6:15 am. Jam locengku berdering kuat. Aisey man! lum puas tidur jam dah bunyi ! Tah kenapa pagi ni kuat lak bunyi dia. Bom Israel berangkai Israel yang jatuh tak meletup pun tak kuat ni. Dengan malasnya aku mengeliat seketika. Lalu duduk merangkak seperti kucing... eh.. betulkah cara aku nak senam rimau ni...tak pa nanti aku check balik buku 'Permata Yang Hilang ' tu... Nanti kalau dah kawin baru Ok.. senam rimau lawan cakar rimau...!! Lalu aku pun mengemaskan sedikit jer katil bujang tu yang agak kemas walaupun tak sekemas barangan kemas yang dijual di kedai Pak Habib tu.
Dengan langkah yang longlai aku menuju ke bilik air. Menunai hajat membuang apa-apa yang patut.... Lalu aku mengambil cebuk menceduk air di kolah. Mencelup jariku ke dalam cebuk..... tersirap darahku. Sejuknya mengalahkan salji di kutub Utara. Lalu aku mulai menyiramkan air bermula dari kakiku... kerana petua Pak Tua ini cara yang sihat lagi power menjaga kesihatan lelaki. Nak sihat lagi mandi embun... emm.... patut Pak Tua tu berumur 100 tahun masih gagah lagi... Kerana airnya terlalu sejuk.. aku pun tak jadi ikut petua Pak Tua... aku pun menyiramkan air ke kepala secepat mungkin. Lagi pun aku belum tentu dapat idup hingga 100 tahun tu.... menyabun badan sepantas kilat.... siram balik... Ok..siap untuk membilas. Selepas membilas aku pun membuka bilik mandi. Ceh.... aku terlupa mengunci bilik mandi rupanya. Nasib baik kekawan yang lain tak masuk masa aku mandi tadi. Tidak tak pasal-pasal jer aku buat free show..
7:45am menunggu LRT. ceh ramai lak orang pagi ni. Apa mgt Putra ni dah tau orang ramai. Tambah ler kekerapan train tu... Ni tak...buat bodo jer mgt tu. Makan gaji buta kot. Dah 3 train sampai stesen ni penuh . Aku tak leh gak masuk. Nasib baik ada amoi cun yang senasib ngan aku. Makin lama kupandang alamak.. makin cun lak amoi tu... sebelum ni tak pernah nampak pun naik LRT ini. Eh kenapa lak jantung berdentak kencang bagai genderang mau perang ketika amoi tu merenungku. Akhirnya dapat gak aku & amoi naik train setelah lama menunggu train tu.... Tu pun tetap berhimpit. Berpeluh sakan aku tambahan pula amoi tu kena berdiri di depanku. Kalau keretapi tu berhenti mengejut dah tentu aku akan terlanggar amoi tu. Tak pasal-pasal aku kena sexual harassment. Punah harapan nak ayat amoi tu. Patutnya pepagi ni..Putra LRt tukar nama ker... taruh nama EXPRESS SARDIN CAP AYAM ker... baru le kena ngan imej pepagi ni... dah tu muke setengah orang yang naik pepagi ni pun macam sardin jer... masih mengantuk...
9:00 am... masuk office selepas pekena roti canai. Kakak -kakak kat office memulakan aktiviti biasa membuat 'ketupat @ mengutuk & mengumpat' sebelum memulakan keja. Nothing happen.
10:30 pegi pantry buat kopi tongkat ali & ginseng & gano entah campur apa lagi.... 1001 bahan kot. Nak pegi pantry kena lalu depan meja Akak Admin. Ramai orang kerumun akak tu....... maklum ler... kucing tak de..tikus berlari-lari... O,, patut le... akak tu tengah promosi tudung bawal.sempena nak puasa ni...design baru untuk bawa pegi semayang tarawih ke katanya.. entahla apa lagi yang akak tu cing cong... boleh bayar 2 kali bayaran. Aroma kopi power menaikkan selera ..." wei orang kawin pun tak minum kopi tu la " kata salah seorang akak ke arahku. " Hai bujang lagi... dah hilang power kena minum kopi tu "" tambah yang lain pulak..!! Geramnya aku !! Kalau aku tak pegi minum kat pantry kata aku sombong !! Menantu mamak kedai la !! Dah minum kat pantry... kutuk la. Geram sungguh.. patut la pepatah ada mengatakan mulut tempayan boleh ditutup.. tapi mulut pompuan.....hm...
1:00 Pegi lunch. Akak admin intercom.. Hang kalau pegi kedai mamak tu tolong beli kan akak mee goreng ye. Kalau pegi kedai paper tolong belikan akak Majalah mangga yang baru yer... yang ada gambar cik CT ngan datuk K tu... Asam boi jangan lupa ya... Letih-letih melayan karenah akak-akak pejabat ini. kenapa la office aku ni lebih banyak pompuan dari lelaki....
5:30 pm lepak jap. Tutup com.
6:15 Tunggu LRT... Express Putra Senandung Sardin. Semasa LRT berhenti di stesen CM.. amoi pagi tadi masuk ke dalam gerabak ku. Jantungku berdentak kencang. Bertambah kencang bila dia berdiri di sebelahku. Kalau hari-hari begini maunya satu hari nanti aku akan kena heart attack. Ah... terus fikiranku melayang. Aku kena heart attack. Pengsan. Amoi itu melakukan CPR terhadapku. Aku tersenyum sendirian..... tiba-tiba hatiku berkata bagaimana kalau amoi tu baru jer memakan daging khinzir sebentar tadi.... ARGGGGGGGGGGGh.....!! Tension betul la...!! Tengah syok-syok mengelamun terfikir benda tu..!!
Train bergerak perlahan. Kalau boleh biar lagi perlahan.... ada masalah teknikal lagi bagus. Aku ingin berdiri bersama... biarpun kaki ini goyah & longlai......
6:45 am... Aku terjaga dari tidur setelah mendengar rakanku sedang menyanyi lagu rock pepagi buta ni. Aku melihat jam locengku. Ceh sudah pukul 6:45 pagi. Macam mana aku boleh tak bangun ni time loceng berbunyi. Semalam dah la bunyi kuat nak mampus !! Akhirnya aku tersedar yang aku terlupa mengunci jam tersebut. Tanpa mengemas katil bujangku dan juga senam rimau aum....ngaum....!!! aku dengan cepatnya menanggalkan baju tidurku. Lalu ku memakai tualaku sepantas Speedy Gonzales.... hampir saja tualaku terlondeh... nasib baik sempat aku menyambarnya.
Aku lalu menunggu di depan pintu bilik air. Alamak perutku pula meragam.... Lambat betul di mamat ni mandi pagi ni. Mandi mengalahkan pompuan !! Mesti kena mandi wajib ni... Menyumpah aku...lambatnya ! " wei ..mat cepat ler sikit ! Aku dah lewat ni. Ko mimpi kena rogol ngan Amazon Women ker semalam... yang kena mandi wajib ni " jeritku. " Orang dah sudah la ni... tengah lap ni. Takkan aku nak lap kat luar. Kang anak dara makcik sebelah skodeng lak" jawab si mat...ceh ada jer jawapan dia. Perut makin menjadi.... kang terberak aku kat sini.
Sebaiknya mat membuka pintu bilik air aku meluru masuk bagaikan pasukan gerak khas merempuh masuk. FUh......lega........!!! Selepas itu aku mandi sepantas kilat. Kalau ada cara sukan mandi mandi paling cepat barangkali namaku akan tercatat dalam Malaysian Book of record.
7:45am... aku berjalan dengan pantas ke LRT station. Alamak panjang lak orang beratur membeli tiket. Kenapa la dia orang tu tak ambil pas bulanan.. menyusahlkan aku jer. Aku pun menuju ke mesin tiket tu.... menyampah betul aku... semua mesin keluar sign... Only coin will be accepted. Mangkuk ayun betul. Mau kusepak-sepak mesin tu dan kucampakkan ke longkang. Aku lalu kembali beratur ke dalam Q yang makin panjang tu.... hai nasib badan...
