CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3305|Reply: 10

Macamana nak galak anak jaga kebersihan?

[Copy link]
Post time 1-8-2006 05:41 PM | Show all posts |Read mode
Mungkin ada antara kita semua yang ada tips2 berguna
mcm mana nak ajar anak2 kecik nih
peka ttg kebersihan..
diri, persekitaran etc

rasanya sebelum cikgu dok ajar kat sekolah, kita yang kat rumah nih
yang patut mula2 terapkan nilai2 murni pada dorang.

marilah share.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-8-2006 05:56 PM | Show all posts
bagi dia bilik sendiri....letak bin kat bilik tu....bagi dia toilet/bathroom sendiri....anak2 mama walaupun tak tido kat bilik dia org tapi selalu jengok2 bilik tu....sorang hampir 4 thn...dan sorang lagi 2thn lebih...ajar dia buang sampah kat bin....dan selalu kemas2 cadar atau mainan dan anak2 patung atau apa2 aje yg ada kat bilik tu....itu yg mama ajar kat anak2..memang berkesan....kawan2 mama pun pelik dia org pandai kutip sampah dan buang kat tong sampah....kat rumah mama tong sampah ada banyak...dapur, bilik, bilik air...kat dining ...so, kita mulakan dulu....nanti dia org akan ikut...nak keluar rumah walaupun kat porch keta...biasakan pakai selipar....dan kalau dia tak pakai...suruh dia tengok tapak kaki dan cakap kotor...lama2 dia faham benda kotor tu apa...satu lagi mama sediakan tisu di mana2 kat rumah tu...so, bila kotor sikit dia org ambil tisu..lap dan buang kat bin....

semuanya boleh dibentuk...cuma si adik comot sikit bila makan...tu normal....

kakak pulak kotor sikit tak boleh...dia tak akan kongsi minum dgn adik kalau cawan tu comot....dia menghargai barang2 dia sendiri dan dia pastikan barang2nye tip top sokmo....semua nak cantik dan bersih...kekadang tu rumas gak...lebih2 lagi bila dia nangis tak nak masuk public toilet kalau dia tak berkenan....masa tu mama rasa nak cubit jer....manalah tahu kalau dia buat cam tu gi rumah orang lagi naya....malulah kita kan...so, berpada2lah ...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-8-2006 06:01 PM | Show all posts
tq mama
tips yang bagus dan boleh diapply pada kanak2

kekadang dorang ikut apa yang mak bapak dorang buat

kalau mak bapak dia mmg tak titik berat kebersihan, anak senang lah nak ikut peel tuh

tapi ada jugak, yang famili tuh umah lintang pukang
tapi dikurniakan ALLAH anak yang pembersih, pengemas etc

dia lah yang rajin kemas semua tuh. hehe
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2006 06:21 PM | Show all posts
wah bagus la mama. my sons pulak kalau bab sampah memang dah boleh di puji. adik atau abg memang pandai buang sampah dalam bin tapi kalu baju, tak reti nak masuk bakul la pulak....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-8-2006 11:22 AM | Show all posts
Galak kanak-kanak utamakan kebersihan

Ramai menyedari kunci kepada kesihatan yang baik ialah mengamalkan kebersihan dalam semua aspek kehidupan.

Seperti isu berkaitan hak kanak-kanak dan wanita, ia juga merupakan satu isu yang sentiasa diketengahkan bukan sahaja di negara ini, tetapi di seluruh negara.

Untuk mencapai matlamat tersebut pelbagai aktiviti dan program dijalankan dalam usaha menanamkan kesedaran orang ramai mengenai kepentingannya.

Ini termasuklah kebersihan tangan, kediaman, pemakanan yang sihat, juga senaman yang betul.

Justeru dalam meningkatkan kesedaran mengenai kepentingan kebersihan di kalangan masyarakat, sebaiknya ia dimulakan di peringkat kanak-kanak lagi.

Sesuai dengan perkembangan mereka, golongan ini lebih mudah menerima dan melakukan apa yang diajar.

Presiden Institut Sumber Kanak-Kanak Malaysia, Ruth Liew tidak menolak kenyataan ini sambil menyifatkan kanak-kanak sememangnya mempunyai rasa ingin tahu dan terbuka kepada perubahan pada peringkat awal pembangunan mereka.

``Usia persekolahan ialah masa terbaik untuk menanamkan nilai-nilai pendidikan yang betul. Justeru ibu bapa dan guru memainkan peranan penting dalam membantu memperkukuhkan proses pembelajaran ini,'' katanya, yang juga Pakar Pembangunan Kanak-Kanak.
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2006 12:44 PM | Show all posts
kadang-kadang memang sukar nak ajar anak tentang penjagaan kebersihan ni.....suka-suka dia je dia nak buang sampah tu kat mana.... walaupun kita selalu cakap kena buang dalam tong sampah......kalau kita dah letak setiap bilik ada tong sampah masih gitu jugak....apa yang Has buat selama ini memang senantiasa ingatkan anak......mulut tak henti-henti daripada mengingatkan dia tentang kebersihan....harapkan dia tahu sendiri wallahmuallam.....Has kat rumah nak katakan terlalu pembersih sangat tu tidak le......anak Has memang selalu kena warning bab kebersihan kalau tidak lepas mandi dia main campak jek atas katil baju dia tuh, kalau makan apa-apa bersepah-sepah kulit sana sini dalam rumah tu....dan selalu Has suruh dia sapu sendiri kalau dia buat sampah tu.....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 2-8-2006 02:24 PM | Show all posts
pendidikan pada anak ni makan masa dan kita kena selalu sabar....fitrah budak2 memang suka sepah barang, mama rasa semua ibu bapa ada pengalaman mcm ni....tu yg buat temperature kita senang naik....nak2 bila penat balik keje....dia org pulak sibuk duk punggah mainan merata2 tempat.

