CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: bubpallo

GAJAH

[Copy link]
Post time 9-2-2009 09:20 AM | Show all posts
INFO: Usia gajah di Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan, Kuala Gandah

    * Brabong, 3,
    * Chepor, 2,
    * Lasah, 7,
    * Lokimala, 71, (India)
    * Pelong, 1,
    * Siput, 4,
    * Cheri, 7,
    * Pian, 35, (Myanmar)
    * Abot, 14,
    * Mawar, 9,
    * Cek Mek (Thailand)
    * Mek Bunga (Thailand)
    * Sanum, 5,
    * Selendang, 6,



INFO: Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan, Kuala Gandah,

    * Dibina di kawasan 10 hektar
    * Ditubuhkan pada 1989 untuk Unit Tangkapan Gajah.
    * Pada 1974, kawasan ini dijadikan pusat tangkapan gajah
    * Dibuka kepada umum tahun 2000,
    * Kedudukan di Sungai Teris dan Sungai Gandah. Pertemuan kedua sungai ini menjadi Kuala Gandah.
    * Mempunyai 32 kakitangan tetap dan lapan pekerja kontrak.
    * Aktiviti: Operasi menangkap gajah, memulihara, merawat dan aktiviti pelancongan
    * Diakui pusat pertama di Asia Tenggara yang memberi peluang pengunjung mandi bersama gajah.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-2-2009 12:59 PM | Show all posts
Elephant ride...TAPI BERani ke naik tanpa tuannya?

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-2-2009 10:41 AM | Show all posts
Originally posted by amazed at 14-12-2008 07:59 PM
Gajah zoo mati cepat


http://www.kosmo.com.my/kosmo/pix/2008/1214/Kosmo/Dunia/du_05.1.jpg
GAJAH liar mampu hidup sehingga umur 56 tahun berbanding
hanya 19 tahun jika berada di dalam zoo.  ...

gajah nih  binatang liar... habitat dia kat dalam hutan sinun... ko letak kat tempat terkepong... dia hadapi tekanang perasaang ler tu...     bayangkan ko gajah...hah!!!  ko nak dok kat hutan ker... ko nak dok dlm zoo!!     



ya la...tu yg tak hepi nih.............
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-2-2009 10:42 AM | Show all posts
Originally posted by ati1402 at 1-2-2009 05:01 PM
da lame berangan nak gi Kuala Gandah ni:2cool:
jom syd..kite konvoi pi:cool:
ke syd da penah gi?



oit222...jgn luper, ajak kite samer.........................
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-2-2009 10:42 AM | Show all posts
Originally posted by Syd at 9-2-2009 09:20 AM
http://www.bharian.com.my/Sunday/Bmdua/20090207155133/mainpix
Sanum, anak gajah betina putus ekor diserang harimau.



http://www.bharian.com.my/Sunday/Bmdua/20090207155133/mainpix2
Pelanco ...


http://www.bharian.com.my/Sunday/Bmdua/20090207155133/mainpix


yg ni masa bub g last 2 year, mcm tak nmpak pung?..........
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-2-2009 10:43 AM | Show all posts
Originally posted by masarju at 10-2-2009 12:59 PM
Elephant ride...TAPI BERani ke naik tanpa tuannya?
http://www.mayaexpeditions.com/images_big/big_international/big_africa/africa_elephant_ride_b.jpg



leh yew..bayangkan ajer gajar tu sbg kuda..............................
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 7-3-2009 07:24 AM | Show all posts
Derita gajah Thailand
Hanya untuk beberapa dolar, sekumpulan gajah di Bangkok terpaksa berjalan ke hulu dan ke hilir di jalan raya di kawasan bandar untuk menjana pendapatan tuannya.



SEORANG gembala gajah menunjukkan aksi kepada
jurugambar bahawa dia tidak mahu gambarnya dirakamkan.



SEORANG pelancong yang mabuk berulang kali menjatuhkan beg makanan gajah yang dipegangnya di tepi jalan raya Soi Cowboy, Bangkok. Di bawah cahaya lampu neon yang menerangi kegelapan malam, lelaki itu mempermainkan gajah berusia dua tahun itu yang cuba mengambil batang tebu daripada tangannya yang menggeletar.

