CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: denzy81

hukum memelihara haiwan peliharaan?

[Copy link]
Post time 16-5-2007 12:07 AM | Show all posts
Originally posted by hambasufi at 15-5-2007 09:29 PM
Kalau semua nak ikut Quran dan Sunnah, Ustaz dari Jakim , Jais dan Jawi nak letak kat mana? Takkan nak bagi mereka makan gaji buta jer.


apo?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-5-2007 12:42 AM | Show all posts
Originally posted by BikerLady at 15-5-2007 12:40 PM
Kenapa ramai sangat org Islam sini yang sempit sangat fikirannya. Masalah ini hanya sesuai dibincangkan oleh kanak2 sekolah saja.


sombong giler ayat ko ....   agaknya ... ni tasawuf wahabi kot ...

[ Last edited by  Abuyazid at 16-5-2007 12:43 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2007 12:55 AM | Show all posts
perlu diingat ,,,mungkin ada saudara baru yg ingin mendapatkan kepastian
tentang hal ini,,,terutama di kawasan pendalam,,,jadi kita patut tolak ansur,,,
jangan jawab kalau tak mampu/mahu
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2007 09:27 AM | Show all posts

Reply #23 sazeryus's post

Memelihara binatang dalam sangkar seperti burung, ikan dan sebagainya dibolehkan dalam Islam. Dalam Islam, konsep hak binatang adalah berbeza dari konsep yang diperjuangkan oleh golongan hak asasi binatang Barat.

Dalam Islam, seperti yang saya faham, binatang adalah dicipta Allah untuk berkhidmat kepada manusia. Sebab itulah kita dibolehkan menyembelih binatang untuk dimakan, menggunakan mereka untuk mengangkat barang2 dsbgnya. Walaupun begitu, ada juga adab-adab yang perlu dijaga seperti tidak dibenarkan menyembelih lembu di hadapan lembu2 lain, menyembunyikan pisau sembelihan, guna pisau yang tajam, ikut prosedur sembelihan yang betul, dsbgnya. Kalau nak bela burung/ikan, usahakan tempat tinggal yang seselesa mungkin untuk mereka.

Dari segi pemeliharaan dalam sangkar / akuarium, kejadian binatang yang indah dijadikan Allah itu supaya memberi aayaat atau pengajaran kepada manusia untuk mengingatiNya. Jadi boleh digunakan oleh orang yang memelihara itu untuk lebih mendekatkan diri kepada Allah. Melihat ikan yang cantik berenang-renang dalam akuarium misalnya, boleh membawa ketenangan dan penghayatan kepada kuasa Allah swt mencipta makhluk yang begitu indah. Begitu juga kejadian burung dapat diperhati cara close-up, nyanyiannya yang merdu (berzikir kepada Penciptanya, kita pun perlu ikut berzikir sama!), perlakuannya (teringat cerita burung dlm qabil dan habil dalam Quran) dsbgnya.

Tengok burung dapat hidayah, tengok ikan dapat hidayah, tengok hamster dapat hidayah, lebih rajin beribadat, lebih yakin dengan kuasa Allah, lebih teguh iman, lebih rajin solat, lebih rajin baca, hayati dan amal Al Quran, lebih indah budi pekerti,  itulah yang sepatutnya.

Janganlah kerana asyik dengan burung dan ikan. solat pun sanggup tinggal. Itu dah jatuh hukum HARAM.

Wallahua'lam.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2007 09:31 AM | Show all posts

Reply #24 always_typo's post

Tengok burung dapat hidayah, tengok ikan dapat hidayah, tengok hamster dapat hidayah, lebih rajin beribadat, lebih yakin dengan kuasa Allah, lebih teguh iman, lebih rajin solat, lebih rajin baca, hayati dan amal Al Quran, lebih indah budi pekerti,  itulah yang sepatutnya.


