CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 9139|Reply: 20

Anak Pahang Dalam Kenangan : Al-Fatihah untuk Allahyarham Sudirman

[Copy link]
Post time 22-2-2007 11:27 PM | Show all posts |Read mode
Al-Fatihah, semoga Rohnya diletakkan di sisi roh-roh orang yang beriman....
Tanggal 22 Feb 2007, genaplah 15 tahun pemergian Allahyarham ke Rahmatullah....
Sebagai anak Pahang (Temerloh) tersentuh hati ini bila membaca artikel yg ditulis di dalam media bagi mengenang jasa beliau...
harap-harap orang Istana Pahang dapat menganugerahkan gelaran Datuk buat Allahyarham memandangkan Siti Nurhaliza (yang mahsyur selepas Allahyarham) telah dianugerahkan dengan gelaran Datuk.
walau apa pun, saya berterima kasih dengan usaha Majlis Daerah Temerloh yg memberikan nama Jalan Sudirman di Temerloh.
-AL-FATIHAH-

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-2-2007 04:00 AM | Show all posts
tengok gambar rumah arwah kat temerloh tu bersepah2....dalam suratkabo 2 3 hari baru nih...
Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2007 02:42 PM | Show all posts

Reply #1 gorgon's post

Al-Fatihah jugak dari saya.
Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2007 04:16 PM | Show all posts
al-fatihah untuk seniman negara yg telah banyak berjasa untuk rakyat malaysia dan juga pahang.
Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2007 07:54 PM | Show all posts
semoga rohnya tenang disana.
Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2007 11:31 PM | Show all posts
al-fatihah dari sya
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 26-2-2007 08:09 AM | Show all posts
semoga segala amal yg dilakukan semasa hidup menjadi pemudah untuk beliau di alam sana
Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2007 09:49 AM | Show all posts
Lagu Sudirman mengimbau kenangan lalu...
Sewaktu saya masih tercari-cari teman sehati sejiwa.

Lirik lagu Terasing.
Kegelisahan didalam kedinginan
Meniti sepi keseorangan
Sebuah kematian yang tiada bernisan
Sendu mengiringi perpisahan

Ruang nan luas diri bergerak bebas
Namun keupayaanku terbatas
Segala mimpi menjadi asing
Perit membakar diri

Sebuah cinta dan harapan
Menjadi mimpi berterbangan
Tersekat nafasku kabur pandangan mataku
Amat tersiksa diriku
Kerana kehilanganmu

Oh mengapakah terus mengharap menanti
Walau cukup kusedari
Kau tak kan kembali

Pemergianmu mengisi kekosongan
Biarpun dikau masih kuperlukan
Kita dikatakan pasangan bahagia
Kini terasing luka

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-2-2007 10:06 AM | Show all posts

Reply #1 gorgon's post

Al fatihah untuknya~~~~




Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2007 05:34 PM | Show all posts
aku terlewat..
tapi al-fatihah jua buat beliau
Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2007 10:37 PM | Show all posts
al fatihah..
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2007 11:08 PM | Show all posts
masih sempat utk sedekah Alfatihah........bila balik kg selalu jenguk atas bukit umah kakak dia........masa sakit dia ada kat situ.....sebelah kg jekk!!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-3-2007 11:58 PM | Show all posts
aku masih terkilan sebab dia tak dapat Datuk.... Sultan Pahang kena ler bagi dia Datuk... banyak sgt jasa dia kepada Pahang & Msia di dalam bidang seni....
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2007 09:22 AM | Show all posts

Reply #13 gorgon's post

:setuju:  

al fatihah untuk allahyarham sudirman..
minat dengar lagu2 dia...
mmg sedap...
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2009 11:46 AM | Show all posts
Al-fatihah....
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2009 11:57 AM | Show all posts
Perlukah gelaran buat Sudirman?

Oleh SAHARUDIN MUSTHAFA saharudin.musthafa@utusan.com.my


SUDAH 17 tahun meninggalkan kita, namun sudirman masih terus dikenang oleh rakyat malaysia.

SEMALAM merupakan hari yang paling signifikan untuk mengenang penghibur kesayangan ramai, Sudirman Haji Arshad.

Ini kerana semalam genap 17 tahun penyanyi itu dijemput menghadap Yang Maha Esa.

