View: 3259|Reply: 14
|
Perang saudara Islam yg pertama
[Copy link]
|
|
kenapa bleh berlaku??
Saya faham jugak lah punca2 peperangan ni sebab berkaitan pemberontak yg sokong Saidina Ali walhal mereka pembunuh Saidina Osman. Selain tu perbezaan pendapat antara Saidina Ali yg mahu meredakan dulu huru hara selepas pembunuhan saidina Osman ngan Saidina Muawiyyah yg mahu mengutamakan pembunuhan Saidina Osman di adili terlebih dahulu.
Sebab apa perkara bleh terjadi?? Kenapa Saidina Muawiyyah melawan saidina Ali?? Kalu nak dibandingkan antara diorang berdua, umat Islam patut lebih mengutamakan Saidina Ali berbanding dengan saidina Muawiyyah. Saidatina Aisyah pun turut melawan Saidina Ali. Kenapa?? Why?? Porke?? |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Psl mmg dah direncanakan oleh Allah , itu jawapan sbnarnya. Khidupan ni fix, it is what it is. Wallahu alam |
|
|
|
|
|
|
|
Memulakan kita tengok puncanya bermula dari mana, sewaktu Usman b. Affan melantik menjadi Khalifah bagi umat islam kebanyakan jawatan penting dalam kerajaan dibolot oleh keluarga Umayyah seperti gabenor Syam (Muawiyah b. Abu Sufian) penasihat Khalifah (Marwan bin al-Hakam) dll . Masalah menjadi rumit apabila berlaku perbalahan di antara Muawiyah dan Abu Dzar Al-Ghifari... di mana Abu Dzar menegur perbuatan Muawiyah yg membelanjakan wang Baitulmal utk kepentingan diri ... tetapi Khalifah Usman menyebelahi Muawiyah dgn membuang Abu Dzar ke luar negara . Ini menimbulkan perasaan tak puas hati org islam terhadap Khaifah Usman ..sewaktu itu Khalifah Usman sudah terlalu lanjut usianya... bibit penentangan terhadap Khalifah Usman bermula apabila dgn kemunculan Abdullah b. Saba yg menghasut serta menyebarkan fitnah terhadap Khalifah ... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by mahathirGX at 4-10-2006 08:47 PM
Memulakan kita tengok puncanya bermula dari mana, sewaktu Usman b. Affan melantik menjadi Khalifah bagi umat islam kebanyakan jawatan penting dalam kerajaan dibolot ...
Kau bg versi ni , nanti org lain yg pro pd pihak lain akan bg versi lain lak , spai bila pun x setel , kan dunia ni , sapai sekrg pun camni gak kan:nerd: |
|
|
|
|
|
|
|
Keadaan menjadi genting apabila Khalifah Usman memecat gabenor Mesir iaitu Amru b. Al-Ash digantikan dgn Abdullah b. Sa'ad. Ini menyebabkan Amru b. Al-Ash marah dgn Khalifah Usman dan kembali ke Madinah ..menghasut pemuka2 islam ... tetapi tak dipedulikan oleh penduduk Madinah. Tetapi penduduk di wilayah lain2 seperti Mesir, Kufah dan Basrah ni tak senang dgn pemerintahan Usman. Mereka mula menghantar wakil utk menunjukkan perasaan tak puas hati mereka terhadap Khalifah...mereka mengemukakan 5 tuduhan terhadap Khalifah Usman
1. Khalifah usman telah menahan unta sedekah di tempat pengembalaan
2. Khalifah Usman membakar mushaf-mushaf
3. Khalifah telah mencukupkan solat ketika naik Haji (tak menqasarkan sebagai org musafir )
4. Khalifah melantik org2 muda yg tiada pengalaman
5. Khalifah selalu memberi kelebihan kepada suku-sakatnya
Tetapi Ali b. Abu Thalib menghadapi mereka serta menjawab persoalan mereka ni
1. berkenaan dgn unta sedekah tu...Ali menjawab unta sedekah tersebut adalah unta utk dibiakkan. Sebenarnya tempat pengembalaan itu tak dibuat utk pengembalaan untanya sendiri..perkara tersebut jugak dibuat oleh Khalifah sebelum Usman
2. Berkenaan mushaf tu... adalah bagi mengelakkan berlaku perselisihan dalam bacaan serta hanya tinggal .. mushaf yg dipersetujui oleh para sahabat aje
3.Tentang solat lak... ketika datang ke Makkah.. mungkin dia sebagai penduduk Makkah suatu masa dulu.. dia niat utk tinggal di sana ..maka wajar dia mencukupkan solatnya
4.Ali ..menjawab ..Rasulullah gak melantik Attab b. Usaid menjadi Gabenor Makkah ...ketika itu Attab baru berusia 20 tahun .. jadi tadak masalah ler jika Usman lantik org muda
5.Tentang mengutamakn suku sakat Bani umayyah .... Rasulullah sendiri pun mengutamakan kaum Quraisy dari kaum2 lain..perkara ni tak perlu dibangkit-bangkit ...