8:00am Baru la aku mendapat tiket. Aku meluru dengan pantas ke atas platform. Ketika sampai ke atas platform ... train itu baru saja menutup pintunya. Aku melihat seakan kelibat amoi semalam di dalam coach tersebut. Geramnya aku. Hatiku menjadi sayu..bagaikan tersayat sembilu... Dalam diam hatiku memeberikan flying kiss kepada amoi tersebut. Muka monyok bagaikan orang yang keputusan harapan. Lalu dengan longlai aku berdiri beratur menuggu train selanjutnya. Tiba-tiba aku menoleh ke belakang, kelihatan amoi semalam beratur di belakangku sambil tersenyum. Barangkali dia gelihati melihat telatahku tadi yang angau. Cuma dia tak tahu yang aku telah angau terhadapnya. Aku kembali membalas senyuman. Terasa ceria lak hari ni. Heran betul la aku !!
9:00am Aku masuk ke office setelah bekfest. Semua akak aku puji hari ni. Baju cantik la... nampak lebih anggun la.... bla-bla... Masing semua mengatakan aku ni dah gila !! Tak pun aku ni dah buang tabiat... tak lama la tu....... Entah apa-apa la dia orang ni.... Orang pompuan ni tak boleh berfikiran positif sikit ker....
5:45pm... tutup komputer.
6:15pm Tunggu SEnandung Sardin tu lagi. Ceh lagi pack orang kat Masjed Jamek tu. Lepas train yang ke4 datang baru aku datang naik. Sepanjang perjalanan ke CM tu hatiku berdoa agar amoi tu berada di situ dan menaiki coach yang aku ada ini. Sampai di CM ah...... hatiku berdetak lagi.... berdebar !!! genderang mau perang pun tak sehebat ini. Mataku melihat setiap orang masuk.... kemudian aku melihat amoi tersebut masuk lalu berdiri di sebelahku. Kukira genderang mau perang pun barangkali sudah pecah akibat terlalu kencang berdetak. Doaku di kabulkan.... Sepanjang perjalanan tersebut lagu ' Suratan atau Kebetulan' terngiang-ngiang di telingaku...
6:10am... Aku terjaga dari tidurku. Kenapa la aku bangun lebih awal dari jam locengku.Lembap betul la jam loceng tu... dah tau aku bangun awal.. bunyi la awal sikit. Ni aku lak yang kejutkan jam loceng aku tu. Aku aku bangun mengemaskan katil bujangku. Lalu aku cuba merangkak untuk membuat senam rimau. Cis.... tidak selesanya... boxer shortku terasa melekit. Aduh....memang sah aku dapat 'wet dream' malam tadi. Kupejamkan mata cuba mengingatkannya. CIs...... tak teringat langsung.... Macamana la boleh tak ingat ni.... Frust betul... Ahh.... kenapa la boleh tak sedar ni...... Rugi..!! Rugi !! Rugi !! Lalu aku memeriksa tilamku melihat kalau ada kesannya di cadarku atau diselimutku . Fuh.... lega tiada kesan langsung. Ejen CIA pun tak akan jumpa kesannya walaupun menggunakan peralatan yang paling canggih sekalipun. Lega hatiku... tak payah la hantar cadar atau selimut ke kedai dobi tu.. Save RM ...RM....RM...!!
Lalu aku pegi ke bilik air untuk mandi wajib. Terpaksa la aku mandi lama sedikit untuk memasti seluruh badanku terkena air. Air pagi ni dah sejuk nak mampus !! Menggigil tubuh badanku bagaikan terkena demam kura. Tiba-tiba aku terdengar sii mamat mengetuk pintu bilik air sambil menjerit " Wei Hang cepatla sikit aku nak tercirit ni. Kau kena rogol ngan Amazon Women pulak ker" kata si mamat. Cis.... memulangkan paku buah keras lak dia kat aku. " Tak la Mat, semalam aku mimpi pegi main tenis ngan Maria Sharapova. Pastu kita orang pegi shower sama-sama" kataku..kerana aku tahu si Mat ni memang minat giler di Sharapova. Biliknya penuh ngan poster Sharapova. Memang minat tahap cipan si Mat ni... hingga majalah Cina yang ada gambar Sharapova pun dibelinya. " Hang..kau nak kena belasah ngan aku !" ...kata Mat. Ceh...jeles jugak si Mamat ni." Cepat kuar Hang! Aku dah tak tahan ni. Kang aku berak kat pintu ni .. ko cuci. " kata si Mat. " Aku tengah lap ni" kataku. " AHhh aku tak kira... kau lap jer kat luar. Kalau anak dara makcik sebelah skodeng pun.. bukan boleh ambil pun".. kata si Mat. Ceh... tak senonoh langsung si Mat ni. Terpaksa aku lap badan kat luar tu. Kenyang ler sapa yang skodeng tu...!!
7:45am Aku sudah membeli tiket LRT dan menunggu di platform. Alamak tak ternampak pun di amoi tu. Tak pa aku tunggu sampai dia datang baru aku nak naik train tu. Geram sungguh aku masa tak nak naik bukan main kosong si Train Sardin ni..!! Aku termanggu di banggu simen tu. Ceh banyak sungguh train kosong yang dah berlalu. AH... penantian ini satu penyiksaan. Ini saja aku menyanyikan lagu Penantian nyanyian kumpulan Harmoni tu. Wei amoi cepat la datang..... getus hatiku. Kalau kutahu kat mana umah.. mau kudukung amoi tu sampai ke LRT ni.
8:00 am...amoi belum lagi datang. ARgh.............!!
8.01am....
8:02am..
8:03am
8:04am
8:05am
8:06am
8:07am
8:08am
8:09am
8:10am.... sampai hati amoi kau biarkan aku tertunggu-tunggu. Aku tak boleh menungu lagi nanti terlewat. Barangkali mungkin gak dia tak keja atau outstation kata hatiku. Lalu aku pun menaiki train yang seterusnya. Ah.... sardinnya train ni. Dah aku naik baru nak jadi sardin. geramnya aku !! Sebaik saja pintu train di tutup aku melihat amoi menunggu di tepi pintu di atas platform..............!!!!!! AHH...!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! Kenapa la aku tak sanggup menunggu hanya 1 minit jer lagi.!!!! Menyumpah-nyumpah aku atas tidak kesabaranku tersebut.
9:00am masuk office. Kelihatan akak-akan pejabat memulakan sessi membuat ketupat. Aku pun malas nak dengar ketupat apa yang dibuat hari ni.
10:30am.. pegi pantry membuat kopi power tu. Akak kat admin yang dok sakat aku pun aku tak hiraukan. Juga aku dengar mereka cakap ' Dah dua hari si Hang ni buat tabiat". Tambah sorang lagi tu " kawan aku dulu pun camni. Seminggu lepas tu padam". Geramnya mendengar mulut takde insuran tu. Kopi power tu hari ni terasa pahit.... lebih pahit dari peria.
6:15pm aku menunggu LRT . Naik LRT dan terus berdoa dan berdoa.... Kenapa la aku jadi angau camni!! Heran sungguh!. Anak mata menjadi cerah ketika LRT sampai di CM. AH......amoi tu naik coach yang sama dan berdiri di sisiku. AH.......................................... dunia ni terasa ana yang punya....... Alangkah indahnya..alam maya.. . Kemudian sampai di KL Sentral ramai yang turun. Kelihatan satu seat kosong. Aku memandang amoi tersebut dan ia memandangku. Sebagai seorang gentleman aku menyuruhnya duduk..tapi hati berharap ia menolaknya dan terus sama-sama berdiri denganku. Tapi... amoi itu terus pergi duduk di seat yang kosong tu... di sebelah seorang mamat yang agak hensem juga. Argh.................................JELESNYA AKU.!! AKU JELES !!! JELES !! JELES !!