Akhirnya, gajah tersebut 'meraung' bagaikan rasa teraniaya sebelum penjaganya membawa ia berjalan pergi ke satu lagi kumpulan pelancong yang bersedia untuk membayar. "Haiwan ini kerap dipukul kerana letih berjalan sehingga pukul 1 pagi," ujar Soraida Salwala yang mengendalikan sebuah pusat kebajikan yang menyelamatkan gajah seperti itu.

Kawanan gajah mula tiba di Thailand kira-kira empat dekad lalu apabila Pihak Berkuasa Pelancongan Thailand membawa beberapa ekor haiwan tersebut ke Bangkok bagi menjayakan sebuah pameran untuk menarik pelancong asing. Sebaik pemilik haiwan tersebut menyedari keuntungan yang diperoleh, mereka singgah ke kawasan bandar secara kerap.

Pada tahun 1993, kira-kira 10 ekor gajah merayau di jalan raya di Bangkok. Namun hari ini, Soraida menjelaskan, hampir 100 ekor gajah telah 'berhijrah' ke Bangkok. Lebih daripada 1,000 ekor gajah digunakan oleh pemiliknya untuk mencari pendapatan. Permintaannya begitu tinggi sehingga ada laporan yang menyatakan bahawa wujud kes penyeludupan gajah dari negara luar.

Sebuah laporan yang dikemukakan oleh pihak kebajikan hidupan liar Traffic pada bulan lalu mendedahkan bahawa lebih daripada 250 ekor haiwan telah diseludup dari negara jiran seperti Myanmar dalam beberapa dekad yang lalu. Perbuatan tersebut bukan sahaja melanggar peraturan setempat tetapi juga di peringkat antarabangsa.

"Gajah betina dan muda biasanya mendapat permintaan yang tinggi daripada sektor pelancongan di Thailand," ujar Chris Shepherd, seorang pegawai program kanan di Traffic. Soraida yang menubuhkan Friends of the Asian Elephant (FOAE) pada tahun 1993 berkata, buat masa ini hanya terdapat kira-kira 4,600 gajah liar dan tahanan di negara ini berbanding dengan 40,000 ekor lebih 50 tahun yang lalu.

Asap kereta dan laluan jalan raya yang sempit seringkali meninggalkan kesan buruk pada haiwan terbesar di daratan itu terutama mata yang kabur dan risiko mendapat kecederaan di bahagian kaki, keluh Soraida yang kadangkala merawat haiwan tersebut di sebuah hospital yang diasaskan di utara wilayah Lampang.

Bagaimanapun, kebanyakan pemilik gajah tersebut mempertahankan tindakan mereka dengan menjelaskan ia adalah periuk nasi mereka. Muang Salangam, 59, dari timur laut wilayah Surin berkata, gajah berusia 29 tahun yang dimilikinya menyumbang pendapatan sebanyak RM106 (AS$29) dengan berjalan sejauh 12 kilometer dalam sehari.

Upah tersebut bersamaan dengan purata gaji bulanan yang diberi kepada pekerja kilang iaitu sekurang-kurangnya 7,329 baht atau AS$200 (RM732) pada suku tahun terakhir 2007, berdasarkan data yang dikeluarkan oleh Pejabat Statistik Kebangsaan. "Saya terpaksa membawa gajah saya ke Bangkok kerana saya tidak mempunyai duit," ujar Muang di tapak khemah yang terletak di belakang sebuah tempat parkir kereta di sebuah lebuh raya utama di Bangkok.

"Ada yang mengutuk saya kerana membawanya ke sini tetapi jika kami kekal di sana, kami (Muang dan gajah) akan kebuluran. Tidak ada makanan di tempat asal," katanya.



ADA gajah terpaksa berjalan mengharung kesesakan lalu
lintas di jalan raya sekitar Bangkok sejauh 12 kilometer sehari.



