CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: honeybee1802

[MERGED] All About ULTRASOUND

[Copy link]
Post time 2-3-2006 03:06 PM | Show all posts
yer ker katak? fina nie memang senang sikit dengar cakap orang.....pastu mulalah risau.....dah lah tetiap bulan g scan 2d tu.....tapi scan 2d tu pun leh nampak gender baby clear gak, kan.....fina nak sangat tau gender baby.....sekarang nie asyik berteka-teki jer.....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-3-2006 03:10 PM | Show all posts
Originally posted by dafina at 2-3-2006 03:06 PM
yer ker katak? fina nie memang senang sikit dengar cakap orang.....pastu mulalah risau.....dah lah tetiap bulan g scan 2d tu.....tapi scan 2d tu pun leh nampak gender baby clear gak, kan.....fina n ...


there is no 100% accuracy gak fina
sbb eventhough ada yg dah confirm gender pon
bila baby kuar tgk gender lain plak from prediction
tapi cuba laaa guna 3d tu
not even the gender
muka baby pon u leh nampak
me teringin sangat nak guna the 3d
tapi tau about that technology pon masa me dah 8 bulan
so since baby dah nak kuar, malas laaa nak scan guna 3d
for next pregnancy
yup, i opt to go at least once for 3d or 4d scan
Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2006 10:19 AM | Show all posts
Betul ker orang kata, mechine scan 2d nie ada yang canggih n standard jer? Kalau ada yang canggih tu, apa bezanya? Kalau 3d tu dah tahulah, boleh nampak muka baby lagi...
Reply

Use magic Report

Post time 8-8-2006 08:18 PM | Show all posts

KERAP ULTRASOUND

Kekerapan melakukan 'Ultrasound'. Apa pandangan anda? :hmm:

[ Last edited by  gigipalsu at 8-8-2006 08:20 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 8-8-2006 08:23 PM | Show all posts
Dipetik dari www.PicturesofPregnancyStages.net

The Food and Drug Administration, has recently issued a warning
about companies selling Ultrasound "Keepsake" Videos. These
companies, with names like Fetal Fotos, Peek-a-Boo, Womb with a
View, and Baby Insight are trying to turn an important medical
procedure into a prenatal portrait tool.

The lure of this newindustry is that parents-to-be get to see
characteristics like facial features, hair, and even the baby's
sex, and often they can count fingers and toes before their baby is
born. Some women even have videos made at various stages of their
baby's growth. And the videos are often being marketed as a prized
addition to collections of childhood memorabilia.

As compelling as these sneak previews may be, the FDA is warning
women about the potential hazards of getting keepsake videos. The
agency also is warning companies against creating them for
entertainment purposes. While ultrasound has been around for many
years, expectant women and their families need to know that the
long-term effects of repeated ultrasound exposures on the fetus are
not fully known. In light of all that remains unknown, having a
prenatal ultrasound for non-medical reasons is not a good idea.
Reply

Use magic Report

Post time 4-9-2006 05:10 PM | Show all posts
Ultrasound kesan kecacatan bayi
Oleh: SHAFINAZ SHEIKH MAZNAN

DARI melihat jantung bayi berdegup, menguap, tersedu, menghisap ibu jari dan menggeliatkan tubuhnya, ultrasound ibu hamil menjadi pengalaman mencuit hati tentang ahli keluarga baru yang masih di dalam kandungan.

Jika sebelum tahun 1950-an ibu bapa hanya dapat melihat kelibat bayi mereka buat pertama kalinya sebaik sahaja dilahirkan, namun kini kecanggihan teknologi membolehkan senyuman bayi dirakamkan berbulan-bulan lamanya sebelum dilahirkan.

Pada awalnya, ibu dan ayah hanya dapat melihat imej bayi mereka itu yang rata dan berwarna hitam putih menggunakan ultrasound dua dimensi (2D) tradisional. Imej ultrasound tiga dimensi (3D) mula dibangunkan pada tahun 1986 oleh Kazunori Baba dari University of Tokyo.

Bagaimanapun, tontonan imej ultrasound 3D yang mengambil gambar janin pada masa sebenar iaitu ketika bayi sedang bergerak-gerak, hanya menjadi realiti sedekad kemudian melalui penggunaan komputer yang lebih berkuasa tinggi.

