CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 11035|Reply: 52

Aku dan Kenangan...

 Close [Copy link]
zacky This user has been deleted
Post time 11-4-2007 01:22 PM | Show all posts |Read mode
Cinta Kenangan Silam

Setiap orang punyai kenangan dan impian masing-masing.
Begitu juga aku, aku punyai kenangan dan impian sendiri.
Aku pernah kenal seorang budak pompuan masa aku darjah 3 masa tu,
maybe masa tue aku tak kenal lagi erti cinta tapi masa tue aku dah faham erti pertemuan dan perpisahan masa tue.
Dia baru pindah dan rumah dia tak jauh dari rumah aku.
So, baru pindah dia takde kawan, aku pulak masa tue takde kawan perempuan yang betul-betul rapat sebagai kawan ler.
Aku masa tue balik dari sekolah lalui kot umah dia, masa tue ler seingat aku, aku cakap hai kat dia,
dia lak membalas panggilan aku smbil senyum manis.hehehe.. act sebelum aku ckp hai dh byk kali tembung dengan dia,
tp sebab malu aku just senyum2 jer, dia pun bls senyum, ntah kenapa hari tue aku jd berani nak bersuara..
So bermula ler aku kawan dengan dia.
Biasa ler masa zaman budak-budak, main jer, ingat nak enjoy jer.
Tiap-tiap petang aku main dengan dia, aku ajak dia main dengan kawan-kawan aku yang satu kampung dengan aku.
Biasa aku main dengan hujung minggu, xpun ms cuti ler, sebab aku sek ptg,dia lak sek pg.
biasanya aku pegi umah dia ajak main. Mak ayah dia masa tue okay jer. Dia lak pakai tudung kalu kuar umah pakai tudung.
famili dia dah mendidik dia dengan cara tue. aku tak kisah pun.
kitorang main kejar-kejar,main bola selipar,hide and seek,bola lisut ler,galah panjang,main kawin2 ada kot(aku lupa lak)
dn macam2 lg ler. ada sekali tue, aku baling bola kena muka dia, dia nangis dan dia nak cakap nak mengadu kat abah dia.
Aku dah mula takut, ayah dia nampak garang sangat.
Aku pujuk dia supaya jangan bgtau, aku dah rasa takut dgn ugutan dia. Tapi last-last dia tak bgtau,
nasib baik adik dia tolong pujuk dia gak.
Actually, dia sekolah tak sama dengan aku,
banyak sangat kenangan aku dengan dia.. pernah juga ayah dia marah aku sebab sering datang umah dia, ajak dia main.
Aku paham ayah dia memang tak suka anak dia kawan dengan lelaki.
Tapi aku just nak main jer dengan dia.kawan-kawan pun dah ejek kami nie seperti  pasangan kekasih,hehehe..
masa tue budak-budak, fikiran pun tak matang lg, so org ckp buat tak paham jer.
Tapi aku tak suka gak kawan-kawan aku cakap mcm tue kat aku. aku masa tu tak tau cinta2 tue.
Pasal aku kawan dengan dia, aku dah tak join abang-abang aku main bola sepak petang2,
abang aku marah juga kat aku sebab aku asyik main dengan dia jer.
Tapi tak kisah ler, aku suka main dengan dia, memang kawan2 laki aku jealous kat aku.
Gaduh, pernah jugak gaduh dengan dia. Ingat lagi, kat umah dia ada pokok jambu.
Masa tengah main atas pokok jambu tue, pokok jambu tue rendah dan rendang.
So dia pun boleh panjat. Kita main-main atas pokok tue sambil makan buah jambu. Entah macam mana, dia terjatuh.
Aku tengok dia terjatuh, aku gelak kuat-kuat, dia menangis maybe sebab aku gelak kat dia,
so, lepas tue dia terus masuk umah, lama jugak dia tak nak main dengan aku.
Aku masa tue rasa bersalah sebab aku bukan nak tolong dia, aku gelak lak kat dia.
Menyesal rasa buat dia macam tue. Tapi dia merajuk takde ler lama sangat.
Kekadang dia takde kat umah petang2, aku sanggup tunggu dia sebab nak main dengan dia.
duduk atas kerusi bawah umah dia. tapi dia tak balik2 smpi malam.tak main ler aku ari tue.
rasa mcm ada mende yang kurang kalu dia takder.
ingat masa awal2 aku kenal dia, aku bertukar dua batang pensil dengan dia. dia bagi kat aku dua, aku bg kat dia dua. tukar-tukar. aku ingat aku ikat dengan getah dan balut dengan kotak rokok. semua tinggal kenangan. Masa ari
raya, aku tukar2 kad raya dengan dia, puas aku reka ayat nak bagi kad raya, aku buat dua kad raya, yang first tue aku tak bagi sebab salah tulis.. dan kad tue aku masih simpan,
memang kalu nak compared dengan kad raya skang, kad tue tak mahal.
tapi bagi aku nilainya tinggi, tulisan aku hudoh jer.. siap aku garis dengan pembaris supaya nampak lurus. tapi aku tak bg yg tue.. dua tahun aku rasa aku sempat bermain dengan dia. tapi setiap pertemuan ada perpisahan..
ms darjah 4, dia pergi tanpa meninggalkan apa2 berita kat aku,
dan aku sedih sgt sebab dia tak cakap pun nak pergi.
last aku tau dia pindah ke kampung tak jauh dr umah aku,
aku cuba gak cari tapi sampai ler skang, aku tak jupe dia.
aku tak pasti kenapa dia pindah, takkan kerana ayah dia tak suka aku kawan dengan dia.
tapi kalu aku jupe dia pun maybe dia tak kenal aku lg,
dia maybe pakai tudung labuh dan mesti jadi ustazah, itulah yg sentiasa terbayang dalam ingatan aku..
dan biarlah kenangan ini terkubur dalam sepi. antara aku dan dia.. Intan Nur Nabila..ingat lagi nama dia..
segar lagi diingatan seolah-olah dia baru pergi meninggalkan aku..
Actually, lps jer dia pergi, aku tak seperti dulu lg.. petang2 aku dah jd agresif, main bola sepak petang2.
masa tue darjah 5.. kekadang tue hari cuti, dari pagi sampai ptg main bola.. panas tue mmg ler, then lepas main bola, terjun sungai tgh2 panas mmg bestle mandi sungai, then main polis2, pusing hampir 3 kampung nak cari member,
tp ms tue naik basikal ler.
kalu ler dia tak tinggalkan aku masa tue, maybe kehidupan aku x berubah skang.maybe aku jarang main bola,
pastu maybe kulit aku x segelap mcm sekarang nie..
Aku mmg agresif giler lepas dia tinggalkan aku, aku macam dh jadi org lain.
Ada sekali tue aku tumbuk hidung kawan aku kat sekolah pasal bengang sangat dia, sampai berdarah hidung budak tue.
Cikgu marah-marah aku, kecik2 dah nak jadi gangster..