Dia sempat melahirkan kekesalan terhadap kekurangan bantuan daripada kerajaan bagi menangani masalah yang dihadapi individu seperti mereka.

Laporan Traffic menjelaskan, walaupun kajian mereka mendedahkan aktiviti yang berlaku di sempadan Myanmar, namun tiada pemindahan atau perdagangan gajah hidup dilaporkan kepada Konvensyen Perdagangan Antarabangsa terhadap Spesies Haiwan Terancam oleh kedua-dua negara Myanmar dan Thailand.

Sementara itu, lebih sedozen undang-undang wujud bagi memantau dan menghukum pemilik gajah yang bersalah atau juga dikenali sebagai gembala gajah. Ia meliputi isu pengangkutan sehinggalah kesihatan. Begitupun, sebuah badan khas polis yang ditubuhkan pada 2006 gagal menghalang kumpulan gembala itu untuk kembali bermaharajalela setelah dihalau.

Dua usaha yang diambil oleh kerajaan bagi menghantar pulang haiwan itu ke kawasan pedalaman atau tempat asal turut menemui jalan buntu. Satu daripadanya ialah projek menggalakkan pemilik dan gajah bekerja sebagai duta kecil di Taman Negara.

Projek itu gagal kerana kekurangan dana kewangan pada tahun 2002. Satu lagi projek pada tahun 2006 juga gagal untuk menggalakkan gembala gajah supaya pulang ke Surin dengan tawaran upah sebanyak 12,000 baht (RM1,232). Ini kerana, kata Soraida, penggembala tersebut menyewa gajah yang dimiliki kepada orang lain. Jadi, mereka tidak berpeluang untuk menikmati seluruh amaun tersebut.




Walaupun tidak mengharapkan perubahan tetapi Soraida berikrar untuk berjuang mengeluarkan gajah-gajah itu dari jalan raya di kawasan bandar.

"Kerajaan tidak begitu ambil peduli tetapi kita tidak boleh membiarkan masalah ini berlarutan," katanya. - AFP
Reply

Use magic Report

Post time 11-3-2009 06:35 AM | Show all posts
Gajah 3 tahun dapat kaki palsu baru



MOSHA mendapat kaki palsu baru di sebuah
hospital gajah di Lampang, Thailand.



LAMPANG - Seekor gajah berusia tiga tahun memperoleh kaki palsu kedua untuk membolehkannya kembali ke hutan, lapor sebuah akhbar semalam.

Haiwan itu yang diberi nama Mosha mendapat kaki palsu pertama pada 2007 selepas dia hampir mati kerana terpijak periuk api ketika berusia tujuh bulan.

Ketika itu Mosha ialah gajah pertama di dunia menggunakan kaki palsu.

Bagaimanapun, Mosha kemudian diberi kaki palsu baru pada awal tahun ini di sebuah hospital gajah di sini.

Gajah itu menjadi simbol perjuangan menentang penggunaan senjata haram di Thailand. - Agensi

***************************************************************************************

ah.. cute pulak gajah ni dengan kaki palsu dia ....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-3-2009 03:50 AM | Show all posts
Kem gajah Pho Kyar sepi

Tiada lagi wajah-wajah asing di hutan simpan dan kem gajah Pho Kyar. Selain tidak mahu menyokong pemerintah junta, pelancong bimbang dengan pelbagai ancaman.





ANAK gajah, Wine Suu Khaing Thein sepatutnya menjadi bintang tarikan pelancong di hutan simpan Pho Kyar yang terletak di bawah jalanan berbatu dalam kawasan pergunungan terpencil di tengah Myanmar.

Gajah berumur setahun itu adalah yang paling muda dalam kalangan 80 ekor gajah yang merayau-rayau di dalam hutan tersebut. Ia merupakan hutan simpan yang padat dengan pokok jati berusia berdekad-dekad dan disulami irama kicauan burung.

Selain menjanjikan aktiviti tunggangan gajah dan merentas hutan, hutan untuk perkhemahan itu kini tidak lagi didatangi pelancong. Ini menjadikan eko-pelancongan di kawasan yang terpencil itu berada dalam keadaan yang terumbang-ambing.

