CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 13878|Reply: 28

Perkahwinan Melayu

[Copy link]
Post time 10-9-2006 03:15 PM | Show all posts |Read mode
Salam

Sekarang ni byk artis kahwin sana sini.  Majlis perkahwinan sekarang byk yg dah campur budaya lain.

Nak tahu gak mcm mana adat perkahwinan Melayu yg sebenar.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 10-9-2006 03:17 PM | Show all posts

Mula2 nak paste satu rencana....

Kahwin: Penonjolan media ketepi nilai kemasyarakatan
Oleh Masnah Rais


Kebelakangan ini media bagaikan berpesta membuat liputan tentang asmara dan perkahwinan insan kenamaan. Dari menteri ke tokoh korporat ada belaka kisah percintaan dan perceraian.

Terakhir ialah kisah asmara dan perkahwinan Datuk K dan Siti. Cerita mereka semacam peristiwa kenegaraan yang penuh aksi dan menerima laporan kemuncak yang meluas.

Laman-laman web juga tidak ketinggalan memberi ruang kepada kisah-kisah perkahwinan pasangan asmara tersebut seolah-olah takut ketinggalan dalam perlumbaan mendapatkan scoop untuk ruangan Internet mereka. Begitu juga kisah asmara lelaki berumur dengan wanita muda dalam adegan berebut-rebut suami orang sudah jadi tema sensasi semenjak sekian lamanya.

Liputan media tentang asmara berputik baru ini jauh lebih hebat dan meluas daripada yang diberi kepada pemimpin atasan negara. Kisah-kisah ini kononnya diminati pembaca dan penonton televisyen. Betulkah begitu? Atau ini hanya gelagat sensasi yang tidak lagi menghiraukan nilai-nilai budaya bangsa sendiri. Sejak bila masyarakat Melayu harus bermegah dengan gara-gara mengahwini suami atau isteri orang yang baru bercerai?

Semacam tidak ada lagi berita atau bahan yang lebih hebat daripada asmara dan majlis kahwin pasangan-pasangan tersebut. Dulu kisah kahwin-asmara baik antara uda dan dara mahupun antara tua dan muda dihadkan kepada bab peribadi, diketahui dan direstui oleh hanya kaum keluarga terdekat. Kini sudah ada jenis perkahwinan yang dilaungkan dan dihebahkan ke seluruh negara. Beratus pojok utama berita televisyen dan muka depan akhbar disajikan saban hari dalam musim terjalinnya asmara dan berlangsungnya majlis perkahwinan panas itu. Kisah dan sensasi rentetan itu ditampilkan sedemikian rupa sehingga ada pihak yang yakin bahawa ianya harus menjadi fesyen sosial justeru wajar diikuti dan diteladani. Soal moral dan nilai kemasyarakatan jelas tidak diperhitungkan lagi.

Apakah yang terkandung di dalam kisah-kisah asmara dan perkahwinan selebriti itu yang menyebabkan liputan berita yang begitu keterlaluan? Sebagai perbandingan, seorang sultan terkaya yang mengahwini bekas juruhebah sebuah stesen TV swasta di negara ini pun tidak mendapat liputan yang terhebat.

Apa yang sebenarnya yang cuba diolah? Apakah masyarakat benar-benar dahagakan liputan meluas sehingga melunaskan budaya negatif yang baru? Atau adakah ini semua berupa sejenis perniagaan seranta lantaran longgokan wang yang banyak supaya siaran TV eksklusif dapat dimonopoli oleh pihak-pihak tertentu? Biasanya kenduri nikah kahwin mengurangkan pendapatan. Kini mempelai boleh jual beli adegan perkahwinan mereka dan lantas beruntung lipat ganda.

Soalan dan keadaan begini bangkit lantaran terdapat elemen nilai hidup yang terlibat dalam drama hidup ini. Ada sesuatu yang tidak kena yang harus difikirkan dari sudut cara hidup dan tamadun rakyat Malaysia, khususnya di kalangan masyarakat orang Melayu.

Macam-macam kisah kahwin-asmara telah disajikan sejarah. Arkib di negara-negara Barat penuh dengan kisah-kisah ini. Tetapi yang dilaporkan media akhir-akhir ini bukan seperti kisah Cleopatra kahwin Mark Anthony atau King Edward ke VIII kahwin Mrs. Simpson atau seperti Marilyn Monroe kahwin Harry Miller. Asmara mereka di zaman masing-masing menepati maksud suasana dan budaya di Barat.

Asmara

Diakui, kisah-kisah asmara dan perkahwinan ada yang bersifat biasa, ada pula yang bercorak ghial dan luar biasa. Kisah cinta menteri kahwin baru atau cerita pembesar ambil isteri orang; cerita mengenai pihak diraja dapat isteri baru atau tokoh perniagaan separuh umur jatuh cinta pada penghibur jelita tidak perlu dipersoalkan sangat kerana liku-liku hidup memang ada yang melalui godaan, badai dan gelora selain ketenangan dan keindahan.

Yang dipersoalkan ialah apakah penonjolan dan sensasi seperti yang disebarkan media itu berpatutan dalam konteks membina modal insan atau membina masyarakat bertamadun?

Keghairahan sesetengah pihak membuat laporan dan liputan seperti yang dialami kebelakangan ini seolah-olah membuka suatu lembaran baru yang mahu menjadikan tokoh dan individu biasa mengikuti gaya hidup berasmara baru secara yang melibatkan kos lumayan. Soal moral dan kesejahteraan yang berpaksikan amalan kelamin kekeluargaan langsung terkeluar daripada penceritaannya.