Setiap Pesahabatan Punyai Tarikh Luput

just intro..
Actually, aku agresif hanya sementara waktu jer.. selepas aku menerima jiran baru dalam hidup aku.. tapi jiran baru nie lelaki, so pengembaraan aku dengan dia tak pernah berakhir... jauh aku berjalan dari umah aku, sejak kenal jiran baru aku nie,
minat aku pun dah berubah..semuanya bermula masa darjah 6..aku kenal 2 org.. sorg sebaya aku, sorng lg muda 2 thn.
nk kwn siap bg surat tue..then trs jd kwn..mak ayah dia cikgu so kehidupan dia x agresif sgt..nama yg sebaya aku zif dan
adik dia seraf..tue panggilan manja ler..bukan nama panjang dia.byk ler krisis2 dn halangan ms aku kwn dengan dia. aku
x bergaul sgt dengan budak2 kampung aku sejak aku kenal dia..so bermulalah mcm2 halangan yang berlaku antara aku
dengan kwn2 sekampung aku yg jeles aku kwn dengan anak cikgu nie.. nnt aku sambung balik k..

[ Last edited by  zacky at 11-4-2007 01:25 PM ]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-4-2007 08:13 PM | Show all posts
not bad....aku pun teringat pulak kisah ak mase kecik2 dulu...aku ni buas jugak orgnya...tp kuat nangis beb...suke bergaduh...bertumbuk...tp bile kene bab2 perasaan aku nangis r.bukan sikit2 lebih2 punya...aku slalu duduk dgn org mamat ni dlm kelas......pian nama die...hsem gak budaknya...berkulit cerah...klu kene panas merah je muka die...n die ni atlit sekolah...satu rumah sukan dgn aku....ramai gak kwn2 aku minat kat die...tp aku....uhhhh........sory....die ni ganasz....suyke bergaduh ngn aku...pantang aku buat salah sikit...mesti kene belasah punye....aku tension kenapa aku selalu kene duduk tepi die....3 thn lagi tu....dr darjah 4 smp darjah 6....
aku dpt result elok mase upsr....dpt r masuk sbp...die dpt 3 A je so die masuk sekolah yg dekat2 dgn umah ktorg....aku masih bercontact ngn die...tp die tak sekasar dulu....hmmm....then....alih2 mase form 3...die ckp ngn aku die suke kat aku dr darjah 4 lagi....die smpn 6 thn br die berani bgtau aku....adoi.....saitnye jiwa aku mase tu...
lebih menyedihkan...aku tak dpt terima de...smp skrg.....lps aku tolak die....die tggu aku smp first year kat u...mase tu die bt form 6..die kt die tak layak utk aku pulak...
aku pun tak rau nape aku takboleh terima die....skrg die dh ade org lain...aku tumpang bahagia...persaabatn ktorg dh menjangkau 13 thnn....tu r kenangan aku...sory interfere pulak kisah ko ni...
Reply

