CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: dexa

Jamal Abdillah - Update - Kembara Seni Jamal Abdillah (5-9 Ogos) Di IB -

[Copy link]
Post time 14-7-2007 12:58 PM | Show all posts
Originally posted by komgringples at 3-4-2007 07:26 PM
Jamal Abdillah apa pun dah dikenali diseluroh negara......Jamal yg dikenali sbg seniman yg menangis dikala menghibur peminat2nya..........aku cukop tersentoh ketika Jamal bermain piano sambil nya ...


jamal nampak sgt lalok masa tuh!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 14-7-2007 08:35 PM | Show all posts
Originally posted by detox at 13-7-2007 02:34 PM
dexa apa kabar agaknya Jamal sekarang ? dexa kirim salam utk dia kalu jumpa...pesan kat dia...jgan bimbang mesti boleh ok punya kalu dia nak ok.





dia stop buat show for temporary
till dia sihat --  masih di pengasih
di bawah jagaan yunus pathi -

it will take time for him to recover
but he will recover --
jamal ni very determined person -

cuma yang silap dulu - bila dia kembali ke show2 dia
dia tak dikawal dan dibiarkan jumpa sesiapa sorang diri -

ingat lagi one time kitorang supposed to meet untuk
karaoke di plaza ampang --
saya sampai aje - sepupu dia kata dia dah pergi -
ha! pergi mana pun tak tahu sebab dia tak cakap
saya dah menggelabah gak masa tu  sebab yakin
ni mesti 'ulat' yang nak jumpa --
and my fear was confirmed..

anyway -  rasanya this time - well hopefully
bila dia keluar dari pengasih - bukan selama2nya keluar
tapi akan berkhidmat lagi di sana  - beri perangsang pada
yang mahu berubat tu ... buat part time macam tu kira
bagus untuk soul dia juga!!!

all the best jamal -   walau apa pun yang terjadi -
peminat dia tetap setia dan berdoa untuk kesihatan jamal --
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-7-2007 08:37 PM | Show all posts

Reply #121 biezie_slalu's post



saya rasa tak pernah dengar --
kalau dengar music mungkin teringat
tapi gosh.....

lyric dia sangat ......sedih ye..
sedu pulak baca lirik tu ---

minta2 jamal insaf la hendaknya --
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2007 09:16 PM | Show all posts
itulah.. he must have the willpower to stop taking drugs totally..memng bukan senang.. especially with the people around him yang dok sogokkan dier dgn dadah demi memastikan his concert successful.. so its hard for him to stop bcoz drugs is everywhere if u  r in the industry..
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2007 06:42 AM | Show all posts
Originally posted by dexa at 14-7-2007 08:37 PM


saya rasa tak pernah dengar --
kalau dengar music mungkin teringat
tapi gosh.....

lyric dia sangat ......sedih ye..
sedu pulak baca lirik tu ---

minta2 jamal insaf la hendaknya --


kalau dexa dgr, sure nangis punya....
suara jamal teradun baik sekali,
takde jerit2 dlm lagu nih....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-7-2007 11:54 AM | Show all posts

Reply #127 biezie_slalu's post

yang ni dalam album mana --
or mungkin saya boleh download kat pc
saya simpan banyak lagu2 dia kat dalam pc juga -

saya suka lyric dialah bz...
dan saya tahu lagu ni mesti saya suka -

*saya suka most of his songs anyway -
dari yang album dia yang pertama
(songlap dari kakak saya)
sampai la  ni -
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-7-2007 01:56 PM | Show all posts

Reply #121 biezie_slalu's post

lagu ni famous masa time lagu Perjalananku....klu tak salah satu album ngan album Mati Hidup Semula (album yang keluar lepas dia keluar Pusat Serenti the first time kat sarawak) or album sebelumnya...mmg sedih lagu ni, peminat setia mesti tau ma

dexa,

bagus la camtu...but i tought dia ada one concert kat penang this 21st july kan, nyanyi lagu-2 P.Ramlee....