Dua senario kehidupan semasa dapat dirumuskan: Pertama, munculnya kisah tentang tokoh korporat atau tokoh politik yang punya anak isteri yang 'menawan hati' jelitawan muda. Jalan cerita asmaranya ialah seperti yang dilaporkan
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-9-2006 03:18 PM | Show all posts

Penentuan / Pemilihan Jodoh

Oleh Husin Embi, Drs Haron Hj Kidam, Hj Mokhtar Md Yassin

Dalam soal menentukan atau memilih jodoh ibu si teruna memainkan peranan yang penting. Biasanya bapa menyerahkan tanggungjawab memilih jodoh anak teruna kepada ibu. Ini disebabkan ibu biasanya mempunyai hubungan yang erat dengan anak dan seterusnya mengetahui hal ehwal anaknya dengan jelas, khususnya tentang ciri-dri yang dipunyai oleh anak terunanya yang melayakkan dirinya untuk dikahwinkan. Si teruna pula biasanya memberikan kepercayaan kepada ibunya dalam menentukan jodohnya.

Hasrat anak teruna untuk mendirikan rumahtangga dapat diketahui oleh ibunya. Walaupun anak teruna tidak mahu menyatakan hasratnya itu kepada ibunya secara terus terang, ibu dapat membacanya berdasarkan tingkah laku atau gerak geri yang ditunjukkan oleh anak terunanya, bak kata pepatah 'terkilat ikan di air sudah diketahui jantan betinanya'. Setelah mengetahui hasrat anak terunanya yang ingin berkahwin, ibu mula menetapkan 'calon' anak dara yang akan menjadi isterinya. Biasanya ibu yang mengambil berat tentang kebajikan anak terunanya telah menentukan lebih awal bakal calon isteri anaknya.

Dia (ibu) telah mengetahui serba sedikittentang calon isteri pilihannya serta keluarganya. Ada kalanya calon yang bakal menjadi isteri anaknya dikenali semenjak kedl dan tinggal sekampung atau berdekatan kampungnya.1 Jika calon isteri anaknya tinggal agak berjauhan dari kampungnya, ibu akan meminta kerjasama saudara mara atau sahabat handai yang tinggal di kampung anak dara itu

[ Last edited by  fleurzsa at 10-9-2006 03:24 PM ]
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-9-2006 03:23 PM | Show all posts

Adat Merisik/Adat Bertanya

Merisik merupakan perintis dalam usaha menjodohkan teruna dan dara. Merisik melibatkan pertemuan antara wakil keluarga si teruna dengan ibu bapa keluarga si dara. Pertemuan yang diadakan di rumah ibu bapa si dara dianggap am at penting kerana untuk menghormati keluarga si dara. Ungkapan 'kalau hendak meminang anaknya, pinanglah ibu bapanya terlebih dahulu' sentiasa menjadi pegangan masyarakat Melayu.

Ungkapan ini menjelaskan bahawa pandangan dan restu ibu bapa perlu diperoleh terlebih dahulu dalam membuat sesuatu keputusan yang besar seperti perkahwinan. Kalau langkah ini dapat dijalankan dengan tertib dan sopan bermakna nama baik atau imej keluarga si dara dan keluarga si teruna terpelihara. Di samping itu untuk menentukan kedudukan si dara sarna ada sudah dipinang orang atau belum, atau ingin melihat atau mengkaji serba sedikit ten tang keadaan kehidupan keluarga si dara, perlakuan dan ingin melihat si dara.

Sebelum berkunjung ke rumah keluarga si dara, ibu bapa si teruna memilih beberapa orang saudara mara terdekat untuk menjadi wakilnya. Biasanya mereka yang terpilih terdiri daripada seorang saudara lelaki yang sudah berumur dan dua orang saudara perempuan. Salah seorang daripada wakil dilantik sebagai jurueakap dalam majlis pertemuan itu. Jurucakap ini biasanya berkebolehan menyusun kata-kata, terutamanya kata-kata yang tersirat yang akan dilahirkan dalam pertemuan itu kelak. Wakil-wakil ini juga akan diberitahu tentang tug as dalam pertemuan yang penting ini.

Sesampai sahaja di rumah keluarga si dara, wakil keluarga si teruna memberi salam lalu dijemput dengan sopan oleh ibu bapa si dara. Sebelum wakil ini menyatakan tujuan kedatangannya, kedua-dua pihak berbual tentang hal-hal bias a seperti keadaan kehidupan, pekerjaan dan isu-isu semasa. Semasa perbualan muneul si dara membawa juadah untuk dinikmati oleh wakil-wakil yang datang kerumahnya. Si dara biasanya dengan sopan dan muka yang manis bersalaman dengan wakil-wakil ini. Kemunculan si dara dalam majlis pertemuan itu memberikan peluang kepada wakil-wakil ini untuk melihat wajah si dara.

Semasa menikmati juadah, jurueakap keluarga si teruna 'membuang eakap' membayangkan hasrat atau tujuan kedatangan mereka. Antara kata¬kata yang dilafazkan oleh jurueakap ini ialah:

"Kami adalah wakil keluarga         (nama ibu dan bapa si teruna). Mereka sekeluarga menyampaikan salam kepada         (nama ibu bapa si dara). Mereka berhasrat sungguh memetik bunga yang sedang menguntum di taman rumah tuan yang mana keharumannya tersebar di seluruh pelusuk kampung. Sekiranya bunga ini belum dipetik oleh orang, besarlah harapan mereka agar dibenarkan bunga ini dipetik untuk anak teruna mereka yang sedang membesar yang bernama .. . . . . (nama si teruna) sebagai penghias rumahnya. Inilah harapan yang tinggi daripada mereka. "

"Ini sebentuk cincin2 yang tidak sepertinya daripa~a pihak kami, harap terimalah".

