CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 70417|Reply: 444

Kursus Ilmu Ikhwan Ahir Zaman *mesti baca*(darul arqam makam al kazab)

[Copy link]
Post time 20-11-2006 10:11 AM | Show all posts |Read mode
Bismillahirrahmannirrahim.

Sebelum saya teruskan, saya ingin memohon maaf kepada semua jika ada yg tersinggung atau marah tentang apa yg saya nak sampaikan. Tetapi pada saya, telah menjadi tanggungjawab saya sebagai seorang Muslim untuk berpesan dalam kebenaran dan kesabaran. Wallahi, ini adalah pengalaman saya sendiri dan tiada tokok tambah. Apa yg saya lihat dan dengar, itulah yang saya taip.

Pada hari sabtu lepas, saya telah menghadiri satu kursus, Kursus Ilmu Ikhwan Akhir Zaman. Itupun setelah dipujuk berkali2 oleh ibu mertua saya. Pada asalnya, saya memang tidak mahu pergi kerana saya tahu siapa penganjurnya dan saya amat menentang kumpulan tersebut. Tetapi difikirkan balik, saya telah bertemu beberapa ketua dalam jemaah yg saya ikuti untuk bertanya pendapat mereka. Mereka menyokong penglibatan saya dalam kursus itu kerana pihak penganjur telah menyebarkan Fitnah dan khabar angin mengenai Jemaah, dan mereka meminta jasa baik saya untuk menyiasat secara first hand experience. Tak perlulah saya sebutkan jemaah mana. Saya juga meminta restu orang tua saya, dan mereka amat risau sebenarnya walaupun mereka memberikan restu.

