CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: dexa

Jamal Abdillah - Update - Kembara Seni Jamal Abdillah (5-9 Ogos) Di IB -

[Copy link]
 Author| Post time 25-4-2008 07:42 AM | Show all posts
Masalah peribadi ganggu Jamal
Oleh AQMAR ALLADAD


hensem nya Jamal  -


ENTAH di mana silapnya, persembahan penyanyi Jamal Abdillah di depan 600 penonton sempena Minggu Setiausaha 2008 Quality Hotel City Centre kelmarin kelihatan sedikit terganggu.

Seperti ada yang tidak kena rentaknya apabila penyanyi itu dilihat tidak seperti Jamal Abdillah yang biasa kita saksikan di pentas-pentas hiburan.

Persembahan Jamal juga mengecewakan sebahagian penonton kerana penyanyi ini tidak banyak berinteraksi sehingga penonton terpaksa 'menjerit' namanya untuk turun

dari pentas.

Jamal yang memahami kehendak peminatnya hanya meluangkan masa seketika sahaja di ruang penonton sebelum kembali ke pentas dengan cukup pantas.

Dan memang benar bagai yang ditelah, penyanyi tersohor itu mempunyai alasan tersendiri untuk menjawab persoalan yang mungkin bermain di benak fikiran rata-rata penonton yang datang untuk berhibur sempena majlis tersebut.

Jamal mengakui pelbagai masalah yang melanda dirinya akhir-akhir ini menyebabkan tumpuannya di pentas terganggu.

"Maafkan saya. Buat masa kini saya kurang senang untuk berkomunikasi dengan penonton. Macam-macam masalah yang saya sedang fikirkan," kata Jamal memohon kemaafan di atas kelemahan dirinya itu.

Tambah penyanyi ini, "Lagipun saya juga mempunyai sedikit masalah gagap. Itulah puncanya saya hanya turun sekejap sahaja untuk bermesra dengan penonton," katanya pada sidang media selepas mengadakan persembahan.

Dengan raut wajah yang agak kelesuan, Jamal mengakui kesilapan lupa lirik dalam persembahannya itu disebabkan oleh beberapa masalah peribadi yang dialaminya.

Sebagai manusia biasa, Jamal mengakui sedang dalam tekanan apabila kisah peribadinya sedang dibicarakan ke muka pengadilan.

"Kes perceraian saya merupakan tragedi paling berat dalam kehidupan, ini yang menyebabkan terjejasnya sedikit persembahan saya.

"Kita sebagai manusia tak boleh lari dari kesilapan dan bukan senang untuk menjadi penghibur. Kita kena ingat lirik, tempo dan paling utama perasaan penonton ketika menyaksikan persembahan walaupun dalam masa yang sama kita sedang berhadapan dengan masalah," ujarnya mohon dimengertikan.

Jelas Jamal, bagi tidak menghampakan penonton, dia lebih selesa untuk fokus kepada nyanyian yang dipersembahkan serta memilih lagu yang berkonsepkan ceria.

Menyentuh soal peribadi, iaitu kes perceraiannya baru-baru ini, Jamal enggan mengulas dengan lebih lanjut.

Kepadanya apa yang terjadi adalah ketentuan takdir dan dia menghormati apa juga keputusan yang bakal mendatang.

"Saya tak mahu komen apa-apa, biarlah mahkamah yang menentukan segalanya.

"Buat masa kini saya perlu menjaga hati anak-anak saya supaya masa depan mereka tidak akan dicemuh oleh masyarakat," katanya.

Walaupun tidak dapat memuaskan hati penonton sepenuhnya, namun ternyata Jamal bijak mencuri hati penonton dengan mendendangkan lagu-lagu yang mampu menambat hati peminatnya.

Antara dendangan lagu yang mendapat tepukan gemuruh dan sorakan penonton ialah medley daripada filem lakonan Seniman Agung, P.Ramlee seperti Madu Tiga dan Bunyi Gitar.

Selain itu, lagu yang sememangnya dinanti-nantikan oleh penonton seperti Kekasih Awal Dan Akhir, Penghujung Rindu dan Keluhan Perantau telah menggamit hati mereka yang menonton acara berkenaan.

