CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7806|Reply: 11

Resepi dari Kacang Hijau

[Copy link]
Post time 9-3-2007 11:50 AM | Show all posts |Read mode
Minggu lepas ada kawan buat bubur asyura kat umah.. pas tu dia beli kacang hijau banyak.. tinggal lak kat umah.
jadi kepada teman2 dan kakak2 atau teruna dan pak2 kat sini, leh tak kongsi resepi kacang hijau dgn saya....

terima kasih daun keladi... sudi2 la balas thread nih yerrrrr
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-3-2007 11:55 AM | Show all posts
Originally posted by barney1412 at 9-3-2007 11:50 AM
Minggu lepas ada kawan buat bubur asyura kat umah.. pas tu dia beli kacang hijau banyak.. tinggal lak kat umah.
jadi kepada teman2 dan kakak2 atau teruna dan pak2 kat sini, leh tak kongsi resepi ...

tanam pun okay gak! bleh dpt taugeh....fresh takde racun lagi..............
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-3-2007 12:35 PM | Show all posts

Reply #2 hitamputih's post

cik tam ni keje tanam kacang ker???
Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2007 01:33 PM | Show all posts
Originally posted by barney1412 at 9-3-2007 11:50 AM
Minggu lepas ada kawan buat bubur asyura kat umah.. pas tu dia beli kacang hijau banyak.. tinggal lak kat umah.
jadi kepada teman2 dan kakak2 atau teruna dan pak2 kat sini, leh tak kongsi resepi ...


boleh buat..
1. bubur kacang..kalau tak abis..buat er ais kerim..sedap jugak...
2. kueh kasturi..rebus akcang sampai kembang + ngan kelap muda  dan tepung gandum..pastu kepalkan dan celup dalam bater macam goreng pisang dan gorengkan...resepi ada kkliza tuli..rasanya ada kkliza tuliskan dah..
3. talam kacang hijau
4. lapis kacang hijau
5. puding kacang hijau [macam puding kacang merah]
Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2007 02:48 PM | Show all posts
Originally posted by barney1412 at 9-3-2007 12:35 PM
cik tam ni keje tanam kacang ker???

tanam kacang hijau dalam aircond rasanya akan gemuk gemuk
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-3-2007 02:49 PM | Show all posts
Originally posted by hanieliza at 9-3-2007 01:33 PM


boleh buat..
1. bubur kacang..kalau tak abis..buat er ais kerim..sedap jugak...
2. kueh kasturi..rebus akcang sampai kembang + ngan kelap muda  dan tepung gandum..pastu kepalkan dan celup d ...


Thank u, kak liza...
nanti nak check lapis kacang hijau.. kak liza sure ada resepi kan..
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 9-3-2007 02:51 PM | Show all posts
gemok.. gemok.. mcm....?????? hehehe

cik tam nih main2 jer... kami serius nih.. nak try masak... kami bukan tau masak  pun..
Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2007 03:16 PM | Show all posts

Reply #1 barney1412's post

barney...meleleh air liur akak dengar bubur asyura...tepeklah resipi versi  barney punya...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-3-2007 10:50 PM | Show all posts
Originally posted by barney1412 at 9-3-2007 02:49 PM


Thank u, kak liza...
nanti nak check lapis kacang hijau.. kak liza sure ada resepi kan..


semantara mood rajin ada..

[table=98%][tr][td=2,1][size=-1]


KUEH LAPIS KACANG HIJAU

Bahan A
2 cawan santan
1 cawan tepung gandum
1/2 cawan gula
2 s/b tepung beras
2 s/b tepung jagung
garam

Bahan B
1/2 cawan kacang hijau yg telah direbus kembang
1/2 cawan air
pewarna hijau

Bahan C
1/2 cawan air

Cara
1. Gaukan semua bahan A sehingga sebati. Tapiskan. Bahagikan adunan pada 2 bahagian.
2. Campurkan bahan B dalam 1 bahagian dan kacau rata.
3. Campurkan bahan C dalam 1 bahagian lagi. Kacau rata.
4. Sapukan minyak pada loyang bulat atau empat segi berukuran 8 inci.
5. Tuangkan 1 senduk adunan B dalam loyang dan kukus selama 7 minit.
6. Lapiskan lagi 1 senduk adunan C diatas lapisan tadi dan kukus selama 7 minit lagi.
7. Ulang proses melapis sehingga adunan habis.
8. Bila telah masak sejukkan betul-betul baru potong dengan pisau pelastik.  


[ Last edited by  hanieliza at 9-3-2007 10:51 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2007 11:02 PM | Show all posts


KUEH TALAM KACANG HIJAU

Lapisan bawah - [kacang hijau ]
1 cawan kacang hijau[ rebus lembut ]
1 cawan tepung beras
2 s/b tepung jagung
1 cawan gula
3 cawan santan cair + sikit garam
pewarna hijau

Cara
1. Panaskan kukusan dan sapukan minyak pada loyang saiz 8 x 8 inci atau loyang bulat 8 inci.
2. Masukkan semua bahan kecuali kacang hijau dan kacau rata. Tapiskan
3. Masukkan kacang hijau  dan kacau rata.
4. Masukkan adunan kedalam loyang dan kukuskan sehingga masak dalam 30 minit.

Lapisan Atas - [santan ]
1  cawan tepung beras
3 cawan santan pekat
1 s/k garam sikit

Cara.
1. Gaulkan semua bahan dan tapiskan. Masakkan sikit adunan ni diatas api yg perlahan. Sentiasa kacau supaya adunan ni tidak berketul2.
2. Bila adunan lapisan bawah telah masak, cakarkan sikit dgn garfu dan tuangkan adunan santan atas permukaan kacang hijau tadi.
3. Kukus lagi selama 25 minit.
4. Sejukkan betui2 sebelum potong dan hidangkan.
Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2007 03:35 PM | Show all posts
sedapnye kak liza yang kuih lapis tu..meleleh air liuq
Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2007 08:44 AM | Show all posts
cik barney dah masak ke belum?bawa laaa mai ke forum ni nak rasa!
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 08:56 PM GMT+8 , Processed in 0.066867 second(s), 38 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list