CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: dexa

Graduates U Tak Fasih B Inggeris dan Faktor2nya

[Copy link]
 Author| Post time 23-1-2007 06:30 PM | Show all posts

FAKTOR2 PELAJAR LEMAH BAHASA INGGERIS -

memang betul pun --
kebanyakkannya memang lemah dalam BI ni
macam tak bersungguh dan tak berminat
to learn the language and to use it --


-----------------------------------------------------------------------------------------------------

Pelajar IPTA masih lemah bahasa Inggeris
Oleh Mohd Feroz Abu Bakar

30 peratus hanya kuasai tahap terendah pada ujian MUET

PUTRAJAYA: Hampir 30 peratus daripada 132,000 pelajar kolej komuniti, politeknik dan universiti awam hanya menguasai Tahap 1 dan 2 Ujian Inggeris Universiti Malaysia (MUET), iaitu tahap terendah pada ujian berkenaan.

Sebahagian besar pelajar atau 43.3 peratus pula menguasai Tahap 3 dan 21.0 peratus lagi Tahap 4.

Kajian awal Kementerian Pengajian Tinggi tahun lalu, mendapati 5.7 peratus pelajar menguasai Tahap 1 dan 23 peratus Tahap 2, manakala 1.9 peratus saja menguasai Tahap 6 dan 5.1 peratus Tahap 5.

Menterinya, Datuk Mustapa Mohamed, berkata keputusan kajian awal itu menunjukkan tahap penguasaan bahasa Inggeris di kalangan pelajar kurang memuaskan.

Sehubungan itu, katanya, semua universiti diarah mencari jalan meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris di kalangan pelajar.

Bercakap kepada pemberita selepas menyampaikan perutusan 2007 kementeriannya di sini semalam, beliau berkata, beberapa universiti kini mula mengadakan kelas tambahan khas bagi meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris.

"Kita juga berusaha meningkatkan penguasaan bahasa antarabangsa di kalangan pensyarah muda dan mengadakan kursus untuk pensyarah bidang tertentu yang memerlukan mereka mengajar dalam bahasa Inggeris," katanya.

Mustapa bagaimanapun berkata, tahap penguasaan bahasa Inggeris di kalangan pelajar dan pensyarah sekarang tidak membimbangkan, tetapi perlu ditingkatkan bagi membolehkan Malaysia menjadi hab pendidikan tinggi rantau ini.

Beliau berkata, sebelum ini Majlis Naib Canselor mencadangkan pelajar universiti awam wajib menguasai bahasa Inggeris Tahap 3 MUET sebelum menamatkan pengajian.

"Bagaimanapun, cadangan itu ditolak kementerian selepas mengambil kira sesetengah pelajar datang dari luar bandar dan program pengajian tidak memerlukan mereka menguasai bahasa antarabangsa dengan baik," katanya.

Mustapa berkata, kementerian juga sedang mengumpul data mengenai tahap penguasaan bahasa Inggeris di kalangan pensyarah universiti awam.

Mengenai dua Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) yang didakwa melahirkan doktor tidak berkualiti, Mustapa berkata, Lembaga Akreditasi Negara (LAN) bersama Majlis Perubatan Malaysia (MMC) sedang menyiasat dakwaan itu.

揝etakat ini, saya belum mendapat laporan terperinci. LAN bertanggungjawab kepada kualiti, dan jika didapati benar, tindakan sewajarnya akan diambil,
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-1-2007 11:58 PM | Show all posts
dah macam2 usaha tapi masih lemah....apa lagi usaha yg bleh dijalankan? usahanya tak menjadi ka, cikgunya tak bagus ka, muridnya bebal sangat ka, modulnya tak bagus langsung ka......masalah ni bukan masalah baru
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2007 07:09 AM | Show all posts
soalan susah sangat kut ! :hmm:
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2007 08:54 AM | Show all posts
tak paham sistem muet nih....which one is better...tahap 1 ke tahap 3?
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2007 09:45 AM | Show all posts
sebab apa lemah???
kalau nak student uni pandai bhs omputih sepatutnya mulakan dari awal.. fully english start dari tadika lagi. kalau dah masuk u, susah la. nak lentur buluh kena la mula dari rebung.

lagi satu, perketatkan syarat kemasukan ke uni. syarat yg digunapakai skarang ni antara lain ambik MUET, bukan lulus MUET. sebab tu yg lemah BI (yg dapat band 1 dlm MUET) pun boleh masuk uni. akibatnya ramai la pelajar lemah BI kat uni.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-1-2007 07:36 PM | Show all posts
Sistem sekolah antara faktor BI lemah

KUALA LUMPUR: Masalah pelajar kolej komuniti, politeknik dan universiti awam kurang mampu menguasai bahasa Inggeris perlu dilihat dari aspek sistem pendidikan sejak di sekolah rendah dan menengah yang menggunakan bahasa kebangsaan.