Use magic Report

zacky This user has been deleted
 Author| Post time 13-4-2007 10:51 AM | Show all posts
oo..bgs gak citer ko nie.aku pn ada gak kwn sekampung nama pian..ayah dia kwn dengan jiran aku.dia lahir kt perak..okler jugak kwn dengan dia, ms dulu gie sek dengan dia.jln kaki sama2.tp dia suka gak buli aku, kelas aku dengan dia mmg x sma.main bola sam2 dengan dia.tp lepas aku masuk sek men,jarang jupe dia. aku sek pg ms tue.. pastu form 3, dia pun pg..pun jarang jupe sbb dh lama x ckp pun.. pastu aku masuk u..lg2 ler jarang2 jupe, aku balik kg sekali2 gie umah dia..ajak makn mi sup, kekadang borak pasal kenangan silam..aku xde girl yg baik sgt dengan lepas girl tue pindah.kwn2 biasa jer..ms kecil ler.ms dah besar nie lain citer.. mcm2 pompuan ada.dan mcm2 kisah.. seribu cerita seribu kenangan ada..
Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2007 11:20 AM | Show all posts
ni citer ke apa...kalo nk kata kenangan...aku ada byk..bleh tak aku menyelit kat sini?

aku ada cinta monyet zaman sekolah dulu. nama budak lelaki ni hafiz tapi kitorg panggil dia DK...means DURIAN KILLER as rambut dia mencacak macam durian!

dia asst. monitor, aku plak class monitor...kami satu skolah dari darjah
3 sampailah form 3! masa tu pun bebudak dah pandai gossip kata DK sayang akulah...DK suka akulah... tp aku dgn dia ok aje.

nk dijadikan cerita bila masuk sekolah menengah, bila dah besar...aku mula malu kene gossip dgn DK, sbb dia ensem sgt. aku mula tak bercakap dengan dia...pulak tu classmates yg baru plak ramai yg syok kat DK so aku pun asingkan diri dari dia. Bayangkan since form 1 kami x bercakap. FYI, aku dan DK duduk bersebelahan dalam kelas...tiap kali tukar kelas, DK akan cari tempat duduk dekat dgn aku. kalau ke lab atau ke mana sekalipun dia akan cr tmpt yg dkt dgn aku.

bila dah masuk form 3, DK mula bertanya...kenapa aku larikan diri dari dia tp aku tak pernah jawab. sampailah dah nak exam...dia masih menuntut jawapan dari aku...
"zura kena awak lari dari saya? apa salah saya awak tak tegur saya? kalau saya ada buat salah kat zura, saya mintak maaf..." kata DK sebelum kami masuk exam hall.

aku pun tatau apsal aku jauhkan diri dari dia. tp masa amik result exam..aku tegur dia dan ucapkan tahniah. kami pernah kuar dating lepas tu... tp aku anggap dia sekadar kawan, bila masuk form 4...aku bawak diri pergi SMT...takmo dibayangi DK lagi. tapi yg bestnya...tiap hari kami akan menjeling dan bertukar pandang, senyum dan senyum dan senyum....

smpi skang...DK masih lagi telefon aku dan kami berkawan baik. seringkali dia ajak aku keluar...tp aku terpaksa menolak, kerana DK sudah punya anak!!!!
Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2007 12:17 PM | Show all posts

kenangan cinta monyet aku...ehehe

sambung sikit lagi...


masa aku di SMT, berdekatan dgn skola aku ada sebuah restoran open air, mmg terkenal la kat situ. yg dtg sumer pakai kot n tali leher. aku suka lepak kat situ eventho cuma minum ABC jek... budak skola..mana ada duit nk makan besor...hehhe

selalunya lepas abis kelas n praktikal aku dan kengkawan join cikgu2 lepak kat situ. pastu ada sorg pekerja kat situ, nama dia eddie...eddie ni ensem tp mata dia cacat sebelah. org sumer takmo layan dia...kecuali aku. aku layan dia sbb aku takmo dia rasa rendah diri dgn kekurangan diri dia.

sbb aku baik dgn eddie, eddie selalu belanja aku makan free kat situ dan melalui eddie gak...kengkawan aku pun join sama makan kenduri. kira aku baik gilerrrrrr la dgn eddie ni.

