CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: cikgutuition

Back To Basic English

[Copy link]
Post time 4-4-2008 02:36 PM | Show all posts

Reply #100 cikgutuition's post

Tq, cikgutuition di atas penerangan anda.  Me ada gak plan nak continue belajar bahasa ni coz aritu me ada attend course kat British Council cuma skrg ni mlas nak drive ke KL tu coz tak larat  nak redah trafic jam.  Anyway thanks for d input.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 13-5-2008 01:48 PM | Show all posts
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

  Verb 慣o Be
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-6-2008 09:25 PM | Show all posts
Ni Syllabus Kelas English Online yang saya dah start baru2 ini. Boleh belajar di mana-mana sahaja tanpa perlu datang kelas. Sesuai kuntuk ibubapa yang turut ingin mengajar anak-anak mereka berbahasa Inggeris sebab Syllabus memang merangkumi apa yang anak2  anda belajar di sekolah rendah dan juga menengah.

Syllabus Kelas

1. Pengenalan

2.   Petua-petua asas untuk menjadi mahir dalam bahasa Inggeris.

Kepentingan sikap yang positif
Rahsia menjadi mahir dalam masa yang singkat
Apa yang perlu dielakkan dalam pembelajaran bahasa Inggeris ?


3.   Penggunaan efektif dictionary, thesaurus, grammar books dan idiom dictionary

Jenis kamus yang ada dalam pasaran
Apa jenis kamus yang terbaik untuk saya?
Apa yang ada dalam kamus dan bagaimana nak menggunakannya denga efektif.
Penggunaan thesaurus untuk meningkatkan vocabulary dengan cepat
Kepentingan Gramar Book dalam pembelajaran bahasa Inggeris
Idiom dictionary untuk mempelajari 慺igurative speech
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-6-2009 08:31 PM | Show all posts

Verb ‘To HAVE’ – part one

Verb ‘To HAVE’ – part one

Sebelum ini dalam siri Back To BasicEnglish #9 saya telah menerangkantentang Auxiliary Verb atau Verb Pembantuyang penting iaitu Verb TO BE.

Selain dari Verb TO BE, Verb TOHAVE ialah satu lagi Auxiliary Verb atauVerb Pembantu yang penting. Verb TOHAVE mempunyai banyak fungsi danantara fungi utamanya ialah untuk menunjukkanpemilikan. Verb TO HAVEjugadigunakan untuk pelbagai tujuan dalam bahasa Inggeris.
Dalam siri #10 ini saya akan menerangkanpenggunaan Verb TO HAVE dari segi bentuk-bentuk ia dan juga penggunaan ia.


Perkataan-perkataan yang terletakbawah Verb TO HAVE ini ialah :-

   
  
  Verb TO HAVE
  
  Jenis
  
  1.
  
  have
  
  Infinitive / Simple form / Kata  dasar
  
  2.
  
  has
  
  Present Tenses – digunakan  dengan Singular nouns dan Uncountable nouns.
  
  3.
  
  had
  
  Past Tense – Kala Masa Lepas
  
  4.
  
  having
  
  Present Participle – Kala  Sedang Berlaku
  
  5.
  
  have been
  
  Past Participle
  
  6.
  
  will have / going to have
  
  Future Tenses – Kala Masa  hadapan
  

Penggunaan Verb TO HAVE di atas ini akan bergantung juga kepada dua faktoriaitu:-

1.
Masa
– Secara amnya MASAkita bahagikan kepada tiga zon masa iaitu :-

i.Present – Sekarang dan menggunakanPresent Tenses.

ii. Past – Sudah lepas dan menggunakanPast Tenses

iii. Future – Akan berlaku danmenggunakan Future Tenses




2.
Subject
– Subject merujukkepada Pembuat Perbuatan ataupelakon utama dalam ayat anda itu. Saya telahkategorikan subject kepadalimajenis iaitu:-

i. I– digunakan oleh seseorang yang membahasakan diribeliau dalam penulisandan pebualan bahasa Inggeris. Ia adalah KataGanti Nama Pertama

ii. You – digunakan oleh seseorang yang membahasakanpihak kedua yangbeliau sedang beliau berkomunikasi dalam dalampenulisan dan pebualan bahasaInggeris. Ia adalah Kata Ganti Nama Kedua


iii. Singular
– digunakan oleh seseorang yang membahasakanpihak ketiga yangbilangannya satu ( seorang, seekor, satu benda). Ia adalahKata GantiNama Ketiga

iv. Plural – digunakan oleh seseorangyang membahasakan pihak ketiga yang bilangannya lebih daripada satu

v. Uncountable Nouns – Nouns yang tidakboleh dikira sepertiwater, fire, smoke, coffee dan sebagainya. Kamus OxfordDictionarymenyenaraikan nouns2 ini sebagai U iaitu Uncountable.


3.
Subject Verb Agreement
–Ini merujuk kepada apakah jenis2 Verb TO HAVE yang perlu anda gunakan dengan lima Subject yang telahditerangkan sebelum ini.