Sabtu 18112006
Saya tiba di Shah Alam, berhampiran Giant dan Stadium Shah Alam. Tempat kursus ialah satu lot atas rumah kedai berhampiran dengan Kedai Bakeri Harmoni. Saya lihat banyak orang sudah menaiki tingkat atas rumah kedai itu. Saya setelah it upon turut naik ikut serta. Saya lihat, kurang2 ada 50 Muslimin dan 80 Muslimat dari pelbagai peringkat usia. Semua sedang asyik mendengar (dlam bentuk usrah) kata2 seorang lelaki yg duduk di atas sofa, yg mendengar duduk di atas lantai. Lelaki itu sibuk menceritakan bagaimana Jakim telah menghalang pelancaran Buku hasil karangan Sohibul Zaman mereka. Pada mulanya mereka bercadang untuk mengadakannya di Putrajaya atau PWTC (Maaf saya kurang dengar sebab orang ramai agak bising dan masih ada org berasak2 mahu masuk ke dalam) dan sudah mereka bayar RM 150 000 tunai, namun dihalang Jakim. Selepas tuh mereka mahu menyewa KL Convention Center, telah mereka bayar RM 300 000 tunai, juga scenario yg sama(kebenarannya wallahualam) Lelaki itu siap bermegah2 megah dengan mengatakan kumpulan mereka adalah syarikat melayu pertama yg mahu menyewa KL Convention Center dgn tunai, dan terkejut beruk jugalah pengarah KLCC itu. Selepas mendapat bantahan Jakim, mereka beralih ke Haatyai Thailand. Dikatakan gabenor Thailand amat gembira dgn kedatangan mereka sehingga gabenor itu berbesarhati menjadi tuan rumah dan menguruskan semua persiapan perlancaran buku tersebut. Dan yg hadir pada perlancaran ketika itu bukan calang2 orang, sami2 buddha, general2 askar dan dikatakan perlancaran buku tersebut amat berjaya sehingga Amerika sudah mengeluarkan Thailand dari senarai Negara pengganas kerana melihat perlancaran itu yg berjaya membuat org Buddha dan muslim duduk secara aman semeja. Saya hanya mampu tersenyum. Banyak lagi cerita ceriti yg saya dengar tetapi cukuplah setakat itu. Pendek kata, apa yg and dibaca di forum, itulah yg diulang2 oelh mereka2 ini. Kemudia sampailah penceramah pertama. Dia bersungguh2 menyampaikan kepada kami semua bahawa Asaari Muhammad adalah Putra Bani Tamim. Satu claim yg pada saya sudah basi. Selepas itu dia mula bercerita tentang apa yg saya mmg mahu dengar dari mulut mereka sendiri. Dia berkata Assari Muhammad mendakwa Sheikh Suhaimi yg sudah meninggal itu adalah Imam Mahdi. Dia juga menceritakan bagaimana Assari bermimpi dia menampar isterinya sebanyak 10 kali. Padanya, Assari amat bingung dgn mimpi tersebut dan dia telah BERTANYA KEPADA RASULULLAH makna mimpi tersebut. Saya tersenyum lagi.dia juga berkata, sesiapa yg bergembira pada Hari Raya kelmarin adalah sama seperti syaitan kerana syaitan gembira setelah dilepaskan dari belenggu. Astgharafillulah..bukankah Allah menjadikan Hari Raya Eidul Fitri dan Eidul Adha untuk muslimin bergembira? Dia juga memperlekeh2kan pembinaan sekolah2 agama, sekolah pndok dan sekolah tahfiz kerana padanya semua ini sia2 dan tidak relevan dalam perjuangan卻aya menggeleng kepala匰elepas makan tengah hari (saya tidak makan bersama mereka, saya makan sendiri bersama isteri di kedai berhampiran, curiga) , berlangsunglah upacara Ijazah Zikir Mummadiyyah. Para hadirin diberikan kain panjang yg disambung2 dan di ikat2. semua hadirin mesti memegang kain tersebut dengan tangan kanan dan ikut zikir itu. Saya telah terlebih dahulu memberi isyarat pada isteri saya supaya JGN IKUT ATAU SEBUT APA2 dalam upacara tersebut. Alhamdulillah, saya terdengar dalam zikir itu ada disebut2 nama Asaari, nama Shiekh Suhaimi dan seorang Lebai yg saya terlupa namanya, maaf. Zikir jenis apa yg ada meletakkan nama Allah dan Rasul sebaris dgn nama guru mereka? Satu benda yg saya perasan, ada beberapa ahli komiti majlis itu sibuk menggosokkan badan mereka dengan kayu penggaru belakang badan. Selepas itu, ketua majlis kata Assari menjemput semua ke rumahnya di Nilai. Nanti akan diagih2kan PAWAH. Saya pon pening, apa itu PAWAH? Nasik kawah saya reti la. Rupanya2 PAWAH itu POWER atau KAROMAH. Dia berkata Asaari memberitahu semua ahli terdekat bahawa DAULAH sudah amat hampir dan dia mahu mengagih2kan KAROMAH@POWER@PAWAH nya kepada pengikut2nya. Dikatakan ini amat penting kerana diperlukan ketika bersama2 Imam Mahdi utk melawan tentera Yahudi pada akhir zaman. Jadi, keesokkan harinya kami mesti berada  di rumah Assari. Yang peliknya, saya bertanya alamat rumah asaari, tapi amat berat mereka nak memberikan alamatnya. Saya fed up dan terus menghubungi salah seorang ahli jemaah yg bekerja si Bukit Aman utk alamatnya. 2minit selesai. Kesimpulan saya, pada hari ini, cuma upacara atau sesi Brainwash.

Ahad 19112006
Kami sekeluarga tiba di Jalan 2/4 Nilai Spring Valley pada pukul 11 pagi. Pinjam istilah mereka, saya lihat berbondan2 orang sudah menanti untuk masuk kedalam perkarangan rumah. Untuk masuk, kita mesti di scan dahulu.nak buang biasa kata mereka. Caranya, yg perempuan akan discan oleh ahli perempuan virsa versa. Mereka akan mengibaskan tangan dan menggunakan tongkat penggaru belakang badan keatas badan tetamu yg datang. Saya pon, discan. Rasa seperti org bodoh pon ada,  takpalah, ikutkan saja. Saya fakir ini peluang saya nak berjumpa asaari dan bertanya terus segala kekusutan. Masuk2 saya disuruh menanti bersama satu kumpulan, duduk di Porch rumah itu. Saya lihat sekeliling, walaupon asaari ini dikatanak zuhud, agak besar rumahnya. Ada astro. Utk menonton al jazeera kut  dalam kupulan itu, ada juga seorang penglipur lara yg bercerita