Kedatangan pelancong ke Myanmar telah menurun sejak tragedi berdarah bantahan antijunta pada tahun 2007. Manakala fenomena taufan Nargis dan tekanan daripada kumpulan pro-demokrasi luar negara untuk memboikot negara itu memburukkan lagi situasi.

"Sedikit sangat pelancong yang datang sekarang," kata seorang pengurus daripada syarikat Asia Green Travels and Tours yang mengatur percutian ke taman Pho Kyar. Dia enggan namanya disebut kerana tidak dibenarkan bercakap dengan media.

Bukan kerana sukar untuk sampai ke tempat terpencil ini, sebaliknya kerana pelancong sudah tidak memilih Myanmar sebagai destinasi pilihan bercuti.

Dalam kunjungan AFP pada hari itu, tidak terdapat seorang pun pelancong asing atau domestik yang berkunjung ke taman berkeluasan lapan hektar itu yang terletak di Gunung Bago. Sedangkan, kebiasaannya setiap tahun dari Oktober hingga April merupakan tempoh kedatangan pelancong paling tinggi.

Hanya satu-satunya tarikan yang diperoleh Wine Suu Khaing Thein saat ini iaitu pukulan dengan kayu buluh oleh seorang penjaga gajah.

"Awak tidak patut berlari ke sana dan ke mari. Awak mesti sentiasa berada di sisi ibu awak," jerit lelaki itu sambil memimpin anak gajah tersebut kembali ke pangkuan keluarganya yang sedang menunggu untuk diperiksa kesihatan oleh doktor haiwan.

Hutan simpan yang terletak kira-kira 320 kilometer dari bandar komersial dan hab pengangkutan, Yangon, terletak berdekatan dengan ibu kota baru rejim militan, Naypydaw. Ia sebuah bandar tersembunyi yang mana pelancong dilarang memasukinya.

Myanmar telah diperintah oleh pelbagai junta militari sejak tahun 1962, dengan ketua pembangkang dan juga pejuang demokrasi, Aung San Suu Kyi telah dipenjarakan dalam tahanan rumah sejak dua dekad lalu.

Suu Kyi pernah mendesak supaya warga asing menjauhi Myanmar yang dahulunya dikenali Burma, bagi mengelak kepimpinan militari meraih perolehan pendapatan menerusi sektor pelancongan.

Sama ada untuk meneroka kuil-kuil purba Myanmar, merentas bandar dan hutan terpencil, nasihat supaya pelancong tidak menjejak negara itu masih menjadi perdebatan hangat di antara para pelancong. Bahkan, siri penerbitan pelancongan Rough Guide juga tidak menerbitkan buku tentang negara itu sebagai tanda protes.

Pertelingkahan moral, krisis ekonomi global dan rentetan peristiwa terbaru di Myanmar menyebabkan industri pelancongan negara itu terus terpaku.

Imej sami-sami Buddha melepaskan tembakan di jalan-jalan Yangon semasa protes pada September 2007 dan sawah yang musnah di delta selatan setelah dilanda taufan Nargis pada Mei lalu melemahkan keyakinan pelancong.

Menurut Jabatan Hotel dan Pelancongan Kerajaan, sebanyak 177,018 warga asing telah tiba di Lapangan Terbang Yangon pada tahun 2008. Namun, angka itu adalah satu penurunan yang sangat besar iaitu kejatuhan hampir 25 peratus berbanding 231,587 pelancong pada tahun 2007.

"Kedatangan pelancong telah berkurangan kerana siklon Nargis. Pelancong fikir kami sedang berdepan dengan situasi yang buruk dan tanggapan itu menyebabkan pelancong tidak berani untuk datang ke sini bagi merehatkan minda," kata Khin, seorang pengurus syarikat pelancongan di Yangon.

Bagaimanapun, jumlah pelancong secara tepat yang datang ke kem gajah Pho Kyar, yang ditubuhkan sejak 20 tahun lalu, tidak jelas kerana taman itu tidak merekodnya.