lelama lepas tu eddie mula meluahkan perasaan dia pada aku... kes yg sama mcm DK, aku pun lari gak dari eddie ni. mungkin aku belum bersedia utk bercinta coz aku masih sekolah tambahan lagi aku ni kene control dgn abg2 aku...so aku mmg x berani nk buat keje giler ni.

bila aku naik form 5, sumer kawan pompuan aku ada BF, aku sorg jek xde... tp dalam diam, ada sorg budak lelaki yg dah berjaya ketuk pintu hati aku, nama dia IS... ntah kenapa aku bleh terima dia...aku pun tatau...

tiap hari bila aku kena ronda kat bangunan kelas dia, dia akan tunggu aku kat tangga. dia akan escort aku meronda kawasan sekolah. bila balik dorm, nnt kita pakat2 cakap kat tingkap coz asrama aku belakang surau. pastu...kitorg mula tulis nama masing2 dlm karangan BM...hehehe kantul la plak dgn cikgu BM (terlupa plak cikgu BM sama!)

"zura...is mana ni yg awak tulis dalam karangan ni? sy mcm kenal aje..." kata puan Faty yg ajor aku BM. Lepas tu aku kena kaunseling dgn cikgu faty...dia tak kasi aku kawan dgn IS tu...dia kata Is tu budak tkde masa depan...  tp skang kalo cikgu faty tahu..IS tu engineer...tentu dia kasi aku kawan dgn IS... (tp aku sempatlah kapel dgn IS ni masa kat SMT...cikgu jgn marah arr...)

bila aku masuk kolej plak...aku kenal sorg lagi lelaki yg begitu dominan dlm hidup aku...cerita selanjutnya...sila baca ARdJ n TDTM
Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2007 03:18 PM | Show all posts
sorng lg kimmy dh kuar, hehehee    truskan mnulis smbungan cter 'aku dan knangan' ko ni zacky.nice story.juliet suka jg cter knangan2 silam ni, xpcialy zaman knak2 ni...klakar!!
naz, aku tnggu smbngan ARDJ ko 2!
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 13-4-2007 07:26 PM | Show all posts
Originally posted by kupay at 12-4-2007 08:13 PM
not bad....aku pun teringat pulak kisah ak mase kecik2 dulu...aku ni buas jugak orgnya...tp kuat nangis beb...suke bergaduh...bertumbuk...tp bile kene bab2 perasaan aku nangis r.bukan sikit2 lebi ...



aku pun nak sambung lagi r....hmm...kesian pian...aku tolak die...sebab aku syok kat kawan baik die...nama isma...aku suke isma mayb sbb isma macho kot n tak suke marah2 n kasar macam pian...tp...isma pulak taknak kat aku....padan muke aku...
lps pian kecewa dgn aku...die ade cple dgn org lain...tp sume mempermainkan die....n gurlfren2 yg die cari...lebih kurang mcm aku...aku tak tau...tp kwn2 aku dpt agak yg pian suke kat aku pdhal yg tau hal tu aku n die je sbb ciri2 ex gf die...lebih kurang aku je....aku rase seram sejuk time tu.
aku tak dpt nak terima die....
dlm hidup aku ni byk lelaki yg datang n pergi sesuka hati....dh 2 kali aku frust teruk...sekali my first luv n second...my second luv...kdg2 aku rase...ni ke balasan aku sbb tlak cinta pian yg terlalu setia n sygkan aku?tp aku tak pernah mempermainkan die...mgkn keadaan yg menyebabkan aku n pian tak bersama...
mase aku 3rd year...aku n pian dh jd kwn baik...die mntk maaf atas ape yg berlaku dulu...n aku bgtau die pasal ex aku...mase tu bf aku la...pian bk bg nasihat kat aku mase tu...dr aku n hang...kami bertukar pggl nama aku n along(pian)...tp mase ak break...aku tak bgtau pian lgsg...aku tak nak kcu hdp die yg agak bahagia skrg....22 org perepuan yg pernah kecewakan die...yg first sekali adalah aku...n die kt die takkan lupekan aku smp bile2...aku tau die sgt setia...die penah bgtau aku dulu die nak masuk navy...nak bwk diri....sbb die kt..takde sape yg nak dgn die mase tu...rase bersalahnya aku....family die sume dh tau pasal aku...malu giler aku rase...smp nenek2 die pun tau...yg die suke kat aku...masyaALLAH...
ni sume cite thn2 lepas...skrg aku dh tak cntct dgn pian...sbb skrg aku bz giler dgn final year...mmg aku nak membzkan diri utk melupekan ex aku....buat ex aku....ketahuilah...yg aku sgt2 sygkan die....even ape yg die bt kat aku sgt menyakitkan...luka di hati aku ni masih belum sembuh lg....even dh sethn berlalu...apatah lg satu u...tu la org kt, jgn bercinta satu u...
januari 2007....kwn2 sek menengah aku buat reunion...aku pun pergilah...mase tu la bertukar2 no phone...email...alih2...esok tu ade sorg call aku...ake dgr mcm zai2 je nama die...ade budak sek aku nama zai...tp aku pelik...takkan zai tu yg call aku pdhal mase reunion berjanji nak setia dgn awek die...ntah la...mase tu jugakla bateri phone aku hbs....
aku tggu org tu call balik...sbb aku takde krdt...n..tetibe org tu msg aku n bgtau..."B**a,awat hang letak phone...hg marah ka aku call hg ni...aku zaidla...kwn satu sekolah dgn hang dulu"..aku mmg terkejut sgt...sbb memori aku dgn zaid ni dh lama terpadam....
maka bermulalah episod baru aku n zaid...10 thn kami tak bercontact...tak sgke die boleh cari n igt aku balik....die dtg time aku keseorgan...skrg ni die la teman aku...tp bukan kekasih...kami sng sbg teman rapat...after dh lame tak jumpe...kami pun berjumpe...n masing2 dh besar...dulu suara pun tak pecah lg...hehehhe...tp zaid ckp ngn aku...mase aku agkt phone bt first time die dh boleh tau tu aku sbb suara aku tak berubah dr dulu smp skrg...serak2 basah...huhu...yola tu...zaid pulak kecik orgnya...takde r tggi sgt dr aku...lebih2 skit je...
nnt aku smbg lagi,k
Reply

