CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 9791|Reply: 60

Bunuh Diri - Bolehkah Dicegah?

[Copy link]
Post time 5-4-2007 12:55 PM | Show all posts |Read mode
Tahukah anda?

Satu kes bunuh diri berlaku dalam setiap 40 saat di seluruh dunia.

Di Malaysia, lebih kurang 7 kes berlaku setiap hari.

Bagi setiap satu kes, 10 hingga 20 orang lain akan mendapat kesannya.

Kebanyakkan kes bunuh diri adalah akibat dari kemurungan.

Punca Bunuh Diri

a. Tidak dapat menangani tekanan akibat dari:

1. Masalah perhubungan sosial
2. Masalah kesihatan
3. Masalah kewangan
4. Pengangguran
5. Masalah akademik

b. Kemurungan

c. Ketagihan dadah/alkohol

d. Penyakit mental

Bagaimana mengenali seseorang yang berisiko untuk bunuh diri?

a. Seseorang yang pernah menyebut untuk bunih diri

b. Cuba membunuh diri di masa lampau

c. Mempunyai ahli keluarga yang telah membunuh diri

d. Mereka yang kesepian

Bagaimana mereka boleh dibantu?

a. Ambil kira dan dengar keluhan mereka secara serius

b. Jadi seorang pendengar yang baik

c. Tunjukkan sifat penyayang

d. Jangan menghina mereka

e. Pastikan mereka selamat

f. Jangan menjanjikan kerahsiaan bila nyawa mereka terancam

g. Dapatkan bantuan pakar

Sekiaranya sesiape yang mempunyai masalah dan amat tertekan, sila hubungi mana-mana hospital atau klinik kesihatan kerajaan atau hubungi "The Befrienders" di talian berikut:

Kuala Lumpur

Tel: 03-7956 8144/8145 (24 jam)
E-mel: sam@befrienders.org.my
Laman web: www.befrienders.org.my

Ipoh

Tel: 05-5477933/55

Pulau Pinang

Tel: 04-2815161/1108

Melaka

Tel: 06-2842500

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-4-2007 01:14 PM | Show all posts
kes yg biasa dilaporkan - masalah kewangan : kes pinjam duit kat along, pastu tak leh nak bayar, along dtg cari, harass the family member... ada kes kat rumah my parents, jiran selang beberapa rumah, along simbah cat merah to the house, the family moves out ntah ke mana...

yg sedih, bila ada intention nak bunuh diri, mungkin teringat nanti anak2 pun akan di ganggu maka anak2 dibunuh skali... ishh.. tragisnya!

rasanya kita sbg family member or friend, bole serba sedikit membantu walopun setakat mendengar or memberi cadangan, IMHO sumbangan kecil kita ini mungkin dpt mengurangkan peratusan bunuh diri...

life is too short, takyah bunuh diri pun lmbt laun kita mati gak, tak yah la mempercepatkan proses kematian...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-4-2007 01:59 PM | Show all posts

Reply #2 tirambisu's post

Tak ingat ke kes keluarga cina bunuh diri beramai-ramai kat Serdang sebab nak lari dari Along? Sedey woo..confirm berhantu umah tuh...
Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2007 04:15 PM | Show all posts
huhu...sensitip btol dgn tajuk ni..

for me, suicide memang boleh di cegah..
tapi itu semua terpulang pada 'pesakit' tu sendiri.

apepun, org2 yg jenis pendiam dan byk berahsia la paling berisiko kena melancholia..
jenis camni payah sikit nak tolong, becoz they feel so helpless.
dorang rasa dorang tak faham diri sendiri, camne org lain leh faham dorang plak?
so jalan penyelesaian hanya nampak satu je...suicide.

it's really sad..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-4-2007 04:29 PM | Show all posts
Originally posted by cassiopeia at 5-4-2007 04:15 PM
huhu...sensitip btol dgn tajuk ni..

for me, suicide memang boleh di cegah..
tapi itu semua terpulang pada 'pesakit' tu sendiri.

apepun, org2 yg jenis pendiam dan byk berahsia la paling ...


Hmmm...tuh sebab aku rase cam nak jadik volunteer kat befrienders tuh...tolong support dari segi emosional pada mereka yang memerlukan...cuma skrg nie aku segan ajer nak angkat phone dan cakap...
Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2007 04:31 PM | Show all posts

Reply #5 rurouni_khairul's post

apa nak segan2 ruro.. bukan dia nampak muke ko pon
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 5-4-2007 05:05 PM | Show all posts
Originally posted by audioslavefan at 5-4-2007 04:31 PM
apa nak segan2 ruro.. bukan dia nampak muke ko pon


Maksud aku bukan segan dari segi muka tapi segan sebab tak tau aku leh komited atau tak...

P.S: AKu tau ramai yang depressed dan memerlukan kawan kat tempat tuh...sian gak diorang tuh..
Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2007 05:18 PM | Show all posts

Reply #7 rurouni_khairul's post

hmm betul gak klu dah join it means terikat...volunteer at any time, any place, any where......macam psikiatris laaa...betul ker aku ejas nih??
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-4-2007 03:14 AM | Show all posts
tringin nak tolong..
tapi diri sendiri pun ade penyakit ni..
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2007 03:50 AM | Show all posts
Originally posted by rurouni_khairul at 5-4-2007 12:55 PM
Tahukah anda?

Satu kes bunuh diri berlaku dalam setiap 40 saat di seluruh dunia.

