CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 7471|Reply: 29

Sedikit Ulasan tentang Hukum Syarak

[Copy link]
Post time 5-9-2006 12:29 PM | Show all posts |Read mode
Untuk panduan dan pengetahuan kita suma, saya rujuk dari kitab dan buku2 syariah masa kat skolah dulu. Meh kita sesama timba ilmu.

DALIL DALIL HUKUM SYARAK

Dalil adalah petujuk yg digunakan oleh ulama' setelah dilakukan penelitian secara menyeluruh dan bersungguh2 untk menetapkan hukum terhadap amalan dan perbuatan yg dilakukan oleh mukallaf. Dalil hokum syarak dibahagikan kepada dua yaitu :
a-        dalil-dalil yg disepakati yaitu dalil yg diterima oleh semua para ulama sebagai dalil utama.
b-        Dalil yg tidak disepakati yaitu dalil yg tiada persefakatan para ulama dlm m抝adikannya sbg sumber hokum.

Dalil yg disepakati oleh ulama ialah :

Al-Quran

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 5-9-2006 12:30 PM | Show all posts
Ada juga dalil-dalil yg xdisepakati oleh ulama. Antara dalil dalil yg xdisepakati oleh ulama ialah :

Istihsan

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-9-2006 12:31 PM | Show all posts
DALIL NAKLI DAN AKLI


Perbezaan dalil nakli dan akli adalah :

A

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-9-2006 03:22 PM | Show all posts
Di harap kita sesama kongsi seba sedikit yg kita tahu. Insya'allah, berkatnya ada.....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-9-2006 11:03 AM | Show all posts
Pada sesiapa yg ingin tambah, dialu-alukan.....
Reply

Use magic Report

sauber This user has been deleted
Post time 6-9-2006 01:16 PM | Show all posts
Salam,
  Selalunya manusia ulama ini dijadikan ikutan dalam agama. Harap sdr dapat jelaskan definisi ulama yang sebenarnya dan ulama yang manakah harus kita jadikan imam didunia ini. Ulama zaman silam atau zaman sekarang yang lebih utama kita ikuti? Mengapa? Apabila disebut 'disepakati ulamak' , siapakah mereka dan bila pula mereka mencapai kesepakatan itu. Setelah jelas perkara tu barulah clear jalan syarak yang kita pilih sebab syarak ditentukan oleh ulama yang kita ikuti.

Memang wujud perbedaan antara ulama.

Contohnya, berkenaan Alquran dan As-sunnah, kita sering menerima hujah yang ulama ASWJ berpegang teguh kepada kedua-duanya namun cara pegangan mereka tak sama. Contohnya Imam Abu Hanifa meletakkan As-sunnah dibawah Alquran dan banyak menggunakan rasional akal bagi memberi fatwa berbanding Imam yang lain*. Beliau juga melihat hadis bukan pada sanadnya saja bahkan matannya sekali.

Berlainan sungguh dengan Imam Syafie, yang meletakkan As-Sunnah sama taraf dengan Alquran kerana baginya hadis tu adalah hikmah dan saling melengkapi*. Pendapat Imam Syafie ini telah dianuti oleh masyarakat kita sejak sekian lama tanpa ramai yang menyedari dan menjadi darah daging. Tidak hairanlah jika benar ramai ustaz-ustazah negara kita adalah merupakan anak didik pendapat Imam Syafie (assumption!).

Sudah nyata perbedaannya itu, maka sebenarnya hukum syarak yang kita anuti zaman moden ini bersumberkan ulama kontemporari+silam(skit) dan kerajaan(mostly) yang menetapkannya dalam perlembagaan.

*Nadirsyah Hosen Fakultas Syariah UIN Syarif Hidayatullah, Jakarta
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 6-9-2006 01:32 PM | Show all posts
Solan saudara sauber ni ada banyak berkaitan dengan ilmu usul fiqh dan sejarah perundangan ilmu kalam. insyaallah saya akan menerangkannya. beri saya sedikit masa untuk mengarang.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-9-2006 02:36 PM | Show all posts
Sebelum itu, elok saya beri sedikit penjelasan awal supaya kita lebih memahami. ulama - ulama yg saudara sauber maksudkan ada dua. kedua-dua ini saling rujuk merujuk. Golongan pertama terdiri daripada ulama suluf - Dari zaman 1 Hijrah hingga 300 Hijrah. Manakala golongan kedua adalah ulama Khuluf Dari 300 Hijrah hingga sekarang.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 6-9-2006 03:52 PM | Show all posts

Sejarah Perkembangan Ilmu Kalam.

Originally posted by sauber at 6-9-2006 01:16 PM
Salam,
  Selalunya manusia ulama ini dijadikan ikutan dalam agama. Harap sdr dapat jelaskan definisi ulama yang sebenarnya dan ulama yang manakah harus kita jadikan imam didunia ini. Ulama zaman s ...




Di zaman Rasulullah s.a.w para sahabat beriman sepenuhnya dengan keterangan yg terdapat dalam Al-Quran dan hadis tentang sifat2 Allah S.A.W., perkara sumiyyat, qadak dan qadar dan hokum akidah tanpa membahaskannya secara mendalam.

