CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 8374|Reply: 28

Tolonglah ikan ku ini...

[Copy link]
Post time 21-2-2007 08:33 PM | Show all posts |Read mode
Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada para pencinta haiwan sekalian,

nak tumpang bertanya kepada mereka yang arif dan yang pernah mengalami situasi macam aku ni...gini ceritanya...

aku ada bela ikan...5 ekor kesemuanya...2 ekor goldfish, 1 ekor black lion-tailed goldfish (dulu ada 2 ekor, tapi sekor dah arwah), lagi 2 ekor tu ntah hape ke nama spesisnya tapi berbentuk 3 segi celoreng2 la sket2...kalau dah bela ikan, dah tentu le aku kena ada akuariumnya...bila dah ada akuarium, dah semestinya aku kena cuci bila sampai masa yang sepatutnya...kan?

So semalam petang aku pon buat la aktiviti penyelenggaraan akuarium dengan begitu berdedikasi sekali卥ira2 45 minit gak la aktiviti itu berjalan卍ari mencuci keladak2 blue sand, motor, aksesori2 sampai la pengisian semula air ke dalam akuarium卋ila dah settle semua tu, aku masukkan balik bebudak ikan tu ke dalam akuarium 卥emudian aku perasan ada something wrong with ikan peliharaan aku yang paling senior kat situ iaitu ikan lion-tailed goldfish tadi卻elalunya beliau akan berenang2 manja sambil2 membelasah ikan2 lain yang ada kat dalam tu, tapi kali ini berbeza
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-2-2007 09:37 PM | Show all posts
Sebenarnya tak perlu cuci sampai begitu sekali. Cuma tukar sebahagian air je. Iaitu antara 20-50% bahagian air. Ikan tak perlu dikeluarkan dari akuarium. Tukar air 2 minggu sekali atau selewat-lewatnya 6 bulan sekali je. Filter tu cuci dengan air akuarium atau air yg tiada klorin untuk elakkan bakteria yg baik mati. Tentang ikan yg sakit tu ucapkanlah selamat tinggal. Biarlah dia pergi dengan aman bila tiba masanya.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

fins This user has been deleted
Post time 21-2-2007 10:41 PM | Show all posts
mmm... rasanya dia kena parasit.. cuba ler letak ubat anti-parasit.. banyak jual tuh..
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2007 12:24 PM | Show all posts

Reply #2 Lan's post

Den setoju bonar.... kalau tukar kerap, 10-20% je air yg perlu ditukar. Air perlu treat dengan anti-klorin sebelum dimasukkan ke dlm tank.

Tp nk tanyalah, anti-clorin yg rega singgit tu ok ke?
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2007 04:39 PM | Show all posts
Yg harga rm1 pun dah cukup. Kalau takut dan nak pastikan tiada klorin beli clorine tester untuk check sama ada air tersebut bersih dari klorin.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-2-2007 06:23 PM | Show all posts

Reply #2 Lan's post

waaa...mekasey la encik lan di atas tips tersebut..aku memang amat memerlukan pandangan dari experties...

memang aku sedang menunggu saat kematiannya tiba la ni...bengkak kat mata ikan tu tak surut2 pun aku tengok...ish..tak tahan plak aku melihat akan penderitaan yang ditanggungnya tu...

any prediction for jangkahayat ikan tu?aku predict dlm esok je la kot ikan tu hidup...
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 22-2-2007 06:24 PM | Show all posts
Originally posted by fins at 21-2-2007 10:41 PM
mmm... rasanya dia kena parasit.. cuba ler letak ubat anti-parasit.. banyak jual tuh..


kena parasit?boley jadi gak tuh...kena beli jugak anti parasit ni...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-2-2007 06:36 PM | Show all posts
Originally posted by Musafir_Zaman at 22-2-2007 12:24 PM
Den setoju bonar.... kalau tukar kerap, 10-20% je air yg perlu ditukar. Air perlu treat dengan anti-klorin sebelum dimasukkan ke dlm tank.

Tp nk tanyalah, anti-clorin yg rega singgit tu ok ke?


aku cuci akuarium dengan kerap bukannya pasal apa...aku tak tahan nengok air yang keruh tu...tu pasal aku kerap cuci..keladak punya la banyak terperangkap kat dalam bluesand tu so aku terpaksa cuci semua menatang kat dalam tu sekali (kecuali ikan2 tu)...lagipon akuarium ni tempat aku menenangkan dan merehat2kan minda, so aku terpaksa mengekalkan kebiruan airnya..kunun2nya aku tengah melepak kat dalam laut la...heheheh...

ko pakai anti klorin singgit?ada juai ke..?aku pakai yang RM 2 lebih (kalau tak salah aku le)...tiap kali aku tukar air, memang wajib aku bubuh antiklorin..aku tuang pakai tutup botol antiklorin tu gak la...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 22-2-2007 06:37 PM | Show all posts
selain menunggu ikan itu dijemput ajal, ada alternatif lain tak..?mungkin boleh dirawat barangkali?ke memang takde harapan langsung?
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2007 08:13 AM | Show all posts
Boleh cuba. Pergi kat kedai jual ikan akuarium dan tanya dia ubat yg sesuai. Dia boleh rekomen kat engkau. Tapi memandangkan ikan yg kau bela tu murah je lagi baik beli ikan lain.