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-11-2006 10:33 AM | Show all posts
Kita berdoa agar Allah swt. dpt membuka hati mereka2 itu. Amin
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-11-2006 01:30 PM | Show all posts
assalamualaikum guys. apa kabar?

di sini bukan persoalan ibu mertua saya. tak kisah la dia nak pilih apa. syurga dia bukan bawah tapak kaki saya.
soalan awak ini umpama kita berbincang daging babi itu haram, tapi awak bertanya adakah babi makan lumpur. totally irrelavant.

oh ya pada yang bertanya, kursus tuh pada hari sabtu selesai pukul 430 petang, hari ahad selesai pada pukul 630pm. itu pon saya paksa isteri saya balik awal.  jika tidak tak tahu la pukul berapa. dan bayaran ikut sessi, gedebuk gedebak habis dekat rm500.

edit:

http://www.al-ahkam.net/home/ind ... 58598e2119817b538fa

diskusi yang sama.

[ Last edited by  snipersnake at 20-11-2006 01:49 PM ]
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-11-2006 02:59 PM | Show all posts
kira ko orang GAMAK menuduh mak mertua SESAT? Kalau dah tau SESAT, kenapa pi ikut kursus?

Haku rasa NAWAITU ko yang lain, sajer nak memerangkap dan mencari kesalahan pengikut Rufaqa.

Tak gitu? Last2 mak mertua ko yang jadi mangsa.


Pikiq lah kalau mak mertua ko tak SESAT, ko sendiri boleh agak sapa yang SESAT?

mmg saya ingin melihat sendiri kesesatan ini dgn mata kepala saya sendiri dah alhamdulillah Allah izinkan. nasib baik saya tak dapat jumpa asaari, kalo saya dapat jumpa, mmg siap la. saya tgk sendiri,  cuba nafikan setiap apa yg saya tulis di atas sebagai bohong

ingat ,pertolongan hanya dari Allah. tangan yg kita tadah hanya utk mengemis dari Allah. meminta pada benda lain tak ubah seperti org sy semayang di tokong dan kuil. sememangnya saya tidak mengharapkan sesuatu post yg bistari dari org yg bermuka2 seperti anda tak mengapa lah.


Sesungguhnya Allah tidak akan mengampuni dosa syirik, dan Dia mengampuni segala dosa yang selain dari (syirik) itu, bagi siapa yang dikehendaki-Nya. Barang siapa yang mempersekutukan Allah, maka sungguh ia telah berbuat dosa yang besar.
4 48


Orang-orang yang beriman dan tidak mencampur adukkan iman mereka dengan kelaliman (syirik), mereka itulah orang-orang yang mendapat keamanan dan mereka itu adalah orang-orang yang mendapat petunjuk.

Saya sebenarnya menanti dalil2 yg membolehkan kita berdoa kepada Insan lain. Terima Kasih.

[ Last edited by  snipersnake at 20-11-2006 03:03 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2006 03:30 PM | Show all posts
Sebaik - baik HAKIM hanyalah ALLAH SWT.....amin

Bukankah Allah Hakim yang seadil-adilnya? (Surah At-Tiin: Ayat 8)

[ Last edited by  tot31 at 20-11-2006 03:39 PM ]
Reply

Use magic Report

sherry221 This user has been deleted
Post time 20-11-2006 04:59 PM | Show all posts
Originally posted by Hari2mau at 20-11-2006 02:40 PM
kira ko orang GAMAK menuduh mak mertua SESAT? Kalau dah tau SESAT, kenapa pi ikut kursus?

Haku rasa NAWAITU ko yang lain, sajer nak memerangkap dan mencari kesalahan pengikut Rufaqa.