Ali mengingatkan mereka ... berdosa besar jika mereka tak taat kepada Khalifah lagi ....
Tetapi ni tak memuaskan hati mereka iaitu mereka tak suka Usman ... mereka cuba membuat helah iaitu palsukan surat atas nama Khalifah Usman ... surat ni dihantar ke gabenor Mesir supaya menghukum org2 tertentu ... ni menimbulkan ketegangan kepada penduduk Mesir .. mereka datang ke Madinah serta memukul Khalifah Usman kemudian mengepung rumah Khalifah selama sebulan ..kemudian menyerbu dan membunuh Khalifah Usman
[ Last edited by mahathirGX at 4-10-2006 08:35 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by Bateesta at 4-10-2006 08:17 PM
Kau bg versi ni , nanti org lain yg pro pd pihak lain akan bg versi lain lak , spai bila pun x setel , kan dunia ni , sapai sekrg pun camni gak kan:nerd:
citer ni ada banyak versi ...
buku yg aku rujuk pun ada 2 versi ...
aku rujuk dari buku : SEPULUH YANG DIJAMIN MASUK SYURGA dan PEMERINTAHAN BANI UMAIYYAH
* ada lagi citer belum abis lagi ... nanti sambung esok lak |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by mahathirGX at 4-10-2006 09:25 PM
citer ni ada banyak versi ...
buku yg aku rujuk pun ada 2 versi ...
aku rujuk dari buku : SEPULUH YANG DIJAMIN MASUK SYURGA dan PEMERINTAHAN BANI UMAIYYAH
* ada l ...
C apa yg aku cuba spaikan. Even dr kau pun dah ada 2 versi :lol
Bygkan nanti dr forumer2 lain yg ada fahaman lain , lg byk versi nanti:geram: |
|
|
|
|
|
|
|
versi kedua
Penduduk mesir pergi mengadu kepada Khalifah Usman bahawa gabenor Abdullah b. Sa'ad memerintahkan secara kuku besi dan zalim, khalifah usman mendengar aduan penduduk mesir dan berjanji akan memenuhi tuntutan penduduk mesir iaitu akan mengambil tindakan terhadap gabenor tersebut. Khalifah Usman mengirim surat amaran keras kepada Gabenor Abdullah supaya berlaku adil kepada penduduk. Tetapi Gabenor abdullah tak menghiraukan amaran tersebut terus menghukum penduduk yg mengadu kepada khalifah.