Use magic Report

zacky This user has been deleted
 Author| Post time 14-4-2007 08:58 AM | Show all posts

Reply #6 juliet80's post

oo.ada gak yg kata citer aku nice.tq juliet.. nnt aku smbung..
tapi bgs gak kalu board nie kita citer kisah masa kecik2..boleh kita mengimbau kenangan ms kecik2 sambil ketawa..byk mende yg melucukan..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-4-2007 09:30 AM | Show all posts
Aku nak ingatkan...  (Chewahhh, Aku cekak pinggang nih... pegang rotan)

Biji mata aku naik juling ni baca kenangan-kenangan kat atas nih... Best memang best..)
Eye Mo dekat 5,6 kali aku letak kat biji mata.. nih

Jadi utk memudahkan dan menyegarkan biji mata aku ni, tolong ler
buat perenggan ke...   Senang sket aku nak baca...

Dah ler aku tepek skrin kecik jek nih...

Jgn mare ek!!! Aku bukan gila kuasa.. hi hi

Yg lelain tu silalah tambah kenangan memasing... hahahaha
(Yg ni aku gila kuasa, sbb ngalahkan tuan umah )
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2007 09:40 AM | Show all posts
smbung lagik.bestlah baca kennagan kau orang ni.
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2007 10:59 AM | Show all posts

Reply #8 zacky's post

:setuju: stuju! stuju!   knangan msa kcik2 trutamya mmang klakar sngat bl dimbau blik!! bleh tsnyum sorng2 222222222222...................
Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2007 08:13 PM | Show all posts
zacky... aku baca kenangan ko kat surau ngn kengkawan aku (akulah yg tukang baca...hehehe) mmg kelakarlah citer ko neh... kawan aku dok gelak jek. gaya penceritaan yg selamba!
Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2007 08:59 PM | Show all posts

me and danny wong

citer ni bermula masa aku form 2...

satu petang ketika aku tgh tunggu bas sekolah...(masa tu aku dgn selamba badak bertenggek atas tembok jambatan) aku didatangi oleh seorang budak lelaki, pangkat abang dengan aku...dia dari skola lain tp aku tak bape cam muka dia

pastu dia tanya aku..."dik bas dah datang?"
pastu aku kata "bas yg saya tunggu belum datang lg...sy tak tau plak bas apa yg awak tunggu"
pastu dia tanya nama aku..."nama siapa?"
aku jawab "zura"
pastu dia cakap nama dia danny. aku gelak gaban. pastu aku siap cakap..."eleh...makan belacan nama danny konon"

bila bas skola aku datang dia pun naik...bengang dah mula menginap dalam pala otak aku. pastu dia cakap kat sorg kawan dia budak EC..."zura ni tak percaya nama aku danny...ko tlg bagitau kat dia"

rupa-rupanya danny ni cina pure. aku manalah tahu dia cina ke bukan...sbb ramai kawan2 aku sumer mix, cina-melayu, cindian...serani...muka sumer sepesen!