Apa-2 pun i always pray for him.
Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2007 02:41 PM | Show all posts
Originally posted by detox at 19-7-2007 01:56 PM
lagu ni famous masa time lagu Perjalananku....klu tak salah satu album ngan album Mati Hidup Semula (album yang keluar lepas dia keluar Pusat Serenti the first time kat sarawak) or album sebelumn ...


bukan lah! dari album ketiga! sama album dgn lagu Ke mana ku Bawa hati yg rindu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-8-2007 11:32 AM | Show all posts
oh ok...thanks
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2007 06:16 PM | Show all posts
jamal rock n roll.............
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-8-2007 04:00 AM | Show all posts
Jamal perlukan enam bulan?

Penyanyi ini mengakui dia memerlukan masa kira-kira enam bulan untuk benar-benar pulih dari masalah ketagihan dadah.

Penyanyi yang baru mendaftar ke Pengasih untuk kali kedua itu mengakui sekarang keadaannya sudah semakin baik.

Kalau Jamal boleh bebas dadah dalam masa enam bulan, tertanya-tanya juga kenapa Jamal mengambil masa lebih 20 tahun untuk membebaskan diri dari dadah?

Semua orang tahu Jamal berkawan dengan dadah sejak lama dulu. Jadi kalau enam bulan Jamal bagi jaminan akan pulih, hebatlah.

Malah Jamal sudah semakin yakin membuat beberapa persembahan tanpa bantuan dadah, lapor akhbar KOSMO! awal minggu lalu. Ini adalah pengakuan kali ke berapa, kami sendiri pun tak tahu.

Pelik juga, bila orang sakit macam Jamal masih boleh bebas ke sana ke mari buat persembahan pentas. Agaknya Jamal ada lesen besar, sebab itu walaupun dalam proses rawatan dia boleh ke sana ke mari buat duit macam biasa.

Biasanya kalau orang sakit, dia hanya duduk diam-diam saja di rumah, di hospital atau di pusat pemulihan. Tetapi Jamal bertuah sebab dalam sakit macam itu, dia masih mendapat banyak undangan pentas.

Adakah ini membuatkan Jamal memilih untuk kembali kepada Pengasih dan tidak memilih ke pusat serenti? Di Pengasih tak ada komandan, di pusat serenti ada komandan.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-8-2007 09:35 PM | Show all posts
A refreshed Jamal
By SUSHMA VEERA AND NUR AQIDAH AZIZI

KUALA LUMPUR: 揑 have divorced her spiritually, mentally and physically. Only the legal papers are pending.擺/b]

Singer Jamal Abdillah said this on his martial status with wife, Fatimatuzahra Samat, 24.

揑 don抰 want to confuse myself with relationships now. I might consider once my programme with Pengasih is over. I don抰 want this matter to disturb my rehabilitation here.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-8-2007 09:36 PM | Show all posts
I don抰 know anything about divorce, says Ima
Nur Aqidah Azizi

KUALA LUMPUR: 揑 didn抰 know anything about the divorce. He never said anything to me about it,
Reply

Use magic Report

Post time 13-8-2007 11:19 AM | Show all posts
ape-apelah jamal. Suara u dulu,kini dan mungkin selamanya memang i suka.
All the best 2u
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-8-2007 02:44 PM | Show all posts
Kakak Tua: Kekasihku 'Syabu'!
20-08-2007

ANTARA ramai-ramai penyanyi, Jamal Abdillah paling berani membuat pengakuan. Apa tidaknya terkejut jugalah apabila tanpa paksaan, Jamal membuat pendedahan yang Syabu adalah 'kekasihnya.'


Terus saja ingatan Kakak Tua terkenang bait-bait putis puisi 'Kekasih' yang cukup menusuk kalbu.

Siapa yang berjiwa romantik tentu akan teringat setiap patah rangkap puisi nukilan Sasterawan Negara Usman Awang atau Tongkat Warant ini?

Begitu syahdu kata cinta untuk kekasih tersayang. Rasanya belum ada lagi puisi untuk Sang Kekasih yang sehebat ini - itulah khazanah unik peninggalan sasterawan terbilang.

Tapi sayang sekali, mana mungkin Jamal layak menyanyikan puisi sehebat itu kerana kekasihnya adalah dadah merbahaya bernama Cik Syabu. Itupun setelah 'putus cinta' dengan heroin yang terjalin selama 6 tahun.

Oleh kerana kekasihnya Syabu maka tidak sesuailah kata puitis ....Akan kupintal buih-buih, menjadi tali mengikatmu. Akan kuanyam gelombang-gelombang menjadi hamparan ranjang tidurmu.... dilafazkan oleh Jamal.

