CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4415|Reply: 11

Taman Botani Negara

[Copy link]
Post time 30-10-2006 09:29 AM | Show all posts |Read mode
Malaysia belum punyai taman botani, herbarium

MALAYSIA sebagai sebuah negara di kawasan tropika lembap telah dianugerahkan dengan kepelbagaian tumbuhan antara yang tertua dan terkaya di dunia.

Bilangan spesies tumbuhan vaskular yang wujud telah dianggarkan berjumlah 12,000 atau 5 peratus daripada jumlah di dunia yang dianggarkan lebih kurang 250,000 spesies.

Jumlah ini meletakkan Malaysia sebagai negara yang ke-12 terkaya di dunia.

Walaupun Malaysia ini kaya dengan kepelbagaian tumbuhan, kita tidak mempunyai sebuah taman botani dan herbarium Negara.

Taman botani dan herbarium merupakan pusat pengajian dan penyelidikan tinggi tumbuh-tumbuhan, selain sebagai pusat pemuliharaan tumbuh-tumbuhan.

Tentu kita masih ingat bagaimana pokok getah, kelapa sawit, koko, kopi dan beratus-ratus spesies tanaman diperkenalkan ke Malaysia melalui Taman Botani Singapura.

Sayangnya, Taman Botani Singapura yang amat terkenal di dunia itu bukan lagi kepunyaan kita.

Hingga kini, kita belum lagi mempunyai sebuah taman botani, jauh lagi mempunyai sebuah herbarium negara yang diakui dunia.

Pembangunan Putrajaya menjanjikan 13 taman termasuk sebuah taman yang dikatakan sebuah taman botani.

Bagaimanapun, taman ini bukanlah sebuah taman botani melainkan sebuah taman hortikultur sahaja.

Pihak Kementerian Pertanian dan Asas Tani pula bercadang untuk menubuhkan sebuah taman botani negara dengan menaik taraf Taman Pertanian Shah Alam. Bagaimanapun, hingga kini penubuhannya masih lagi di awang-awangan.

Pihak kerajaan negeri Selangor pula bercadang untuk menubuhkan sebuah taman botani negara di Hutan Belata, Hulu Selangor.

Begitu juga kerajaan negeri Perak bercadang untuk menubuhkan taman botani negara, sekitar Bidur di Perak.

Cadangan untuk menubuh taman botani dan herbarium negara sudah terlalu lama diura-urakan. Dalam Rancangan Malaysia ke-9 tidak ada langsung menyebut tentang penubuhan taman ini.

Mungkin ramai yang tidak faham apakah sebenarnya sebuah Taman Botani dan Herbarium. Kepentingan taman botani dan herbarium hanya difahami oleh segelintir ahli botani dan biologi yang merasakan amat penting bagi memulihara kepelbagaian biologi untuk generasi yang akan datang.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-10-2006 03:52 PM | Show all posts
memalukan...
Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2006 07:55 AM | Show all posts
aiks...punyalah banyak taman kat malaysia ni...satu taman botani pun tarak ka? bistu yg kat penang tu bukan botani garden ke namanya?

sebenarnya pd pendapat i...kat malaysia ni byk taman yg berpotensi, perancangan dah bagus cuma bila tiba bab perlaksanaan aje...hancuss...
Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2006 10:43 AM | Show all posts
huhuhu....Melaka pun nak buat tapi dengo2 cite tak cukup peruntukan..........
Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2006 01:31 PM | Show all posts
Universiti Malaya ada Rimba Ilmunya.  Bolehlah menghubungi UM kalau nak lawat Rimba Ilmunya yang mengandungi pelbagai spesis tumbuh-tubuhan dan herba.  Saya dah beberapa kali ke sana.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2006 07:48 PM | Show all posts
Sedih betul.... harap-harap Malaysia akan mempunyai Taman Botani yang boleh dibanggakan setanding dengan taman botani Singapura tu...

Semoga jadi le hendaknya pembinaan taman botani kat Bukit Cahaya Shah Alam tu yang dijangkakan dilaksanakan pada penghujung tahun ni. Harap-harap tak jadi macam taman botani yang kononnya nak buka kat Sungai Buluh... tapi last-last tak jadi sedangkan tanah dah habis bagi kat pemaju perumahan kat tu....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 2-11-2006 01:16 AM | Show all posts

Reply #1 Syd's post

sgt sedey skali.....

boooo pada pihak2 berkenaan.....
Reply

Use magic Report

Post time 2-11-2006 06:05 AM | Show all posts
Singapora pun ader taman botani...heh kita ke manakan? Sabah pun memerlukan taman botani dan tempat tempat utk megadakan kajian horticulture

[ Last edited by  Obersliutenant at 2-11-2006 06:06 AM ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 4-10-2007 12:34 PM | Show all posts
RM141 juta bina Taman Botani Negara

PUTRAJAYA 3 Okt.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2007 10:47 PM | Show all posts
masa pegi kat singapore botanical garden sekejap je masuk...masa tu belum ada minat lagi kat gardening...tapi memang lawa lah kat situ...
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2007 05:21 PM | Show all posts
Harap2 menjadi kenyataan dan bukan setakat hangat2 taik ayam.....yelah, masa taman pertanian kat shah alam tu baru buka, bukan main lagi promosinya. Tapi lama2, mcm dah tak terurus..peliklah pihak yg melaksana ni...ada pasang surut jugak.
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2007 09:52 AM | Show all posts
Originally posted by haniman at 31-10-2006 01:31 PM
Universiti Malaya ada Rimba Ilmunya.  Bolehlah menghubungi UM kalau nak lawat Rimba Ilmunya yang mengandungi pelbagai spesis tumbuh-tubuhan dan herba.  Saya dah beberapa kali ke sana.




msa study kat UM dulu tak bksempatan nak gi rimba ilmu :2cool:
skang dah minat kat pepokok....rasa rugi plak...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

8-5-2024 03:52 PM GMT+8 , Processed in 0.699458 second(s), 44 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list