Adakah ini termasuk burung dan hamster dalam sangkar?
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2007 09:39 AM | Show all posts

Reply #25 ibnur's post

mengikut pemahaman saya YA, termasuk yang dalam sangkar. Dibolehkan Islam memelihara burung/hamster  dalam sangkar dengan tujuan untuk memerhatikan kejadiannya secara dekat (sbb kalau dia liar tak dapat nak tengok), semoga memberi hidayah dan kesedaran kepada diri tuan itu dan diri orang lain yang melihat. Inshaallah burung tu takkan marah kat tuannya yang menangis mengenang keindahan ciptaan Allah bila melihat diri burung tersebut... Bela kucing pun boleh niat macam ni..

Inshaallah yang rajin dan minat membela binatang peliharaan samada dilepaskan,  dalam akuarium dan sangkar, perbetulkan niat anda, semoga kita semua diberi petunjuk dan beroleh keredhaan Allah.

Saya tak suka bela binatang sebenarnya... sekadar menyampaikan yang saya pelajari.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-5-2007 10:14 AM | Show all posts

Reply #26 always_typo's post

btoi tu...:setuju:
Reply

Use magic Report

Post time 31-5-2007 08:39 AM | Show all posts


bagi aku
memelihara burung dalam sangkar hukumnya berdosa
dan pandangan aku ni disokong oleh dr fazilah kamsah
hal ini kerana

aku bagi satu contoh mudah
sekiranya kita membela ikan di dalam akuarium
ikan itu masih dapat menggerakkan sirip dan ekornya utk berenang
begitu juga dgn hamster di dalam sangkar

ttp apabila burung di dalam sangkar
mereka tidak dpt menggerakkan sayap utk terbang
ya Allah..betapa seksanya

maka aku ingin menyeru anda semua
sekiranya kalian atau saudara mara membela burung di dalam sangkar
lepaskan la

aspek ini juga berlaku sekiranya saiz sangkar terlalu kecil

ada orang membuang seekor kucing parsi di kawasan rumah aku
kerana kucing itu sudah berkurap
lalu aku amik dan bela

mmg..aku tak mampu sediakan tempat tidur yang mewah atau makanan mewah
cuma sekedar nasi gaul ikan rebus
tapi yang kasihannya kucing tersebut
tidak boleh berjalan dgn betul
dipercayai kerana terlalu lama dikurung dalam sangkar
betapa seksanya
takda imbangan badan dan terhoyong hayang

