CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12
Return to list New
Author: MARAstudent

ANSARA--(X-MRSM)

[Copy link]
Post time 2-9-2007 12:45 PM | Show all posts
Kempen Derma Darah PraRamadan
Oleh: SHAFINAZ SHEIKH MAZNAN

揇I negeri-negeri Pantai Timur Semenanjung, sampai satu tahap, kakitangan tabung darah hospital terpaksa menunggu di masjid-masjid selepas solat tarawih untuk merayu penderma darah.

憫Kekurangan bekalan darah di sana lebih teruk berbanding negeri-negeri lain (terutamanya Lembah Klang) disebabkan oleh taburan penduduk muslimnya yang lebih tinggi,拻 kata Dr. Mohd. Halim Abu Bakar.

Begitu sekali? Pengarah dan Koordinator Nasional Kempen Derma Darah PraRamadan Ansara-Utusan itu menceritakan betapa sukarnya untuk mendapatkan bekalan darah mencukupi sepanjang bulan puasa yang bakal menjelang kembali, tidak lama lagi.

Tambahnya, Pusat Darah Negara (PDN) bukan tidak pernah cuba membuka pintu mereka dengan melanjutkan waktu operasi ke sebelah malam bagi tujuan tersebut, tetapi nampaknya, usaha itu juga menemui jalan buntu.

Saban tahun, setiap kali Ramadan bertandang, rayuan yang sama akan kedengaran berulang kali seperti tahun-tahun sebelumnya.

Bekalan darah di tabung darah seluruh negara akan mengalami krisis simpanan yang meruncing kerana umat Islam tidak dapat menderma darah pada siang hari ketika melaksanakan Rukun Islam ketiga itu.

憫Lazimnya, bilangan penderma darah pada bulan Ramadan turun mendadak kerana dianggarkan lebih 75 peratus penderma darah semasa terdiri daripada orang Islam.

憫Keadaan ini diburukkan lagi dengan musim perayaan khususnya akhir Ramadan dan awal Syawal di mana perantau pulang beraya di kampung sekaligus menyaksikan peningkatan kes-kes kemalangan jalan raya berbanding perjalanan biasa,拻 ujar Dr. Mohd. Halim.

Ditanya bagaimana tercetusnya idea untuk mengadakan kempen yang diadakan buat julung kalinya itu, beliau berkata, sebagai seorang doktor, beliau memahami peritnya bertarung dengan masalah itu.

憫Setiap kali mendegar rayuan mengenainya di buat di media, saya dapat merasai kesengsaraannya apatah lagi tugas saya sebagai seorang pakar perbidanan dan sakit puan. Rayuan sebegini sepatutnya tidak kedengaran lagi...

憫Bayangkan dalam saat-saat getir proses kelahiran secara normal atau pembedahan caesarean, tiba-tiba berlaku kecemasan sampai terpaksa berlari ke sana ke mari nak ganti darah.

憫Ini semua boleh mengancam nyawa ibu yang mengalami pendarahan teruk (pendarahan tidak henti-henti) atau tumpah darah khususnya, dalam masa yang begitu singkat sahaja,拻 katanya.

Ketika ini, seperti yang selalu kita saksikan di kaca televisyen, seluruh ahli keluarga akan dipanggil untuk menderma darah mereka.

Di samping itu, tegas Dr. Mohd. Halim, memastikan bekalan darah yang cukup sepanjang masa di seluruh negara adalah sangat penting dalam menyelamatkan nyawa para pesakit yang menjalani prosedur pembedahan, mangsa kemalangan jalan raya dan industri, mangsa bencana, para pesakit gangguan darah seperti talasemia dan leukemia.

Malang tidak berbau. Hari ini hari orang, esok lusa siapa tahu, mungkin hari kita pula. Mereka juga mungkin terdiri daripada kalangan orang-orang yang anda sayangi, ahli keluarga anda sendiri.