Begitu juga para sahabat di zaman Khulafah Ar-Rasyidin, mereka masih berpegang teguh dengan ajaran akidah yg diwarisi dari zaman Nabi S.A.W. Tetapi perselisihan politik yg membawa kepada pembunuhan  Khalifah Uthman bin Affan nad Ali bin Abi Talib Telah menimbulkan  perpecahan kpd umat islam. Ini menyebabkan timbul golongan Khawarij, Syiah, dan Ahli sunnah. Perselisihan ini walaupun pada mulanya mengenai politik tetapi kemudiannya menjalar dan merebak kepada hokum dan akidah.

Di Zaman Umayyah, Negara Islam bertambah luas dan terdapat berbagai-bagai bangsa yg  menganut islam. Mereka mempunyai tamadun, ilmu pengetahuan dan cenderung kpd ilmu falsafah. Ini menyebabkan masalah agama khususnya akidah mula dibahaskan secara falsafah. Dengan ini, muncullah Ma抌ad al-juhaini di Basrah yg membawa fahaman Qadariah. Kemudian lahir pula Jabariah yg dipelopori oleh Jahmu bin Safwan. Ini diikuti dengan aliran Muktazilah yg dipelopori oleh Wasil bin Ata
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-9-2006 03:53 PM | Show all posts
Ada berbagai factor dalam mempengaruhi perkembangan ilmu kalam. Antara faktor2 yg mempengaruhi perkembangan ilmu kalam ialah :

Faktor Dalaman

Ulama-ulama terpaksa menggunakan hujjah akli dan nakli bagi menolak ajaran sesat yg timbul dalam masyarakat. Hasil daripada usaha ini terbentuklah ilmu kalam.
Dalam Al-Quran terdapat ayat2 ygv pada zahirnya menunjukkan ijbal dan ayat yg menunjukan ikhtiar. Ayat yg menunjukan ijbal sprt firman Allah S.A.W.
Reply

Use magic Report

Post time 6-9-2006 04:08 PM | Show all posts
Jazakallahukhair..

Teruskan ..saya pembaca setia anda
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-9-2006 04:55 PM | Show all posts
Sebab- sebab mendorong para ulama mempelajari ilmu falsafah ialah kerana untuk menolak serangan terhadap akidah islam yg dilakukan oleh musuh2 islam yg menggunakan cara atau metod falsafah.
Untuk menyebarkan ajaran islam kpd negeri2 yg baru dibuka oleh islam. Ini kerana bangsa2 tersebut telah mempunyai pemikiran, ilmu pengetahuan dan tamadun sendiri.
Untuk menegakkan akidah yg hak dan benar bagi menentang segala fahaman2 sesat yang sedang menggunakan metod2 falsafah.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-9-2006 04:56 PM | Show all posts
Perkembangan Aliran pemikiran mazhab Qadariah.

Mazhab ini muncul di Basrah. Qadariah menyatakan segala kerja manusia terjadi dengan kuasa dan kehendak sendirinya dan Tuhan tidak membuat apa2 takdir kpd manusia.
Pengasas mazhab ini ialah Ma抋bad bin Khalid Al-Juhaini dan Ghaylan Al-Dimasyqi.
Manusia bebas melakukan sesuatu menurut kehendak dan kemahuan sendiri.
Pengikut  mazhab ini percaya bahawa Tuhan tidak membuat apa2 takdir kpd
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-9-2006 04:56 PM | Show all posts
Mazhab Jabariah

Mazhab ini muncul di khufah pada zaman Bani Umaiyyah yg diketuai oleh seorang yg berasal dari khurasan bernama Jahmu bin Safwan.
Jabariah diambil dari perkataan ai-jabr yg bermaksud yg digagahi dan dikuasai sepenuhnya oleh Allah S.A.W.,
Allah tidak harus mempunyai sifat yg ada pada mahkluk supaya tidak menyerupai mereka.
Ilmu Allah itu baharu tanpa berhubung dng zatNya dan berbilan mengikut maklumat yg ada .
Syurga dan neraka akan neraka setelah dimasuki oleh ahli2 nya.
Manusia dikuasai sepenuhnya oleh Allah. Mereka tidak mempunyai apa2 usaha atau ikhtiar dlm melakukan sesuatu perbuatan.Kedudukan manusia adalah sprt kapas diudara yg boleh ditiup angina kemana2 saja.
Al-Quran adalah bharu dan tidak qadim.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-9-2006 04:57 PM | Show all posts
Mazhab Murjiah.

Murjiah bererti menangguhkan yaitu menangguh persoalan pertelingkahan umat islam tentang perlantikan khalifah sehingga hari kiamat dan dan diserah kepada Allah.
Mazhab ini lahir dari kumpulan ahli politik yg mengambil sikap berkecuali dlm perselisihan umat islam tentang persoalan perlantikan khalifah.
Pada peringkat awal mazhab ini didokong oleh para sahabat sprt Abdullah bin Omar dan Said Bin Jubir. Kemudian diikuti oleh tabiin sprt Abu Hanifah Dan Abu Yusuf.
Antara dasar2 al-murjiah ialah : Iman ertinya mengenal, merendahkan diri dan tidak takabbur terhadap Allah serta menyintaiNya.
Iman manusia boleh bertambah tetapi tidak boleh berkurang.Sesetengah puak ini mengatakan tuhan itu menyerupai bentuk manusia.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-9-2006 04:58 PM | Show all posts
Ahli Sunnah Waljamaah.