Sebagai rakan baik, hati Kakak Tua cukup tersentuh mendengar keluhan dan rintihan Jamal yang tidak mampu dan tidak dapat meninggalkan 'kekasih'nya. Hebat sungguh penangan 'kekasih' Jamal sehingga penyanyi bersuara emas ini boleh mengaku kalah, tersungkur dan mengangkat bendera putih.

Ice atau Syabu, dadah tiruan yang sering disebut 'designer drug' ini. pernah digunakan oleh Adolf Hitler sehingga diktator gila ini mengorbankan askar-askarnya kerana berasa dirinya lebih berkuasa dari Tuhan. Dadah ini juga ujud pada zaman peperangan kedua dan digunakan oleh fighter pilots dan askar-askar yang hendak berperang supaya mereka tidak payah tidur, lebih agresif dan tidak gentar di medan perang.

Begitu jugalah permainan emosi yang dirangsang oleh Syabu untuk penyanyi kesayangan kita. Kalau ikutkan hati Kakak Tua, kasihan pun ada, marahpun ya. Apa tidaknya 'kekasih' yang didambakan oleh Jamal yang memudaratkan minda, badan dan seluruh hidupnya.

Tepat sangatlah panggilan 'kekasih' itu. Faham-faham sajalah kalau mulut sudah kata kekasih, jiwa dan raga kita serahkan. Begitulah agaknya asyik masyuknya percintaan Jamal sehingga tidak dapat membezakan apa yang baik dan buruk dan yang untung dan rugi.

Bila sudah berkasih begitu lama, bayangkanlah bagaimana hendak berpisah pula. Sudah memadu kasih bertahun-tahun dan erat pula perhubungan yang terjalin dan sudah menjadi darah daging, tiba-tiba hendak ucap selamat tinggal. Memanglah sakit hendak putus kasih. Mustahil untuk meninggalkan daerah 'tempat jatuh lagi dikenang itu' secara total.

Tapi itulah kekuatan mental dan semangat yang perlu ada pada setiap penagih seperti Jamal. Ketagihan yang telah merosakkan keluarga, kerjaya dan perhubungan suami isteri perlu ditangani.Tiada siapa yang dapat membantu kecuali iltizam diri sendiri.

Cuba tanya Ustaz Akhil Rawa yang berjaya mengatasi masalah kemelut berkasih dengan dadah. Kini dia bersih dan sudah kembali ke pangkuan masyarakat dan keluarga setelah sesat di pangkal jalan bertahun lamanya.

Jauh tersasar ustaz rocker kita yang handsome ini pada satu masa dulu sehingga kemungkaran hampir menyesatkannya sehinggalah kesedaran seolah berada di dalam alam kubur datang mengetuk pintu hati.

Itulah hidayah yang diberikan olehNya. Bukan Jamal seorang yang mengalami dilema begini. Ramai lagi golongan artis seperti Yassin dan Saleem tahu sangat jiwa kacau yang dihadapi oleh Jamal.

Kisah bercinta dengan 'kekasih' misteri tidak kisahlah siapapun nama mereka....heroin, ganja, grass atau miss ice, sukar dipantau kerana mereka 'memadu' kasih jauh dari pandangan mata umum.

Yang si artis tengah kemaruk ni pula, tidak serik-serik untuk menagih dan akan tetap dengan tabiat buruk sampailah kisah hebat terjerat dengan 'cinta merbahaya' ini diketahui dan terdedah di mahkamah, itupun setelah didakwa.

Masa itu, hilang segala malu dan maruah diri dan kesalahan yang difikir kecil itu akan terpalit dalam memori sampai bila-bila.   

Tapi selagi Tuhan membuka pintu hidayah buat mereka ini, selama itulah pekerjaan yang sia-sia ini akan tetap terbongkar dengan apa cara sekalipun.Yang paling kasihan ialah ahli keluarga yang turut terheret sama. Bayangkan betapa malunya mereka terpaksa menanggung aib bersama-sama kerana sebagai artis semua ini menjadi fakta sejarah.

Nasib baiklah pihak PENGASIH masih sudi memulihkan Jamal kerana kalau ikutkan, track record Jamal jenis 'hard core' dan susah hendak pulih.  