mama nak share minat anak sulung mama si kakak ni...mama memang peratikan dia ni suka betul pada keadaan dan suasana yg cantik...tahun lepas, sebelum mama pindah ke kediaman sendiri, mama suka survey barang2 rumah...mama beli anjung seri dan mama kerap gi mana-mana show house baru.....objektifnya nak cari idea hias rumah sendiri...masa tu kakak baru 3 thn  lebih (lahir bln 9) Agaknya dia ni memerhatikan sikap mama...bila kita org pergi rumah kawan atau sedara mara, kakak akan cakap benda2 yg dia berkenan...contohnya dlm perjalanan balik ke rumah dia akan cakap " mama, kak long nak lampu mcm rumah auntie tadi....lampu dia ada flower....." dia akan mentioned apa2 barang yg dia berkenan dan minta mama belikan utk dia bila pindah rumah nanti....kat dlm anjung seri ada banyak contoh gambar bilik kanak2...so, itu pun dia nak jugak.....mama nampak interest dia bagus...so, nak tak nak belikan juga apa yg dia nak....kat bilik dia tu dia pilih sendiri lampu siling, lampu dinding, lampu toilet, curtain, comforter, pillow cases, bin, dan set bilik tidur.

Ada tak you all pengalaman mcm ni?...boleh share sama....so, start dr itu mama perasan memang senang nak ajar dia bab kebersihan...harap2 dia boleh jadi contoh pada adiknya.
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2006 03:09 PM | Show all posts
Originally posted by mamasporting at 1-8-2006 05:56 PM
bagi dia bilik sendiri....letak bin kat bilik tu....bagi dia toilet/bathroom sendiri....anak2 mama walaupun tak tido kat bilik dia org tapi selalu jengok2 bilik tu....sorang hampir 4 thn...dan sora ...


:setuju:
Setuju ngan cara mamasporting.. sbb saya pun praktikkan cara yang sama kat anak-anak saya walaupun yg sulung baru 4 th dan 2nd tu baru 2 tahun.. tapi alhamdulilah nampaknya berkesan dan diaorang memang teliti bab jaga kebersihan ni..:love:
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 2-8-2006 03:11 PM | Show all posts
mama,
saya ni sorang yang 'lasak'

hehehe bab2 hias umah nih, saya fail skit

:nyorok:


tapi bab2 sediakan jadual waktu
tuk budak2 mengemas

saya boleh jadik ketua

hehe
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-8-2007 10:24 AM | Show all posts
Safe exploration

In the course of exploring his world, your little one may pick up germs. The solution? Teach him to pick up good hygiene practices.

AS YOUR little one learns and grows, he抣l want to explore the world around him. He will discover how everyday objects look, feel, sound, smell and taste. What seems like random play is actually his way of learning.  

But as every mother knows, learning can be a dirty job. Car keys. Potted plants. Even your worn-out shoes. There抯 nothing that won抰 pique his interest, no matter how unhygienic or dirty it may be.  

So how do you encourage your child抯 curiosity without being overly anxious? Sometimes all it takes is some good habits.  

Washing your hands is the best way to prevent the spread of germs. Encourage your child to wash his hands after using the toilet, before meals and after playing in the garden or with animals.  

  
Vital: Play is important to a child抯 development. What may seem like random play is her way of learning about the world around her.


Use warm water and soap and wash for at least 20 seconds. Explain to your child why this is important. Tell him, 揥hen you wash your hands, you wash away the germs that can make you sick.
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2007 10:16 AM | Show all posts
Originally posted by mamasporting at 2-8-2006 02:24 PM
pendidikan pada anak ni makan masa dan kita kena selalu sabar....fitrah budak2 memang suka sepah barang, mama rasa semua ibu bapa ada pengalaman mcm ni....tu yg buat temperature kita senang naik. ...

wah! perangai anak sulung mama ni sama je mcm anak sulung sy. diapun cenderung pd kebersihan, kekemasan dan kecantikan dlm rumahtangga. dlm usia 6 thn dah pandai menyusun atur kedudukan perabut dlm rumah. kdg2 masa sy memasak di dapur dia mengemas kt depan. kang bila sy pi dpan tgk2 kedudukan sofa ngan bunga2 dah berubah. siap dia ajak 2 adiknya tlg dia alihkan sofa tu lagik.

dia suka sgt tgk rancangan casa impian ngan cth2 kediaman dlm majalah anjung seri dan wanita. dia suka berangan2 nak ada bilik yg cantik mcm dlm majalah tu. sy suka gak melayan keinginan dia tu. sy buat sendiri set cadar ngan curtain yg serupa utk bilik dia. sy ajar dia bermain dgn warna dlm dekorasi bilik dia. dia tu, tong sampah pun mesti cantik. sayapun buat le sarung utk bin kat bilik dia.

x dinafikan pengaruh dr kita sbg ibubapa byk menyumbang kpd kecenderungan anak2 dlm bab2 kebersihan. suami sy cerewat sikit. sib baik sy mmg ada hobi mengemas dan menghias rumah. bangun seawal 5 pagi hanya utk memastikan rumah bersih dan wangi bila seluruh keluarga bangun nnt. balik kerja pun rs tenang dan lapang dada tgk rumah kemas dan tersusun.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 12:00 PM GMT+8 , Processed in 0.194602 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list