CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 9321|Reply: 14

Obituary for VIPs and families - kalau ada masuk kat sini

[Copy link]
Post time 23-1-2007 03:59 PM | Show all posts |Read mode
Ni aku start thread baru untuk obituary for all VIPs and families.. so that kita tau dan boleh la sedekahkan al-fatihah jika yang meninggal itu Muslim.

Aku start dengan Bakti Adlan bin Dato Yeop Adlan Che Rose. Dato Yeop Adlan adalah bekas Duta Malaysia ke Mexico. Bakti Adlan meninggal baru-baru ini di Australia kerana kemalangan. Kalau ada sesapa yang kenal beliau, sedekahkanlah al-fatihah. Semoga rohnya ditempatkan bersama orang-orang yang soleh dan beriman.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 25-1-2007 03:51 PM | Show all posts

The last grandson of Yap Ah Loy dies (source NST 25 Jan 07)

Datuk kepada Johan Indot, husband (or ex??) of Fauziah Latiff dies...



- ------------------------

Yap Ah Loy's last grandson dies at 97
24 Jan 2007
Wilson Henry




--------------------------------------------------------------------------------

KUALA LUMPUR: George Yap Swee Fatt, the last grandson of Yap Ah Loy, KL抯 Kapitan Cina, died yesterday morning. He was 97.

His last moments were spent with his children, grandchildren and great grandchildren at his eldest daughter抯 residence here.

"He was frail towards the end," said his eldest daughter, Datin Patricia Indot nee Yap.

"But he lived a good life and he was always proud to know that he came from one of KL抯 founding families that contributed much towards the city抯 early development."

Yap (picture), who was the youngest son of Yap Hon Chin, remembered in interviews the opulent life his father lived in KL抯 old quarters near the Chin Woo stadium.

He studied at the Victoria Institution, was a scholar who won book prizes, played cricket, tennis and was an active orator and drama member.

Yap, who worked as a health inspector until he opted for early retirement, married Lucy Ho Kam Leng who passed away 25 years ago.

They had one son and three daughters: Henry Yap who is in the United States, Patricia Indot in KL, May Yeow in Canada and Fanny Tan in Singapore.

His children have all retired, with only Fanny Tan still working as a deputy principal of ACS Singapore (Independent).

He leaves behind seven grandchildren and 11 great grandchildren.

"His favourite pastime was to hang out with his friends in their sixties whom he affectionately termed as young punks."

The wake is at 30 Jalan Tualang, Bukit Bandaraya, here. Cortege leaves for the Cheras crematorium at 2pm today.
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2007 06:37 PM | Show all posts
Maknanya mak mertua Fauziah Latiff ni Patricia Indot?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-1-2007 12:17 AM | Show all posts
Originally posted by Anego at 25-1-2007 18:37
Maknanya mak mertua Fauziah Latiff ni Patricia Indot?


Ye ler.. sapa lagi?
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2007 09:34 AM | Show all posts
Originally posted by Anego at 25-1-2007 06:37 PM
Maknanya mak mertua Fauziah Latiff ni Patricia Indot?



TAKZIAH BUAT FAUZIAH LATIFF .......
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2007 10:11 AM | Show all posts
takziah...kat gee
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 26-1-2007 08:18 PM | Show all posts
takziah buat jee
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-1-2007 09:56 AM | Show all posts

Latest news: Source -> website KeAdilan

Anak Yeop Adlan kembali ke rahmatullah
Khamis, 25 Januari 2007
Jenazah Bakti Adlan bin Yeop Adlan (anak kepada ahli Majlis Pimpinan Tertinggi MPT keADILan) akan tiba  di Lapangan Terbang Antarabangsa KLIA pada 30hb Januari, 2007 pada jam 8 malam.
Jenazah akan terus dibawa ke Masjid TUDM, Subang sehingga jam 11pm.
Esoknya, (Rabu, 31Jan) jenazah akan disembahyangkan selepas solat Subuh dan ke tanah perkuburan Seksyen 21, Shah Alam.
Pengkebumian akan diadakan pada 8 pagi.
Harap maklum.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 1-6-2007 05:47 PM | Show all posts

Al-fatihah buat Tan Sri Abd Malek - Presiden Mahkamah Rayuan


(foto The Star)