Tak gi ...

bukan nak mencari kesalahan, kan lebih baik siasat sendiri daripada dengar cakap orang, nanti dituduh pulak buat fitnah sebab sendiri tak  pegi dengar.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 20-11-2006 05:01 PM | Show all posts
Originally posted by snipersnake at 20-11-2006 02:59 PM

mmg saya ingin melihat sendiri kesesatan ini dgn mata kepala saya sendiri dah alhamdulillah Allah izinkan. nasib baik saya tak dapat jumpa asaari, kalo saya dapat jumpa, mmg siap la. saya tgk  ...


Bab seru2 ni sbnrnya dah masuk bab tawassul nih...kalau ko tolak tawassul, maka sesat lah pada iktikad ko...

Bab tawassul nih menda biasa pada golongan tareqat bkn pada tareqat abuya aje. Ko ter rezeki terjoin dlm keadaan fahaman ko mmg tolak perabih menda2 tawassul nih...jd tak heran la ko melatah sampai mcm nih.

Dan forum ahkam yg ko post jugak pasai menda nih , mmg la lubuk wahabi yg tolak 100% tawassul. Jadik isu ko ni, isu tawassul yg dah mmg lama dah diperdebatkan antara puak tareqat dgn penentang tareqat. bukan isu baru beb....
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2006 05:38 PM | Show all posts
Assalamualikum sniper....dan juga forumner lain,

Bertuah badan awak kerana dpt menyaksikan sendiri sebahagian dari kekarutan pegangan dan amalan rufaqa. Bagi org yg normal, yg mencari kebenaran Islam semata2 berlandaskan Al quran dan As sunnah maka mereka akan diperlihatkan oleh Allah swt betapa jauhnya mereka telah tersesat.

Tetapi bagi mereka yg mendahulukan taksub dan cinta membabi buta kepada Ust Ashaari(saya ringkaskan U.As saja ya) maka apa saja yg disampaikan oleh penceramah2 rufaqa akan ditelan bulat-bulat tanpa apa tapisan lagi. Bagi mereka apa saja dari U.As itu adalah kebenaran belaka. Sedangkan kita sedia ketahui segala pembohongan U.As yg terbongkar selama ini.

Sebenarnya saya telah mengetengahkan isu ini dlm thread BSHB yg telah ditutup tu....

http://forum.cari.com.my/viewthr ... &extra=page%3D1


tapi sedikitpun tidak mendapat respon dari geng rufaqa. Maklumlah masa mereka sedang bertelingkah sesama sendiri atau pun saya poskan dithread yg salah.

Terima kasih diatas susah payah anda menyamar sebagai 'simpati' rufaqa untuk melihat sendiri aktiviti mereka dan mendedahkannya disini. Biar kita sama2 nilai.

Saya nak ulang lagi pertanyaan saya tempoh hari:

"Sudahkah anda(geng rufaqa) sekalian mendapat tongkat power abuya kamu tu?"
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-11-2006 06:11 PM | Show all posts
Originally posted by snipersnake at 20-11-2006 02:59 PM

Saya sebenarnya menanti dalil2 yg membolehkan kita berdoa kepada Insan lain. Terima Kasih.


sniper,
Lihat di sini ada diskusi panjang lebar tentang konsep tawassul ini (sedikit penerangan tntng cara yang betul melakukannya), huraian
al quran dan hadith beserta diskusi sanad dll.

http://hadithproofsfortawassul.blogspot.com/2005/11/hadith-proofs-for-tawassul.html

Tetapi adapun individu yang kita nak guna sebagai wasilah kita dalam doa tu kenalah pandai pilih, yang terbukti betul2 wara', berilmu,
berjasa kepada ugama dsbgnya...tak boleh main hentam keromo sapa-sapa pun....kalau orang tu pun tak betul, baik tak USAH buat wasilah.

wallahua'lam.
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2006 07:39 PM | Show all posts
Berhati-hati saudara-saudara sekalian.... masalah iman dan islam difahami bukan dengan permainan kata-kata atau logik akal....... 'black & white' dan 'spesifikasi' dah ada dalam al-quran dan as-Sunnah...benar sesuatu pandangan bila bersesuaian dan berdalilkan al-quran dan as-Sunnah bukan dengan dakwaan kewalian dan kekeramatan.....jgn jadikan masalah2 camnie gurauan....