Allahyarham menghembuskan nafas terakhir pada usia 37 tahun pada 22 Februari 1992.

Lalu hari ini peluang diambil biarpun terlewat sehari untuk mengajak seluruh pembaca mengenang Allahyarham.

Menghasilkan artikel yang berbentuk tribute buat seorang seniman besar seperti Sudirman bukan satu perkara yang mudah.

Apa lagi Allahyarham merupakan seorang penggiat seni yang ketika hayatnya sangat disenangi, dikagumi dan dihormati oleh segenap lapisan rakyat Malaysia.

Maka, penghasilan artikel yang sedemikian perlulah tidak menyentuh sensitiviti mana-mana pihak - terutama keluarga Allahyarham.

Setiap kali menjelang ulang tahun kematian penghibur rakyat ini, kita akan terus mendengar cerita-cerita Sudirman pelbagai versi.

Sepanjang bergelar anak seni, Sudirman berhibur untuk semua orang sehingga kita ada kalanya terlupa bahawa seniman seperti beliau juga sering diuji dengan beban hidup.

Rakan-rakan serta mereka yang pernah menjadi sahabat karib Sudirman barangkali sudah arif benar dengan perjuangan dan pengorbanan seninya.

Kalau di pentas dahulu, acap kali yang dialunkan Sudirman di pentas-pentas dengan kilauan neon, semuanya adalah gambaran hidup beliau yang panjang.

Gambaran hidup yang penuh calar luka seorang manusia seni yang sensitif dan perasa.

Sebetulnya, ketika di hadapan khalayak, hanya beliau sahaja yang tahu betapa saratnya beban yang ditanggung.

Ironinya, tidak ramai yang mampu mengerti bahawa betapa sekalipun berat beban kehidupan seorang seniman itu, beliau terpaksa tampil dengan seribu kegembiraan dan keperkasaan demi khalayaknya.

Masih lagi teringat kata-kata beliau mengenai kehidupannya seperti yang dilaporkan dalam sebuah majalah hiburan.

Menurut Sudirman, yang paling memilukan dalam hidupnya ialah apabila tidak sempat menikmati kasih sayang ibu dan perkahwinan yang gagal.

Saya tidak pernah berjumpa Sudirman. Semasa beliau menghembuskan nafasnya yang terakhir, saya masih di sekolah menengah.

Hanya melalui rakan-rakan, ahli keluarganya serta menerusi pembacaan sahaja, personaliti Sudirman saya kenali.

Yang jelas, Sudirman yang satu Malaysia kenali ialah beliau seorang penyanyi bijak dan berilmu.

Aliran pemikiran Sudirman menjangkau apa yang sebahagian besar masyarakat fikirkan di ambang kemasyhuran beliau menerusi lagu-lagu rakyat.

Karya-karya seni perjuangan Sudirman telah mengajar kita banyak ilmu kehidupan.

Seniman bertubuh kecil tetapi berjiwa besar itu telah banyak berjasa kepada kita menerusi nota-nota seninya.

Jiwa dan aspirasi Sudirman pada orang kampung misalnya diterjemahkan ke dalam lirik lagu Apa Khabar Orang Kampung.

Mereka yang pernah menjadi penganggur pula sudah tentu berterima kasih kepada Sudirman kerana memberikan motivasi yang bukan sedikit untuk bangkit daripada kedukaan menerusi lagu Aku Penganggur.

Itu belum lagi mengambil kira sejumlah besar teruna dan dara yang pernah menjadikan lagu-lagu cinta dendangan Allahyarham sebagai rakaman kepada musim-musim indah dan duka percintaan mereka.

Sebahagian besar lagu nyanyian Sudirman dianggap banyak pihak sebagai manifestasi sosial pada zamannya.

Sudirman sudah lama menyusur dalam kemelut masyarakat.

Andai ada yang mahu membuat perbandingan cerita-cerita kejayaan artis-artis popular masa kini dengan era kegemilangan Sudirman, yang boleh dirumuskan ialah, Allahyarham jauh lebih beruntung ketika hayatnya.

Siapa yang pernah mengadakan konsert solo yang ditonton oleh lebih 100,000 orang di tengah-tengah pusat bandaraya Kuala Lumpur kalau bukan Sudirman?

