CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Syd

Orang Kurang Upaya (OKU)

[Copy link]
 Author| Post time 28-12-2007 11:16 AM | Show all posts
Pelajar OKU dapat 8A
Oleh Shamsul Kamal Amarudin



ISTIMEWA: Nor Umairah memperoleh 8A dalam PMR menunjukkan demonstrasi bagaimana beliau menjawab soalan peperiksaan kepada Hussain selepas majlis penyampaian anugerah cemerlang PMR, di Ipoh, semalam.



Nor Umairah jawab peperiksaan guna kaki, bercita-cita jadi peguam

IPOH: Sebaik mula mengenal huruf, dia terpaksa menggunakan kaki untuk menulis atau menyelak buku untuk membaca kerana kecacatan kedua-dua tangannya sejak lahir.

Namun, ia tidak menghalang Nor Umairah Ahmad Jamhari mencatat kejayaan cemerlang dalam pelajaran apabila memperoleh 8A dalam peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) yang diumumkan semalam.

Ketika Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR), pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Raja Muda Musa di Teluk Intan ini yang gemar berbahas dan bercita-cita menjadi peguam memperoleh 5A.



Biarpun terpaksa menyelitkan pen di ibu jari kaki kirinya ketika menulis, beliau tidak memerlukan masa tambahan ketika menjawab kertas peperiksaan PMR.

"Ketika peperiksaan, guru pengawas ada bertanya sama ada memerlukan tambahan masa bagi menjawab soalan kerana kecacatan saya ni, tapi saya menjawab tak perlu... guna masa biasa je," katanya ketika ditemui selepas menerima sijil penghargaan Pelajar Istimewa Cemerlang PMR Perak daripada Pengarah Pelajaran Negeri, Hussain Harun, di sini, semalam.

Nor Umairah adalah seorang daripada lima calon PMR Orang Kurang Upaya (OKU) seluruh negara yang mencatat kejayaan semua A dalam mata pelajaran yang diduduki.

Ketika belajar, beliau menggunakan meja khas yang dipotong kakinya agar berada dalam kedudukan sama paras dengan kerusi bagi membolehkannya selesa menulis atau melakukan pelbagai aktiviti pembelajaran menggunakan kaki.

Anak sulung daripada dua beradik itu juga tidak belajar dalam kelas khas OKU yang ada di sekolahnya, tetapi di dalam kelas biasa bersama pelajar normal lain yang turut memberikan sokongan dan bantuan kepadanya.

"Saya sendiri tidak menyangka memperoleh 8A kerana ketika peperiksaan percubaan hanya mendapat 6A.

"Berkat pertolongan keluarga, guru-guru dan rakan-rakan, saya mencapai kejayaan ini.... rasa gembira sangat," katanya.

Sementara itu, ibunya, Sanisah Mohamed, 37, berkata beliau sendiri tidak menyangka Nor Umairah mampu menjadi pelajar cemerlang dalam PMR.

"Sejak kecil dia sudah belajar menggunakan kakinya. Apabila kami memberikan barang, dia akan menyambutnya dengan kaki.

"Walaupun memegang pen menggunakan kaki kiri, dia mampu menulis dengan baik, lancar dan cantik sama seperti tulisan pelajar normal," katanya yang menetap di Taman Desa Mulia, Batak Rabit, dekat Teluk Intan.

Turut hadir pada majlis itu, bapa Nor Umairah, Ahmad Jamhari Daud, 40, seorang guru di Sekolah Rendah Kebangsaan Datuk Laksamana Raja Mahkota Teluk Intan.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-1-2008 01:49 AM | Show all posts
BE STRONGER!

Reply

Use magic Report

Post time 12-1-2008 01:50 AM | Show all posts
U CAN DO IT TOO!

Reply

Use magic Report

Post time 12-1-2008 01:51 AM | Show all posts
NEVER GIVE UP!

Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2008 05:09 PM | Show all posts

ipta/ipts

thxx syd..byk perkara berkaitan ttg oku telah disentuh dan diperkatkan,walau tidaklah begitu dibincangkan sgt.namu sekurang kurangnya masih ada keprihatinan.

dgn begitu byk cerita dan teladan..harap2 dapatlah dijadikan motivasi utk membantu golongan oku dan utk oku itu sendiri membantu dirinya.

perkara yg dah biasa dibincangkan..tentulah tentang accesibility.aku sendiri menggunakan wheelchair..dah byk kali berdepan dgn benda2 camni.tp tak kisahlah..aku harap dan mohon akan ada perubahan. selain slalu lepak kat rumah..tempat yg paling aku suka aku pergi ialah times square,klcc.tempat2 lain aku tak pasti.dua tempat tu aku nak gi sorg2 pun takpe..takder lah perasan humiliation mcm gi tempat2 lain.tp lama2 boring gak kan..ada tak cadangan tempat lain yg sesuai utk whelchair user ni kluar mencari ketenangan...huhu..kami pun nak melihat dunia gak wehh..

dan perkara kedua yg sejak akhir2 ni merunsingkan aku...ttg accesibility gak..University.aku skrg sedang study peringkat diploma di UiTM Arau..aku rasa fasiiliti dan bentuk muka bumi kat sini boleh tahanlah..boleh hidup dgn selesa jugakla.dan semester ni insyaAllah adalah semester akhir aku..problemnnya timbul apabila aku nak sambung study aku.dgn bgitu sedikit tempat yg kerusi roda ble digunakan..membuatkan aku pun takde pilihan apa..jadi...aku nak mintak cadangan dan nasihat dari forumers yg baik lagi prihatin ..huhu..utk memberikan cadangan kat aku nak sambung kat universiti mana.atau dialih kan soalan tersebut menjadi...universiti manakah yg seorg kurang upaya berkerusi roda boleh belajar seperti org lain.

