CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 7398|Reply: 24

The Crocodile Hunter - STEVE IRWIN

[Copy link]
Post time 10-9-2006 12:13 PM | Show all posts |Read mode
Berakhir riwayat The Crocodile Hunter


Ekor berbisa ikan pari, menusuk dadanya ketika dia menyelam menggunakan snokel di Terumbu Batt





STEVE Irwin, 44, akan terus berada dalam lipatan sejarah sebagai pencinta hidupan liar dan selebiriti televisyen dengan keberanian luar biasa menjinakkan hidupan liar seperti jerung, buaya, ular tedung dan kala jengking.

Peminatnya yang meliputi kanak-kanak hingga orang dewasa pasti merasai kehilangan seleberiti hidupan liar ini. Namun itulah hakikat dan ketentuan Tuhan. Jika mengimbas semula keberanian Irwin yang kadang kala `gila-gila

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 10-9-2006 12:14 PM | Show all posts
Pari pembunuh
Oleh Ziauddin Sharuddin dan Siti Fatimah Mohamed Anwar


Kematian Crocadile Hunter - Steve Irwin - akibat ditusuk pada jantung adalah kes luar biasa, jarang berlaku








SUDAH suratan takdir Steve Irwin atau lebih dikenali sebagai Crocodile Hunter yang kehandalannya di daratan menjinakkan haiwan ganas seperti buaya dan ular, menemui ajal ditusuk ekor berbisa ikan pari di Baat Reef, kira-kira 23 batu nautika dari Port Douglas di utara Queensland, Australia.

Kematian pencinta haiwan dan personaliti televisyen pada 4 September lalu, ditangisi ribuan peminatnya. Peristiwa tragik dan mengejutkan itu juga menyebabkan perasaan ingin tahu mengenai identiti pembunuhnya melonjak naik.

Pari bukan asing bagi kebanyakan rakyat Malaysia kerana haiwan ini terdapat di perairan negara ini, dijual di pasar. Masakan ikan pari masak pedas pula menjadi antara menu istimewa dari warung kecil hingga restoran mewah di hotel lima bintang.

Di sebalik kelazatan menikmati hidangannya, pari masih dianggap haiwan misteri sejak berabad lalu.

Sama seperti tanggapan manusia terhadap ular yang melabelkan reptilia itu sebagai berbahaya, anatomi istimewa pari yang leper dengan ekor di belakang menyebabkan manusia melihat ikan ini sebagai berbahaya.

Steve Irwin

Ketika hayat Irwin, dia berusaha mengikis tanggapan serong terhadap ular dengan memperkenalkan haiwan ini secara bermain-main kepada kanak-kanak, tetapi kematiannya membawa bersama pandangan negatif terhadap ikan pari.

Pari adalah dari keluarga Dasyatidae boleh mencapai berat hingga 340 kilogram dan lebar hingga 2.1 meter, hidup di perairan Tropika dengan anggaran kira-kira 4,500 spesies di seluruh dunia.

Di perairan Asia Tenggara saja memiliki 23 spesies yang dikenal pasti dan dua daripada

spesies ini tidak berbisa iaitu Kebas dan Kemenjan. Spesies lain mempunyai sengatan di ekor sebagai senjata mempertahankan diri.

Dikategorikan sebagai mamalia kerana melahirkan anak, pari mempunyai kebolehan untuk mengoyakkan makanan menggunakan giginya dan dengan kaedah sedutan mulut menelan mangsa.

Antara makanan pari ialah ikan kecil seperti Garfish dan Baracuda, cacing, ketam dan sotong dengan kawasan kegemarannya ialah rumpun batu berdekatan pasir terumbu yang memiliki panjang anggaran 130 sentimeter, paya bakau, bawah timbunan pasir dan kawasan rumpai laut.

Pari hidup berkumpulan dan kebiasaannya dalam satu habitat, ada antara empat hingga enam ekor. Pari juga memiliki pelbagai bentuk seperti pari Manta yang memiliki kepak selebar lima kaki.

Benarkah pari berbahaya? Penyelidik mendapati ikan ini bersifat pasif dan apabila diancam, reaksi biasa ikan ini ialah berenang sejauh mungkin.

