|
Originally posted by safbrina at 25-4-2007 04:35 PM
hi all..
i just nak tanya sesaper kat sini yg ada pengalaman uruskan harta pusaka arwah parents yg x sempat nak buat sebarang wasiat.
skang ni i ada problem x tau camna cara yg palling ...
kalau nilai kesemua harta ur father tu above rm5k.amanah raya akan kenakan bayaran...dalam rm800.. |
|
|
|
|
|
|
|
mahalnye kos amanah raya tu... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by elbecks at 19-6-2007 03:13 PM
mahalnye kos amanah raya tu...
yer la..pesal mahal sgt.
i just bayar rm10 jer kat pejabat tanah utk processing fees. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by elbecks at 19-6-2007 03:13 PM
mahalnye kos amanah raya tu...
tulah pasal...dorangni sebenarnya nak cilok harta orangjer...konon2 menjagala hartalah tu
|
|
|
|
|
|
|
|
lepas tu aku harap jgnla terpengaruh ngan iklan wasiat amanah raya tu... sbb kita kene paham sebagai muslim wasiat tak lebih 1/3 harta dan mesti kpd bukan ahli waris....buat wasiat tak semestinya guna amanah raya... lainla kalau harta kita banyak cari la loyer ke...
sapa yg pernah berurusan kat amanah raya ni aku nak tanya kalau kita tak mo bagi harta ikut faraidh boleh tak? bagi surat persetujuan je? |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by elbecks at 25-6-2007 12:31 PM
lepas tu aku harap jgnla terpengaruh ngan iklan wasiat amanah raya tu... sbb kita kene paham sebagai muslim wasiat tak lebih 1/3 harta dan mesti kpd bukan ahli waris....buat wasiat tak semestinya ...
reen rase boleh dengan syarat semua waris2 setuju |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by elbecks at 25-6-2007 12:31 PM
lepas tu aku harap jgnla terpengaruh ngan iklan wasiat amanah raya tu... sbb kita kene paham sebagai muslim wasiat tak lebih 1/3 harta dan mesti kpd bukan ahli waris....buat wasiat tak semestinya ...
elbeck..
hari tu aku tanya pegawai kat pejabat tanah, depa kata boleh dgn syarat semua waris2 setuju. |
|
|
|
|
|
|
|
pejabat tanah memang boleh ... amanah raya tak tau la.... sbb kawan aku ada masalah ngan amanah raya ni... lepas bapak diaorg mati diaorg referkan kes kat amanah raya,,, lepas tu diaorg tak nak pakai amanah raya sbg pentadbir nak lantik salah seorg dari diaorg utk bagikan harta tu, dan semua waris setuju... amanhraya kata takleh sbb dah engage diaorg... aku pun tak paham la ngan amanah raya ni |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by elbecks at 28-6-2007 12:19 PM
pejabat tanah memang boleh ... amanah raya tak tau la.... sbb kawan aku ada masalah ngan amanah raya ni... lepas bapak diaorg mati diaorg referkan kes kat amanah raya,,, lepas tu diaorg tak nak p ...
yelah amanah raya ni nak harta benda orang jer..tu pasallah dia putar belit |
|
|
|
|
|
|
|
Peguam Syarie Menulis: Cara urus pusaka bawah RM600,000
Oleh Mohd NoorAizan Md Idrus
Pewaris wajar ke Pejabat Pusaka Kecil Daerah tanpa perlu ke Mahkamah Syariah
BEBERAPA pihak memberi maklum balas terhadap tulisan yang disiarkan sebelum ini berkenaan harta pusaka daripada sudut syarak dan kali ini akan dikupas peruntukan undang-undang berkaitan pengurusan harta pusaka di negara ini.
Pengurusan harta pusaka di Malaysia agak mengelirukan dan dianggap sukar oleh sesetengah orang kerana ada empat jabatan atau institusi yang mempunyai kuasa ke atas hal berkaitan pengurusan pusaka.
Jabatan dan institusi itu ialah Mahkamah Syariah, Mahkamah Tinggi Sivil, Pejabat Pusaka Kecil dan Amanah Raya Berhad. Kesilapan memilih salah satu institusi di atas dalam mengurus pusaka akan menyebabkan urusan mengurus pusaka menjadi bertambah panjang dan mengambil masa.