Beliau berkata, selain membantu tabung darah menampung keperluan darah semasa bulan puasa, kempen ini juga bertujuan meningkatkan kesedaran di kalangan rakyat Malaysia tentang peri pentingnya menderma darah.

憫Kami juga mahu membantu Kementerian Kesihatan mencapai sasaran lima peratus dari penduduk negara ini sebagai penderma darah yang kini masih jauh berkurangan.

憫Selain itu, ia diharap mampu menjadikan amalan murni ini sebagai satu budaya sihat di negara ini. Tidak perlulah kita merayu-rayu lagi selepas ini. Biarlah ia datang secara sukarela dari hati rakyat Malaysia,拻 jelasnya.

*Derma darah serentak seluruh negara

憫Ansara telah mengambil inisiatif untuk menganjurkan Kempen Derma Darah Praramadan yang julung kalinya diadakan ini, di semua bandar utama seluruh negara.

憫Kami telah memilih Sabtu dan Ahad terakhir sebelum bermulanya Ramadan 1428 hijrah (bersamaan 8 dan 9 September 2007) untuk mengadakan kempen ini secara serentak di 13 lokasi,拻 kata Dr. Mohd. Halim.

Menurutnya, tarikh tersebut dipilih mengambil kira jangka hayat darah yang hanya mampu bertahan selama 35 hari selepas didermakan.

憫Adalah menjadi hasrat kami untuk menjadikan kempen seumpama ini sebagai acara tahunan pada waktu yang sama (Sabtu dan Ahad terakhir sebelum bermulanya Ramadan).

憫Kami berharap agar rakyat Malaysia akan bersama-sama kami bagi menjayakan kempen derma darah ini bagi keperluan kita bersama tanpa mengira agama mahupun keturunan.

憫Memandangkan AEON memberikan kami laluan untuk menggunakan lokasi mereka di pusat membeli belah Jaya Jusco, singgahlah menderma darah sambil-sambil anda membuat persiapan menyambut kedatangan Ramadan Al-Mubarak,拻 ujarnya.

Kira-kira 400 sukarelawan Ansara yang terdiri daripada pelbagai profesionalisme dari doktor, peguam, jurutera, arkitek dan sebagainya telah bekerja keras bagi merealisasikan kempen ini sejak beberapa bulan ini.

Selain Kumpulan Utusan dan AEON Jusco, kempen diadakan dengan kerjasama PDN dan ditaja oleh Telekom Malaysia Bhd. (TM), Nestle, F&N, KPJ Health dan Edaran.

Kepada semua penderma budiman, anda adalah wira yang tidak dikenali namun jasa anda sentiasa dihargai. Hanya Tuhan sahaja yang mampu membalasnya.

*Kriteria pendermaan darah

Anda layak menjadi penderma darah sekiranya berumur 18 tahun ke atas dan sihat tubuh badan. Seseorang individu boleh menderma hingga tiga kali dalam setahun.

Hanya kurang satu pint (350 hingga 450 ml) darah diambil dalam masa sesingkat 10 minit sahaja. Setiap satu pint berupaya membantu sehingga tiga orang pesakit yang amat memerlukan darah.

*Mengenai Ansara

Ansara adalah nama singkatan untuk Persatuan Bekas Pelajar Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Malaysia, yang berpusat di Bangunan Mara, Kala Lumpur.

Sehingga kini, sebanyak 34 buah MRSM yang ada di negara ini telah melahirkan lebih 40,000 pelajar lepasan MRSM dalam pelbagai bidang.

Dari semasa ke semasa, Ansara yang kini dipimpin oleh Datuk Mukhriz Tun Mahathir selaku presidennya, terbabit di dalam pelbagai program komuniti baik di peringkat nasional mahupun antarabangsa.