Ekor ikan ini sebagai mekanisme pertahanan akan berfungsi apabila diancam, diburu hingga tidak boleh melarikan diri atau ditangkap. Bagaimanapun, sistem ini kurang berkesan apabila menghadapi musuh utamanya, jerung.

Berdepan manusia, pari biasanya menyengat di bahagian kaki, tetapi kejadian yang menimpa Irwin apabila ekor pari menusuk jantungnya adalah luar biasa dan jarang berlaku.

Pembuat filem dokumentari marin, Ben Cropp, yang mengulas kejadian menimpa Irwin, berkata ada kemungkinan pari berasa terancam apabila Irwin berenang terlalu dekat di atas dan jurukamera pula merakamkan Irwin dan pari.

揇alam keadaan itu, pari akan bertindak balas terhadap `bahaya dari atas

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-9-2006 12:18 PM | Show all posts
Spesies ikan pari di perairan Asia


Western Angle Shark (Kemenjan)




Habitatnya di kedalaman antara 150 - 310 meter (m) dari dasar laut

Bentuknya fizikalnya seakan jerung tetapi depannya leper

Memiliki sirip lebar yang tidak melekat antara kepala dan badan

- ekornya berbentuk tirus dan lebar


Cowtail Stingray

Habitatnya di pasir rata atau bawah lumut berhampiran tebing laut atau tasik di sebahagian besar rantau ini

Juga mudah didapati di kawasan muara paya bakau dan sungai cetek

Dikenali melalui warna kelabu-coklat kehitaman

Mempunyai dua duri berbahaya di bahagian ekor


Yellow Shovelnose-Ray (Kemenjan)

Habitatnya di bawah taburan pasir di dasar laut

Kurang bintik dan bentuk hidungnya tumpul

Panjang sekurang-kurangnya 65 sentimeter (sm)


Brown Stingaree (Tapir)

Habitatnya di bawah pasir pada kedalaman antara 150 hingga 210 m pada dasar laut

Mudah dikenali melalui bentuk hidung yang tirus dan tajam

Berwarna coklat tanpa sebarang tompok atau corak


Blotched Stingaree (Hantu)

Habitatnya di bawah pasir di kedalaman antara 200 m pada dasar laut

Memiliki pancang yang memanjang dan garis yang mengelilingi kelompok tompokan gelap

Saiz sekurang-kurangnya sehingga 29sm


Banded Numbfish (Sarban)

Habitatnya di bawah pasir

Dikenali berdasarkan bentuknya yang menyerupai berudu dengan bahagian kepala berbentuk bulat yang lebar

Memiliki dua sirip kecil di belakang badan

Berwarna coklat pudar dan sebahagian darinya berbintik

Mampu menghasilkan kejutan elektrik agak kuat


Ornate Numbfish (Sarban)

Mempunyai ciri kesamaan dengan Banded Numbfish

Bersaiz sehingga 17sm

Hanya wujud di Gulf of Carpentaria


Numbfish (Kebas)

Habitatnya di kawasan pasir yang dikelilingi rumpai

Dikenali melalui bentuknya yang agak bulat dengan bahagian bawah daun telinga juga berbentuk bulat serta dua sirip kecil

Berwarna coklat terang hingga kehitaman

Mampu menghasilkan kejutan elektrik yang kuat jika dipijak

Juga dikenali sebagai 慍offin Ray

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-9-2006 12:22 PM | Show all posts
Pengebumian Irwin dibuat secara tertutup
BEERWAH, Australia 9 Sept.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-9-2006 12:23 PM | Show all posts
Irwin tidak akan mati dengan tenang di atas katil

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 10-9-2006 04:20 PM | Show all posts
A very sad loss to everyone in the world. This man started a nature conservation drive via the mainstream media that no one ever thought possible by his wittyness and funny antics. A person that will truly be miss. My condelenses to the family.

