CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2477|Reply: 18

August 21 1969,seperti dilupakan..

[Copy link]
zezima This user has been deleted
Post time 22-8-2006 02:23 PM | Show all posts |Read mode
Sudah ramai umat Islam di Malaysia mahupun di dunia seperti sudah lupa kejadian yang berlaku pada 21 ogos 1969..

Masih ingatkah anda??

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


gennosukesama This user has been deleted
Post time 22-8-2006 02:37 PM | Show all posts
Originally posted by zezima at 22-8-2006 02:23 PM
Sudah ramai umat Islam di Malaysia mahupun di dunia seperti sudah lupa kejadian yang berlaku pada 21 ogos 1969..

Masih ingatkah anda??


ya kan..macam takde apa2 je.
Reply

Use magic Report

Post time 22-8-2006 08:15 PM | Show all posts
yea la nk buat camne?
hal2 duniawi yg lebih diutamakan...
Reply

Use magic Report

Post time 22-8-2006 10:15 PM | Show all posts
Nak cerita pasal tarikh ka, nak cerita pasal apa jadi kat Masjidil Aqsa ka?
Reply

Use magic Report

Post time 22-8-2006 11:29 PM | Show all posts
apa jadi sebenarnya?saya bukan lupa kot.tapi saya tak tahu:malu:
Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2006 01:09 AM | Show all posts
kenapa yerk dengan tarikh tue...kongsilaa..maybe tak ramai kita yg tau dgn tarikh tue atau pun terlepas pandang....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-8-2006 01:19 AM | Show all posts
Pada tarikh ni lah Masjid Al Aqsa dibakar oleh Kristian Fundamentalis...

Pada 21 Ogos 1969, seorang lelaki berbangsa Australia bernama Dennis Michael telah membakar Masjid Al-Aqsa. Api menyala besar dan membakar tembok dan mimbarnya yang besar (mimbar Sholehuddin). Api marak dengan dasyat sekali seolah-olah seluruh Masjidil Aqsa akan musnah ketika itu. Malah, pihak bomba juga tidak hadir menghulur bantuan. Tetapi Allah telah menyelamatkan Masjid Al-Aqsa dan melindunginya. Akhirnya api dapat dipadamkan.

Setelah itu orang-orang Yahudi membuat pengadilan pura-pura terhadap Dennis Michael. Michael mendakwa bahawa dia diutus Allah untuk melakukan pembakaran itu sesuai dengan berita dari Kitab Zakaria. Kemudian, Yahudi membebaskannya dengan mengatakan Michael gila. Maka, atas sebab itu, Michael tidak dapat dipertanggungjawabkan atas kejadian tersebut. Negeri-negeri Muslim seluruh dunia bangkit mempertahankan tempat suci mereka dan mengecam perbuatan keji terhadap Al-Aqsa. Maka sejak itu, 21 OGOS setiap tahun menjadi Hari Al-Quds Sedunia.

Kecaman demi kecaman dilakukan ke atas Israel dan umat Islam Palestin sentiasa menjadi wira dalam dunia Islam. Mereka dicop sebagai pengganas oleh Yahudi dan Zionis serta sekutunya di seluruh dunia. Al-Qurtubi mengisytiharkan gerakan intifdah Palestin sebagai suatu jihad, dan mati dalam gerakan Intifadah adalah mati syahid. Demikian dua persepsi dunia terhadap perjuangan rakyat Palestin. Satu pihak yang condong kepada kuffar dan musuh Islam mengatakan ia adalah suatu perkara yang tidak bertamadun, membinasakan diri dan mati katak. Sebaliknya pada kaca mata pejuang-pejuang Islam, dan mereka yang berjuang atas landasan jihad mengimani sesungguhnya erti pengorbanan dan sanggup mati kerananya: ia adalah perjuangan suci.

Pembebasan Palestin tidak akan melalui jalan mudah, satu-satu cara yang paling baik adalah dengan memperjuangkannya melalui peperangan. Siri-siri keganasan Israel dengan memungkiri perjanjian demi perjanjian damai adalah bukti nyata. Situasi terakhir setelah pengunduran penduduk bangsa Yahudi Israel di Genting Gaza, Bukit Golan, dan Tebing Barat yang dirampas dilihat sebagai tidak ikhlas. Ia adalah retorik baru Ariel Sharon. Ariel Sharon dengan angkuh memberitahu dunia bahawa pengunduran itu tidak mengubah kuasanya dari segi demografi. Beliau menjangkakan 慶engkaman

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2006 06:53 AM | Show all posts
Mesjid yg roboh akan di ganti dgn yg baharu....

Tetapi umat Islam yg rata rata 'meruntuhkan Agama nya', bagaimana pulak???
Siapa yg nak tolong tegakkan nya semula?? :hmm:
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-8-2006 04:35 PM | Show all posts
Saya tak tau pun.
TApi kat Malaysia ni ada masjid yg baru dibina setelah roboh sebelumnya.(CT-DK-TZ).