Aku berharap si mamat tu turun di stesen bangsar nanti agar aku dapat duduk di sebelah amoi. Tidak terjadi pulak. Lalu aku berharap agar train itu bergerak dengan pantas sepantas-pantasnya biarlah seperti Shinkasen. Tiba-tiba di ketika berada di antara stesen bangsar dan abdullah hukum.. train bergerak perlahan dan berhenti..!! Kemudian terdengar satu pengumunan ... Train dijangka tiba lewat. Train menghadapi masalah teknikal.
ARGHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHH...!!! GERAMNYA AKU !!! GERAM! JELES! JELES!! Terasa hendak kubakar sahaja train ni............
6:15 Jam locengku berbunyi nyaring. Lalu pun menutupkan alarmnya. Aku berasa tak mood nak pegi keje. Rasa bosan. Entah la. Aku kembali berdengkur walaupun mataku tak dapat pejam. Aku tak dapat melupakan peristiwa semalam di dalam Express Senandung Sardin tu. Geram bercampur jeles. Cis.. mengalahkan budak-budak aku ni. Tiba-tiba kuterdengar suara di Mamat " Wei Hang ! dah pukul 6:50 pagi. Malam tadi ko mimpi teruk kena lanyak ngan Amazon Women ker ! " Cis.... mangkuk ayun betul ko mamat..!! Ini Hang la... Hang Power ..super tongkat ali la... kata hatiku Tanpa kusedari masa begitu pantas berlalu. Lalu dengan pantasnya bangun menuju ke bilik air.
7:55am Hujan mulai turun renyai-renyai walaupun tidak kelihatan cuaca mendung. Nasib baik aku belum keluar lagi. Sempat la aku membawa payung, Kalau tidak terpaksa le aku berteduh dekat bus Stop kat hujung simpang tu. Lalu aku pun berjalan sambil berpayung menuju ke LRT stesen. Dari jauh kulihat seorang gadis berbaju biru berteduh di Bus Stop tersebut. Aku berbelah bagi samada hendak mengajak gadis tu tumpang berpayung. Apa kata kalau tengah aku dan gadis tu berpayung.. aku tersempak dengan amoi tu. Abihla harapan ku. Dah la aku pun berkemeja biru pagi ni. Sedondon jer ngan gadis tu. Aku benar-benar berbelah bagi. Hujan makin lebat... awan menghitam... maunya satu jam pun belum tentu hujan tu akan teduh... Aku decide untuk mengajak gadis itu menumpang berpayung.
Lalu aku menuju ke bus stop tersebut lalu mengajak gadis itu menumpang berpayung ke stesen LRT yang jaraknya hanya 400M lagi. Gadis itu menoleh ke arahku. Darah ku tersirap. Mulutku seakan bisu. Aku terdiam seketika. Mataku dan matanya bertentangan. Aku bagaikan dipanah arjuna. Sambil tersenyum dia datang berpayung denganku. Keharuman rambutnya membuat aku bagai dibuai mimpi.Keharuman parfum Chanel No 5 menusuk jantungku. Tiba-tiba hari ini seakan terang benderang. Ahh..... memang benar kata pujangga... hati adalah garis-garis bicara yang bisu dalam berkata.. Antara aku dan dia tidak ada yang berkata-kata. Sesekali bahuku dan bahunya bersentuhan ketika mengelak air yang bertakung. Ah... aku bagaikan bermimpi. Terasa diri ini di awang-awangan.
Ketika sampai di stesen LRT, aku menutup payungku. Dia tersenyum memandangku lalu menghulurkan tangannya. " Lina!' katanya memperkenalkan diri. Aku seakan termanggu.Seperti orang yang bodoh. " Er... Hang!' jawabku. Tiba-tiba.. ia berkata...'Boleh I dapat tangan I balik "... Tak tersedar aku masih lagi bersalam tangannya yang lembut tu. " Kamu sungguh cantik, amoi!' ...kata-kata tersekat di kerongkongku. Tak terucap.! Aku hanya berkata " sorry' sambil melepaskan tangannya. Lalu aku dan dia beratur membeli tiket bersama. Menaiki train bersama ...
9:00am sepanjang perjalan ke Office aku tersenyum sendirian. Kakak di pejabat semakin pelik melihat kelakuanku. Aku puji semua orang hari ni. Kemudian aku minta maaf banyak-banyak atas kelakuanku semalam yang tak menghiraukan mereka. Mereka seakan terkejut malah ada yang memaafkan aku dunia dan akhirat dan ada yang datang bermaaf-maafan. Cis...... mesti ada yang kata aku nak padam esok lusa...
6:15pm Aku menaiki LRT di Masjed Jamek. Sampai di CM aku ternampak amoi Lina berlari-lari mengejar train ini. Lalu masuk di coach hadapan. Aku tersenyum sendirian. Sampai di stesen aku turun. Dia ternampak aku.. menungguku lalu menegurku. Aku lalu menemaninya berjalan ke Bus Stop dan seketika kemudian Basnya sampai. Kenapa la jalan tak jam hari ni... celah hatiku. Amoi menaiki bas tersebut. Aku melihat bas itu berlalu pergi... sampai hilang dari pandanganku....
11:30pm.... Aku tidur sambil tersenyum. Aku pasti cicak-cicak di atas siling itu pun tentu musykil melihat senyumanku ini. Kenapa la hari ini begitu cepat berlalu....!!! Good nite , Lina !
4:00am.. Aku terjaga dari tidurku. Entah kenapa aku tak sabar memulakan hari yang baru. Ingin saja kuharap sang suria memancar dengan teriknya pada waktu ini. Ku cuba memejamkan mata. Kupaksa juga hingga akhirnya aku tertidur kembali.
5:00am .. aku terjaga lagi. Aduh kenapa la aku jadik begini. Setiap jam sangat terjaga. Bahkan jantungku berdentak kencang. Kencang bagaikan monsun timur laut mahupun barat daya.
7:00am ...." wei Tawanan Amazon Women ! Bangun la!! KO tak keje hari ni! " si Mamat mengetuk pintu bilikku dengan kuat. Cis.... si mamat ko ni takde kata-kata lain ker nak kejutkan aku. Aku sumpah ko kena tangkap ngan Amazon Women tu betul-betul baru ko tahu getus hati kecil ku. Aku terpaksa menjadi Speedy Gonzales hari ni. Mandi secepat mungkin. Ceh... terpaksa la aku memakai lebih sedikit parfum Farenheitku kerana aku mandi pun ala kadar jer. Patutnye pagi Jumaat ni mandi sunat... lama ler sikit walaupun tak selama mandi wajib.
7:45am Aku melangkah keluar, berjalan secepat mungkin ke LRT. 50M dari bus stop di hadapan , tiba hari mulai gerimis. Tadi tak mendung pun so aku pun tak membawa payung. Aku berlari-lari anak. Hujan semakin lebat . Sebagian bajuku basah. Melekat di badan. Aku kecewa. Lina pun barangkali tentu sudah menaiki train. Hatiku sayu mengenangkan nasib yang dirundung malang pagi ini.Mataku hanya memerhati stesen LRT itu dengan sayu. Mau kuredah sahaja hujan ini. Biarkan aku basah kuyup asalkan aku dapat melihat kelibatnya. Memang benar kata pujangga... dunia ini ibarat roda. Nasib kita boleh bertukar ganti sekelip mata... Hatiku makin sayu...Tidak tahu lak berapa lama aku harus menunggu sebelum hujan berhenti....!!