Setelah mendengar kata-kata daripada jurueakap tersebut, biasanya ibu bapa si dara tidak begitu gelojoh menyatakan persetujuaanya. Dengan rasa rendah hati dia menyatakan HAnak kami ini masih berhingus, masih budak belum pandai urus rumah dan perlu tunjuk ajar".

Walaupun anak daranya belum dipinang orang, dia perlu berunding dahulu dengan saudara mara terdekat. Tambahan pula perkara kahwin ini merupakan perkara yang besar. Mereka berjanji akan memaklumkan keputusan 'hasrat' itu dalam tempoh yang singkat. Sebelum pulang mereka berpesan kepada wakil-wakil ini bahawa mereka akan berkunjung ke rumah keluarga si teruna dan berharap agar dapat disampaikan salam kepada ibu bapa si teruna.

Ada beberapa unsur kepercayaan yang dikaitkan dengan adat merisik. Unsur-unsur kepercayaan ini boleh menentukan keserasian bakal pasangan tersebut. Jika si dara tidur, tiada di rumah atau sedang ke sungai semasa wakil merisik tiba menandakan jodoh kedua-duanya tidak baik. Sekiranya si dara sedang melakukan kerja-kerja yang baik seperti memilih antah beras dipercayai rezeki murah setelah dijodohkan. Jika si dara sedang menjemur kain mengikut susunan yang teratur menandakan rumahtangga yang akan didirikan nanti boleh kesempurnaan.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-9-2006 06:54 PM | Show all posts

Adat Meminang

Lanjutan daripada hasrat 'memetik bunga yang sedang menguntum' sebagaimana yang dinyatakan oleh wakil keluarga si teruna, ibu bapa si dara menjalankan langkah berikut sebelum memberikan keputusan kepada ibu bapa si teruna:

a.        Mengkaji dan menilai ciri-ciri yang terdapat pada si teruna dan keluarganya yang menjadi keriteria pemilihan. Jika mereka (ibu bapa si dara) tidak dapat melakukan usaha ini, mereka akan meminta wakilnya yang mengetahui hal ehwal keluarga si teruna menjalankan kajian ini. Antara ciri-dri yang dikaji ialah rupa dan umur si teruna, latar belakang keluarga atau keturunannya, tingkah laku, pendidikannya dan latar belakang agama.

b.        Ibu memberitahu anak daranya tentang si teruna yang menjadi pilihannya yang akan dikahwinkan dengan si dara. Ciri-ciri yang terdapat pada si teruna dijelaskan. Ibu biasanya memahami reaksi anaknya sarna ada bersetuju atau tidak dengan melihat riaknya. Menurut petuanya, jika diam dan tunduk bermakna si dara itu bersetuju.

c.        Selepas mendapat persetujuan anaknya, ibu berjumpa semua ahli keluarganya dan saudara mara terdekat. Tujuan perjumpaan ini ialah untuk mendapatkan pandangan dan persetujuan semua pihak terhadap cadangan menjodohkan anaknya dengan teruna yang dipilih.

Selepas persetujuan didapati daripada semua pihak, ibu bapa atau wakil si dara berkunjung ke rumah keluarga teruna untuk memberitahu beritayang menggembirakan yang dinanti-nantikan.3 Seterusnya kedua-dua pihak mula membuat persediaan untuk upacara selanjutnya, iaitu upacara pemmangan.

Upacara peminangan dilaksanakan dengan sempuma sekiranya kedua¬dua pihak dapat membereskan semua aspek yang berkaitan dengan upacara tersebut. Kedua-dua belah pihak perlu berbincang dan memperoleh persetujuan ahli-ahli keluarga dan saudara mara terdekat tentang perkara¬perkara berikut:

a.        Hari dan masa majlis peminangan

b.        Jumlah hantaran belanja

c.        Hadiah-hadiah persalinan pakaian4: serba satu, serba dua atau dalam bentuk wang sahaja

d. Hari perkahwinan

Pada hari dan masa yang ditetapkan, beberapa orang wakil keluarga si teruna berkunjung ke rumah keluarga si dara untuk membincangkan dan seterusnya mencapai persetujuan tentang perkara-perkara yang disebutkan tadi. Biasanya apabila menyentuh ten tang hantaran belanja perkahwinan dalam perbincangan itu, berlaku tawar-menawar antara kedua-dua belah pihak. Wakil keluarga si dara sibuk keluar dan masuk untuk mendapatkan persetujuan ibu bapa si dara dan wakil keluarga si teruna ten tang hantaran belanja. Walau bagaimanapun, pada akhimya kedua-dua pihak mencapai persetujuan yang muktamad.

Beberapa hari sebelum menjelang hari peminangan, saudara mara dan jiran kedua-dua belah pihak bersama-sama mengembeling tenaga menolong menyediakan peralatan-peralatan yang diperlukan untuk majlis itu. Mereka yang mempunyai kebolehan dan pengalaman diminta menggubah dan membentuk alat-alat seperti sirih meminang, wang hantaran belanja dan kuih muih atau wang.

Walau bagaimanapun sumbangaa yang diberikan pada hari peminangan itu tidak sebesar sumbangan pada hari perkahwinan nanti. Keluarga kedua-dua pihak juga menjemput ketua syarak (Tuan Imam) atau ketua kampung (Datuk Sidang - ketua adat) dan kaum kerabat dan jiran tetangga. Ketua kampung atau ketua syarak dilantik oleh kedua-dua pihak menjadi jurucakap majlis peminangan itu.