Lebih daripada separuh gajah di kem ini turut bekerja dan masih digunakan oleh Myanmar Timber Enterprise dalam industri pembalakan bagi mengangkut pokok yang tumbang di hutan pada musim panas.

Apabila musim hujan atau apabila gajah sudah terlalu tua untuk bekerja, ia digunakan untuk menghiburkan mana-mana pelancong di taman gajah.

"Kem gajah Pho Kyar merupakan yang terbaik di negara ini," kata seorang doktor haiwan daripada Kementerian Perhutanan yang enggan menyatakan namanya. "Kami selalu menjaga kesihatan gajah-gajah di sini," tambahnya.

Myanmar mempunyai populasi gajah terbesar di Asia Tenggara iaitu dianggarkan 4,000 sehingga 5,000 ekor. Angka itu dilaporkan oleh kumpulan hidupan liar TRAFFIC yang memberi amaran ancaman kegiatan memburu.

Ahli alam sekitar dalam negara itu juga berkata, junta Myanmar telah memperluaskan kegiatan pembalakan kayu jati, selain menangkap gajah-gajah liar.

Kumpulan gajah itu dilatih untuk operasi pembersihan hutan yang bermaksud menghancurkan habitat mereka sendiri.

Pengurus kem Pho Kyar berharap, mereka dapat menolong mendidik para pelancong memelihara gajah Myanmar, jika mereka kembali bercuti. - AFP
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2009 11:56 AM | Show all posts
慉bang meninggal atas riba
Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2009 10:36 AM | Show all posts
Wanita bunuh gajah dengan anak panah


GROENEWALD-HAGERMAN bergambar dekat seekor gajah yang dibunuhnya dengan menggunakan anak panah.

BULAWAYO - Seorang wanita Amerika Syarikat (AS), Teressa Groenewald-Hagerman mencetuskan kemarahan pencinta haiwan selepas klip video dia membunuh seekor gajah dengan menggunakan panah di Zimbabwe dua tahun lalu tersebar di Internet, lapor sebuah akhbar semalam.

Dalam klip video tersebut, pemburu berumur 39 tahun dari Kansas, AS itu berdiri dekat bangkai seekor gajah.

Dia dipercayai sebagai wanita pertama yang pernah membunuh haiwan itu dengan menggunakan panah.

"Seorang jurukamera lelaki bertaruh bahawa saya tidak mampu menembak seekor kerbau atau gajah dengan menggunakan panah.

"Saya berasa tercabar dengan kenyataannya," kata Groenewald-Hagerman di sebuah laman web berhubung motif pemburuannya.

Dia kemudian pergi ke Zimbabwe yang membenarkan haiwan itu diburu.

Wanita itu membunuh haiwan tersebut dengan menggunakan anak panah dari jarak kira-kira 10 meter.

Gajah yang cedera dan berdarah itu bergerak sejauh kira-kira setengah kilometer sebelum rebah ke bumi. - Agensi
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2009 09:26 PM | Show all posts
Originally posted by Syd at 8-5-2009 10:36
Wanita bunuh gajah dengan anak panah

http://www.kosmo.com.my/kosmo/pix/2009/0508/Kosmo/Dunia/du_05.1.jpg
GROENEWALD-HAGERMAN bergambar dekat seekor gajah yang dibunuhnya dengan menggunakan an ...


bodo nya pompuan:@:@:@
Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2009 09:59 AM | Show all posts
Bermesra dengan gajah
Oleh Syah Rul Aswari Abdullah
srul@hmetro.com.my




BERATNYA boleh menyamai bas sekolah.

Jika bermain di kebun getah, boleh meranapkan lebih 300 pokok semalaman.


Justeru, apakah fungsi sebenar mamalia darat terbesar ini?

揑barat orang membuat taman. Jika tidak dicantas selalu, tumbuhan tidak akan tumbuh cantik atau sempurna.

揑tulah antara tugas gajah, mencantas tumbuhan renek sehingga dahan pohon yang lebih tinggi.