Sudirman juga terlebih dahulu menjejakkan kaki di Royal Albert Hall, London memahat nama Malaysia.

Di dewan itulah dia diangkat sebagai Penghibur Nombor Satu Asia.

Rasa kasih dan cinta Sudirman pada negara tidak pernah kurang walau seinci.

Apa yang jauh lebih penting daripada itu juga, Sudirman bukanlah seorang seniman yang meninggalkan kekayaan yang melimpah ruah.

Namun, itu bukan alasan kenapa beliau wajar diperkecilkan kerana tinggalan harta atau kekayaan bukanlah simbol kepada kejayaan seseorang artis.

Yang paling utama, menghargai Sudirman menerusi pemikirannya dan kebijaksanaannya adalah sebaik-baiknya.

Jadi, perlukah Sudirman dihargai dengan panggilan atau gelaran tertinggi?

Semua itu, terpulang pada pemahaman kita kerana kalau pemberian gelaran atau pingat kebesaran hanya sekadar panggilan semata-mata tanpa kita menghargai nilai-nilai murni dalam karya seni tinggalan Allahyarham, apa pula maknanya penghargaan itu?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-2-2009 12:20 PM | Show all posts
One in a million.............. Al- Fatihah
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2009 12:31 PM | Show all posts
Depan Mata: Lagu Sudirman unik, ada maksud mendalam



Rap
SEMALAM, genap 17 tahun pemergian penghibur Sudirman Haji Arshad. Dalam usia 38 tahun, Sudirman menyahut panggilan Ilahi kira-kira jam 4 pagi, 22 Februari 1992 akibat penyakit radang paru-paru. Kematian Sudirman bukan saja satu kehilangan besar kepada industri seni tanah air, malah turut mengundang seribu andaian.

Malam Jumaat lalu saya sempat menghadiri majlis tahlil untuk arwah di Restoran Puteri, Sungai Penchala diketuai Ustaz Mohd Asri Ibrahim. Ramai artis muda hadir antaranya, Bob AF2, Khai, Eira Syazira, Alyah, Diddy, Farah Asyikin, Noniswara dan Erra Fazira yang sarat mengandung. Berita mengenainya dipaparkan dalam Harian Metro hari ini.

Dalam pada itu, saya tertarik dengan satu kiriman emel daripada pembaca yang hanya dikenali sebagai Yusri sempena 17 tahun pemergian Sudir. Katanya, generasi muda hari ini mungkin ramai yang tidak mengenali Sudirman tetapi lagu-lagu peninggalan arwah meninggalkan kesan mendalam kepada mereka.

Sebagai guru, katanya, dia cuba menguji anak muridnya berusia 16 tahun dengan memainkan lagu Sudirman selepas waktu belajar dan bertanya mereka siapakah penyanyinya. Mereka serentak menjawab Sudirman.

Apa yang membanggakan mengenai lagu Sudirman ialah kreativitinya kerana unik dan amat mendalam maksudnya hingga boleh memberi banyak pengertian dan pengajaran. Contoh diberikan ialah lagu Kehadiranku yang dimuatkan dalam album Abadi pada 1982.

DULU KAU PERNAH DILUKAI, DAN ENGKAU PERNAH DINODAI, TAPI SEMUA KAU RENANGI, BERIRING AIRMATA, SEGALA DERITA

SUNGGUH TERHARU HATI INI, DENGAN APA YANG KAU LALUI, INGIN KU MERANGKAI JIWAMU, AGAR LUKA LAMA, TAK BERDARAH KEMBALI

HADIRNYA KU DI SISIMU, DENGAN HATI TULUS SUCI, KUBELAI SEPENUH JIWA, TIADA LAGI AIRMATA

SELAGI ADA HAYAT INI, KU JUNJUNG KEBAHAGIAAN MU, TAPI BILA SAMPAI WAKTU, DOA DAN RESTU KU, MENJAGAMU SELALU

Apabila meneliti lirik lagu yang ditulis Sudir ini mungkin majoriti mengatakan ia kisah gadis yang pernah dinodai kemudian datang seorang jejaka untuk mengambilnya sebagai kekasih.