frust wooo..kebanyakkan universiti takde fasiliti..patutnya oku(bukan aku je) perlu diberi kemudahan melanjutkan pelajaran.ilmu tu umpama kuasa yg ble cover kekurangan upaya kami/mereka.tp..ni aku nak sambung degree pun runsing apa kess...

apa2 hal pun bg idea..thxxx..
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2008 07:41 PM | Show all posts
Terimakasih syd
banyak tol info berguna dlm thread ni.
tak kurang berita tentang OKU di sana sini

Teh ada sorang anak OKU penglihatan
setiap hari ke MAB unt pra sekolah

hari ni ada perjumpaan pertama antara JKM Staff dgn parents
kami tubuh kan PIBG tuk OKU blind

sebelum ni sekolah ni dibawah kelolaan MAB/NGO
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 7-4-2008 12:58 PM | Show all posts
Originally posted by Syd at 11-10-2006 01:19 PM



semalam, adik balik.
dia study kat UPM
dia ckp, masih kekurangan lagi 1000 sukarelawan tuk kejohanan nih

tgh carik info nih
pasal sukan tuh
nak taruk kat sini

moga2 ramai yang sud ...


sis bole bg INFO program nie kat I x.. Rasa bole dapatkan sukarelawan prog tp kena tgk INFO dulu nak tgk mcm ner..

send kek PM erk.. nanti I bg emel utk snng nak deal. TQ
Reply

Use magic Report

Post time 15-5-2008 12:54 AM | Show all posts
up sket thread nih!:victory:
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 15-5-2008 03:51 PM | Show all posts
Carrefour ambil 500 pekerja OKU

SUBANG JAYA: Pasaraya Carrefour Malaysia dan Singapura mensasarkan sekurang-kurangnya lima peratus golongan kurang upaya (OKU) di negara ini iaitu sekitar 400 hingga 500 orang bekerja di syarikat itu.

Pengarah Urusan Carrefour Malaysia dan Singapura, Shafie Shamsuddin, berkata pihak syarikat 憁embuka pintu
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2008 01:02 AM | Show all posts
Alhamdulillah! ada jugak yg perihatin dgn nasib oku nih. Sy ada adik yg bisu dan pekak. Dia selalu mengeluh sbb x dpt cari keje. Kadang2 sy kesian tgk nasib dia nak bantu sy pun tak bekerja. Kadang2 sy kecewa sgt dgn sikap org2 kita yg meminggirkan org2 oku ini. Ntahlah! sampai bila lah nasib adik sy akan berubah.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-6-2008 10:16 AM | Show all posts
OKU gaji RM1,200 berkelayakan
Oleh Mohamad Hussin dan Asmah Rusman
mohamad@hmetro.com.my


BANGI: Orang kurang upaya (OKU) yang memperoleh gaji bulanan di bawah RM1,200 akan tetap menerima elaun sebanyak RM300 daripada kerajaan berkuat kuasa Mei lalu, kata Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Dr Ng Yen Yen.

Beliau berkata, sebelum ini, kementerian berkenaan hanya memberikan elaun berkenaan kepada individu OKU yang bekerja dengan pendapatan di bawah RM750 sebulan.

揑ni bermakna, OKU yang menerima pendapatan bulanan di bawah RM1,200 akan tetap menerima elaun RM300 dan jumlah itu dapat membantu mereka menjalani kehidupan seharian berikutan kenaikan harga minyak pada masa kini.

揔erajaan prihatin terhadap nasib OKU yang berpendapatan rendah. Bantuan disalurkan untuk menolong dan beri peluang mereka berdikari, mencari pekerjaan dan yang penting untuk menjadi OKU yang produktif,
Reply

Use magic Report

Post time 9-8-2008 10:27 AM | Show all posts
Thanks for the amazing info, Syd!
Reply

Use magic Report

Post time 9-8-2008 10:28 AM | Show all posts
Dari dulu lagi wa ingat nak memohon jadi sukarelawan FESPIC nih, tapi memang takde info langsung.

jenuh dah wa mencarinya.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-1-2009 12:04 AM | Show all posts
Malaysia Utamakan Pembelaan Orang Kurang Upaya

Oleh Zulkiple Ibrahim

KUALA LUMPUR, 23 Jan (Bernama) -- Walaupun kerajaan menganggarkan terdapat kira-kira 1.3 juta orang kurang upaya (OKU) di negara ini, namun setakat ini hanya 233,939 orang sahaja yang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Noriah Kasnon baru-baru ini berkata, statistik itu tidak memberi gambaran sebenar OKU di negara ini.

Beliau berkata jumlah yang rendah ini menyebabkan kerajaan menghadapi sedikit masalah dari segi perancangan dasar membela OKU secara menyeluruh.

Kementerian telah pun menubuhkan Majlis Kebangsaan Orang Kurang Upaya yang dipengerusikan Menteri berkenaan, Datuk Dr Ng Yen Yen, bagi menyelia, menyelaras dan memantau pelaksanaan dasar negara yang berkaitan OKU terutama Akta Orang Kurang Upaya yang diwartakan 7 Ogos tahun lepas.

Mungkin kesedaran masih kurang dalam kalangan OKU dan anggota keluarga mereka mengenai hak dan keistimewaan yang boleh mereka dapatkan dari segi kemudahan kesihatan, pelajaran, penerangan, komunikasi dan teknologi, aktiviti bersukan, riadah dan kebudayaan.

SIAPA ITU OKU?