-------------------------------------------------------------------------------


saya rasa bukan pasal kes mahkamah aje yang ganggu jamal punya
concentration tapi all these buahaha dengan penyanyi poyo misha
omar tu.. saya rasa jamal doesn't need all those rubbish and garbage
gossip yang bukan nya dapat improve kan lagi kesihatan dan mind dia
- biarlah jamal low profile dulu.. just nyanyi dalam mana2 jemputan
exclusive macam hari ibu tu..  saya harap tak payah la jamal buat
interview sana sini  yang mana reporter saje aje nanti tulis bukannya
yang baik2 pun or yang positive - lagi mengata mengeji menyindir -
concentrate in healing yourself jamal.. and get in touch more
within yourself --  and do the best whenever you have to give
performance --   

peminat jamal sentiasa doakan kebahagiaan dan semoga sembuh
and take your time  to do that - tak payah hurry --
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-4-2008 01:10 AM | Show all posts
jamal no. 1
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-5-2008 11:36 AM | Show all posts


dah booked ticket nak tengok concert jamal and sheila end of may nanti -

ramai ke yang pergi?

saya urge -- datang sebab mesti best persembahannya
dan MAKANAN nya memang giler  (lunch) sedap! -

trademark jamal hari ibu punya show -
mesti ada lagu: KASIHNYA IBU...

and he sings it ..so well - mesti ramai menangis -
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-5-2008 11:38 AM | Show all posts

komgringples -  pergi tak? --

jom la turun KL - best concert ni -
Reply

Use magic Report

Post time 2-5-2008 07:57 PM | Show all posts
steady abang jamal
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-10-2008 08:53 PM | Show all posts

ni lagu favourite raya saya.....
sebab jamal yang nyanyi... sedap betul lagu tu...

yang dia nyanyi ngan saleem pun best

tapi yang ni... ishhhhhhhhhh memang classic -







SALAM AIDILFITRI -  Jamal Abdillah -


Assalamualaikum
Salam hamba hulur tanda ingatan
Buat semua insan umat Islam
Di pagi syawal

Pada bonda tercinta
Pada ayah yang rela berkorban
Mohon keampunan dosa-dosa
Yang ku lakukan

Untukmu duhai dinda yang setia
Harungi derita
Marilah bersama kita saling
Bermaaf-maafan

Semoga lebaran ini
Membawa keinsafan diri
Sejarah yang hitam
Agar tidak terulang
Untuk selamanya

Pada dia yang pergi
Kita hulur doa tulus suci
Agar roh mereka dicucuri
Oleh rahmat Nya



*******************************************************************************


best kan lagu dia....
suara jamal memang gila sedap sangat....
kalau dengar lagu ni..rasa macam sayu gitu....

jamal.. jamal.. harap jamal sihat sokmo
and alwayz in happiness too -

Selamat Hari Raya
Maaf Zahir Batin -


[ Last edited by  dexa at 1-10-2008 08:54 PM ]
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 4-11-2008 10:42 PM | Show all posts
Jamal tidak lupa tanggungjawab
Oleh Norhadiani Baharom


KEHIDUPAN insan bernama Jamal Abdillah atau nama sebenarnya
Jamal Ubaidillah Ali, 49, mungkin tidak seindah bapa lain yang selalu
ada untuk mencurah kasih sayang selain berkongsi tawa serta duka si anak.


Namun, apakan daya jika sudah tertulis 'perpisahan' yang terbaik untuk memulihkan diri daripada kesilapan lampau.

Hanya doa dari kejauhan mengiringi anak-anak tersayang, mudah-mudahan mereka dijauhi daripada malapetaka dan dapat menjalani kehidupan seharian dengan lancar tanpa sebarang tekanan.

Bagaimanapun, dalam kehidupan yang serba salah, penyanyi melonjak dengan filem Azura ini tidak pernah mengabaikan tanggungjawabnya sebagai bapa kepada dua puteranya, Osama Yamani, 7, dan Ahmad Zaki Yamani, setahun lapan bulan.

"Tanggungjawab semestinya kerana itu kewajipan saya sebagai bapa. Walaupun orang kenal saya macam ini, namun nafkah anak tidak pernah diabaikan.

"Setiap bulan saya kirim wang. Osama tinggal bersama ibu tiri saya, manakala Ahmad Zaki pula dengan ibunya.