[ Last edited by  ahmadi_bangi at 20-11-2006 07:44 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2006 07:59 PM | Show all posts
Originally posted by ahmadi_bangi at 20-11-2006 07:39 PM
Berhati-hati saudara-saudara sekalian.... masalah iman dan islam difahami bukan dengan permainan kata-kata atau logik akal....... 'black & white' dan 'spesifikasi' dah ada dalam al-quran dan as ...


Kira puak2 Wahabie tu tak bergurau ker dengan Al-Quran dan Sunnah nabi?

Camner boleh tolak tawasul, yakazah,ziarah makam nabi, talqin pada simati dan banyak lagik amalan2 ahlul sunnah wal jamaah?

Keliru jugak saya olehnya.



:hmm:
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2006 08:27 PM | Show all posts
Originally posted by Hari2mau at 20-11-2006 07:59 PM


Kira puak2 Wahabie tu tak bergurau ker dengan Al-Quran dan Sunnah nabi?

Camner boleh tolak tawasul, yakazah,ziarah makam nabi, talqin pada simati dan banyak lagik amalan2 ahlul sunnah wal ja ...


sebelum kita menisbahkan sesuatu amalan sbg amalan ahlul 'sunnah' wal jamaah... alangkah lebih baik kita mencari dalil-dalil sunnah bagi menyakinkan diri kita sendiri amalan tersebut memanglah 'sunnah'... JELAS sebahagian amalan bukan amalan2 sunnah Nabi tetapi lebih merupakan adakah benar sunnah sahabat2 r.a. mencari dalil dari segi sunnah amalan 'jamaah sahabat2 Nabi'..sbg contoh...yakazah? apakah sahabat-sahabat Nabi melakukan yakazah? kalau ya kenapa sahabat2 boleh berbeza ijtihad ttg beberapa perkara... bab ziarah makam nabi? apakah yg ditolak dan apakah yg diterima sehingga ada golongan yg 'bising2' ttg isu ziarah kuburan... apakah dalil mereka menolak dan apakah dalil mereka yang mengamalkan?...begitu juga talqin dan lain2 yg menjadi dispute antara golongan yg dinamakan 'wahabi' dengan golongan menamakan diri 'ASWJ'..... carilah dalilnya...bahan bacaan sudah meluas... sebaik2nya amalkan apa yg diamalkan oleh Nabi s.a.w. dan sahabat2 r.a. dan kalau ada yg rasa nak buat sesuatu amal ibadat tertentu pastikan ada 'basis' yg cukup 'kuat' utk memastikan tak termasuk dalam perilaku yg dikategorikan 'bidaah yg sesat'...

[ Last edited by  ahmadi_bangi at 20-11-2006 08:35 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2006 08:56 PM | Show all posts
Originally posted by ahmadi_bangi at 20-11-2006 08:27 PM


ada 'basis' yg cukup 'kuat' utk memastikan tak termasuk dalam perilaku yg dikategorikan 'bidaah yg sesat'...
  ...


Kira puak Wahabi ni penuh dengan bidaah-bidaah yang cukup sesat. Tak gitu maksud sedara?

Tq kerana sudi beri info.



:tq::tq:
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-11-2006 09:11 PM | Show all posts
Tongkat itu untuk ahli2yang dapat 'menarik' lagik org join mereka. terima kasih sahajalah. cukup la apa yg saya lihat.setakat tongkat garu belakang apa la sangat.

saya menadah tangan mengemis kepada Allah sahaja. rintihan dan pertolongan yg saya minta dari Allah sahaja.
masih tak berubah, saya cuba mencetuskan sedikit bicara ilmiah.jika saudara2 ingin melihat bicara ilmiah, saudara pegi ker link yg saya bagik tadik. di sana 'adik2 kita yg malang ini' tidak mampu berkata2.

pasal tawasul kita semua maklum, bukan sebarang org yg kita wasilahkan kene betul dan ada caranya. tapi menadah tangan seperti yg saya saksikan seperti berdoa, HANYA UTK Allah. itu ke cara tawasul? menadah tangan? guys, isteri saya BAYAR 30ringgit tuh (harga tawasul tuh). itulah harganya. rm 30.

itu baru satu isu, bagaimana pula tongkat yg kununnya membuang dosa? bagaimana? dan satu soalah bonus, asaari sendiri, SIAPA YG BUANG DOSANYA?

