CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3517|Reply: 3

Cara tangani masalah anak suka menyampuk

[Copy link]
Post time 24-12-2006 03:35 PM | Show all posts |Read mode
Cara tangani masalah anak suka menyampuk


KETIKA anda sedang berbual di telefon dengan teman, tiba-tiba anak anda yang berusia dua tahun menarik baju dan berteriak memanggil anda berulang kali. Sebagai ibu muda anda pasti tertanya-tanya kenapa anak anda sering berbuat demikian?

Sebenarnya masalah itu akan berlaku untuk tempoh yang agak lama kerana anak seusia itu berfikir bahawa dunia ini dan segala apa yang ada didalamnya (termasuklah anda) wujud untuknya seorang.

Yang pasti, memori jangka pendeknya tidak terbentuk dengan sempurna, yang bermaksud dia mendesak untuk meluahkan apa yang dia rasa ketika itu juga, sebelum dia terlupa. Ini sebenarnya satu asas psikologi.

Justeru konsep menyampuk tiada padanya. Anak anda akan membuat apa saja untuk menarik perhatian anda. Apabila anda melakukan sesuatu bersendirian dia akan rasa terganggu dan cuba menarik perhatian anda.

Bertoleransi dengannya yang mencelah setiap kali dia menyampuk perbualan anda kadang kala membuatkan anda bosan. Bagaimanapun, jika anda memahami dunia kecilnya itu, anda akan tahu dia bukan sengaja menyakitkan hati anda.

Jangan risau, apabila usianya meningkat antara tiga hingga empat tahun, memori jangka pendeknya akan terbentuk dengan lebih sempurna. Ketika itu dia akan lebih memahami apa itu ?enyampuk? dan tahu maksud ?ama sibuk sekarang?.

Strategi terbaik ialah mengehadkan situasi yang akan membuatkan anak anda suka menyampuk termasuk mengalihkan perhatiannya.

Jika anda perlu bertemu rakan, minta rakan anda memilih tempat yang selesa untuk anak bermain dan orang dewasa boleh berbual. Mungkin di taman rekreasi.

Jika anda sekeluarga menghabiskan masa bersantai dengan rakan sekerja, agihkan tugas menjaga sekecil. Misalnya, suami akan menjaga anak untuk 30 minit pertama sementara anda berbual dan sebaliknya.

Ajar anak berusia dua tahun untuk lebih bersopan. Didik mereka dengan lembut dan penuh kasih sayang misalnya membacakan buku atau menonton siri kisah dan teladan.

Jika dia menyampuk ketika anda berbual di telefon, ringkaskan perbualan dan hubungi rakan anda pada masa yang lebih sesuai misalnya waktu dia tidur atau alihkan perhatiannya dengan membiarkan dia leka dengan apa yang dia suka. Misalnya, menonton televisyen, membina blok atau melukis.

Selain itu, telefon tanpa wayar mungkin dapat membantu. Sambil berbual anda dapat menemaninya yang sedang bermain di luar rumah. Dia akan selesa melihat anda berada di sisinya dan tidak berada statik pada satu tempat saja. Sambil berbual, dakap dan bermain dengannya. Ini secara tidak langsung memberitahunya bahawa walaupun anda berbual di telefon, dia masih lagi penting untuk anda.

Hentikan sikap suka menyampuk atau memotong percakapan suami apabila anda berbual. Anda juga cuba belajar tidak memotong atau menyampuk apabila anak anda bercakap dengan anda walaupun dia gagap dan lambat mengeluarkan patah perkataan.

Jika anda memotong atau menyampuk ketika dia berbual, jangan malu minta maaf dan meminta dia meneruskan perbualan. Jika anda bernasib baik, dia bukan saja berhenti menyampuk malah akan tahu meminta maaf apabila melakukan sesuatu yang tidak sepatutnya dilakukannya.

Semua ini mungkin tidak akan mengubah sikap anak anda dalam tempoh yang singkat, tetapi jika ada perubahan walaupun sedikit ia sudah memadai. Cara menyampuk dengan sopan dan meminta maaf kerana melakukan kesilapan adalah langkah menuju pembentukan kemahiran sosial yang baik.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-12-2006 12:22 AM | Show all posts
a very good article
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-12-2006 10:12 AM | Show all posts
Jangan Potong Cakap

Siapa Lebih Bijak?
Siapa yang lebih bijak, kita ataupun ibu dan ayah? Jangan sesekali memikirkan persoalan ini. Tidak kira sehebat mana pun kita, jangan sesekali merasakan kita lebih bijak daripada ibu dan ayah kita. Kenapa? Perasaan ini mendorong kita berlaku biadab kepada ibu dan ayah kita.

Eh, takkan kot? Bayangkan kita sedang berbeza pen-dapat dengan ibu dan ayah kita berkenaan sesuatu. Mungkin pendapat kita itu betul dan lebih tepat. Kita pula pada masa itu terasa, 揂ah aku lagi tahu benda ni, aku lagi bijak. Pendapat mak aku salah.
Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2007 09:12 PM | Show all posts
i selalu guna pendekatan....tunjuk isyarat!...diam kejap....

lepas habiskan ayat terakhir dgn my fren....i layan dia kejap bercakap...dan suruh dia tunggu lepas tu sampai i habis...

kekadang anak2 nie jeles tgk kita dok sembang....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 02:06 AM GMT+8 , Processed in 0.040412 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list