View: 3006|Reply: 4
|
Lepasan PMR ikuti Kursus Sarjana Muda
[Copy link]
|
|
144 lepasan PMR ikuti kursus sarjana muda
Oleh Khairina Yasin
SERAMAI 144 lagi lulusan Sijil Rendah Pelajaran (SRP) atau Penilaian Menengah Rendah (PMR) berusia 21 tahun ke atas diterima menerusi sistem kemasukan terbuka bagi mengikuti program sarjana muda di Universiti Terbuka Malaysia (OUM), Januari lalu.
Timbalan Pengarah, Sekolah Pembelajaran Sepanjang Hayat universiti itu, Dr Shanti Raghavan Suresh, berkata jumlah pelajar terbabit 57 peratus daripada 338 calon ditawarkan sebagai kumpulan kedua mengikuti program berkenaan.
Sambil menjelaskan 189 lulusan sama menjadi kumpulan pertama mengikuti program itu September lalu, beliau berkata, sistem kemasukan terbuka OUM dibuka kepada lulusan terbabit bagi mengikuti 17 program ditawarkan lima fakulti.
Beliau berkata, antara bidang pengajian ditawarkan ialah pengurusan, pengurusan sumber manusia, pentadbiran perniagaan, teknologi maklumat, pengurusan teknologi dan sains sukan.
Turut ditawarkan teknologi maklumat dan pengurusan, perakaunan, pendidikan (pentadbiran pendidikan), komunikasi multimedia, pengurusan hospitaliti, matematik dan pengurusan serta pengurusan pelancongan.
揝etiap calon terpilih perlu mengikuti tiga ujian berbeza dalam tempoh ditetapkan panel penilai peringkat fakulti bagi membuktikan pengalaman kerja mereka benar-benar bersesuaian dan relevan dengan program dipilih.
揢jian terbabit ialah penulisan portfolio yang memerlukan mereka menyiapkan dokumen berkaitan pengalaman pekerjaan atau kehidupan berserta buktinya.
揝eterusnya ujian cabaran dan kursus kelayakan masuk. Selepas itu, calon perlu menduduki peperiksaan khas bagi menilai tahap pencapaian dalam ujian diduduki sebelum layak meneruskan pengajian ke peringkat sarjana muda, |
|
|
|
|
|
|
|
kalaulah mereka semua tu benar-benar layak...saye setuju je...
tapi in reality....banyak graduan tak berkualiti sekarang ni..
kenapalah mudah sangat diaorang ni masuk U. pra syarat dier koman sangat.. nanti berlaku lambakan sarjana muda yang low class..
tapi bangga gak bila satu hari nanti nelayan n petani mesti ade ijazah lu |
|
|
|
|
|
|
|
Mereka ini telah melakari SPM,STPM atau pengajian peringkat MATRIKULASIatau DIPLOMA dan terus ikuti kursus SARJANA MUDA hanya berbekalkan PMR? I got the feeling that there is something wrong somewhere. Tapi takapa Malaysia BOLEHkan? |
|
|
|
|
|
|
|
pulusssss maa pulusssss |
|
|
|
|
|
|
|
ada dekat 10 thn bru grad degree kot...hehehehhhhhh.....
yerlah...dak spm/dip paling busuk 4-5 thn...klu x kantoi cepat sket...
ni klu PMR..xtau ler..mesti byk syarat |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|