[ Last edited by  snipersnake at 20-11-2006 09:12 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2006 09:59 PM | Show all posts
buang dosa ke atau buang bisa ... ni betul ker ni ???
Reply

Use magic Report

sherry221 This user has been deleted
Post time 21-11-2006 12:19 AM | Show all posts
Originally posted by Hari2mau at 20-11-2006 07:59 PM


Kira puak2 Wahabie tu tak bergurau ker dengan Al-Quran dan Sunnah nabi?

Camner boleh tolak tawasul, yakazah,ziarah makam nabi, talqin pada simati dan banyak lagik amalan2 ahlul sunnah wal ja ...

banyak2 amalan di atas, mintak tolong satu jelah datangkan atau buktikan dalil wujudnya amalan talqin atau yang membuktikan ianya sunnah?

[ Last edited by  sherry221 at 21-11-2006 12:26 AM ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 21-11-2006 07:31 AM | Show all posts
Originally posted by Abuyazid at 20-11-2006 09:59 PM
buang dosa ke atau buang bisa ... ni betul ker ni ???


assalamualaikum abuyazid. apa khabar?

mmg depa kata buang bisa. tapi apabila awak dibawa ke rumah sheikh2 tersebut untuk mendalami POWER@PAWAH@KAROMAH itu, mereka akan terangkanbahawa benda itu sebenarnya amalan buang dosa kecil.

sayajuga mendapat tahu bahawa ada satu pangkat dlm rufaqa, ihkwan, (yg dapat kene banyak tawasul pada asaari), apabila asaari recognize dia, dia akan lepas siksa kubur.dan peringkat ini cuma asaari dan rasulullah yg tahu. nauzubillah min zalik..

cuba forumers sekalianlihat, adakah mereka menidakkanapa yg saya post berdasarkan pengalaman saya?cuma seperti biasa, tiada pointmereka personal attack. fikir2kan lah.
Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2006 01:03 PM | Show all posts
Gini la sniper....pd aku, kesimpulan dr segala cerita-ceriti, kemusykilan dan keterpingaan ko ni...bleh la ditamsilkan spt berikut....

Ko dah tersalah masuk 'rumah' org dgn keadaan kepala ko mmg zero alias jahil dlm segala segi terhadap selok-belok 'rumah' tersebut . Dah la gitu masuk pulak 'rumah' org, dlm keadaan utk mencari kesesatan dan kesalahan yg ko mmg dah iktikadkan sekian lama.

Lantas terpinga2 la ko dlm segenap sudut, mengalahkan rusa masuk kampung. Kalo omputeh tu kata...'culture shock'...

Pada aku...dgn keadaan ko mcm ni, yg spt org yg tenggelam punca dan tak tahu hujung pangkal (according to your story la)...aku tak pikir geng2 rufaqa akan join thread ko nih...

[ Last edited by  Guys at 21-11-2006 01:07 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2006 01:48 PM | Show all posts
Originally posted by Guys at 21-11-2006 01:03 PM
Gini la sniper....pd aku, kesimpulan dr segala cerita-ceriti, kemusykilan dan keterpingaan ko ni...bleh la ditamsilkan spt berikut....

Ko dah tersalah masuk 'rumah' org dgn keadaan kepala ko mmg ...



Saya tidak menolak konsep tawassul..tetapi cara tawassul yg diamalkan oleh org rufaqa yg menjadi persoalannya. Seperti juga dalam hal yaqazah dengan rasulullah swt. Saya juga tidak menolak konsep yaqazah tuh....yg jadi masalahnya ialah cara U.As beryaqazah dengan rasul yg mulia.