  Subject
  
  Example
  
  Present Tense
  
  Past Tense
  
  Future Tense
  
  I
  
  I
  
  have
  
  had
  
  will have / am going to have
  
  You
  
  You
  
  have
  
  had
  
  will have / are going to have
  
  Plural – Nouns/Pronouns
  
  students
  we/they
  
  have
  
  had
  
  will have / are going to have
  
  Singular – Nouns/Pronouns
  
  Ali, Garfield, student,  Putrajaya
  he / she / it
  
  has
  
  had
  
  will have / is going to have
  
  Uncountable Nouns
  
  coffee, tea, sand, water
  
  has
  
  had
  
  will have / is going to have
  

4. Penggunaan Verb TO HAVE


Berikut adalah Penggunaan Verb TO HAVE secaraam:-

1.
Untuk menunjukkan pemilikan noun/nouns itu seperti:-



Contoh :-

1.
I have a cat. (Guna present tense ‘have’ sebab ianyamenujukkanpemilikan SEKARANG dimana noun/nouns itu masih ada dan masihdimiliki.)

2.
I had a cat last year. (Guna Past tense ‘had’sebab sebab ianyamenujukkan pemilikan DI MASA LEPAS dimana noun/nouns itu sudahtiada dansudah tidak dimiliki lagi.)

3.
I will have a cat tomorrow as my father willbuy me one.
(Guna Future tense ‘will have’sebab
ianya menujukkan pemilikan DI MASAAKAN DATANG dimana noun/nouns itu belum ada lagi dan cuma akan dimiliki di masaakan datang)





AWAS!!!

Untuk menunjukkan pemilikan Verb TO HAVE tidak digunakan dalam bentukPresent Participle iaitu Having.

Cth:-

1. I am havinga Proton Wira right now. – Penggunaan yang salah
2. Aminah ishaving a house in Puchong.
– Penggunaanyang salah
3. She’s havingmy book right now. – Penggunaan yang salah

Ketiga-tigaayat di atas adalah penggunaan yang SALAH kerana Verb toHAVE tidak bolehdigunakan dalam bentuk Present Participle walaupun andaingin menunjukkanpemilikan sekarang.


Oleh itu anda pelu ingat yang untuk PemilikanSekarang, anda perlugunakan Verb to HAVE dalam bentuk Present Tense sahajaiaitu samaadaHave atau Has. Untuk menentukan samaada anda perlu gunakan HaveatauHas, anda perlu tahu siapa atau apa kah Subject anda dalam ayat andaituseperti berikut:-

1. I have a Proton Wira right now. –Penggunaan yang betul
2. Aminah has a house in Puchong.
– Penggunaan yang betul
3. She has my book right now. – Penggunaan yangbetul


AWAS!!! – Pengecualian

Walaupun anda membuat ayat dalam bentuk Present tense, jikaandamenggunakan TO, anda Cuma boleh gunakan Verb To HAVE dalam bentukkata dasarnyaiaitu HAVE.


1. Ali wants tohas a car. – Penggunaan yang salah
2. She wants tohas some cats at home.
– Penggunaan yangsalah
3. The boylikes to has a dog for a pet. – Penggunaan yang salah

1. Ali wants tohave a car. – Penggunaan yang betul
2. She wants tohave some cats at home.
– Penggunaan yang betul
3. The boylikes to have a dog for a pet. –Penggunaan yang betul

Kelas mingguan Asas-asasPenulisan dan Perbualan bahasa Inggeris saya akan bermula pada 12hb Julai ini di Sunway.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-6-2009 02:02 PM | Show all posts
Untuk nak ajar dengan anak-anak kita yang paling senang ialah gunakan dalam perbualan korang dengan anak-anak dan pastikan anda menggunakan have, has, had, dan will have dengan betul..

Kalau dia dah besar sikit boleh jugak korang add kan penerangan kenapa gunakan Present, past and future tense..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-6-2010 01:53 PM | Show all posts

Assalamualaikum dan Salamsejahtera semua

Satu teknik yang amat efektifuntuk membantu anda meningkatkan Vocabulary bahasa Inggeris anda ialah denganmengetahui penggunaan prefixes atau kata imbuhan awalan dan juga suffixes iaitukata imbuhan akhiran.

Anda juga perlu tahu apakahitu root word iaitu kata akar, iaitu perkataan-perkataan asal dalam bahasaInggeris yang tidak ditambah dengan prefixes dan suffixes.

Sebagai contoh:

Root word = happy (gembira)

Prefix = Un ( tidak)

Prefix Un boleh ditambah kepada kata akar happy untuk mewujudkan

Unhappy = tidak gembira, sedih

Oleh itu, dalam contoh sebegini

Unhappy = prefix ’un’ + rootword ’happy’

Contoh prefixes yang berasaldari bahasa Latin

  

Latin prefix

  
  

English meaning

  
  

Example

  
  

ab

  
  

away

  
  

abduct

  
  

ad

  
  

to, toward

  
  

admit

  
  

ante

  
  

before, in front of

  
  

antecedent

  
  

bene

  
  

well, good

  
  

benediction

  
  

bi

  
  

two

  
  

bifocal

  
  

circum

  
  

around

  
  

circumvent

  
  

co

  
  

together

  
  

cooperate

  
  

contra

  
  

against

  
  

contrary

  

Dengan mengetahui makna-makna prefixes ianya dapat membantu anda menekaatau mengetahui maksud sesetengah perkataan bahasa Inggeris.

Kursus Asas-Asas bahasa Inggeris saya akan bermula pada 3hb Julai ini danKursus Intermediate English akan bermula pada 4hb Julai.

Kursus Intensif Asas-Asas bahasa Inggeris saya akan bermula pada 31hb Julaidi Putrajaya.

Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 7-7-2010 02:11 AM | Show all posts
Salam semua..