[ Last edited by  fleurzsa at 10-9-2006 06:56 PM ]
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-9-2006 07:01 PM | Show all posts
Apabila tiba pada hari yang ditetapkan, satu angkatan meminang keluarga si teruna berkunjung ke rumah keluarga si dara. Angkatan meminang terdiri daripada

a.        Dua orang kanak-kanak kira-kira berumur sepuluh tahun. Kedua-dua kanak-kanak ini memakai pakaian seragam, iaitu pakaian secara raja¬raja zaman dahulu. Seorang daripadanya ditugaskan membawa sebentuk cincin emas dan sirih meminang. Kedua-duanya diletakkan dalam ceper.

b.        Seorang jurucakap yang ditugaskan menjalankan pinangan dan perbincangan.

c.        Beberapa orang yang membawa wang hantaran (separuh)6, hadiah persalinan pakaian, tepak sirih tembaga, bunga rampai, sepohon bunga telur merah, kuih muih dan buah-buahan.

d.        Pegawai-pegawai adat dan syarak seperti Tuk Sidang, Imam, Khatib dan lain-lain.
Sesampai di halaman rumah keluarga si dara, rombongan ini disambut dengan renjisan air mawar dan taburan beras kunyit. Dari saat ini pemantun daripada kedua-dua belah pihak berbalas pantun untuk memeriahkan majlis.

Seterusnya ketua adat atau ketua melafazkan kata-kata yang berikut:

Adalah kedatangan saya ini membawa amanah daripada si Polan bin si Polan berdua laki isteri serta sekalian warisnya empunya sembah salam banyak-banyak kepada EncikAnu (bapa si dara) suami isteri serta sekalian warisnya. Dan lagi Encik Polan itu mengadakan anak daripada seorang laki-laki namanya Polan (si teruna). Rupanya cantik, ke lakuannya baik orang semenda (orang yang berjenis disuruh pergi dipanggil datang). Encik Polan (bapa si terona) harapkan hatinya kepada si Anu (bapa si dara) itu anak perempuan bemama Anu (si dara) terasa hatinya rendah, gunung tinggi harapan Encik Polan (bapa si teruna) itu hendak diperjodohkan anak lelaki yang bemama Polan (si teruna) kepada Cik Anu (si dara), adakah sudi atau tidak.

Kalau pihak keluarga si dara mengatakan sudi menenma maka pihak lelaki melafazkan perbilangan yang berikut.

Berkokok ayam di pagi hari
putus tali dari tambatan
datuk sudah menerima budi
kecil tapak tangan saya tadahkan.

Sebagai tanda pertunangan itu, sebentuk cincin yang dipanggil cincin tanda diberikan kepada si dara. Pihak keluarga si dara menggunakan kata perbilangan yang berikut:

Perbuatan ini zaman dahulu kala
turun-temurun kepada kita
lazimnya diperbuat orang tua-tua
adat bertunang mahulah tanda

[ Last edited by  fleurzsa at 10-9-2006 07:05 PM ]
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 10-9-2006 07:07 PM | Show all posts
Tok Sidang seterusnya meneliti jumlah wang hantaran belanja serta hadiah-hadiah iring an lain yang dibawa bersama-sama oleh rombongan kluarga si teruna. Setelah jurucakap majlis itu mengisytiharkan penerimaan, wang hantaran belanja serta' hadiah-hadiah iringan diedarkan ke dalam rumah. Sementara cincin tanda disarungkan di jari manis si dara. Orang yang ditugaskan untuk menyarungkan cincin ialah kakak atau ibu saudara si teruna.

Dalam majlis itu, kedua-dua pihak mencapai persetujuan selepas berbincang. Perkara-perkara yang dipersetujui bersama ialah:

a.        tempoh pertunangan yang biasanya tidak melebihi setahun.

b.        berpegang pada kata-kata adat yang menetapkan denda yang dikenakan dan mesti ditunaikan oleh pihak-pihak yang mungkir janji, iaitu:

"Helah lelaki luncur
Helah perempuan ganda"

Kata-kata ini bermaksud bahawa sekiranya si teruna tidak mahu meneruskan pertunangan atau memutuskan pertunangan, wang hantaran belanja luput (terus menjadi milik si dara). Sekiranya pihak si dara yang memutuskan pertunangan itu, maka keluarga si dara hendaklah memulangkan cincin tanda, wang hantaran hadiah iringan dalam bentuk gandaan kepada keluarga si teruna.

Walaupun peraturan ini merupakan ini peraturan adat yang tiada bertulis, kedua-dua pihak tetap akur. Apa yang penting ialah kejujuran atau keikhlasan menjadi faktor utama dalam hubungan masyarakat sesuai dengan kata-kata peribahasa 'Jika kerb au dipegang pada talinya, jika manusia dipegang pada mulutnya'.

Sebelum majlis berakhir, rombongan peminangan menikmati jamuan yang disediakan oleh tuan rumah. Keluarga si dara meminta ketua rombongan menyampaikan hadiah kepada keluarga si teruna. Hadiah-hadiah itu ialah:

a.        sepersalinan, biasanya pakaian Melayu
b.        kain samping
c.        sejadah sembahyang
d.        songkok
e. makanan dan gulai

Berita pertunangan itu bukan sahaja setakat diketahui oleh mereka yang hadir dalam majlis peminagan itu tetapi juga diymumkan kepada penduduk kampung. Pengumuman dilakukan oleh pegawai syarak (Tuan Imam) atau ketua kampung (Datuk Sidang) pada hari Jumaat di masjid. Tujuan pengumuman ini dibuat ialah:

a.        supaya tidak ada teruna lain yang akan masuk meminang,

b.        memberikan peluang kedua kepada penduduk kampung atau sahabat handai bersiap sedia untuk berderau, iaitu bersama-sama menyum¬bangkan perkhidmatan pada hari majlis perkahwinan nanti,

c.        saudara mara dan sahabat handai menyediakan sumbangan berupa wang atau benda-bend a lain untuk dihadiahkan kepada keluarga si dara dan si teruna.