Katanya, kalau diteliti dengan mendalam sebenarnya lagu ini ditujukan khas buat negara kita Malaysia. Saya tertarik untuk berkongsi cerita ini dengan pembaca ruangan ini. Selain Kehadiranku, lagu lain turut dimuatkan dalam album ini ialah 31 Ogos, Warisan dan Tegakkan Bendera Kita.

Mengikut pemahaman beliau, lirik lagu itu membawa maksud dulu negara kita pernah dijajah bangsa asing. Kehadiran anak muda ini adalah untuk menjaga kedaulatan negara dan keamanan dan tidak akan membenarkan negara kita dijajah lagi.

Janji anak muda, akan terus menjaga negara kita dengan sepenuh hati agar nikmat kemerdekaan yang kita kecapi akan berkekalan.

"Anak murid saya terpegun mendengar ulasan saya itu dan mereka akui, walaupun mereka tidak sempat mengenal Sudirman, lagu-lagunya amat merdu dan banyak memberi teladan dan nasihat berguna.

"Lagu-lagu Sudir bersesuaian dalam kita menjalani kehidupan seharian dan amat relevan dalam semua keadaan. Ada lagu untuk pencari kerja (Aku Penganggur), untuk jururawat (Jamilah), gadis pekerja kilang (Pulang Dari Kerja), adik-adik pelajar (Pesan Abang), untuk keamanan dunia (Anak Dunia) malah untuk rakan artis ada lagu Seniman Tua (dari album Perasaan) mengenai seniman yang dahulunya dipuja dan disanjung akhirnya di hari tuanya terpinggir seorang diri. Ini memang berlaku dan seharusnya menjadi renungan artis kita.

"Kebanyakkan lagu Sudirman waktu mula-mula tidak semuanya popular, sebaliknya cuma satu atau dua lagu saja. Contohnya, pada 1982 apabila album Lagu Cinta dikeluarkan, cuma lagu Bila Wajahmu Kubayangkan dan Malam Ini kerap diputarkan radio manakala lagu lain kurang dimainkan juruhebah radio seperti Pelangi Petang.

"Tapi setelah Sudir tiada, mana-mana lagu yang terperap selama ini menjadi hit. Saya mengharapkan syarikat rakaman yang bertanggungjawab memegang hakcipta lagu-lagu Sudirman supaya dapat menngeluarkan semula lagu-lagu beliau yang selama ini belum dikoleksikan.

"Jangan asyik keluarkan lagu yang sama sahaja dalam sesuatu album. Banyak lagi lagunya yang menarik tetapi tidak ramai yang tahu seperti Cahaya Hidupku, Hari Itu Dalam Kenangan, Hanya Bagai Mimpi, Hanya Lagu, Usah, Mari Berlari (Jogging), Planet Gringgragong dan Hidup di Kota.

"Kepada Radio Televisyen Malaysia (RTM), apa salahnya siarkan semula rakaman penuh rancangan yang pernah disertai dan dihostkan Sudirman seperti detik-detik kemenangan Bintang RTM 1976, Mekar Sejambak, Senada, Puspawarna dan Dwi Puspa," katanya.

Bagi saya, setiap orang mempunyai persepsi sendiri dan tidak semestinya semua orang mempunyai penilaian sama. Mungkin majoriti melihat Kehadiranku sebagai lagu cinta tetapi ada insan lain yang mungkin lebih mendalam dan teliti melihatnya dari sudut lain.

Hal sama berlaku kepada lagu popular Mawi, Aduh Saliha yang ditulis Allahyarham Loloq atau Rosli Khamis yang dihantar kepada saya tidak lama dulu. Hakikatnya, kata pengirim emel itu, lagu itu mengenai rintihan ulama kepada orang yang soleh dan solehah.

Sememangnya peranan lirik itu penting kerana ia luahan hati insan yang menulisnya. Ada yang tersirat hingga perlukan penelitian mendalam untuk melihat maksud sebenarnya dan ada juga menggunakan kata-kata mudah dan ringkas supaya mudah difahami maksudnya.