Di Malaysia, lebih kurang 7 kes berlaku setiap hari.

Bagi setiap satu kes, 10 hingga 20 orang lain aka ...


Boleh tolong mereka nie
org kata prevention is better than cure kan
kalau nampak jer tanda2 murung nie
cepat2 bantu dari segi emotional support
beri mereka kekuatan emosi...
listen to them... elakkan dari mengkritik
sbb mrk nie hopeless dan tak mampu berfikir dgn baik
rasa tak berguna dan macam2 perasaan negative
sbb itu dalam fikiran hendak mati saja

bila ada psychotic features.. lebih parah
mula laa ada mood-congruents and/or hallucinations
kecian kan... harap banyakkan berzikir utk mantapkan iman
dan fahamkan bebetul koncep qada dan qadar .. insya Allah
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2007 03:52 AM | Show all posts
Originally posted by cassiopeia at 6-4-2007 03:14 AM
tringin nak tolong..
tapi diri sendiri pun ade penyakit ni..


boleh tolong mereka dan lagi mudah
sbb melalui pengalaman sendiri... boleh bantu mereka
guna yr own approach... tak salah
cuba yea
l
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-4-2007 09:47 AM | Show all posts
Originally posted by cassiopeia at 6-4-2007 03:14 AM
tringin nak tolong..
tapi diri sendiri pun ade penyakit ni..


Ko ade penyakit ape nie?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-4-2007 09:48 AM | Show all posts

Nie antara test yang kita bole amik sebelum join.

Could you be a Befriender?

Try this simple test:
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2007 09:53 AM | Show all posts
sangat2 bole dicegah....especially when you found somebody who passed to u their favorite belongings,and then expressing their suicidal thought,telling u how are they going to commit suicide (e.g.i want to hang myself),and lastly if they have previous history of suicidal attempt...
if u have found those elements in somebody...so try to be close with them..don't let them to stay alone..at least keep them a company 24 hours a day,7 days a week...be there..
tu je...
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2007 11:25 AM | Show all posts
say no to along, drug, caffein, smoke and sex...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-4-2007 11:36 AM | Show all posts
Originally posted by tudung_saji at 6-4-2007 11:25 AM
say no to along, drug, caffein, smoke and sex...


Problem is tak semua manusia share the common ideas.

Ade sessetengah kaum menganggap penyalahgunaan dadah tak mengapa.

Jadi utk jadi sukarelawan kita tak bole judging mereka yang tgh depressed sebab tuh hanya akan mendorong mereka jadi lebih teruk.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-4-2007 11:52 AM | Show all posts
Punca bunuh diri:
a) Pengangguran..wahh susah ini maciam..2-3 bulan leh ar thn. smpai 2-3 thn, teruk woo..
b) pernah mnybut nk bunuh dr..xmola sbt2
c) perhubungan sosial..slalunya mereka2 yg pernah kecewa dlm perhubungan as frens n special ones. Ni yg kes frust menonggeng la.

tpkn yg kes kt penang tu, tragis sungguh la..sbb dia babitkn ank2 depa skali..
dorang xtau apa2 pon, sianla.

Satu kes lagi yg kasi anak depa mkn racun tu..alahaii..
speechless..(ni kes lari dari along)

Sebab along gak, some family lari dr rmh n snggp tdo dlm keta..
klu dah mcm ni, nk tlg mcm mn, polis pon ssh nk tlg, sbb kt dh pilih jalan ni..looking 4 along sbg jln pintas nk selesai masalah..
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2007 03:53 PM | Show all posts
jangan ler bunuh diri...

hmm.. kalau masalah dengan sesama manusiapun kita tak leh hadapi... u ingat u boleh hadapi ke alam baru tuu.. ishh..  u pasti lebih menyesal..  

PERCAYALAHHHHH
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2007 10:15 PM | Show all posts

Reply #1 rurouni_khairul's post

aku nak jawab soalan ....
sebenarnya boleh dicegah ... kalau semasa kecil .. ko perap anak2 tu .. ko marinate dia ngan pengetahuan agama .. kenalkan dia ngan kekuasaan Nya ... yg betul yg tak betl ..pastu tanam rasa sayang kepada diri sendiri ... dan independent ..

kalau dah terlajak .. susah sikit .. tetapi surrounding .. kene condusive enough untuk "mengambil berat" dan menjadikan masalah yg individu itu hadapi .. sebagai satu maslaah bersama ...

yg bunuh diri ni .. selalu bukan sbb apa .. cuma tak nampak jalan dihadapan .. pastu tidak hargai apa yg dia ada ... dan kurang merasakan .. ada org yg lebih malang daripadanya ...

well .. kalau kamu ada kawan sedemikian .. bantu la .. mungkin bermula dan mengatakan "hai"... senyum.. dan menjadi pendengar yg setia ... serta memperlihatkan pilihan atau option yg ada bagi membolehkan dia melihat .. jalan2 yg boleh dipilih ... selain daripada membunuh diri
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2007 11:18 PM | Show all posts
Originally posted by nuha at 6-4-2007 03:52 AM


boleh tolong mereka dan lagi mudah
sbb melalui pengalaman sendiri... boleh bantu mereka
guna yr own approach... tak salah
cuba yea
l


yea...you're right.
maybe cassio akan try...
nak masuk befriender ade had umur ke?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Cinta & Perhubungan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 04:26 PM GMT+8 , Processed in 0.113693 second(s), 50 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list