Bayi seakan melambai-lambaikan tangannya yang kecil itu menerusi tingkap ke arah anda yang berada di dalam bilik doktor. Anda akan mula berteka-teki tentang mata, hidung atau raut wajahnya yang lebih mirip 憁ama
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 4-9-2006 11:30 PM | Show all posts
Sara pun teringin nak scan 3d. Sesiapa tau tak kat mana ada area cheras? betul ke 3d $35 je? Klu mcm tu samala $ dgn 2d punyala. Ari tu pegi klinik biasa, kononnya nak tau gender tp bila doc tnjkkan scrin 2d dia tu satu apa pun tak paham. yg sara nmpk cuma denyutan jantungnya je. yg bestnya doc tu taye, u nmpk x? ini punggungnya & bila sara ckp x nmpk doc suruh sara bayangkan mcm hamburger..   dahla tak tahu apa yg dia scan, pastu print gmbr baby dari atas kepala so itam je la gmbrnya.. dahla charge smpi $50... Klu puas ati xpela gak...
Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2006 10:52 AM | Show all posts
kat Pusat Pakar An Nur klinik materniti dia pun ada buat 3D Scan. tapi sebaiknye buat 3d scan ni 22minggu ke atas. harga utk scan saja rm80-rm90. so pada sapa2 yg berminat boleh la booking hari bila nak buat. coz my fren ada buat kat citu. sy tak sabar2 nak buat, tapi minggu tak cukup lagi.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-9-2006 01:59 PM | Show all posts


ni ler gambar ultrasound my daughter, delaila, masa ni 8 mth..
Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2006 11:11 PM | Show all posts
actually, saya ada appoinment utk U/s ni esok. memula dr tentukan saya akan di scan next month, tetiba hasil ujian darah last week, dr arahkan saya buat u/s dalam minggu ni jugak. penerangan dr hospital yg saya dapat, saya tak de masalah anemic, rh pun positif, hiv pun negatif, semua ok. apa yg merisaukan saya dia org kata jangkaan umur baby dlm kandungan tak accurate ngan tarikh akhir period yg saya bagi tu. padahal saya bagi yg betul. risau takut ada apa2 masalah lain. dan yg paling merisaukan saya, dalam kandungan dah 19 minggu, fizikal saya mcm tak mengandung, perut tak nampak langsung... ini berbeza ngan dua anak lain sebelum ni... hish... babay saya ni kecik yg amat ker?? sini kat US mcm2 test nak buat. risau lah saya ni... apapun, doa saya semoga esok ok je la semuanya.
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2006 04:44 PM | Show all posts


Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2006 10:18 AM | Show all posts
ader sapa2 ke yg dah penah buat 3d ngan 4d scan nih ?
kat mana yg murah yer? apa beza 3d ngan 4d tuh?
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2006 04:48 PM | Show all posts
hmmm...seronok n gembira bangat dapat baca thread korang..citer pasal baby dalam womb....
sedey sebab saya blum ader rezeki lagi nak rasa cam apa yang korang rasa...takper tawakal padaNya dan yakin dan usaha insyaallah...kan?kan?...
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2006 03:49 PM | Show all posts
Ultrasound tidak jejas bayi
Oleh Hafizah Iszahanid



Mesin pengimbas diguna untuk mengetahui usia, struktur janin, keabnormalan kandungan dan penyakit yang dihidapi

PERSOALAN yang sering bermain di benak wanita yang pertama kali hamil ialah adakah mesin pengimbas (ultrasound) selamat untuk kandungan? Adakah perkembangan bayi dalam kandungan boleh terencat disebabkan mesin pengimbas itu?

Jawapan paling mudah ialah mesin ultrasound yang sudah digunakan dalam dunia perubatan lebih 30 tahun lalu, tidak memberi sebarang kesan buruk kepada kandungan.

Begitupun, hampir semua pengamal perubatan perbidanan dan sakit puan bersetuju pendedahan bayi dalam kandungan kepada mesin pengimbas jangan terlalu kerap dan lama. Ia juga harus dibuat berdasarkan keperluan dan kepentingan.

Sejak diperkenalkan, teknologi ultrasound sentiasa dipertingkatkan. Jika dulu ultrasound membabitkan 2D, tetapi kebelakangan ini ultrasound 3D dan 4D cukup popular.



Mungkin kebanyakan orang berpendapat, ultrasound hanya digunakan untuk mengetahui jantina anak.

Sebenarnya fungsi ultrasound lebih daripada itu. Ia digunakan pada awal kehamilan untuk menentukan viabiliti (memastikan bayi berada dalam rahim dan pergerakan jantungnya normal).