TQ and Happy foruming.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 10-9-2006 08:39 PM | Show all posts
hmmm...pentackle sang boya ganas, kecundang dek sengatan bisa si tenang...

juga kehilangan seri kepada dunia pencinta hewan & reptiles khususnya...
Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2006 12:25 AM | Show all posts
dekni cam dah bleh tahu la dia satu hari mesti mati time dia ngan binatang2..

dia dah kasi arahan kat crew rakaman dia dari dulu lagi, kalo kata dia nazak pun masa kena baham atau serang binatang,

dia nak kamera crew dia terus rakamkan saat2 tu.


Tapi yang kes ni, lepas kameraman dia rakam dia kena tusuk, dia cabut ekor pari tu, terus kameraman dia aku rasa sedih sangat, terus padamkan video cam tu.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-9-2006 08:59 PM | Show all posts
aku rase rakamannye mmg ade. cume tak di tunjukkan pada publik. sensitip...
Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2006 01:22 AM | Show all posts
ermm sedih la xde steve irwin nie
xde lagi ur beautiful mate
ur gorgeous ............
Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2006 02:21 PM | Show all posts
ari ni peminat fanatik dan kawan baik steve irwin bunuh 10 ekor ikan pari -utk tunjuk balas dendam, ntah apa2 ntah diorang ni, anyawy steve memeng best, byk info berunsurkan pendidikan pada rancangan dia..
Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2006 03:40 PM | Show all posts
aku kagum betul gn mamat ni.. berani main gn ular ler , buaya ler ... tapi tewas di ekor pari
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2006 12:38 PM | Show all posts


[ Last edited by  fleurzsa at 5-10-2006 12:41 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 6-10-2006 07:40 AM | Show all posts
Originally posted by fleurzsa at 5-10-2006 12:38 PM


Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2006 12:53 AM | Show all posts
ALLAH lebih mengetahui...tp salute steve irwin you"re already a legend !!
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2006 01:02 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-10-2006 10:14 PM | Show all posts
Dude!Rest In Peace!
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2006 05:12 PM | Show all posts
Bindi Irwin to star in wildlife series
Mon Oct 16, 11:07 PM ET

Like father, like daughter. Bindi Irwin, the 8-year-old daughter of the late "Crocodile Hunter" Steve Irwin, will star in a wildlife series to air on the Discovery Kids network early next year. The show's working title: "Bindi, The Jungle Girl."

Her father, animal lover and conservationist Steve Irwin, died from the poisonous jab of a stingray Sept. 4. Besides Bindi, he left behind her mother, Terri, and 2-year-old brother, Bob.

The show, now in the early stages of production, was originally "going to be a father-daughter thing," starring the nature-loving duo, Discovery publicist Annie Howell told the Associated Press on Monday. "Steve and Bindi were very enthusiastic about doing the show together."

Irwin will appear with Bindi in scenes filmed before his death, his manager, John Stainton, said in an interview on People magazine's Web site.

"Some people think that I would be afraid of them, but I'm never ever afraid of an animal," Bindi said in an interview Monday on ABC's "Australian Story."

"I just get excited and some that are dangerous I just think, `Oooh! What's going to happen?' and things like that."

(yahoo news)

[ Last edited by  herbivor at 18-10-2006 05:14 PM ]
Reply

Use magic Report

jebat_derhaka This user has been deleted
Post time 19-10-2006 11:08 AM | Show all posts
R.I.P.....
Reply

Use magic Report

Post time 26-11-2006 12:26 PM | Show all posts
KESILAPANYA ADALAH BELIAU SEOLAH  LUPA BAHAWA SETIAP PARI MEMPUNYAI SENGAT ATAU DI PANGGIL SONAK DIBAWAH EKOR.JIKA TIDAK BERBISA SEKALIPUN SONAK ITU  TETAP MERBAHAYA KERANA SETAJAM MATA PEDANG.BUKAN PARI TERSEBUT YANG MENYENGATNYA TETAPI BELIAU SENDIRI YANG NAIK KE ATAS BADAN IKAN ITU SENDIRI DAN MENYEBABKAN IKAN TERSEBUT TERPERANJAT DAN MENEGAKKAN SONAKNYA SEHINGGA TERKENA BELIAU.
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

7-5-2024 06:21 AM GMT+8 , Processed in 0.072212 second(s), 56 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list