sejak peristiwa tu aku ngn danny baik. selalu kuar petang nek beskal round kawasan perumahan. aku ingat lg danny nek beskal racing warna biru...selalu tunggu aku kat bus-stop. kitorg tukar2 gambar.tp bukan as loving couple. DK pnah sound aku "zura, sy tahulah awak dgn budak cina SAB tu..." tp hakikatnya aku mmg x bercinta dgn Danny.

nak kata bercinta, tidak...tp kami selalu rindu. telefon dan surat selalu jd penghubung smpilah aku terpaksa lupakan danny sbb nak exam dan masa tu pun danny dah abis spm and keje part time kat mcdonald. asal p mcdonald...aku dpt mkn free...

tp hubungan aku dan danny tak disenangi oleh beberapa org senior dlm bas skola aku tu. mcm2 aku kena kutuk sbb aku kawan ngn danny. dorg jeles psl danny suka aku...tk suka dorg. start from that moment aku mula jauhkan diri dari danny dan bila bila aku masuk SMT totally lupakan danny sampailah one day ada seorang junior nama dia KAMARIAH cakap kat aku..."Kak Zura, abang Umar kirim salam..."

"Akak takde kawan nama Umar" beritahuku.
"Tapi dia cakap dia kawan kak Zura...dia kenal kak Zura..."
aku betul2 tak tahu siapa Umar yg dimaksudkan si Kamariah ni. One day Kamariah bawak aku jumpa Umar. Punyalah aku terkejut, Danny rupanya.

"Assalammualaikum... saya Umar Abdullah..."
"Danny!!!"

aku sangat2 terkejut. masa tu aku nak amik SPM dan Danny plak free lancer ajar bebudak seni mempertahankan diri. tp masa tu aku dah ada IS...so aku tak teruja sgt dgn kehadiran semula danny. sehinggalah aku dah habis study...aku temankan kawan ke HSBC...masa tu ari jumaat, aku tunggu kat tepi kete. ada seorang lelaki berpakaian pejabat tapi berselipar jepun tengok aku... aku nk tegur takut salah orang. tp bila aku balik umah aku call danny...

"is that u yg i jumpa kat HSBC td?" tanyaku terus.
"yes...its me, kenapa tak tegur?"
"i takut salah orang..."

pastu aku dan danny rapat semula tp sekadar kawan aje, coz mama tak suka aku kawan ngn cina (akibat pengaruh kuat dari nenek yg tak benarkan anak perempuan berkahwin dgn bangsa asing...lelaki takpe!)
hubungan itu terpaksa dihentikan jua biarpun aku puas terangkan pada mama yg danny dah convert. last aku bagi dia birthday card yang aku buat sendiri...

"zura, i always admired your works since school...you got a magic touch..." kata danny bila aku serahkan kad tu.
"u know what...kalau u tak tinggalkan i dulu, sekarang ni kitalah d most loving couple kat sini..." kata danny lagi. berat hati aku nak cakap kat dia yg aku dah x boleh jumpa dia lagi.

dalam family aku, anak perempuan mmg strictly x bleh kawin ngn org asing. kisah aku dgn danny ni macam episod ulangan kisah cinta makcik aku dgn pakwe dia...cina gak. sejuta kali dia mengucap depan nenek aku, nenek ttp tak terima. bila dia balik dr terengganu...dia bawak kopok, kain batik...tp nenek aku buang keluar tingkap. pastu makcik aku teruk kena belasah...

kata makcik aku, pakwe dia tu smpi skang x kawin...bila ada gathering dorg akan jumpa, and pakcik aku pun baik ngn cina tu. cuma aku dan danny...dah lama x jumpa...danny pun dah lama tak call aku... apa khabar dia agaknya...

[ Last edited by  nazurah at 15-4-2007 09:02 PM ]
Reply

Use magic Report

zacky This user has been deleted
 Author| Post time 16-4-2007 07:05 AM | Show all posts

Reply #12 nazurah's post

thanks.. aku xde ms nak sambung act. aku pun jenis yg selamba jer. mls lak nak tulis skema2..janji korg tersenyum bila bs..enjoys....aku ada paper exam jap lg. wish me luck..im in rush nie..
Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2007 03:35 PM | Show all posts

Reply #14 zacky's post

:pray:  juliet doakn ko tnang n mudah msa mjwab paper exam 2 k... tp...mcm dh lmbat je juliet nk  :pray: kat ko ni skrng, heheheee....        klu ade msa nant, smbng blik cter ko 2, jngn lma2 tau!!!!!!!!
Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2007 03:40 PM | Show all posts

Reply #13 nazurah's post

naz, ko ni mmang pndailh  nak olah ksah2 ko jd 1 cter kn....cter yg ko olah, mmang smuanya trase bnyawa aku rsa....mnarik  :clap:
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


zacky This user has been deleted
 Author| Post time 16-4-2007 06:39 PM | Show all posts
Setiap Pesahabatan Punyai Tarikh Luput