Mengikut Akta Orang Kurang Upaya 2007, Orang Kurang Upaya atau OKU ditakrifkan sebagai "mereka yang mempunyai kekurangan jangka panjang fizikal, mental, intelektual atau deria yang apabila berinteraksi dengan pelbagai halangan, boleh menyekat penyertaan penuh dan berkesan mereka dalam masyarakat".

Bagi setiap OKU yang ingin memperoleh kemudahan dan bantuan yang disediakan JKM, agensi-agensi kerajaan atau swasta, mereka hanya dikehendaki mendaftar untuk mendapatkan Kad Kenal Diri OKU sebagai satu perakuan yang sah bahawa mereka memang orang kurang upaya.

Kad ini hanya boleh diperoleh dengan mendaftarkan diri di Pejabat JKM Daerah di tempat tinggal OKU berkenaan dengan perakuan doktor.

ENAM KATEGORI OKU

Bagi maksud pendaftaran, JKM mengklasifikasikan OKU kepada enam kategori utama iaitu kecacatan atau ketidakupayaan seperti berikut -- Kurang Upaya Pendengaran, Kurang Upaya Penglihatan (seperti buta), Kurang Upaya Fizikal (Kecacatan anggota badan misalnya - penyakit Polio, kudung), Cerebral Palsy (Hemiplegia, Cerebral Palsy yang melibatkan sebelah bahagian badan), Masalah Pembelajaran (lewat perkembangan, down's syndrome, autisma, Attention Deficit Hyperactive Disorder, terencat akal, masalah pembelajaran spesifik seperti dyslexia, dysgraphia, dyscalculia).

Lain-lain ialah seperti diagnosa perubatan merangkumi semua masalah kurang upaya yang tidak dinyatakan dalam format di atas.

KAD KENAL DIRI OKU

Kad Kenal Diri OKU yang dikeluarkan JKM akan memudahkan OKU berurusan dengan pihak-pihak yang berkenaan.

Kad itu terbahagi kepada 6 jenis warna mengikut kategori ketidakupayaan seperti berikut:-

Pengelihatan (biru), Pendengaran(ungu), Fizikal (hijau), Cerebral Palsy (merah), Masalah Pembelajaran (kuning) dan lain-lain (oren).

Tujuan pendaftaran dengan JKM adalah untuk mengumpul data atau statistik bagi maksud perancangan perkhidmatan atau program pemulihan, pencegahan, latihan dan pendidikan serta intervensi awal.

Walaupun pendaftaran adalah atas dasar sukarela, ia seharusnya digalakkan bagi OKU mendapatkan segala kemudahan dan insentif yang disediakan bukan sahaja oleh pihak kerajaan, tetapi juga swasta.

KEMUDAHAN, KEISTIMEWAAN KEPADA OKU

Pelbagai keistimewaan yang disediakan kementerian dan agensinya untuk OKU akan mudah disalurkan kepada OKU yang berdaftar umpamanya Kementerian Pelajaran di bawah Jabatan Pendidikan Khas yang menyediakan program khas kepada kanak-kanak daripada kategori kurang upaya penglihatan, pendengaran dan bermasalah pembelajaran.

Program pendidikan dijalankan di sekolah pendidikan khas dan melalui program integrasi di sekolah biasa. Kerajaan juga mengecualikan bayaran pendaftaran kemasukan pelajar kurang upaya pendengaran yang mengikuti latihan kemahiran di institusi pengajian di bawah kelolaan Kementerian Pelajaran.

Bagi pelajar yang berjaya melanjutkan pelajaran di Institut Pengajian Tinggi, mereka diberi elaun khas bulanan sebanyak RM300. Kemudahan ini adalah di bawah kelolaan Kementerian Penggajian Tinggi.

Pelajar kurang upaya di sekolah rendah dan sekolah menengah pula diberikan elaun sebanyak RM150 sebulan. Kemudahan ini di bawah kelolaan Jabatan Pendidikan Khas.

KAUNSELING, KHIDMAT NASIHAT

Di JKM, OKU atau keluarga mereka yang menghadapi masalah dari segi emosi, keyakinan diri dan sebagainya boleh mendapatkan maklumat untuk khidmat kaunseling daripada Pegawai Kebajikan Masyarakat atau kaunselor di Pejabat Kebajikan Masyarakat.

Agensi kerajaan yang lain dan Pertubuhan Kebajikan Sukarela (NGO) juga memberi perkhidmatan pemulihan bagi orang kurang upaya.

Agensi-agensi berkenaan adalah seperti Kementerian Kesihatan, Jabatan Pendidikan Khas (Kementerian Pelajaran) dan Jabatan Tenaga Kerja (Kementerian Sumber Manusia).

PROGRAM PENGESANAN AWAL

Kementerian Kesihatan menjalankan Program Pengesanan Awal dalam memberi rawatan dan pemeriksaan untuk kemasukan ke institusi kebajikan.

Jabatan Pendidikan pula menyediakan pendidikan bagi kanak-kanak berkeperluan khas seperti kurang upaya penglihatan, kurang upaya pendengaran dan masalah pembelajaran melalui tiga program.

Program itu ialah sekolah khas, program integrasi dan program inklusif di peringkat sekolah rendah dan sekolah menengah.

Program integrasi juga disediakan bagi pelajar kurang upaya pendengaran di sekolah teknik dan politeknik.

Bagi Jabatan Tenaga Kerja, ia menggalakkan pihak swasta menyediakan peluang pekerjaan kepada golongan OKU melalui Jawatankuasa Penggalakkan Penggajian Orang Kurang Upaya di sektor swasta.