One way to make it more interesting and make it easier for you to remember a new word is to know the origin of the word or how it was formed. Let us look at how some words are created

Satu cara untuk membuatkan ianya lebih menarik dan lebih mudah untuk mengingati sesuatu perkataan baru itu ialah dengan mengetahui asal usul perkataan itu atau bagaimana perkataan itu terbentuk. Mari kita lihat bagaimana sesetengah perkataan itu dibentuk:-

1. By imitation of sounds (onomatopoeia) /Perkataan yang dicipta berdasarkan bunyi yang dibuat

e.g. Meow, bang, crackle, zip, ring

2. Through extended meanings / Pengembangan makna

The verb fly becomes: the name of an insect, a baseball that is  hit high, the space over a theater stage

3. As derivations / Sebagai derivasi

From study comes student, from moon comes month

4. Through compound word / Menerusi kata gabungan

e.g. bedroom (Gabungan ‘bed’ dengan ‘room’), mailbox, netbook, notebook


Saya harap artikel ini dapat membantu anda teknik untuk anda mengenali perkataan-perkataan baru dalam bahasa Inggeris. Saya akan terangkan dengan lebih lanjut dalam artikel saya akan datang.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-7-2010 03:28 PM | Show all posts
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera


Maafle kalau petua-petua yang saya beri ni agak tidak tersusun sebab ni terus keluar dari minda saya dan lebih dalam berbentuk ˜point form™ dan tidak terlalu panjang penjelasannya, kalau ada. Ini sekadar pencetus idea dan terpulang kepada anda untuk mentafsirnya dan mengambil langkah-langkah yang perlu. Idea-idea dan petua-petua ini datang dari:-



1. Pengalaman peribadi sendiri masa belajar dulu

2. Hasil kajian saya masa nak tulis buku

3. Pengalaman dari mengajar kanak-kanak

4. Pemerhatian saya

5. Artikel2 yang pernah saya baca



So kalau rough sikit idea-idea saya ni mintak maafle banyak2. Ni saya guna teknik brain storming dimana kita luahkan sahaja apa yang terlintas di fikiran. Kalau ada komen ke kritikan ke x ada masalah..hantar sahaja ke email saya di cikgutuition@yahoo.com





1. Anda dah boleh ajar anak anda mahir dalam bahasa Inggeris dari mereka dalam kandungan lagi.Berbual dengan mereka dalam bahasa Inggeris. Nyanyikan lagu-lagu dalam bahasa Inggeris. Mainkan lagu2 dalam bahasa Inggeris untuk mereka dengar. Kalau nak lagu-lagu nasyid rasanya dah banyak yang ada dalam bahasa Inggeris seperti lagu-lagu nasyid Yusuf Islam.



2. Bila anak dah lahir teruskan berbual dengan anak anda tu dalam bahasa Inggeris. Kalau boleh gunakan teknik One Parent One Language. Maknanya sorang kenalah cakap Bahasa Inggeris n sorang cakap bm sepenuhnya. Jadi anak nanti mahir dalam kedua2 bahasa, InsyaAllah.



3. Gunakan sumber pengajaran seperti kad imbas, poster, vcd, cd dan lain2 untuk mewujudkan persekitaran yang sesuai untuk mereka belajar.



4. Jangan jadikan kelemahan anda dalam bahasa Inggeris sebagai alasan untuk tidak mendedahkan mereka kepada bahasa Inggeris pada peringkat awal lagi. Berkorban sedikit.Belajar balik bahasa Inggeris tu untuk anak2 anda. Tak perlu mahir untuk mengajar mereka sebab anda sentiasa boleh rujuk kepada buku2 dan lain2 sumber untuk menagajar.



5. Kad imbas amat berkesan untuk memperkenalkan perkataan baru bahasa Inggeris tanpa perlu anda menggunakan bahasa ibunda anda. Ini kerana kad imbas menggunakan gambar/imej. Gunakan permainan2 kad imbas yang menarik untuk menagajar mereka.



6. Jangan merasa malu dan segan untuk mengajar anak-anak anda dikhalayak ramai. Pedulikan pandangan sinis orang lain. Yang penting anak anda akan mahir dalam bahasa Inggeris dan bila masuk sekolah nanti tak ada masalah dengan mata pelajaran bahasa Inggeris, Sains dan matematik.



7. Ingat yang bila seseorang kanak-kanak mahir dalam bahasa, IQ mereka juga akan meningkat.



8. Kalau ada yang anda tak faham, jangan segan bertanya dengan orang lain.



9. Belikan buku-buku cerita yang menarik yang banyak gambar2 untuk anak-anak anda. Kalau dia orang minat kartun,tak salah anda belikan komik dalam bahasa Inggeris. Sekarang ni komik Doraemon pun ada dalam dwibahasa.



10. Rajin2 lah bacakan buku cerita kepada anak anda.Pupukkan sikap suka memabca bahan2 dalam bahasa Inggeris kepada mereka.



11. Dapatkan sokongan suami/isteri untuk mengajar anak-anak anda. Kenalah ada team effort.Jangan buat sorang2. Tak salah juga kalau minta bantuan ibubapa atau mertua anda untuk sama2 membantu. Kadang2 mereka ini lagi fasih dari kita.



12. Kalau mampu hantar le ke tadika yang ada ajar bahasa Inggeris. Kalau x ada budget jangan lah risau. Anda sendiri boleh mengajar mereka dengan berkesan.



