View: 9636|Reply: 17
|
Gantirugi / saman / penjara kerana sebabkan keruntuhan rumah tangga orang lain
[Copy link]
|
|
Wanita diarah bayar ganti rugi RM10,000 kes zina
08-03-2007 06:27:25 PM
| PUTRAJAYA: Seorang wanita diperintahkan oleh Mahkamah Rayuan di sini hari ini untuk membayar ganti rugi RM10,000 kepada bekas isteri seorang doktor gigi yang wanita itu didakwa berzina dengannya, yang menyebabkan keruntuhan rumah tangga pasangan itu.
Panel hakim Datuk Mokhtar Sidin, Datuk James Foong dan Datuk Zainun Ali juga memerintahkan bekas suami wanita itu, Shudesh Kumar a/l Moti Ram membayar sebanyak RM40,000 kepada bekas isterinya Kamlesh a/p Mangal Sain Kapoor, jumlah itu merupakan sebahagian daripada wang yang didepositkan dalam akaun bank Shudesh Kumar semasa perceraian itu.
Shudesh Kumar, 61, juga diperintahkan untuk membayar kepada Kamlesh, 58, pesara guru, sebanyak RM75,000 daripada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan saraan bulanan RM1,000 yang tarikhnya dikebelakangkan ke 3 Nov, 2005.
Peguam bela Kamlesh, Karpal Singh berkata ia merupakan kes yang luar biasa.
Korum itu sebulat suara membenarkan sebahagian rayuan Kamlesh untuk mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 3 Nov, 2004 yang tidak memberikan wang saraan, aset perkongsian perkahwinan serta tiada perintah bayaran ganti rugi terhadap Kerpal Kaur selepas mahkamah memutuskan Kamlesh gagal membuktikan dakwaannya mengenai perlakuan zina itu melampaui keraguan yang munasabah.
Mahkamah Tinggi, bagaimanapun, memerintahkan perkahwinan antara Shudesh dan Kamlesh dibubarkan atas alasan tidak lagi boleh diselamatkan.
Kamlesh mendapat hak penjagaan dua anaknya, seorang lelaki dan seorang perempuan.
Pasangan itu berkahwin pada 1979. Menjelang waktu Shudesh memfailkan petisyen perceraian itu pada 2001, pasangan itu telah tinggal berasingan selama 11 1/2 tahun.
Kamlesh mendakwa perilaku bekas suaminya yang sebegitu telah menyebabkan dirinya tidak sanggup tinggal bersama dengannya.
Beliau juga memohon ganti rugi bagi zina mengikut Akta Pembaharuan Undang-undang (Perkahwinan & Perceraian) 1976 kerana beliau mendakwa Shudesh dan Kerpal, yang merupakan staf di klinik Shudesh, menjalin hubungan sulit dan berzina.
Shudesh menyatakan perkahwinan itu runtuh akibat perilaku Kamlesh yang tidak munasabah, seorang yang penuh syak wasangka, menyerang beliau secara fizikal dan celupar terhadap keluarganya.
Shudesh dan Kerpal menafikan dakwaan zina itu.
BERNAMA
|
[ Last edited by Syd at 31-5-2009 09:20 ] |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Dentist's mistress ordered to pay damages to ex-wife
09 Mar 2007
V. Anbalagan
--------------------------------------------------------------------------------
PUTRAJAYA: It抯 one up for the "First Wives Club". In a rare case, the mistress of a dentist was yesterday ordered to pay RM10,000 in damages to the man抯 ex-wife for wrecking the marriage.
The Court of Appeal said there was evidence proving beyond reasonable doubt that Kerpal Kaur, who was an assistant in the clinic of Dr M. Shudesh Kumar, had an adulterous relationship with him.
Judges Datuk Mokhtar Sidin, Datuk James Foong and Datuk Zainun Ali, who heard the appeal, were unanimous in their decision.
S. Kamlesh Mangal, a 59-year-old retired teacher, had named Dr Shudesh, 61, and Kerpal, 44, in her suit.
The decision yesterday was significant as a superior court had the opportunity to affirm two previous High Court decisions on the award of such damages to an aggrieved spouse.
The Law Reform (Marriage and Divorce) Act 1976, which governed non-Muslims, states the court has the discretion to award such compensation to an appellant if it is satisfied that the marriage has irretrievably broken down due to an adulterous relationship with a third party.
However, it said such compensation should exclude any exemplary or punitive elements.
In 1997, Datuk Mahadev Shankar had awarded RM50,000 to the aggrieved party and in 2001, High Court Judge Datuk V.T. Singham ordered a payment of RM20,000. In both cases, the recipients were women divorced by their husbands.
Kamlesh was also awarded other forms of damages and maintenance:
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
saman jgn tak saman. Jagn memperkotak-katikkan wanita yg bergelar isteri. Dan ini amaran kepada wanita perosak rumahtangga org lain dan juga amaran kepada lelaki yg curang |
|
|
|
|
|
|
|
hah mcm ni baru takot sang suami nk cureng.. padan muke kene bayar.. |
|
|
|
|
|
|
|
kes camnie pun ada.. |
|
|
|
|
|
|
|
Dah tua2 yg tak tahan tu.. hahah |
|
|
|
|
|
|
|
Kes ni leh jd precedent ni...
Tp melibatkan non muslim...kalau muslim..rasa2 mcm tak lepas je...sbb muslim leh amalkan poligamy |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #7 Dilto's post
Yup, maybe ia leh jadik precedent bagi kes civil marriage tapi bukan untuk muslim marriage. |
|
|
|
|
|
|
|
erk...BERZINA?
mati2 aku ingat malaly couple... |
|
|
|
|
|
|
|
Perosak rumah tangga boleh disaman
Saya pernah membaca mengenai kisah seorang wanita yang menyaman kekasih suaminya dengan alasan menyebabkan keruntuhan rumah tangganya. Apakah keadaan yang membolehkan seseorang berbuat demikian dan bagaimana jika orang ketiga itu adalah keluarga mentua (yang menjadi punca keruntuhan rumah tangga)?