Pertubuhan-pertubuhan sukarela juga banyak mengambil inisiatif dengan membuka pusat harian dan pusat latihan bagi OKU sebagai perkhidmatan sokongan terhadap program-program kerajaan dan sebagai memenuhi tanggungjawab masyarakat dalam pemulihan golongan itu.

PENGECUALIAN CUKAI JALAN

Menurut JKM, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) juga menyediakan kemudahan pengecualian cukai jalan bagi orang kurang upaya fizikal yang menggunakan kenderaan kereta, van dan motosikal buatan tempatan mulai tahun 2004.

JKM juga sentiasa menggalakkan syarikat-syarikat pengangkutan supaya memberi tambang konsesi kepada OKU.

Sehingga kini terdapat beberapa buah syarikat pengangkutan memberikan insentif pengangkutan kepada golongan kurang upaya. Antaranya ialah Malaysia Airlines (MAS), yang memberi tambang murah sehingga 50 peratus bagi penerbangan dalam negeri, manakala KTM Berhad memberi tambang konsesi sehingga 50 peratus bagi semua perjalanan semua kelas.

Syarikat bas Transnasional juga memberi konsesi 50 peratus dari harga tambang dan syarikat pengangkutan RapidKL memberi kemudahan tambang percuma kepada golongan kurang upaya.

KEMUDAHAN LAIN

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) juga menyediakan kemudahan kepada OKU bagi menyewa rumah-rumah kos rendah atau rumah pangsa DBKL dengan memberi pengurangan kadar sewa kepada kumpulan ini.

Sementara itu, Syarikat Perumahan Nasional Negara (SPNB) memberi diskaun sebanyak 20 peratus kepada golongan OKU berpendapatan rendah untuk memperoleh rumah kos rendah dan sederhana.

Golongan OKU turut dikecualikan daripada bayaran rawatan di hospital atau pusat perubatan awam di negara ini. Kelonggaran ini termasuk bayaran wad kelas tiga, bayaran pakar dan ubat-ubatan, manakala Jabatan Imigresen mengecualikan bayaran ke atas perkhidmatan menyedia dan memproses dokumen perjalanan (pasport antarabangsa) kepada golongan ini.

Dengan segala kemudahan ini, agak merugikan jika ramai daripada OKU masih tidak mendaftarkan diri dan mengecualikan diri mereka daripada dibela dan dibantu oleh semua pihak yang mahu mereka turut berkongsi kehidupan sama rata di Malaysia.

-- BERNAMA
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-5-2009 10:29 AM | Show all posts
KTMB tambah kemudahan OKU di 5 stesen komuter


KUALA LUMPUR: Golongan orang kurang upaya (OKU) di Lembah Klang bakal menikmati suasana lebih selesa dan mudah serta dilayan mesra apabila menggunakan perkhidmatan tren komuter di Lembah Klang, tidak lama lagi.

Ini berikutan langkah Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) menambah pelbagai kemudahan mesra OKU antaranya taktil (laluan khas untuk orang buta), lif dan laluan tanjakan di lima stesen komuter selain ruang khas untuk golongan itu di dalam tren.

Pengarah Urusannya, Datuk Abd Radzak Abd Malek, berkata kemudahan terbabit yang menelan belanja RM10 juta diperoleh daripada bajet Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) akan bermula Julai ini dan dijangka siap Mei tahun depan.

揕ima stesen terbabit iaitu di stesen KTM Komuter Rawang, Sungai Buloh, Bandar Tasik Selatan, Serdang dan Shah Alam adalah tambahan kepada tujuh stesen yang sudah dilengkapi kemudahan terbabit di stesen KL Sentral, Segambut, Bank Negara, MidValley, Subang Jaya, Kajang dan Seremban.


揂ntara kemudahan yang disediakan termasuk lif, taktil, ramp laluan masuk, tandas khas dan tempat meletak kenderaan untuk OKU,
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-5-2009 10:43 AM | Show all posts
Briged Puteri berusaha bantu Rumah Titian Kaseh


IsmalinA Ismail (tiga dari kanan) menyerahkan buku-buku rujukan kepada Sharifah Adlan bagi kanak-kanak di pusat tersebut.

Kedatangan Biro Briged Puteri Mimbar Permuafakatan Ibu Bapa Nasional (MAPIN) yang pada awalnya untuk menyerahkan sumbangan buku rujukan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Penilaian Sekolah Rendah (PMR) kepada penghuni Rumah Jagaan Titian Kaseh, Tasik Titiwangsa, baru-baru ini, telah dijadikan tempat mengadu dan menagih simpati pengetuanya yang sudah tidak tahu lagi di mana hendak meminta pertolongan.

Mendengarkan penderitaan yang dialami oleh Sharifah Adlan atau Mak Pah, hati Pengerusi Biro Briged Puteri MAPIN Kebangsaan, Datin Seri Ismalina Ismail tersentuh untuk membantu sedaya upaya bagi menyelesaikan kemelut yang membelenggu diri Mak Pah.

Sementelah pula melihat keadaan penghuni yang rata-ratanya kanak-kanak perempuan dan orang kurang upaya (OKU) yang masing-masing tidak berdaya untuk menjalani kehidupan berdikari.

''Briged Puteri akan cuba berbincang dengan pemilik rumah tersebut bagi membenarkan penghuni Rumah Titian Kaseh terus tinggal untuk sekian waktu, sementara kami mencari alternatif lain seperti kewangan ataupun rumah lain.

''Bukan mudah untuk menempatkan 52 penghuni ini dan mencari rumah sewa dalam masa terdekat. Begitu juga dengan jumlah wang yang banyak untuk membiayai rumah tersebut. Namun kami akan cuba.