Tapi ada juga lirik sekadar menyedapkan lagu tanpa mempunyai maksud tersirat yang ingin disampaikan.
Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2009 02:42 PM | Show all posts
Sudir layak dapat Tan Sri

Oleh FAIZAL SAHARUNI
mfaizal@kosmo.com.my

WAJAH penghibur yang terus dirindu meskipun sudah 17 tahun meninggalkan peminat yang hari ini masih mencintai dirinya.



SUDAH sampai masanya untuk penghibur yang sudah 17 tahun meninggalkan peminatnya, Allahyarham Sudirman Haji Arshad diberi penghormatan tertinggi dalam negara.

Pingat kebesaran yang membawa gelaran Datuk barangkali disifatkan sebagai sangat sesuai dalam menghargai segala jasa-jasa yang pernah ditinggalkannya lewat lagu-lagu yang bercakap soal kemanusiaan.

Seperti kata kakak angkat Allahyarham yang juga antara insan paling rapat dengan kehidupannya, Habsah Hassan, jasa Sudir terlalu besar.

"Jasanya menggunung, merentasi sempadan. Lagu-lagu yang ditinggalkan bercakap tentang bahasa kemanusiaan, kesejagatan dan kesetiaan kepada bangsa dan negara.

"Kenapa perlu menunggu selama 17 tahun untuk memberikan Allahyarham satu gelaran yang berprestij?" tanya Habshah yang dilontarkan kepada media lewat acara tahlil ulang tahun ke-17 pemergian seniman tersohor itu ke rahmatullah.

Kosmo! cuba mendapatkan pendapat seniman-seniman lain berkenaan dengan pemberian anugerah kepada Sudirman.

Permintaan Habsah turut disokong oleh Sasterawan Negara, Datuk A. Samad Said atau mesra di kalangan masyarakat sebagai Pak Samad.

Menurut Pak Samad, sudah tiba masanya penghargaan yang wajar diberikan kepada Sudirman yang memberikan seluruh jiwa raganya kepada dunia seni sepanjang kehidupannya.

"Tidak sekadar dengan memberikan gelaran Datuk, Tan Sri pun sudah layak untuk Sudirman," kata Pak Samad.

Bagaimanapun menurut Pak Samad, jika bukan dua gelaran itu sekalipun, anugerah tertinggi lain juga boleh diberikan sebagai menghargai sumbangan beliau kepada tanah air tercinta ini.

"Kehadiran Sudirman dalam cabang seni ternyata menambat hati banyak pihak tanpa mengira lapisan bangsa dan peringkat umur.

"Tidak salah jika Sudirman dianugerahkan dengan gelaran Seniman Negara disebabkan dia memberikan banyak sumbangan kepada negara semasa hayatnya.

"Sehingga ke hari ini, karya-karya milik arwah masih kekal diingati masyarakat meskipun sudah 17 tahun Sudirman meninggal dunia.

"Jadi, apa lagi yang harus ditunggu?" soalnya sambil mengharap cadangan berkenaan diberikan perhatian oleh semua pihak yang berkaitan.

Seniman Tan Sri Jins Shamsudin, bagaimanapun memiliki reaksi yang tersendiri apabila ditanya lebih lanjut tentang perkara itu.

Menurut Jins, pengiktirafan atau gelaran tertinggi sewajarnya diberi kepada individu yang masih hidup, bukan yang telah meninggal dunia seperti Sudirman.

"Contoh terdekat seperti Allahyarham Tan Sri P. Ramlee yang sudah meninggal dunia. Setelah 17 tahun, barulah beliau dapat gelaran tertinggi selepas menabur sumbangan kepada negara tercinta.

"Sepatutnya beliau meraih gelaran ini semasa masih hidup. Sekurang-kurangnya dapatlah beliau merasa gelaran yang diberikan meskipun saya mengerti bukan status yang dicari olehnya.

"Alhamdulillah, saya amat bersyukur apabila menerima penghargaan daripada kerajaan semasa masih hidup, malah masih bergiat dalam bidang seni," katanya tanpa berselindung.

Penggiat seni yang juga seorang pensyarah dalam pengajian teater dan filem serta Dekan Fakulti Teknologi Kreatif dan Artistik, Universiti Teknologi MARA (UiTM), Prof. Dr. Hatta Azad Khan juga sependapat dengan Habsah dan Pak Samad.

Bagaimanapun beliau melihat pengiktirafan yang diberi meliputi pelbagai aspek, bukan hanya kepada gelaran.

