CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 7096|Reply: 19

Legend,Myth,Mitos kat Negeri Sembilan

[Copy link]
Post time 14-2-2007 01:04 PM | Show all posts |Read mode
Sesape org Negeri tu sila lah berkongsi.. Dapat jugak tau sejarah negeri sendiri..

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-1-2016 12:03 AM | Show all posts
up
up
up
up
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2016 10:39 AM | Show all posts
There is a Demigod from negeri sembilan. She will be a legend soon if not already.

Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2016 09:23 PM | Show all posts
radhi replied at 8-1-2016 10:39 AM
There is a Demigod from negeri sembilan. She will be a legend soon if not already.

haha..mula2 pikir sapa laaa

sekali tepuk dahi..cane blh lupa kt suami pm

will be an urban legend one day mcm marie antoinette. mcm2 kisah keluar




Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2016 10:34 AM | Show all posts


Yang di-Pertuan Besar adalah pemerintah bersama bagi Negeri Sembilan mengikut sistem raja berperlembagaan moden bagi negeri itu sejak tahun 1898. Sebelum itu, Yang di-Pertuan Besar dikenali sebagai Yamtuan Seri Menanti dan menjadi raja memerintah di tanah jajahan adat meliputi Seri Menanti, Inas, Terachi, Ulu Muar, Gunung Pasir dan Jempol di Negeri Sembilan.

Permulaan perlantikan Yang di-Pertuan Besar ini berlaku pada abad ke-17 Masehi. Sebelum itu Negeri Sembilan adalah dibawah takluk Kesultanan Melayu Johor. Pada separuh pertama abad ke-17 itu, Kerajaan Melayu Johor sentiasa diancam oleh orang-orang Acheh di bawah pemerintahan Sultan Iskandar Muda Mahkota Alam (1607-1636). Ini menjadikan Kerajaan Melayu Johor tidak berupaya untuk melindungi Negeri Sembilan.

Satu utusan telah mengadap Sultan Johor untuk meminta supaya seorang raja dilantik di Negeri Sembilan. Bagaimanapun permintaan ini tidak dapat ditunaikan dan Sultan Johor telah membenarkan orang-orang Negeri Sembilan ini mencari anak raja dari negeri lain untuk dipertuankan di Negeri Sembilan.

Dengan itu maka pemimpin-pemimpin setempat di Negeri Sembilan lantas menghantar wakil untuk mengadap Yang Di-Pertuan Pagar Ruyung di Tanah Minangkabau. Permintaan utusan orang Negeri Sembilan ini telah diperkenankan dan telah melantik Raja Melewar menjadi Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan yang pertama.
Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2016 10:35 AM | Show all posts
Raja Melewar adalah anak raja Minangkabau dari Pagar Ruyung. Nama asalnya ialah Raja Mahmud putera kepada Sultan Abdul Jalil Pagar Ruyung.[1] Raja Melewar telah dititahkan oleh ayahandanya untuk pergi ke Negeri Sembilan untuk menjadi Yang DiPertuan Besar yang pertama.

Sebelum Raja Melewar bertolak ke Negeri Sembilan, Yang DiPertuan Pagar Ruyung telah merintahkan seorang kerabat diraja bernama Raja Khatib untuk pergi lebih awal membuat persiapan menyambut Raja Melewar di Negeri Sembilan. Bagaimanapun sesampainya Raja Khatib di Seri Menanti, dia telah mengaku sebagai anak raja yang dihantar dari Pagar Ruyung. Penghulu Seri Menanti bernama Penghulu Naam telah mengahwinkan anak perempuannya dengan Raja Khatib.

Sementara itu di Pagar Ruyung angkatan Raja Melewar mula belayar menuju Tanah Melayu. Bagaimanapun sebelum ke Negeri Sembilan, Raja Melewar terlebih dahulu mengadap Sultan Johor yang kemudiannya menganugerahkan cap mohor dan diberikan kuasa untuk memerintah semua tanah jajahan di Negeri Sembilan.

Selepas perlantikan itu Raja Melewar dan angkatannya berangkat menuju ke Negeri Sembilan melalui Naning. Sampai sahaja di Naning, angkatan Raja Melewar telah bertembung dengan angkatan perang Bugis pimpinan Daeng Kemboja. Pertempuran berlaku dan akhirnya angkatan Bugis berjaya dikalahkan dan Daeng Kemboja terpaksa melarikan diri.