揇engan ini, ia membantu kitaran hidup tumbuhan dalam hutan,

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 10-6-2009 07:30 AM | Show all posts
'Dekat Dan Mesra' Dengan Gajah Di Kuala Gandah

Oleh Ainul Huda Mohamed Saaid

KUALA LUMPUR, 9 Jun (Bernama) -- Bagi mereka yang ingin berseronok menunggang gajah, pusat perlindungan gajah di Kuala Gandah ialah tempat yang paling sesuai untuk dituju.

Pusat perlindungan gajah ini terletak dekat Lanchang, kira-kira 150 km dari sini atau dua jam perjalanan dengan kenderaan.

Baru-baru ini, penulis ini berpeluang menyertai program Kembara ZOOM untuk melihat gajah-gajah berkenaan dari dekat.

Hari itu ialah hari Jumaat.

Selepas sembahyang Jumaat, gembala gajah membawa keluar dan mempertonton lapan ekor mamalia itu termasuk empat ekor anak gajah yang 'comel' untuk sesi bermesra dengan pelawat.

Ada pelawat yang memberi gajah-gajah ini makan, mengusap dan menepuknya. ada juga yang agak berani membawa gajah turun ke sungai yang cetek untuk memandikan gajah-gajah ini, sudah tentu dengan bantuan gembala-gembala tadi.

Menurut seorang peserta program Kembara ZOOM, Roland Jaudin, beliau pernah menunggang gajah sebelum ini, jadi beliau tidaklah gentar sangat.

"Tapi saya agak takut juga bila memberikan mamalia ini makan, kerana pengalaman ini ialah kali pertama saya," kata beliau.

PUSAT PERLINDUNGAN GAJAH

Kerakusan manusia dalam aktiviti membuka hutan untuk pembalakan serta perladangan telah menghalau gajah-gajah ini dari habitat asal mereka, kata Penolong Pengarah Pusat Perlindungan Gajah Kuala Gandah, Ahmad Kamsul Alias.

Kata beliau konflik antara manusia dan gajah menyebabkan mamalia ini mencerobohi kampung-kampung serta merosakkan harta benda dan tanaman untuk mencari makanan.

"Menyedari akan perlunya menyelamatkan mamalia ini daripada kepupusan, Jabatan Perlindungan Haiwan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) menubuhkan pusat perlindungan gajah di Kuala Gandah pada tahun 1989," kata beliau kepada Bernama.

Pada tahun 1974, pusat ini pada asalnya merupakan pusat penempatan semula gajah liar, satu-satunya pusat sedemikian di Malaysia.

Pasukan menempatkan semula gajah ini bertugas untuk mencari gajah-gajah liar dan bila menemui mamalia ini, mereka akan menembaknya dengan ubat bius dan kemudian memindahkannya ke tempat dan habitat yang lebih selamat daripada gangguan manusia.

Pusat ini dibuka kepada pengunjung pada tahun 2000.

"Ia juga merupakan pusat penyelidikan dan informasi untuk kerja konservasi dan penyelidikan tentang pemindahan gajah-gajah itu. Ramai ahli akademik serta penyelidik tempatan dan dari luar negara telah melawat pusat ini," kata Ahmad Kamsul.

SAYANGKAN GAJAH

Menurut Ahmad Kamsul, objektif pusat ini ialah untuk mendidik serta memberi kesedaran kepada orang ramai tentang ancaman terhadap gajah-gajah di negara ini.

Terdapat 17 ekor gajah di pusat ini dan beberapa ekor dilatih untuk program rekreasi bagi pengunjung.

Kata Ahmad Kamsul, gajah-gajah berkenaan hanya terlibat dengan aktiviti rekreasi sekali seminggu iaitu pada hari Jumaat, dan hanya selama tiga jam.

"Walaupun pusat ini makin terkenal, kami terpaksa mengehadkan jumlah pengunjung untuk aktiviti rekreasi kerana tidak mahu gajah-gajah itu keletihan," kata beliau.