"Jika ada kelapangan, saya akan pulang ke kampung menjenguk Osama. Manakala pada musim cuti sekolah saya akan mengambilnya untuk tinggal bersama di sini (Rumah Pengasih). Sementara Ahmad Zaki pula, saya akan menemuinya di taska.

"Kalau ikutkan memang sedih kerana terpaksa menjalani kehidupan seperti ini, berjauhan dengan anak, tetapi bagi saya ini saja jalan terbaik buat masa ini.

"Saya bimbang jika tinggal di luar kerana banyak dugaan yang akan menghasut saya untuk kembali menagih," katanya.

Bagi membuktikan kebimbangannya, Jamal yang ditemui di Majlis Rumah Terbuka Kuzie Catering di Kompleks PKPS, Shah Alam, baru-baru ini, memaklumkan ke mana pun dia pergi pasti ditemani kaunselor, Wira Noh yang sudah dua tahun menjaganya.

"Dia guru dan teman baik yang selalu memberi kata-kata semangat kepada saya. Walaupun sekarang ini, saya bebas 100 peratus daripada dadah, namun sebenarnya masih dalam proses pemulihan.

"Khususnya dalam mengatasi ketagihan dan membina semula keyakinan diri yang sudah lama hilang," katanya.

Ditanya mengenai hubungannya dengan bekas isteri, Jamal mengakui, dia tidak mempunyai sebarang masalah dengan ibu kandung Osama Yamani iaitu Nor Aina Yusuf (Intan) dan mereka masih berbaik-baik demi anak.

Namun, dengan isteri hasil perkahwinan ketiganya, Fatimatu Zahra Samad, Jamal enggan memberi sebarang komen.

Malah, perbicaraan atas dakwaan ugutan daripada Jamal menerusi SMS yang dikemukakan Fatimatu tahun lalu ditangguhkan hingga 6 November ini berikutan peguam belanya sakit.

Merancang untuk mengusahakan perniagaan francais satu hari nanti demi jaminan masa depan anak, Jamal yang lama menyendiri dikatakan bersedia menemui peminatnya dengan album terbaru.

Sepuluh lagu dikumpul dan dua daripadanya selesai dirakamkan. Komposer yang terbabit adalah Hazami, M Nasir dan Adnan Abu Hassan termasuk Jamal sendiri mempertaruhkan enam lagu nukilan sendiri.

Berbanding deretan albumnya sebelum ini, penyanyi yang berpengalaman 30 tahun dalam arena nyanyian itu menampakkan keseriusan dalam menulis lagu.

"Tidak semestinya semua enam lagu yang saya cipta dimuatkan dalam album ini. Jika ada komposer yang memberikan lagu yang lebih baik dan sesuai dengan kehendak semasa, sudah tentu saya memilihnya.

"Kecenderungan membuat lagu sebenarnya sudah lama. Antaranya lagu popular yang pernah saya hasilkan iaitu Mati Hidup Semula, Kau Yang Ku Tunggu, Ghazal Asmara dan kalau ikutkan Ghazal Untuk Rabiah itu melodi asalnya juga idea saya.

"Namun, perlu saya akui saya tak begitu arif dalam penulisan lirik. Mengenai bila album ini akan dipasarkan, saya hanya mampu kata paling lewat pun awal tahun depan.

"Kalau ikutkan perancangan asal dengan Warner, mereka inginkan album ini berada di pasaran selewat-lewatnya Disember depan, tetapi saya tidak yakin ia boleh dilaksanakan kerana masa terlalu suntuk," katanya
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-12-2008 10:42 AM | Show all posts
Jamal: Pengasih mengajar saya lebih bertanggungjawab

KUALA LUMPUR: Persatuan Pengasih Malaysia (Pengasih) menyediakan persekitaran yang selamat buat saya di samping mengajar supaya menjadi lebih bertanggungjawab kepada anak-anak dan keluarga, kata penyanyi tersohor negara yang sudah agak lama 'hilang' dari persada seni tanah air, Jamal Abdillah.


Penyanyi yang bergelar Raja Pop Malaysia itu berkata, rawatan di Pengasih adalah berbeza daripada apa yang pernah dilaluinya sebelum ini kerana ia mengajarnya supaya menjadi lebih bertanggungjawab.

