CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4383|Reply: 3

[PENDAPAT] Kerajaan Negeri Cadang Wujudkan Bandar Putra Di Lipat Kajang

[Copy link]
Post time 10-10-2006 10:37 AM | Show all posts |Read mode
Post Last Edit by juju_amin84 at 23-3-2012 12:49

AYER KEROH, 2 Sept : Kerajaan negeri bercadang mewujudkan satu bandar baru dikenali sebagai Bandar Putra di Lipat Kajang, Jasin bagi menarik lebih ramai pelabur ke kawasan itu sekaligus membangunkan kawasan tersebut.

Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Ali Rustam berkata, kawasan seluas 5,000 ekar termasuk 250 ekar milik kerajaan negeri manakala 4,75o ekar lagi milik Hong Leong merupakan kawasan strategik untuk dibangunkan kerana terletak berdekatan dengan laluan masuk dari Asahan, Johor.

Setakat ini, kerajaan negeri melalui kerjasama Yayasan Melaka (YM) telah menjualkan tanah seluas 220 ekar milik kerajaan negeri kepada orang ramai melibatkan fasa satu dan dua manakala 30 ekar lagi untuk tujuan pendidikan.



  ?erajaan negeri akan mewujudkan kawasan ini sebagai bandar baru dikenali sebagai Bandar Putra yang dijangka akan dapat menarik lebih ramai pelabur ke kawasan ini,? katanya dalam sidang media selepas Majlis Penyerahan Hak-milik Sementara itu di Auditorium Seri Negeri, di sini, hari ini.

Pada majlis itu seramai 282 orang pembeli Lot Kampung Tersusun Fasa 2 menerima Surat Hak Milik Sementara bagi 487 lot tanah yang terletak di Lipat Kajang, Jasin itu.

Hadir sama, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Wira Ismail Saleh, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan Merlimau, Mohamad Hidhir Abu Hasan dan Pengurus Besar YM, Yusof Jantan.

Mohd Ali berkata, kawasan itu yang sebelum ini milik Hong Leong sepenuhnya pernah dicadangkan untuk dibangunkan sebagai Bandar Putra pada tahun 2002 bagaimanapun sambutan dari orang ramai yang kurang memberangsangkan membantutkan usaha pembangunan.

?isebabkan itu, kerajaan negeri meminta mereka menjual kepada YM sebanyak 250 ekar untuk dibangunkan sebagai projek pembangunan Kampung Tersusun,? katanya.

Jelasnya, beliau percaya kawasan tersebut akan didiami seterusnya dapat menarik lebih ramai pelabur untuk melabur di situ.

Bagaimanapun, kerajaan negeri berharap pembeli dapat mendirikan rumah di kawasan tersebut dahulu untuk mendapatkan kemudahan infrastruktur lain seperti bekalan elektrik, air dan jalan bertar.

Justeru itu, Mohd Ali juga berkata, disebabkan penjualan projek pembangunan Kampung Tersusun itu menggalakkan, YM turut melancarkan penjualan lot Kampung Tersusun Fasa Tiga di Tehel seluas 133 ekar membabitkan 500 lot awal Januari lalu yang masih dibuka untuk jualan.

Sumber : Melaka Hari Ini (MHI)
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-10-2006 12:09 PM | Show all posts
baek setelkn jln2 n bangunan yg x siap kt mlk dlu
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-10-2006 12:12 PM | Show all posts
Setuju! bangunan lama cathay n capitol sebagai contoh.
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2006 06:56 PM | Show all posts
aper lah nak jadi ngan melaka nih...kang yg dikejar tak dpt yg dikendong berciciran huhuhuh...baik korang gi betulkan jalan2 yg byk lubang tuh...sakit hati aku biler motor aku masuk lubang ko tau tak...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-2-2025 02:40 AM GMT+8 , Processed in 0.463825 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list