Mahkamah Syariah mempunyai bidang kuasa terhad dalam hal pengurusan pusaka di Malaysia. Ia hanya boleh membuat pengesahan siapa waris si mati yang berhak untuk mewarisi harta pusaka dan pecahan bahagiannya mengikut hukum faraid serta membuat pengesahan wasiat atau hibah sama ada bertepatan dengan hukum syarak atau tidak.
Merujuk kepada seksyen 61 (3) (b) (ix) Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Selangor) 2003 yang memperuntukkan: |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Nak tanyer sikit ?
Jadi LA ni senang ke atau tanggungjawab ni berat.
Kakak aku mintak aku jadi LA ari tu tapi aku tolak.
sebab aku percaya kat akak aku.
Dari arwah bapak aku meninggal tahun 73 sampai sekarang no problem.
Tapi bila aku dah libatkan diri ngan kekawan yang dah banyak kena ngan sedara mara , aku mula terpikir pulak.
Bapak aku tak de tinggalkan duit,
cuma sebidang tanah kat Kampung.
Kampung Baru.
Kampung Baru, Kuala Lumpur.
Kat tanah tu ade lah rumah.
Rumah kecik je.
Apartment
3 Tingkat.
Korang rasa elok tak aku dapatkan LA tu,
atau aku buat do no jer... |
|
|
|
|
|
|
|
Kakak aku sewakan apartment tu 5 unit dan satu kedai.
Rm500.00 sebulan je...
Aku tengok dari tahun ke tahun isi rumah dan orang tukar2.
Aku syak mereka ni buat sewa atas sewa...
Tu yang aku rujuk pada kekawan tu....
Aku pulak sewa kat P. Jaya Rm800 sebulan, kecik pulak tu rumah... |
|
|
|
|
|
|
|
RM38b worth of Muslim-owned properties still unclaimed
By ROYCE CHEAH
KUALA LUMPUR: Muslims have properties worth a whopping RM38bil that still remain unclaimed by their rightful heirs because of a lack of awareness of inheritance under Syariah law.
Other factors that has seen this value grow over the years include the public抯 reluctance to write a will or to disclose whether a will had been written.
Also, according to the Registrar of Unclaimed Monies, there is an additional RM1.8bil that remains unclaimed by all Malaysians, while unclaimed monies in the Employees Provident Fund, Tabung Haji, Permodalan Nasional Berhad (PNB) and co-operatives come up to RM70mil.
The ongoing problem has prompted the Government, through public trustee company AmanahRaya Berhad, to set up a National Wills Registry.
AmanahRaya Bhd group managing director Datuk Ahmad Rodzi Pawanteh said the registry was open to all Malaysians, was completely voluntary and that no charge would be levied.
揂ll a person has to do is to tell us that he has a will, when it was written and who the custodian of the will is. The contents of his will would not be known to us.
揟he purpose is to speed up the inheritance process. Just a simple check with us by the relevant parties on whether the deceased kept a will or not means a lot less hassle. |
|
|
|
|
|
|
|
nak tanya...
boleh jer la yer tanya kat sini..
harta sepencarian ada ker utk bercerai mati??
pas tu berapa sebenarnya pembahagian mengikut hukum faraid..??
ibu bapa akan dapat berapa?
serorang 1/4 atau kedua ibu bapa hanya dapat 1/4 dr harta si mati..
isteri dapat berapa??
dann anak lelakki dapat berapa bahagian?? |
|
|
|
|
|
|
|
Biar aku ceritakan sendiri pengalaman aku sendiri yg terlibat didalam pengurusan harta pusaka dengan Amanah Raya Berhad (ARB)
Arwah atuk aku meninggal pada tahun 1994. Arwah atuk aku meninggalkan harta yg agak banyak juga bagi kategori org yg bekerja kampung sepertinya. Cash money lebih kurang RM 1.3 Million dalam Bank Islam dan dalam 400K di dalam Tabung Haji. Itu tidak termasuk asset2 lain seperti rumah2 sewa, rumah kedai, kebun getah yg berekar2, tanah dan benda2 lain lagi.
Tapi arwah atuk aku ini jugak mempunyai isteri yg ramai...cukup quota 4 orang semuanya. Semasa dia meninggal...ada 3 isteri yg masih hidup. Dan kesemua anak arwah seramai 17 orang termasuk dari bekas isteri yg telah dicerainya. Bapa aku pula anak tunggal. Kalau isteri atuk aku ni sorang...kaya ler bapa aku....
