CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4639|Reply: 8

Sikap ibu bapa punca anak ponteng sekolah

[Copy link]
Post time 15-1-2007 10:49 AM | Show all posts |Read mode
Kata Saya: Sikap ibu bapa punca anak ponteng sekolahOleh Rasid Rahaman

MINGGU lalu saya berkesempatan mendengar taklimat sempena minggu suai kenal pelajar Tingkatan Satu sesi persekolahan 2007 di sebuah sekolah menengah di pinggir ibu kota. Dalam taklimat itu saya amat tertarik dengan ucapan yang disampaikan pengetua wanita sekolah berkenaan.
Pengetua terbabit menyentuh secara menyeluruh masalah ponteng sekolah membabitkan pelajar sejak kebelakangan ini disebabkan sikap ibu bapa sendiri.

Sejak terbabit dalam bidang perguruan selama 30 tahun, katanya beliau tidak pernah mendengar murid Tahun Satu hingga Tahun Enam di sekolah rendah terbabit dengan masalah itu.

Bagaimanapun, katanya keadaan berbeza di sekolah menengah kerana masalah ponteng terus menjadi serius dan bermula ketika pelajar memasuki Tingkatan Satu.

Kenapa masalah ini boleh berlaku dan menjadi lebih serius di kalangan pelajar sekolah menengah?

Beliau berkata, sama ada ibu bapa sedar atau tidak masalah yang berlaku itu sebenarnya berpunca daripada mereka sendiri.

揂pa tidaknya sebab ketika di sekolah rendah ibu bapa lebih memberi perhatian kepada anak mereka. Pada peringkat ini ada ibu bapa sanggup menghantar anak mereka ke sekolah sama ada dengan menaiki kenderaan sendiri atau berjalan kaki.

揂lasannya mudah, anak mereka masih kecil dan berbahaya jika dibiarkan berseorangan berjalan kaki ke sekolah,
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-1-2007 05:08 PM | Show all posts
dira sampai form 5,ayah dok hntr pi sekolah..sampai pintu gate..
dia kata,risau dgn keselamatan dira..
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2007 07:49 PM | Show all posts
elecom sejak dr tadika naik bas sekolah...hehehehe

tp tak berani lah nak ponteng dulu2...

nnt arwah nenek aku tunggu dgn btg penyapu depan pintu....hihihih
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2007 08:43 PM | Show all posts
kat sekolah Kak Yan tiap2 tahun ada je kes ponteng ni...Kak Yan ajar Year 6 . Ada tu yg parents tak kisah pun anak2 tak ke sekolah..kekadang tu bagi alasan tak masuk akal langsung...boleh depa kata anak susah nak bangun la...mak bapak tak tegas langsung..anak2 pulak jadi raja kat rumah. Ada satu kes tu , masa exam UPSR , kami pulak kena pi rumah kejutkan..dengan mak ayah pun tak bangun tido dah pukul 8...haru..:geram: bukan apa murid dah le sikit..kalau tak hadir , % turun. kalau tak hadir terus senang , ni esoknya datang pulak..

Ada pulak yg ponteng sebab jaga adik.... Cari la cara lain nak selesaikan masalah bukan ambik cara mudah korbankan masa depan anak2.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-1-2007 08:54 AM | Show all posts
dari kami kecik lagi sampai sekarang
tak penah berani nak kuar perkataan malas nak p sekolah

kalau rasa nyawa nak pendek
atau badan dah kulit tebal mcm kebau
try lah...sah kena besit ngan tali pinggang

kekekekeek
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2007 09:29 AM | Show all posts
Originally posted by yantisa at 17-1-2007 08:43 PM
kat sekolah Kak Yan tiap2 tahun ada je kes ponteng ni...Kak Yan ajar Year 6 . Ada tu yg parents tak kisah pun anak2 tak ke sekolah..kekadang tu bagi alasan tak masuk akal langsung...boleh depa ka ...



mac heran dgn parents yg tak kisahkan anak nak ambik UPSR. Ada sorang budak ni mmg selamba lepak rumah masa UPSR. Maknya bukanla susah sangat, cuma selepas jadi single mother 2 yrs ago (suami meninggal) dia start bersosial sana sini..... dia tau anak dia dah 3 bulan tak pegi sekolah..... and dia tak kisah.....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-1-2007 09:36 AM | Show all posts

Reply #6 macademia's post

Memang ada parents yg macam ni..ada yg bagi alasan tak de duit blanja..kesian jugak..tapi kat sekolah ada RMT. Parents mesti cari jalan supaya anak ke sekolah jugak . Tak boleh ambik mudah je.

Masa Kak Yan sekolah dulu jangan rasa la nak ponteng...arwah abah Kak yan akan usahakan apa jugak supaya kami ke skolah..kalau hujan dia akan hantar..kalau tak nak ke sekolah , alamat dapat rotan la.
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2007 03:45 PM | Show all posts
Originally posted by yantisa at 18-1-2007 09:36 AM
Memang ada parents yg macam ni..ada yg bagi alasan tak de duit blanja..kesian jugak..tapi kat sekolah ada RMT. Parents mesti cari jalan supaya anak ke sekolah jugak . Tak boleh ambik mudah je.

...


dia ni bukannya susah sangat.... tapi maknya yang sedang "hanyut dgn boyfriendnya". Every day sebelum pegi kerja, mak dia akan kasi RM5 utk belanja tengahari kat kedai yg dekat rumah dia tu.... mak dia tahu dia tak gi sekolah....

Memang pantang larang mac kalau anak2 ponteng. Alhamdulillah, anak mac suka ke sekolah..... masa demam pun nak pegi sekolah.....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-1-2007 12:23 PM | Show all posts
dulu pi sekolah suka sangat sebab jumpa kawan.. duk rumah tak best sebabnya dulu2 mana ada PS2 ke!! rancangan tv pun terhad kan cam sekarang.. Lani  akupun teringin nak ponteng kerja sebab nak tengok telenovela yang macam2....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-5-2024 05:02 AM GMT+8 , Processed in 0.065551 second(s), 35 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list