Jika peperangan itu baik utk mendapatkan hak,ia wajar disokong asalkan tidak membabi buta.
Reply

Use magic Report

syawall25 This user has been deleted
Post time 24-8-2006 03:59 PM | Show all posts
lepas tu 21 ogos 2006 isra' mikraj..sepatutnya timbulkan ksedaran di kalangan umat islam,yg ni tak..dok sogok masyarakat dgn siaran langsung org jahil nak kawin sampai kena tutup masjid..tak paham aku..

ni lah maslah org islam kat malaysia..terlalu agungkan hiburan..
Reply

Use magic Report

Post time 25-8-2006 06:34 AM | Show all posts
Originally posted by syawall25 at 24-8-2006 15:59
lepas tu 21 ogos 2006 isra' mikraj..sepatutnya timbulkan ksedaran di kalangan umat islam,yg ni tak..dok sogok masyarakat dgn siaran langsung org jahil nak kawin sampai kena tutup masjid..tak paham  ...


Ini langsung tak masuk akal kita yang waras..tapi dek kerana wang ringgit maksudnya royalty dan publisiti stesten tv terbabit sanggup maruah dan agam digadaikan..renung dan fikir.fikir lah
kalau agama boleh dijadikan galang ganti macam nie..entah la..saya yg jahil ni pun rasa janggal benda macam nie...
Reply

Use magic Report

Post time 25-8-2006 06:37 AM | Show all posts
Originally posted by niceghost2005 at 23-8-2006 06:53
Mesjid yg roboh akan di ganti dgn yg baharu....

Tetapi umat Islam yg rata rata 'meruntuhkan Agama nya', bagaimana pulak???
Siapa yg nak tolong tegakkan nya semula?? :hmm:


Dulu lain sekarang lain, dulu agama lain yang berusaha utk jahanamkan agama kita
sekarang Islam  sendiri yang sengkonkong menlenyapkan agama kita...terlalu hampir kiamat sebenrnya
..renungan utk diriku sendiri..:pray:
Reply

Use magic Report

Post time 25-8-2006 07:57 AM | Show all posts
Originally posted by syawall25 at 24-8-2006 03:59 PM
lepas tu 21 ogos 2006 isra' mikraj..sepatutnya timbulkan ksedaran di kalangan umat islam,yg ni tak..dok sogok masyarakat dgn siaran langsung org jahil nak kawin sampai kena tutup masjid..tak paham  ...


psssttttt............SALAH SATU tanda tanda kiamat. (artis2 di agung agungkan) - hadis
Reply

Use magic Report

Post time 25-8-2006 08:37 AM | Show all posts
Originally posted by niceghost2005 at 25-8-2006 07:57

psssttttt............SALAH SATU tanda tanda kiamat. (artis2 di agung agungkan) - hadis

:setuju: benar sekali Nice.
Reply

Use magic Report

Post time 25-8-2006 09:55 PM | Show all posts
27 Rejab juga hari pembebasan Al-Quds kalau tak silap
Reply

Use magic Report

Post time 26-8-2006 01:19 PM | Show all posts
masehh..

aku baru tau pasal tarikh nih...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-8-2006 02:32 PM | Show all posts
Originally posted by majinn at 8/25/06 09:19 PM
masehh..

aku baru tau pasal tarikh nih...


me too.
Reply

Use magic Report

Post time 26-8-2006 08:17 PM | Show all posts
nih 1st time aku tau.. tima kasih..
Reply

Use magic Report

Post time 27-8-2006 03:16 AM | Show all posts
Umat Islam di dalam kedudukannya yg paling lemah sekarang ini.Walaupun jumlahnya ramai dan negara2 umat Islam semuanya sudah merdeka dr penjajahan fizikal tetapi minda,mental dan semangat umat Islam sudah parah dijajah sehinggakan org2 Islam dan Melayu dlm konteks Malaysia sudah tidak ada jatidiri sbg umat Islam khasnya dan bangsa Melayu amnya.

Dgn masalah sosial dan hakisan jatidiri yg melanda golongan muda di Malaysia khasnya,dan dunia amnya apalah yg kita boleh harapkan dlm kempen pembebasan Masjidil Aqsa dr tangan Yahudi Israel.Mungkin ramai yg lebih rela menunggu kemunculan Imam Mahadi tanpa usaha2 yg sepatutnya.Kalau Imam Mahadi munculpun siapa yg sanggup menjadi tentera2 Mahadi dgn keadaan masyarakat Islam kini yg jauh dr agama dan berpecah belah?Jangan2 umat Islam turut sama mengikut telunjuk media Barat yg akan melabel tentera Mahadi nanti sbg kumpulan pengganas.

Yang pastinya umat Islam Palestin terus dianaktirikan tanpa sebarang pembelaan dr sesiapa mengharungi kemelut penjarah dan penjajah Yahudi Israel setiap hari.Di sebalik semua itu umat Islam seluruh dunia hanya mampu menjadi penonton tanpa berbuat apa2 melihat saudara2 mereka ditembak,dibom dan dicabul kehormatannya setiap hari..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-1-2025 02:38 PM GMT+8 , Processed in 0.304966 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list