8:00am Hujan masih lebat. Tiba-tiba Bas No37 itu berhenti di bus stop. Ku lihat beberapa orang turun dari bas. Mereka yang tidak berpayung terpaksa menjadi penunggu sepertiku. Akhir sekali kulihat Lina turun dari bas tersebut. Apakah dia juga akan menjadi penunggu sepertiku. Hati kembali tersenyum. Biarlah hujan ini turun sepanjang pun aku rela. Aku sanggup berdiri di Bus stop ini. Lina tersenyum melihat aku di Bus Stop itu. Ah..... kurasakan itu senyuman yang paling manis pernah kulihat seantero dunia. Ingin saja kurakamkan senyum itu dalam lukisan yang lebih indah dari Monalisa. Dan akan kunamakan lukisanku itu MonaLina. Tapi sayangnya aku tak pandai melukis.Tiba-tiba kurasakan seperti lengan bajuku ditarik. Aku tersedar dari lamunan. " Nak tumpang ke LRT ke tak?' tanya Lina sambil membuka payungnya yang agak kecil itu. " Nanti U basah" jawabku. " Nak ke tak ni?'" tanyanya lagi sambil memandang anak mataku. Aku bagaikan terpukau mengikuti sahaja. Lagi aku tidak sanggup menghampa ajakan seorang perempuan. Beberapa lelaki yang masih berteduh di situ tampak cemburu...
Kami berjalan perlahan-lahan. Kerana payung ini agak kecil sesekali sebahagian badanku berada diluar payung ketika mengelak air yang bertakung. Kemejaku yang hampir kering kembali basah. Sesekali Lina ketawa kecil melihat baju yang melekat ke badan. Aku mengangkat kening kehairanan. Dengan perlahan dia menjawab " U nampak sexy dengan baju yang basah & mata u yang kuyu mengantuk tu !'' Aku hanya boleh tersenyum dan terus tersenyum...
10:30am seperti biasa aku pergi membuat kopi power di pantry. Akak admin masih membuka kedai tudung bawal tu. Maklum la boss cuti seminggu. " Kak bagi saya Bawal putih 3 kilo " kataku menyakat akak tu. " Apala kau ni.... beli la satu dua helai tudung bawal ni bagi kat awek kau. Kak bagi harga spesial untuk kau. Ni design baru la. Bawal korea ni tau." kata akak tu. " Hang mana ada awek, dia tu gay kot ! " ada pulak yang menyampuk . Cis........ mulut laser sungguh. " Aku jantan sejati la kak. Kang aku bukak seluar ni. Baru korang tau".. kataku.... tercabar sungguh aku. " Hah..bukak..bukak.. kami nak tengok!' kata mereka ramai--ramai. Cis...... mentang-mentang la aku sorang jer lelaki kat floor ni. Berani mereka menyakat aku. " Takut akak pengsan jer... kalau aku buka ' kataku sambil berlalu ke bilik ku. Kalau aku lawan bercakap dengan dia orang mahunya masuk Tanjung Rambutan aku nanti. Tak kudengar apa yang mereka kutuk aku tu...
1:15 pm Aku tersengguk-sengguk mendengar khutbah jumaat tu. Khatib ni baca khutbah macam ambil ujian lisan SPM bahasa malaysia jer.. Aku dah la tak cukup tidur ni...
6:15 Aku menunggu senandung Sardin . Aku tak kesah menaiki LRT sardin ni. Semuanya seakan indah. Semuanya berseri...Ketika sampai di CM ..tidak kelihatan kelibat si Lina. Aduh hatiku menjadi sayu. Hingga akhirnya pintu tertutup...si Lina tidak kelihatan. Aku menjadi cemburu pada pasangan budak sekolah menengah yang berpegangan tangan mesra berdiri di hadapanku. Perjalanan train ini seakaan amat perlahan. Lebih perlahan dari kura-kura. Tiba-tiba petang mulai gerimis. Aku menjadi rindu pada kenangan yang berlalu.
6:30am ..Ringg.... deringan jam loceng megejutkan aku dari tidur dari mimpi indahku. Dengan malasnya dan mata yang hampir tertutup itu aku pun bangun lalu bersenam rimau seketika. Aku tidak pasti samada harimau yang bangun tidur itu pula akan mengamalkan senam orang untuk kesihatan kejantanannya. Kemudian aku ke bilik air dan hanya menjiruskan air ke badanku sekadar untuk menyegarkan badanku.
7:00am .. Aku telah siap sedia untuk untuk berjoging ke taman berhampiran LRT stesen. "wei?..Mat , ko period ker hari ni. Tak nak bangun semayang ni. Patut ler moody semacam jer semalam. Sharapova pun dah bangun practise main tennis la?!!" jeritku sambil mengetuk bilik si Mamat. " Aku nak bangun la ni!!" terdengar sahutan si Mamat dari biliknya. Lalu aku pun keluar berjalan perlahan-lahan ke arah taman tersebut. Ketika melintasi bus stop di hujung simpang, aku tersenyum sendirian. Nyonya yang berjalan sambil menggoyangkan tangan setelah pulang setelah bertai chi barangkali tersengih melihatku. Ceh?.. tengah teringatkan senyuman amoi yang menawan tu, rupa-rupa senyuman nyonya yang aku dapat. ? Morning auntie !? kataku kepada nyonya tersebut. Nyonya itu hanya mengangguk kepala sahaja. Betapa aku berharap agar hari Sabtu ini diisytiharkan sebagai hari bekerja supaya aku dapat bersamanya selalu. Kenapa la Malaysia ni banyak sangat cuti !! Banyak sangat cuti? tak produktif langsung!! Sikit-sikit je cuti? menang piala boleh isytihar cuti?..!! Hm?
8:00 am setelah penat berjoging beberapa pusingan taman tasik tersebut , aku pun keletihan lalu berjalan dengan lesunya menuju ke rumah. Ketika itu langit pun bocor mencurahkan hujan yang agak lebat juga. Aku berlari laju, barangkali selaju Ben Johnson walaupun aku bebas dari mengambil dadah anabolic steroid yang dilarang oleh ITF. Berlari sekuat hati menuju ke bus stop itu. Itulah satu-satunya tempat perteduhan yang selamat daripada kebasahan hujan ini. Hujan ini tidak menampakkan tanda-tanda akan berhenti. Aku SMS si mamat menyuruh ia datang membawa payung ke bus stop ini. Takkan aku nak nunggu sesorang ni sampai hujan berhenti. Seharian pun belum tentu hujan ini reda, dah la langit pun makin bertambah gelap gulita. 15 minit aku tertunggu-tunggu ?.ceh? tiada bayang si mamat ni langsung. Mesti tutup HP itu ataupun sambung membuta balik si mamat ni. Geram betul aku?
8:20am ..Bus no 37 berhenti di bus stop ini tapi aku tidak menghiraukannya. Aku bosan menanti hujan reda. Lagipun tak mungkin Lina berkerja hari ni. " Nak I temankan U, sampai hujan berhenti ? " tiba-tiba aku terdengar suara yang amat merdu bagaikan buluh perindu menegurku. " I nak U temankan I sehingga ke akhir hayat " jawab hatiku. " Eh? Lina bila sampai sini??"jawabku. Entah la kenapa tiba-tiba hujan yang melankolik ini tampak romantis.. "Teringat makwe kat kampung ke, sampai I turun bas pun tak sedar ni?" tanyanya dengan manja dan pura-pura merajuk. "U la satu-satunya makwe yang bertakhta di lubuk hati'getus hati kecilku walaupun mulutku terkunci untuk melontarkan kata-kata tersebut. " Eh tak la?unggu hujan berhenti ni. Tadi I pegi jogging.!" Jawabku. " U kerja?" tanya ku . " Yup? half day!" jawabnya pendek. Patut la hari ini pakaiannya agak casual dengan berseluar jeans dan t-shirt berwarna biru lembut yang menyerlahkan lagi kelembutan wajahnya. Dilepaskannya rambutnya yang lurus melepasi bahu?. Hmmm .. mataku tak lepas memandang wajahnya itu. Penuh kelembutan bagaikan sutera terpilih dari negara China. " Eh ..kenapa tengok I macam tu?" tiba-tiba ia bersuara menyedarkan aku dari lamunan. ' Eh? taklah? saja suka tengok wajah U..sentiasa ceria dan energetic!" kataku. ? Eleh?.!? Jawabnya tertunduk malu sambil menyiku tanganku. " Jangan tenung lama-lama. Nanti U ikut I balik! Makwe U marah nanti !' tambahnya lagi. " Jangankan ikut balik. Ke kemboja, ethiopa, ke himalaya, ke kutub utara pun I ikut " jerit hatiku tapi sayang seribu kali sayang ia tak dapat mendengarnya kerana mulut seakan terkunci rapat bagaikan terkena padlock SOLEX yang gah itu.