maka...
ikhlas la sewaktu memelihara haiwan
bukan demi kepentingan diri atau menunjuk menunjuk
tapi kerana sikap belas kasihan terhadap makhluk Allah
kalau ada wang lebih
kasikan la mereka
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-5-2007 12:40 PM | Show all posts
Ini jawapan yang agak panjang lebar yang agak selari dengan pendapat saya. Wallahua'lam.
SOALAN: Saya seorang peminat ayam serama, segala jenis burungdan haiwan perhiasan. Saya membiak dan menjualnya kepadapeminat-peminatnya. Di sini saya ingin kemukakan dua soalan berikut:
1. Bolehkah saya pelihara burung dan mengurungnya dalam sangkar dengan diberi makan minum dan kawalan keselamatannya yang cukup?
2. Bolehkah saya menjual burung-burung perhiasan, ayam serama danayam laga yang saya biakkan itu pada harga yang agak tinggi, iaitubergantung pada kecantikan yang disukai peminatnya? Apa hukumperusahaan ini dari perspektif Islam? - ISMAIL, Kota Bharu.
JAWAPAN: Sebelum saya memberi maklum balas berhubung soalandi atas, sama ada harus atau tidak harus memelihara ayam serama, burunghiasan dan sebagainya, izinkan saya menyediakan suatu mukadimah yangmenerangkan kedudukan di bumi ini terlebih dahulu, dengan menumpukansedikit perhatian kepada Adam alaihissalam sebagai insan pertama danbapa kepada semua manusia.
Insan adalah makhluk Allah yang istimewa, ia dimuliakan dalam suatumajlis tiupan roh yang dijemput hadir para malaikat dan iblis, lalumereka semua diperintah Allah supaya sujud kepada makhluk ini. Semuasujud, kecuali iblis yang takbur dengan kejadian sendiri.
Penciptaan insan yang diperintah sujud kepadanya itu berbeza sekalidengan penciptaan malaikat dan iblis, kerana penciptaan makhluk iniadalah gabungan antara tiga komponen utama, iaitu roh, badan kasar danbadan halus. Setiap satu daripadanya mempunyai kehendak dan keperluansendiri yang wajid dipenuhi.
Badan kasar mempunyai keperluannya sendiri, ia perlukan makan,minum, pakai, berkemahuan seks dan sebagainya. Roh juga adakeperluannya yang terdiri daripada ibadat, amal dan aktiviti-aktivitikerohanian. Islam mewajibkan umatnya supaya melayani semua keperluanini dengan adil. Sehubungan makan minum, Allah berfirman yangbermaksud: Makan dan minumlah kamu dan jangan pula kamumelampau-lampau. (al-A'raf: 31).
Melayani keperluan roh juga hendaklah dengan sederhana, tanpaberlebihan. Baginda rasulullah s.a.w. pernah mendengar berita Abdullahibn Umar yang keterlaluan dalam ibadatnya, lalu menasihati beliausupaya tidak keterlaluan, iaitu melalui sabdanya yang bermaksud: WahaiAbdullah! Bersederhanalah, kerana jasad kamu juga mempunyai hak, matakamu juga mempunyai hak, isteri kamu juga mempunyai hak. Layanilah hakmasing-masing (Jami'al-Usul, 1/297 bilangan 87).
Jika roh dan badan kasar mempunyai hak yang wajib dilayani denganadil. Bagaimana pula dengan keperluan badan halus atau yang disebutkandengan istilah falsafah dengan al-nafs al-insaniyyah (jiwa manusia)yang memerlukan kepuasan pada semua perkara, sama ada yang dilihat,disentuh, dirasa, didengar dan difikir.
Menikmati keindahan pada semua perkara merupakan makanan yangdiperlui badan halus atau jiwa manusia. Badan ini tidak akan mencapaitahap kebahagiaannya dengan sempurna tanpa persekitaran yang bersih,indah dan menyegarkan. Jiwa yang hidup dalam suasana yang menakutkan,persekitaran yang ngeri dan bising, akan melahirkan manusia yang kerashati dan bertabiat besar. Memang jiwa yang bersih, cintakan kata-katayang sopan ketika berbicara, pemandangan yang indah ketika bergerak dantindak-tanduk yang lemah lembut ketika bekerja.
Berpandukan mukadimah ini, saya berpendapat, ayam serama danburung-burung hiasan yang saudara bela dan niaga itu tidak bertentangandengan ajaran Islam, kerana ajaran ini tidak menentang perhiasan yangdinikmati oleh jiwa.