13. Kenali diri anak anda dan ketahui apa yang mereka minati.Kalau dia minat Sesame Street belilah vcd2 Sesame Street.



14. Gunakanlah sumber percuma atau sumber2 yang telah anda bayar.. Pilih rancangan2 di tv dan Astro yang sesuai untuk anak-anak anda seperti rancangan Sesame Street, Noddy, Bob The Builder ke dan lain¦Kalau anda sendiri nak belajar bahasa Inggeris, di Astro ada channel TVIQ 552 yang banyak rancangan2 bahasa Inggeris.



15. Jangan paksa atau beri tekanan terutamanya kepada kanak-kanak yang masih kecil. Ingat yang mereka ini moody, cepat lupa, mudah bosan dan lebih suka bermain dari belajar. So anda kenalah cari teknik2 pengajaran yang tidak membosan kan. Kalau nak ajar tak payah lama2 dan cari masa yang sesuai bila dia org boleh beri lebih tumpuan.



16. Beli poster yang sesuai dan tampalkan di dalam rumah anda. Pastu tearngkanlah kepada mereka dan lepastu anda kenalah rajin ulangkan apa yang anda terangkan kepada mereka sebab mereka ni mudah lupa.



17. Kalau betul caranya kanak-kanak boleh mengusai lima bahasa serentak!



18. Jangan risau., anak anda tak akan pening kalau anda dedahkan kepada dua bahasa dari kecil. Mula2 je dia pening tapi dia akan cepat sedar yang mereka menggunakan dua bahasa.



19. Konsisten dalam pengajaran anda tu. Jangan kejap cakap bm dan kejap cakap bahasa Inggeris atau campur dalam ayat anda.



20. Jangan guna bahasa bayi. Sebut betul2 dan gunakan ayat yang betul grammar dia.



21. Kalau anak anda sebut tak betul ,betulkan sebutan mereka dengan anda ulang semula apa yang mereka sebut tu.



22. Belajar balik bahasa Inggeris anda. Walaupun anda rasa yang bahasa Inggeris anda dah ok tak salah kalau anda belajar balik sebab kdg2 kita ni tak sempurna. Or kdg2 benda yang kita ingat betul sebenarnya salah atau kurang tepat.



23. Selain dari mengguna kad imbas anda juga boleh gunakan kad perkataan. Ni x ada imej atau gambar. Senang je nak buat.Belije kad2 untuk buat nota yang bersaiz poket. Kad ni sesuai jugak untuk anda mempelajari perkataan baru dengan menggunakan Thesaurus dan Dictionary.



24.Kalau boleh jangan gunakan kamus Bahasa Inggeris-BM. Cuba gunakan kamus bahasa Inggeris-bahasa Inggeris ataupun gunakan kamus English-English-Malay macam yang saya gunakan. Ini boleh membantu anda ˜berfikir™ bahasa Inggeris.



25. Kalau anda sendiri tak berapa ingat perkataan-perkataan bahasa Inggeris , apa kata anda gunakan label dan tampalkan pada tempat2 yang sesuai seperti letak label fridge di peti ais, kitchen di dapur dan sebagainya. So dengan cara ini anda pun ingat apa yang perlu disebut dan anak anda pun boleh ingat apa yang perlu disebut.



Ha.Dah 25 tips yang saya bagi.Maybe next time kalau ada mood camni saya akan beri lagi tips2 dan petua2 yang boleh anda praktikkan.



Akhir kata, œJangan terlalu fikirkan kesilapan dan kelemahan orang lain, tapi sebaiknya kita lihat dulu kelemahan diri kita dan ahli-ahli keluarga kita dan bagaimana kita boleh

memperbaikinya..


Kursus Intensif Asas-Asas bahasa Inggeris akan bermula pd 31hb Julai ini di Sunway .Diskaun khas untuk kelas di Putrajaya sempena Ramadhan.



Yusoff

0193090711
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 21-9-2011 01:43 PM | Show all posts

Assalamualaikum dan Salam sejahtera


Maaf kerana dah lama x posting di sini.


Grammar and Nouns


Dalam artikel saya kali ini saya akan menulis tentangGrammar dan Nouns. Kenapa Grammar, kerana Grammar ialah Tatabahasa dan kursus-kursus yang saya buat kebanyakannya menekankan Grammar dan kenapa Nouns kerana Nouns ialah Kata Nama dan ianya topik pertama dalam Kursus Asas-AsasKomunikasi bahasa Inggeris yang saya jalankan itu.


Kepada mereka yang ingin belajar sendiri dahulu pastikananda kuasai Nouns terlebih dahulu kerana :-


1. Nouns akan menjadipelakon-pelakon utama dalam cerita anda.


2.Nouns akan menjadipelakon-pelakon pembantu dan sampingan dalam cerita anda.


3. Nouns akan jadi tempat dimana berlakunya cerita anda.


4.Nouns akan jadi haiwan—haiwandalam cerita anda.


5. Nouns akan jadibenda-benda dalam cerita anda itu.


Jika anda ada masalah dengan Nouns dalam bahasa Inggerisanda akan ada masalah untuk bercerita dalam bahasa Inggeris. Untuk menjadibagus dalam bahasa Inggeris untuk apa tujuan sekali pun samaada untuk menjawabsoalan SPM, MUET, untuk tujuan berkomunikasi dengan e-mel di pejabat, untukmenyumbang idea dalam mesyuarat di pejabat semuanya memerlukan anda menjadiseorang pencerita yang baik.


