CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Ustaz_SUFI

OTAI

[Copy link]
Post time 17-10-2007 07:45 PM | Show all posts

Reply #59 tyco78's post

kiranya tak de la seronok sangat macam review di akhbar?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-10-2007 09:17 PM | Show all posts
br niat nk pi tgk ahad nie..kalu ramai kate tak best malas le pi tgk
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2007 08:36 PM | Show all posts
Nasib dua filem berbeza
Oleh Zainuri Misfar

Otai catat kutipan kasar lebih RM1 juta, sambutan Budak Lapok kurang memberangsangkan

FILEM Otai terbitan Grand Brilliance Sdn Bhd (GBSB) dengan kerjasama LineClear Motion Pictures memperolehi kutipan kasar lebih RM.4 juta selepas empat hari ditayangkan.

Bagaimanapun, nasib kurang menyebelahi filem animasi Budak Lapok terbitan Matahari Animation & Productions Sdn Bhd kerana sambutannya yang tidak memberangsangkan.

Kedua-dua filem itu mula ditayangkan sejak hari pertama Aidilfitri lagi.

Pengurus Besar GBSB, Ahmad Puad Onah ketika mengulas sambutan filem Otai berkata, kutipan kasar lebih RM1 juta dalam masa tiga hari adalah satu rekod baru bagi filem Melayu yang ditayangkan pada musim raya.

Pada hari pertama ditayangkan, filem ini sudah memperolehi kutipan kasar lebih RM250,000, meningkat menjadi RM350,000 pada hari kedua, manakala hari ketiga mencatatkan kutipan lebih RM400,000.

"Pada hari raya, selalunya kutipan untuk filem Melayu berpecah kerana ada dua filem ditayangkan serentak. Sambutan yang baik kerana mungkin disebabkan sudah lama filem Melayu tidak ada di panggung. Kali terakhir filem Impak Maksima hampir dua bulan lalu, manakala filem Budak Lapok pula tidak memberi saingan kuat kepada Otai," katanya.

Tambah Ahmad Puad, berdasarkan rekod lalu, belum ada satu filem Melayu yang ditayangkan pada musim raya mencatatkan kutipan kasar lebih RM1 juta selepas tiga hari ditayangkan.

"Pada hari raya tahun lepas filem Diva Popular dan Bilut, walaupun ditayangkan sehingga selepas musim raya, kutipannya tidak capai RM1 juta. Dua tahun lalu, gabungan filem terbitan GBSB iaitu I Know What You Did Last Raya dan Tujuh Perhentian mencatatkan kutipan kasar terkumpulan sekitar RM3 juta saja.

"Dalam filem Otai, penonton masih memberi sambutan meskipun banyak pihak mengatakan filem arahan Profesor A Razak Mohaideen stereotaip. Begitu juga dengan lakonan Saiful Apek yang sama saja tetapi orang masih hendak tengok," katanya.

Sementara itu, salah faham orang ramai yang menganggap filem animasi Budak Lapok adalah filem kartun untuk budak-budak saja menjadi punca sambutannya kurang memberangsangkan.

Dengan andaian seperti itu juga, penonton teragak-agak untuk menontonnya kerana ada yang berasakan Budak Lapok adalah filem lama yang mungkin menjemukan.

Bagaimanapun, bagi mereka yang sudah masuk ke panggung menonton filem itu, rata-rata mengatakan Budak Lapok menyeronokkan dan sesuai semua peringkat umur.

Kemungkinan atas sebab itulah, selepas empat hari ditayangkan iaitu sejak hari raya pertama, maklum balas daripada penonton terhadap filem Budak Lapok sangat perlahan sehingga menghadirkan kebimbangan kepada penerbitnya, Wafa Abdul Kadir.

Selain faktor salah faham mengenai kandungan Budak Lapok, ada kemungkinan mood cuti raya juga turut menjadi punca sambutannya yang perlahan.

