CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3628|Reply: 6

PERTANDINGAN FOTOGRAFI "KESENIAN MELAKA".

[Copy link]
Post time 1-8-2006 05:37 PM | Show all posts |Read mode
PERTANDINGAN FOTOGRAFI "KESENIAN MELAKA".

ANJURAN : KERAJAAN NEGERI dengan kerjasama KELAB JURUFOTO MELAKA (KEJUMA), Pusat Sumber Jabatan Ketua Menteri Bahagian Perusahaan Kecil dan Sederhana.

Hadiah yang disediakan:

~ PERTAMA : RM5,000 + Sijil
~ KEDUA : RM3,000 + Sijil
~ KETIGA : RM2,000 + Sijil
~ KEEMPAT : RM1,000 + Sijil
~ KELIMA : RM500 +Sijil

~ SAGUHATI : RM250 x 5 Orang + Sijil

Syarat-syarat penyertaan.

1. Terbuka kepada semua peminat photografi.

2. Tema Gambar Pertandingan ialah " Kesenian Melaka". Gambar mesti ada kaitannya dengan keseniaan dan budaya negeri Melaka.

3. Setiap penyertaan dikenakan bayaran RM5.00 sekeping semasa pendaftaran. Jumlah penyertaan adalah tidak terhad.

4. Saiz gambar ialah 8R (8x10) atau 8RW (8x12) sahaja dan dilekatkan pada Mounting Board. Penggunaan Filem dan kertas cetak adalah bebas.

5. Peserta boleh menggunakan kamera SLR Analog atau Digital. Gambar mestilah gambar warna. Gambar hitam putih tidak dibenarkan.

6. Gambar berbentuk sebarang olahan kreativiti adalah dibenarkan.

7. Setiap gambar mesti ditampal di belakangnya maklumat seperti Nama, No. K/P, Tarikh, Masa, Tempat rakaman, Tajuk gambar, Alamat serta no telefon.

8. Penganjur tidak akan bertanggungjawab keatas sebarang kehilangan atau kerosakan gambar semasa proses pengiriman.

9. Tarikh tutup penyertaan pada 1 Oktober 2006. Pemenang-pemenang akan diberitahu melalui telefon.

10. Keputusan Pengadil adalah muktamad. Sebarang bantahan atau surat-menyurat tidak akan dilayan.

11. Jawatankuasa Penganjur adalah Tidak Dibenarkan menyertai pertandingan ini.

12. Setiap gambar penyertaan adalah hak milik penganjur dan penganjur berhak menerbitkan semula, mencetak ataupun mempamerkan gambar-gambar tersebut.

13. Bayaran Penyertaan melalui Cek/M.O/P.O mestilah dialamatkan kepada Bendahari, Kelab Jurufoto Melaka (KEJUMA), 762-2 Jalan Peringgit Jaya, 75400 Melaka.

14. Sebarang pertanyaan boleh dirujuk kepada Urusetia KEJUMA, No. Telefon: 019-6836047 (En Jantan), 012-2291073 (En Sidek), ataupun Pusat Sumber JKM: 019-6194060 (En Abdul Moes), 06 -2307258 (AM).

15. Setiap Borang Penyertaan dan Gambar hendak lah dihantar kepada:

Urusetia Pertandingan Fotografi "Keseniaan Melaka".
Kelab Jurufoto Melaka (KEJUMA),
762-2 Jalan Peringgit Jaya, Melaka.

ataupun

Pusat Sumber Jabatan Ketua Menteri Melaka.
Aras Bawah, Block Bentara, Bangunan Seri Negeri,
Ayer Keroh, 75450 Melaka.

Borang penyertaan boleh dimuat turun disini:- http://www.kejuma.bravehost.com/
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-8-2006 06:32 PM | Show all posts
ok gak ni, melaka byk tempat menarik
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2006 11:07 PM | Show all posts
Phehhh..ni kena pi melaka la plak ni...errr..tidor kat rumah Polini boleh kot ni...hehehhe..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-8-2006 12:09 AM | Show all posts
Originally posted by jamaljermii at 1-8-2006 11:07 PM
Phehhh..ni kena pi melaka la plak ni...errr..tidor kat rumah Polini boleh kot ni...hehehhe..



see u in malacca....
;);)
Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2006 05:29 PM | Show all posts
all the best sdr semua
Reply

Use magic Report

Post time 9-8-2006 01:30 PM | Show all posts

ingin tahu

boleh saya tau. pertandingan gambar ini dinilai dari segi apa.......warna, kesusian dgn tajuk, kejelasan, kesenia, kreatif ke atau apa2 lagi....
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 9-8-2006 03:46 PM | Show all posts
Originally posted by tempur at 9-8-2006 01:30 PM
boleh saya tau. pertandingan gambar ini dinilai dari segi apa.......warna, kesusian dgn tajuk, kejelasan, kesenia, kreatif ke atau apa2 lagi....


Sebarang pertanyaan boleh dirujuk kepada Urusetia KEJUMA, No. Telefon: 019-6836047 (En Jantan), 012-2291073 (En Sidek), ataupun Pusat Sumber JKM: 019-6194060 (En Abdul Moes), 06 -2307258 (AM).
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-11-2024 03:03 AM GMT+8 , Processed in 0.046067 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list