Ia kerana selepas 13 tahun berada dalam sistem pendidikan berkenaan, agak sukar untuk universiti menggilap mereka menguasai bahasa Inggeris sepenuhnya, sedangkan pada masa sama universiti perlu memberi ilmu khusus berdasarkan bidang pengajian mereka.

Naib Canselor Universiti Malaya (UM), Datuk Dr Rafiah Salim, berkata pelajar universiti yang mengikuti sistem pendidikan 13 tahun di sekolah, terutama di luar bandar agak sukar menguasai bahasa Inggeris sepenuhnya tetapi mesti terus dibimbing untuk menguasainya.

揔ita jangan lupa, kita sudah terlalu lama menggunakan bahasa kebangsaan dalam sistem pendidikan di sekolah. Apabila melangkah ke universiti sudah tentulah mereka kurang mampu menguasai sepenuhnya bahasa Inggeris.

揝aya bukan hendak menyalahkan sistem pendidikan kita. Cabaran kami ialah memberikan ilmu khusus untuk mereka dan pada masa sama memantapkan penguasaan bahasa Inggeris mereka,
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 24-1-2007 11:51 PM | Show all posts
Aku nyer muet dulu band 3... tapi kegagalan demi kegagalan, aku cuba gak improve. Alhamdulillah ler, environment byk menyokong. Waktu belajar dulu aku gigihkan jugak amik extra english classes, walaupun kengkawan aku taknak ikut sekali. Biasanya aku kalau kawan ikut baru aku ada mood, tapi kali nie aku tak kisah... aku nak amik gak. Dalam kelas tu sensorang jer jadi budak Melayu, yg lain kalau tak Cina, India atau Mamak. Aku amik pun sebagai subjek audit, tak sangka lak the very last english subject yg aku tak kira dalam pengiraan kredit pun aku bleh dapat A.

Pastuh, bila grad, aku dapat kerja kat private firm. Mmg speaking memanjang. Buat surat semua kena pakai english. Buat report pun english. Jadi aku nie pon makin lama makin tajam gak ler english aku. Hehehe. Bila dapat kerja govt pun the same thing.. environment banyak speaking. Dalam meeting pun speaking english. So, skarang nie bolehlah tahan.. hehe...
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2007 08:29 AM | Show all posts
Malu nak mencuba, cemuhan dari rakan sekeliling
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-1-2007 11:09 AM | Show all posts
Originally posted by lady_nF at 24-1-2007 08:54 AM
tak paham sistem muet nih....which one is better...tahap 1 ke tahap 3?


http://www.meteor.com.my/index.php?op=view&m=5&page=82
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2007 01:27 PM | Show all posts

faktor?

banyak faktor
-malu nak cakap
-segan
-kwn 2 perlekehkan
-bahasa pengantar sendiri tak tukar and still campur2

CADANGAN SAYA
-wajibkan ajer belajar bahasa inggeris kat U..so bleh improve although the course not in english
-maybe we can include english conversation for beginners and proffesionals as elective course in private colleges or IPTA and IPTS
-kalau compulsorykan pun ok gakler..so everybody has to master this language
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2007 05:15 PM | Show all posts

Reply #10 ctsueraya's post

subjek BI mmg wajib kat U.. BI merupakan kursus teras U
ada baiknya wajibkan penggunaan BI ketika kuliah/pembentangan/exam
tapi sebelum tu pelajar2 yg bakal masuk ke U perlu disiapsediakan
ajar BI sepenuhnya di sekolah rendah dan menengah
so that bila masuk ke alam U mereka tidak kekok ngan BI dan dpt adapt persekitaran dengan baik

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2007 06:54 PM | Show all posts
You have to think in english if u want to speaks english fluently. thats the root cause.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-1-2007 07:10 PM | Show all posts
Originally posted by penyudisko at 25-1-2007 06:54 PM
You have to think in english if u want to speaks english fluently. thats the root cause.



would be great if u can give some instances  --

- to speak english fluently ---
u need to SPEAK the language  

in the beginning - you gonna make lots of mistakes -
grammatically errors, pronunciation errors  and whatnot --

we learn from them -

practice makes perfect --
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2007 10:32 PM | Show all posts