Tokoh utama ahli sunnah waljamaah ialah Abu Hassan Al-Asy抋ri di Basrah. Dan Abu Mansur Al-Maturidi di samarqan.
Fahaman utama ahli sunnah waljamaah ialah :
Allah menjadikan perbuatan hamba berbentuk usaha sendiri.
Allah bersifat dengan sifat2 kesempurnaan.
Al-Quran adalah kalam Allah yg qadim.
Hukum melihat Allah harus pada akal dan wajib pada syarak.
Org berdosa besar belum gugur imannya dan masih mukmin.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 6-9-2006 05:01 PM | Show all posts
Insyaallah, lepasni kita Bincang sikit pasal Usul Fiqh, mazhab2 ahli sunnah waljamaah yg empat, dan serba sedikit pasal imam syafie.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-9-2006 10:57 AM | Show all posts
Selepas era pemerintahan khalifah Ar-Rasyidin, Bani Umayyah mengambil alih tampuk pemerintahan sebagai khalifah. Dizaman bani umayyah telah timbul beberapa aliran mazhab seperti yg kita telah baca di page2 yg terdahulu. Ada juga aliran2 perundangan yg tertumpu pada hal2 jenayah dan hukuman untuk dijadikan panduan. Antara Aliran perundangan islam yg timbul pada zaman Bani Umayyah ialah :
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-9-2006 10:58 AM | Show all posts
ALIRAN MADINAH.
Dikenali juga dng nama Madrasah Al-Hadis. Aliran ini banyak berpegang pada nas Al-Quran dan hadis serta kurang menggunakan ijtihad dlm menentukan sesuatu hokum. Aliran ini berasaskan kpd pendapat beberapa org sahabat sprt Omar bin Al-Khattab, Abdullah bin Umar, Abdullah bin Abbas, Aisyah dan lain2.

ALIRAN KHUFAH
Dikenali juga dengan nama Madrasah ar-Ra抷. Aliran ini banyak menggunakan ijtihad dana kurang menggunakan nas dlm menentukan sesuatu hokum. Aliran ini pula berasaskan kpd beberapa pendapat sahabat sprt Abdullah bin Mas抲d, Ali bin Abi Talib, Omar bin Al-Khattab, dan sebagainya.

Sungguhpun pemerintahan Bani Umayyah membewri tumpuan kpd kedudukan kuasa politik, namun perlaksanaan syariat islam terus berjalan.
Meneruskan perundangan hokum kharaj, fai
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-9-2006 10:59 AM | Show all posts
Mazhab2 perundangan islam pula mula timbul pada zaman pemerintahan Bani Abbasiyyah.. Antara mazhab2 yg mula lahir pd zaman itu ialah :

Mazhab Hanafi
Pengasasnya ialah imam Abu Hanifah dan dikembangkan oleh para pelajarnya terutama Abu Yusuf, Muhammad Ibnu Al-Hassan, Al-Hassan Ibnu Ziad, dan lain2.Aliran mazhab al-ra抷 ini berkembang di khufah dan pembinaan mazhab ini berdasarkan kpd Al-Quran, As-Sunnah, Ijmak, pendapat sahabat, qias, istihsan, dan uruf. Mazhab ini bertapak di Turki, Pakistan, dan Asia Barat.

Mazhab Maliki.
Aliran mazhab al-Hadis ini berkembang di madinah dan diasaskan oleh imam Malik. Fekah mazhab ini berasaskan kpd sumber2 Al-Quran, As-Sunnah, amalan penduduk madinah, fatwa sahabat, qias, masoleh mursalahdan istihsan. Mazhab ini bertapak di Afrika Utara.

Mazhab Syafie.
Mazhab ini diasaskan oleh Imam Syafie dan cuba menggabungkan antara aliran Al-Hadis dan Ar-Ra抷 yg melahirkan coraknya tersendiri. Sumber2 hukum mazhab Syafie ialah Al-Quran, As-Sunnah, Ijmak, Pendapat sahabat, Dan Qias. Mazhab ini bertapak di Asia Tenggara, Sebahagian India, dan Beberapa Negara Arab.
Mazhab Hanbali.
Pengasasnya adalah Imam Ahmad. Mazhab ini dikembangkan oleh anaknya Abdullah dan murid2nya yg lain sprt Abu Bakr Al-Athram, Abd Malik Al-Maimuni, dan sebagainya. Sumber2 Hukum mazhab ini ialah nas Al-Quran dan Al-Hadis, fatwa para sahabat dan qias. Mazhab ini bertapak di semenanjung tanah Arab dan negara2 teluk.
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

6-5-2024 02:20 AM GMT+8 , Processed in 0.066189 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list