Pada sepanjang tempoh pertunangan, si teruna dan si dara dikehendaki menjaga diri masing-masing. Mengikut kepercayaan masyarakat, orang yang sedang bertunang 'berdarah manis' dan mereka dikatakan mudah mendapat bahaya atau kecederaan. Ibu bapa sering mengingatkan anak¬anak yang bertunang agar tidak melanggar kepercayaan (pantang larang) ini.

Si dara dan si teruna dilarang melakukan ketja-kerja yang mendatangkan bahaya atau kecederaan kepada diri mereka. Antaranya ialah memanjat pokok, merayau-rayau di tempat yang ada penunggu dan memandu kenderaan. Ibu yang begitu mengambil berat tentang keselamatan anak dara akan mengingatkan anaknya agar anaknya dapat menghadapi hari perkahwinan dengan baik.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-9-2006 07:10 PM | Show all posts

Adat Menyerambi Bertunang

Dalam tempoh bertunang, keluarga perempuan memilih satu malam yang sesuai untuk mengadakan majlis menyerambi. Majlis ini dinamakan menyerambi kerana diadakan di serambi rumah.

Si teruna bersama-sama sepuluh atau lima belas orang sahabatnya datang ke rumah keluarga si dara dan dipersilakan duduk di serambi. Si teruna mengetuai majlis membaca Al-Quran, berzanji dan mengalunkan lagu Qasidah. Setelah majlis ini selesai, rombongan si teruna dihidangkan makanan nasi dan kuih muih yang lazat.

Sebelum pulang, si teruna masuk ke dalam rumah lalu menyembah kedua-dua bakal mertuanya serta kaum kerabatnya. Sedikit wang saguhati diletakkan dalam tepak sirih.

Pada keesokan hari, keluarga si dara menghantar pelbagai kuih muih ke rumah si teruna. Si teruna megajak kaum kerabatnya dan kawan¬kawannya ke rumahnya untuk bersama-sama menikmati jamuan kuih muih yang dihadiahkan oleh kelua~ga tunangnya. Selang beberapa hari kemudian, keluarga si teruna membalas hadiah kuih muih yang diberikan oleh keluarga si dara dengan menghadiahkan beberapa helai kain baju seperti selendang, kasut, bedak dan minyak wangi.

Di sesetengah tempat upacara menyerambi diadakan pada bulan Syawal jika hari perkahwinan yang dirancangkan melewati bulan tersebut. Sehari sebelum awal Syawal, keluarga si teruna menghantar beberapa kati daging ke rumah keluarga si dara. Si teruna dan kawan-kawannya dijemput untuk menikmati jamuan di rumah keluarga si dara. Seterusnya, si teruna menyembah dan meminta maaf kepada bakal mertuanya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 10-9-2006 07:11 PM | Show all posts

Adat Dalam Kerja Kahwin

Lebih kurang dua bulan menjelang tempoh pertunangan tamat, wakil keluarga si teruna berkunjung ke rumah si dara lalu memberitahu mereka ten tang tarikh melangsungkan majlis perkahwinan. Biasanya tarikh melangsungkan majlis perkahwinan ditetapkan oleh keluarga si teruna, manakala keluarga si dara menerima sahaja cadangan keluarga si teruna.

Walau bagaimanapun, jika timbul sesuatu masalah yang dihadapi oleh keluarga si dara berhubung dengan tarikh hari perkahwinan yang dicadangkan oleh keluarga si teruna, kedua-dua belah pihak boleh berunding dan seterusnya mencapai kata sepakat ten tang tarikh yang sesuai.

Dalam menentukan tarikh melangsungkan perkahwinan, kedua-dua pihak hendaklah mengambil kira bulan yang sesuai berdasarkan pertimbangan adat. Adat menetapkan bahawa bulan Syaaban, Maulud (Rabiul-Awal), Zulhijjah, Rabiul-Akhir, Jamadil-Awal, Jamadil-Akhir10 merupakan bulan-bulan yang paling elok untuk melangsungkan majlis perkahwinan kerana kemuliaan yang terdapat pada bulan-bulan ini.

Pasangan pengantin yang berkahwin dalam bulan-bulan ini akan memperoleh keberkatan dalam kehidupan berumahtangga. Adat juga menetapkan bahawa bulan Berapit (Zulkaedah) dan bulan Safar merupakan bulan-bulan yang tidak elok melangsungkan majlis perkahwinan. Ini disebabkan dipercayai bulan-bulan ini boleh mendatangkan mudarat atau kecelakaan kepada pasangan pengantin dan kehidupan mereka tidak bahagia apabila menjadi suami isteri.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-9-2006 07:12 PM | Show all posts

Menjemput / Memberitahu

Wakil kedua-dua belah pihak akan berkunjung dari sebuah rumah ke sebuah rumah untuk memberitahu orang tua-tua di kampung tentang tarikh dan masa majlis perkahwinan akan dilangsungkan. Mereka membawa tepak sirih sebagai lambang adat.