Firman Allah yang bermaksud: Katakanlah wahaiMuhammad! Siapakah yang berani mengharamkan perhiasan Allah yang telahdikeluarkannya untuk hamba-hamba-Nya dan demikian juga benda-benda yangbaik lagi halal dari rezeki yang dikurniakannya (al-A'raf: 32).
Firman-Nya lagi yang bermaksud: Kuda, baghal dan keledai dijadikanuntuk kamu menungganginya dan sebagai perhiasaan (al-Nahl: ayat 8).Ayat ini memberi maklum bahawa Allah s.w.t. menjadikan haiwan,tumbuh-tumbuhan sebagai perhiasaan yang harus dinikmati manusia, makaberhias dengan barang-barang ini semua adalah harus dalam apa juakeadaan sekalipun. Kalaupun barang-barang hiasan ini dilarang, makalarangan itu disebabkan pembaziran, kesombongan yang lahir daripadapenggunaan yang salah dan sebagainya.
Memang penggunaan perhiasan ini berada pada peringkat thasiniyyat(mewah). Barang-barang mewah hanya boleh dipakai apabila sempurnakeperluan yang wajib dimiliki. Sebagai contoh, memiliki kediaman untukanak-anak dan keluarga adalah wajib dan termasuk dalam kategoridaruriyyat (kepentingan). Peralatan-peralatan mewah hanya bolehdimiliki setelah memperoleh kediaman dengan sempurna.
Menikmati keindahan ayam serama, ikan emas dan burung pipitberwarna-warni tidak salah dari segi pandangan Islam, tetapi hendaknyajangan melampaui batas-batas kesederhanaan, sehingga mengurangkanbarang-barang keperluan hidup yang sepatutnya dimiliki anak-anak dankeluarga untuk kehidupan mereka.
Jika bunga yang berwarna-warni dalam pasu dan taman-taman harusdinikmati keindahannya, pokok-pokok yang indah segar harus dimiliki,sekalipun jika terpaksa mengeluarkan sedikit bayaran. Mengapa keindahanayam serama, ikan emas dan burung pipit tidak boleh dinikmati.
Menyekat kebebasan burung dan ikan emas dalam sangkar tidak harusmenjadi alasan pengharaman, kerana pokok-pokok bunga juga dikawalkebebasannya dalam pasu dan bekas-bekas kecil.
Imam al-Qurtubi dalam tafsirnya menyebutkan: Bukan semua perkarayang menyenangkan hati itu dibenci Islam, bukan juga sesuatu yangdisukai hati manusia itu buruk, tetapi dilarang mengambilnya jikasyarak melarangnya kerana membawa kepada riak dan sombong. Insan memangsukakan sesuatu yang indah, suka supaya dilihat dirinya cantik, olehitu mencari sesuatu yang disenangi jiwa tidak dilarang. Seseorang harusmenyikat rambutnya dan tidak harus membiarnya kusut masai, menilikmukanya dalam cermin, membetulkan serbannya yang tidak cantik dilihat,memakai kain tebal di sebelah dalam dan memakai yang halus di sebelahluar supaya senang hati orang melihatnya (Jami' al-Ahkam, 7/97).
Makhul al-Dimasyqi seorang ahli Fiqh tabi'i meriwayatkan daripadaAishah r.a. katanya: Sekumpulan sahabat nabi s.a.w. menunggu baginda dipintu rumahnya, lalu baginda keluar menemui mereka. Kebetulan dalamrumah itu ada bekas berisi air, baginda melihat mukanya dalam air itu,lalu membetulkan janggut dan rambutnya. Aku bertanya: Wahai rasulullah!Kamu juga berbuat begitu. Jawab baginda: Ya, apabila seseorang keluarkerana berjumpa saudaranya, maka kemaskan dirinya, kerana Allah indah,Ia sukakan keindahan.