"Istilah penghargaan tidak semestinya hanya gelaran seperti Datuk atau Tan Sri. Penghargaan kepada arwah adalah dengan mengkaji semula jasa dan sumbangan dia semasa bergelar anak seni.

"Contohnya kita boleh buat kajian tentang lagu-lagu popularnya, kaji semula cara dia bekerja, mengukur kejayaan konsert yang pernah dia lakukan sebelum ini.

"Dengan adanya kajian tentang perkara-perkara ini, barulah masyarakat tidak akan melupakannya.

"Bahan kajian ini juga dapat disimpan di muzium sekali gus dijadikan pameran untuk peminat dan generasi baru. Orang ramai juga dapat menjadikan beliau sebagai contoh dan teladan menerusi sikapnya yang disiplin serta cara dia bekerja.

"Kajian ini memang mustahak kepada masyarakat berbanding pemberian gelaran semata-mata," ungkapnya.

Bagi Datuk A. Rahman Hassan, gelaran untuk Sudirman pada ketika ini sudah menjadi sesuatu yang tidak perlu diperkatakan.

Gelaran penting itu katanya, wajar diberikan sekiranya individu itu masih hidup.

"Kalau sudah lama pergi, saya rasa tidak perlulah beri sebarang gelaran lagi. Melainkan jika ada mana-mana pihak yang ingin berikan anugerah, saya rasa tiada salahnya.

"Sudirman memiliki keistimewaan tersendiri yang menjadikan dia unik dalam ramai artis yang ada di Malaysia. Berbalik soal pemberian anugerah, sukar untuk saya jelas dengan lebih terperinci disebabkan kita tidak punya tempat rujukan sebenar.

"Ada pihak yang layak, namun tidak dapat anugerah yang sepatutnya dan perkara sebaliknya turut terjadi. Sukar juga hendak diukur kalau saya ingin bercakap tentang gelaran atau pengiktirafan. Ia bergantung kepada rezeki masing-masing dalam soal ini," ujarnya.

A. Rahman juga melahirkan rasa kecewanya apabila melihat ramai lagi penggiat seni yang mencakupi pengkhususan dalam wayang kulit, bangsawan dan mak yong, seolah-olah dipinggirkan dan tidak diberikan sebarang gelaran.

"Saya harap dalam waktu terdekat, beberapa tokoh ini dapat pengiktirafan masing-masing kerana hasil kerja mereka sekali gus mencurahkan bakti tidak terhingga kepada negara.

"Kalau hendak bercakap tentang sumbangan Sudirman, saya merasakan terlalu banyak, apatah lagi penglibatannya dalam bidang seni mempamerkan banyak kejayaan.

"Bukan itu sahaja, Sudirman sebenarnya banyak melakukan kerja kebajikan semasa arwah bergelar Timbalan Presiden Persatuan Penyanyi, Pemuzik dan Penulis Lagu Tanah Air (Papita) pada tahun 1986.

"Boleh dikatakan saya mengenali arwah walaupun tidaklah terlalu rapat. Lantaran itu, saya harap pengiktirafan yang sewajarnya harus diberikan kepada Sudirman dalam bentuk anugerah," katanya.
Reply

Use magic Report

Post time 18-6-2009 12:52 PM | Show all posts
Allahyarham Sudirman dianugerah gelaran Datuk

PEKAN: Buat pertama kali, penghibur tersohor tanah air, Allahyarham Sudirman Arshad menerima gelaran Datuk apabila dianugerahkan Datuk Darjah Sultan Ahmad Shah Pahang (DSAP) pada istiadat pengurniaan Pingat Negeri sempena Memuliakan Hari Keputeraan Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah di sini, hari ini.

Allahyarham yang meninggal dunia 20 tahun lalu, diwakili kakaknya, Datin Rodziah Arshad bagi menerima anugerah berkenaan daripada Sultan Pahang dalam istiadat di Balairung Seri, Istana Abu Bakar.

Selain itu, seramai 188 orang menerima darjah dan pingat sempena memuliakan ulang tahun ke-78 Sultan Ahmad Shah.
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-5-2024 05:30 PM GMT+8 , Processed in 0.099406 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list