Actually, aku agresif hanya sementara waktu jer.. selepas aku menerimajiran baru dalam hidup aku.. tapi jiran baru nie lelaki, sopengembaraan aku dengan dia tak pernah berakhir... jauh aku berjalandari umah aku, sejak kenal jiran baru aku nie,
minat aku pun dah berubah..semuanya bermula masa darjah 6..aku kenal 2 org.. sorg sebaya aku, sorng lg muda 2 thn.
nk kwn siap bg surat tue..then trs jd kwn..mak ayah dia cikgu so kehidupan dia x agresif sgt..nama yg sebaya aku zif dan
adik dia seraf..tue panggilan manja ler..bukan nama panjang dia.byk ler krisis2 dn halangan ms aku kwn dengan dia. aku
x bergaul sgt dengan budak2 kampung aku sejak aku kenal dia..so bermulalah mcm2 halangan yang berlaku antara aku
dengan kwn2 sekampung aku yg jeles aku kwn dengan anak cikgu nie.. nnt aku sambung balik k..

    act rumah aku dengan umah diorg nie jauh le jugak, selang 3 buah rumah jugak ler. jiran diorg nie nama pian, pian nie pn kwn aku gak. tp leps aku kwn dengan diorg pian dh x join aku lg sbb dia kata aku ni sombong, kwn dengan anak cikgu. pian pun ada geng2 dia gak. campur laki pompuan, adik dia nama epo.pastu sepupu dia. rumah belakang umah dia. sepupu dia 2 org, dua2 pompuan,nama Ta dgn Syidah.pernah jugak aku main masak2 dengan Ta dan syidah ms drjah 2 kot.aku pn x ingat. Lepas tue sepupu yg lain ada gak, rumah jauh sikit dr rumah dia, selang padang bola. nama dia julia. julia nie ada kedai, mak dia ajar org ngaji al quran. so group pian ada 5org termasuk dia ler.
    aku biasanya main dengan zif dan seraf depan umah pian, tp time dia xdela. time dia ada aku x main ler, main kt lain.sejak aku kwn dengan zif dan seraf aku dh x gaul dengan pian,tp ada jugakle sekali2 main perang2, lawan le member2 pian lwn aku satu group dengan zif, seraf dan adik aku..best jugak main perang. buat pistol sendiri, guna peluru buah apa ntah nama dia,kalu kena rs pedih jer. kekadang kalu agresif sgt buat bom air, taruk air dlm plastik, pastu baling atas diorg..musuh ler kononnya.
    act zif suka komponen elektronik dan repair radio, dia suka sgt circuit board, peringtang ler, transistor, mende2 mcm tue ler.aku suka gak lepas dia ajar aku. ms tue dia darjah enam, dia dh blh repair radio..adik dia seraf suka basikal..ms diorg br pindah xde basikal. so bila aku nak tunjukkan kt diorg kg aku, kitorg gie jalan kali le bertiga.aku jalan dengan diorg biasanya lepas asar ler. x jauh pun, kalu kira2 ada le 4km kot.tp x rs letih pun sbb enjoy jer.
    aku bawak dia pergi sungai, jalan2 kg, abis jalan2 short cut aku tunjuk kt dia. aku tunjuk rumah hantu kt dia.plan jugak nak masuk tp smpi le skang x jd.bukannya takut tp entahle asyik x jd jer. skang nie rumah hantu still ada lg. mcm2 citer aku penah dengar psal rumah hantu nie. sgt2 mengerikan. tp aku jeles sgt, adik aku masuk rumah hantu dengan sepupu2 aku.tp x ajak aku.dia citer dlm rumah hantu tue ada kolam.rumah hantu tu 2 tingkat.ruang bwh le yg ada kolam tue. kolam tue trs sambung ke sungai. so kalu air sungai pasang, kolam tue penuh ler dengan air.aku pn tau tau proses dia mcm mana. mcm2 lg ler adik aku citer, ada blik yg seram ler..dh lari dr topik lak.. kat mana td ek..ohh jalan2 dengan member aku tu kan..
    ada satu ari aku jalan dengan zif dan seraf tembung dengan musuh ketat aku, act nama dia berahim. dia jd musuh aku sbb aku suka kacau adik dia nama noor.aku x suka sgt dengan noor nie, perangai cam ngada2 dengan aku.ada satu ari tue aku marah dia, dia report kat abg dia, berahim. aku leps tue takut ler dengan berahim. berahim nie tua sethn dr aku. so ms tembung dengan berahim, aku pun lari lintang pukang le.zif dn seraf pun ikut.sian kat diorg, pasal aku dioirg jd mangsa. berahim naik basikal.. so aku masuk le dlm kebun2 org kg.. dia xlleh masuk le/aku pun x tau knp aku takut sgt dengan berahim ms tue..maybe sbb dia nie ganster le kt kg aku ms tue.sume org takut dia..bdan dia besar.dia ganas pulak tue. kalu dia gaduh, mesti dia gaduh betul, smpi berdarah2 sbbb tue ler kot aku takut dengan dia..