''Saya tidak mahu mereka duduk merempat di mana-mana kerana mereka juga manusia yang memerlukan tempat berteduh, kasih sayang dan jagaan,'' katanya.

Menurut Ismalina, selain akan berbincang dengan pemilik rumah, Briged Puteri juga akan menganjurkan Malam Titian Kaseh bagi mengutip derma untuk Rumah Penjagaan Titian Kaseh pada Ogos ini.

Bagaimanapun, katanya, buat sementara ini, sesiapa yang bermurah hati dialu-alukan untuk menghulurkan sumbangan bagi meringankan bebanan yang dihadapi oleh Mak Pah dalam membiayai rumah tersebut.

''Saya juga berharap Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) melihat semula keperluan dan kesukaran yang dihadapi oleh rumah ini dan mungkin sedikit sebanyak menghulurkan bantuan demi masa depan penghuninya,'' katanya.

Sementara itu, menceritakan mengenai Briged Puteri, Ismalina memberitahu, ia dianggotai oleh golongan ibu yang berusia di bawah 40-an. Bagaimanapun, bukan semua negeri mempunyai briged ini, yang ada sekarang ialah Perak, Kedah dan Wilayah Persekutuan manakala negeri-negeri lain dalam proses penubuhannya.

Menurutnya, walaupun baru setahun jagung, pelbagai aktiviti telah berjaya dianjurkan demi memberi bantuan kepada pihak yang memerlukan.

''Antara program yang telah berlangsung ialah Konvoi Menyusur Akar. Seramai 100 keluarga miskin di kawasan Parlimen Wangsa Maju diberi bantuan keperluan asas. Ia bertujuan bagi meringankan beban golongan berpendapatan rendah yang mempunyai ramai tanggungan dalam bulan Ramadan.

''Seramai 150 anak yatim dan kurang berkemampuan berusia dari satu hingga 17 tahun dari Asrama Baitul Ummah dan Asrama Penyayang Nur Iman di kawasan Parlimen Wangsa Maju turut diraikan pada Majlis Ramah Mesra - Sentuhan Ramadan.

''Briged Puteri juga akan mengadakan kelas tuisyen di Rumah Titian Kaseh pada hujung minggu bagi membimbing penghuni di rumah tersebut. Ia akan dimulakan secepat mungkin,'' ujarnya.

Menurut Ismalina, pada tahun lalu, turut diadakan program ziarah dan majlis berbuka puasa di Rumah Nur Salam di Jalan Chow Kit. Tidak ketinggalan, program Sepetang bersama Anak Yatim Kg. Padang Gajah, Sungai Buloh, Selangor. Ia dianjurkan untuk mendekatkan diri dengan masyarakat setempat di samping menekankan pentingnya minat membaca.

Briged Puteri juga melangkah setapak dengan membantu para graduan mendapatkan pekerjaan melalui program Pameran Kerjaya 'Jom Cari Kerja' dan bengkel kaunseling serta panduan permohonan pekerjaan di Pusat Komuniti Gombak.

''Bengkel itu diadakan bagi memberi pendedahan kepada graduan cara penampilan diri yang betul ketika menghadiri temuduga, memberi peluang pekerjaan, mengajar teknik membuat resume dan sebagainya.

''Bahkan pada 30 Jun ini, Briged Puteri akan menganjurkan Program Untukmu Wanita. Antara acaranya ialah ceramah pengurusan kredit terutamanya bagi golongan muda yang baru memulakan kehidupan berkeluarga," katanya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 1-12-2009 04:52 PM | Show all posts
Dari Normal Kepada 'Kurang Upaya' Satu Perjalanan Penuh Sengsara Dan Cabaran

Oleh Zulkiple Ibrahim

Berikut ialah bahagian pertama daripada rencana tiga siri sempena Hari Orang Kurang Upaya Antarabangsa pada 3 Dis

KUALA LUMPUR, 30 Nov (Bernama) -- Banyak telah ditulis tentang Orang Kurang Upaya (OKU) sama ada dari segi hak, kebajikan dan kemudahan yang disediakan untuk mereka serta tentang masalah yang dihadapi.

Bagi mereka yang kurang upaya, kecacatan itu wujud sejak dari lahir atau terjadi disebabkan kemalangan, pembedahan serta punca dan sebab yang lain.

Menurut Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), terdapat enam kategori OKU iaitu penglihatan, pendengaran, fizikal, cerebral palsy, masalah pembelajaran (perkembangan perlahan, Sindrom Down, autism, hiperaktif, cacat mental, dan masalah spesifik pembelajaran seperti disleksia, disgrafia, diskalkulia) dan kategori tidak upaya yang lain.

Berikut ialah kisah bagaimana seorang yang dilahirkan normal menjadi kurang upaya setelah menjalani satu pembedahan di mana kaki kanan beliau di potong kerana komplikasi diabetis dan bagaimana beliau melalui satu proses pemulihan yang dijalankan bagi OKU.

DARI NORMAL KEPADA KURANG UPAYA

Hari sudah petang pada 13 Nov 2007 bila penulis ini ditolak keluar dari dewan pembedahan di sebuah pusat perubatan di sini.

Masih lagi khayal dengan kesan anestesia (bius), beliau sempat menyapa isteri dan anak-anak yang menunggu di luar dewan bedah sebelum kembali 'lena'.

Pada esoknya, sakit yang amat sangat dari bahagian kaki kanan membangkitkan beliau dari tidur. Beliau memandang ke arah punca sakit itu dan apa yang beliau dapat lihat hanyalah apa yang tinggal dari kaki beliau.

Barulah beliau sedar tentang hakikat yang sebenar, bahawa kaki kanannya telah tiada lagi setelah dipotong dalam satu pembedahan pada hari sebelumnya.