Raja Melewar kemudiannya meneruskan perjalanan sehingga sampai di Rembau dan ditabalkan menjadi Yang DiPertuan Besar Negeri Sembilan di Kampung Penajis. Tempat bersemayam Raja Melewar ini sampai sekarang diberi nama Kampung Astana Raja.

Selepas pertabalan itu Raja Melewar memimpin satu angkatan perang untuk menyerang Raja Khatib di Seri Menanti. Namun Raja Khatib telah lebih awal melarikan diri. Penghulu Naam lalu bertindak menderhaka dan bangun memberontak menentang Yang DiPertuan Besar Raja Melewar. Dalam peperangan itu, Penghulu Naam berjaya dikalahkan sendiri oleh Raja Melewar dan angkatan senjatanya, dan Penghulu Naam telah dibunuh sendiri oleh Raja Melewar. Namun ada berpendapat Penghulu Naam dihukum pancung.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-1-2016 10:46 AM | Show all posts
Senarai Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan

1773 - 1795 : Raja Melewar (ada pendapat yang mengatakan beliau memerintah lebih awal dan mangkat sebelum tahun 1777..wallahualam)
1795 - 1808 : Raja Hitam
1808 - 1824 : Raja Lenggang
1824 - 1861 : Raja Radin
1861 - 1869 : Yamtuan Imam
1869 - 1872 : Tengku Ampuan Intan (pemangku Raja)
1875 - 1888 : Yamtuan Antah
1888 - 1933 : Tuanku Muhammad
1933 - 1960 : Tuanku Abdul Rahman
1960 - 1967 : Tuanku Munawir
1967 - 2008 : Tuanku Jaafar
2008 - kini : Tuanku Muhriz
Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2016 10:49 AM | Show all posts
Edited by LavaUollss at 27-1-2016 07:08 PM

Raja di Negeri Sembilan adalah terdiri daripada Yang di-Pertuan Besar, Undang Luak Sungei Ujong, Undang Luak Jelebu, Undang Luak Johol, Undang Luak Rembau dan Tengku Besar Tampin. Yang di-Pertuan Besar dipilih dan ditabalkan oleh Undang Yang Empat daripada kalangan putera raja berketurunan Raja Lenggang ibni Raja Laut, iaitu Yamtuan Seri Menanti yang ketiga.

Walaupun status Yang di-Pertuan Besar diakui sebagai Raja, namun kuasa budi bicaranya terhad dan hendaklah mendapat persetujuan daripada Undang Yang Empat dan Tengku Besar Tampin dalam beberapa aspek termasuk pelantikan Menteri Besar Negeri Sembilan, penangguhan pembubaran Dewan Undangan Negeri, penetapan dasar kedudukan istimewa Melayu dan Bumiputera di Negeri Sembilan dan hal ehwal agama Islam. Yang di-Pertuan Besar hanya berkuasa mengikut budi bicaranya di Seri Menanti, Inas, Terachi, Ulu Muar, Gunung Pasir dan Jempol sahaja.


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-1-2016 11:04 AM | Show all posts
Dikatakan orang negeri sembilan tidak boleh berkahwin sesama suku (keturunan). Antara suku yang terdapat di negeri sembilan adalah suku Biduanda, suku Batu Hampar, suku Paya Kumbuh, suku Mungkal, suku Tiga Nenek, suku Seri Melenggang, suku Seri Lemak, suku Batu Belang, suku Tanah Datar, suku Tiga Batu, suku Anak Aceh dan suku  Anak Melaka.

Hanya suku biduanda sahaja yang boleh berkahwin sesama mereka itu pun dengan bersyarat.

Nanti dek laba cerita kenapa boleh jadi macam tu
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2016 09:25 AM | Show all posts
up
up
up
up
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2016 11:58 AM | Show all posts
Edited by radhi at 27-1-2016 02:15 PM
LavaUollss replied at 23-1-2016 10:49 AM
Raja di Negeri Sembilan adalah terdiri daripada Yang di-Pertuan Besar, Undang Luak Sungei Ujong, Und ...

Cut/Paste from your post:

"Sistem beraja yang unik itu mencetuskan ilham kepada kewujudan jawatan Yang di-Pertuan Agong bagi peringkat Persekutuan Tanah Melayu dan kemudian Persekutuan Malaysia, di mana Majlis Raja-Raja yang terdiri daripada sembilan Raja Melayu ditubuhkan untuk memilih Yang di-Pertuan Agong."