Cara org rufaqa bertawassul jelas menyeleweng bilamana mereka meminta didatangkan power abuya(yg kononnya selama ini Allah simpan power tsbt di luhmahfuz....???) dalam memohon untuk mendapatkan sesuatu perkara.Contohnya bila mereka mahu buat rawatan kpd org sakit...maka mereka akan memohon kpd Allah agar didatangkan "power abuya" sambil tangan mereka digerak-gerakkan. Dan kononnya mereka boleh merasai power itu masuk kedalam badan mereka.

Seorang anak saudara saya yg masih remaja(ayahnya masih ikut rufaqa) memberitahu bhw dia juga dah dapat power tu. Katanya...bila dia nak duit utk topup hp maka dia akan gunakan power tsbt...maka akan datanglah duitnya. Alangkah malangnya  remaja itu....hanyut dlm alam khayalan yg amat bodoh. Perkara khurafat spt inilah yg melemahkan Islam.

Lalu saya kata....saya tak mahu cara itu kerana saidina Ali pun bila dia perlukan duit...dia sanggup bekerja mengambil upah memetik buah tamar.Itulah sifat org yg sangat hampir dengan Allah, inikan pula kita sentiasa bergelumang dosa.

Saya ada teks tentang cara-cara untuk menggunakan power abuya tsbt yg saya fotokopi dari seorang kawan rufaqa. Insya Allah kalau ada masa saya akan poskan disini...nanti boleh sama2 kita nilai.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-11-2006 03:48 PM | Show all posts
inilah masalahnya guys. kamu bercakap macam kamu sudah cukup bagus. ayuh buktikan kebagusan kamu.

1. adakah kita boleh bertawasul kepada org yg PERNAH berdusta?

2. adakah kita BOLEH MENGHILANGKAN DOSA walaupon kecil dgn sebatang kayu?agaknya kalau saya patahkan tongkat depa tuh mau berguling depa meraung hari itu.

3. namakan sorang wali Allah yg kaya raya. yg juga berlagak konunnya dia mempunyai unlimited fund? dia lupa agaknya pada anak2 yg menjual kismis di kotaraya, pada ibu2 yg menjadi tukang masak di tadika2 arqam, pada pekerja2 yg sibuk di mini mart dan di harmony bakery itu.pada guru2 yg mengajar si sekolah arqam, samapi walau sudah berkahwin tidur di asrama yg dhaif.itu zuhud?rasulullah semasa dihujung nyawa, mengikut sesetengah riwayat, ada cuma tiga, three, salasa, sam dinar sahaja padanya. itupub baginda yg mulia suruh sedekahkan.

4. bolehkan org lain memberikan 'subsidi iman' (pinjam istilah kamu)pada individu lain?

5. bolehkah kita menghina langkah2 membina sekolah2 agama dan tahfiz di negara ini?

6. sapa scan dosa asaari>? sapa?

geng rufaqa tak mahu masuk? ai, ini baru saya bertanya soalan. bukan yahudi menunjukkan muncung senapang. takkan nak dapat power tempuk bumi sampai terbelah (ini yg saya dgr, nak tergelak juga) dan tunding kapal terbang, ia meletup baru nak reply?baru berforum sudah mengaku kalah? bagaimana kita nak berjuang mcm nih wahai sahabat? kita tak payah cakap org lain jahil, tgk sendiri diri kita. Kita berfikir secara rasional. jgn bertaklid buta. buat sesuatu biar ada sebab rasional. dan soalan saya yg terakhir (soalan ini saya pernah tanya si tukang scan tapi dia takleh jawab, senyum jer dia)

kamu yakin dgn siapa?

takpe, pi tawasul dgn asaari dulu. kami setia menunggu. kirim salam kat asaari yer, kata kat dia cuba makan kismis, mana tau boleh berjalan semula. baru la boleh pi kat istana putrajaya.

[ Last edited by  snipersnake at 21-11-2006 03:57 PM ]
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 04:58 PM GMT+8 , Processed in 0.085288 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list