Wakil juga menjemput sanak saudara, sahabat handai serta seluruh penduduk kampung untuk bersama-sama meraikan majlis perkahwinan itu. Sekiranya pada ketika dijemput atau diberitahu pihak berkenaan tiada di rumah, sehelai sirih diselitkan di pintu hadapan rumah sebagai tanda yang menunjukkan bahawa rumah mereka telah didatangi oleh wakil yang menjemput.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-9-2006 07:12 PM | Show all posts

Majlis Berpakat

Satu perjumpaan diadakan di rumah keluarga kedua-dua pengantin. Perjumpaan dihadiri Ketua Adat (Datuk Sidang), Ketua Syarak (Tuan Imam) dan saudara mara terdekat. Dalam perjumpaan itu, mereka bermuafakat ten tang menentukan orang yang bertanggungjawab dalam menjayakan majlis perkahwinan itu. Majlis perjumpaan ini dipanggil 'Meletak kerja'. Orang-orang yang terIibat dalam perjumpaan itu diberikan tugas-tugas khusus atau menjadi ketua dalam kumpulan tugas yang memerlukan kakitangan yang ramai. Antara tugas-tugas yang ditetapkan dalam majlis itu ialah:

a.        Mendirikan penanggah atau balai
b.        Masak memasak
c.        Menyajikan makanan - lauk-pauk dan kuih muih
d.        Melayan tetamu
e.        Menyembelih dan melapah daging
f.        Mengangkat dulang lauk dan kuih
g.        Membasuh pinggan mangkuk
h.        Menghias rumah
i.        Menyediakan kuih muih
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-9-2006 07:20 PM | Show all posts

Memulih Rumah

Sebelum rumah dihiasi khusus untuk menyambut hari perkahwinan, rumah perIu dipulihkan. Mengikut kepercayaan masyarakat Melayu, jika rumah dipulihkan maka majlis perkahwinan akan berjalan lancar tanpa gangguan syaitan atau gangguan orang yang berniat jahat terhadap majlis itu, atau untuk menggelakkan perbuatan khianat terhadap pengantin atau tuan rumah. Bahan-bahan yang digunakan dalam upacara ini ialah:

a.        beras putih
b.        beras kuning
c.        bertih
d.        tepung tawar e. daun sepulih

Upacara ini dijalankan oleh pawang atau Tuan Imam. Waktu yang sesuai untuk menjalankan upacara ini ialah petang. Pada mulanya, pawang atau Imam membaca ayat-ayat sud yang tertentu. Seterusnya tepung tawar direnjiskan dengan daun sepulih serta menaburkan campuran beras putih, beras kuning dan bertih ke seluruh sudut rumah bermula dari tiang serio Selepas selesai, daun sepulih diletak atau diikat pada tiang seri rumah.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-9-2006 07:21 PM | Show all posts

Mendirikan Penanggah atau Balai

Penanggah ialah pondok sementara yang didirikan untuk memenuhi keperluan majlis perkahwinan seperti masak memasak, tempat tetamu berkumpul dan menghidangkan makanan. Penanggah dibina lebih kurang seminggu sebelum hari perkahwinan.

Tugas mendirikan penanggah diserahkan kepada orang-orang muda.

Seorang ketua di kalangan orang muda kampung dilantik untuk memastikan tugas ini berjalan dengan lanear. Biasanya pagi-pagi lagi, orang-orang muda ini masuk ke hutan untuk menebang dan mengumpul buluh yang sesuai untuk membina penanggah. Mereka perlu memilih buluh-buluh yang kuat agar penanggah yang dibina nanti tidak roboh.

Orang-orang muda dibahagikan kepada beberapa kumpulan mengikut bilangan penanggah yang akan didirikan. Tujuan pembahagian dibuat untuk memastikan kerja membina penanggah itu berjalan dengan lanear dan yang penting sekali untuk memastikan penanggah yang dibina itu kukuh. Suasana riuh rendah dan seronok wujud dalam kerja-kerja tersebut. 11 Suasana ini memang sesuai dengan ragam anak muda.

Penanggah yang dibina ialah:

a.        tempat makan tetamu b. balai air
e. tempat masak nasi dan lauk pauk
d.        tempat menyediakan makanan
e. tempat menyimpan pinggan mangkuk

Makanan dihidangkan selepas mereka meyiapkan kerja mereka.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-9-2006 07:23 PM | Show all posts

Menyediakan Bahan-Bahan Keperluan

Biasanya kedua-dua pihak telah membuat persediaan yang begitu rapi untuk menghadapi majlis perkahwinan yang dianggap penting dan besar itu. Mereka perlu memastikan semua barang-barang keperluan adalah eukup agar majlis perkahwinan dapat dikendalikan dengan licin dan sempuma. Barang-barang keperluan ini disediakan seeara beransur-~nsur dari semasa ke semasa. Antara barang-barang yang perlu disediakan ialah:

a.        bahan-bahan masakan, seperti beras, gua, minyak masak, tepung, cili, rempah, asam dan minyak sapi.
b. kayu api
c. pinggan mangkuk, kuali, periuk, kawah
d.        telur ayam/itik
e.        pelamin
f.        bekas air yang besar
g. kertas bunga

Selain itu, kedua-dua pihak juga menempah tukang andam serta pakaian¬pakaian pengantin yang biasanya disediakan oleh tukang andam, menempah katil dan kelambu untuk bilik pengantin dan menempah kerbau atau lembu.  Kedua-dua pihak juga menugaskan orang-orang yang mahir dalam bidang masakan untuk menyediakan kuih muih dan memasak nasi minyaklberiani dan lauk pauk.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-9-2006 07:23 PM | Show all posts

'Bertanam'

Majlis perkahwinan merupakan upacara yang besar dan memerlukan perbelanjaan yang besar. Oleh itu, untuk meringankan sedikit beban tuan rumah, saudara mara dan jiran sanggup menyumbangkan apa sahaja jenis at au bentuk barangan kepada tuan rumah.

Antara barangan yang disumbangkan oleh mereka ialah beras, tepung, telur, gula putih, kambing, ayam, kuih muih, pisang dan duit. Sumbangan ini dinamakan 'bertanam'. Budi yang disumbangkan oleh mereka yang berkenaan lazimnya akan dibalas oleh tuan rumah pada suatu masa yang lain nanti apabila penyumbang-penyumbang ini mengadakan majlis perkahwinan.