PUTRAJAYA:  Jenazah presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Abdul Malek Ahmad selamat disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Putrajaya selepas solat Jumaat di sini hari ini.
Sebelum itu, jenazah allahyarham disembahyangkan di Masjid Putrajaya.
Abdul Malek, 62, yang juga Procanselor Universiti Malaya, meninggal dunia malam tadi di Hospital Kuala Lumpur kerana barah otak. Allahyarham meninggalkan seorang isteri Puan Sri Roziah Sheikh Mohamed dan enam orang anak.
Sultan Perak Sultan Azlan Shah dan Raja Permaisuri Perak Tuanku Bainun turut berangkat menziarahi jenazah allahyarham di kediamannya di Country Heights di Bangi dekat sini pagi ini.
Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail berserta para hakim dan kakitangan Jabatan Kehakiman turut menziarahi jenazah allahyarham.
Ketua Hakim Negara Tun Ahmad Fairuz Sheikh Abdul Halim yang berada di luar Putrajaya sempat sampai untuk menghadiri upacara pengebumian allahyarham.
Abang allahyarham, Datuk Zainal Abidin, 66, berkata adiknya yang menghidap penyakit barah otak telah berada dalam keadaan serius sejak Disember tahun lepas setelah dimasukkan ke Hospital Kuala Lumpur sejak 22 Julai, 2006.
Beliau berkata allahyarham yang dilantik sebagai presiden Mahkamah Rayuan pada 12 Julai, 2004, mengetahui yang beliau menghidap barah otak pada 20 Nov, 2005 dan "doktor telah melakukan pembedahan ke atasnya serta-merta."
"Dia OK selepas pembedahan. Bagaimanapun selepas enam bulan, iaitu pada 22 Julai, 2006, dia mengadu sakit kepala dan dimasukkan ke Hospital Kuala Lumpur hinggalah dia meninggal dunia," katanya kepada Bernama semasa ditemui di kediaman allahyarham.
Zainal Abidin berkata keadaan adiknya pada mula dimasukkan ke hospital tahun lepas adalah elok, boleh berkomunikasi, makan dan minum tetapi apabila kansernya merebak ke seluruh otaknya, beliau mula tidak boleh makan dan tidak boleh menelan.
Sepupu allahyarham Siti Zabedah Mohd Sharif, pensyarah di Universiti Teknologi Mara (UiTM) pula berkata allahyarham walaupun tegas dalam menjalankan tugasnya sebagai seorang hakim, beliau adalah seorang yang amat penyayang dan mesra.
"Walaupun bergelar Tan Sri dan memegang jawatan sebagai presiden Mahkamah Rayuan, sanggup ke dapur memasak.
"Malah jika isterinya tiada di rumah, beliau sendiri yang melayan dan menjamu tetamu. Beliau seorang yang amat merendah diri," katanya.
Allahyarham lulusan undang-undang dari Inner Temple, United Kingdom pada tahun 1965, adalah rakyat Malaysia yang pertama menerima "Honorary Overseas Bencher of the Inner Temple, Inns of Court in Britian" pada Februari, 2005.
Antara kes penting dikendalikan oleh allahyarham ialah kes "saman fitnah oleh bekas timbalan perdana menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad pada 1999" yang ketika itu beliau ialah hakim Mahkamah Persekutuan.
Abdul Malek memulakan kariernya dalam bidang perundangan sebagai Majistret di Kuala Lumpur selama 15 hari pada 1 Feb 1966 sebelum dipindahkan ke Kangar selama hampir tujuh bulan dan pada 1 Okt, 1966 dipindahkan ke Melaka.
Abdul Malek kemudian dilantik sebagai Timbalan Pendakwa Raya di Pejabat Penasihat Undang-undang Pahang pada Jun, 1969 dan lima bulan kemudian dilantik sebagai presiden Mahkamah Sesyen, Butterworth.
Pada September 1972, beliau mengambil cuti belajar untuk melanjutkan pelajaran di University of Otawa, Kanada dalam bidang "Certification in Legislative Drafting" .
Pada Januari, 1985, beliau dilantik sebagai hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur dan dilaporkan sebagai hakim Mahkamah Tinggi yang termuda pernah dilantik di negara ini. Pada masa itu, umurnya baru 40 tahun.
Sepuluh tahun kemudian beliau dilantik sebagai hakim Mahkamah Rayuan dan pada Januari 2003 sebagai hakim Mahkamah Khas, pada Julai 2004 sebagai presiden Mahkamah Rayuan dan pada Ogos, 2005 dilantik sebagai Procanselor Universiti Malaya. BERNAMA
Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2007 02:13 AM | Show all posts
al-fatihah.........
Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2007 10:08 AM | Show all posts
takziah dan alfatihah
Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2007 04:12 PM | Show all posts
dah tak de ke VIP yg meninggal?
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2007 06:21 PM | Show all posts
Aparaa.. talqin je tak cukup ke?
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2010 04:05 PM | Show all posts
Tun Endon Mahmood late first wife died on 20 october 2005 aged 64
Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2023 04:26 AM | Show all posts
"Thank you, insta mod, for turning my Instagram into a work of art. The customization options are a dream!"
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

21-4-2024 09:53 AM GMT+8 , Processed in 0.065533 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list