CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: lady_yuna

sembelit

[Copy link]
Post time 11-5-2007 04:22 PM | Show all posts

Reply #58 MariaClara's post

hi maria.... baby still sembelit lagik ker ala siannye dia... maria pakai novalac lagik ke dah tukar?....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-5-2007 10:19 PM | Show all posts
baby maria still sembelit la...tak guna novalac dah....

cam mane nak kasi bb berak hari hari erk...
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2007 12:34 PM | Show all posts

Reply #62 MariaClara's post

maria, aj dh tanya DR psl susu novalac tu. DR kata, dia ade 3 jenis.. 1.utk bb sembelit.. 2.utk bb yg ade mslh usus.. 3.utk bb yg cirit birit.

aj bgtau DR, igt nk kasi adam susu tu... DR kata xde masalah.. cuma yg dia risau takut kalau2 susu tu xde stok.. (kan bleh dpt kat farmasi jer..) haru plak kita nak kasi susu lain kat anak. aj lupa plak nak mention psl anak maria yg baru 2mth tu.. tp xpe.. lg 2weeks adam ade appoinment lagi coz nak inject... aj akan tanya DR psl tu.

psl bb xberak tetiap ari... xde msalah.. cm yg aj dh bgtau dlm posting yg sblm ni... asalkan berak dia ok.. 2,3 hari sekali pn xde masalah.. kecuali la kalo dia sembelit.. atau kita nampak cm dia sakit jer bila dh xmembuang 2,3 ari tu. kalo bb xnangis.. perut pn xkeras.. xde mslh.. sbb xsemua bb akan membuang tetiap ari. lain bb.. lain caranya..! kalo kita nampak cm bb meneran lebih2 sgt.. tgk la yak dia.. kalo biasa je.. ok la.. may b sbb perut memulas so bb teran sesungguh hati laa..

memandangkan bb maria pn kecik lagi.. aj pn xtau nk suggest cmner lagi. xkan nak bg just prune kot. apakata maria try tanya kat farmasi.. ade sejenis ubat nama duphalex.. katanya, ubat ni plg selamat utk bb..! dia mcm sejenis ubat utk menghasilkan fiber (aj pn xsure sgt istilah dia...). aj ade bg ubat ni kat adam.. nampak cm dh ok berak dia. adam mmg dh xleh tukar susu coz dia alah susu lembu... so terpaksa go on je ngan isomil. bila bg ubat ni.. berak adam ok.. aj stop.. nampak sembelit jer.. aj bg smula. try la tanya kot2 bleh bg utk bb maria..

sedih lak aj pk bb maria sembelit.. dia pn kecik lagi.. sian dia..
Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2007 11:14 PM | Show all posts

Reply #63 anak_jati007's post

tu la...last eek maria gi jumpa pakar pediatrik..dia kate ok susu novalac tu...bab bb berak 2-3 hari skali tu pon dia kate normal...tapi maria tetap risau....2 week lagi kene pegi jumpa lagi la....paed tu kate dia nak tgk lagi...
Reply

Use magic Report

Post time 22-5-2007 02:54 AM | Show all posts
Kesihatan Anak: Gusar antara punca sembelit


SEMBELIT adalah masalah biasa dialami kanak-kanak. Selalunya ia terjadi disebabkan pengambilan makanannya yang kurang cecair atau serat atau disebabkan faktor persekitarannya.





Kanak-kanak dikatakan mengalami sembelit apabila dia membuang air besar kurang tiga kali seminggu. Najisnya keras, kering dan besar atau dia mengalami kesukaran untuk membuang air besar.

Sembelit selalunya boleh dicegah dan dalam kebanyakan kes penawar terbaik ialah memastikan anak menikmati pemakanan yang sihat.

Mengapa sembelit berlaku?

Selalunya, sembelit berlaku di kalangan kanak-kanak usia persekolahan disebabkan diet yang kurang serat dan cecair. Kanak-kanak yang mengemari makanan segera yang kaya lemak (burger, makanan bergoreng atau susu kocak) dan gula diproses (gula-gula atau minuman bergas) lebih mudah mengalami sembelit.

Bagaimanapun, kadangkala ubat-ubatan yang digunakan untuk merawat sesetengah masalah seperti kekurangan zat besi juga membawa kepada sembelit. Di kalangan bayi pula sembelit selalu terjadi apabila bertukar daripada susu ibu kepada susu formula atau daripada susu kepada makanan (solid food).

