehingga mewujudkan jurang yang amat ketara.

Pelbagai cara dan gaya ditunjukkan termasuklah menyakiti, memukul, mendera mental dan fizikal pasangan sehinggakan pihak yang lemah terpaksa mendapatkan perlindungan walaupun mereka pada awalnya enggan berbuat demikian demi menjaga maruah serta kepentingan bersama.

Melihatkan kesan kerenggangan hubungan suami isteri, penggubal undang-undang memikirkan ada perlunya mereka membuat pembahagian baru yang lebih spesifik berhubung definisi rogol di dalam Kanun Keseksaan agar lebih jelas lagi bersistematik.

Lantaran itu, Parlimen meluluskan satu seksyen baru iaitu Seksyen 375A Kanun Keseksaan yang kini telah diwartakan iaitu suami mendatangkan kecederaan dalam usaha mendapatkan hubungan seks.

Seksyen tersebut menyatakan: Mana-mana lelaki sepanjang perkahwinan yang sah didapati mendatangkan kecederaan atau ketakutan mati atau cedera kepada isterinya atau orang lain dalam usaha mendapatkan hubungan seks dengan isterinya boleh dihukum penjara untuk tempoh sehingga lima tahun.

Pengamal undang-undang Ariff Azami Hussein melihat penambahan dalam definisi dan hukuman rogol di bawah Kanun Keseksaan sebagai suatu langkah yang positif.

Menurut peguam itu, hukuman yang diperuntukkan di bawah kesalahan ini terutama yang melibatkan elemen keganasan, tidak cukup untuk membendung jenayah ini.

Secara peribadi, ujar Ariff, beliau berpendapat pengenalan seksyen tersebut bukanlah menjadikan marital rape (rogol dalam perkahwinan) sebagai satu kesalahan. Sebaliknya ia memperuntukkan kesalahan bagi seorang suami yang menggunakan unsur keganasan untuk mendapatkan hubungan seks.

揚ada pendapat saya, ia seolah-olah satu kategori baru bagi kesalahan mendatangkan cedera dan bukannya kategori baru bagi kesalahan rogol,拻 kata Ariff yang pernah berkhidmat sebagai Timbalan Pendakwa Raya di Jabatan Peguam Negara.

Ariff berpendapat, niat penggubal undang-undang adalah jelas iaitu biarpun hubungan seks suami isteri suatu yang halal di sisi agama, namun jika melibatkan unsur keganasan ia tetap menjadi satu kesalahan di sisi undang-undang dan agama.

Dalam lain perkataan, hubungan seks suami isteri tidak salah tetapi perbuatan atau cara dalam usaha mendapatkannya itu yang menjadi satu kesalahan.

Aplikasi Seksyen 375A Kanun Keseksaan itu, menurut Ariff, seharusnya tidak mewujudkan kekeliruan kepada orang ramai.

Ia sebenarnya diwujudkan untuk menghalang suami daripada menggunakan keganasan bagi mendapatkan hubungan seks terhadap isteri sendiri ataupun mengasari isteri dalam usaha mendorong 憁angsa
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 8-6-2007 10:07 PM | Show all posts
Guaman: Tiada peraturan bolehkan madu saman madu


SAYA berkahwin kira-kira 10 tahun lalu dan kini kami mempunyai tiga cahaya mata. Rumah tangga selama ini bahagia, tetapi sejak kebelakangan ini saya mendapati suami selalu saja mempunyai kerja luar daerah.

Boleh dikatakan setiap hujung minggu beliau akan bekerja sehingga tiada masa bersama anak kerana sebelum ini biasanya kami mempunyai aktiviti keluarga pada waktu itu. Baru-baru ini saya mendapat tahu bahawa suami berpoligami sejak dua tahun lalu. Ini menjelaskan sikapnya yang semakin kerap ke luar daerah.

Dengan isteri keduanya, beliau mempunyai seorang cahaya mata. Saya tidak dapat menerima kehadiran 憃rang ketiga
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-6-2007 09:05 AM | Show all posts
Rogol isteri dipenjara 10 tahun, 4 kali sebatan


Zainal Muda.
--------------------------------------------------------------------------------

KUALA TERENGGANU 17 Jun
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-6-2007 11:37 AM | Show all posts
Benarkah ibu hanya dapat hak jaga anak perempuan

Soalan:

SUAMI mengatakan hak penjagaan anak lelaki tunggal yang berusia 3 tahun akan diberi kepadanya sekiranya kami bercerai kerana ibu hanya akan mendapat hak penjagaan untuk anak perempuan.

Adakah saya tetap tidak boleh mendapat hak penjagaan anak biarpun pendapatan saya lebih daripada cukup untuk menyara kami dua beranak?