"Hari pertama dan kedua memang sangat perlahan. Tapi masuk hari ketiga, sambutan penonton mula menunjukkan peningkatan dan saya harap akan bertambah baik apabila ramai yang balik daripada bercuti raya akan membawa keluarga menonton Budak Lapok.

"Saya harap orang faham bahawa filem Budak Lapok bukan kartun budak-budak. Filem ini boleh ditonton satu keluarga, dari kanak-kanak, remaja hingga dewasa," katanya.

Bagaimanapun, Wafa berkata, maklum balas daripada beberapa penonton yang ditemuinya ramai yang mengakui Budak Lapok adalah filem animasi yang menghiburkan.

"Penontonnya memang tak ramai, tetapi daripada reaksi yang mereka, masing-masing mengakui Budak Lapok memang menyeronokkan. Saya berharap lebih ramai lagi akan bercakap yang baik mengenai filem ini," katanya.

Filem animasi Budak Lapok adalah filem yang diinspirasikan dan diceritakan semula oleh seniman veteran Datuk Aziz Sattar dan S Shamsuddin. Menerusi filem animasi ini, penonton di bawa semula ke alam kehidupan anak-anak yang mengisahkan pertemuan Ramlee, Aziz dan Sudin.

Filem animasi dengan tempoh tayangan selama 90 minit ini akan membawa penonton mengimbau filem-filem popular lakonan mereka yang diolah semula dengan baik sehingga mampu dilihat sebagai komedi segar.

Skrip Budak Lapok adalah hasil nukilan dan arahan Anwardi Jamil, manakala sebagai penerbit, Wafa menganggap projek ini adalah sesuatu yang istimewa untuk dihidangkan kepada penonton.

Cerita Budak Lapok bermula apabila tiga anak muda, Ramlee, Ajis dan Sudin menjadi kawan akrab yang tinggal di Kampung Sebatang Pinang. Mereka menyertai pertandingan bola sepak mewakili Kampung Sebatang Pinang melawan Kampung Semerah Padi yang diwakili Sarip Dol, Megat Komeng dan Brahim.

Pada masa sama, Ramlee, Ajis dan Sudin cuba memikat hati tiga gadis, iaitu Salmah, Eton dan Nani dengan menyertai pertandingan drama antara sekolah. Dalam usaha untuk menarik perhatian ketiga-tiga gadis idaman itu, Ajis dan Sudin pula menghadapi masalah gugup dan gerun ketika di atas pentas sehingga menimbulkan pelbagai kelucuan.

Sementara itu, Pengarah Urusan Metrowealth Movies Production (MMP) yang mengedarkan filem ini, David Teo berkata, filem animasi tempatan seperti Budak Lapok memang memerlukan usaha lebih kuat untuk menarik orang ramai menontonnya.

"Memang kena ambil masa lama sikit untuk mengetahui sambutannya, Penonton kena bagi peluang kepada filem ini sebab Budak Lapok memang menghiburkan. Walaupun berlatarkan filem klasik, tetapi jalan cerita dan dialognya moden.

"Jangan anggap ini cerita lama sebab pendekatannya menggunakan suasana zaman sekarang," katanya.

Selain itu, beliau juga berharap penonton boleh mengubah persepsi terhadap filem Budak Lapok bahawa ia adalah filem yang sesuai untuk semua golongan dengan ceritanya tidak menjemukan.
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2007 08:38 PM | Show all posts