Adakalanya masalah sembelit juga disebabkan sikap kanak-kanak tidak suka untuk ke tandas. Mereka kerap menahan membuang air besar kerana ingin terus bermain atau mungkin kerana tidak selesa untuk membuang air besar di tandas lain.

Tekanan juga boleh menyebabkan sembelit. Kadangkala kerana bimbang akan sesuatu misalnya memulakan persekolahan di tempat baru atau berpindah rumah membuatkan mereka tertekan.

Kajian membuktikan kegusaran emosi membawa kepada masalah usus dan menyebabkan sembelit. Jika tidak sembelit mereka mungkin mengalami cirit-birit.

Sesetengah kanak-kanak berhadapan dengan sembelit kerana masalah yang dikenali sebagai irritable bowel syndrome (IBS). IBS terjadi apabila mereka berasa tertekan atau memakan makanan pencetus masalah (trigger food) yang selalunya berlemak atau pedas. Kanak-kanak IBS mungkin boleh mengalami sembelit atau cirit-birit selain sakit perut dan masalah gas.

Dalam kes yang jarang berlaku, sembelit juga mungkin tanda masalah kesihatan. Jika masalahnya berlanjutan antara dua hingga tiga minggu, anak perlu dirujuk kepada doktor.

Simptom

Anda perlu tahu setiap kanak-kanak memiliki sikap tersendiri. Ada kanak-kanak yang tidak membuang air besar setiap hari tetapi mereka bukan sembelit. Ada kanak-kanak yang membuang air besar setiap hari. Ada yang mungkin dua kali sehari.

Dia mungkin sembelit jika dia memberitahu anda mengenai kesukarannya untuk mengeluarkan najis atau dia mendapati najisnya bercampur darah.

Apa yang harus anda lakukan?


Beri dia lebih banyak cecair. Minum air suam misalnya membantu najis bergerak keluar daripada usus dengan mudah. Jumlah cecair yang diperlukan bergantung kepada usia dan berat badannya.

Bagaimanapun, kebanyakan kanak-kanak pada usia persekolahan memerlukan tiga hingga empat gelas air sehari. Anda mungkin boleh memberinya jus secawan dua setiap hari.

Jika bayi pula yang berhadapan dengan sembelit, anda mungkin boleh memberinya jus buah prun atau apple setiap hari. Jika sembelit masih berterusan mungkin dia alah pada makanan, justeru rujuk kepada doktor anda.


Berikan dia lebih serat. Misalnya berikan dia buah-buahan dan sayur-sayuran. Serat tidak boleh dihadam justeru ia berupaya membersihkan usus. Anda mungkin boleh beri anak anda menikmati buah apple, oren, pisang dan kentang bakar.


Ajak dia bersenam. Senaman membantu pergerakan usus.


Siapkan jadual pemakanan seimbang.


Beritahu anak jangan menahan kencing atau menahan rasa ingin membuang air besar. Dalam kebanyakan kes, perubahan kecil membawa impak yang lebih besar.
Reply

Use magic Report

Post time 22-5-2007 02:56 AM | Show all posts
Originally posted by su_0381 at 20-3-2007 04:59 PM
Nak tanya..
Kalau budak2 sembelit lak macam mana? anak saya yg 3 tahun lebih tu..memang sembelit je..kalau berak tu sampai darah2..tapi dia tak nangislah..cuma kalau masa dia berak tu dia tak na ...



ada jwpan utk mslh ank u..artikel ats tuuuu...kot ler membantuu
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 22-5-2007 09:12 AM | Show all posts
sembelit?

makan ni.. sure lawas!



nama buah: dragon fruit
Reply

Use magic Report

Post time 22-5-2007 09:14 AM | Show all posts

Reply #67 paulinevoon's post

why dragon fruit:

1. packed with vit C
2. soft.. thus suitable for babies
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-5-2007 02:39 PM | Show all posts

new food from nestle..

ermm..ma nk share gk,ank mapun sembelit,da jumpe da food tuk snang pupu,now da ader nestle gold(bkn cam biase,ni bnyk sikit khasiatnye).tuk stage1,-rice with apple,stage2-oats with prune n stage 3,brown rice with yoghurt&raspberi..da mix ngan fruit..ank ma mkn yg stage2 snang da pupu..stage 3,kekdng bg.bubur nasi pun mkn gk.ok lh kalu tuk food,milk ni ma kurngkn scoop.
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2007 03:50 AM | Show all posts
Dhania punya baby pun macam sembelit, baru malam nie asyik menagis jer. Popo pun sikit jer. Tapi dhania perasan bila dia makan ubat selsema yg doktor kasi semalam.