Sebenarnya tak semestinya ikan tu mati. Kadang2 ada juga yg baik sendiri. Jadi jangka hayat ikan yg sakit tu aku tak dapat nak teka.

Filter jenis macam mana yg ko pakai? Sepatutnya lama tak cuci pun air tidak akan keruh. Makanan pun kena tengok. Beli yg tak kotorkan air. Sesetengah makanan ikan tu cepat kotorkan air.

Jenis ikan pun memainkan peranan sesetengah jenis ikan lebih cepat kotorkan air; ikan puyu misalnya. Ikan emas selalu akan cepat menyebabkan air bertukar warna sedikit kekuningan, tapi sepatutnya tidak keruh.

Originally posted by Rayz_1 at 22-2-2007 06:37 PM
selain menunggu ikan itu dijemput ajal, ada alternatif lain tak..?mungkin boleh dirawat barangkali?ke memang takde harapan langsung?
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2007 10:20 AM | Show all posts
Setau den la... ikan emas takleh campur dgn ikan tropika lain sbb ikan emas ni ikan air sejuk. Ikan tropika lain tu warm water fish.

Mungkin elok gak kalau ko asingkan ikan yg sakit tu... letak dlm tank lain - ala2 sick bay aaa.... leh kasik rawatan.... lagipun leh elak parasit/virus jangkit kat ikan lain plak.
Reply

Use magic Report

fins This user has been deleted
Post time 23-2-2007 11:34 AM | Show all posts
enche rayz_1 cuba letak ikan tuh dalam air garam dalam beberapa saat. lebih kuang 2-3 saat. larutan garam tuh agak2 ler.. jangan terlalu masin. sebab, parasit ikan air tawar akan mati bila terkena garam dan parasit ikan air masin akan mati bila kena air tawar.

kalau dia luka, boleh angkat sapu direct pada luka tersebut dgn ubat kuning.. ni saya belajar dengan pakar perikanan. bahagian penyakit.. cubalah.. mana tau dia makin ok.. tp kalau makin tak ok minta maaf bebanyak sebab saya pun tak tengok condition dia camana.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-2-2007 08:59 PM | Show all posts

Reply #10 Lan's post

yeap...cadangan yang bernas....esok aku gi kedai ikan and cuba tanya kot2 ada ubat untuk ikan tersebut....

filter aku jenis yang biasa2 punya la kot sebab masa aku beli akuarium tu, dia kasi filter tu sekali...jenis apa  tak tau le pulak aku...dulu memang lambat nak keruh, tapi semenjak kebelakangan ni cepat pulak air tu keruh...kalau tengok dari jauh cam tak cantek la gitu...tapi aku berpendapat yang kata2 ko tu betul...baru berapa hari aku cuci, air tu dah kekuningan...ikan emas ni punya hal la kot...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-2-2007 09:02 PM | Show all posts

Reply #11 Musafir_Zaman's post

asingkan...?betui gak tu...kang tak pasal2 ikan lain2 pon membengkak sama...aku akan cuba juga cara yang inche' musafir cadangkan ini...mekasey....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-2-2007 09:04 PM | Show all posts

Reply #12 fins's post

cara inche' fin juga amat bagus sekali untuk dipraktikkan...akan aku cuba jugak method ini...mekasey....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-2-2007 09:14 PM | Show all posts
kepada kengkawan yang terer sekalian, mekasey la kerana menyumbangkan idea2 di dalam misi menyelamatkan ikan hitam ku itu...buat pengetahuan korang, ikan tu still alive and kickin' sampai sekarang...tidak menunjukkan tanda2 semput atau lelah bagai...bengkak kat matanya still maintain, cuma merah je yang dah takde....macam ada progress aje ikan ni...aku pun silap, patutnya aku attach sekali gambar beliau ketika memula dia kena dulu ...tapi tak kesah la tu...selagi dia boley tahan, selagi itu aku akan cuba merawat beliau...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-2-2007 11:32 PM | Show all posts
waaaa
kalau aku jadi ko
lame sudah ku tanam ikan tuh
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-2-2007 02:13 PM | Show all posts

Reply #17 Robab's post

huk aloh inche' Robab,

kalau ko jadi aku, dah tentu ko takkan tanam ikan tu sebaliknya ko akan flush saje mereka to da drain...heheh...
Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2007 06:38 PM | Show all posts

reply 1st post

ko ni nak buat lawak sekali ke
anyway cecco tak tau nak buat apa la..
pernah cecco bela ikan,tapi semua mati..;)
lifespan golfish kalau tak silap 8 thn kan..
bawak je la g doktor.
setakat seekor ikan bukan mahal sgt pun
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-2-2007 01:30 PM | Show all posts

Reply #19 a.ceCCo's post

aku demam kenkadang pon maleh nak gi jumpa doktor, inikan pula seekor ikan peliharaan...

anyway thanx for the advice cecco...

target aku ialah dengan harapan supaya ikan tersebut dapat bertahan hingga mencapai lifespan yang sepatutnya...8 tahun ekk?insyaallah...
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-1-2025 06:17 AM GMT+8 , Processed in 0.061913 second(s), 39 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list