Selain itu, ia juga berupaya mengesan berapa jumlah kandungan dan menentukan usia kandungan untuk menganggarkan tarikh kelahiran (estimated date of delivery).

Dalam inovasi terkini ultrasound pula, 3D dan 4D memberi kelebihan dalam mengesan keabnormalan bayi dalam kandungan.



Pakar Perunding Perbidanan dan Sakit Puan, Fetal Medicine & Gynaecology Centre, Dr S Raman, berkata ramai wanita di Malaysia hari ini berkahwin dan memulakan keluarga pada usia 30 tahun.

Justeru, pada usia ini, tahap kesuburan sebenarnya merosot dan risiko terhadap kelahiran bayi yang memiliki kesilapan kromosom (chromosomal disorder) agak tinggi.

Dengan imbasan yang dinamakan 憂uchal scan
Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2007 01:37 PM | Show all posts
Kesan kecacatan bayi

Oleh NORLAILA HAMIMA JAMALUDDIN

Imbasan 3D membolehkan doktor melihat kedudukan bayi dari pelbagai sudut dan orientasi

LELAKI atau perempuan? Inilah soalan pertama yang diajukan kebanyakan bakal ibu dan bapa apabila doktor melakukan ujian imbasan ultra bunyi pada kandungan si isteri.

Malah, yang akan menerima anak kedua atau ketiga juga akan bertanyakan soalan sama. Dorongan ingin tahu jantina anak biasanya membuatkan ibu bapa lupa persoalan lebih penting, iaitu aspek kesihatan anak yang bakal dilahirkan.

Jantina anak bukan soal utama. Tidak kira lelaki atau perempuan, kehadiran si kecil bermakna anda mempunyai zuriat untuk meneruskan keturunan.

Usah hampa jika impian mendapat anak lelaki tidak kesampaian kerana anak perempuan juga anugerah Tuhan yang tidak ternilai. Yang penting ialah dia sempurna, cukup sifat dan sihat.

Perkara ini ditekankan berulang kali oleh Perunding Obstetrik dan Ginekologi, Pusat Perubatan Fetal dan Ginekologi (FMGC), Dr Patrick Chia.

Ada wanita (terutama yang mengandung anak pertama) meminta ujian imbasan dilakukan setiap kali dia menjalani pemeriksaan kesihatan, namun ada juga yang hanya mendapatkan perkhidmatan itu pada hujung kehamilan.

Adakah imbasan ini sangat penting dan jika ya, berapa kerap ia perlu dilakukan? Tidakkah gelombang bunyi yang digunakan dalam pemeriksaan ini mengganggu perkembangan janin yang masih kecil? Bila sepatutnya imbasan dilakukan? Inilah persoalan yang perlu diketahui bakal ibu dan bapa.

Dr Chia berkata, imbasan ultra bunyi menggunakan gelombang bunyi frekuensi tinggi untuk menghasilkan imej bayi dalam kandungan pada skrin komputer.

Untuk menjalankan imbasan, pakar sakit puan menggunakan alat dipanggil 憈ransducer
Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2007 01:39 PM | Show all posts
Jenis imbasan

Dr Chia berkata, imbasan konvensional yang digunakan secara meluas sekarang di kebanyakan hospital dan klinik kehamilan ialah imbasan dua dimensi (2D). Dalam imbasan 2D imej, yang terbentuk adalah hasil daripada beberapa siri imej dan hanya satu imej dapat dilihat pada satu masa.

揔aedah terbaru ialah menggunakan imbasan ultrasonografi tiga dimensi (3D). Dalam kaedah ini, gema gelombang direkodkan dan disimpan secara digital dan boleh menghasilkan gambar fetus yang kelihatan seolah-olah 慼idup
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-5-2007 08:30 PM | Show all posts
a'a kat mana nak scan 3d ni mcm best je
Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2007 10:30 AM | Show all posts

Reply #57 Esmeralda's post

kalau nak murah kat sini:

http://www.vision.edu.my/contact.htm
Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2007 11:50 AM | Show all posts

Reply #58 kombat's post

murah tu dlm range berapa RM?
Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2007 02:43 PM | Show all posts
me check up kat hukm
free je scan 3d tu ..dorang pun dah upgrade skrg ni
mmg jelas nampak dlm perut ni bb boy..
syukur! doktor kata sihat

lastnyear biasa 2d je scannernya
this year baru upgrad
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 08:22 AM GMT+8 , Processed in 0.075616 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list