Doktor yang datang menemuinya kemudian memberitahu penulis bahawa beliau kini menjadi orang kurang upaya.

SATU PERJALANAN YANG JAUH DALAM PEMULIHAN

Beberapa hari kemudian, ketika penulis sedang mengelamun sambil mengenang nasib dirinya, seorang 'berbaju putih' datang kepadanya.

"Kami akan membantu (awak) berjalan semula tetapi awak mestilah kuatkan semangat dan kembalikan keyakinan kerana perjalanan ini panjang," kata pelawat itu, seorang jurupulih anggota yang dikenali sebagai Othman.

Penulis yang dalam keadaan putus asa, telah menjawab: "Macam mana nak jalan, kaki dah tak ada. Kan saya sekarang orang kurang upaya?".

(Bagi penulis ketika itu, rasanya seperti sudah jatuh ditimpa tangga kerana anak beliau berumur tiga bulan, seorang bayi Sindrom Down, terpaksa menjalani pembedahan jantung di Institut Jantung Negara (IJN) beberapa hari selepas kaki beliau dipotong).

Tapi nasibnya tidak seburuk yang beliau sangkakan. Sekumpulan doktor pemulihan, jurupulih anggota dan jurupulih kerja, membantu beliau dalam menjalani satu program pemulihan untuk membolehkan beliau berjalan semula.

Penulis dihantar menjalani latihan di 'sekolah untuk berjalan' di pusat perubatan itu di mana beliau dikehendaki melakukan senaman fisioterapi seperti melompat dengan menggunakan tongkat empat kaki dan palang selari.

Jurupulih kerja pula mengajar beliau bagaimana cara menggunakan kerusi roda

"Awak mesti kuat (semangat) dan InsyaAllah semuanya akan baik," itulah kata-kata seorang pegawai perubatan rehabilitasi yang namanya hanya penulis ingat sebagai Dr Annuar.

Kata-kata itu sentiasa berlegar dalam pemikiran penulis kerana ada ketikanya beliau terasa amat sengsara dan kecewa dengan nasibnya.

"Kalau anak awak kuat dan boleh melaluinya, kenapa tidak pula awak?" kata seorang lagi doktor yang merawat penulis, merujuk tentang keadaan anak penulis yang berjaya menjalani pembedahan jantung selama lapan jam.

Dengan itu bermulalah perjalanan pemulihan bagi penulis. Pada Mac 2008, hampir empat bulan selepas beliau kehilangan kaki kanan, penulis mula berjalan dengan bantuan kaki palsu walaupun dengan agak perlahan serta masih dalam kesakitan.

Kini, beliau telah mampu berjalan kembali. Satu perkara yang beliau anggap sebagai mustahil setelah berlakunya amputasi kaki.

(Anak penulis kini berumur 26 bulan dan sudah pulih daripada penyakit jantung berlubang. Anak itu sedang menjalani sesi terapi di Yayasan Sindrom Down Malaysia (KDSF) Pusat Nasional di Petaling Jaya.

HARI ORANG KURANG UPAYA ANTARABANGSA

Hari Orang Kurang Upaya Antarabangsa ialah pada 3 Dis setiap tahun dan disambut di seluruh dunia.

Di Malaysia, Akta Orang Kurang Upaya 2007 memberi definisi orang kurang upaya sebagai mereka yang kurang upaya jangka panjang dari segi fizikal, mental, intelektual atau keupayaan sensori yang menghalang mereka berinteraksi sepenuhnya dengan masyarakat.

Akta ini diluluskan Parlimen pada 24 Dis 2007 dan diwartakan pada 24 Jan 2008. Ia berkuatkuasa mulai 7 Julai 2008.

Bagi mereka yang kurang upaya, mereka diperlukan mempunyai Kad OKU untuk mendapat manfaat serta bantuan daripada JKM serta agensi kerajaan dan swasta.

Kad ini boleh didapati dengan mendaftar di Pejabat Daerah JKM masing-masing. Kad OKU yang dikeluarkan JKM membantu orang kurang upaya berurusan dengan pihak berwajib.

Terdapat enam warna kad bagi enam kategori OKU. Biru menandakan kurang upaya penglihatan, ungu (pendengaran), hijau (fizikal), merah (cerebral palsy), kuning (kurang upaya pembelajaran) dan oren (lain-lain).

Objektif sambutan hari antarabangsa bagi orang kurang upaya ialah memberi kesedaran di kalangan orang ramai bahawa orang kurang upaya sebagai anggota masyarakat mempunyai hak dalam masyarakat dan tidak menganggap mereka sebagai kurang kebolehan serta tidak berguna.

Ia juga bagi meningkatkan kesedaran kepada masyarakat tentang tanggungjawab mereka terhadap orang kurang upaya dan seterusnya menggerakkan komuniti supaya meningkatkan kemudahan untuk kurang upaya serta memperlihatkan kebolehan, keupayaan dan kemahiran golongan kurang upaya supaya mereka diserapkan ke dalam masyarakat.

Hari itu juga bertujuan merapatkan lagi hubungan kerjasama di antara kerajaan dengan pertubuhan sukarela serta korporat dan komuniti dalam usaha mewujudkan pelbagai kemudahan untuk orang kurang upaya dan mendedahkan kepada orang ramai akan pelbagai perkhidmatan dan kemudahan yang disediakan oleh kerajaan dan pertubuhan sukarela bagi Orang Kurang Upaya.