Dalam Sahih Muslim, daripada Ibn Mas'ud r.a. nabis.a.w bersabda: Tidak masuk syurga orang yang ada takbur dalam hatinyaseberat zarah. Berkata seorang lelaki: Sesungguhnya orang lelaki sukakainnya cantik, kasutnya cantik dan semuanya cantik. Sabda nabi s.a.w.:Memang, Allah itu cantik, ia sukakan kecantikan. Besar diri yangsebenarnya ialah melawan kebenaran dan melupakan kebaikan manusia lain.
Berpandukan mukadimah ini, kita dapat menarik kesimpulan, iaituIslam tidak menentang sebarang perhiasan, perniagaan dan penggunaanbarang-barang hiasan. Antara perhiasan termasuklah ayam serama, burungpipit dan ikan emas yang dibela untuk hiasan rumah. Haiwan ini harusdibela, dijual dan diniagakan, tetapi hendaklah dengan syarat-syaratberikut:
1. Tidak bermaksud untuk berbangga dan bermegah-megah, sebagaimanaadat orang mewah dan berada. Hukum pengambilan barang-barang hiasan itubergantung kepada niat.
2. Jangan lekakan tanggungjawab disebabkan oleh pembelaan haiwan dan sesuatu yang berupa hiasan.
3. Jangan cuai melaksanakan tanggungjawab terhadap haiwan yang dipelihara seperti memberinya makan, minum dan keselamatannya.
Dalam sebuah hadis yang sangat popular tentang penyeksaan terhadaphaiwan, baginda rasulullah s.a.w. memberi amaran terhadap seorangwanita yang memelihara kucing, tetapi tidak memberinya makan minum danpenjagaannya, lalu ia dimasuk ke neraka atas kesalahan itu.
Dalam sebuah hadis riwayat Bukhari dan Muslim daripada Anas ibnMalik r.a. katanya: Baginda rasulullah s.a.w. adalah insan yang palingbaik akhlaknya, baginda selalu datang ke rumahku dan selalu bertanyaadikku Umair. Pada suatu hari, baginda datang dan bertanya: Oh AbuUmair ke mana perginya burung kecil engkau? Dijawabnya, burung masihdalam peliharaannya.
Al-Damiru dalam kitabnya Hayat al-Haiwan menyatakan: Hadis di atasmenjadi dalil harus memelihara burung dan berhibur dengannya. BerkataAbu al-Abbas al-Qurtubi: Membela burung terpaksa disekat kebebasannyadalam sangkar. Adapun menyeksa dan memain-mainkannya maka hukumnyaharam, kerana nabi s.a.w. melarang menyeksa haiwan, kecuali keranasembelih untuk dimakan sahaja.
Ibn Aqil al-Hanbali melarang menyekat burung dalam sangkar, keranacara itu adalah suatu penyeksaan terhadapnya. Beliau mengambil dalilnyadaripada hadis Abu al-Dard' r.a. yang menyatakan: Pada hari kiamat akandatang burung-burung pipit, lalu membuat aduan kepada Allah, keranamanusia menyeksanya semasa di dunia dahulu.
Alasan ini dijawab oleh sesetengah ulama, iaitu hadis ini ditujukepada mereka yang menyeksa dan tidak memberinya makan dan minum.Al-Qaffal menyatakan, jika haiwan iaitu diberinya makan minum yangcukup, nescaya harus dibelanya.
Saya lebih cenderung kepada pendapat al-Damiri yang mengharuskanbela burung, ayam dan ikan untuk hiasan, dengan syarat hendaklah dijagadengan cukup makan minum dan keselamatannya. Demikian juga dengan ikanemas dan lain-lain haiwan yang dibela dalam tempat yang terbatas jarakkeluasannya, kira-kira tidak seluas sungai dan laut.
Adapun ayam laga, jika dibela untuk tujuan perhiasan maka tidakmenjadi apa-apa halangan, namun jika diternak bagi tujuan judi danbersabung, maka ini adalah suatu penyeksaan yang sangat besar dosanya.
Sama juga hukumnya dengan haram minum arak, sebarang usaha membantu peminum arak adalah dosa. Wallah a'lam.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 31-5-2007 02:38 PM | Show all posts
macam mana plak hidupan di kurungan seperti zoo??sorry off topic
Reply

Use magic Report

Post time 31-5-2007 08:16 PM | Show all posts
setiap orang itu memandang sesuatu perkara dari sudut yang lain
sepanjang pemerhatian aku
kebiasaan org yg membela burung atau ayam serama ini
adalah dengan niat menunjuk menunjuk
tak ada pula aku jumpa orang bela burung gagak dalam sangkar
ataupun ayam kampung dalam sangkar kucing
kebiasaannya ialah spesies yang mahal dan cantik

tujuan pula selalu dipamerkan atau utk masuk pertandingan
pada pandangan ikhlas aku
kecantikkan burung itu lebih terserlah apabila burung burug itu bebas terbang di udara
dan hinggap pula di pokok dalam kawasan rumah hamba-hamba Allah
hingga terpacul la kata "subhanallah...indahnya ciptaan Allah..."
daripada hamba Allah itu

berbanding dengan seorang pemilik yang duduk di depan sangkar burung
lalu merenung dengan tajam
sambil memuji Allah kerana kecantikkan burung tersebut (heeeehhee sgt jarang dilihat begini..kerana slalunya orang2 yang kasih kepada Allah..juga kasih kepada makhluknya yang tidak berdosa..)