"Di sini mereka mengajar tentang penstabilan emosi dan spiritual.

"Rawatan di sini merupakan satu platform untuk kami hadapi kenyataan mengenai kehidupan, di mana budaya hidup sebagai seorang penagih dan seorang yang normal jauh berbeza," katanya.


Presiden Pengasih, Mohd Yunus Pathi (berdiri, kiri) bersama Penyelaras Agama
Pengasih Rahim Ghalib dan penyanyi, Jamal Abdillah (kanan) menyemak senarai
nama peserta yang mengambil bahagian dalam ibadah korban ketika upacara korban
sempena Aidiladha yang diadakan di Rumah Pengasih, hari ini. Sebanyak tiga ekor
lembu korban disediakan untuk diagih-agihkan kepada penduduk setempat pada
majlis tersebut. - fotoBERNAMA



Beliau berkata demikian ketika ditemui pada majlis sambutan "Aidiladha dan Korban 2008" di Rumah Pengasih di sini hari ini.

Pengasih merupakan pertubuhan yang menyediakan perkhidmatan rawatan pemulihan kepada penagih dadah.

Penyanyi bersuara emas yang akan menyambung sesi rakaman album di Johor esok itu menjadi penghuni Rumah Pengasih sejak tahun lepas setelah beliau ditahan pihak berkuasa atas kesalahan berkaitan dadah.

"Pengalaman saya di Pengasih bukan sahaja untuk pemulihan, tetapi ia juga merupakan satu program yang menyeluruh.

"Tempoh rawatan biasa ialah enam hingga lapan bulan, tapi saya sukakan tempat ini, itu sebabnya saya masih di sini," kata Jamal yang merancang untuk melancarkan album barunya itu tidak lama lagi.


Sementara itu Presiden Pengasih, Mohd Yunus Pathi dalam persidangan media pada majlis itu berkata, bekas penagih memerlukan sokongan penuh anggota keluarga mereka dan juga masyarakat secara keseluruhannya.

Beliau berkata, Pengasih bukan sahaja hanya berusaha membantu usaha menghentikan penagihan, tapi juga membantu penagih itu dalam usaha mengubah 'mindset' mereka sendiri.

Katanya aspek spiritual dalam usaha pemulihan juga memainkan peranan yang amat penting dan pemimpin-pemimpin agama komuniti perlu faham masalah yang dilalui penagihpenagih ini dalam usaha membantu mereka.

Sementara itu, Mohd. Yunus berkata, kerajaan perlu mengambil pendekatan lebih holistik dalam usaha memerangi dadah dan bukan hanya memberi tumpuan kepada usaha mengurangkan kesan gejala penagihan dadah sahaja.

Beliau berkata, walaupun ia juga merupakan aspek penting dalam strategi kerajaan itu, namun usaha mengurangkan permintaan dadah dan pengurangan risiko juga memainkan peranan yang sama penting dalam memerangi gejala itu. BERNAMA


***************************************************************************************


memang patut ada holistic approach tu.. insyaallah dapat memerangi dadah -

jamal is such a different person now.. much more depth and show more maturity
and more open -

terimakasih pengasih sebab ambil jamal dan didik dia dan menolong dia -
-- cute jamal pakai macam orang arab la pulak -

selamat hari raya jamal (and thanks for a nice card -)
tak sabar nak tunggu album baru -

*hari tu saya melawat pengasih kat jalan duta sana -
a great place   - bagus tempat ni -
tetapi ye lah kan.. ni bukan serenti ditaja oleh kerajaan -
ni tempat swasta - kalau keluarga tu memang nak menolong
anak2 depa nak baik pulih dari dadah dan ada wang -
memang patut hantar kat pengasih -
program2 dia memang berkesan insyaallah -
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 21-1-2009 06:16 AM | Show all posts
Projek baru Jamal Abdillah

MESKIPUN namanya agak sepi dari media massa, tetapi jangan ingat Raja Pop, Jamal Abdillah tidak mempunyai projek terbaru.


Selain daripada sibuk dengan undangan nyanyian yang tidak pernah putus, Jamal juga kini sedang sibuk di studio merakamkan album terbarunya yang dijangka berada di pasaran sebelum pertengahan tahun ini.