-- BERNAMA
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-12-2009 04:54 PM | Show all posts
Bukan Sukar Untuk Mendidik Anak Istimewa

Oleh Zulkiple Ibrahim

Ini ialah bahagian kedua rencana tiga siri sempena Hari Antarabangsa Bagi Orang Kurang Upaya pada 3 Dis

KUALA LUMPUR, 1 Dis (Bernama) -- Orang Kurang Upaya (OKU) atau dinamakan 'golongan istimewa' memerlukan perhatian dan bantuan masyarakat supaya mereka dapat berdikari dan meneruskan kehidupan walaupun dibelenggu dengan pelbagai masalah kerana ketidakupayaan mereka.

Menurut Jabatan Kebajikan Masyarkat (JKM), kerajaan telah mewujudkan

Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) bagi membantu anak-anak golongan ini yang dikenali juga sebagai anak istimewa dalam proses pemulihan mereka.

Menurut aktivis sosial Gurmukh Singh, ada di antara OKU ini yang mempunyai kelebihan masing-masing, dan mereka boleh menjalankan aktiviti secara sendiri tanpa bantuan orang lain jika mereka diberi latihan di sekolah khas serta juga PDK.

Seorang ibu kepada anak istimewa, yang mahu dikenali sebagai Juliana berkata membesarkan anak kurang upaya bukanlah susah jika ibu bapa serta penjaga tahu bagaimana cara mendidik dan memberi peluang serta ruang bagi mereka mempamerkan bakat yang ada.

"Saya lihat bagaimana selepas anak saya yang kurang upaya berdaftar dan menjalani program pemulihan di PDK, terdapat banyak perubahan berlaku seperti dia bertambah yakin dan lebih berani mencuba sesuatu," kata Juliana.

MEMBESARKAN ANAK KURANG UPAYA

Bagi Ida, seorang penjawat awam yang mempunyai anak Sindrom Down, mendidik anak kurang upaya bukanlah sangat sukar seperti dijangkakan ramai, cuma ia memerlukan banyak kesabaran.

"Saya menghantar anak ke Pusat Nasional Yayasan Sindrom Down Kiwanis (KDSF) di Petaling Jaya dan dia telah menunjukkan peningkatan ketara dari segi pengenalan kognitif serta pergerakan fizikal," kata ibu kepada tiga orang anak itu.

Bagi Ida, banyak cabaran perlu dihadapi bagi menjaga anak seperti ini terutama apabila mereka menghadapi beberapa masalah kesihatan yang kerap memerlukan rawatan hospital.

"Anak saya juga mempunyai jadual rutin pemeriksaan kesihatan di hospital kerana mempunyai masalah respiratori serta perkara lain yang bersangkutan Sindrom Down," kata beliau.

Jurupulih anggota, Jenny Chin berkata mendidik anak istimewa perlulah secara lembut dan jangan terlalu berkasar dengan mereka kerana boleh menyebabkan mereka memberontak dan melakukan perkara yang tidak diingini.

"Jangan berkasar atau buat mereka marah kerana dalam keadaan sebegini mereka boleh bertindak mengikut kemarahan sahaja".

Kata beliau didikan sempurna amat penting bagi anak istimewa dan ibu bapa boleh mendaftarkan mereka di institusi pemulihan agar dapat dibantu oleh pakar yang berpengalaman dalam bidang ini.

KANAK-KANAK ISTIMEWA

Bagi pensyarah Suhiadi Sanii, kehadiran anak istimewa merupakan satu cabaran besar bagi ibu bapa kerana tanggungjawab menjaga anak-anak ini lebih mencabar dan memerlukan lebih perhatian.

"Ibu bapa yang mempunyai anak istimewa perlu menjalankan apa yang sepatutnya diperlukan anak mereka. Anak-anak ini perlu diberi kasih sayang, didikan akhlak dan pendidikan akademik mengikut kemampuan masing-masing.

"Di Malaysia, kerajaan menyediakan banyak sekolah khas untuk memberi pendidikan bagi mereka yang dalam kategori anak istimewa. Ramai di antara mereka ini mencatat kejayaan cemerlang dalam bidang akademik sama seperti pelajar yang normal.

"Ada di antara mereka yang berjaya dalam kerjaya profesional masing-masing seperti dalam bidang undang-undang, ekonomi dan juga akademik," kata Suhiadi.

PEMULIHAN DALAM KOMUNITI (PDK)

Syaratnya anak-anak istimewa ini diberikan program pemulihan khas agar kemampuan mereka dapat dipertingkat.

Terdapat lebih 300 pusat PDK yang boleh menampung lebih 8,000 orang anak istimewa seperti mereka yang mengalami Sindrom Down dan kecacatan otak. PDK merupakan satu program yang disediakan oleh JKM untuk memberi latihan dan pemulihan bagi anak istimewa dalam masyarakat.

Suhiadi berkata membiarkan anak istimewa tanpa mendapat apa-apa usaha pemulihan dan pendidikan yang sewajarnya akan memburukkan lagi keadaan.

"Jika mereka diasuh dan diberi latihan, sudah pasti pergantungan terhadap ibu bapa dapat dikurangkan apabila kemampuan fizikal dan mental mereka bertambah baik".

Sikap ibu bapa tidak mahu menghantar anak istimewa ke sekolah atau institusi pendidikan khas berpunca daripada kurang keyakinan dan juga rasa malu mempunyai anak sedemikian.

"Perasaan tersebut perlu dikikis," kata beliau.

Kerajaan telah mengambil usaha untuk membela nasib OKU. Pembelaan itu bukan setakat memberi bantuan latihan khas dan bantuan alat sokongan, tetapi memberi peluang untuk OKU sama-sama menyumbang terhadap kemajuan negara.

Usaha berterusan kerajaan serta sokongan pihak swasta, pertubuhan kebajikan dan orang ramai memperlihat kesan positif dalam meningkatkan taraf hidup OKU.