Reply #13 dexa's post

hehehehe... sometimes.. tersasul pun ada... but true.. practice makes perfect
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-1-2007 08:29 PM | Show all posts
Program ELiTE bantu kuasai bahasa Inggeris
Oleh Syuhada Choo Abdullah

Empat negeri perintis pembelajaran khas guna tujuh model


KEMENTERIAN Pelajaran memperkenalkan program Literasi Awal Melalui Bahasa Inggeris (ELiTE) sebagai inisiatif terbaru membantu murid Tahun Satu menguasai asas bahasa Inggeris secara intensif, tahun ini.

Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Dr Ahamad Sipon, berkata aspek penguasaan asas bahasa berkenaan meliputi kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis.

Beliau berkata, peningkatan penguasaan asas melalui program itu secara langsung akan turut menyediakan murid terbabit mengikuti pengajaran dan pembelajaran (P&P) Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris dengan berkesan.

Sebagai permulaan, katanya, program itu dilaksanakan secara rintis membabitkan 50 sekolah rendah merangkumi sekolah kebangsaan (SK) dan sekolah jenis kebangsaan Cina (SJKC) serta Tamil (SJKT), di empat negeri.

揇aripada jumlah itu, 20 sekolah adalah di Kelantan, Terengganu (20) serta masing-masing lima lagi di Bentong, Pahang, dan Sembrong, Johor, membabitkan 5,000 murid Tahun Satu.

揝ekolah berkenaan merangkumi pelbagai tahap pencapaian berdasarkan Ujian Pelepasan Dua Program Kelas Intervensi Awal Membaca dan Menulis (KIA2M) tahun lalu dengan nisbah 20 peratus atau 10 sekolah berprestasi tinggi, 30 peratus (16) sederhana dan 50 peratus (24) rendah.

揚ada penggal pertama persekolahan, murid terbabit akan mengikuti program ELiTE dalam waktu mata pelajaran Bahasa Inggeris, Sains dan Matematik, iaitu 18 waktu seminggu di SK, SJKC (10) serta SJKT (13).

揑ni bermakna guru setiap subjek terbabit akan mengajar bahasa Inggeris pada waktu masing-masing. Begitupun, elemen pelajaran Sains dan Matematik masih diterapkan merentasi pengajaran itu ketika waktu dua mata pelajaran berkenaan.

揘amun pada penggal kedua pula, murid berkenaan akan mengikuti program ELiTE dalam waktu mata pelajaran Bahasa Inggeris saja kerana P&P sepenuh Sains dan Matematik dimulakan,
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2007 09:20 PM | Show all posts
aku ms skolah haram xreti BI. kat U tepaksa kene reti sal sume buku pakai BI, lecturer sume ckp BI. ms keje lagila, sumoorang spiking!

so skg aku dah terel.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-1-2007 09:12 AM | Show all posts
jangan kita harapkan graduan mahir/fasih berbahasa Inggeris kalau mereka tidak diberikan asas/pendedahan yg secukupnya. bila masuk Uni baru nak mantapkan BI tentulah agak sukar (terutamanya bagi pelajar dari pantai timur, kawasan pedalaman, luar bandar). sekian lama kita terutama pelajar Melayu disogok dengan mentaliti jatidiri, ketuanan Melayu, slogan bahasa jiwa bangsa dsb yg sebenarnya mungkin secara tidak disedari telah melunturkan minat kita utk menguasai bahasa asing. jadi jangan menuding jari pada graduan semata2, mereka merupakan produk uni, bagaimana rupa produk tsb sama juga dengan bentuk acuannya. pastikan pelajar lepasan sekolah telah mantap BI sebelum mrk menjejakkan kaki ke uni. itu yg sebaiknya. kita boleh saja anggap sejauh mana kualiti graduan bergantung pd usaha masing2. tapi kita juga jgn lupa dgn apakah peranan yg dimainkan oleh sistem pendidikan itu sendiri.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2007 04:05 PM | Show all posts
read ENGLISH materials...derang semua tak minat...camna
nak master the language...
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2007 04:15 PM | Show all posts

Reply #18 seribulan's post

majalah pun tak beli yg english nyer.. camner nak improve..
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2007 04:21 PM | Show all posts
tapi kalau lagu bahasa omputih boleh pulak nyanyi.. siap hafal lagi
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

9-5-2024 01:24 PM GMT+8 , Processed in 0.344005 second(s), 44 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list