Oleh itu, bagaimana anda boleh menjadi pencerita yangbaik jika anda ada masalah dengan Nouns anda dalam bahasa Inggeris? Nama-namaorang anda tidak tahu, nama-nama jawatan seseorang anda ada masalah dan apatahlagi nama-nama orang berdasarkan hubungan anda dengan mereka seperti siapakab nieces anda, siapa pula mother-in-law anda dan siapa pula colleagues anda? Siapa pula parent anda dan siapa pula parents anda?


Mungkin ramai yang berkata Grammar tak penting tapi itu pandangan peribadi masing-masing. Saya pun sebelum menjadi guru bahasa Inggeris berpikiran sebegitu. Saya dulupun semasa mengambil peperiksaan TOEFL atau nama penuhnya Test of English as Foreign Language saya kurang meminati aspek Grammar dan lebih meminati komponen Listening dan Vocabulary. Saya lebih suka menghafal perkataan-perkataan baru dalam bahasa Inggeris untuk tujuan peperiksaan TOEFL saya itu. Tetapi Alhamdulillah saya lulus dengan cemerlang peperiksaan TOEFL saya itu dengan usaha saya dan usaha guru-guru bahasa Inggeris saya dari sekolah rendah ke menengah dan juga guru-guru semasa saya di Kolej Pengajian Persediaan di Seksyen 2, Shah Alam itu.


Dalam Nouns antara aspek yang paling penting yang perlu anda tanya pada diri anda sebelum membuat ayat dalam bahasa Inggeris ialah darisegi COUNT.


Itu yang perlu anda semak iaitu adakah Noun yang anda ingin gunakan itu Countable Noun iaitu Noun yang boleh dikira atau UncountableNoun iaitu Noun yang tidak boleh dikira?


Kenapa ini penting?


Kalau Nouns itu tidak boleh dikira atau telah dikategorikan sebagai Uncountable Noun maka ianya :-


1. Tidak boleh berubah ejaannya walaupun jumlahnyabanyak. –


Ramai yang tahu kalau Noun dalam bahasa Inggeris itu jumlahnya lebih dari satu maka ianya adalah dalam bentuk plural dan biasanya akan ditukar bentuk seperti melibatkan penambahan s, es, ies, ves dan sebagainya. Bagaimanapun Uncountable Nouns tiada bentuk plural kerana ianya tidak boleh dikira dandipecah2kan. Ianya akan wujud dalam ejaan asalnya dan tidak boleh bertukar bentuk walaupun anda rasa jumlahnya banyak dan lebih daripada satu.


Sebagai contoh anda tidak boleh buat ayat:-


1. There are alot of waters in the drain.


Ada dua kesalahan dalam ayat di atas iaitu, water telah ditukarkan kepada bentuk plural iaitu waters dan Verb TO BE yang digunakan ialah are.


Ayat yang betul ialah


2. There is alot of water in the drain.


Perhatikanyang water tidak perlu ditukar ke waters dan Verb yang patut dipasangkan denganwater itu ialah is dan bukannya are. Ini kerana semua Uncountable Nouns ini mesti dipasangkan dengan Singular Verbs seperti is,was dan sebagainya.


Dalam contoh di atas yang a lot digunakan untuk menunjukkan yang air itu banyak dan ini sudah memadai untuk menunjukkan yang air itu banyak dan jangan pula andatukarkan water itu kepada waters.


Saya akan sambung lagi penerangan tentang Grammar danNouns ini di masa akan datang. Nota pernuh boleh anda dapati dalam Manual Lengkap Tatabahasa Inggeris seteba 500 muka itu.



Regards


Yusoff

0193090711

cikgutuition@gmail.com

Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2011 04:35 PM | Show all posts
The plural form of furniture is furniture
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-9-2011 09:12 AM | Show all posts
The plural form of furniture is furniture
lwyl Post at 21-9-2011 16:35


Terima kasih kerana tambah maklumat di sini. Maafkan saya kerana kena betulkan sikit disini ya.

Memang ada betul secara kasar yang ianya 'plural' tetapi ianya boleh Wy katakan yang ianya untuk 'sekumpulan'. 'furniture' ialah uncountable noun (UN) iaitu kata nama tidak boleh dikira. Ianya ialah jenis Uncountable Noun bawah generic iaitu UN yang digunakan untuk sekumpulan noun. INi bermakna kita boleh buat ayat:-

1. I bought two tables, one chair and three cupboards yesterday.

atau

2. I bought some furniture yesterday.

di mana furniture = two tables, one chair and three cupboards

Furniture ialah uncountable dan tiada bentuk plural dan jangan buat ayat sebegini:-


3. I bought 6 furnitures yesterday. (incorrect)

atau

4. I bought some furnitures yesterday.(incorrect)
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-10-2011 02:50 PM | Show all posts
Post Last Edit by cikgutuition at 5-10-2011 15:05

Untuk mahir dalam masa yang singkat, anda dan anak-anak kena banyakkan membaca bahan-bahan dalam bahasa Inggeris mengikut minat anda. Kalau anda tanya apa rahsia saya yang membolehkan saya mahir dalam bahasa Inggeris ialah saya boleh dikatakan setiap hari membaca akhbar bahasa Inggeris semenjak tahun 1983 lagi semasa saya di dalam tingkatan 4 lagi! Kenapa membaca banyak membantu saya? Dengan membaca anda dan anak-anak anda akan:-

1. Lihat dan serap struktur-struktur ayat bahasa Inggeris.

2. TIngkatkan kosa kata bahasa Inggeris.

3. Serap ejaan perkataan-perkataan bahasa Inggeris.

4. Berfikir dalam bahasa Inggeris.

5. Meningkatkan pengetahuan am yang dapat membantu dalam membuat karangan bahasa Inggeris untuk apa saja peperiksaan seperti UPSR,PMR,SPM, MUET dan juga untuk TOEFL dan IELTS.