Sikap prejudis dan diskriminasi orang ramai terhadap OKU juga semakin berkurangan.

LANGKAH PEMULIHAN

Ibu bapa, penjaga dan guru-guru mesti peka terhadap perkembangan normal kanak-kanak. Jika mereka mendapati berlaku kelembapan dalam perkembangannya, kanak-kanak itu mesti dibawa untuk saringan dan mengenal pasti masalah.

Setelah kurang-upaya atau kecacatan dikenal pasti, penjaga atau ibu bapa perlu memastikan kanak-kanak istimewa itu berdaftar dengan JKM.

Borang pendaftaran ada disediakan di Pejabat Daerah JKM, klinik kesihatan dan hospital-hospital. Borang itu mesti disahkan oleh doktor bertauliah dan OKU berkenaan akan menerima kad pengenalan khas yang membolehkan mereka mendapat faedah-faedah disebabkan oleh kecacatan mereka.

Mereka juga boleh mendapatkan perkhidmatan pemulihan yang berkaitan dengan kecacatan mereka seperti pemulihan anggota, cara kerja, pertuturan, kaunseling yang juga terdapat di hospital kerajaan dan swasta dan di sesetengah klinik.

Bagi mendapatkan pendidikan formal, kanak-kanak kurang upaya perlu didaftarkan dengan Jabatan Pendidikan Khas.

-- BERNAMA
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-3-2010 10:07 AM | Show all posts
Published: Khamis Mac 11, 2010 MYT 8:58:00 PM
Updated: Khamis Mac 11, 2010 MYT 9:06:06 AM
Remaja OKU Dirantai Di Rumah Perlindungan


Remaja malang yang ditemui dirantai di sebuah rumah di Jalan Laksamana Cheng Ho di Melaka harin ini. Foto A.MALEX YAHAYA

MELAKA: Akibat sangsi dengan bilik berkunci di sebuah rumah yang menjalankan operasi menjaga orang tua dan orang kurang upaya (OKU), Jabatan Kebajikan Masyarakat Melaka Tengah berjaya menyelamatkan seorang remaja pesakit mental yang dirantai dalam keadaan kelaparan di sini kelmarin.

Remaja malang itu ditemui slepeas kakitangan jabatan terbabit membuat pemeriksaan mengejut di sebuah rumah di Jalan Laksamana Cheng Ho selepas menerima laporan bahawa kediaman itu menjalankan operasi tanpa permit.

Dia yang berusia 19 tahun ditemui sedang duduk di lantai dalam bilik yang terbuka dengan kaki kanannya dirantai dengan mangga pada jeriji tingkap.

Pegawai kebajikan, Saidatul Aini Jafri berkata, mereka mendapati terdapat bilik yang dikunci di rumah berkenaan dan menyoal pemilik kediaman terbabit mengenainya.

"Lelaki itu mendakwa rumah itu digunakan sebagai kediaman pekerjanya tapi saya lihat rasa ada yang tidak kena dan memintanya membuka bilik itu,” katanya kepada pemberita di sini semalam.

Katanya, mereka terperanjat melihat remaja lelaki yang dalam keadaan yang sangat lemah. Saidatul berkata, lelaki berusia lingkungan 40-an yang menjalankan operasi secara haram itu mendakwa, remaja itu terpaksa dirantai kerana sikap agresif selain mencederakan dirinya sebelum ini.

“Apapun alasannya, ini bukan cara menjaga manusia apatah lagi OKU yang tidak tahu apa yang berlaku di sekelilingnya," tambahnya.

Remaja itu kemudian dihantar ke Hospital Melaka untuk menjalani pemeriksaan kesihatan.

Berdasrkan siasatan awal, beliau memberitahu, remaja lelaki itu berasal dari Linggi, Negeri Sembilan yang dihantar ke rumah itu oleh ahli keluarganya dua bulan lalu selepas enggan memeliharanya lagi.

Pusat penjagaan itu, katanya, memiliki 23 penghuni akan didaftarkan dengan pihak berkuasa terbabit.

Mengenai remaja itu, tambahnya, pihaknya akan mendaftarkan dia di mana-mana pihak kebajikan yang berkaitan untuk menempatkannya di rumah yang lebih selesa.
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2010 01:50 PM | Show all posts
Saya nak tanya... kenapa susah sangat nak keluarkan elaun khas pelajar kurang upaya? Rakan saya pernah minta buku bank pada guru besar, katanya wang itu tidak boleh dikeluarkan melainkan untuk beli buku2 dan bayar yuran sekolah. Tapi bagaimana kalau keperluan mendesak seperti ibu bapa nak bayar ansuran rumah yang hampir kena lelong dan keperluan lain yang mendesak?

Apakah ia masih tidak boleh dikeluarkan? Malah guru besar tersebut katanya sebaliknya memerli mengatakan dia juga membayar ansuran rumah... memanglah dia bayar... dia kaya raya... sebaliknya rakan saya tu miskin dan tak mampu jadi terpaksa tebalkan muka minta buku bank tersebut... Kenapa pihak sekolah dan Jabatan Pelajaran terlalu zalim sedang wang tersebut adalah milik murid dan ibu bapa tersebut?

Apakah mesti membiarkan keluarga tersebut merempat di tepi jalan sedangkan ada wang di bank milik anak mereka  di sekolah yang boleh menyelesaikan masalah itu? Apakah Jabatan Pelajaran dan pihak sekolah mahu menjadi seperti KWSP? Simpan... tua baru ambil...!!!

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 11:43 PM GMT+8 , Processed in 0.752723 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list