Kalau Hitler menggunakan syabu untuk berjaga dan mengatur strategi peperangan, kononnya Jamal menggunakan untuk menambah tenaga...

Seperti luahan Jamal dalam wawancara khas Isu Semasa: Pengakuan Eksklusif Jamal dan Saleem? yang disiarkan secara langsung menerusi TV1..Pada mulanya saya fikir syabu bukan dadah dan sekadar menambah tenaga dan boleh membantu persembahan saya agar lebih hebat di pentas. Tak boleh bayangkan bagaimana teruknya kesan syabu itu. Saya hampir gila sehingga pernah bercakap dengan dinding..."

Begitu sekali kesyahduan halusinasi Jamal sehingga sanggup bercakap dengan dinding. Itu belum lagi disentuh perangai agresif, pemarah, resah dan tidak tenang Jamal selama menjadi penagih 'Kekasih'nya itu.

Tapi semua itu sikit pun tidak menyesakkan fikiran Kakak Tua jika dibandingkan dengan kebimbangan kesan jangka panjang yang akan menimpa Jamal seperti kerosakan saraf otak, angin ahmar (strok), gangguan mental atau lebih tragis kematian.....

Di harap kesedaran Jamal kali ini akan berpanjangan dan dapat menerima 'putus sudah kasih sayang' dengan Syabu.

Namun lumrah manusia semuanya sama. Kesan kesedaran dan rasa malu atau aib selalunya tidak lama. Apabila perasaan itu sudah sampai kemuncaknya, ia akan menurun pula ke satu tahap plato (mendatar) di mana akan tiba perasaan tidak bersalah kerana sudah lali dan terbiasa. Dek kerana kekerapan ditimpa masalah yang sama, maka perasaan bersalah ini tidak akan bersarang lagi di hati.

Malah, senario kes dadah di Malaysia terutama yang melibatkan artis sudah sampai tahap complacent. Kes dadah atau salah laku lain sudah dianggap 'kes biasa' dan tidak ada apa yang patut dimalukan kerana sinonim dengan artis.

Begitu jugalah salah laku seperti minum arak, berjudi, berkhalwat, hidup serumah tanpa ikatan dan perlakuan gay atau homoseksual mahupun lesbian. Semua ini sudah di kategorikan sebagai cara hidup dan trend akhir zaman masyarakat artis yang mana walaupun di tahap melampau dan memalukan, ianya masih boleh diterima acceptable.

Tiada 'kuasa' yang dapat melarang mereka melayari kehidupan bebas zaman jahiliyah ini kerana masyarakat termasuk sebilangan besar wartawan hiburan membenarkan mereka mencemar cara hidup sopan masyarakat Melayu, Islam dan Timur.

Alah bisa tegal biasa. Perkara yang sering kita lihat terpampang di depan mata seperti pasangan gay, lelaki lembut, perempuan tomboy sudah jadi pandangan yang biasa dan normal mengikut kehidupan seharian golongan artis kita. Kalau tidak masakan kita tidak mampu menegur pengacara lembut yang terang-terang menodai kesusilaan berpakaian cara lelaki.

Kita sendiri bagai merestui artis lelaki lembut berpakaian ala perempuan dengan cermin mata besar, tas tangan, lip gloss dan aksi tangan patah yang memualkan.

Sudahlah perlakuan itu memalukan, pihak stesen TV perdana pula dengan megahnya memberi liputan besar-besaran perihal artis lelaki yang dikategorikan lelaki cantik ini. Perbuatan yang sepatutnya buat kita malu sudah jadi satu kemegahan pula.

Hairan betul Kakak Tua memikirkan betapa jumud pemikiran kita yang membiarkan saja perkara yang salah, mungkar dan songsang ini berterusan dan berleluasa.

Bukankah kita diajar untuk membetulkan kemungkaran dengan apa cara sekalipun. Kalau tak mampu menegur dengan perbuatan dan lidah, dengan hatipun jadi walaupun itu selemah-lemah iman.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-10-2007 06:03 AM | Show all posts
Berbuka puasa eksklusif dengan Jamal Abdillah

Para peminat raja pop negara, Jamal Abdillah berpeluang berbuka puasa bersamanya pada Majlis Berbuka Puasa Eksklusif Jamal Abdillah anjuran Suria Crestway Sdn. Bhd. (SCSB) dengan kerjasama Persatuan Pengasih Malaysia (PENGASIH) pada 5 Oktober ini.