Amboi, hebat sungguh abang Jamal kita ni. Dalam diam rupanya sibuk merakamkan album baru. Papa dengar sudah lima buah lagu dirakamkan dan single pertamanya yang masih lagi belum berjudul juga dikatakan akan mampu menjadi hit.

Bukan itu sahaja, Jamal juga dikatakan bakal berduet dengan seorang penyanyi lama era 70-an iaitu Ismail Haron menerusi sebuah lagu lama. Tak kenal? Ha, siapa yang hidup era itu, pasti akan kenal dengan abang Ismail kita.

Mana tidaknya, dulu dia pernah menjadi rakan duet diva terkenal, Anita Sarawak dan pernah merakamkan beberapa buah album bersama. Salah satu lagu popular mereka adalah Menunggu Nasi Minyak.

Apa yang Papa tahu, ada kisah yang terjadi dalam hidup Ismail sehingga dia membawa diri ke Australia dan terus tidak aktif lagi dalam bidang nyanyian.

Papa pasti ramai yang tidak sabar menunggu kolaborasi Jamal dan Ismail dan Papa percaya gandingan mereka nanti akan meletup!!


*************************************************************************************

yea... tak sabar tunggu album jamal... tak kenal ismail haron, tapi pernah dengar
lagu nasi minyak tu kat klasik nasional.... okay aje...

pertengahan tahun album keluar... kira tak lama la tu... juga harap jamal ada lah
buat concert macam yang kat IB dulu... -
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-1-2009 06:52 AM | Show all posts
Keputusan representasi Jamal 20 Februari



JAMAL memimpin Ahmad Zaki ketika hadir
di Mahkamah Majistret Shah Alam semalam.


SHAH ALAM - Mahkamah Majistret di sini semalam menetapkan 20 Februari ini bagi keputusan permohonan representasi Jamal Abdillah berhubung hasrat isterinya untuk menarik balik pertuduhan melakukan ugutan jenayah yang dihadapinya.

Tarikh itu ditetapkan Majistret Norkamilah Aziz setelah mendengar permohonan Penolong Pendakwa Raya, Siti Syakimah Ibrahim supaya kes itu ditangguhkan bagi mendapatkan arahan lanjut daripada pendakwa raya.

Menurut Siti Syakimah, representasi yang dibuat penyanyi tersebut telah dirujuk kepada Pejabat Ketua Unit Pendakwaan Selangor.

"Selain itu, representasi berkenaan juga sudah pun dirujuk pejabat di Putrajaya dan meminta mahkamah menetapkan tarikh singkat sebelum kami menerima arahan selanjutnya," katanya.

Jamal atau nama sebenarnya Jamal Ubaidillah Ali, 49, hadir bersama isterinya, Fatimatuzahra Samad, 26, dan anak mereka, Ahmad Zaki Yamani berumur dua tahun.

Sepanjang prosiding, Jamal diwakili peguam Datuk Mohd. Taqiyuddin Yahya kelihatan tenang di kandang tertuduh.

Jamal yang juga Juara Bintang RTM 1979 didakwa mendatangkan ketakutan jenayah terhadap Fatimatuzahra dengan menyatakan kata-kata ugutan jenayah melalui Khidmat Pesanan Ringkas.

Ugutan berbunyi 'tunggu dan lihat apa akan terjadi' menggunakan nombor telefon miliknya kepada telefon Fatimatuzahra di No 2, Jalan Pauh 4/2B, Seksyen 4, di sini, pada jam 7.44 pagi, 30 April 2007.

Pendakwaan mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan memperuntukkan hukuman penjara maksimum tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya.


************************************************************************************

hopefully semuanya berakhir dengan baik -
smart nampak jamal sekarang.. --

bila dah jadi benda2 begini.. susah dah nak hidup bersama -
mungkin baik goes separate ways - seek for better life
dan ketenangan - kat pengasih pun jamal dah bagus sangat -
doakan agar sentiasa dalam keredhaan -
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-2-2009 05:45 AM | Show all posts
Impian dan realiti Jamal

Oleh SHAZRYN MOHD. FAIZAL



PEMBABITAN dalam bidang seni selama 30 tahun sudah cukup
membuktikan Jamal sememangnya tiada galang gantinya.