8:35am .. Si mamat datang membawa 2 payung ke bus stop ini. Cis?.. ingin kusumpah sahaja si mamat ni menjadi sumpah-sumpah. . Kenapa la kau datang bawa payung lak ni. Hari ini hari sabtu , hari cuti? kau kena dapatkan tidur yang cukup. Kau patut tidur sampai jam 12 tengahari. HP tu lain kali tutup sampai kau bangun!! Hampas betulkan kawan aku sorang ni?.!!!
" Hang, nah payung kau! Aku tak nak kau tumpang payung aku, nanti orang ingat kita gay !" kata si mamat. Tergelak si Lina mendengar kata-kata si mamat. " Amoi? U mau pergi LRT ka? Biar saya hantar? Ini orang u jangan percaya? itu buaya, nanti dia ngap sama U" kata si mamat. Cis??..mamat. Berani kau cuba mengayat Lina dan melecehkan aku ini?. Nasib baik Lina ada, kalau tidak habis kau kena belasah?..
'Saya tumpang Hang ke LRT. Lagi pun dia buaya julung-julung . Makan ikan jer?.!!" Jawab si Lina sambil tersenyum. Lalu dia memasuki payungku sambil menarik tanganku mengajak ku pergi. Melopong si mamat melihat aku berpayung dengan amoi yang cun lagi menawan. Barangkali ia tidak percaya bahawa aku telah berjumpa dengan perempuan idamanku yang telah berpuluh kali kuceritakan kepadanya. Baginya gadis idamanku itu hanya wujud dalam fantasi kerana gadis idaman itu terlalu sempurna untukku. Dan kini aku bagaikan berada di dalam fantasi dan aku tidak ingin keluar dari fantasi ini.
Aku lalu menghantarkan Lina ke LRT. Melihat kakinya melangkah satu persatu anak tangga ke platform keretapi tersebut. Aku berharap agar hujan rahmat ini terus mencurah sepanjang hari. Aku tidak ingin keluar dari cuaca yang mengasyikan ini. Aku ingin pulang ke rumah dan berbaring sambil menikmati hujan yang menitis di luar jendela kamarku. Membilang titisannya yang menyimpan seribu kenangan juga seribu senyuman.
Ah? hati ini menjadi semakin rindu. Amat rindu. Atau mungkin juga terlalu rindu ? rindu pada perempuan yang dijadikan dari tulang rusukku?aku .benar-benar rindu?..
Ahad- Hari minggu hujan sepanjang hari. Aku pun menjadi penunggu sepanjang hari.
Terbaring menikmati keindahan hujan yang menitis satu-persatu bagaikan mutiara yang berjatuhan?embayangkan rahsia alam yang tersembunyi. Si mamat tu tengahari dah belah meredahi hujan... mesti pergi dating hari ni. Tinggalkan aku sesorang kat umah? menunggu esok yang akan menjelma. ?
Hari ke8
6:00am aku sudah pun bangun dengan cerianya. Seceria mentari pagi yang belum timbul tu. Mungkin lebih ceria daripada rimau yang tengah bersenam. Ah..... Segarnya badan selepas bersenam rimau. Terasa sengal-sengal di badan hilang semuanya. Lalu aku ke bilik air mandi. Air yang dingin membeku ini terasa amat menyegarkan.. Lagi dingin la gi bagus? Teringat olehku artikel yang dihantar oleh Dr. Kud yang mengatakan merendam zakar ke dalam air sejuk amat sesuai untuk kesuburan. Tersenyum aku sendirian memikirkan perkara ini. Barangkali kalau mandi dalam ais tentu lagi subur..kot.!! Selepas mandi aku pun mengejutkan di mamat. Monyok jer muka dia pagi ni. Hm? mesti semalam bergaduh ngan gf ni. Takpun galfren dia majuk. Ala.. biasa la.. pompuan mesti majuk la? Kalau tak penah majuk tu Hmmmm tak yah jadik pompuan la.
7:00am...aku panik! .masalah negara. Perintah darurat perlu diisytiharkan. Siren kecemasan perlu dibunyi dengan kadar segera. AHHHHHHHHHHHHH !!!!!!!!!!!!!!!!!!
Kemejaku semuanya habis kupakai. Aku tidak sempat membasuhnya sejak kebelakang ni akibat hujan yang turun? semuanya sudah kupakai?. Takkan nak pegi keja pakai t-shirt kot. Hm... aku nak tipon jer akak admin tu kata aku nak ambil emergency leave. Tapi... keja banyak kat office tu.... Lagi pun aku nak tengok Lina...!. Sehari dah rasa setahun ni? Akhirnya aku nekad? terpaksa la jugak aku pakai baju batik tu pergi office. Uwa?.. pakai baju batik hari Isnin?!!! Si mamat tersenyum tengok aku pakai baju batik tu? ''wah Datuk pergi rasmi mesyuarat cawangan ker !!"" kata Mamat. Hampas ko mamat!.
7:45 aku ke LRT aku berharap aku tak terserempak ngan Lina. Aku berjalan laju..selaju-lajunya. Malah lebih laju dari perserta lumba kaki tu. Hm . Lega bila sampai di LRT , aku tak nampak Lina. Banyak mata memandangku. Cis?.. dia orang ni tak penah tengok orang pakai baju batik ker. "Wah? cantik U pagi ni!! Ada function ker" tiba-tiba kudengar suara si Lina menegurku. Aku menoleh dan tersenyum. " Hmm...'jawabku perlahan. 'U pakai baju batik , nampak lebih anggun la..' kata si Lina. Ah?. Lina kau memang pandai berkata-kata. Hati ini terasa sejuk. Dingin dan tenteram?.. Aku berasa bangga. Kalau macam ni tiap-tiap hari pakai baju batik aku sanggup. Nak pakai kain batik pun tak pa.
Lalu kami menaiki train . Ketika sampai di Stesen Kerinci, train sudah penuh. Sardin. Ketika pintu di buka, seorang aci yang berbadan agak besar masuk. Menghimpit ku. Aduh! train ini semerbak dengan haruman minyak bijan. Aci ni mesti nak pi sembahyang ni. Lina tersenyum melihatku yang terhimpit. Aku kesesakan nafas sambili sesekali menutup hidungku. Rambut aci terkena bajuku. Ah! mesti lepas ni baju aku bau minyak bijan..hmm?!!! Lina melihat aku yang tak senang duduk..dengan nafas yang kutahan. Bau minyak itu menyucuk hidungku. ' Kalau U pengsan, I CPR U" bisik Lina sambil berseloroh. "Kang I pengsan betul-betul , baru U tahu" balas aku balik. Lina memandangku sambil tersenyum. Ah!.manis pula senyuman kali ini?