Jawapan:
Adalah menjadi satu kesalahan bagi pihak ketiga (tanpa mengira sesiapa pun - ini termasuklah juga mereka daripada kalangan keluarga mentua) untuk mengganggu kerukunan rumah tangga sehingga berlakunya perceraian. Ini dapat dilihat dalam Seksyen 33 dan 34 daripada Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Selangor) 1995; memperuntukkan bahawa sesiapa yang menghalang pasangan yang sudah bernikah daripada hidup sebagai suami isteri adalah melakukan kesalahan dan apabila sabit kesalahan boleh didenda atau dipenjarakan.
Sekiranya mana-mana orang cuba menghasut suami atau isteri supaya bercerai atau mengabaikan kewajipan atau tanggungjawabnya kepada isteri atau suami atau keluarganya, ia adalah melakukan kesalahan dan apabila disabitkan kesalahan boleh di denda atau dipenjarakan atau kedua-duanya.
Justeru, hindarilah daripada perbuatan yang membawa kepada keruntuhan rumah tangga pasangan suami isteri. Jika mana-mana pihak ingin mendirikan rumah tangga janganlah hendaknya diganggu mana-mana pasangan suami atau isteri yang sedang hidup bahagia dan boleh membawa kepada perceraian. |
|
|
|
|
|
|
|
11 setengah tahun? |
|
|
|
|
|
|
|
wah tak rugi aku masuk sini.
satu ilmu dah dpt.
thanks syd! |
|
|
|
|
|
|
|
Dilema 'orang ketiga' Dilema
Oleh SOFIATUL SHIMA WAN CHIK dan
SITI NOR AFZAN KASIMAN
[email protected]
WAHEEDA
KEHADIRAN orang ketiga sering dikaitkan sebagai punca keruntuhan rumah tangga selebriti. Kemunculan pelakon Memey Suhaiza menyebabkan Norman Hakim dan Abby Abadi bercerai.
Pelakon Fasha Sandha pula dicop pengacau rumah tangga Nora Danish dan Rizal hingga akhirnya mereka bercerai. Terbaru, penyanyi Waheeda pula dilibatkan dalam pergolakan rumah tangga Akhil Hayy dan Maizawati Zainal.
Bagaimanapun, menuding jari kepada seseorang memanglah mudah, namun menjadi orang yang dituduh menyebabkan rumah tangga orang lain runtuh adalah satu pengalaman yang menyakitkan.
揝ewaktu saya mengalami keadaan ini, macam-macam perasaan yang saya rasa.
揙rang luar pula sibuk memberi pandangan malah tohmahan. Saya pernah berada dalam keadaan itu dan saya faham perasaan mereka yang digelar orang ketiga, |
|
|
|
|
|
|
|
betui ke ada undang2 pasal ni?
tp bagus jugak.. xde la org senang2 nk kaco umahtangga org len kan |
|
|
|
|
|
|
|
Peguam Syarie Menulis: 'Perosak' rumah tangga boleh didakwa
Oleh Musa Awang
Dalang keretakan hubungan suami isteri rakan kepada Iblis Dasim
KEHADIRAN orang ketiga dalam rumah tangga mungkin daripada kalangan ahli keluarga sendiri, membabitkan campur tangan ibu bapa, mentua, adik beradik atau orang luar adalah sebahagian faktor penyebab keruntuhan rumah tangga.
Ketua Pengarah Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN), Datuk Aminah Abdul Rahman dalam satu kenyataan mengakui kehadiran orang ketiga sering kali dikaitkan sebagai punca hubungan suami isteri bergoncang.
Walaupun orang ketiga bukan punca utama perceraian, Kajian Penduduk dan Keluarga Malaysia Keempat oleh LPPKN pada 2004, menunjukkan 12 peratus perceraian berpunca daripada kehadiran orang ketiga. Ia merujuk kepada pasangan curang dan isteri enggan dimadukan.
Perbuatan memecah-belah atau menjadi dalang punca berlakunya perceraian sebenarnya adalah perbuatan dosa dan maksiat serta boleh dikenakan tindakan mengikut undang-undang jenayah syariah.
Perbuatan memutuskan silaturahim sesama Muslim adalah amalan masyarakat Arab jahiliah. Apabila Islam muncul, Baginda Nabi Muhammad SAW membawa perspektif baru, menyeru manusia supaya menjaga silaturahim.
Firman Allah yang bermaksud: "Hai sekalian manusia, bertakwalah kepada Tuhanmu yang menciptakan kamu dari diri yang satu, dan daripadanya Allah menciptakan isterinya dan daripada keduanya Allah memperkembang biak lelaki dan perempuan yang ramai. Dan bertakwalah kepada Allah yang dengan (mempergunakan) nama-Nya kamu saling meminta satu sama lain, dan (peliharalah) hubungan silaturahim. Sesungguhnya Allah selalu menjaga dan mengawasi kamu." |
|
|
|
|
|
|
|
new info... bagus jugak ada undang2 mcm ni.. walaupun dlm Islam boleh berpoligami, tak semua suami mampu bersikap adil. Salah seorang isteri, pasti ada yg makan hati.. kepada 'dalang2' yg bersahabat dgn Iblis Dasim di luar sana, sendiri mau ingat lah... jangan tau seronok je berkasih dgn suami orang... |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|