BANYAK aspek yang menarik jika mahu membicarakan mengenai figura tersohor ini. Biarpun dirinya diselubungi dengan pelbagai peristiwa duka, dia masih lagi disayangi dan dihargai oleh peminatnya.


Kasih sayang yang tercurah kepadanya adalah kerana dia memiliki aset yang paling berharga dan tidak mungkin akan ada penyanyi yang mampu menyaingi kehebatan vokal emasnya itu.

Ya, itulah Jamal Ubaidillah Ali atau lebih dikenali sebagai Jamal Abdllah, seorang biduan yang tidak pernah henti mengalunkan irama dan ritma yang mampu membuai jiwa.

Tanpa disedari, perjuangannya sebagai seorang seniman sudah pun menginjak ke angka 30 tahun ini.

Memang terasa benar waktu pantas berlalu. Rasanya seperti semalam dia menjulang gelaran Bintang RTM 1979 yang mengangkatnya sebagai bintang ternama.

"Syukur saya masih lagi dihargai sehingga kini. Apa yang membuatkan saya bangga ialah peminat yang mengikuti kerjaya seni saya sejak 30 tahun lalu, tidak pernah bosan dengan setiap lagu dendangan saya," ujarnya membuka bicara petang itu di Hotel Quality, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Untuk itu juga, demi peminat tersayang yang sekian mendamba buah tangan terbaru daripadanya, Jamal memberitahu, album terbarunya yang berjudul Tak Hilang Cinta yang bakal berada di pasaran pada 17 Mac depan.

Masih lagi setia bersama Warner Music Malaysia sejak menjadi penyanyi dan penghibur, anak jati Teluk Intan, Perak ini juga ternyata teruja apabila pertama kali bertindak sebagai penerbit bersama.

"Tak Hilang Cinta dijadikan sebagai judul album saya sebagai tanda dan untuk memberitahu kepada peminat bahawa saya masih lagi di sini atas nama cinta saya kepada dunia seni dan juga cinta saya kepada mereka.

"Saya gembira apabila diberi peluang oleh syarikat rakaman untuk menerbitkan album ini bersama Eddie Marzuki. Satu penghormatan untuk saya setelah 30 tahun menyanyi," katanya yang kelihatan sedikit berisi.

Tidak cukup dengan itu, Jamal turut memberitahu, album solonya yang ke-17 ini juga memuatkan empat buah lagu ciptaannya.

Sebelum ini, lagu dan lirik ciptaan Jamal yang cukup popular adalah Mati Hidup Semula dan kini, Jamal mengakui, dia semakin yakin untuk memuatkan lagu ciptaannya di dalam album ini.

"Dulu, memang tidak berapa yakin tetapi, apabila syarikat rakaman memberi lampu hijau, maka dengan itu, saya keluarkan segala apa yang saya pendam dan simpan sejak sekian lama dan saya luahkan menerusi lagu.

"Saya juga mahu peminat saya melihat sisi baru saya yang bukan sahaja sebagai penyanyi dan penghibur tetapi juga sebagai komposer dan penulis lirik. Apa yang saya harapkan, mereka mampu menerimanya dengan positif," kata Jamal penuh harapan.

Mempertaruhkan lagu Apa Lagi ciptaan Datuk Syed Elias Syed Ahmad sebagai single pertama, lagu ini juga bakal menyaksikan dimensi baru muzik Jamal yang cukup berbeza dengan apa yang pernah dibawakannya sebelum ini.

"Muzik kali ini agak moden seiring dengan perubahan muzik semasa. Saya percaya ia mudah diterima. Namun, identiti saya masih dikekalkan dalam album ini menerusi lagu balada ciptaan Adnan Abu Hassan," jelas Jamal yang kali terakhir muncul dengan album Aku Penghibur pada tahun 2005.

Selain lagu Apa Lagi, Tak Hilang Cinta yang memuatkan 10 buah lagu itu turut menampilkan lagu-lagu menarik lain antaranya Tak Hilang Cinta Di Dunia, Cinta Dua Darjat, Di Mana Akhirnya, Waktu Kerinduan dan Akulah Kekasihmu.

Malah, Jamal juga telah merakamkan semula sebuah lagu lama berjudul Terpesona Dusta dan menariknya, buat pertama kalinya, beliau berkolaborasi dengan kumpulan Ahli Fiqir.