System ini tak unik!. Pernah dan sepatutnya dilakukan di Perak? Some says Kedah too used to have the system, but was ended by the territorial crazed British during the reign of Sultan Abdul Hhamid time.

System ini adalah system kuno "mandala" (Sanskrit = circulation or rotation), Mangala (Siam) or Menggala (Kedah for rotation).
Rajamandala ( https://en.wikipedia.org/wiki/Rajamandala ) "circle of Kings" is an old system herited from Srivijaya (600AD-1300) and Ayutthaya (1340AD - !780AD) were much earlier than your negeri sembilan (~1800AD)

The British went into the SEA central power court of Ayutthaya and ended the system in Siam, and now Thailand implementing the teritorial western system, but they Thais still reverting to the coveted term dearly as https://en.wikipedia.org/wiki/Rajamangala_Stadium
https://en.wikipedia.org/wiki/Ra ... rsity_of_Technology

Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2016 01:22 PM | Show all posts
bookmark!

Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2016 07:09 PM | Show all posts
radhi replied at 27-1-2016 11:58 AM
Cut/Paste from your post:

"Sistem beraja yang unik itu mencetuskan ilham kepada kewujudan jawat ...

ok...saya dah edit
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2016 12:47 PM | Show all posts
terbaik sejarah N9....boleh tak ceritakan pembahagian harta pusaka di N9
Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2016 12:06 PM | Show all posts
Jangan bikin takut awak
Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2016 09:08 PM | Show all posts
menarik! arwah mak aku pernah bercerita yang aku ni berketurunan suku biduanda dr n9. dia juga pernah cerita jika sape2 keturunan biduanda ni yg mendapat kulit kambing emas dimana ada nama susur galur suku biduanda, dia boleh menuntut kembali jajahan sungai ujong.

masa tu aku budak lagi. mana nak paham. lucu pun ade rasanya. x paham maksud suku tu apa. so aku fikir balik siapa pulak undang yg mentadbir sungai ujong sekarang. dari keturunan yg mana.

alkisahnya arwah mak aku bercerita keturunan suku biduanda (asal usul keturunan aku) membawa diri selepas tidak bersetuju dgn perkahwinan diantara anak pembesar ( aku ingat kaum bangsawan kot) dengan saudaranya sendiri yg berpangkat pakcik. lagipun anak perempuan pembesar tu jadi sewel lepas kena guna2 dgn org asli. org asli tu sakit hati dgn anak pembesar tu sbb ketawakan org asli yg bercawat sedang memanjat pokok kelapa. begitulah apa yg diceritakan oleh arwah mak aku.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-3-2016 09:10 PM | Show all posts
keturunan suku biduanda yg menentang perkahwinan tersebut ramai berada di kawasan sempadan negeri sembilan selangor. contohnya kawasan lenggeng dan beranang.
anak cucu cicit pun agaknya dah tak tahu kot kisah ini.
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2016 05:19 PM | Show all posts
aku org n9, tapi aku taktau la ape mitos, sejarah n9 sgt. ada dgr2 dr arwah nenek tapi aku lupa cmne cerita/jalan cerita.

contohnya psl istana kayangan..katanya dalam tu semua bergerak/hidup, Wallahualam.

kemudian cerita pasal pahlawan..alamak aku tak igt la, tapi kekebalan dia tu..mati hidup semula sampai kena pancung kepala dia, sampai kena tanam badan tempat lain..kepala tempat lain. nanti aku korek balik cerita dari abg aku.
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2016 11:03 AM | Show all posts
aku suku biduanda..masa kawen buapak kne ada...ntah apa yg special pun xtau...pakcik aku sorg buapak...lgpun kat kg penuh mistik..jarg balik kg uwan...weols dh pindah2 so xamik tahu dah...cuma ble nk bersara weols mcm nk ddk kg blik (rumah mak abah)...aman damai...
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2016 11:04 AM | Show all posts
oh hubby kena masuk suku..kne byr brape ntah sblm akad nikah tu...xingt...kwn2 ejek dia..mlm pertama masuk suku jah...kesian...
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-6-2024 02:00 PM GMT+8 , Processed in 0.086463 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list