Reply #63 cabai's post

promosi tadak.. camne nk laku...
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2007 01:35 AM | Show all posts
haah dah baca berita jugak..tak sangka ek otai boleh kutip jualan macam tuh..sedih je baca pasal bujang lapok tuh..takde sambutan langsung..dah boleh agak dalam panggung berapa kerat je yang ada..
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2007 07:29 PM | Show all posts
dah tengok n aku rasa cam biasa dari apekkk

aku langsung x gelak macam aku tengok cicakman
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-10-2007 07:55 PM | Show all posts
best ker?bila aku tgk nana tanjung kat tv aku rasa..mcm ni punya citer pun ada
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2007 09:06 PM | Show all posts
Hari ni gi tgk dkt tgv bukit raya...
PENUH..Sampai seat dpn pun ada org duduk...Tahla eh..Mungkin promosi dia kot wat org gi tgk..Cerita dia biasa je sbnrnya..Standard la cite Prof camtu..huk2..
Tapi geli la tgk cite tu..Geli tgk Apek duk merenyam dgn Nasha..Hehehe..Smcm je...Huk2...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-10-2007 07:39 PM | Show all posts
Originally posted by ahmad_dhani91 at 17-10-2007 01:06 AM
hai baladewa


hai!!!
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2007 12:37 AM | Show all posts
cite arahan dr najis ni, malas aku nak tengok.
belajar filem tinggi2 sampai ada title prof madya, tapi filem taraf longkang..
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2007 05:55 PM | Show all posts
Tak best!!! Nyesal aku nengok!
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2007 06:46 PM | Show all posts
x best lgsung.. boring giler.. nyesal tgk..
dh stgh movie.. ade 3 couple blah.. boring sgtlah tu..
cmner yekkk leh box office?..
Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2007 01:37 AM | Show all posts
tak paham..............
Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2007 01:53 PM | Show all posts
YANG BODOH NYER DAH LERRRR DUA2 ISTERI DIER GADUH PATU LEH PLAK DIER TERPIKIR NAK KAWIN LAGIH SATU

BODOH2 BODOH2 BODOH2 BODOH2 BODOH2 BODOH2 BODOH2 BODOH2 BODOH2 BODOH2 BODOH2 BODOH2 BODOH2 BODOH2 BODOH2 BODOH2 BODOH2 BODOH2 BODOH2 BODOH2 BODOH2 BODOH2 BODOH2 BODOH2 BODOH2 BODOH2 BODOH2 BODOH2 BODOH2 BODOH2 BODOH2 BODOH2 BODOH2 BODOH2 BODOH2 BODOH2 BODOH2 BODOH2 BODOH2 BODOH2
Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2007 01:55 PM | Show all posts
SAPER TOLAK CREDIT AKU NIH

SEMALAM BUKAN ADE 1800 KEW???
Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2007 04:31 PM | Show all posts
ape le bangang profesor unta ni...aritu aku baca kat harian metro dia cakap orang yg kata watak apek dlm filem ni stereotype salah sebab walaupun watak komedi, tapi watak komedi cara lain...dia bagi contoh dlm filem otai apek guna bahasa moden, dlm filem nana tanjung, dia guna loghat utara...mak datuk bodo piang punye comparison!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-10-2007 06:07 PM | Show all posts
Originally posted by peacefrog at 15-9-2007 10:18 PM
cam best aje



Kalau tertengok cerita ni gerenti luka berpanjangan... pulak tu bosan la dgn si apek tu...berlakon cerita macam ni. Poster filem ni je dah menceritakan mentaliti keseluruhan ceritanya.


P/S Layan lagu UNBREAK MY HEART lagi bagus. Tak jemu!
Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2007 08:23 PM | Show all posts
torrent tak kuar lagi..tak sabar nak tgk..tak sabar nak kutuk..
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2007 12:58 AM | Show all posts
Originally posted by Pak_Jen at 31-10-2007 08:23 PM
torrent tak kuar lagi..tak sabar nak tgk..tak sabar nak kutuk..


aduhh.........filem ini hiburan semata...hanya kisah poligami......
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2007 12:30 PM | Show all posts

Reply #79 shidahameera's post

  haku nak tgk apa kebodohan yg ditonjolkan oleh prof kali neh..donlod jek.. pree jek pun.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-5-2024 10:43 PM GMT+8 , Processed in 0.063923 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list