Projek teater muzikal


Jamal yang bakal berusia 50 tahun pada 7 Mei ini turut memasang impian berlakon dalam sebuah pementasan teater muzikal dan apa yang pasti, impiannya itu bakal menjadi realiti.

Bakal dipentaskan di Istana Budaya (IB) sekitar Ogos depan selama lima hari, kata Jamal, ia bakal mengangkat kisah hidup dan perjalanan seninya dengan sentuhan yang cukup berbeza.

Tambahnya, idea itu sudah lama disimpan dan hanya menunggu masa sahaja untuk direalisasikan. Lalu, bila IB menawarkan peluang itu kepadanya, ia seperti bulan jatuh ke riba.

"Ini merupakan projek sulung syarikat saya, Bintang Channel Sdn. Bhd. untuk pementasan teater muzikal seperti ini. Saya juga akan berlakon dalam teater ini selain daripada beberapa orang pelakon yang saya mahukan mereka beraksi dalam teater ini.

"Skrip dan jalan cerita sudah sampai ke peringkat akhir dan saya sedang mencari seorang pengarah untuk menjelmakan naskhah ini. Ketika ini, hanya satu sahaja nama yang terlintas di fikiran saya iaitu Erma Fatima," kata Jamal penuh teruja.

Tetap menunggu Siti

Umum mengetahui, Jamal sememangnya cukup mengagumi bakat luar biasa yang dimiliki oleh penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza.

Malah, sehingga kini, Jamal tidak pernah putus harapan untuk berkolaborasi dengan penyanyi pujaan ramai itu baik menerusi sebuah lagu dan apatah lagi untuk sebuah album.

"Salah satu impian saya yang belum tercapai adalah untuk merakamkan sebuah album yang memuatkan lagu-lagu duet Allahyarham Tan Sri P. Ramlee dan Allahyarham Saloma. Kalau diberi peluang, saya mahu berduet dengan Siti dalam album ini tetapi, hanya masa yang akan menentukan," jelas Jamal penuh makna.

Kehidupan yang tenang

Selama hampir tiga tahun menginap di rumah Pengasih, penyanyi yang diberi jolokan Raja Pop ini mengakui, kehidupannya lebih baik seolah-olah tiada masalah yang membelenggu dirinya.

Luahan Jamal itu ternyata menjawab persoalan penulis yang melihat susuk tubuhnya yang kelihatan berisi itu serta ketenangan yang jelas terpancar di wajahnya.

"Saya masih belum bersedia untuk berdepan dengan realiti hidup dan untuk itu, saya memerlukan sekurang-kurangnya setahun untuk memantapkan diri saya.

"Untuk memulihkan diri saya ia bukanlah hanya dari segi luaran sahaja tetapi emosi dan fizikal juga penting untuk kita benar-benar bebas dari segala permasalahan.

"Saya bersyukur kerana orang-orang di sekeliling sentiasa memberikan nasihat dan sokongan untuk saya terus tabah menghadapi hidup," ungkap Jamal dengan makna yang cukup mendalam.

Selain itu kata Jamal, kekuatan dirinya juga adalah daripada semangat dua orang puteranya, Osama Yamani dan Ahmad Zaki Yamani, masing-masing berusia sembilan dan dua tahun meskipun mereka tidak ada di depan mata.

"Saya juga mahu menunaikan ibadat haji dan jika segala-galanya berjalan lancar, Insya-Allah, penghujung tahun depan saya akan ke sana," jelasnya.


****************************************************************************************


all the best to jamal.....
dan hopefully kehidupan dia menjadi lebih baik dari yang
dulu2 ---  suara jamal ------- the best -
Reply

Use magic Report

Post time 28-2-2009 07:41 PM | Show all posts

Reply #211 dexa's post

wow 2 things to look out for....album baru n teater... kali ni tak mo lepas tengok dia beraksi.....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-3-2009 09:12 AM | Show all posts
Originally posted by detox at 28-2-2009 07:41 PM
wow 2 things to look out for....album baru n teater... kali ni tak mo lepas tengok dia beraksi.....



