CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 9459|Reply: 99

MAWI DI SAMBUTAN MAAL HIJRAH -

[Copy link]
Post time 11-1-2007 08:43 PM | Show all posts |Read mode
Mawi hadir Maal Hijrah demi pancing anak muda
11-01-2007

PUTRAJAYA: Mawi diundang menghadiri sambutan Maal Hijrah peringkat kebangsaan di PWTC 20 Jan ini sebagai usaha penganjur untuk menarik generasi muda, kata Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Sumali Amat.

"Format sambutan lebih kurang sama pada tahun lepas. Kita akan mengadakan persembahan nasyid, dialog dan multimedia tetapi kita jemput Mawi untuk serikan majlis pada tahun ini," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Sumali berkata penyertaan Mawi untuk membuat persembahan nyanyian dan menjadi anggota panel dalam sesi dialog bersama pengunjung itu adalah antara perubahan yang dilakukan oleh JAKIM selaku penganjur.

Katanya artis lain yang akan turut memeriahkan sambutan Maal Hijrah yang bertemakan "Insan Cemerlang Ummah Terbilang" itu ialah penyanyi, Dr Fazley Yaakob, Aishah dan beberapa kumpulan nasyid.

Mengenai penganugerahan tokoh Maal Hijrah, Sumali berkata kerajaan menyediakan hadiah wang tunai RM60,000, tidak termasuk RM20,000 yang disumbangkan oleh Yayasan Ubaidi, kepada penerima Anugerah Tokoh Maal Hijrah, selain trofi dan sijil.

Bagaimanapun, beliau tidak menolak kemungkinan tiada pemenang bagi anugerah itu memandangkan kriteria pemilihannya adalah ketat, sepertimana yang berlaku pada tahun lepas.

"Kita masih menimbang beberapa nama," katanya.

BERNAMA
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-1-2007 09:15 PM | Show all posts
sambutan maal hijrah ni 20 januari ......
AJL 21 hb kan? mesti ada rehearsal bagai sebelum 21 jan tu ..... :nerd:

Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2007 09:41 PM | Show all posts
20 haribulan tu pun Mawi ada full rehersal untuk AJL
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2007 09:43 PM | Show all posts
Maal Hijrah sebelah siang, Raptai biasanye petang bawak ke malam
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2007 09:55 PM | Show all posts
sure penat gila si botak nanti
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2007 09:57 PM | Show all posts
MAWI harus ambil ikhtibar drp penyertaan program Maal Hijrah. Keberkatan dalam melangkah thn 2007 yg mungkin lebih beronak dan duri.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 11-1-2007 10:04 PM | Show all posts
maah hijrah...nyanyi lagu nasyid..

malam tahun baru...bergelek aduh saleha..
wahhh seimbangnyaaaa
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2007 10:14 PM | Show all posts
biarlah peyno ada juga kegiatan dia dlm aktiviti yg elok tu... tak usalah nak mengutuk tak habis-habis. biarkanlah dia. tak semuanya buruk. kita pun sama gak tak semuanya bagus... kita hanya insan biasa.. kita sama berdoa agar menuju kebaikan .. nak mengutuk orang diri kita pun bukannya baik sangat
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-1-2007 10:25 PM | Show all posts
Originally posted by Hayah at 11-1-2007 10:14 PM
biarlah peyno ada juga kegiatan dia dlm aktiviti yg elok tu... tak usalah nak mengutuk tak habis-habis. biarkanlah dia. tak semuanya buruk. kita pun sama gak tak semuanya bagus... kita hanya insa ...

pehhh kira... campur2 elok dan tak elok..kira ok la tu...macam M rajolii tu kan
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2007 10:25 PM | Show all posts
Penganjur Maal Hijrah tu pun tau , MAwi ade buat Aduh Saleha mlm thn baru , Mawi ade Raptai AJL mlmnye,MAWI ade AJL esoknye nyanyi lagu LJLC, tp still jemput gak budak MAWI nie.....Bagus tul la JAKIM nie , seimmmmmmbang kata peYno
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-1-2007 10:26 PM | Show all posts
Sumali berkata penyertaan Mawi untuk membuat persembahan nyanyian dan menjadi anggota panel dalam sesi dialog bersama pengunjung itu adalah antara perubahan yang dilakukan oleh JAKIM selaku penganjur.

Katanya artis lain yang akan turut memeriahkan sambutan Maal Hijrah yang bertemakan "Insan Cemerlang Ummah Terbilang" itu ialah penyanyi, Dr Fazley Yaakob, Aishah dan beberapa kumpulan nasyid.


saya rasa menjadi panel dalam sesi dialog tu mesti interesting  
nak bincangkan tentang - insan cemerlang >> ummah terbilang -

kalau siarkan tv mesti best!
saya nak tengok la program ni -
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2007 10:27 PM | Show all posts
Originally posted by peYno at 11-1-2007 10:25 PM

pehhh kira... campur2 elok dan tak elok..kira ok la tu...macam M rajolii tu kan


Jahat tul JAKIM , jemput Artis yg x patut :nerd: :nerd:
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2007 10:28 PM | Show all posts
Originally posted by kerek at 11-1-2007 10:25 PM
Penganjur Maal Hijrah tu pun tau , MAwi ade buat Aduh Saleha mlm thn baru , Mawi ade Raptai AJL mlmnye,MAWI ade AJL esoknye nyanyi lagu LJLC, tp still jemput gak budak MAWI nie.....Bagus tul la J ...


ULAMAK pon minat mawi taww...prrrfthhh kata peminat mawi

tetiba peyno teringat bila ulamak indonesia puji SUPERSTAR ,DATUK SITI dulu2
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2007 10:28 PM | Show all posts
Originally posted by kerek at 11-1-2007 10:27 PM


Jahat tul JAKIM , jemput Artis yg x patut :nerd: :nerd:

JAKIM yg dia kagum???
prrrfthh patutla
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2007 10:28 PM | Show all posts
Lain klai jemput la Farah Asyikin ke , ina GG ke
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2007 10:29 PM | Show all posts

Reply #7 peYno's post

aduh leha tahun lepas ler pakcik. tahun ni Lagu Jiwa Lagu Cinta. nak ngutuk pun biarlah fakta tu betul :nana:
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-1-2007 10:30 PM | Show all posts
Originally posted by zamzam at 11-1-2007 10:29 PM
aduh leha tahun lepas ler pakcik. tahun ni Lagu Jiwa Lagu Cinta. nak ngutuk pun biarlah fakta tu betul :nana:

ohhh islamiknya lagu tu...terasa nak pi kemasjid je ni
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2007 10:31 PM | Show all posts
Originally posted by peYno at 11-1-2007 10:28 PM

JAKIM yg dia kagum???
prrrfthh patutla

  ...Makcik2 suke kat die,budak2 suke kat die, ulamak suke kat die,JAKIM pun suke kat die
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2007 10:32 PM | Show all posts
Originally posted by kerek at 11-1-2007 10:28 PM
Lain klai jemput la Farah Asyikin ke , ina GG ke


bior farah asikin pakai kembe kembe....:ketuk: baru classs.........
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2007 10:34 PM | Show all posts
Agak2 kalau MAWI menang salah satu kategori AIM thn nie , mau peYno meroyan tahap gaban nie
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-12-2024 10:47 PM GMT+8 , Processed in 0.565058 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list