Beliau menjelaskan bahawa aktiviti rekreasi itu sebenarnya merupakan senaman bagi gajah-gajah yang terlibat dan pihak pengurusan tidak mahu mamalia itu menjadi terlalu penat.

PEMINDAHAN GAJAH

Renjer Perhilitan serta pasukan pemindahan semula gajah akan menjejak serta memerangkap gajah liar di kawasan yang ada konflik di antara mamalia itu dan manusia sebelum memindahkan haiwan itu ke habitat yang lebih sesuai seperti Taman Negara Endau Rompin.

Penulis ini serta pelawat lain berpeluang melihat video tentang bagaimana gajah-gajah liar ini dipindahkan. Satu kerja yang amat memerlukan kesabaran yang tinggi.

Renjer Perhilitan akan menggunakan gajah jinak yang dibawa masuk dari Thailand serta Myanmar untuk 'memujuk' gajah-gajah liar berkenaan.

Sejak program pemindahan itu dilakukan 25 tahun dulu, Perhilitan berjaya memindahkan 400 ekor gajah liar. Ini membantu populasi gajah di Malaysia meningkat dari hanya 500 ekor kepada 1,200 ekor (bagi tahun 2003).

MENGENALI GAJAH

Menurut Ahmad Kamsul, terdapat dua spesies gajah - jenis Afrika (Loxodontia africana) dan Asia (Elephas maximus). Badan dan gading gajah jenis Afrika lebih besar daripada gajah Asia.

Gajah Asia boleh mencapai berat sehinga 5,000 kg serta ketinggian 3.4 meter( metres (11 kaki). Gajah betina biasanya hidup berkumpulan yang diketuai seekor gajah betina yang paling tua manakala gajah jantan lebih gemar hidup bersendirian.

-- BERNAMA

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 28-6-2009 06:47 AM | Show all posts
Gajah dicat warna panda


SEKUMPULAN pelajar sekolah mendekati gajah yang diwarnakan
seperti beruang panda di wilayah Ayutthaya baru-baru ini.

GAJAH sudah menjadi simbol Thailand sejak sekian lama namun negara itu mempunyai minat mendalam terhadap beruang panda sejak seekor haiwan berkenaan melahirkan anak di sebuah zoo di Bangkok baru-baru ini.

Sebuah akhbar semalam melaporkan, sekumpulan penjaga gajah di Ayutthaya-Elephant Kraal bertindak mengecat lima ekor gajah dengan warna putih seperti corak bulu panda.

Gajah-gajah berkenaan kemudian diarak di hadapan para pelajar sekolah bagi menarik perhatian warga Thai yang kini terlalu obses terhadap anak panda tersebut.

Taktik penjaga gajah itu ternyata berjaya setelah ia mendapat tumpuan umum namun laman web akhbar Bangkok Post melaporkan tindakan itu keterlaluan.

"Kerajaan perlu menjaga simbol negara... gajah!" kata seorang pembaca. - Agensi
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-7-2009 05:17 PM | Show all posts
Wanita bunuh gajah dengan anak panah


GROENEWALD-HAGERMAN bergambar dekat seekor gajah yang dibunuhnya dengan menggunakan anak pa ...
Syd Post at 8-5-2009 10:36


arghhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh.............GROENEWALD-HAGERMAN  ni mmng celaka ........harap2 nnti dia trima balasan yg setimpal dgn apa yg dia wat kat gajah tu.................:@ :@:@:@:@:@:@:@:@
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-7-2009 10:50 PM | Show all posts
oja suke tajah gak
Reply

Use magic Report

Post time 27-8-2009 10:10 PM | Show all posts
aku dah g nengok gajah kt kuala gandah...

Reply

Use magic Report

Post time 28-8-2009 08:45 PM | Show all posts
jahatnye pempuan tuh! cian tajah tuh...
Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2009 02:02 AM | Show all posts
1# bubpallo

saya pun minat gajah...bintang ini sangat unit..pom ruk chang!
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

7-5-2024 04:25 AM GMT+8 , Processed in 0.064346 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list