    lepas dh lama zif dan seraf pindah, diorg beli basikal baru, aku ingat lg seraf dpt basikal tua.tp dia x kisah pun. asal blh pusing2. so lepas ada basikal.gie mana2 naik beskal ler. ms nie gie jalan2 jauh2..smpi 10km or maybe lbh kot.lbh kurang le.kuar ptg, sebelum maghrib br balik.. mcm2 kampung kitorng redah.pastu kekadang singgah kt pantai, lepak kt sungai, sungai lak byk port2 yg biasa kitorng lepak.tgk org main bola ler.
    lepas exam upsr, hubungan aku dgn diorg renggang sikit sbb aku sek pg, dia lak sek ptg.jumpa pun jarang2.. ms nie idup aku boring sgt, kwn2 aku sek ptg.. kelas aku je pg ms tue sbb aku amik arab.kelas plg pandai ler..ms nie aku joinle budak sekelas dengan aku.. ms nie lg teruk gak perangai aku.kwn2 aku tue boleh tahan jugak nakal. abis kelas biasanya aku x trs balik.. biasa aku lepak2 dulu dgn kwn2 sekelas aku nie.. so hubungan aku dengan zif dan seraf renggang le sikit..tp kitorng still jupe gak hujung minggu..
    tp lepas pmr.lg aku jarang jupe dia. zif lak susah nak jupe.aku lak malu nak pergi umah dia sbb dh lama sgt x jupe pun.. smpi le skang aku dh x contact zif,br2 nie aku contact dia.. nak jupe kt pantai tp x jd.susah le skang nk jupe sbb dia kt kg, aku lak jauh di selatan tanahair. aku dgr dia skang or panggil Jason.. so aku pun lepas nie nak panggil jason jugak ler. act dia ni terror gak.dpt masuk utmkl.. tp halfway jer.kena kick out. pastu dia smbung poli..aderla satu ms tue pernah gayut dengan dia..tp dia kata dia x ingat aku.sedih betul ms tue. act, skang aku senang sgt kalu nak jupe dia, aku tau dia biasa lepak kt mana. tp aku segak nak pergi tmpt mcm tue sorg2.. dia skang dn tubuhkan group. dia terror main guitar, aku pun x tau sejak biler dia pandai... adik dia seraf lak..aku x tau apa dh jd..
pian, aku dgr jd receptionist kt hotel.dia mmg layak le.muka dia jambu dn mcm budak2 sikit.
adik dia lak epo, br nie kena kick out dr uniten, skang aku tak tau le apa dh jd..last aku jupe dia, dia kurus giler, aku tanya dia amik dadah ker??mmg kurus gier.mcm org x sihat jer. skang aku dh ok dengan pian dn adik dia. balik je kg biasa aku contact dengan dia. pian dn epo pun join gak Zif or Jason jamming.. aku dgr citer Zif dr Pian dn epo.dia yg byk citer kt aku.
Sepupu pian lak, family diorg pindah klang..x tau citer.aku dgr Ta dh kawin. syidah lak sambung uitm..
Julia dh meninggal duniua ms lahirkan anak dia nom 2.dia kawin awal..dia syg anak dia smpi dia x nak gugurkan kandungan dia, akibatnya dia yg meninggal dunia.al fatihah utk arwah..
tamatle kisah nie.. nnt aku citer le pasal classmates dn sekolah aku lak.tp aku rs ms sek ren lg best dr sek men..
Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2007 06:43 PM | Show all posts
zacky...bleh tak ko edit citer ko ni...kasi perenggan skit... bleh berpinau mata aku nak membacanya sampai katam...
Reply

Use magic Report

zacky This user has been deleted
 Author| Post time 16-4-2007 06:46 PM | Show all posts

Reply #13 nazurah's post

mengharukan betul ler citer ko. bc citer ko nie mengingatkan aku pada Jason dn Orked dlm citer Sepet..i love sepet..
Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2007 07:23 PM | Show all posts

Reply #19 zacky's post

kisah benar tu...

at this age...im still facing lotsa hurdles in my love life... tp sumer lelaki yang penah sayang aku, kami kekal sebagai kawan...kecuali mamat dlm TDTM tu... that's why aku matikan watak dia...ekekeke
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-11-2024 12:41 AM GMT+8 , Processed in 0.061483 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list