bagus artikel yang kau paste kan
tapi igt, dalam artikel tersebut terdapat pendapat yang mengatakan mengurung burung dalam sangkar itu menyeksa burung tersebut

tetapi oleh kerana pandangan manusia berbeza..ya..aku tidak mampu mengubah prinsip hidup seseorg itu

sekiranya aku bagi contoh manusia
tentu timbul kata2 " ahhhh itu manusia..kita bercakap ttg haiwan peliharaan"

tapi misalkata la ada manusia yang terencat akal
penjaganya mengurung manusia itu di dalam sangkar
hanya muat muat utk berdiri..,tidak boleh menggerakkan kaki
tetapi diberi makan minum serta najisnya dicuci

adakah dalam konteks ini kita mengatakan manusia yg terencat akal itu tidak seksa semata mata kerana makan dan minumnya dijaga

sama sama la kita renungkan
Reply

Use magic Report

Post time 31-5-2007 08:21 PM | Show all posts
Originally posted by kawasakininja at 31-5-2007 02:38 PM
macam mana plak hidupan di kurungan seperti zoo??sorry off topic


mmg menyeksa binatang
sudahla terkurung di atas lantai simen
pengunjung tak putus putus melihat mereka siang malam
ada pula yang buat bising
mengetuk ngetuk sangkar
membaling sampah ke dalam kawasan mereka
apatah pula
tujuan utk mengaut untung semata mata

tapi dalam konteks lain
terdapat segelintir manusia seperti pemburu haram
yang tak habis habis hendak menamatkan rawayat haiwan ini
ditambah pula dengan penggemar makana exotic
pilu dan sayu hati aku melihat beribu ribu tenggiling dibunuh demu nafsu buas manusia
dalam hal ini, kewujudan zoo memberi peluang utk haiwan itu membiak
dan tidak pupus
makan minum pun terjaga serta terdapat bantuan perubatan

maka di sini
manusia itu harus lebih perihatin terhadap kebajikan haiwan
maaflah sekiranya aku agak sensitif tentang isu haiwan ni
Reply

Use magic Report

Post time 31-5-2007 09:50 PM | Show all posts
Ada org bagi kucing parsi kat aku sebb dia dah tk larat jaga...aku sambung jaga, dan bagi mkn, minum, kandang, selengkapnya....tapi jarang dia dpt keluar dari sangkar dier (sangkar tu besar, dlm 5, 6 ratus gak harganya so kucing ni boleh jln sikit2 dan ada para tempat dia bersantai2....)..sebb aku sibuk kerja....pegi pagi balik senja....mana ada masa nk bawa dia masuk rumah...tapi tiap kali aku pegi dan balik, aku mesti tegur dia dulu... akupun rasa terkilan sebb tk dpt nak manjakan dier....sian dier...

tapi klau aku lepas bebas, kucing parsi ni, bukan cam kucing msia...sama ada kena kidnap sebb cantik dan berharga atau dia kena buli dgn kucing2 lain memandangkan kucing parsi ni bkn ada bakat sumo atau tae kwan do...

so, aku tk der pilihan selain meletakkan dia dlm sangkarnya...kdg2 bila aku cuba selami hati dia, aku rasa dia sgt sunyi sebb tk der kwn....kdg2 aku dgr dia mengiau sayu jer....sayu gak hati aku....jgnlah hendaknya aku dimurkai Tuhan kerana menyebabkan dia merasa demikian....

[ Last edited by  rainbows at 31-5-2007 09:52 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 31-5-2007 10:32 PM | Show all posts
Originally posted by rainbows at 31-5-2007 09:50 PM
Ada org bagi kucing parsi kat aku sebb dia dah tk larat jaga...aku sambung jaga, dan bagi mkn, minum, kandang, selengkapnya....tapi jarang dia dpt keluar dari sangkar dier (sangkar tu besar, dlm牋...


Kesian kuching tu...tapi takper jugak. Dalam sibuk2 kak rainbows buat motivasi sekurang-kurangnya balik rumah ada juga hiburan tengok kucin tu.
Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2007 01:55 PM | Show all posts
dalam konteks ni cecco setuju kata always_typo..sesetengah haiwan boleh diletakkan dlm sangkar (dikurung) asalkan tidak menyekat kebebasannya .....agar dapat melihat sesuatu ciptaan Allah dengan lebih dekat..bagi haiwan yang dikurung dalam zoo plak, rasanya tak salah sebab tujuannya nak memelihara haiwan tersebut dari pupus @ melindungi haiwan tuh dari diseksa/dimakan/etc....tujuannya hanya itu..kalau ada orang yang membaling batu atau membuat bising, mengacau haiwan2 dalam zoo itu salah mereka lah.lagipun memang ada peraturan2 dalam zoo kan..bukannya tak ada...so di sini tidak boleh lah kata berdosa atau salah jika mengurung haiwan2 dalam zoo @ sangkar..asalkan pandai menjaga makan minum nya,memberi kebebasan, & memberi perlindungan...sudai memadai