Kerana 3 orang isteri dan 17 orang anak inilah...sehingga hari ini...2007...selepas 13 tahun, harta pusaka ini masih belum dapat di selesaikan. Yang selesai sekarang hanya cash money manakala asset2 lain masih terbeku di ARB.
Whatever harta yg henda dijual...perlulah di masukkan nama 17 orang anak dan nama 3 orang isterinya itu dan setiap orang perlu menandatangani penjualan tersebut. Ini merumitkan lagi keadaan menurut kata pegawai ARB tersebut.
Sepanjang 13 tahun ini...2 orang isteri arwah telah meninggal dan kalau tak silap 2 orang anak arwah juga turut meninggal termasuklah arwah bapa aku pada april 2005. Nenek aku...bekas isteri arwah juga meninggal pada oct 2005
Sekarang...harta2 persendirian arwah ayah aku turut terbeku...begitu juga harta personal arwah nenek aku. Semuanya saling kait mengait dengan harta arwah atuk aku. Yg jadi lebih complicated adalah kerana bapa aku anak tunggal dan dia meninggal lebih awal dari emaknya(nenek aku) yg mana kalau mengikut hukum faraid...harta arwah nenek aku akan jatuh kepada adik lelakinya. Memang complicated.
Bapa aku pula ada 1 rumah sewa yg mana rumah itu dibeli hasil perkongsian antara arwah bapa aku dengan nenek aku. Sekarang rumah tersebut tiada tuan dan aku pun tak tahu siapa yg berhak kerana terdapat 2 nama dan bapa aku meninggal lebih awal dari emaknya. Kita orang takde masalah kerana 5 beradik(4 lelaki) tapi nenek aku cuma mempunyai seorang anak(bapa aku).
Walaupun aku cuba menyelesaikan pembahagian arwah ayah aku melalui Pejabat Pusaka Kecil...namun menurut pegawai disana...harta2 pusaka peninggalan arwah atuk aku juga turun terbabit kerana arwah bapa aku juga mempunyai hak di sana.
Memang complicated sekali masalah aku. Boleh pecah kepala di buatnya.
Harap korang dapat memberikan idea bernas bagaimana aku bole menyelesaikan masalah ini secepat mungkin |
|
|
|
|
|
|
|
kalau buat kat amanah raya dorang kene kan caj..baik korang pi buat kat biro bantuan guaman...mana ada keje caj...paling komang pun kene bayar rm2 je utk bukak fail... |
|
|
|
|
|
|
|
Jika berkaitan dgn tanah.....
baik korang pergi terus dgn Pejabat Tanah....jgn pergi ARB....(Charge Mahal)
ada jugak kes dimana pengguna menggunakan ARB tetapi proses dia lembap jugak...
dah la dikenakan charge mahal lg....
at least kat pejabat tanah...walaupun lembap tp tak adalah mahal mcm Amanah hantu raya tu..... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #41 t@t's post
Pls take note...ARB tu business oriented organisation. So apa2 mesti kena ada duit sebab intention dia org nak berbisnis. |
|
|
|
|
|
|
|
Dilema harta pusaka perlu penyelesaian segera
Oleh WAN RAHIMAH DRAMAN
KEKELIRUAN dan kejahilan terhadap fungsi penama dalam kebanyakan urusan harta benda, terutama wang ringgit dan saham-saham yang tersimpan serta dilabur di mana-mana agensi kewangan mahupun syarikat perdagangan kini menimbulkan masalah serius di kalangan Muslim.
Akibatnya, banyak harta benda pemilik yang mati atau harta pusaka tidak sampai dan tidak dapat dituntut atau disalurkan kepada mereka yang berhak.
Sejumlah tidak kurang RM1.8 bilion wang kini terpendam di Pendaftar Wang Yang Tidak Dituntut dan tidak diselesaikan oleh para pewaris di negara ini.
Kesannya harta-harta berkenaan tidak berkembang dan tidak dapat dibangunkan untuk faedah serta manfaat ahli waris mahupun ummah dan negara.
Tidak kurang pula kes-kes harta pusaka dibolot dan dikuasai oleh penama yang dibuat oleh pemilik semasa hayat, termasuk mereka (penama) yang langsung tidak ada pertalian kekeluargaan dengannya.
Malah, harta pusaka yang 憈ergantung |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|