View: 11404|Reply: 33
|
Langkah 47, ilmu suami menambat hati isteri.
[Copy link]
|
|
1. Sentiasa berdoa agar disayangi.
2. Apabila balik rumah, tegur dan sentuh isteri sebelum buat kerja lain.
3. Tunjukkan keprihatinan dengan bertanya secara khusus mengenai kegiatan isteri sepanjang hari.
4. Jadikan seorang pendengar yang baik kepada isteri .Jangan tergesa-gesa untuk menyelesai masalah isteri. Apa yang lebih penting adalah simpati.
5. Berikan masa sekurang-kurangnya 30 minit perhatian yang berkualiti terhadap isteri.
6. Berikan bunga, minyak wangi atau seumpamanya sebagai hadiah atau untuk memujuk ketika isteri sedang marah.
7. Tolong masak atau ajak makan di luar sekali sekala.
8. Beri pujian mengenai penampilan isteri (rambut, wajah, pakaian dan sebagainya).
9. Pujuk apabila isteri marah atau kecil hati.
10. Beri bantuan atau kerjasama setakat yang mampu.
11. Luangkan masa yang lebih agar tidak mendesak isteri untuk lebih cepat bergerak atau bertindak.
12. Jika lambat pulang, beritahu lebih awal atau telefon rumah.
13. Sekiranya isteri minta bantuan, nyatakan boleh atau tidak dengan tidak mengungkit atau banyak komen.
14. Jika anda perlu bersendirian untuk berfikir, beritahu bila anda akan pulang.
15. Apabila sudah sejuk, beritahu isteri apa yang mengganggu fikiran secara sopan. Jangan menyalahkan isteri.
16. Bila isteri bercakap, beri perhatian sepenuhnya.
17. Apabila keluar, tanya isteri kalau ada sesuatu yang ingin dipesan.
18. Beritahu bila kita ingin berehat atau tidur.
19. Peluk isteri dengan penuh kasih sayang sekurang-kurangnya empat kali sehari.
20. Telefon isteri dari tempat kerja untuk bertanya khabar, sekadar ingin memberitahu "AKU CINTA PADAMU ".
21. Ucapkan kata-kata sayang sekurang-kurangnya dua kali sehari.
22. Tolong kemaskan katil atau bilik tidur.
23. Ajak isteri berjalan-jalan tanpa anak-anak.
24. Cuba tunaikan apa yang isteri hajati.
25. Nyatakan anda merinduinya bila berjauhan.
26. Bawa pulang buah tangan, kuih kegemaran isteri sekali sekala.
27. Sentiasa lakukan ibadah bersama.
28. Jika keluar daerah,telefon isteri memberitahu nombor telefon tempat penginapan dan memberitahu anda sudah selamat sampai.
29. Sentiasa kemas dan wangi sebelum tidur bersama.
30. Urut belakang isteri sekali sekala.
31. Peluk dan belai isteri sekali sekala tanpa implikasi seksual.
32. Sabar dan tenang apabila mendengar cerita dan masalah isteri.
33. Pamerkan kasih sayang di khalayak ramai. Jangan abaikan isteri atau tinggalkannya jauh ketika berjalan.
34. Apabila keluar berjalan, elok berpegangan tangan untuk menunjukkan kemesraan.
35. Buatkan air minuman untuk isteri sekali sekala.
36. Ketika makan di luar, jangan harapkan isteri memilih tempat makan setiap masa.
37. Beri perhatian lebih kepada isteri daripada orang lain ketika di kalayak ramai.
38. Lebihkan isteri daripada anak-anak.
39. Bila isteri kurang sihat, beri perhatian sewajarnya. Manjakan isteri sepertimana dia memanjakan anda.
40. Seeloknya masuk tidur serentak.
41. Belai isteri sebelum pergi kerja.
42. Ucapkan terima kasih setiap khidmat yang isteri berikan.
43. Cari masa untuk berdua-duaan sekali sekala.
44. Lakukan riadah bersama isteri.
45. Pergi berkelah sekali sekala.
46. Tolong cuci atau jemur pakaian sekali sekala.
47. Kalau berjima` , pastikan isteri inzal juga, jangan suami se orang saja yang 'dapat'.
( abe aji tak gemo nombor genap, so pasal nak kasik sampai nombor ganjil maka abe aji tambah jek yang ke 47. Harap basiron tak marah yer? mekacehhhhhh)
[ Last edited by ajinomotonosuga at 16-3-2007 06:43 AM ] |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Banyak keje nak kena buat nak tambat hati isteri ni
Tapi dalam list tu leh kata 90% aku dok wat selalu, tu pasal la isteri aku sayang kat aku haha |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #2 telagahitam's post
heheh... aku baru nak kata... dalam banyak2 menda dalam list tuh... pi berkelah bersama jer kitaorang tak buat |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by kikilalat at 14-3-2007 03:03 PM
heheh... aku baru nak kata... dalam banyak2 menda dalam list tuh... pi berkelah bersama jer kitaorang tak buat
untung dpt suami yg penyayang dan romantik ni kn....(bende yg aku idam2kn b4 kawin smpai skrg....)
tp tk achieve lg those target....hopefully soon.....amin |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #6 petite_adry's post
aminnnnn |
|
|
|
|
|
|
|
takutlah pada bini...insyallah anda akan disayangi..... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #9 ABAH35's post
stujuk............
huahahhahahah |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by basiron at 14-3-2007 02:53 PM
Ajak isteri berjalan-jalan tanpa anak-anak. ...
lama dah tak wat nie..
kena remind kat asben nie.. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #10 shah_jehan's post
cepattttt je..... |
|
|
|
|
|
|
letitbe_rahsia This user has been deleted
|
aku tak tahu petualah, tapi benda2 ni buat aku bertambah sayang:
1. perkataan 'sayang' tak lekang dari bibir dia
2. puji2an yg lebih kepada penghargaan, contoh, dia masuk rumah, wangi (sebab baru lepas mop), tak abis2 dia memuji nanti
3. ucapan terima kasih, setiap kali aku buat sesuatu untuk dia
4. alert - aku pakai baju apa, warna apa, rambut aku, aku hitamkan ker, aku buat bleach ker, cosmetics aku semua dia tau, apa yg baru, apa yg lama
5. cepat marah bila kawan2 lelaki dia usik aku (tanda sayang ni)
apa lagi ha, nanti teringat tulis lagi |
|
|
|
|
|
|
|
Satu je... APPRECIATE HER ALWAYS.
Kebanyakan isteri sanggup berkorban segala2nya utk suami dan keluarga. Baik kerjaya, masa dan wang. So bila isteri tu buat sesuatu tu 'acknowledge it'. Sebab pompuan ni suka dapat attention, lebih2 lagi dari suami. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Reply #18 ABAH35's post
hahahaa...
tak ngaku si abah ni.. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #19 putubambu's post
iskhh...
normal la tu..
depan bini cover baik punyer.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|