Ahli-ahli Ansara antaranya telah membantu mangsa tsunami dan mangsa banjir besar Johor manakala di luar negara, mereka terlibat secara langsung dalam Misi bantuan Ambon, Indonesia dan beberapa program kemanusiaan untuk rakyat palestin.

Senarai lokasi kempen derma darah

* Kuala Lumpur
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-9-2007 08:17 PM | Show all posts
me x ansara gerik dan ex ansara balik pulau
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2007 03:25 PM | Show all posts
wa ex pasir tumbuh n ex jasin...... tapi wa tak pernah rase nak join...
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2007 12:03 AM | Show all posts
er gua pun ex-mrsm tp x de hati plk nak masuk ansara.bukan gua je beb rmi lg member2 lain yg sepayung dgn gua.ada internal prob sikit..
Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2007 11:54 PM | Show all posts
dr dl sampai la skrg....x pernah2 lepas 1 page thread nih...
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2007 03:02 PM | Show all posts
walaupun aku x mrsm tapi lom daftar ansara lg
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 4-12-2007 04:33 PM | Show all posts
ada pilihan lain utk anak2 ansara yg x dpt masuk mrsm, boleh p asrama penuh agama tu... tapi kena exam dulu nak masuk, mcm mrsm dulu kan kena exam juga nak masuk....

Ada cadangan lain, hantar anak ke sekolah integrasi. Matapelajaran akademik nya sama dengan sekolah rendah biasa, cuma ada tambah lagi 6 subject agama, yang ni memang sangat lah bagus utk budak2 kecil2 dah faham fardhu ain dan mengaji alquran.... mostly scorer dlm UPSR bukan takat 5A lagi, 11A!.... tak yah risau kalau tak dapat masuk mrsm, insyaAllah dapat masuk sek agama penuh....
Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2007 10:27 PM | Show all posts
awak dulu xmrsm beseri batch tahun biler ye

Originally posted by ceqtom at 9-7-2007 09:56 PM
AKU X MRSM BESERI.. AHLI ANSERI
ANSARA NI BLM FIKIR LG NAK JOIN
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-6-2008 01:49 PM | Show all posts

Balas #4 sherrina\ catat

keahlian korporat untuk ahli2 yg berpangkat dato' datin kot coz tengok ada pringkat2, dia mgikut panglaman ako laaa...
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2010 05:33 PM | Show all posts
teringat zmn dok maktab dl ada ansara dtg buat pemeriksaan mata la,bg mkn time bln pose la,lps tu time grad pown ada..tp tu kisah 10 thn lps laa..korang xde ke?
Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2011 01:45 PM | Show all posts
sunyinye thread ansara ni

aku xmrsm bp batch 2000
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2012 06:35 PM | Show all posts
tunggu leh berphd bagai, barulah join ansara
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2012 11:03 AM | Show all posts
la ni masuk MRSM bukan mcm dulu. Dulu MRSM tujuannya utk kanak2 miskin yg cemerlang, la ni kanak-kan ...
sherrina Post at 18-2-2007 22:45



    skang ni mrsm x mcm dulu..quality..skang belambak2 mrsm
Reply

Use magic Report

Post time 21-12-2012 02:46 PM | Show all posts
eizarz posted on 20-4-2012 11:03 AM
skang ni mrsm x mcm dulu..quality..skang belambak2 mrsm

emang pon.. asal ade kabel.. leh laaaa nak masok mrsm.. aku yg ex mrsm pon x join ansara.. dalam fb asek bincang sal maen bola... buat reU.. tp tah yg zaman mane tah.. yg muda2 xde yg nak join... hahahaa.... so xde la sambutan
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2018 10:27 AM From the mobile phone | Show all posts
ceqtom replied at 9-7-2007 09:56 PM
AKU X MRSM BESERI.. AHLI ANSERI
ANSARA NI BLM FIKIR LG NAK JOIN

Anseri batch brp tu?
Reply

Use magic Report

12
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 05:16 AM GMT+8 , Processed in 0.328521 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list