Majlis yang bakal berlangsung di Hotel Concorde, Kuala Lumpur yang juga penaja majlis tersebut akan bermula pada pukul 6.30 petang dan turut dihadiri oleh 30 orang anak-anak yatim dari Rumah Solehah, Ampang.

Menariknya, majlis tersebut bakal menyaksikan Jamal Abdillah dengan kelunakan suaranya mengalunkan azan Maghrib menandakan masuknya waktu berbuka.

Pengarah Urusan Suria Crestway Sdn. Bhd., Ahmad Muhille Hassan berkata, persembahan akan bermula setelah selesai solat Isyak dan tarawih lapan rakaat secara berjemaah.

揔onsep persembahan Jamal pada malam itu merangkumi penghayatan kepada kekeluargaan, ketuhanan dan kasih sayang keluarga,
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-10-2007 03:42 PM | Show all posts
esok jam 9.30 malam di tv1, luahan rasa jamal abdillah, aku insan hina ?

jangan lupa tengok
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-10-2007 07:00 AM | Show all posts
Jamal Abdillah cari pengisian dalaman
OLEH KHADIJAH IBRAHIM


Jamal mendendangkan lagu Jeritan Batinku dengan iringan tiupan
saksofon Ahmad Nawab sewaktu program Isu Semasa yang disiarkan
pada pukul 9.30 malam di RTM1, Rabu lalu.



SETAHUN lalu penyanyi Jamal Abdillah, 48, pernah muncul dalam program Isu Semasa terbitan RTM membuat pengakuan terbuka bahawa dia bebas daripada najis dadah.

Bagaimanapun kata-kata Jamal itu umpama angin lalu, kerana selepas lima bulan keluar dari Persatuan Pengasih Malaysia (PENGASIH), Raja Pop itu kembali bertemankan dadah.

Antara punca mendorong Jamal kembali kepada dunia gelap adalah kerana kurangnya pengisian dalaman terutama dari segi menangani bayangan silam.

Jelas Jamal, untuk seseorang penagih kembali menjadi sihat dari segi fizikal hanya mengambil masa dua minggu sahaja.

Namun untuk jiwa kembali tenang dan tabah menghadapi cabaran memerlukan jangka waktu yang lama.

Justeru itu, Jamal berkata, dia rela menghabiskan masa selama dua tahun menjalani rawatan pemulihan dadah di Pengasih bagi memastikan dirinya benar-benar pulih.

Dia membuat pengakuan itu sewaktu program Isu Semasa yang disiarkan pada pukul 9.30 malam di RTM1 malam kelmarin. Program yang dihoskan oleh Sabaruddin Ahmad Sobri itu turut mengundang Pengerusi Pengasih, Mohd. Yunus Pathi dan komposer Datuk Ahmad Nawab.

Justeru, Jamal berkata, dia rela menghabiskan masa selama dua tahun menjalani rawatan pemulihan dadah di Pengasih bagi memastikan dirinya benar-benar pulih.

Tambah Juara Bintang RTM 1979 itu, bekas penagih tidak boleh dibiarkan berseorangan kerana dalam keadaan tersebut, mereka mudah kembali ke lorong gelap.

揝ebenarnya, jiwa bekas penagih seperti saya ini perlu ada teman yang boleh diajak berbicara dan selain itu perlu ada aktiviti.

揟idak boleh ada ruang kosong. Kalau banyak kekosongan terutama dalam jiwa, itu yang menyebabkan penagih kembali mencari dadah sebagai teman,
Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2007 11:04 PM | Show all posts
jamal......suara kau aset penting......aku suka lagu Di Mana Kemesraan
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-10-2007 05:35 AM | Show all posts
Jamal Abdillah kerinduan menjelang Syawal
Oleh NOR FADZILAH BAHARUDIN



Jamal Abdillah

Ayah mana yang tidak sayangkan anak. Walau sudah tercalar sejarah silam, namun kasih seorang ayah kepada anak-anak, tidak mungkin berganjak walau sedikit pun.

Mungkin betul kata pepatah; 揔asih ibu membawa ke syurga, kasih ayah sanggupkah berpisah?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 04:01 AM GMT+8 , Processed in 0.106449 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list