9:00 am Masuk office. Semua mata memandang ku. Sah ..Hang buang tebiat! itu saja bisikan yang ku dengar. "Pakai baju batik, ok la>.. tapi ni...dia pakai minyak bijan. Kalau minyak attar tu ok la" tambah yang terlebih laser. Geramnya hati aku memikirkannya. Tapi semua akak-akak ni melayanku dengan baik seolah-seolah melayan rakan yang lama tak jumpa. Atau barangkali melayan rakan yang mereka rasa akan padam dalam sehari dua ni.....
1:00 tengahari.. kakak-kakak pakat intercom aku ,tanya aku nak makan apa. Memasing sibuk nak banjer aku. Cis.... memang dia orang kata aku nak padam ni. Aku menjadi sedih rasa tak lalu makan. So aku kata kat dia orang... aku tak kempunan nak makan apa-apa cuma.. aku kempunan nak hidup berumah tangga. Ramai yang terdiam & terkedu dan sedih mendengar kata-kataku tersebut. Puas hati aku!!
Originally posted by aina_shaira at 14-4-2007 06:42 PM
ni ada kena mengena ngan idup kau ke hang?
diari itu adalah rekaan semata-mata, tidak ada kena mengena dengan mana-mana porumer yang masih aktif atau tidak aktif. Jika ada persamaan nick itu hanya kebetulan. Segala kesulitan yang timbul amat dikesali.
6:00 am .. Kroh?..Kroh?.kroh? jam locengku berdering. Ceh?. Kenapa la jam loceng aku bunyi semacam jer. Nak kata tak cukup power? baru 2 minggu lepas aku tukar bateri Duracell yang tahan lama tu. Takkan aku nak kena cari bateri tok ali kot baru lagi power. Mesti aku dapat bateri tiruan ni. Dengan mata yang masih terpejam, aku pun mengetuk jam loceng tersebut. " aduh !" tiba-tiba jam locengku mengaduh. Lalu sambung berbunyi?. kroh?.kroh..kroh? Naik binggung aku memikirkannya sambil masih terpejam separa bermimpi. Lalu aku mengetuknya sekali lagi. Dengan lebih kuat lagi " Aduh ! " lebih kuat lagi jamku berbunyi. Cis.. lawan tokeh jam ni. Tak boleh jadik ni. Aku lalu membuka mataku. Terang benderang lak hari ni. Takkan pukul 6 pagi ni dah benderang. Lalu aku melihat Mamat yang tertidur di atas sofa dan aku yang terbaring di lantai di depan TV yang sudah tamat siaran. Kain pelikat terselak ke atas. Fuh... nasib baik la aku bangun dahulu dari si Mat. Kalau tak, tak pasal-pasal si mat tahu tentang kebesaran 'burungku' yang terlebih dahulu bangun dariku. Rupa-rupanya aku & si mat terlena di hadapan ruang tamu selepas keletihan membasuh baju yang berlambak malam tadi. Baju itu kami jemur di bawah kipas yang berpusing kuat. Patut le semalam sejuk nak mampus.
Aku lalu membetulkan kain pelekat yang aku pakai lalu ke bilik mengambil tuala lalu terus ke bilik air. Selepas mandi aku mengejutkan si Mat. Si Mat bangun menyumpah-nyumpah penggusti wanita WWF yang dikatanya menumbuknya di dalam mimpi. Sakit dada ditumbuk dua kali katanya. Aku hanya diam jer walaupun hatiku menyumpah di Mat kerana menyamakan ketukanku dengan tumbukan penggusti wanita WWF tu.. Kemudian aku memeriksa mana-mana bajuku yang kering. Alamak tiada yang kering?. Lalu aku mencari yang hampir kering, kelembapan dalam linkungan 20% ..barangkali. Lalu mulai mengironnya perlahan-lahan. Kemeja yang lembab itu menaikkan wap apabila terkena iron yang panas tu. Wah.. syok pulak tengok wap air yang naik tu. Membuat aku mengosok lebih lama dari biasa. Tak tersedar jam sudah menunjukkan pukul 7.15 pagi.
7:45 am Aku berjalan ke LRT station. Berjalan sambil tersenyum sendirian. Dari jauh kulihat bas No 37 menurunkan penumpang di Bus Stop. Dan dari jauh juga kulihat Lina turun dari bas tersebut. Alamak?exynya Lina memakai skirt pendek kira-kira 6 inci dari atas lutut menampakkan betisnya yang bagaikan bunting padi lagi gebu itu. Geramnya aku tengok?..!!! Seketika dia menoleh ke arahku. Maka dengan cepatnya anak mataku kualihkan melihat mukanya sambil tersenyum. Dia menunggu hingga aku sampai ke bus stop lalu kami jalan bersama menuju ke LRT station sambil sesekali anak mataku mencuri melihat betisnya. Dan Lina dapat menangkap pandanganku tersebut lalu menumbuk lenganku perlahan. "U tengok sekali lagi, I cabut mata U " katanya dengan manja. " I tengok kasut U la.?"Jawabku sambil tersenyum. Akhirnya kami sampai di kaunter tiket dan selepas itu menaiki Express Senandung Sardin tersebut. Di dalam train tersebut kami tidak ada berkata apa-apa kerana keadaan di dalam train yang padat tersebut. Hanya sesekali tersenyum atau Lina melirik manja. Aduh? lirikan yang membuat hati ini cair.. Lirikan yang tidak ada tolok bandingnya di seluruh buana?..
10:30am pergi pantry buat air tongkat ali power. "wei..?.sapa lak pulak minum kacip fatimah ni ?.!" Kataku setelah melihat ada paket kosong yang dibuang ke dalam bakul sampah. Akak admin yang buka kedai di mejanya tu dan akak yang lain tu diam membisu seribu bahasa. " Mesti dah tak power tu, baru nak minum ni !"kata aku lagi. " Weh?.. aku power lagi la.!! Anak dara pun kalah la?!! Aku minum tu sebab hubby aku paksa la ? tiba-tiba akak payroll mencelah setelah rasa tercabar dengan sindiranku. "Ha..?h la akak. Kalau saya tak kenal akak. Memang lama dah saya ngorat akak" kataku sambil berlalu . ?"Akak takde duit kecik ler nak kasi ko, " kata akak payroll yang kemalu-maluan dipuji tu. Alah pompuan?iase ler? kena puji sikit mesti kembang la?acam kerak nasi... kena air..kembang la.. bukan susah pun nak puji pompuan ni...
6:15 pm. Aku amat malas ingin menuju ke LRT. Lina memberitahu aku yang dia mungkin balik lewat petang tu. Tak pasti masa. Entah kenapa langkahku longlai, amat goyah untuk menaiki train yang datang. Aku hanya duduk di bangku platform Masjid Jamek sambil melihat karenah penumpang-penumpang train ini. 1001 macam gelagat boleh dilihat. Dunia ini penuh dengan warna. Penuh dengan dugaan. Akhirnya aku menuju menaiki train setelah sebuah train yang hampir kosong tiba. Dan aku duduk di seat yang kosong, dan berharap agar di CM nanti Lina akan tiba yang duduk di seat yang kosong di sebelahku. Sepanjang jalan ke CM itu lagi ? Sepanjang Jalan Kenangan? terngiang-ngiang di anak telingaku. Sungguh syahdu?
"Sepanjang jalan kenangan
Kita selalu bergandeng tangan
Sepanjang jalan kenangan
Kau peluk diriku mesra
Hujan yang rintik rintik
Di awal bulan itu
Menambah nikmatnya malam syahdu"
Lagu itu bagaikan terhenti tika train berhenti di stesen CM. Masa seakan berhenti berhenti bergerak. Semuanya seakan kaku. Sehinggalah sepasang kaki yang cantik melangkah ke dalam coach tersebut lalu duduk di sebelahku. Bagai sebuah film... dunia kembali ke asal. Train pun bergerak dengan lajunya.....