Selain meringankan beban, tuan rumah dapat menganggarkan atau menyesuaikan perbelanjaan yang dikeluarkan atau digunakan untuk majlis perkahwinan itu. Contohnya, jika tuan rumah memperoleh sumbangan sebanyak 1500 biji telur ayam sedangkan jumlah telur yang diperlukan ialah berjumlah 1800 biji, maka tuan rumah hanya perlu menambahkan sebanyak 300 biji lagi; begitu juga anggaran yang boleh dibuat pada barang¬barang sumbangan yang lain.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-9-2006 07:25 PM | Show all posts

Gantung-Gantung Dan Menghias Pelamin Serta Bilik Pengantin

Beberapa hari sebelum majlis perkahwinan, adik beradik dan saudara mara sibuk menghiaskan rumah pengantin. Langsir tingkap dan pintu digantikan yang baru. Kelambu dan cadar baru menyerikan katil di bilik pengantin. Perabut-perabut lain seperti almari dan almari solek diletakkan di sudut yang sesuai. Bunga-bungaan yang berwarna warni menghiasi bilik pengantin.

Pelamin dihias indah dengan kain yang berwarna wami yang berbentuk pelbagai rupa seperti burung, bintang dan lain-lain lagi. Bunga-bunga hidup menghiasi pelamin.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 10-9-2006 07:26 PM | Show all posts

Berinai Curi

Suasana alam perkahwinan kian terasa apabila si dara dan si teruna mula melalui upacara yang melayakkan diri mereka bergelar pengantin. Upacara awal yang dilalui oleh pengantin, khususnya pengantin perempuan ialah berinai curio Upacara ini diadakan sekurang-kurangnya satu malam. Walau bagaimanapun, ada keluarga sanggup mengadakan majlis ini selama tiga malam, lima malam atau tujuh malam.

Pada malam itu, jari-jari tang an kanan dan kiri, tapak tangan serta keliling tapak kaki pengantin perempuan diinai (diletakkan daun inai yang telah digiling hingga daunnya menjadi adunan pekat). Seorang atau beberapa orang perempuan (saudara mara pengantin perempuan) ditugaskan untuk meletakkan inai ini. Inai yang dipupuk pada bahagian anggota dibiarkan beberapa jam. Apabila inai ditanggalkan, kelihatan bahagian anggota yang diinaikan itu berwama merah. Inilah keistimewaan yang dimiliki oleh pengantin perempuan yang kelihatan berseri-seri dan menandakan sudah bersedia untuk memasuki gerbang perkahwinan.

Pengantin perempuan memakai pakaian pengantin, iaitu baju kebaya labuh, kain songket, sanggul bulat dan kasut seret bertekat benang emas. Pengantin dilatih oleh tukang andam untuk menjadi pengantin. Tukang andam membetulkan cara pengantin berjalan, cara duduk di atas pelamin,13 cara membuka dua tapak tangan semasa diinai dan cara mengangkat sembah.

Majlis ini merupakan majlis bersuka-sukaan di kalangan saudara mara pengantin. Pada mulanya beras kunyit dihamburkan ke kiri kanan pengantin. Kemudian sedikit bertih diambil dan dihamburkan kiri kanan pengantin. Daun sepulih dimasukkan ke dalam bekas yang menglffidungi tepung tawar, kemudian ditepukkan sedikit pada tangan. Segentel inai ditelakkan di atas tapak tangan kanan dan segentel lagi diletakkan di atas tapak tang an kiri pengantin. Tukang andam mengangkat inai itu. Pengantin merapatkan kedua-dua tangan lalu menyembah orang yang menginaikannya.

Suasana meriah dan mesra wujud dalam majlis ini. Suasana ini dihidupkan oleh beberapa kumpulan yang memakai topeng, memakai pakaian yang mencuit hati dan menunjukkan gerak geri yang menimbulkan ketawa. Pengantin juga turut senyum melihat telatah kumpulan ini.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-9-2006 07:27 PM | Show all posts

Berinai Kecil dan Meyerambi

Upacara berinai kecil diadakan pada malam selepas malam berinai curio Pada malam ini, pengantin lelaki dijemput untuk turut serta dalam upacara berinai. Walau bagaimanapun, pengantin lelaki tidak disandingkan dengan pengantin perempuan di atas pelamin kerana mereka berdua belum diijabkabulkan (dinikahkan).

Apabila sampai di rumah pengantin perempuan, pengantin lelaki lengkap dengan pakaian pengantin bersama-sama lebih kurang sepuluh orang kawan¬kawannya dipersilakan naik dan duduk di serambi. Mereka dijamu dengan nasi dan ada di setengah tempat mereka dihidangkan dengan bubur. Pengantin lelaki dan kawan-kawannya memperdengar bacaan berzanji, marhaban dan bacaan Al-Quran.

Majlis berinai kecil dimulakan oleh pengantin lelaki. Pengantin lelaki dipersilakan mas uk dan duduk di atas pelamin. Tukang andam menjemput bakal mertua pengantin lelaki serta kaum kerabatnya menginaikan pengantin. Segentel inai diletakkan di atas tapak tang an kanan dan segentel lagi diletakkan di atas tapak tang an kiri pengantin lelaki. Tukang andam mengangkat inai-inai itu. Pengantin lelaki merapatkan jari sepuluh lalu menyembah orang yang menginaikannya. Setelah selesai berinai, pengantin lelaki beredar keluar diiringi tukang andam lalu duduk di serambi.

Pengantin perempuan mengambil giliran untuk diinaikan. Pengantin perempuan lengkap dengan baju kebaya labuh, berkain songket, sanggul bulat dan kasut seret dipimpin oleh tukang andam ke pelamin. Seterusnya saudara mara pengantin perempuan dipersila menginaikan pengantin perempuan. Cara menginaikan pengantin perempuan adalah sama seperti cara menginaikan pengantin lelaki.