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2009 03:35 AM | Show all posts
dulu ada bela juga burung dalam sangkar masa kecik2,skrg rasa kesian pulak tengok burung dalam sangkar,mcm terbatas pergerakkanya dan yg di bela seekor saja dlm sangkar dan tiada pasangan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-11-2009 04:11 PM | Show all posts
kami baru bela arnah 2 ekor..dah baca kat internet anak sulung siap wat research lagi psal arnab ni..tak blh bela sekor dia haiwan sgt manja..makan byk ya amat 75% dari msa nya spend utk makan..no wonder satu hari 2 ikat sawi habis..
saya bela sb anak kecik ni suka binatang bising sgt nak bela kucing..saya tak suka kucing sbb dia keluar masuk rumah saya tak yakin apa dia pijak kat luar nanti dia bawa balik masuk dlm rumah dan saya tak mau ada bulu binatang tu lekat..sbb ada terbaca bulu binatang bila dah terlerai dari tubuhnya di kira najis..buatnya melekat pd baju nak solat dah tak kira sah pulak..
so arnab ni ada sangkar gak..tapi saya buat kawasan utk dia gak..kira dia tak duduk dlm sangkar..kalau hujan memang kena masukkan dlm sangkar takut dia kena hujan..area pergerakan arnab ni pun luas dari satu pokok ke satu pokok lagi..somehow najis dia jadi baja kat pokok mata kucing ku ini..kalau lepas dari sangkar tu bukan main dia testing power asyik melompat2 aja suka tgk gelagak arnab 2 ekor ni..
kawan saya ada beli sekor arnab harga rm250 tapi dok dlm sangkar sentiasa...dan keseorangan sentiasa..saya dh bg tau dia arnab tak blh keseorangan dia akan mati cepat..mati kesepian..sb saya tgk arnab dua ekor ni pun time makan pun dekat2 berlaga badan tu saya try pisahkan sorang makan hujung sini dia dtg blk dekat2..
saya tak tau segi hukum boh dlm sangkar ni tapi for animals yg boleh berlari kalau boh dlm sangkar i think satu penganiayaan jugak..also like burung..dari segi kemanusiaan lah kesian kan tak blh terbang bebas..melihat alam..
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2009 11:14 PM | Show all posts
Kenapa ramai sangat org Islam sini yang sempit sangat fikirannya. Masalah ini hanya sesuai dibincangkan oleh kanak2 sekolah saja.
BikerLady Post at 15-5-2007 12:40
sokong!!!sokong!!! tapi aku nak tolong jwb jugak la,tapi hadis aku tak ingat sebab aku dlm perjalanan.nabi ada cakap seorang perempuan tua di masukkan keneraka kerana dia kurung kucing tu tapi tak bagi makan,maksudnya kalau dia tak mau bagi makan,dia kena lepaskan biar kucing tu cari makan sendiri.so kesalahannya sebab tak bagi kucing tu makan dan tak lepaskan biar kucing tu cari makan sendiri.so kurung tu tak salah.atau elok awak tunggu org tuliskan hadis dgn jelas.
Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2009 01:05 AM | Show all posts

maka di sini
manusia itu harus lebih perihatin terhadap kebajikan haiwan
maaflah sekiranya aku agak sensitif tentang isu haiwan ni


Saya setuju dgn saudara.
saya juga amat sensitif dgn isu haiwan.
manusia membuat kerosakan di muka bumi tetapi haiwan yg mendapat akibatnya.
mari kita menjadi vegetarian!



WALLAHU A'LAM.
Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2009 01:30 AM | Show all posts
''mereka seperti binatang ternak,BAHKAN lebih sesat lagi''
kita pun kena kurung jugak selepas kejatuhan empayar othmaniah,siap kena pakai pasport lagi!!!
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-5-2024 10:04 PM GMT+8 , Processed in 0.067478 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list