6. Melihat kala kata kerja (verb tenses) yang perlu digunakan mengikut kesesuaian masa dan situasi.

Pastikan anda  dan anak-anak anda konsisten dan anda perlu membaca setiap hari dan bukannya mengikut mood anda. Jika anda perhatikan, mereka yang fasih dalam bahasa Inggeris, pembacaan bahasa Inggeris ialah sebahagian dari kehidupan harian mereka dan bukannya sekadar hobi.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-10-2011 03:21 PM | Show all posts
Post Last Edit by cikgutuition at 20-10-2011 16:39

Jika anda semua merasakan yang amat payah untuk anak anda bertutur dalam bahasa Inggeris, maka anda bukannya bersendirian. Sebenarnya, antara 4 aspek komunikasi dalam bahasa Inggeris iaitu Reading, Listening, Writing and Speaking, aspek speakinglah atau pertuturan inilah yang paling sukar kerana ianya :-

1. Spontan
2, Sukar untuk berlatih bersendirian
3. Perlu perbendaharaan kata yang mencukupi
3. Perlu kebolehan buat ayat dengan betul dengan cepat.

Itulah sebabnya dalam  Kursus Asas-Asas Komunikasi bahasa Inggeris yang saya jalankan baik untuk pelajar sekolah mahupun dewasa, saya akan menekankan aspek tatabahasa dan aspek kosa kata.

Aspak tatabahasa akan membantu anda dengan lebih mudah untuk menyusun perkataan-perkataan dalam bahasa Inggeris dengan betul dan tepat tanpa perlu teragak-agak.

Sebagai contoh, jika anda lapar, saya akan ajar dalam kelas saya , struktur asas dan paling mudah yang boleh anak anda gunakan ialah

Pronoun + Verb TO BE + adjective

1. I am hungry.

Perhatikan yang struktur ayat berbeza sedikit dengan bahasa Melayu di mana kita boleh gunakan sekadar Pronoun + adjective

3. Saya lapar.

Jadi dalam bahasa Melayu, anda tidak perlu selitkan Verb, tetapi dalam BI, ianya wajib. Anda tidak boleh mengikut struktur BM ini dalam ayat BI anda seperti.

4. I hungry.

Aspek vocabulary atau kosa kata pula penting kerana ianya membolehkan anda menggunakan perkataan-perkataan yang lebih tepat dan lebih sedap digunakan dalam perbualan bahasa Inggeris anda nanti.

Sebagai contoh, jika anda sangat lapar anda boleh gunakan

5. I am very hungry.

atau jika tersangat-sangat lapar. Anda boleh gunakan

6. I am extremely hungry.

Bagaimanapun, anda juga perlu tingkatkan kosa kata anda dan cuba gunakan selain dari very dan extremely dan boleh gunakan

7. I am famished. (sangat lapar)

dan

8. I am starving. (tersangat lapar)

Perhatikan yang anak anda perlu tingkatkan penguasaan grammar dan vocabulary anda pada masa yang sama. Ramai yang mengatakan yang grammar tidak penting dan cuma tumpukan kepada aspek vocabulary sahaja dan ada yang belajar grammar tetapi tidak tingkatkan vocabulary mereka. Pada pendapat saya, jika anda ingin anak anda mahir dalam komunikasi bahasa Inggeris dalam masa yang singkat dan betul dan tepat penggunaanya maka anak anda perlu kuasai kedua2 aspek.

Mungkin ada anak anda yang rasa payah dan sukar untuk mempelajari aspek Grammar atau tatabahasa bahasa Inggeris ini tetapi ianya adalah aspek yang akan mempercepatkan penguasaan bahasa Inggeris mereka. Di Malaysia ini, ramai yang boleh bercakap 100% dalam bahasa Inggeris tetapi ramai yang grammar masih lemah dan akan memeningkan orang lain untuk memahami mereka.

Kursus Intensif Asas-Asas bahasa Inggeris untuk pelajar sekolah bermula 19hb ini di Putrajaya dan Sunway.


CIkgu Yusoff
0193090711
Like me at FB at Cikgu Yusoff's English
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-12-2011 12:58 PM | Show all posts
Post Last Edit by cikgutuition at 25-12-2011 13:09

Assalamualaikumdan Salam Sejahtera

Kalau anda tertanya2 dalam bahasa Inggeris ni apa yg nak kita check ya sebelumbercakap dan menulis pada saya senang sahaja..

Check the 3 W's.

1. When
2. Who or What

When - Basically is to check your tense. ie tense mana yang nak gunakan. Setiap
ayat yang kita buat in English mesti gunakan 1/12 or satu dari 12 tenses yangada.