Pada malam itu pengailtin lelaki tidur di serambi ditemani dua atau tiga orang pengiringnya. Dia akan balik ke rumahnya apabila subuh menjelang.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-9-2006 07:28 PM | Show all posts

Berandam

Berandam atau mengandam ialah kerja-kerja menghiaskan pengantin agar pengantin kelihatan berseri atau bersemangat untuk menghadapi hari perkahwinan. Tugas ini dipertanggungjawabkan kepada tukang andam.14 Tukang andam diberikan kepercayaan untuk menjalankan tugas ini kerana dia mempunyai kebolehan atau kemahiran yang dipusakai turun temurun.

Di samping itu, tukang andam berkeupayaan menyediakan pakaian yang terdiri daripada pelbagai jenis dan bentuk untuk dipakai oleh pengantin. Dengan ilmu dan kelengkapan yang dimiliki olehnya, tukang andam sentiasa menjaga imej pengantin sehingga majlis perkahwinan selesai.

Dalam kerja mengandam, tukang andam menggunakan alat-alat berikut:

a.        bertih
b.        beras basuh
c.        padi
d.        tepung tawar
e.        kain putih
f.        gunting atau pisau cukur
g.        temp at bara h. kain hitam

Upacara dimulakan dengan memandikan pengantin. Air yang digunakan oleh tukang andam ialah air tolak bala. Selepas mandi, pengantin masuk ke bilik pengantin. Pengantin diarahkan duduk bertimpuh. Selain digunakan untuk mandi, air tolak bala juga diminum oleh pengantin. Adalah diharapkan selepas mandi dan minum air tolak bala, pengantin beroleh semangat dan kelihatan berseri pada hari perkahwinannya.

Seterusnya tukang andam mengusap muka dengan tempat bara. Tempat bara digerakkan ke atas dan diusapkan pada rambut. Beras basuh, padi dan bertih ditaburkan kepada pengantin. Ikatan daun sepulih direndam ke dalam bekas yang mengan¬dungi tepung tawar lalu direnjiskan kepada pengantin. Tukang andam seterusnya mencukur beberapa helai rambut (sebelidi penyapu) di bahagian depan kepala atau pada ubun-ubun. Kain putih digunakan untuk menahan rambut yang jatuh. Kain putih yang membungkus rambut itu diserahkan kepada emak pengantin.

Tukang andam yang berpengalaman luas biasanya dapat mengenali sarna ada pengantin perempuan yang diandamnya itu mempunyai dara atau tidak mempunyai dara lagi. Hal ini dapat dikes an dengan cara melihat keadaan rambut itu ketika jatuh di atas kain putih. Jika semasa jatuh di atas kain putih rambut itu tidak bercerai bermakna dara pengantin masih terpelihara. Sebaliknya jika rambut itu bercerai (berselerak) bermakna pengantin itu tidak mempunyai dara lagi. Walaupun tukang andam mengetahui rahsia perempuan itu, dia tidak akan menghebahkan atau memberitahu sesiapa.

Jika tukang andam temampak tahi lalat pada kaki rambut pengantin, dia akan mengebas pengantin dengan kain hitam. Seterusnya kening dan pelipis pengantin dicukur.

Selepas pengantin menjalani upacara mengandam, pengantin berasa dirinya mengalami perubahan. Dia kelihatan cantik, berseri, bersemangat dan bersedia untuk menjalani upacara yang berikut pad a waktu malam berinai besar seterusnya hari langsung dan hari bertandang.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-9-2006 07:29 PM | Show all posts

Mandi Berhias

Upacara mandi berhias diadakan pad a waktu petang selepas upacara berandam. Pengantin lelaki dijemput oleh keluarga pengantin perempuan menjalani upacara itu di rumah pengantin perempuan.
Pengantin memakai jubah (baju gamis), serb an keras dan kasut seret bertekat. Pakaian-pakaian ini kelihatan berkilat kerana dijahit dengan benang emas. Pakaian yang lain yang bias a dipakai oleh pengantin lelaki di majlis ini ialah baju Melayu dan bersongkok atau bertanjak. Pengantin perempuan pula memakai baju kurung dan kain songket atau sutera, sanggul lintang, selendang dan kasut seret bertekat.

Pengantin lelaki diarak oleh pemukul rebana keroncong. Apabila sampai di rumah pengantin perempuan, pengantin lelaki dipersilakan naik ke serambi atau di pelantar berhadapan pintu, lalu duduk di atas kerusi. Dulang yang mengandungi beras basuh dan tepung atwar diletakkan di hadapan.

Upacara seterusnya ialah menepung tawar. Tukang andam mempersilakan beberapa orang saudara mara pengantin perempuan menjalankan upacara itu. Pengantin lelaki mendahului upacara kemudian diikuti oleh pengantin perempuan. Beras basuh ditaburkan kepada pengantin dan kedua¬dua belah tangan ditepung tawar. Akhimya kedua-dua pengantin dengan air tolak bala secara berasingan. Tujuan kedua-dua pengantin dimandikan dengan air tolak bala ialah untuk menghalau syaitan.

Upacara mandi berhias dan upacara berandam yang dijalankan oleh kedua-dua pengantin (mempelai) dengan sempuma melayakkan mereka memperoleh gelaran Pengantin yang setaraf dengan Raja Sehari. Dengan kata-kata lain, kedua-dua upacara yang dilalui oleh kedua-dua mempelai diumpamakan seorang raja yang sudah ditabalkan.
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 07:03 PM GMT+8 , Processed in 0.257972 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list