2:00 am Mata ini terasa enggan terpejam. Sesekali mulut ini mengunyah keropok. Hm.... sedap gak makan keropok pepagi buta ni sambil minum air 100 plus. Apasal la game bola UEFA Champion League ini tak start awal sikit. Dah tu sampai 4 game lak nak siarkan secara langsung pagi ni. Apala tokey tv stesen tv ni.. macam sabotaj siaran memasing jer. Game obersea team boleh siar secara live...game malaysia tak nak tunjuk lak. Patut la ranking msia asyik jatuh merudum jer... Tak patriotik langsung !! Barangkali slogan merdeka tv-tv ni " Keranamu Wang" kot....
2:45am Game start. Mataku mulai layu dan kuyu. Aku tersengguk-sengguk di depan ruang tamu menonton tv sambil terbaring di atas lantai yang telah kulapik dengan hamparan toto yang dibeli semasa pegi Padang Besar tempoh hari.Sesekali mata ku terpejam. Pejam celik...pejam celik mengalahkan ayam yang tidur-tidur ayam. Hingga barangkali akhirnya aku terlena. Dibuai mimpi.....
6:50am " wei...Materazi bangun la..!! Takkan kena tanduk sikit ngan Zidane terus tergolek !!" kata si Mat mengejutkan aku dari tidur. Cis.. Hampas si Mat ni dalam banyak-banyak player yang hensem tu Materazzi dia panggil aku..!! Dengan mata yang masih merah dan mengantuk aku lalu terus menuju ke bilik air. Lalu terus aku mandi. Setelah selesai... baru kusedar yang aku tidak mengambil tuala ku di dalam bilik. Cis....mangkuk ayun betul la...!! Aku menjerit-jerit memanggil si Mat. Cis ..malangnya jeritku tak didengar oleh si Mat yang telah memasang lagu rock dengan kuat di biliknya. Bagaikan seorang spy yang terer lagi hensem dan mempunyai ramai peminat pompuan yang sexy..aku membuka pintu bilik air perlahan-lahan. Pandang kiri-pandang kanan lalu berlari sepantas kilat ke bilikku. Aku lalu lap badanku di dalam bilikku. Setelah siap, aku keluar ke ruang tamu dan kelihatan langsir ruang tamu tidak ditutup. Aduh..... barangkali anak dara makcik sebelah yang berjalan pergi sekolah atau nyonya yang pergi berjoging telah menikmati larian bogel 100M ku tadi. What a way to start a new day!!!
7:45am Aku menuju ke LRT. Berjalan perlahan-lahan mengharapkan kedatangan bas no 37 membawa sinar harapan. Sinar keceriaan yang terang cemerlang. Ah... hati ni hampa! Sia-sia!! Tiada kelihatan olehku bas no 37 sehingga aku sampai di stesen LRT. Dengan malasnya aku membeli tiket lalu menuju ke platform train. Di atas platform kelihatan sebutir bintang bersinar dengan cemerlangnya menyinari paltform ini. Kenapa la..bas no 37 tu datang awal hari ini!!! Menyusahkan aku jer..!!
Memang benar kata pepatah Russia - Mentari membakar bumi tapi cinta membakar jiwa!! Bahkan pagi ini tubuh dan jiwaku terbakar oleh kehangatan keduanya. Lina memandangku kehairanan, barangkali melihat mataku yang masih merah lagi mengantuk. Ia mengangkat alis keningnya seolah-olah meminta kepastian tentangnya. Wah....... concern juga amoi sorang ni kat aku. Hatiku mulai tertawa lagi tersenyum!! Mentari pun turut tersenyum bahkan kukira seluruh buana ini pun tersenyum. Sekuntum senyuman yang terindah... seyuman yang memusnahkan seribu gundah. Senyum yang membuatkan gurun yang kontang menjadi subur menghijau dipenuhi rimbunan cinta mungkin juga asmara...!!
6:45 pm Mungkin juga sudah suratan ketika train berhenti di CM, Lina juga menaiki train yang sama denganku. Bahkan berdiri di sebelahku. " Mengantuk lagi?" tanyanya manja. Aku hanya menangguk perlahan sambil merenung wajahnya. Kulihat matanya berkaca. Terlalu indah untuk digambarkan bagaikan intan terpilih yang mengeluarkan cahaya. Menyinari jiwa. " Lain kali tak payah la tunggu game tu sampai ke pagi !" katanya perlahan tapi penuh makna. Aku hanya mampu mengangguk perlahan!! Apakah amoi sorang ni turut merasakan apa yang kurasa? Apakah ia juga telah mulai jatuh cinta? Ah.... sukar untuk mengagaknya....!! Hati pompuan siapa la tahu.....!!!
11:00 pm Ah... rindu menjelma saat ini. Ketika aku merasa terlalu dekat dengan si dia. Aku menjadi terlalu mendambakan kehadiran si dia mungkin juga lebih dari itu. Rasa rindu dan kejauhan ini membuatkan aku terasa amat kecil di dalam alam ciptaan Ilahi ini. Tiba-tiba mataku terbayang setiap pergerakannya yang sempat dirakamkan oleh fikiranku. Rakaman yang tak hilang ditelan dek panas dan tak lekang dek hujan. Rakaman terbaik yang menggambarkan seluruh tingkah dan lakunya. Senyumnya yang bisa membuatkan aliran nadiku bergerak sepantas cahaya. Suaranya yang menggetarkan kalbuku. Jelingan manjanya yang meleburkan jantungku. Kelembutan hatinya yang memberikan sejuta ketenangan. Ah..!! Aku menjadi amat rindu pada diary hari ini yang beredar pantas.. Ah terlalu rindu pada amoi sorang tu... Amat rindu sekali!
7:45 am Hari ni aku akan menyapanya dalam bahasa mandarin seperti yang diajarkan oleh si Lily amoi PA bossku tu. Setiap kali jumpa Lily mesti aku kena ucapkan kata-kata itu :" Ni hao piao liang". Itulah yang diajarkan oleh Lily sebagai ucapan bertanya khabar kepada amoi-amoi yang lum kawin. Kalau kat ahso tu ucap je " Ni hao ma? ".Setiap kali jumpa si Lily, aku ucapkan "Ni hao piao Liang" dan dia akan senyum sampai ke telinga. Heran juga aku, takkan tanya khabar jer pun leh tersenyum camtu!!
Dari jauh kulihat bas no 37 menurunkan penumpang di bas stop di hujung simpang. Seakan menyedari kedatanganku, Lina sengaja melambat-lambatkan langkahnya, manakala aku pula berjalan pantas mengejarnya. Ketika mendekatinya aku pun berkata " Ni hao piao liang!' Kulihat ia tertunduk kemalu-maluan. Pipinya bertukar menjadi merah. Bibirnya pun tersenyum sampai ke telingan sama seprti si Lily. Ah..... membuatkan aku menjadi lebih heran. Aku benar-benar hairan. Sepanjang perjalanan di dalam train kulihat ia sentiasa tersenyum dan jika sesekali mata kami bertentangan, pipinya menjadi kemerahan dan ia mengalihkan pandangannya ke arah lain....
10:30am Aku seperti biasa pergi ke pantry membancuh kopi tongkat ali yang gah seantero dunia itu. Akak admin tetap membuka kedai seperti biasa pada masa ini. Cuma kali ini kulihat dia membawa brooch... design baru sempena hari raya. Sabah mari!!! Siap ngan mutiara lagi. Akak admin ni kalau buka kedai memang aku respek la.., tukang jual ubat kuat pun kalah!! Kalau akak ni yang jual ubat kuat kak masjid India tu, pasti tukang ubat lain gulung tikar.. tak leh cari makan!! Kejap jer semua brooch yang dia bawa hari ni dah abis dijual. Aku pun tak sempat nak tengok. " wei... akak aku punya brooch yang aku tempah tu mana?' saja kataku menyakat. " kau tu mana ade awek. Jumpa awek pun takut. Nak beli brooch ni buat apa!' katanya sambil menyindirku.