Who / What - Bila dah check 'when' check pulak anda bercakap tentang siapa atauapa sebab Who / What akan menentukan verb apa yang perlu anda gunakan.I havemodified sedikit jenis Who/What yang diperkenalkan oleh Puan Norbi dan ada limakategori Who / What iaitu:-

1. I
2. You
3. Singular - nouns and pronouns
4. Plural - nouns and pronouns
5. Uncountable nouns

Sebagai contoh,jika anda bercakap tentang fakta yang masih betul sekarang (factthat is still true now), dimana WHEN=now anda kena gunakan ia dalam bentukSimple Present.

Selepas itu semaklah pulak the Who / What yang anda ingin ceritakan keranaianya mungkin tidak sama. e.g.

1. I - I am dirty.
2. You - You are dirty.
3. Singular - Ali is dirty
4. Plural - They are dirty
5. Uncountable nouns -The water is dirty.

Perhatikan yang Verb TO BE yang berbeza ( am, is, are) digunakan di dalam ayatdi atas.

Harap dapat membantu ya.

Kursus Asas-Asas bahasa Inggeris saya akan bermula untuk dewasa dan pelajar2sekolah di Putrajaya, Sunway dan Bangi bermula 7hb Jan ini.

Cikgu Yusoff
019-3090711
cikgutuition@yahoo.com

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-12-2011 01:05 PM | Show all posts

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera


2012 semakin hampir dan tinggalbeberapa hari sahaja lagi kita akan memasuki tahun baru ini. Bagaimana dengan tahun 2011 kepada anda? Pada saya, lupakan 2011 kerana ianya akan menjadi sejarah dan cuba buatkan 2012 sebagai tahun yang lebih baik untuk kita semua.

Bagaimana pula dengan persediaan anda untuk meningkatkan kemahiran berkomunikasi bahasa Inggeris anda dalam tahun 2012? Dalam artikel saya kali ini saya akan memberikan tips dan petua berdasarkan pengalaman saya belajar bahasa Inggeris selama 40 tahun, pengalaman sebagai trainer selama 16 tahun dan pengalaman mengajar bahasa Inggeris kepada ribuan orang dan kepada organisasi-organisasi seperti KWSP, Kementerian Kesihatan, Jabatan Perdana Menteri, Jabatan Statisitik Malaysia, Drypers, Universiti Malaya dan sebagainya.



1. Daftar untuk kelas bahasa Inggeris yang anda rasa sesuai untuk anda – Carauntuk mahir berkomunikasi dalam bahasa Inggeris ialah dengan mendaftar dalamkelas-kelas bahasa Inggeris yang sesuai dengan anda. Pastikan kelas yang andaingin sertai itu sesuai dengan kemampuan anda sebab ada pelajar-pelajar cikguyang pergi kekelas yang diajar oleh orang asing dan menggunakan 100% bahasa Inggeris tidak dapat mengikuti kelas itu dengan berkesan. Jangan pula malu dan segan menyertai kelas –kelas seperti kelas cikgu yang menggunakan BM dan BI dalam syarahan dan nota. Apa yang penting ialah anda boleh faham dan bolehpraktikkan apa yang telah anda pelajari.


2. Beli kamus dan buku-bukurujukan yang berkaitan – Untuk mahir dalam komunikasi bahasa Inggeris, anda perlu ada bahan-bahan rujukan yang efektif seperti kamus yang lengkap,thesaurus untuk daftar perkataan seerti dan berlawanan, kamus peribahasa atauidiom dictionary dan juga buku-buku latihan.


3. Ianya mesti setiap hari –Aktiviti untuk meningkatkan komunikasi bahasa Inggeris mesti di lakukan setiaphari.Tiada cuti.Ianya mesti menjadi sebahagian dari hidup anda dan anda mestitenggelam dalam bahasa Inggeris anda. Bahasa Inggeris adalah satu budaya danbukan sekadar satu mata pelajaran.


4. Cintai bahasa Inggeris anda –Ianya akan menjadi lebih mudah untuk anda mahir jika anda menyukai, menyanyangibahasa Inggeris anda. ‘To know English is to love English’ Inilah slogan atau moto yang perlu anda gunakan setiap hari.


To be continued.


Kursus Asas-Asas Komunikasi bahasa Inggeris untuk dewasa(pagi) dan untuk pelajar sekolah(petang) akan saya mulakan di Prct 16,Putrajaya pada 7hb Jan ini dan di Sunway pada 8hb Jan ini. Tempat terhad dan dah hampir penuh. Hubungi saya di0193090711 segera jika berminat.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-2-2012 11:18 AM | Show all posts
Assalamualaikum semua

Kepada mereka yang mempunyai anak-anak yang akan mengambil MUET pada tahun ini saya ingin memberikan sedikit petua dan tips berkenaan dengan aspek Reading dalam MUET.

Aspek READING amat penting kerana ianya akan memberi markah maksima 120 daripada jumlah markah 300. Ini bermakna aspek ini berpotensi memberi 40% dari jumlah markah kepada anda dalam MUET anda!

Apakah kesilapan yang biasanya di buat oleh pelajar dalam komponen READING ini?

1. Tidak bersedia lansung dengan mencuba soalan2 sebenar dan soalan2 klon MUET.

2. Tidak membaca karangan dan graf yang diberikan dengan betul.

3. Tidak membahagi masa dengan betul untuk setiap soalan. Pelajar cuma diberikan 90 minit untuk menjawab 6 soalan dan oleh itu anda ada 15 minit secara purata untuk menjawab setiap soalan.