Penduduk mesir menghantar misi aduan kedua kepada Khalifah Usman ...memberitahu sikap gabenor tersebut dan mereka tanak bertolak ansur dgn Khalifah lagi. Mereka mahu gabenor baru dilantik segera ...akhir Muhammad b. Abu Bakar dipilih utk mengantikan Abdullah b. Sa'ad. Mereka berangkat ke mesir dgn segera. Semasa dlm perjalanan ke mesir ..mereka menemui seseorg yg pelik dan kelihatan tergesa2 serta menangkapnya ... semasa memeriksa badan org tersebut ... alangkah terkejut kerana mendapati org tersebut dari Jabatan Khalifah dan terdapat sepucuk berbunyi begini :
Kepada Abdullah b. Sa'ad, Gabenor mesir
Amma ba'du:
Adapun misi mesir yg sedang dalam perjalanan kembali dari Madinah bersama-sama dgn Muhammad b. Abu Bakar, apabila mereka sekalian sampai di mesir, hendaklah kamu tebas kepala mereka,
Wassalam,
Terkejut ler mereka semua ... |
|
|
|
|
|
|
|
Salam,
Seronok juga apabila sejarah-sejarah buruk umat Islam di awal kewafatan Rasulullah sehingga kejatuhan Empayar Turki Utsmaniah, hampir kesemuanya dikaitkan dengan Yahudi.
Yahudi itu memang.... Sesungguhnya Yahudi itu berhati busuk terhadap umat Islam. Tetapi, kita perlu ingat.. Janganlah kita terbawa-bawa ADAT orang Melayu. Apabila tersepak tunggul "bxbi betul.."; apabila motor rosak "bxbi betul..", sedangkan bxbi tidak ada di situ, maka dlm hal ini, bxbi itu tidak bersalah. Jangan pula kesalahan sebilangan besar umat terdahulu, ditutup sebelah mata. Lalu yg disalahkan adalah orang-orang YAHUDI. Pandai betul kita menuding jari.
Jika benar orang-orang Yahudi begitu taksub menyeludup pemikiran dan penghasutan mereka, mengapa ketika itu mereka tidak mengetahui tentang ayat Al-Hujuraat ayat 6 "Hai orang-orang yang beriman, jika datang kepadamu orang fasik membawa suatu berita, maka periksalah dengan teliti agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu. " ?.
Ataupun mereka BUKANLAH ORANG BERIMAN, tetapi hanya orang yang telah tunduk? "Orang-orang Arab Badwi itu berkata: "Kami telah beriman." Katakanlah: "Kamu belum beriman, tapi katakanlah 'kami telah tunduk', kerana iman itu belum masuk ke dalam hatimu;...." al-Hujuraat ayat 14.
Tidak mungkin kedua-dua pihak bertelagah, dan kemudian dirumuskan kedua-duanya adalah benar. Adakah sirathal mustaqim itu ada dua jalan? Ataupun hanya ada satu sahaja jalan? Sejak awal kewujudan manusia, sentiasa ada HAQ dan BATIL. Kebaikan dan Kejatahan. Contohnya Habil dan Qabil. Adakah kita ini bersikap sepertimana kumpulan yang mendakwa kedua-dua mereka adalah benar. Bahkan Iblis yang dilaknat juga, memiliki keistimewaan?
Wassalam. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by alhaadi2 at 4-10-2006 12:22 AM
kenapa bleh berlaku??
Saya faham jugak lah punca2 peperangan ni sebab berkaitan pemberontak yg sokong Saidina Ali walhal mereka pembunuh Saidina Osman. Selain tu perbezaan pendapat antara Saidin ...
Penentangan terhadap Ustman adalah pemberontakan dan kebangkitan rakyat menentang Khalifah yang memerintah dengan ketidakadilan yang suka mengamalkan kronisme dan cenderung kepada Bani Umayyah. Dan, di dalam pemberontakan tersebut, Aisyah juga TURUT memainkan peranan yang SANGAT PENTING. Disokong juga oleh Zubair, Talhah dan Muhammad bin Abu Bakar.
Orang yang membunuh Ustman adalah orang-orang yang sama yang bangkit menentang AMIRUL MUKMIN ALI IBN ABI THALIB. Perang saudara pertama dalam Islam, adalah perang Jamal. Perang Jamal adalah perang antara Aisyah menentang Khalifah Mutlak ketika itu Amirul Mukminin Ali Ibn Abi Thalib.