"Hang nak bagi kat saya la kak!" tiba-tiba kudengar si Lily ini menyampuk. Ceh... bila masa amoi ni masuk pantry pun aku tak perasan. " Kau ni Lily, berlambak balak hensem & kaya kat luar tu, Hang juga yang kau nak !" sampuk akak payroll lak sambil berseloroh. " Hang tiap hari minum tongkat Ali ! Tentu power !! " balas si Lily. Amboi......amboi dia orang ni macam pakatan US-Israel jer nak kenakan aku. Mentang-mentang la aku sorang jer jantan yang hensem lagi macho kat floor ni.... hm.... patut la Terhangat Di Pasaran.!!
12:30 tengahari. Lily mengajakku menemaninya lunch dekat CM setelah akak-akak lain tu semua menolak ajakannya kerana berat bontot barangkali. Nak jalan kat CM sikit tu pun malas... patut le badan sorang-sorang makin naik lemak. Setelah order dan mengambil makanan kami menuju ke meja yang kosong di Food court tingkat 1 di CM. Aku memesan Teppan mee manakala si Lily memesan Hokkien mee. Selepas menikmati juadah kami, kami pun beredar. Semasa beredar, si Lily menarik tanganku perlahan, lalu berbisik ke telingaku.
" Amoi selang 2 meja tu asyik pandang u jer...!" Hampir saja bibirnya tercium telingaku. Aku lalu menoleh perlahan-lahan ke arah meja tersebut sambil beredar. Kulihat di meja itu si Lina keseorangan, memandangku dengan pandangan yang tajam dan sayu... Ketika itu juga Lily pula semakin manja berjalan denganku bagaikan sepasang kekasih lagaknya . Argh ..........................!!!!!!!
6:15pm. Stesen LRT ini meletup. Train meletup bagaikan world trade centre yang hancur. Dunia telah hancur! Musnah !! Punah !!! Lina tidak kelihatan ketika trainku berhenti di CM.
11:00pm. Jika cinta ini adalah sebuah permainan bolasepak, akulah pemainnya yang telah dibuang padang. Andainya cinta ini adalah sebuah film, akulah pelakonnya yang gagal screen test. Kalau cinta ini adalah ombak, akulah yang telah kehilangan pantainya. Kalau cinta ini adalah sebuah belantara yang luas menghijau, akulah pepohonnya yang tumbang dilanda ribut maha dahsyat.
Andai cinta ini adalah seorang perawan, maka barangkali akulah yang telah hilang keperawanannya!!
Originally posted by intan_mahsuri at 24-4-2007 09:59 AM
Hang....
tgh bercinta kerrrr?
hanya oang yang betul2 sedang bercinta boleh turunkan cerita seumpama ini....
Besttt...!!! Im sker baca.....!!!
Sambung lagik ekkkk....
Sampai kawen tauuu!!!...
IM..
cerita ini adalah rekaan semata-mata. Jika terdapat persamaan dengan mana-mana porumer yang sedang bercinta, telah bercinta atau akan bercinta, itu hanya kebetulan sahaja. Segala kesulitan yang timbul dari membaca diari ini amat dikesali....
1:00 - 4:00 am Akulah pengembara bosan dari hitungan perjalanan panjang mencari sikembang Cina. Kini telah kupulangg ke pangkuan resah dan gugusan rindu-rindunya mengharapkan sekuntum bakawali muncul di tengah kolam tika purnama berseri cahayanya di kedewasaan malam. Maka akan adalah si putera pungguk yang sibuk memuja, merayu si puteri yang angguh tergantung di atas langit.
Lantas silir terhenti membiarkan detak frekuensi jantung melaju. Terhidu keharuman malam yang menusuk. Ah ...!! Hantu apakah yang berpeleseran dinihari hingga tersirap aliran darahku. Membiarkan bulu romaku meremang dan peluh jantan menitis dingin. Apakah ???? Si Kembang Cina telah mekar hilang ditiup angin melayang jauh dari penjuru mataku, menebarkan harum semerbaknya mencumbui kasturi.
Tidak ada !!! Hanya sisanya parfum Farenheit yang masih melekat di tubuhku!!
ARgh !!!!! Lalu aku terjaga dari mimpi yang aneh ini. Amat pelik.. bahkan lebih misteri daripada misteri nusantara. Tidak ada satupun yang aku fahami. Fikiranku kacau. Resah ! Gelisah ! Gundah ! Ahh..........segalanya !!!
Dunia ini bagaikan seekor raksasa besar yang menelan diriku. Kucuba memejamkan mataku. Kupaksa juga hingga akhirnya aku terlelap bersama kejauhan hati....
7:45am Kata pepatah perancis Tiada yang lebih indah selain kebenaran. Maka pagi ini aku nekad untuk meluahkan segala rasa hati yang tersimpan di lubuk rahsia sanubariku. Agar terungkai segala kekusutan yang timbul dari rasa syak wasangka yang membelenggu perhubungan yang akrab ini.
Dari jauh aku melihat bas no 37, menurunkan penumpang di hujung simpang. Aku mempercepatkan langkahku. Ah.... kulihat, Lina berjalan pantas tanpa menoleh ke arahku. Hati ini terhiris bagaikan tertusuk sembilu. Aku cuba mengejarnya. Makin pantas pula ia melangkah. Seketika ia membeli tiket, aku masih beratur. Ia tidak menoleh langsung ke arahku. Ketika aku sampai di platfom... ia sudah tiada..... Dia sudah pergi membawa bersama cinta yang jauh meneroka hutan batu... Jiwaku seakan tidak bermaya.... kosong dan lesu..
9:00am Akak-akak office, pepagi ini sudah membuat ketupat tentangku. Bergossip tentang amoi cun di CM yang suka kat aku. Mesti si Lily yang membawa cerita ni. Ah... aku masih lesu mengenangkannya. " Hai ada amoi cun kat CM usha pun dah tak bermaya.Ko ni memang lemah semangat ngan pompuan la Hang !" tak kupedulikan siapa yang menyindirku . Ah.....!! tidakkah mereka tahu yang amoi sorang tu telah menjauhkan diri dariku. Tidakkah mereka tahu ! Tidakkah mereka tahu !! Ahhh.... perempuan , apalah yang mereka tahu tentang hati dan perasaan seorang lelaki !!
12:00 am Aku paksa Lily lunch kat CM. Aku belanja. Mataku liar mencari Lina di medan selera tersebut. Hampa. Akhirnya aku dan Lily berpisah di hadapan pintu masuk CM, kerana aku hendak ke Masjid Negara. Lily ini melepaskan aku ke Masjid Negara, macam sepasang kekasih yang hendak berpisah lama.
1:15 pm Ah.... khutbah hari ni membicarakan tentang soal kawin. Keluarga bahagia... membuatkan hati ini makin pilu....
2:30 pm Masuk office. Lily datang ke mejaku dan bercerita. Amoi semalam di food court berada tidak jauh dari pintu masuk CM ketika aku dan Lily berpisah.Amoi itu bagaikan terhenti berjalan dan memandangku dan Lily berpisah dan terus memandang sehingga aku pergi melintasi jambatan menuju ke Dayabumi... Itulah cerita si Lily. Menambahkan racun ke dalam hatiku yang telah tertusuk sembilu.
6:15pm Aku berjalan dari Masjid Jamek ke stesen CM. Kemudian aku terus menunggu dan menunggu di bangku platfom menanti kehadirannya di Stesen CM ini. Yang hadir hanya sebuah perasaan yang hampa. Jiwa yang kosong dan sebuah ruang yang tak bererti. Tak kusedari sudah hampir sejam aku menjadi penunggu yang setia. Hatiku mengeluh sayu. Letih menanti dan menanti.... Lalu aku pun menuruti masa yang beredar.. berlalu bersama keretapi sepi itu membawa kupulang...