Tak tahu nak buat apa. Cuma boleh kasi air suam jer lah mlm mlm cam gini. Baby dhania baru 2 bulan.
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2007 11:36 AM | Show all posts
taktau la kalau korang nak ikut ke tak..tp ini petua mmg orang dulu dah lame pakai amalan ni...saye sendri dah cuba..mmg berkesan..try bg setengah sudu teh gula...ngn air 3 oz..mmg mommies kat sini pelik nape nak kena bg gule kan?tak elok untuk bb..sbb gula tu manis...saye taktau nak ckp sbb gula mmg mujarab itu lembutkan poo poo...kalau tak caye ckp saye ni..tanye doc k
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2007 12:02 PM | Show all posts
hmm.. dh lama aj xmasuk sini.. bz.. byk keje xsmpt nak jenguk2 pun. maria, bb cmner? ok x? harap2 bb maria ok la yer...
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2007 09:18 PM | Show all posts
nak share my story yeah..

hopefully boleh membantu ibu2 yang ada masalah anak susah nak membuang air besar..

my son sedari umur dia masuk 1 tahun ada masalah nak buang air besar..setiap kali nak buang air besar dia akan silang kedua2 kaki..macam nak menahan gitu..najis yang keluar agak keras juga..selalu muka merah padam bila nak meneran..

pada mulanya i thought masalah susu..i bawa ke klinik..dr check and cakap kat i tak de masalah cuma minta i cairkan susu cause some children perut derang tak boleh tolerate dgn susu tin ni..i buat tapi masih jadi macam tu juga..tak lawas pembuangan nya..i bawa lagi jumpa dr and kali ni i tukar susu..kebiasaan nya dia minum snow brand, so try switch to isomil..some dr said my son mungkin ada masalah lactose intolerance gitu...so stool jadi keras..

at the same time i bagi dia minum air masak banyak2..tapi masih lagi tak lawas pembuangan nya..fruits like bananas, papayas yang mana boleh melawaskan najis sume i try bagi tapi tak jalan juga..

some dr said that my son ni uneasy bila nak constipate so dia tahan selagi dia boleh tahan..maybe proses membuang tu menyakit kan that is why dia tahan..bila dah tak boleh tahan najis tu sentiasa keluar..

bila umur dia masuk 2 years plus dia dah jadi kurang selera nak makan, nak minum..me and husband susah hati..dah macam2 ikhtiar kami cuba..tak cukup dgn dr kami cuba cara tradisional..jumpa org alim minta air penawar..lepas tu jumpa plak homeopathy dr..sama jugak hasilnya..sampai at one time my son kena admit to subang jaya hospital due to diarrhea..

paed dr kat situ dah ambil siap2 sample of his stool, blood sample and apa2 yang perlu except x-ray..after 6 days kat ENT ward they just said it's merely susu..sume pun kasi alasan susu, susu and susu..i jumpa 2 diff paed dr lagi kat hospital tu..after baik dari diarrhea still sama juga..but it becomes worst where every 24 hours diaper dia ada najis je..tiap2 mlm dia tengah tido pun i tukarkan diaper..kadang2 bila basuh punggung dia pun najis tu keluar dgn sendiri nya..macam dia dah tak boleh nak stop..padahal masa tu dia langsung tak mo makan..just merely nak susu je..

i dah tak tahan la tengok my son cam tu kan, so last resort i decided nak go for full check ups for my son at twin tower medical centre klcc (formerly known as mont kiara)..since i pun dah penat dgn opinion dr2 area pj tu i saja nak try belah2 kl plak tengok macam mana perhaps boleh dapat better explanation..then panel dr situ refer i to gleneagles..

kat gleneagles i jumpa dr eian hamzah, one of paed dr kat situ..he did an x-ray to my son's stomach and tau tak apa yang ada dlm stomach dia tu? bowel dia penuh dgn najis yang tak boleh nak keluar all these while..sume keras2 and bulat2..sampai usus dia dah kembang..when i first saw his x-ray, i just tergamam..don't know what to do, don't know what to say..tak pernah lagi mana2 dr yang i jumpa recommend i pi for x-ray..even masa dia kena tahan kat ward pun tak de..

then dgn dr eian lah i jumpa solution to my son's problem ni..all he gave my son was duphalax syrup..kebiasaan nya diberi pada ibu2 yang baru lepas bersalin oleh hospital utk elak sembelit! with just that simple treatment..after few days my son dah tak de tahan2 nak buang air besar and nafsu makan minum dia sangat2 memberangsangkan! susu pun dr minta i tukar pada bebelac ec(extra care) khas utk kanak2 yang punya masalah sembelit ni..