Jika benar-benar Muawwiyah berniat ikhlas utk mencari pembunuh Ustman, dia sepatutnya tidak boleh menggunakan kaedah sama seperti pemberontak. Dia sepatutnya dengan segera datang membantu Ustman sepertimana Ustman meminta bantuan Muawwiyah sewaktu dia dikepung. Tetapi mengapa Muawwiyah melambat-lambatkan perjalanannya? Ini bermakna dia memiliki niat yang sebaliknya. :hmm: |
|
|
|
|
|
|
|
x faham, kenapa salah seorg sahabat yg termasuk dalam 10 org dijamin masuk syurga bleh mempunyai sikap camni?? Betul ke ada sebuah hadis pasal fitnah. Pintu fitnah akan terbuka bila kematian Saidina Umar al Khattab... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by alhaadi2 at 7-10-2006 12:54 PM
x faham, kenapa salah seorg sahabat yg termasuk dalam 10 org dijamin masuk syurga bleh mempunyai sikap camni?? Betul ke ada sebuah hadis pasal fitnah. Pintu fitnah akan terbuka bila kematian Saidin ...
Itulah memelikkan dan memeranjatkan apabila jelas benar 10 org yang dijamin masuk syurga (jika shahih) dengan mudah dihasut dan dikotak-katikkan oleh orang Yahudi yang baru sahaja masuk Islam. Adakah hadis berkenaan 10 orang dijamin syurga itu lebih shahih daripada kisah lipatan sejarah Ibnu Saba' ataupun kisah lipatan Ibnu Saba' adalah bathil dan hadis jaminan syurga berkenaan lebih haq? ataupun kedua-duanya bathil?
Ataupun, sememangnya salah satu pihak ada bersekongkol dengan Yahudi. Jangan pula kita salah faham. Yahudi pada waktu tersebut ada 2 golongan. Yang pertama adalah Ahli Kitab; dan yang kedua Ahli Perang. Ahli Perang ini pernah diharamkan mereka untuk mencampuri urusan Umat Islam, tetapi akhirnya dihalalkan oleh Khalifah ke... dan dibawa bersama-sama.
[ Last edited by pipi at 7-10-2006 01:41 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by alhaadi2 at 7-10-2006 12:54 PM
x faham, kenapa salah seorg sahabat yg termasuk dalam 10 org dijamin masuk syurga bleh mempunyai sikap camni?? Betul ke ada sebuah hadis pasal fitnah. Pintu fitnah akan terbuka bila kematian Saidin ...
kalau tak silap, pengikut Ali yang banyak mengeruhkan keadaan, bukan Saidina Ali sendiri.. Tapi memang saya setuju that ada pengajaran yang sangat berharga dari kisah ini. semuanya telah ditentukan Allah, sebagai hikmah dimasa akan datang.. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by myskimi at 8-10-2006 02:18 AM
kalau tak silap, pengikut Ali yang banyak mengeruhkan keadaan, bukan Saidina Ali sendiri.. Tapi memang saya setuju that ada pengajaran yang sangat berharga dari kisah ini. semuanya telah dite ...
Pengikut Ali tu siapa??? Maka kalau bukan sahabat nabi juga siapa yer? Oh...nampaknya terpaksalah dibuat satu watak jahat lain dan maka tiada lagi kambing hitamnya melainkan orang yahudi yang kononnya masuk Islam gak iaitu Abdullah bin Saba' yang diberi nama. |
|
|
|
|
|
|
|
Siapa boleh kemukakan hadis berkenaan doa/permintaan Nabi Muhammad s.a.w yang mana 2 daripada 3 permintaan nabi itu Allah qabulkan, cuma 1 tidak diqabulkan.
Iaitulah pertama nabi minta jgn umatnya dibinasakan seperti umat nabi2 terdahulu dgn bencana (spt banjir besar zaman Nabi Nuhl)- Allah qabulkan
Kedua rasanya kemarau yg panjang (tak ingat, mintak yg pandai betulkan)-Allah qabulkan
Ketiga fitnah berbunuhan sesama sendiri- Ini Allah tidak qabulkan...
Itu pasal ada civil war between org Islam.... |
|
|
|
|
|
|
| |
|