- Inas Ahmad Khidir

Ujong Pasir, Melaka.

Jawapan:
Hak terhadap penjagaan anak sering kali menjadi persoalan apabila perceraian timbul. Perlulah diingat bahawa dalam memberikan hak penjagaan ini, perkara yang paling penting ialah kepentingan dan kebajikan anak itu. Ini merupakan hak anak, bukannya hak ibubapa.

Kami dapat rasakan bahawa puan keliru dengan apa yang diperkatakan oleh suami puan. Oleh itu, adalah penting di sini kita rujuk kepada apa yang diperkatakan dalam perundangan Islam.

Rasulullah s.a.w selalu menekankan bahawa ibu lebih berhak mendapat hak penjagaan ke atas anaknya. Pengorbanan ibu itu amat mulia apabila dia mempertaruhkan nyawanya sendiri bagi meneruskan zuriat kaumnya.

Ini dapat dilihat melalui sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abdullah bin Umar yang berbunyi seperti berikut:

"Bahawasanya seseorang perempuan telah datang menemui Rasulullah s.a.w, bahawa anakku ini, perutkulah kandungannya, susukulah minumannya dan ribaankulah rumahnya tetapi bapanya telah menceraikan aku dan hendak merampas anak itu daripada aku". Selepas mendengar aduan itu Rasulullah s.a.w bersabda, "Engkaulah yang lebih berhak menjaga anak itu selagi engkau belum berkahwin lain." (Riwayat Abu Dawud)

Berhubung soalan puan, selagi mana anak itu masih kecil dan belum mencapai umur mumayyiz, puan sebagai ibu lebih berhak memelihara dan membesarkannya. Ini termaktub dalam Seksyen 82 (1) Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Melaka) 2002 yang menyebut:

"卛bu adalah yang paling berhak daripada segala orang bagi menjaga anak kecilnya dalam masa ibu itu masih dalam perkahwinan dan juga selepas perkahwinannya dibubarkan."

Dalam kes Zawiyah lwn Ruslan (1980 JLD 1, 2 J.H) Yang Arif Khadi Besar Pulau Pinang Haji Harussani bin Haji Zakaria memutuskan anak-anak yang belum mumayyiz diserah kepada ibunya berdasarkan hujah Kitab Kifayah Al-Akhyar Juzu' 2 halaman 93 yang berbunyi seperti berikut:

揂pabila mencerai seorang lelaki akan isterinya dan ia mempunyai anak dengan isteri itu maka si isteri berhak memelihara anak itu sehingga anak itu berumur 7 tahun (mumayyiz).
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-6-2007 10:09 AM | Show all posts
Hak Muslim: Malu kembali ke pangkuan suami selepas main kayu tiga
Oleh Musa Awang


SAYA sudah berkahwin selama empat tahun. Sejak setahun kebelakangan ini, saya berkenalan dengan lelaki sudah berkahwin, seorang usahawan kaya. Selepas itu saya keluar dari rumah dan tinggal di rumah yang dibiayai lelaki itu. Saya tinggalkan kedua anak bersama suami. Sejak itu hidup saya bergelumang dosa. Suami saya seorang yang baik, keperluan nafkah dan rumah tangga cukup dan sederhana. Boleh dikatakan saya tidak ada alasan untuk meminta cerai daripada suami.

Tetapi saya buta kerana mengejar kemewahan yang dijanjikan lelaki itu. Akhirnya lelaki itu tinggalkan saya. Saya mahu balik kepada suami, tetapi malu kerana menjadi isteri derhaka. Apa yang perlu saya buat?

Shima,
Ulu Klang.

Dalam kesibukan mengejar duniawi dan kebendaan, kadang-kala kita lupa hukum hakam suami isteri dalam perkahwinan. Arus permodenan sedikit sebanyak mengikis keimanan dan ketakwaan kepada Allah SWT.

Islam meletakkan tugas dan tanggungjawab besar dan serius kepada seorang isteri terhadap suaminya. Bahkan suami adalah orang yang paling berhak ke atas isterinya selepas ibu. Boleh dikatakan syurga seorang isteri terletak di bawah telapak kaki kanan ibu dan kaki kiri suami.

Ia ditegaskan Rasulullah SAW dalam hadis diriwayatkan Saidatina Aisyah yang bermaksud: 揂ku pernah bertanya kepada Baginda, Siapakah orang yang paling berhak ke atas isteri? Baginda menjawab: Orang yang paling berhak kepada isteri ialah suaminya. Kemudian aku bertanya lagi, Dan siapakah orang yang paling berhak ke atas suami? Baginda menjawab: Orang yang paling berhak ke atas seorang suami ialah ibu kandungnya.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-12-2024 03:35 PM GMT+8 , Processed in 0.998249 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list