daripada najis berwarna hitam dan keras dah jadi warna coklat and lembik..perut pun dah tak buncit macam dulu, muka pun dah tak stress tiap kali nak buang air besar..kalau dulu sampai berdarah najisnya and kadang2 kulit pada punggung dia seakan melecur gitu..

now after 5 months still lagi continue and at the same time i bagi juga gripe water cause perut dia jenis mudah kembung..alhamdulillah, sekarang semua org happy sangat tengok perubahan my son ni..kata dr tu my son masih kecil and masih tidak terlambat utk treatment ni..bimbang juga kalau bila dah masuk sekolah yet masih tak boleh nak control susah kan?

apa2 pun i happy at last jumpa juga solution..now i masih belum boleh ajar dia potty cause nak make sure usus dia pulih..duphalax syrup ni khas utk kanak2..kat pharmacy pun ada..tujuan nya melembutkan najis jadi tak sakit kanak2 nak buang air besar..furthermore, syrup ni natural ingredients, no chemical whatsoever so tak merbahaya utk kanak2..

kusss semangat..panjang pulak cerita..
Reply

Use magic Report

Post time 3-6-2007 01:37 AM | Show all posts
Originally posted by anak_jati007 at 29-5-2007 12:02 PM
hmm.. dh lama aj xmasuk sini.. bz.. byk keje xsmpt nak jenguk2 pun. maria, bb cmner? ok x? harap2 bb maria ok la yer...



alhamdulillah...anak maria stakat ni dah  popo tiap hari..dan tak sembelit teruk lagi...

baru baru ni maria balik kg..mak maria mmg pandai mengurut..lepas tiga hari urut dgn mak...anak maria terus ok...mak maria kata perut bb maria banyak angin sgt tu yg jadi susah nak popo...

dan selepas balik dari kg ...maria gi jumpe paed...kebetulan mmg kene dtg check up...paed kate pas ni tak yah dtg lagi...dah ok...dan paed suruh maria bagi bb air glukos...lagi senang nak popo...baru nak cuba ni..hehheheh now maria dah bley senyum..
Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2007 09:28 AM | Show all posts

Reply #74 MariaClara's post

air glukos yg dlm tin wane biru ke kak maria???risau juga sebab adek da stat bg aqiel nestum+susu..huhu bagi dlm 2 kali sehari...manela tau popo keras plak..huhuh so kenela berjaga2
Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2007 12:02 PM | Show all posts
Originally posted by nashra at 30-5-2007 09:18 PM
nak share my story yeah..

hopefully boleh membantu ibu2 yang ada masalah anak susah nak membuang air besar..

my son sedari umur dia masuk 1 tahun ada masalah nak buang air besar..setiap k ...




duphalax syrup ni bole bg kat bb yg baru 7 bulan ke?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-6-2007 12:36 PM | Show all posts

Reply #76 leya1303's post

apa2 hal baik leya consult dgn dr..

walaupun tak de bahan chemical bahaya tapi takut tak sesuai utk baby..

bila dr dah approve medication apa yang sesuai utk baby leya then proceed je la..
Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2007 01:09 AM | Show all posts

Reply #75 adekjeli's post

betul latu ..di dln tin warna biru..akak tak gune yg beroerisa...yg biasa aje
Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2007 09:30 AM | Show all posts

Reply #77 nashra's post

u tau tak skrg ni i dah give up...sbb apa tau...dah bg air suam..still sembelit..dah tukar susu..still sembelit..dah bagi air glukose pun still sembelit..kurangkan susu pun still gak...pastu ari tu i baca dalam internet..suruh bagi air gula..mula2 ok..pastu mlm tadi kena balik sembelit...last2 i pegi farmasi gi beli novalac ITI..sbb dulu penah try..ok jee poo poo dia
Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2007 10:26 AM | Show all posts

Reply #79 leya1303's post

memang la dulu i pun macam you..

macam2 cara i try sampai dah give up pun ye..

kalau gitu you minta opinion pharmacist..

cause this duphalax syrup memang ada kat pharmacy..

small bottle dlm rm20.90 tak silap..big ones rm72..

try bagi dlm 3-5ml dulu tengok macam mana...

afterall duphalax ni lembutkan najis and tak sakit punggung kanak2 nak teran..hope it works!
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-5-2024 06:57 AM GMT+8 , Processed in 0.505040 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list