4. Tidak meneliti jawapan yang telah mereka pilih. Pelajar perlu 'justify' kenapa mereka memilih sesuatu jawapan itu kerana ada soalan2 yang memberi jawapan yang hapir2 sama dan hanya dengan penelitian baru anda dapat memilih jawaban yang betul.

5. Tidak menanda graf dengan betul. Kadang2 pelajar perlu mencari sesuatu nilai dan ada pelajar yang sekadar meneka nilai tersebut tanpa membuat garisan di graf kepada paksi untuk mencari nilai sebenar yang perlu di cari.

Sekian buat kali ini dan saya akan sambung lagi di masa akan datang.

Kursus Persediaan MUET selama 3 bulan (11 minggu) akan bermula 11hb ini di Putrajaya dan 12hb di SUnway. Yuran biasa ialah RM780 tetapi untuk pelajar MUET cuma RM650 jika di bayar penuh pada kelas pertama.

Cikgu Yusoff
0193090711
FB - Cikgu Yusoff's English
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-2-2012 09:43 AM | Show all posts
sudah katam saya baca ni..... kalau ada lagi petua boleh la kongsi ya kawan2...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-2-2012 06:03 PM | Show all posts
Reply 117# rienafaiz


    Rienafaiz,

Di thread ni pun ada lagi banyak. :-) http://mforum.cari.com.my/forumdisplay.php?fid=104
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-2-2012 03:33 PM | Show all posts
Post Last Edit by cikgutuition at 3-2-2012 15:34

**Ulanganposting sebelum ini dengan penambahan penerangan.
###################################################

Kalau anda tertanya2 dalam bahasa Inggeris ni apa ygnak kita check ya sebelum bercakap dan menulis pada saya senang sahaja..

Check the 3 W's.

1. When
2. Who or What

When - Basically is to check your tense. ie tensemana yang nak gunakan. Setiap
ayat yang kita buat in English mesti gunakan 1/12or satu dari 12 tenses yang ada.

Who / What - Bila dah check 'when' check pulak andabercakap tentang siapa atau apa sebab Who / What akan menentukan verb apa yangperlu anda gunakan.I have modified sedikit jenis Who/What yang diperkenalkanoleh Puan Norbi dan ada lima kategori Who / What iaitu:-

1. I
2. You
3. Singular - nouns and pronouns
4. Plural - nouns and pronouns
5. Uncountable nouns

Sebagai contoh,jika anda bercakap tentang faktayang masih betul sekarang (fact that is still true now), dimana WHEN=now andakena gunakan ia dalam bentuk Simple Present.

Selepas itu semaklah pulak the Who / What yang andaingin ceritakan kerana ianya mungkin tidak sama. e.g.

1. I - I am dirty.
2. You - You are dirty.
3. Singular - Ali is dirty
4. Plural - They are dirty
5. Uncountable nouns -The water is dirty.

Perhatikan yang Verb TO BE yang berbeza ( am, is, are)digunakan di dalam ayat di atas.

Dalam contoh 5 ayat di atas, Ver TO BE perludiselitkan kerana 'dirty' ialah satu adjective atau kata sifat dan adjectivecuma menerangkan dgn lebih lanjut tentang sesuatu noun itu.

Dalam ayat di atas 'dirty' menerangkan tahapkebersihan nouns itu semua.Bagaimanapun 'dirty' tidak menunjukkan 'tense' atau'bila' keadaan itu berlaku. Itulah sebabnya,anda perlu selitkan Verb TO BEuntuk membantu dlm ayat itu untuk memberitahu ttg MASA.

Kalau anda ingin menceritakan tentang 'dirty' ygsekarang,anda perlu gunakan am,is dan are seperti dlm cth di atas.

Dengan menggunakan subjects yang sama tetapi andaingin bercerita tentang 'dirty' di masa lepas maka anda perlulah menggunakanVerb TO BE anda dalam bentuk Past Tense isitu 'was' dan 'were'

1. I - I was dirty yesterday.
2. You - You were dirty yesterday.
3. Singular - Ali was dirty yesterday.
4. Plural - They were dirty yesterday.
5. Uncountable nouns -The water was dirtyyesterday.

Perhatikan yang kebiasaannya apabila anda menggunakanVerb TO BE dalam Simple Past Tense, penunjuk masa lepas seperti 'yesterday''just now', 'one hour ago' perlu digunakan.

Harap dapat membantu ya.

Kursus Asas-Asas Perbualan dan Penulisan bahasaInggeris untuk dewasa di Putrajaya akan bermula pada 11hb Feb ini dan di Sunwaypada 12hb Feb.Tempat terhad.


Tuisyen pelajar2 sekolah akan bermula esokdi Kompleks Kejiranan Prct 16,Putrajaya dan minggu depan di TamanUniversiti,Bangi dan sudah bermula di Sunway.Penekanan kepada aspektatabahasa,kosakata dan latihan persediaan peperiksaan.

Cikgu Yusoff
cikgutuition@yahoo.com
019-3090711

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-2-2012 03:47 PM | Show all posts
Reply 119# cikgutuition

Dari aspek WHAT,

Singular ialah kata nama/kata ganti nama tunggal pihak ketiga di mana jumlah Noun=1

i.e. Quantity of noun = 1 = Singular Noun

Cth  kata nama/kata ganti nama tunggal pihak ketiga

Ali,Garfield, the man, that dog, this child


he, she, it
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 10:19 PM GMT+8 , Processed in 0.085764 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list