theatre dia berlakon August ni - WAJIB tengok....  mesti best -


kalau lah jamal buat concert lagi kat IB kan best
rasa tak cukup last time --
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2009 02:34 PM | Show all posts

Reply #213 dexa's post

ye....i missed the last concert....hopefully ada satu lagi.....and will make sure i'll be among the first to get the ticket ...
n thx to u dexa dok update citer2 pasal Jamal..sometimes i terlepas baca dari newspaper....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-3-2009 07:03 AM | Show all posts
Originally posted by detox at 3-3-2009 14:34
ye....i missed the last concert....hopefully ada satu lagi.....and will make sure i'll be among the first to get the ticket ...
n thx to u dexa dok update citer2 pasal Jamal..sometimes i ter ...



you are welcome -

ha - ni ada news pasal jamal di IB this august -

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-3-2009 07:07 AM | Show all posts
Jamal Abdillah di IB Ogos

BENAR! Buat kali kedua untuk konsert solonya, Raja Pop itu akan beraksi lagi di pentas berprestij, Panggung Sari, Istana Budaya mempersembahkan gemersik suaranya yang menjadi pujaan ramai itu.


Yang seronoknya, Joyah diberitahu bukan satu, dua atau tiga malam Jamal Abdillah akan menghibur seperti biasa dilakukan oleh para artis tempatan lain. Tetapi Jamal akan mengadakan persembahan istimewanya selama lima malam berturut-turut. Ya, lima malam. Hah! Janganlah terkejut.

Joyah pasti Jamal mampu melakukannya. Dengan latihan pesat, pasti akan membuahkan hasil. Betul tak Jamal. Hah! Kakak-kakak, abang-abang yang tersenyum girang dan mula berkira-kira mahu menonton persembahan Jamal, apalagi, bersiap-siaplah beli tiket awal-awal.

Jangan nanti, pada saat akhir menyesal sebab tiket habis macam konsert M. Nasir yang baru lalu. Joyah dengar ramai yang kecewa sebab tak dapat tiket.

Joyah dapat tahu, ada sesuatu yang istimewa yang akan dipersembahkan Jamal pada konsertnya itu nanti. Sebab persembahan Jamal bukan seperti kebiasaan persembahan yang dia lakukan okey. Akan ada kelainan.

Pasti ramai yang tertunggu-tunggu dan tak sabar kan. Joyah dengar, ibaratnya persembahan Raja Pop itu nanti seperti satu pementasan teater muzikal.

Ya... ada drama dan lagu. Khabarnya ia berkenaan sketsa yang bercerita tentang diri dan kehidupan lelaki bersuara jantan ini.

Ia akan di selang selikan dengan nyanyian lagu-lagu popular Jamal Abdillah yang menjadi pujaan ramai. Joyah pasti persembahan yang bukan seperti lazimnya itu menghiburkan. Tak sabar rasanya Joyah nak menyaksikannya. Joyah pun nak tempah tiket untuk lima-lima malam. Tak mahu miss satu pun!

************************************************************************************************8

best...best.... yang ni memang yang paling saya tunggu tunggu -
harus nak pergi first and final shows --  tak sabar rasanya -

guarantee akan nyanyi lagu2 dari album baru dia juga (keluar march ni) -

wtg jamal -- mesti gempar concert ni --  kalau tak invite orang lain pun tak apa
macam m nasir tu.. sebab nak tengok jamal aje -
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 8-3-2009 07:27 AM | Show all posts


eh....

best nya lagu  'wanita'  ni....

lagu baru jamal ke ni -- best lirik dan music nya
suara dia jangan cakap la --
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-3-2009 06:57 AM | Show all posts
eh.....

dengar lagu jamal pagi ni....  macam ala2 hindustan pula...

sedap nya lagu dia.... lagu baru ke ni --

best.......best sangat

album baru dia keluar hari ni -
dah main pagi ni kat radio ke....


* tak sabar nak beli 'tak hilang cinta'
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2009 01:05 PM | Show all posts
dah kluar ke album dia...tadi gi tengok tarak pun.....


btw lagu apa yang u dengar...i asik dengar APA LAGI je...

Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2009 01:31 PM | Show all posts
jamal ni kalu nyanyi live, selalu lupa lirik..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

7-5-2024 01:45 AM GMT+8 , Processed in 0.090224 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list